Pages

Jumaat, 16 September 2011

Resepi utk si manja di atas 6 bulan...

Salam sayang semua...masih belum terlambat kot untuk ummi ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA...semuga negara kita sentiasa dalam peliharaan Allah dan terlepas dari segala bala bencana...Oh ya, entry ummi kali ini just nak share dgn kalian, menu2 semasa syasya dan qistyna berumur 6 bulan ke atas dan mula mengenal makanan...memanglah nampak macam leceh sbb nak kena masak tapi percaya tak menu2 ini boleh di sediakan hanya sekitar 20 minit sahaja....malahan ianya bukan sahaja murah tetapi sangat2 mudah...kan lebih baik kita berikan anak kesayangan kita mengenal makanan secara 'SEMULAJADI' dan bukanlah memperkenalkan bermacam jenis MAKANAN SEGERA di luar sana yang kita sendiri tidak pasti tentang isi kandungannya...so, let's sharing...


1) Puri Kentang


  Bahan - bahannya :
- Kentang
- Sedikit air


  Cara menyediakan :
- Gunakan sebiji kentang bersaiz sederhana dan buang kulit serta cuci dengan bersih.
- Untuk memudahkan, potong sebesar ibu jari, kemudian rebus kentang sehingga empuk.
- Kemudian, kisar kentang sehingga benar2 hancur.(Untuk memudahkan kisaran, tambahkan sedikit air)
- Hasilnya:-
Puri Kentang Yg Tlh Siap

(Panduan : Ubi Kentang mengandungi 2 kali ganda pottasium berbanding pisang)


2) Puri Keledek


Bahan - bahannya :-
- Keledek
- Sedikit air


Cara menyediakan :
- Gunakan sebiji keledek bersaiz sederhana dan buang kulit serta cuci dengan bersih.- Untuk memudahkan, potong sebesar ibu jari, kemudian rebus keledek sehingga empuk.
- Kemudian, kisar keledek sehingga benar2 hancur.(Untuk memudahkan kisaran, tambahkan sedikit air)
- Hasilnya:-
Puri keledek yang tlh siap

(Panduan : Salah satu kelebihan keledek ialah ianya dapat mencegah barah)


3) Puri Carrot


Bahan - bahannya :-
- Carrot - Sedikit air


Cara menyediakan :
- Gunakan sebatang carrot bersaiz sederhana dan buang kulit serta cuci dengan bersih. - Untuk memudahkan, potong sebesar ibu jari, kemudian rebus carrot sehingga empuk.
- Kemudian, kisar carrot sehingga benar2 hancur.(Untuk memudahkan kisaran, tambahkan sedikit air)
- Hasilnya:-
1
Puri carrot yang tlh siap

** Semua gambar di ambil dr Majalah Pa & Ma...

Dalam banyak2 puri ni, anak ummi paling suka dengan puri carrot dan puri keledek kerana rasanya yang agak manis2...dan boleh lah kita tukar2 menu ini dan puri ini boleh di makan sebanyak 2 kali...So, Selamat mencuba ye...

**Jangan tambahkan sebarang gula, garam atau serbuk perasa kerana rasa semulajadi yang ada pada sayur2an ini telah memberikan RASA SEMULAJADI pada puri ini sendiri...Dan kanak2 yang baru di perkenalkan dengan makanan tidak boleh absorbe gula, garam dan perasa semulajadi...so, selamat mencuba...

Jika anda ingin mencuba vitamin yang bersifat 'semulajadi' (Shaklee) atau anda ingin mendapatkan harga istimewa sebagai pelanggan blog ini, sila email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms ummi di 012-3975808...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan