Pages

Rabu, 6 Februari 2013

AWASI JIKA ANDA HAMIL DAN KURANG KALSIUM...WAJIB BACA!!!

Salam sayang semua...semoga hari ini lebih baik dari semalam...

Mengandung???Sakit gigi???Bengkak gusi???Kaki Kejang???Sakit Kaki???Sakit Pinggang???

Ini antara gejala biasa yang kita akan dengar keluar dari seorang ibu yang hamil...Mengapa agaknya perkara seperti ini berlaku kepada seorang ibu yang sedang hamil????

Umum mengetahui, sudah menjadi lumrah bagi seorang ibu hamil...gusi menjadi lebih sensitif, sentuhan kepada gusi ketika memberus gigi sekalipun boleh menyebabkan gusi berdarah. Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan adalah adalah antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah bengkak. Sewaktu bersentuhan dengan benda asing seperti ketika menggosok gigi, gusi akan lebih mudah berdarah dan dijangkiti kuman.

Selain itu rasa mual dan muntah di pagi hari yang meningkatkan tahap keasidan mulut juga mampu menyumbang masah gigi dan gusi berdarah.Gangguan ini menyebabkan ada ibu hamil yang membataskan rutin membersihkan rongga mulut hingga menyebabkan gigi tidak dijaga dengan baik.

Sebenarnya ramai ibu hamil yang tidak sedar bahawa  kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil. Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

Seharusnya, ibu hamil tidak boleh memandang remeh keperluan kalsium dan  golongan suami seharusnya turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.

Lazimnya, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa. 

Selain dari kepentingan kalsium di katakan berkait rapat dengan kekuatan tulang si ibu,  kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi. “Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi.

 Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. 


Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.


 Sekiranya menghadapi masalah gigi seperti gigi berlubang, sebaiknya ibu hamil pergi berjumpa dengan doktor gigi. Namun sebelum doktor melakukan pemeriksaan atau rawatan jelaskan bahawa anda sedang hamil.Keadaan ini untuk mengelakkan tidak melakukan pemeriksaan yang boleh mengganggu kehamilan seperti penggunaan sinar x. Selain itu pemberian ubat pada wanita hamil juga perlu diberi perhatian. Penting diketahui banyak ubat yang tidak dapat diberikan kepada wanita hamil kerana ditakuti memberi kesan buruk terhadap janin yang dikandung.
 
PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.

 Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

Oleh itu, bagi ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak di nasihatkan supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.(pastikan kalian memilih kalsium yang sesuai:-)


Ini kata2 seorang pengamal ostematrix shaklee semasa hamil:-)


Mereka sudah menggunakannya dan merasai kebaikkannya...Kalian bagaimana???Dan ummi ingin terus memberikan "Harga Terbaik' buat semua customer kesayangan ummi...


* Testimoni ini adalah pengalaman consumer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut. 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee dengan 'harga terbaik' boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms/wassap di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Salam sayang,









 

Nadiah Khamis (Kak Nadia)  
Shaklee Independent Distributor
[ID No : 830027]
012-3975808 (sms / wassap)

nadeeyya_kk@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan