Salam...terlebih dahulu ummi mohon maaf seandainya penulisan ummi semalam membangkitkan rasa tidak senang dan 'bengang' atas apa yg ummi tuliskan...ummi TEKANKAN DI SINI BAHAWA UMMI BUKAN MENGATAKAN BAHAWA IBU2 YANG MEMBERIKAN ANAK SUSU FORMULA TIDAK BAIK... UMMI JUGA TIDAK MEMAKSA IBU2 DI LUAR SANA MENGIKUT SARANAN UMMI..Ummi sekadar berkongsi dan menceritakan pengalaman ummi dan tiada langsung niat di hati ummi untuk mencemuh atau memandang rendah ibu2 yg memberikan susu formula kepada anaknya...maaf sekali lagi jika ada yg terasa hati...ummi percaya ibu2 di zaman cyber ini lebih BIJAK DAN TAHU MEMILIH APA YANG TERBAIK BUAT ANAK MASING2...
Apa yang ummi ingin kongsi sebenarnya rentetan beberapa ibu yg mengadu kpd ummi tentang susu mereka yang merudum dengan teruk sebaik sahaja anak mencecah umur 1 tahun...dan beberapa usaha telah di cuba tetapi gagal...dan mereka ini buntu kerana mereka meminta pandangan ummi jika ada cara lain dan mereka cuba untuk tidak memilih susu formula sbg alternatif...dan ummi just bg opinion bahawa mereka ini boleh turut memilih susu segar sebagai alternatifnya (tetapi BUKAN LAH SATU DOSA PULA JIKA IBU2 INI MEMILIH SUSU FORMULA)...dan ummi nasihatkan walaupun kuantiti susu berkurangan tetapi ummi cuba berikan galakan agar penyusuan tersebut tetap di teruskan, minum air yang banyak melebihi 3 liter, memilih supplement yg tepat dan berdoalah kepada tuhan....kerana tiga perkara ini sangat penting bg memastikan mudah2an dengan izinNya doa dan cita2 ibu ini di kabulkan...
Dan ummi rasa cukup lah takat ini ummi menulis mengenai perkara ini...ummi bimbang akan lebih ramai ibu2 YANG SALAH FAHAM DAN MENTAFSIR BAHAWA UMMI BOIKOT SUSU FORMULA...DEMI ALLAH! Tidak sekali pun terdetik di hati ummi kerana ummi faham bahawa semua ibu telah berusaha semaksimum mungkin untuk memberikan yang terbaik buat anak masing2...Dan niat ummi cuma satu..mudah2an semua ibu yang berhasrat DAN MAMPU memberikan susu ibu buat anak mereka, ummi sentiasa berdoa semoga niat murni kalian mendapat restu dariNYa dan di permudahkan...Ummi hanya mampu berdoa dan selebihnya atas kehendak dan niat masing2...Maaf sekali lagi andai ada yg terasa hati atau terguris...ummi rasa ummi akan off topik ni agar tiada lg YANG SALAH FAHAM DAN TAFSIR MENGENAI PENULISAN UMMI INI...
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan