Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Ahad, 22 Mei 2011

Vivix umpama "Magic Potion"......

Salam sayang sekali lagi semua....hari ni rajin pula ummi nak post 2 entry...hehehe...tgh2 melayan blog2 member...ummi betul2 teruja nak share ngan kalian ttg produk shaklee yg umpama "magic potion" iaitu vivix...(so, sbb ummi ada ambil dr blog sahabat2 ummi ni, credit terlebih dahulu buat cery, iffa, alom dan N)...sharing is caring kan....tp mmg membaca kebaikan vivix seolah2 satu harapan baru buat mereka yg memerlukan di luar sana...jom kita lihat apa itu vivix?

Vivix adalah produk terbaru Shaklee:



Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Apakah sebenarnya Vivix ini..

1. Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal


2. Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

3. Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.”


Mari kita lihat pula apa kata mereka yang telah mencuba vivix:
------------------------------------------------------------------------------
Testimoni 1~puan fiza (credit to fiza)


Hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga pulang ke rumah mertua. Setibanya kami, hari sudah menginjak ke waktu sahur. Semasa di meja makan sambil menikmati juadah sahur, emak dengan nada gembira memberitahu bibirnya kemerah-merahan. Macam pakai lipstik. hehehe. Katanya sakit sendinya sudah semakin berkurangan. Rasa kebas tangan pun sudah berkurangan. Alhamdulillah…Sebenarnya sudah 2 minggu kot saya bagi mak mertua saya mencuba VIVIX. Memang betullah sepertimana testimoni yang saya baca dan fakta2 berkenaan VIVIX. Saya memang tunggu feedback begini dari mertua. Sebabnya, emak mertua selalu bercerita mengenai keadaan kesihatannya yang selalu rasa kebas tangan, sakit pinggang, sakit sendi, demam lambat baik, emak juga ada lelah. Nafasnya berbunyi agak kuat. Tapi sepanjang 2 hari lepas, memang ada perubahan, nafasnya tidak berbunyi seperti lelah. Alhamdulillah. Saya tahu Shaklee memang bagus. Harganya mahal, tapi setanding kualiti. Sekiranya berkemampuan memang saya pun nak beli VIVIX gak. Senang, hanya sesudu teh, sudah cukup. Ianya untuk kesihatan keseluruhan malahan juga anti penuaan.

Oh ya, sewaktu pulang ke rumah emak di Kedah, emak juga komen kulitnya rasa licin, berseri sikit. Tak tahula penangan VIVIX ke B Complex ke Vitamin C. Saya tak kisah sangat kalau mereka nampak muda, yang penting saya harap mereka lebih sihat, jarang sakit, mudah nak beribadat dan lebih seronok melayan kerenah kami anak-beranak. Tak puas lagi merasa kasih sayang emak dan abah. Saya tak senang hati kalau ibu bapa mengadu sakit sana sakit sini. Saya masih perlukan mereka dalam hidup saya. Takkanlah saya nak sihat seorang sahaja. Ibu bapa dibiarkan masuk hospital, makan ubat-ubatan, cucuk sana, cucuk sini, sedangkan saya tahu ada penawar yang baik seperti supplement Shaklee.

Semua orang sayang ibu dan ayah kan. Jangan berkira untuk membeli vitamin untuk mereka. Pendapatan yang kita peroleh setiap bulan bukan hak kita seorang, harus dikongsi dengan yang tersayang. ...............
-------------------------------------------------------------------------------
Testimoni 2


nama saya Norimah, saya seorang surirumah sepenuh masa dan saya berumur 58 tahun apa yang menjadi masalah kepada saya ialah apabila saya membuat kerja rumah atau pun memasak tangan saya akan merasa kebas dan bila berjalan lebih sedikit maka betis saya pula yang sakit. Untuk ini sudah bermacam produk yang saya cuba contohnya. supplement calsium, glucosamine dan yg lain2 yang ada di farmasi. saya juga telah berjumpa dengan doktor pakar ataupun tidak pakar. Mereka kata biasalah ni untuk orang dah berusia. Setelah lama berusaha maka saya diperkenalkan dengan shaklee pada 2 tahun lepas dan semenjak itu saya mula makan kalsium, gla, vita- c serta omega 3 dari shaklee. Alhamdullilah saya merasa kekurangannya dari setiap hari kepada 3 kali seminggu tetapi saya tetap merasa kebas di tangan itu dan sakit di betis setiap kali bekerja kuat terutamanya bila kenduri kendara.

Pada awal januari 2010 saya diperkenalkan pula dengan produk baru dari shaklee iaitu vivix, dan apa yang menarik perhatian saya ialah produk ini boleh mengembalikan badan saya menjadi muda 25 tahun....bab ni saya rasa mungkin ramai yang tak percaya!. saya pun sama juga...dalam hati berkata betul ke ni?, tetapi saya telah kenal Shaklee 2 tahun lepas dan selalunya apa yang di claim oleh shaklee adalah dijamin berkesan.jadi saya pun membeli produk ini. dan mencubanya. Hari pertama dan kedua saya tidak merasa apa-apa perubahan yang ketara cuma saya rasa saya tidak mudah penat walaupun seharian buat kerja di rumah.


Hari ketiga saya ada majlis yaasinan ( majlis baca yasin beramai2 di rumah) dan saya seperti biasa akan memasak utk menjamu mereka yang datang......pada kebiasaannya apabila saya membuat majlis begini tangan saya akan merasa kebas dan betis saya mula sakit...Tetapi amat menakjubkan kerana satu hari tu saya tidak merasa sakit walau sedikitpun...adakah ini disebabkan vivix! setelah selesai majlis dan sampai waktu tidur malam saya masih tidak merasa apa2 malah badan saya tidak rasa penat sedikit pun. keesokkannya saya telefon Jess dan memberitahunya. baguslah katanya badan dah jadi muda latu. Betul ke badan saya dah jadi muda?? kalau betul saya merasa amat berterimakasih kepada vivix kerana dengannya saya tidak lagi mengalami sakit2 seperti dahulu. malah badan saya sentiasa rasa segar..Pn Norimah can be contacted at :Norimahoth@gmail.com

--------------------------------------------------------------------------------
Testimonial 3


Baru2 ni makcik ibu, mamaNoy telah memberitahu bahawa wife kepada Uncle Bob di suspect mengidap lung cancer memandangkan doc telah mengesahkan beliau tidak mengidap Tibi. Untie Liza dikatakan mempunyai nanah di dalam paru2nya dan ini telah menyebabkan auntie Liza mengalami batuk selama hampir satu tahun lebih. Keadaan autie Liza kian lemah , tidak bermaya dan tidak berselera. Pada mulanya ibu mencadangkan auntie Liza mengambil vitamin antioksidan seperti ACE namun setelah mempertimbangkan keadaan di mana ibu merasakan bahawa pasti beliau sudah tidak larat hendak menelan pil2 termasuklah ubat doc. Maka ibu mencadangkan beliau mengambil Vivix untuk rawatan dirinya. Alhamdulillah kini auntie Liza tidak kelihatan pucat seperti dulu(sumber dari uncle Bob semasa ibu telefon petang tadi). Auntie Liza juga mengatakan beliau merasakan badannya sedikit ringan dan bertenaga. Suaranya juga sudah sedikit ceria berbanding semasa awal2 ibu menghubungi beliau. Syukur alhamdulillah. Semoga kesihatannya bertambah baik. Ibu akan update lagi setelah sebulan beliau mengambil Vivix sebagai makanan tambahan harian beliau.
-------------------------------------------------------------------------------
Testimonial 4


Hari ini Iffa ingin bercerita tentang satu potion ajaib dari SHAKLEE yang telah Iffa amalkan selama hampir 5 bulan untuk merawat/mengubati masalah SLE/MCTD/RA atau lebih mudah Iffa katakan, sakit autoimmune yang masih menjadi misteri puncanya.. Tentu ramai yang telah tahu tentang masalah kesihatan Iffa ini..mungkin ramai juga yang tidak mengetahuinya kerana jika anda bertemu Iffa secara face to face, pasti anda semua tidak akan percaya, tubuh yang comel dan ceria ini menanggung derita sakit yang tiada penawarnya(itu kata doktor sains).Sedikit latar belakang tentang Iffa dan sakit iffa:
Sejak zaman kanak-kanak selalu mengalami sakit dada, muka n kulit pucat - anemia
1998 - Warded kerana alahan kepada ubat tahan muntah setelah demam yang tak kebah2
1998 - 2002 : Sepanjang sesi persekolahan di asrama, selalu sakit, anemic yang berpanjangan tetapi masih aktif bersukan, beraktiviti di sekolah.. Collapse in 2000 ketika saat hampir menduduki PMR, mengalami gangguan memory dan focus (Even soalan math yang mudah pun tidak boleh nk buat - sampai Iffa nangis2 dengan En Khalid minta kelas extra - Terima Kasih Cikgu..Jasamu tidakkan kulupakan..)
2003 - 2007 : Mula mengalami radang sendi, demam panas tiba-tiba and mmg tidak mampu utk bangun n ke kuliah. Disahkan mengidap RA.. menjalani pelbagai rawatan utk RA - modern, homeo, alternatif, syifaa dll... tetapi usaha tidak berjaya...
Oct 2006 : Collapse sekali lagi, Liver damaged, nerve attack, severe bleeding on skin internal and external due to steven johnson sindrom.. Was critical and warded for 10 days at PUTRA, Malacca.. (According to Doctor, peluang hidup sangat tipis - berserah & tawakal pada Allah..) Alhamdulillah Allah masih berikan Iffa peluang untuk hidup.. berbakti dan berkongsi tentang cara hidup sihat bersama anda semua hingga hari ini.

Ok, cukup setakat itu ttg sakit iffa.. if nak cerita detail, Iffa boleh terbitkan buku ..(^__^). Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg sakit ini wujud.. Alhamdulillah di Malaysia, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) sudah mula giat memberikan kesedaran ttg sakit ini.

Baiklah, jika anda semua ingin tahu.. rawatan yang ada untuk pesakit SLE ini ialah dengan pengambilan steroid.. tinggi atau rendah dosenya bergantung kepada activity cell yang menyerang pesakit.. terdapat juga ubat tambahan yang diberikan .. spt plaquenil utk MCTD dll..(hampir lupa sbb sudah hampir setahun Iffa x ambil ubat-ubat ini - jangan marah ye doctor, ubat-ubat itu terlalu byk kesan sampingan, i'd like to stay healthy but with natural ways).

Alhamdulillah, setelah mencari-cari supplement yang boleh membantu Iffa kekal cergas, tidak demam berpanjangan dan dijauhi dari jangkitan penyakit (orang SLE ni senang dpt infection tau)..dan yang penting, Iffa mampu berdiri, berjalan, melakukan kerja-kerja harian tanpa rasa seperti dililit atau berjalan diatas kawat2 duri.. Iffa bertemu Shaklee.. mula-mula makan untuk tambah susu, tapi tergerak hati untuk cuba VIVIX, potion ajaib..kuasa Allah SWT..
------------------------------------------------------------------------------
Bestkan vivix ni...anda ingin mencuba???Ianya cuma RM 380.00 sebotol dan penghantaran adalah percuma...Hanya sesudu teh sehari dan anda sendiri rasai perbezaannya...Jika di bandingkan dengan rawatan atau special treatment di luar sana yang berharga beribu2 (of course bila dah terdesak duit bukan satu masalahkan)...apakata anda cuba sesuatu yang bersifat semulajadi dan mudah2an anda juga turut mendapat manfaatnya...so, contact or sms me at 012-3975808 atau email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com


Salam sayang dan ukhuwah,

Kak Nadia...

Sabtu, 21 Mei 2011

Sape yang sesuai ambil SET B???

Salam sayang di pagi Ahad...mudah2an kalian semua sentiasa di bawah perlindungan dan Inayah Nya....sebenarnya ramai yang bertanya kepada Ummi...adakah SET B (the most popular set in shaklee trial pack) hanya sesuai untuk di gunakan oleh Ibu2 yang Sedang Menyusukan Anak...Hmmmm..jawapannya tidak...so, siapa lagi yang sesuai...Sebenarnya baik lelaki mahupun wanita semuanya boleh mengamalkan SET B ini...malahan suami ummi sendiri antara salah seorang yang mengamalkan SET B ini....cuma ummi tidak menggalakkan wanita hamil mengamalkan set ini kerana set ini terdapat Alfalfa yang mana bagi sesetengah ibu hamil, ianya agak tidak sesuai...(tunggu hingga melahirkan ye)...dan set ini di larang keras bagi penghidap SLE kerana pesakit SLE tidak boleh atau di larang keras untuk mengambil ALFALFA...

So, mengepa ummi katakan set ini sesuai utk wanita dan lelaki:-
So, berikut adalah kebaikan setiap vitamin yang terdapat dalam SET B (Vitalea @ multivitamin, B Compleks, Vitamin C dan Alfalfa)...jom baca....

Apakah kepentingan setiap vitamin ini sebenarnya?

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin


- Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. 
- Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. 
- Kandungan setiap vitamin dan galian itu ditetapkan hanya mengikut keperluan dan tidak berlebih-lebihan. Ramai customer  terutama mereka yang sudah berumur 40 tahun ke atas sangat selesa dengan multivitamin Shaklee.Setiap kuantiti vitamin itu adalah pada sukatan yang seimbang. 
- Ada sesetengah multivitamin yang berada dalam pasaran mengandungi kuantiti setiap vitamin pada kadar yang banyak dan ini akan menyebabkan badan merasa panas dan dehydrate. Berbeza dengan multivitamin Shaklee. Selama ummi mengamalkan multivitamin ini ummi dapat merasakan tiada kekeringan kulit ataupun demam , mungkin disebabkan juga oleh pengambilan air yang mencukupi.
- Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Compleks


- Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang).
- Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu kita berfikiran positif sentiasa(mood baik..)
- Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
- Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.

- Tahukah anda kekurangan B complex dalam badan boleh menyebabkan anda menjadi seorang yang sensitif, terlalu defensive, minda yang tertutup, keletihan, mudah marah dan mudah merajuk, emosi yang tidak stabil dan paling ketara ialah kemurungan atau kata lain depressed.Selain itu, tanda kekurangan vitamin B ialah sembelit, mudah panik, darah gemuruh, dan kurang selera makan.
- Mencegah barah serviks,penyakit jantung dan kecacatan spina  menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.
- B complex terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu thiamin (B-1), riboflavin (B-2), niacin (B-3), pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin.

c) Vitamin C


- Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu 
- So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh
- Kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa

Alfalfa atau Medicago Sativa merupakan raja segala tumbuhan dan raja segala herba. Ia mempunyai sitem akar yang panjang, iaitu sedalam 20 - 30 kaki ke dalam tanah. Selain kaya dengan klorofil, ia juga merupakan makanan paling lengkap kerana mempunyai 15 mineral, 10 vitamin, 8 enzim dan juga fiber. Ia juga kaya dengan mikronutrien yang membantu sistem badan berjalan lancar.

Rahsia atau kebaikan Alfalfa :-

1) Galactagouge. Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana ia merangsang dan menambah pengeluaran hasil susu ibu (milk booster).

2) Membantu Perkumuhan menjadi lebih lawas.

3) Membantu membuang angin di dalam badan.

4) Termasuk kategori fiber dan mengenyangkan.

5) Bagus untuk buah pinggang.

6) Sangat sesuai dalam merawat asma, allergik dan athritis.

7) Berkhasiat untuk membantu masalah :

* Penyakit Usus (Colon disorder)

* Buah pinggang
* Kencing manis

* Melawaskan usus
* Ulcer
* Fluid retention (sembab)
* Kurang selera
8) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :

* Penghadaman
* Pencernaan


9) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah :

* Gastrik

* Penyakit kulit (Eczema)
* Kurang darah (Anemia)
* Sembelit

* Badan, nafas dan kaki berbau

10) Promotes pituitary gland function

11) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)

12) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti Kacip Fatimah, maka ia membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita dan para isteri.

So, bagus kan SET B ini...bukan sahaja ianya sesuai utk ibu yang menyusukan malahan ianya juga sangat bagus untuk kaum lelaki...dan boleh juga add on dengan mana2 vitamin lain seperti vitamin E...

So, berita baik utk pembeli set B...MASIH ADA 10 HARI DARI HARI INI UNTUK JOIN DAN MENANGGG...meh tengok hadiah yg best dari peraduan ini...

Pam Modu dalam Peraduan Ibu Gembira Keluarga Bahagia!

Mempunyai impian untuk memiliki pam ini? Ianya pam terbaru yang berada dalam pasaran.
Kini hanya dengan menulis slogan, pam ini mungkin menjadi milik anda. Jom sertai

PERADUAN IBU GEMBIRA KELUARGA BAHAGIA

Kami sangat menggalakkan penyusuan susuibu. Sebagai tanda sokongan, kami (kumpulan Euphoria GBS) menganjurkan Peraduan ini iaitu Ibu Gembira Keluarga Bahagia.
Syarat-syarat utama : 1. Peraduan ini terbuka untuk penduduk Malaysia sahaja yang berumur lebih 18 tahun dan ke atas. 2. Setiap pembelian trial pack set B layak menyertai peraduan ini. 3. Satu pembelian trial pack set B melayakkan satu penyertaan. 4. Pemenang akan dipilih berdasarkan slogan terbaik. Seorang pemenang layak menerima satu hadiah sahaja. 5. Bukti pembelian adalah melalui rujukan poslaju. Sila dapatkan no rujukan poslaju untuk setiap pembelian trial pack anda. 6. Peraduan ini bermula dari 1 Mei 2011 sehingga 30 Mei 2011. 7. Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan email. 8. Penganjur berhak menggunakan slogan yang diberi untuk tujuan promosi. 10. Peraduan ini tiada kena mengena dengan mana-mana tawaran Shaklee (M). Sebarang penolakan tidak menjadi tanggungjawab kami. 11. Tiga [3] orang pemenang akan dipilih berdasarkan slogan yang menarik. Hadiah utama ialah Pam Modu yang berharga RM599. Manakala dua [2] lagi pemenang akan mendapat pam Avent yang berharga RM170. 12. Keputusan hakim adalah muktamad. 13. Pemenang yang inginkan hadiahnya dihantar melalui pos dikehendaki menanggung kos penghantarannya sendiri. 14. Pemenang yang gagal menuntut hadiah dalam jangka masa yang ditetapkan akan dikira tidak berminat terhadap hadiah berkenaan selepas tarikh yang dimaklumkan kelak [satu bulan selepas keputusan diumumkan]

Peringatan : Semua tawaran dan pakej Trial Pack hanya boleh di dapati secara esklusif dari jaringan Euphoria GBS. Ia TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee. Harap Maklum. Peraduan ini tiada kena mengena dengan Shaklee (M) dan sebarang penolakan tidak menjadi tanggungjawab kami.
Dan...pastikan kalian mengisi borang peraduan ini ye....SELAMAT BERJAYA!!!!

Ada lagiiii....jika anda membeli SET B....anda mendapat perkara2 berikut :-

+ PERCUMA tambahan 30's Alfalfa dari pakej biasa.
+ PERCUMA Penghantaran
+ PERCUMA hadiah istimewa
+ PERCUMA TIPS ESKLUSIF mempercepatkan penghasilan susuibu melalui vitamin.
+ PERCUMA Hadiah khas untuk “Return ” and “New customer”. *
+ PERCUMA bekas ber KUALITI & kedap udara
+ PERCUMA flyer panduan
+ PERCUMA menyertai laman sosial khas yang dipantau oleh mereka yang berpengalaman dalam pemakanan tambahan.
+ PERCUMA update terkini hasil kajian dan tips penjagaan bayi.
+ PERCUMA Pautan jaringan panel Shaklee Euphoria (kumpulan Pengasas Shaklee Trial Pack)
+ Diskaun khas untuk pembelian fullpack.*


Oh ya...ini antara komen terbaru daripada customer ummi :-

" Alhamdulillah, skrg susu ok, dh byk....trima kasih....:)
-Melalui sms , oleh Atikah, posted on 18th Mei 2011, jam 6.27 PM-


" Salam kak nadia...a'ah lama x call akak. Supplement still berbaki, sbb irma preggy now. so, ada a few yg doc suruh hold dulu...hehehe alhamdulillah bdn sihat lepas amik supplmt sampai x perasan lekat bb. dekat 2 bln br notice"
- Melalui sms, oleh Irma, posted on 18th Mei 2011 , jam 3.00 pm-


"Wsalam. alhamdulillah wp x byk mcm k.nadiah, susu dah x putus sejak makan suplmt & y bestnya bdan pun chat n cergas. main sukan u hr guru, bdn x sakit pun. org lain semua bsungut sakit bdn..."
-Melalui sms, oleh Asmida, posted on 18th Mei 2011, jam 9.37 AM-


Hmmm...mereka dah rasa perubahannya, badan cegas dan sihat...dan bonus pulak bg ibu yang brestfeed...so, anda mcmana???...

Wahhhhh...apa tunggu lagi....untuk RM 80.00 sahaja banyak perkara yang anda akan perolehi...jom jom jom...jangan tunggu hingga terlewattt...mungkin anda adalah pemenang yang kami cariii.....ayuhhhh...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

I want a baby...pls help meeee...

Salam sayang semua...semalam ummi dapat satu email yang agak menyedihkan...Rasanya tidak perlu ummi paparkan di sini kerana ianya agak berunsur peribadi...cuma apa yg ummi nak highlightkan adalah email ini datangnya dr seorang wanita yang telah berkahwin lbh 10 tahun tetapi masih gagal mempunyai anak...biarlah ummi namakan wanita ini sebagai Mrs K...Mrs K ini telah mencuba berbagai2 produk tetapi masih gagal malahan produk2 yang pernah di cubanya semuanya di turuti dengan sebaik yg mungkin...malahan Mrs K telah berjumpa dengan doktor pakar dan hasilnya kedua2 suami isteri ini subur dan tiada masalah untuk menerima anak....so, mari kita share antara petua2 yang insya allah berguna bagi mereka yg menghadapi masalah seperti ini...Credit to MommyLyna...


Petua Cepat dapat Anak.


Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat.  Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.


Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • Fibroid
Penyebab biologi di kalangan lelaki:

  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb
Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk
Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.


Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:


Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.
Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.


B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma.


Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.


Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.


Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.


Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma


Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan
Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?
Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan”


Untuk Suami : Set A (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc
Untuk Isteri : Set A (vitalea+b complex+vita C) atau Set B (vitalea+b complex+vita C+alfalfa) bersama vita-E
Boleh cuba trial pack untuk suami, total RM 130
Trial pack untuk isteri, total RM 115 (untuk set A) dan RM 125 (untuk set B)



Malahan, hingga akhir bulan ini, bagi pembeli SET B Trial pack anda juga boleh menyertai peraduan ini (berakhir 31/5/2011)...manalah tahu rezeki kalian...allah izinkan dapat anak dan allah izinkan juga kalian dpt jd pemenang utama contest ini yang mana hadiahnya sgt2 berbaloi iaitu PAM MODU (baru launching) atau PAM AVENT...Lihat sini.... so, do grab it now!!!


Berminat????Sila call atau sms ummi di 012-397-5808 atau email nadeeyya_kk@yahoo.com


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

Khamis, 19 Mei 2011

APA YANG PENTING????...."BADANNN CERGASSS" (Sila baca dlm nada Wonderpets...hehehe)...

Salam sayang semua...Akhirnya hari Jumaat tiba jua...kebiasaannya hari jumaat ini mood ummi akan jadi happy, gembira, lapang dan seronok...sebabnya court tak bersidang hr jumaat dan esok cuti...hehehe...tu yang tajuk entry kali ni pun berbunyi happy....


Actually, lately, ramai pulak sahabat2 dan pelanggan ummi yang mula sedar bahawa dengan pemakanan dan gaya hidup yang betul, maka badan akan lbh sihat dan cergas...ramai yang mula sedar bahawa senaman dan pemakanan yang seimbang masih tidak 'sepenuhnya memenuhi' kehendak dan keperluan badan untuk menghasilkan badan yang sihat dan cergas...Mengapa???Sepatutnya dengan gaya hidup yg sihat dengan mengamalkan senaman yang tetap dan pengambilan pola pemakanan yang sihat pasti menjamin kesihatan yg sempurna...tetapi lihatlah dunia hari ini....Adakah anda.....:-


1) Lebih kerap makan di luar daripada makan makanan yang di masak sendiri?
2) Selalu terdedah dengan persekitaran luar rumah berbanding lebih kerap berada di rumah?
3) Banyak minum 'AIR KOSONG' atau lebih banyak minum air 'MANIS@BERGULA' ?
4) Stress dengan kerja di tmpt kerja @ stress dgn kerenah anak2?
5) Kerap merasa penat dan lelah setelah seharian?


Aha...jika anda memenuhi perkara2 di atas, ummi ingin syorkan anda turut 'mengamalkan supplement' sebagai pemakanan tambahan...Mengapa ummi syorkan sedemikian???Kerana setiap hari ummi akan melalui kondisi ini :-

a) Bangun seawal 2.30 pg utk mengepam dan tidur semula.
b) Bangun tidur seawal 5.00 pg.
c) Hantar anak ke nursery jam 6.30 pg dan terus ke tempat kerja (sejam perjalanan kerana rumah di kedah dan ofis di Penang).
d) Bergelut dengan turun naik mahkamah, menyediakan hujah, preparation utk perbicaraan, menyemak kes2 baru dan mcm2 lagi.
e) Mengepam ikut jadual di tempat kerja.
f) Pulang ke rumah jam 5.30 petang (sejam perjalanan).
g) Sampai jam 6.15 petang atau 6.30 petang dan terus ambil anak di nursery.
h) Melayan anak dan memasak serta melipat baju dan lain2 kerja rumah.


Dan kebiasaannya, ummi hanya akan tidur pada jam 12.00 malam selepas semua urusan rumah dan anak2 selesai (dan urusan biz shaklee juga...hehehe)...so, bayangkan jadual kehidupan seharian ummi yang sgt2 memerlukan ummi jadi 'superwoman' setiap hari...dan dahulu, apabila tiba di rumah, ummi sgt2 letih, penat dan aktiviti ummi terhenti setakat (g)...kadang2 terus baring atas sofa tanpa memperdulikan dan melayan anak2 yang semakin membesar...jangan kata nak masak, nak dengar anak bercerita ttg aktiviti sehariannya di nursery pun ummi tak mampu...mula lah anak rapat dgn abahnya...hmmmm...


Kerana itu, ummi memilih untuk turut 'menambahkan' pengambilan supplement seharian dalam kehidupan ummi dan keluarga...dan alhamdulillah...badan ummi lbh cergas, sihat dan mampu melayan kerenah anak dan suami setiap hari...malahan tahap kesihatan anak2, suami dan keluarga ummi lebih baik berbanding dahulu...tiada apa yg lebih menggembirakan ummi melainkan 'kualiti masa dan kesihatan' ummi bersama keluarga semakin positif dan bertambah baik...syukur alhamdulillah...


Oleh itu, jika kalian terfikir untuk 'berubah ke arah yang lebih baik' seperti keluarga ummi, alhamdulillah...kerana hanya kita yang tahu apa yg kita ingini...so, sebagai permulaan, kalian boleh mencuba:-


1) Trial Pack SET A pada harga RM 80.00 yang terdiri dari 3 jenis vitamin asas...-sesuai utk semua golongan lelaki dan perempuan.


2) Trial Pack SET B pada harga RM 80.00 yang terdiri daripada 4 jenis vitamin asas - sesuai utk semua golongan lelaki dan perempuan (kecuali penghidap SLE)...dan bagi set ini ada contest hingga akhir bulan ini...rujuk sini...bagi wanita boleh add on Alfalfa dan Vitamin E...


3) Buddy Pack atau Lover Pack pada harga RM 140.00 hingga RM 160.00 yang mana kalian boleh berkongsi dengan suami atau orang kesayangan kita...


Atau mana2 set atau supplement yang bersesuaian dengan kalian....leh rujuk sini...so, apa tunggu lagi....jom sama2 kita sihat dan cergas supaya kualiti masa bersama keluarga dapat di tingkatkan...apalah guna duit menimbun2 kalau kita tidak mampu membina keluarga yang sihat, cergas dan sejahtera...tepuk dada tanya kehendak...


Keluarga Bahagia




Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Selasa, 17 Mei 2011

Rahsia untuk jadi lebih segar....mari ikut sunnatullah!!!!

Jom solat Tahajud
Salam sayang semua...hari ni ummi bercuti sempena Hari Wesak,alhamdulillah, dapat la melayan dua orang puteri kesayangan ummi yang sedang melasak tu...kebetulan, hari ni pula di Kedah, hampir sepanjang hari cuaca agak redup dan hujan so, takde la kepanasan sgt...


Actually, hr ni ummi nak share lagi dgn kalian antara rahsia yang mungkin kalian sedar atau tidak...ummi dah try mmg berkesan dan maybe kalian boleh praktikkan...dapat 2 bonus kalau amalkan...badan segar dan pahala free sbb ikut sunnah nabi..meh kita tengok...mudah2an bermanfaat buat kalian...



Anda nak jadi lebih segar, fokus dan produktif? Cuba praktikkan sunnah Rasulullah ini dengan istiqamah.


Sabda Rasulullah SAW;  ”Lakukanlah qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani qailulah.” (Riwayat al-Tabrani)


Apa itu qailulah?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan qailulah?
Mengikut pengalaman mereka yang mengamalkan qailulah, waktu paling OK ialah antara kul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas zohor.



Apakah kelebihan atau kebaikan qailulah?
Mengikut kajian Dr Norhissam dari IPKIM, 1 minit qailulah qualiti nya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita diwaktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengatuk, insyaAllah.


Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulaill.  * I Likeeeee...


Mat salleh panggil qailulah ni sebagai ‘nap’. Kalau bagi orang putih ni, biasanya ‘nap’ dilakukan dari pukul 2~4 petang. Hasil kajian menunjukkan amalan ‘nap’ waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung. 


Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat Subuh. Kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi, qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai dengan fitrah badan manusia. 


Menurut buku orang putih, ramai saintis bijak pandai dan orang-orang terkenal Barat mengamalkan qailaluh @ nap ini. Napoleon pun mengamalkan benda ini. 


Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan qailulah, sebaik bangkit dari qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.
 

Cubalah amalkan sunnah ni. Amalan ini bukan saja baik untuk kecergasan, malah dapat pahala yang besar kerana mengamalkan sunnah nabi SAW. InsyaAllah, amalan ini pasti bagus untuk kita!
 

Sudahkah anda mengamalkannya?



Jom Qailullah












































































































Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

Jumaat, 13 Mei 2011

Cuaca sekarang tak menentu...kalau panas sgt....adussss...sakitnya kepala...

Salam sayang semua...beberapa hari ni ummi tak dpt nak up date blog sbb ada sikit masalah...alhamdulillah, hari ni nampaknya dah ok...so, ummi ambil kesempatan ini utk share dgn kalian ttg tajuk di atas...

Rasanya ramai yang perasankan cuaca kat Malaysia sekarang sering berubah2...kalau panas masya allah...sgt la panas dan kalau hujan...jwbnya sampai ke petang la baju yg di jemur tak kering2...oleh itu, ummi kerap sgt dengar keluhan2 rakan sepejabat ummi ..."aduhhh..panasnya hari ni...sampai sakit kepala..." dan mcm2 lagi rungutan yg timbul...malahan bg penghidap migraine...keadaan ini pastinya sgt mencabar dan memburukkan keadaan lagi...

Sebenarnya, sakit kepala ini, boleh berlaku pada sesiapa sahaja...Dan jika kita sedar, sakit kepala ini boleh di kategorikan kepada 3 jenis iaitu:-

a) Sakit kepala kerana tekanan
b) Sakit kepala kerana sinus
c) Sakit kepala kerana migrain

Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

a) Kekurangan zat dan nutrisi
b) Faktor keturunan
c) Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
d) Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
e) Terlalu banyak mengambil kafein
f) Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain. 

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain:

1) Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D) ~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...

2) B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. ...

By the way,  jika kalian rasa masalah cuaca yg sgt panas ini boleh menyebabkan anda cepat dahaga, kuat berpeluh dan menyebabkan cepat letih, dan kalian rasa mudah dehydrasi...maybe kalian boleh cuba Performance Drink sebagai tambahan...insya allah sgt2 berbaloi...Performance drink ini berfungsi seakan2 100 plus dan memberikan tenaga...boleh baca kat sini...


B Compleks dan Ostematrix
Performance Drink
 Berminat????Email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms or call ummi di 0123975808...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Selasa, 10 Mei 2011

Teringin nak try Tips eksklusif tapi tak mampu...ini jawapannya...

Salam sayang semua...ummi nak bawa kalian ingat semula...ummi pernah tawarkan kalian satu set iaitu Tripple M yang mana ianya terdiri daripada SET B + ESP + Ostematrix dan ummi ada paparkan salah satu keberkesanan tripple M ke atas sepupu ummi sendiri malahan ummi sendiri sgt2 sukakan set ini yang sgt2 berkesan pada diri ummi...tambahan pula dgn tips eksklusif yang ummi serahkan hanya buat customer loyal ummi lebih membuatkan set tripple M ni sgt mendapat sambutan hangat...tawaran ttg set tripple M ini kalian boleh lihat di sini...


Sungguhpun, begitu faham apabila ada antara kalian yg berminat mencuba set ini tetapi atas sbb faktor kewangan, kalian terlepas peluang ini....so, sekarang adalah masanya...jika ada antara kalian masih berminat dgn set Tripple M ini, kini terdapat pakej yang setara dengan set 3M tanpa kurang mana-mana vitamin dengan harga yang sangat berpatutan iaitu hanya RM210 sahaja termasuk pos. Menarikkan...dan sudah pastinya...pembelian ini juga akan ummi sertakan bersama dengan TIPS EKSKLUSIF tersebut kerana ianya adalah milik andaaa...


Jangan tunggu lagi...cepat rebut peluang ini sementara ianya masih ada...dan dapatkan Tips Eksklusif itu yang sedang hangat di perkatakan sekarang...


Jika kalian berminat, sila email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms @ call ummi di 012 3975808...


Dan...sebelum ummi akhiri...jangan lupa ye...peraduan ibu gembira keluarga bahagia masih berjalan...jangan lepaskan peluang utk menang dan menang...dan buat yang berminat nak cuba set yg ummi katakan di atas...hanya RM 210....maknanya anda jimat lagi RM 40.00...do grab it now...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

Khamis, 5 Mei 2011

Nak hadiah lagi????Jom join Peraduan Ibu Gembira Keluarga Bahagia!!!

Salam sayang semua...tadaaaa...ummi dengan rasa syukur dan happy sekali lagi mengajak kalian utk menyertai satu contest yang julung2 kali di adakan...


Pam Modu dalam Peraduan Ibu Gembira Keluarga Bahagia!

Mempunyai impian untuk memiliki pam ini? Ianya pam terbaru yang berada dalam pasaran.
Kini hanya dengan menulis slogan, pam ini mungkin menjadi milik anda. Jom sertai


PERADUAN IBU GEMBIRA KELUARGA BAHAGIA



Kami sangat menggalakkan penyusuan susuibu. Sebagai tanda sokongan, kami (kumpulan Euphoria GBS) menganjurkan Peraduan ini iaitu Ibu Gembira Keluarga Bahagia.
Syarat-syarat utama : 1. Peraduan ini terbuka untuk penduduk Malaysia sahaja yang berumur lebih 18 tahun dan ke atas. 2. Setiap pembelian trial pack set B layak menyertai peraduan ini. 3. Satu pembelian trial pack set B melayakkan satu penyertaan. 4. Pemenang akan dipilih berdasarkan slogan terbaik. Seorang pemenang layak menerima satu hadiah sahaja. 5. Bukti pembelian adalah melalui rujukan poslaju. Sila dapatkan no rujukan poslaju untuk setiap pembelian trial pack anda. 6. Peraduan ini bermula dari 1 Mei 2011 sehingga 30 Mei 2011. 7. Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan email. 8. Penganjur berhak menggunakan slogan yang diberi untuk tujuan promosi. 10. Peraduan ini tiada kena mengena dengan mana-mana tawaran Shaklee (M). Sebarang penolakan tidak menjadi tanggungjawab kami. 11. Tiga [3] orang pemenang akan dipilih berdasarkan slogan yang menarik. Hadiah utama ialah Pam Modu yang berharga RM599. Manakala dua [2] lagi pemenang akan mendapat pam Avent yang berharga RM170. 12. Keputusan hakim adalah muktamad. 13. Pemenang yang inginkan hadiahnya dihantar melalui pos dikehendaki menanggung kos penghantarannya sendiri. 14. Pemenang yang gagal menuntut hadiah dalam jangka masa yang ditetapkan akan dikira tidak berminat terhadap hadiah berkenaan selepas tarikh yang dimaklumkan kelak [satu bulan selepas keputusan diumumkan]

Peringatan : Semua tawaran dan pakej Trial Pack hanya boleh di dapati secara esklusif dari jaringan Euphoria GBS. Ia TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee. Harap Maklum. Peraduan ini tiada kena mengena dengan Shaklee (M) dan sebarang penolakan tidak menjadi tanggungjawab kami.




Dan...pastikan kalian mengisi borang peraduan ini ye....SELAMAT BERJAYA!!!!


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails