Salam sayang semua...selamat bercuti ye...agak lama ummi tidak menulis tentang penyusuan dalam blog ini...ramai pula yang menghantar email kepada ummi dengan isu yang agak sama...(tak sangka pulak ramai jugak EP MOM di luar sana)... persoalan yang kerap kali di tanyakan ialah :-
Benarkah ibu yang menyusukan anak hanya dengan cara mengepam sahaja (EP MOM). susunya akan cepat kering???
Rata - rata EP MOM adalah sebenarnya juga berasal dr seorang ibu yang menyusukan anak secara direct feeding...Tetapi atas beberapa faktor, si ibu dengan berat hati terpaksa berpindah kepada kaedah kedua iaitu menjadi seorang EP MOM...ummi percaya, jika di beri pilihan, tiada seorang ibupun mahu menggunakan kaedah ini untuk meneruskan aktiviti penyusuannya...
Apabila ummi menghalusi dan mencari punca mengapa ramai ep mom yang berhenti di sekerat jalan, ini antara sebab2 yang ummi perolehi :-
a) Kata2 'Negatif' dari orang terdekat (suami, ahli keluarga dan sahabat2), bahawa seorang ep mom tidak akan berjaya seperti ibu yang menyusukan anak secara df (diect feeding)...
b) Tiada satu group khusus yang menyokong ep mom2 ini sebagai galakan utk memotivsikan diri mereka (patut ke ummi buka satu group dlm fb utk ep mom??)
c) Kekurangan ilmu ttg cara2 maintain milk supply...
d) Sgt2 bimbang susu yang di hasilkan tidak mencukupi...
Ini antara sebab2 besar yang ummi lihat rata2 sentiasa menghantui seorang ep mom...tetapi, malangnya di Malaysia tiada satu group atau badan support yang membantu golongan seperti ini utk meneruskan aktiviti pemberian susu ibu melalui kaedah pumping dan akhirnya si ibu GIVE UP!!!Sayangnya...
Sungguhpun begitu, ummi tidak langsung menafikan bahawa DIRECT FEEDING adalah cara terbaik yang harus di amalkan...
Berbalik kepada persoalan di atas, benarkah susu akan cepat kering jika anda seorang EP MOM???
Ummi berani katakan TIDAK...kerana ia tetap bergantung kepada kekerapan pengosongan payudara yang SERINGKALI di tekankan tidak kira kepada DF atau EP MOM...
Ummi seringkali tekankan kepada semua ibu2 bf di luar, kosongkan payudara secara berjadual...ini akan memastikan otak menerima signal untuk terus menghasilkan susu pd tahap maksima...Apakah benar signal ini wujud???Untuk makluman semua ibu2 di luar sana...signal yg sering ummi katakan ini sebenarnya di panggil HORMON FEEDBACK INHIBITOR...hormon inilah yang berfungsi secara khusus dan tetap dalam menghantar signal ke memory glands utk tindak balas penghasilan susu...Dan hormon ini sgt efisien dlm tugasnya ini sehingga ia tidak dpt membezakan sbb2 ibu yg tidak mengepam pada waktunya kerana kerja yg banyak, malas atau nak rest dsbnya...yang di ketahuinya, jika aktiviti pengosongan payudara bekurangan, maka susu akan mula berkurangan utk di hasilkan...
So, sedikit tips dr ummi (kerana ummi jg bukan perfect, adakalanya tetap terskip jadual pam ummi seharian)...Jika kalian tidak dapat elakkan utk terskip jadual pam kalian pastikan :-
1) Zon positif atau zon selesa di cari - cara paling mudah, ummi akan taburkan bedak debu yang sering di pakai oleh anak ummi (bau yg sgt sinonim dgn baby ummi) kerana ianya sgt2 cepat menurunkan stress ummi...-jika anak tidak bersama..
2) Berwudhuk (period pun also can) sbb bila berwudhuk kita akan berada pada zon sgt2 selesa (biasanya utk menghadap ilahi utk solat dan sbgnya)...
3) Tarik nafas dan hembus perlahan2 supaya kita lbh relaks.
4) Bila benar2 bersedia, mulakan power pumping sebagai gantian sessi yang kita tertinggal tadi...
Bagi ummi, power pumping adalah antara ubat paling mujarab utk meningkatkan semula penghasilan susu...(selain df)...tiada kejayaan yg mudah di capai tetapi percayalah ada seribu jalan keluar utk menggapai kejayaaan dan pokok utamanya kemahuan dan keazaman...
Ummi yakin anda boleh kerana TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN JUGA MAMPU MENGGONCANG DUNIA dannn DI SEBALIK SESEBUAH KEJAYAAN, DI BELAKANGNYA ADALAH SEORANG WANITA...
HAPPY BREASTFEEDING TO ALL MOM'SSS...
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
Buat putri - putri kesayanganku....
Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...
Sahabat2 kesayangan ummi
Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..
Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...
Montage Group Intifada
Memaparkan catatan dengan label Jadual Pam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jadual Pam. Papar semua catatan
Rabu, 11 April 2012
Ahad, 4 Mac 2012
Power Pumping dan keberkesanannya...Anda harus cuba!!!
Salam sayang semua...Hari ni ummi menerima email yang berturut2 bertanyakan tentang Power Pumping dan Hyperstimulation...Samakah kedua2nya???Ntah la tapi bagi ummi ianya sama kerana konsepnya sama....Ianya adalah satu kaedah atau teknik pengepaman yang intensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu.
Jika di tanya kepada ummi, bagaimanakah cara Power Pumping ini di lakukan??Menurut pembacaan ummi di laman2 web penyusuan dan pengalaman ummi sendiri melakukan power pumping ini, kebiasaannya satu waktu di pilih iaitu sekitar 60 minit atau satu jam...aktiviti pengepaman akan di mulakan selama 10 minit, kemudian berhenti selama 10 minit...seterusnya pam semula selama 10 minit dan berhenti sekali lg selama 10 minit...begitu la aktiviti ini di lakukan berulang2 kali sehingga 60 minit berakhir...
Contoh paling mudah untuk memudahkan pemahaman ialah begini:
Power Pumping di mulakan pada jam 12 malam...
1) Pam pertama = Dari jam 12.00 hingga 12.10 minit
2) Berhenti pam = Dari jam 12.10 minit hingga 12.20 minit
3) Pam semula = Dari jam 12.20 minit hingga 12.30
4) Berhenti pam = Dari jam 12.30 minit hingga 12.40 minit
5) Pam semula = Dari jam 12.40 minit hingga 12.50 minit
6) Berhenti Pam - Dari jam 12.50 minit hingga 1 pagi
Kalau ikut dah cukup dah sejam tapi ummi lebih suka kalau tambah satu lagi sessi pengepaman antara jam 1 pagi hingga 1.10 pagi...enough....so dapat 4 kali pengepaman dah tu...dan kebiasaannya hasilnya boleh juga mencecah 5-6 oz keseluruhannya...tetapi harus ummi ingatkan...bahawa setiap orang berlainan jumlahnya...so, bagi ummi, kerana power pumping ini dibuat untuk merangsang penghasilan susu, jika jumlahnya hanya titik2 susu atau angin sahaja yang keluar tanpa sebarang hasil, tidak mengapa...yang penting adalah kemahuan kita dan niat kita untuk berusaha mempertingkatkan penghasilan susu itu...
Dan, setiap jumlah perahan antara satu waktu dengan satu waktu yang lain itu, boleh di campurkan antara satu sama lain, cuma make sure setiap hasil perahan itu di sejukkan terlebih dahulu di peti ais bawah...apabila suhunya telah sama (sekitar 1 atau 1 jam setengah anggaran), barulah semua hasil perahan power pumping tersebut boleh di satukan dalam satu bekas...
Satu lagi, oleh kerana kekerapan masa pengepaman ini sepanjang power pumping ini di jalankan, maka untuk memudahkan, antara senggang waktu tersebut, corong pam (breast shield) bolehlah di masukkan ke dalam peti ais tanpa perlu di basuh (jangan masukkan dengan mesinnya sekali sudah lah)...
Bilakah waktu yang sesuai di buat Power Pumping???
Jika menurut pengalaman ummi, waktu yang paling suka ummi buat adalah pada waktu tengah malam atau sebelum tidur...ini kerana bagi ummi hormon prolaktin adalah sangat tinggi pada waktu2 sebegini...Sungguhpun begitu, ianya tetap juga bergantung kepada keselesaan masing dan waktu yang sesuai...yang penting si ibu melakukannya dalam keadaan tenang dan terkawal...Base on pengalaman ummi juga, ummi amalkan power pumping ini di buat setiap hari sebanyak sekali sahaja tetapi jika ummi mendapati jumlah perahan mula menyusut (akibat terskip jadual banyak kali biasanya), maka barulah ummi akan tingkatkan kekerapan power pumping kepada 2 kali iaitu biasanya di waktu siang di tempat kerja...
So, kalian harus manage jadual pengepaman sebaik2nya...nasihat ummi, kalian masukkan sekali salah satu dalam jadual seharian pengepaman itu, satu waktu untuk kalian buat power pumping...insya allah, hasilnya sangat berbaloi2 dan ummi percaya dan yakin, base on pengalaman ummi, dengan memasukkan power pumping dalam jadual pengepaman kalian setiap hari, hasil susu perahan kalian secara perlahan2 akan meningkat...Selamat Mencuba dan Happy Breastfeeding!!!
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
Jika di tanya kepada ummi, bagaimanakah cara Power Pumping ini di lakukan??Menurut pembacaan ummi di laman2 web penyusuan dan pengalaman ummi sendiri melakukan power pumping ini, kebiasaannya satu waktu di pilih iaitu sekitar 60 minit atau satu jam...aktiviti pengepaman akan di mulakan selama 10 minit, kemudian berhenti selama 10 minit...seterusnya pam semula selama 10 minit dan berhenti sekali lg selama 10 minit...begitu la aktiviti ini di lakukan berulang2 kali sehingga 60 minit berakhir...
Contoh paling mudah untuk memudahkan pemahaman ialah begini:
Power Pumping di mulakan pada jam 12 malam...
1) Pam pertama = Dari jam 12.00 hingga 12.10 minit
2) Berhenti pam = Dari jam 12.10 minit hingga 12.20 minit
3) Pam semula = Dari jam 12.20 minit hingga 12.30
4) Berhenti pam = Dari jam 12.30 minit hingga 12.40 minit
5) Pam semula = Dari jam 12.40 minit hingga 12.50 minit
6) Berhenti Pam - Dari jam 12.50 minit hingga 1 pagi
Kalau ikut dah cukup dah sejam tapi ummi lebih suka kalau tambah satu lagi sessi pengepaman antara jam 1 pagi hingga 1.10 pagi...enough....so dapat 4 kali pengepaman dah tu...dan kebiasaannya hasilnya boleh juga mencecah 5-6 oz keseluruhannya...tetapi harus ummi ingatkan...bahawa setiap orang berlainan jumlahnya...so, bagi ummi, kerana power pumping ini dibuat untuk merangsang penghasilan susu, jika jumlahnya hanya titik2 susu atau angin sahaja yang keluar tanpa sebarang hasil, tidak mengapa...yang penting adalah kemahuan kita dan niat kita untuk berusaha mempertingkatkan penghasilan susu itu...
Dan, setiap jumlah perahan antara satu waktu dengan satu waktu yang lain itu, boleh di campurkan antara satu sama lain, cuma make sure setiap hasil perahan itu di sejukkan terlebih dahulu di peti ais bawah...apabila suhunya telah sama (sekitar 1 atau 1 jam setengah anggaran), barulah semua hasil perahan power pumping tersebut boleh di satukan dalam satu bekas...
Satu lagi, oleh kerana kekerapan masa pengepaman ini sepanjang power pumping ini di jalankan, maka untuk memudahkan, antara senggang waktu tersebut, corong pam (breast shield) bolehlah di masukkan ke dalam peti ais tanpa perlu di basuh (jangan masukkan dengan mesinnya sekali sudah lah)...
Bilakah waktu yang sesuai di buat Power Pumping???
Jika menurut pengalaman ummi, waktu yang paling suka ummi buat adalah pada waktu tengah malam atau sebelum tidur...ini kerana bagi ummi hormon prolaktin adalah sangat tinggi pada waktu2 sebegini...Sungguhpun begitu, ianya tetap juga bergantung kepada keselesaan masing dan waktu yang sesuai...yang penting si ibu melakukannya dalam keadaan tenang dan terkawal...Base on pengalaman ummi juga, ummi amalkan power pumping ini di buat setiap hari sebanyak sekali sahaja tetapi jika ummi mendapati jumlah perahan mula menyusut (akibat terskip jadual banyak kali biasanya), maka barulah ummi akan tingkatkan kekerapan power pumping kepada 2 kali iaitu biasanya di waktu siang di tempat kerja...So, kalian harus manage jadual pengepaman sebaik2nya...nasihat ummi, kalian masukkan sekali salah satu dalam jadual seharian pengepaman itu, satu waktu untuk kalian buat power pumping...insya allah, hasilnya sangat berbaloi2 dan ummi percaya dan yakin, base on pengalaman ummi, dengan memasukkan power pumping dalam jadual pengepaman kalian setiap hari, hasil susu perahan kalian secara perlahan2 akan meningkat...Selamat Mencuba dan Happy Breastfeeding!!!
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
Label:
Catatan Ummi,
Jadual Pam,
Power Pumping,
Sharing as EP MOM
Khamis, 1 Mac 2012
Mengapa 'JADUAL PUMPING' sangat penting buat saya???
Salam sayang semua...Jadual Pumping???Ummi percaya bg ibu2 yang menyusukan anak, jadual pam adalah salah satu elemen yang sering di tekankan...dahulu, semasa ummi baru belajar2 menyusukan anak, ummi tak nampak langsung tentang kepentingan Jadual Pam ni...bagi ummi, janji buat, kira ok la...rasa rimas pulak bila terikat dengan satu benda... So, pada ummi semasa itu, ianya TAK PENTING..Tetapi apabila telah melalui 2 pengalaman menyusukan anak, ummi baru realize bahawa sepatutnya setiap ibu yang menyusukan anak, sepatutnya mempunyai satu jadual pam yang khusus...
Cth Jadual Pam yang ummi sediakan buat customer2 kesayangan ummi...
Ini adalah satu jadual pam yang paling simple untuk mengetahui samada kita benar2 ikut atau tidak waktunya malahan secara tak langsung kita bukan sahaja boleh mengetahui hasil stok susu yang di hasilkan malah tarikh expirednya juga...ianya boleh diolah mengikut kesesuaian si ibu kerana hanya kita yang tahu keperluan dan jadual pam yang terbaik buat diri kita...
Apa yang ummi perasan, tubuh badan kita ini di ciptakan oleh Allah SWT sangat2 unik...apabila satu2 perkara kita lakukan berulang2 kali, badan kita akan bertindak balas dengan otak supaya perbuatan yang di lakukan berulang2 kali itu menjadi satu RUTIN atau PERKARA BIASA,,,
Kerana itu, menurut ummi contoh paling terdekat adalah solat...apabila solat menjadi satu perbuatan LAZIM yang di lakukan setiap hari, jika ummi tidak boleh solat (period) sekalipun, apabila sahaja tiba waktu solat ummi kerap kali terbabas hendak mengerjakan solat seperti biasa...itu yang ummi maksudkan...
Oleh itu, base on pengalaman ummi sepanjang menyusukan anak...apabila jadual pam ini di buat dan di patuhi se konsisten yang mungkin, ummi dapat melihat kesannya...apabila sahaja waktu lazim mengepam itu tiba, tetapi ummi masih belum mengepam sekalipun, susu akan mula keluar membasahi baju yang di pakai...Ini adalah kesan daripada RUTIN atau LAZIM kita melakukannya setiap hari...
Ummi bagi contoh lagi...terdapat beberapa sahabat ummi yang mengamalkan pemberian susu badan hanya di buat pada malam hari kerana bekerja waktu pagi (kes malas nak pam kat tempat kerja)...bayangkan, susunya masih ada walaupun si ibu ini hanya menyusukan anak pada waktu balik kerja semata2 tanpa sebarang pengepaman di tmpt kerja...Ini bermakna badan si ibu ini sebenarnya telah TERBIASA untuk susu di keluarkan pada malam hari sahaja...dan kerana itu, baju si ibu tidak basah langsung di siang hari dan hanya basah apabila si ibu pulang dr kerja...
Kaitannya yang ummi ingin katakan, ini bermaksud apabila kita membuat Jadual Pam tersendiri dan kita melatih diri menggunakan jadual tersebut secara konsisten, ummi percaya tepat pada waktu yang kita susun tersebut, susu akan mula mengalir deras...sesuai dengan tindak balas dari tubuh dan otak kita...Tetapi ini berbeza jika kita hanya mengepam mengikut mood atau BILA SEMPAT sahaja...ianya tidak akan memberikan satu signal pada otak dan badan kerana kecelaruan aktiviti pengepaman yang di lakukan...
Oleh itu, jika anda adalah ibu yang bekerjaya, dan harus mengepam di tempat kerja, pastikan anda mempunyai jadual pam tersendiri dan pastikan anda konsisten menggunakannya...kerana berdasarkan pengalaman ummi dan pengamatan ummi kepada perjalanan penyusuan sahabat2 ummi yang lain, jadual pam yang di ikut secara konsisten mampu memberikan impak penting dalam penghasilan susu sehari2...
Selamat mencuba dan HAPPY BREASTFEEDING!!!
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia
Cth Jadual Pam yang ummi sediakan buat customer2 kesayangan ummi...
![]() |
| Click To Enlarge-Jadual Pam |

Langgan:
Catatan (Atom)
Jom friend dgn kami di Facebook!!
Menyokong Penyusuan Susu Ibu