Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Memaparkan catatan dengan label Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shaklee. Papar semua catatan

Isnin, 15 September 2014

Shaklee Effect : Tenaga tambahan macam Super Power????

Salam sayang semua..Alhamdulillah!!!Saya ingin share kan dengan kalian 'kesan hebat' yang saya rasai dengan anda semua...perkara baik harus di kongsi bersama bukan:-)

Hari Sabtu baru - baru ini... seawal pagi kami sekeluarga bertolak ke Kuala Lumpur..memandangkan minggu ini anak- anak sedang bercuti sekolah, saya bawa bersama mereka berdua...Melihat cuaca yang sekejap hujan sekejap panas, tambahan pula perjalanan dari Sg Petani ke Kuala Lumpur yang akan memakan masa lebih kurang 5 jam anggaran, saya sempat bawa bersama sebelum keluar 5 sachet nutriferon sebagai perisai untuk 'memastikan sistem imun kami sekeluarga bekerja seperti sewajarnya'...

Malangnya, dalam keadaan kami yang kelam kabut tersebut, rupanya saya terlupa sesuatu!!!! SAYA TERLUPA BAWA BERSAMA SUPPLEMEN WAJIB KAMI APABILA 'TRAVEL JAUH'!!!!

Mujur sahaja malam sebelum bertolak, kami sekeluarga mendapat rehat yang secukupnya, maka perjalanan ke Kuala Lumpur kami tempuh dengan selesa...Setibanya kami di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur semasa itu jam telah menunjukkan jam 5.30 petang..maklum sahaja cuti sekolah, kereta cukup banyak di tambah dengan cuaca yang sekejap panas dan sekejap hujan...

Malamnya, kami sekeluarga meronda pula ke sekitar Kuala Lumpur untuk menyeronokkan anak-anak yang sedang bercuti..hampir jam 12.30 malam barulah kami tiba semula ke hotel dan kami melelapkan mata hampir jam 1.30 pagi...

Esok paginya, kami bawa sekali lagi anak- anak bersiar - siar sebelum kami menghadiri Class SHAKLEE 3R CENTRAL yang di kendalikan oleh upline kami iaitu Norita Idris dan En Naquib..makanya hari tersebut kami memang tak rehat langsung!!!

Jam 1.45 petang, selepas zohor kami bergegas menghadiri CLASS 3R dan saya tersenyum lebar sewaktu pendaftaran di buat apabila kami menerima 2 sachet CHINCH TEA!!! Bagaikan bonda Norita saya tahu saya terlupa membawa supplemen wajib kami bila 'travel jauh'!!!

CLASS SHAKLEE 3R CENTRAL YANG KAMI HADIRI DENGAN KELUARGA BESAR SHAKLEE DI HOTEL SRI PETALING PADA 14HB SEPTEMBER 2014

Selesai sahaja class tersebut pada jam 6.00 petang dan setelah kami check out hotel dan 'mendapatkan amanat' dari Bonda Norita, kami bergegas pula bertolak pulang ke Sg Petani jam 6.45 petang dalam keadaan hujan renyai-renyai dan badan serta otak yang agak keletihan...

Semasa itulah, saya teringat pada 2 sachet CHINCH TEA yang kami terima semasa pendaftaran class tadi..tanpa berlengah, saya bancuh 2 gelas CHINCH TEA tersebut untuk saya dan suami kekal cergas, bertenaga dan tidak keletihan walaupun seharian kami di penuhi dengan aktiviti yang agak meletihkan di tambah lagi dengan perjalanan selama 5 jam lagi sebelum kami tiba di Sg Petani!!!

Menakjubkan!!! Ini semua atas kehendak Allah juga!!! Saya perasan sesuatu di situ!!! Sepanjang jalan walaupun setelah seharian kami keletihan dengan aktiviti tetapi kami notice sesuatu!!! Kami tidak langsung rasa mengantuk, letih dan kekal cergas sepanjang perjalanan pulang kami ke Sg Petani walaupun terpaksa mengharungi hujan sepanjang jalan!!! Alhamdulillah!!! Kami selamat tiba ke rumah pada jam 12.15 tengah malam...

Yang lebih menakjubkan kerana setibanya di rumah, saya masih bertenaga untuk mengemaskan beg-beg kami sekeluarga dan menggosok baju untuk kami bekerja esok hari...Syukur Alhamdulillah!!! Dan malam itu, sebelum saya sekeluarga melelapkan mata, saya ambil pula 4 biji ostematrix sebagai pelengkap kalsium dalam diri saya...

Pagi itu, saya bangun awal dalam keadaan segar dan bertenaga seperti biasa walaupun semalamnya kami mengharungi seharian yang sangat melelahkan..Benarlah orang kata, supplemen atau pemakanan tambahan adalah sebagai usaha kita untuk kekal sihat dan cergas serta bertenaga dan selebihnya atas kehendak Allah juga!!!

Oleh itu, saya ingin syorkan pada anda semua di sana...sekiranya anda inginkan badan yang kekal segar dan bertenaga tambahan pula anda sedang dlm proses DIET, saya sangat mengesyorkan untuk anda mencuba CHINCH TEA INI!!! Insya Allah sangat2 berbaloi!!!

Anda ingin mencuba produk ini??? Hantarkan wassap atau sms anda pada saya sekarang di :-
012-3975808







 Nadia Khamis
Pengedar Sah Shaklee
Bergerak aktif di kawasan Sg Petani dan Pulau Pinang
Serta penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia.


Khamis, 11 Julai 2013

HOTT!!!!JOM SERTAI KAMI SEKARANG!!!!

Salam sayang semua...perghhh...punya la semangat...bulan ramadhan ni tulis sampai 2 entry sekali...hehehe...sebenarnya entry ni ummi nak share dengan kalian dari minggu lepas lagi...tapi keletihan sebab travelling turun kl, coach downline2 tersayang, singgah rumah abah sebelum ramadhan (balik Melaka tuhh, yeayy!!!) dan melapor diri di jabatan baru (huhuhu, bye2 jheaipp dan welcome jbg)...dan esoknya terus masuk kerja di jabatan lama untuk siapkan balance2 kerja sblm gi jabatan baru...fuhhh...memang letihhh...tapi ummi HAPPY DAN POSITIF!!!

Ok, bebalik pada kisah yang ummi nak share dengan kalian...hari Sabtu lepas, ummi menghadiri satu seminar group biz ummi, of course la Shaklee!!! Ramai giler yang hadir...satu Ballroom tu penuh dengan geng biz ummi...yang bestnya sebab kebanyakannya ada anak kecil, so dah jadi macam taman permainan pulak...(sungguh mesra family!!!)...besttt...tak pernah join biz yang boleh bawa anak sekali dlm seminar...hehehe...


Ramai kan???Semuanya berkobar2 sebab seminar kali ni tajuknya memang superb!!!BIG DREAM!!!

Dalam seminar tu jugak, ummi berkesempatan berkongsi kisah dan rahsia ummi bagaimana untuk Berjaya dalam biz Shaklee ni...ketar lutut mula2 tapi bila tengok semua bagi respon yang baik...apa lagi, sampai tak nak lepas microfon la pulak!!!hehehe...


Ni masa sessi ummi jadi speaker...Inspiration Talk...Mudah2an memberi manfaat pada semua group biz ummi:-)

Sempat jgk close up muka depan lagi tu...hihihi...ambik aura positif:-)


Sempat tuh!!!!hehehe....

Sekarang, ummi sedang cuba pastikan untuk ummi sekeluarga dapat pergi bersama untuk Umrah yang di taja oleh Shaklee sepenuhnya....terujaa!!!Insya Allah next year...Doakan yer:-) Aminnn...


Inilah bilik ibu biz ummi, Master Norita yang telah pergi ke Umrah tahun ini fully sponsored by Shaklee!!!Ya Allah!!!Seronoknya....Bilik mcm rumah sebab Shaklee memang taja mana2 percutian di Hotel 6 Star!!! Subhanallah!!!(Ya Allah, kabulkan lah permohonan kami untuk datang ke Tanah Suci Mekah...Aminnn)...

INSYA ALLAH!!!Ummi yakin ramai adik2 biz ummi juga akan turut serta dalam Umrah tajaan Shaklee ini tahun depan...Tak sabar rasanya menunggu saat itu!!!

Kalian ingin join group ummi untuk menjana pendapatan bersama Shaklee???Insya Allah, ummi akan bantu kalian untuk mencapai kejayaan bersama kami...Mudah sahaja...cuma rm 65  untuk menjadi ahli Shaklee seumur hidup atau beli sahaja mana2 produk Shaklee dengan 200 uv dan kalian akan mendapat keahlian percuma seumur hidup!!!

HUBUNGI UMMI SEKARANG!!!012-3975808!!!

REALISASIKAN IMPIAN ANDA UNTUK BERJAYA SEPERTI KAMI!!!JOM SERTAI KAMI!!!

Salam sayang,
 

Nadiah Khamis (Kak Nadia) 
Pengedar Sah Shaklee kawasan Sg Petani dan Pulau Pinang
Shaklee Independent Distributor[ID No : 830027]
012-3975808 (sms / wassap/viber) 
nadeeyya_kk@yahoo.com

Sabtu, 26 Januari 2013

DEMAM SHAKLEE MULA MENULAR!!!IA MENJADI TREND MASA KINI CELEBRITI DAN ORANG KENAMAAN!!!

Salam sayang semua...semoga hari minggu ini kalian semua akan lbh ceria...semoga hari ini lebih baik dari semalam:-)

Percaya tak kalau ummi katakan bahawa shaklee kini sudah menjadi TREND???Percaya tak jika ummi katakan bahawa Shaklee mula mendapat tempat di hati semua orang???Percaya tak jika ummi katakan bahawa Shaklee juga mula mendapat kepercayaan di hati celebriti dalam dan luar negara malahan di kalangan mereka yang ternama???

PERCAYALAH!!!!SHAKLEE adalah pemakanan tambahan @ vitamin terbaik yang kalian boleh pilih!!!Mengapa ummi katakan begitu???Ada bukti ke???

Yup, mulanya ummi juga hampir tak percaya...Demam shaklee rupanya bukan sahaja melanda negara kita Malaysia...malahan ianya sudah mula merebak ke Negara lain...Tak Percaya???Jom tengok ini...

Haaaa...kan....ummi dah kata...cuba tengok pula ini...


Haaaa..jangan tak caya...Jom tengok pula celebriti mana yang guna produk Shaklee....Layannnn...

AYU RAUDHAH
 Apa kata Ayu Raudhah??? Bagaimana beliau berkongsi rahsia kecantikan dan kesihatan beliau...

“Saya suka memakai maskara untuk melentikkan bulu mata. Jika memakai maskara, saya tidak perlu menggunakan bulu mata palsu. “Jadi, saya jarang membeli bulu mata palsu. Kalau membeli pun, saya memilih yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.

“Biasanya saya akan membeli maskara dengan jumlah yang banyak. Maskara yang paling saya suka adalah jenis Maybelline Volume Express Mascara Curved Brush,” ujar pelakon drama popular Nur Kasih dan Manjalara ini.

Pada hari tidak bekerja, Ayu jarang mengenakan mekap tebal tetapi wajahnya tetap tidak dapat lari dari menggunakan maskara.

“Boleh dikatakan setiap hari saya perlu bersolek tetapi apabila berada di rumah, saya jarang memakai mekap. Jika keluar tanpa urusan kerja, saya tidak banyak memakai mekap dan yang penting mesti meletak maskara pada mata,” ujarnya lagi.

Sapu ais pada muka Seperti wanita lain, Ayu tidak putus menjalani rutin kecantikan seperti biasa iaitu mencuci muka, menggunakan penyegar dan pelembap muka.

“Saya perlu membersihkan dan menjaga muka dengan kerap kerana sentiasa menggunakan mekap setiap hari terutama sewaktu menjalani penggambaran.

“Saya tidak banyak mengamalkan petua tradisional. Antara petua yang diamalkan setiap kali sebelum tidur, saya akan menyapu ais pada muka untuk merawat kulit bermasalah.

“Alhamdulillah, nasib baik kulit saya tidak mudah ditumbuhi jerawat walaupun kadangkala rasa stres,” katanya.

Selain itu, dia juga menerima rawatan kulit muka di pusat kecantikan AsterSpring selama setahun di samping mendapat bekalan percuma produk penjagaan kulit Dermalogica dan kosmetik Averine.

Ayu terpilih antara artis yang mengikuti pakej rawatan muka dan badan ‘Beautiful Bride’ oleh AsterSpring pada November tahun lalu. Selain Ayu, pelakon Raja Farah juga menerima rawatan yang sama.

Guna daun bunga raya
Daripada penjagaan muka, topik perbualan beralih kepada penjagaan rambut yang dianggap sebagai mahkota berharga kepada setiap wanita. Agak menarik juga apabila Ayu menggunakan daun bunga raya untuk melembutkan rambut.

“Ambil 10 helai daun bunga raya dan tumbuk sehingga halus. Kemudian, sapukan pada rambut hingga ke akarnya. Balutkan rambut dengan “shower cap” selama 30 minit. “Akhir sekali, cuci dengan air bersih. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah rambut menjadi lebih lembut dan bersinar,” ujarnya.

Menyentuh tentang pemakanan, Ayu kurang mengambil nasi dan sangat mengawal makan. Disebabkan berat badannya mudah naik jika tidak dijaga, Ayu perlu mengambil jumlah makanan pada kadar sedikit.

“Selain mengawal pemakanan, saya turut mengamalkan minuman kesihatan iaitu sirap Shaklee(VIVIX),” katanya.

Untuk mengekalkan bentuk badan menarik, Ayu turut melakukan senaman bangkit tubi sebanyak 50 kali sebelum tidur.

Sumber : M.Star, Harian Metro
Seorang lagi selebriti yang menggunakan Shaklee...Miz Nina...
Mizz Nina
 Apa kata Mizz Nina mengenai supplement yang di amalkannya???
 Sumber : Majalah Rapi

"Saya mengambil sejenis minuman kesihatan dalam bentuk susu (ini di panggil ESP-Hot Produk SHAKLEE)..Ia membantu mencuci sistem dan pencernaan saya. Selain itu saya turut mengambil multivitamin (VITALEA), vitamin C dan 'zinc' untuk rambut. Kadang - kadang saya akan mengambil vitamin 'B Complex. Saya adalah pengguna produk supplemen SHAKLEE."

Malahan yang ummi hampir tak percaya, rupanya mantan Perdana Menteri kita, Dr M juga adalah pengguna SHAKLEE!!!
Mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad
Apa kata Dr M?

Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.
 

Artikel penuh di : sususejat.com

Tahu mengapa mereka memilih Shaklee sebagai pemakanan tambahan mereka???
 Latar Belakang Syarikat yang Baik
  • Perintis dan pemimpin dalam pemakanan tambahan iaitu sejak 1955/56
  • Syarikat yang tertua, terbesar lagi kukuh - NYSE/FORTUNE 500
  • Menjadi rujukan dalam menetapkan piawaian dalam industri ini
Makanan Tambahan yang Semulajadi
  • Produk semulajadi, bukan sintetik @ organik
  • Wujud dalam bentuk bersedia untuk diserap atau digunakan
  • Tiada pewarna, perasa dan pengawet tiruan
Produk Berasaskan Penyelidikan
  • Lebih daripada USD180 juta dibelanjakan untuk R&D
  • Memiliki pusat penyelidikan sendiri
    1. Hayward California
    2. Stanford Research Park
  • Penilaian semula oleh saintis, penyelidik bebas di institusi berprestij
    1. Chicago Medical School
    2. Yale University
    3. University of Texas
    4. University of Toronto
  • Lebih daripada 50 abstrak & penyelidikan tentang produk Shaklee telah diterbitkan dalam jurnal saintifik
Ujian Klinikal
  • Satu-satunya syarikat yang melakukan ke atas semua produknya
  • Terbukti melalui kaedah sains (products work)
Piawaian Kawalan Kualiti yang Tinggi
  • Sehingga 176 ujian ke atas bahan mentah
  • Sehingga 262 ujian kualiti ke atas setiap produk akhir (siap) 

Malah Shaklee turut memberikan jaminan bahawa produk2nya tidak mengandungi:-
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang
Mereka sudah...Anda bagaimana???

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms/wassap di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Salam sayang,








   

Nadiah Khamis (Kak Nadia)  
Shaklee Independent Distributor
[ID No : 830027]
012-3975808 (sms / wassap)

nadeeyya_kk@yahoo.com

Ahad, 9 Oktober 2011

Mahalkah harga sebuah kesihatan???

Salam sayang semua...semalam ummi baru sahaja bersembang dengan salah seorang sahabat lama ummi...sempat juga ummi selitkan tentang supplement yang ummi sekeluarga amalkan sekarang, SHAKLEE...
Ummi tanya kepada sahabat ummi ni, apa 'perisai' yang dia sediakan utk kesihatan keluarganya???
Jawapannya..."Aku dah masuk insurance, so, kalau sakit boleh lah duduk hospital swasta yang mahal, tak yah duk hospital kerajaan leceh...pastu nak makan supplement ni 'MAHALLAH'...aku bayar insuran sebulan baru RM 200 je...nanti dapat duk hospital yang best..."(cuba tanya diri anda...adakah ini juga jawapan akan anda berikan????)


MASYA ALLAH!!!Takkan itu jawapannya...ummi kalau boleh nak elakkan diri ummi dan keluarga yang ummi sayang dari masuk hospital tapi jawapan di atas macam dah 'rela' nak masuk hospital...maknanya kita lebih rela 'di rawat' dari ambil 'langkah mencegah' dari awal...itulah sifat lazim manusia...sering terlupa dan bila penyakit menghampiri...'ubat2an yg mahal harganya menjadi murah asalkan sembuh'...


Malahan, baru2 ini, ada sahabat sekerja ummi yang merungut, insuran yang di bayar setiap bulan tak cover pun pembedahan pemotongan kaki bapanya yang mengidap diabetes...alasannya kerana terlalu ramai rakyat malaysia yang menghidap penyakit diabetes...nonsense...sangat tak masuk akal...so, janji tinggal janji...akhirnya, kemana sahabat ummi ini pergi????HOSPITAL KERAJAAN sebab charge tak tinggi mcm swasta...hmmm...jadilah keadaan Pi Mai Pi Mai Tang Tu...


BENARKAH SUPPLEMENT SHAKLEE MAHAL????


Ok, Ummi ambil SET yang paling asas...maksudnya bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan optimum, set ini yang harus di amalkan agar kesihatan maintain, Insya allah...Ummi sebut sebagai SET A (Kesihatan Optimum)...Jom lihat...


- Terdiri daripada 3 jenis vitamin iaitu :-
1) Vitalea @ Multivitamin
2) B Compleks
3) Vitamin C


* Vita-lea (120 biji) = RM71.00 untuk 4 bulan , sebiji = 60sen

* B-complex (120 biji) = RM43.00 untuk 4 bulan , sebiji = 35sen

* Vitamin C ( 180 biji )= RM74.00 untuk 6 bulan, sebiji = 41sen

SO, 60 sen + 35 sen + 41 sen = RM 1.36 sahaja untuk sehari...Tidak mampukah anda menyediakan kurang dari RM 2 untuk kesihatan anda setiap hari????Mahalkah???Ummi percaya ini adalah nilai yg sgt kecil bagi anda untuk sesuatu yang sgt besar iaitu KESIHATAN ANDA...


Malahan, bagi membantu anda yang mempunyai pendapatan kecil dan baru ingin mencuba, ummi turut menyediakan package2 mini  yang anda boleh pilih dari senarai Euphoria Trial Pack dan sekiranya anda ingin lebih jimat dan ingin membeli secara 'One Off" boleh la cuba Full Pack yang anda boleh consume up to 4 month...dan lebih dari itu, sebagai pelanggan kami, ummi ingin tawarkan special price buat anda...

Euphoria Trial Pack



Anda ingin mencuba dan sayangkan kesihatan diri anda dan keluarga???Sms ummi di 012-3975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Ahad, 12 Disember 2010

Mengapa Ummi Memilih SHAKLEE...

Salam...agak lama rupanya ummi menghilangkan diri...akhir2 ini entah mengapa ummi lebih senang bermain dengan anak kecil ummi yang baru pandai berjalan dan melayan syasya yang gemar bercerita ttg taskanya dan kawan2nya...tapi, insya allah ummi masih sudi dan mampu melayan pertanyaan2 email, telefon dan sms dari kalian yg bertanya tentang penyusuan mahupun tentang kebaikan shaklee...ummi sering berdoa kepada Yang Esa mudah2an ummi diberikan kelapangan agar dapat berkongsi dan membantu kalian yang memerlukan...aminnn...


Sebenarnya, entry hari ini ummi tulis kerana ummi nak join satu contest yang adik atau upline ummi anjurkan, N di blognya...so, kebetulan ummi juga adalah pengguna setia shaklee, apa salahnya ummi turut berkongsi dengan kalian tentang kebaikan vitamin2 shaklee yang ummi dan keluarga amalkan...


Setakat ini ummi dan keluarga ummi mengamalkan vitamin2 ini dalam kehidupan seharian kami :-
a) Vitalea @ Multivitamin
b) B Compleks
c) Vitamin C
d) Alfalfa Compleks
e) Zinc
f) Ostematrix @ Kalsium Magnesium
g) Lecithin
h) Energizing Soy Protein
i) Performance Drink
j) Meal Shake


Hmmm..banyak???Hehehe...kalau ikut hati ummi, memang habis semua vitamin shaklee tu ummi nak borong...tapi ummi terpaksa memilih yang paling utama sbb kekangan bajet..hehehe...sejujurnya dahulu ummi memang tak pandang la supplement ni...sbb bg ummi supplement ni umpama ubat dan ummi paling tak suka makan ubat!!


Syukur Allah menunjukkan jalan kepada ummi berikutan ummi berhasrat nak breastfeed Qistyna hingga 2 tahun...dan syukur juga ummi di ketemukan dengan Shaklee...(Dah mcm kisah pertemuan pertama kali dengan kekasih la pulak kan)...dan sebaik sahaja ummi mencubanya...UMMI TERUS JATUH CINTA...MEMANG SHAKLEE SUPERB...


Apa yang menariknya bagi ummi vitamin2 shaklee ni ianya sgt2 semulajadi dan fungsinya banyak...contohnya, pada awalnya, ummi mencuba set breastfeeding just untuk boost susu dan menambahkan kualiti susu ummi, tetapi, dalam masa yang sama ummi turut perasan beberapa masalah yang ummi turut hadapi sebelum ini turut di baik pulih...Antaranya sembelit ummi hilang (jadi lawas la pulak...i likeee), sinus yang ummi hadapi (setiap pagi bersin) juga turut pulih, badan ummi yang letih dan tak larat (setiap hari pergi dan balik kerja ummi akan memandu hampir sejam) jadi bertenaga dan banyak lagi...




Cuma, sekarang ummi memang berangan2 nak memiliki penapis air portable shaklee...SERIUS NAK SANGAT2...tapi, itulah...kekangan kewangan...kerana itu, ummi masih tidak dapat nak berkongsi kebaikan penapis air portable shaklee dengan kalian sedangkan sahabat2 seangkatan gbs ummi semuanya telah bercerita tentang kebaikannya....dan ummi berharap semoga contest yang N anjurkan ini Ummi lah pemenangnya!!!!(hehehe...berharap tak salah kan)...so, kalau ummi dapat penapis air ni, boleh la lepas ini ummi cerita dan share dengan kalian tentang kebaikannya...Kalian tolong doakan untuk ummi ye....


So, kalau kalian ingin mengetahui dengan lebih terperinci tentang kebaikan yang ummi perolehi daripada setiap vitamin shaklee yang ummi dan famili ummi amalkan boleh lah kalian tengok DI SINI...Ummi berdoa semoga perkongsian ini akan dapat turut membantu dan memberikan manfaat kepada kalian...CUBA DULU BARU TAU...Dan ummi percaya dan yakin, setelah kalian mencuba vitamin2 dr shaklee, kalian akan berpuas hati dan faham mengapa ummi katakan SHAKLEE SUPERB!!!!


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Selasa, 13 Julai 2010

Hasil istiqamah ummi dengan shaklee...

Inilah produk2 shaklee yg ummi amalkan


Inilah anak ummi yg sekarang menyusu sepenuhnya dgn
Ummi...ummi ambil ESP...tengok otot2 badan dia...berketul2...



Ini adalah anak sulung ummi syasya dan qistyna

Salam...hari ini ummi memang penat sgt sbb ummi kena uruskan satu majlis dan macam2 agenda yang perlu di siapkan sebelum menjelang majlis tersebut hari khamis ni..so, ummi rasa cukup la ummi postkan di sini gambar2 antara produk shaklee yg ummi amalkan dan hasil yang ummi perolehii...enjoyyy...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Ahad, 27 Jun 2010

Pernahkah kita terfikir???

Salam...syukur alhamdulillah,malam ni anak2 ummi cepat lena..mungkin penat berjalan siang tadi ke shopping mall...so, dapatlah ummi meluangkan masa untuk menulis di blog kesayangan ummi ni...

Petang tadi ummi sempat bersembang dengan sahabat ummi yang ummi panggil dengan gelaran kak ngah...sempat juga ummi bercerita dan selitkan sedikit ttg vitamin yang ummi makan iaitu shaklee...kak ngah dengar penerangan ummi tanpa sebarang komen dan last sekali baru la keluar soalan "Kenapa aku mesti makan vitamin dan kenapa mesti shaklee??"...ummi jwb "kalau aku bg penerangan sekarang jwbnya tak sembahyang zohor la aku..so, malam ni atau esok ko buka baca blog aku k..."

Sebenarnya, sepertimana apa yg berlegar di minda kak ngah begitu juga lah soalan yang selalu bermain dalam fikiran ummi...BUAT APA MAKAN VITAMIN @ UBAT SEDANGKAN AKU SIHAT???

Betul tak selalu ayat ini ada dlm pemikiran hampir semua org...dann..malangnya kerana ayat di atas lah maka kita sering lupa untuk spend sedikit bajet untuk memastikan kesihatan kita sentiasa konsisten..bukan lah ummi ingin melawan takdir...tetapi istilah "mencegah lbh baik daripada mengubati" sangat sesuai pada zaman siber ini...Perkara kedua yang selalu terbenam dlm fikiran setiap org juga ialah "KALAU SAKIT, APA SUSAH...JUMPA JE DOKTOR...DAPAT UBAT"...

Memang benar, tapi pernahkah kita terfikir ubat hospital kebiasaannya kandungannya pasti mengandungi chemical yang tinggi untuk memastikan keberkesanannya dlm jangka masa cepat tetapi apakah kesannya jika di ambil berterusan???Dan lebih buruk lagi sekiranya ianya mengandungi campuran steroid yang sangat bahaya utk long term seperti kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik etc..

Tambahan pula, apabila ummi sakit dan berjumpa doktor...hal2 sebegini sering kedengaran..."Oh..u kurang makan sayuran hijau atau u kena lebihkan buah2an..."..Pernahkah kita terfikir adakah dengan memakan sayuran hijau dan buah2an di tambah dengan ayam atau daging maka kandungan gizi pemakanan kita sudah seimbang???Cuba kita lihat beberapa perkara yang berada di persekitaran atau kehidupan kita sehari2 yang kita tidak sedar antaranya:-

1) Ayam, Daging dan hasil tenusu pada masa ini kebanyakannya melalui proses suntikan untuk memastikan pembesarannya berlaku dengan cepat...Apakah kandungan yang terdapat dalam suntikan tersebut???Selamatkah dan apakah kesannya kepada kita untuk jangkamasa panjang???

2) Sayur2an kini dibubuh baja kimia untuk mempercepatkan pembesarannya dan racun makhluk perosak turut di sembur untuk menghalang ia mengganggu proses pertumbuhan...adakah kita pasti kita mencuci sebersihnya bahan2 yang mungkin melekat di sayur2an yang kita beli??Jika ya, bagaimana dgn makanan yg kita beli di kedai??

3) Buah2an juga mengalami keadaan yg sama seperti sayur2an...dan kebanyakkan ianya di tuai atau di petik sebelum masak sepenuhnya dan di peram menggunakan karbaid atau bahan2 lain untuk mempercepatkan ianya masak..adakah ianya selamat untuk di makan dan adakah kandungan nutrien dalam buah2an tersebut masih kaya dengan vitamin seperti vitamin c untuk melengkapkan diet seharian kita???

4) Makanan2 yang di jual samada dalam tin, segera atau di masak banyak menggunakan pewarna tiruan, perasa tiruan dan bahan pengawet untuk tahan lama...adakah ianya tidak mendatangkan kesan bahaya untuk tubuh badan kita untuk jangka masa panjang???

5) Keadan dan udara persekitaran yang tercemar dengan bahan kimia yang boleh terurai dan tidak terurai mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan kita...

Jadi, dari kesemua faktor di atas, adakah kita benar2 yakin bahawa kita masih tidak perlukan vitamin untuk memastikan badan kita mendapat kesihatan yang optimum tambahan pula bagi ibu2 yang sedang mengandung dan menyusukan anak...(wahh...dah macam hujah ummi dlm court pulak)...Jika, anda merasakan tidak perlu, terpulanggg..tetapi bg diri ummi memang amat2 memerlukannya...tambahan pula dengan pola pemakanan ummi yang ada kalanya bz dan terpaksa mencampurkan breakfast dan lunch dalam satu hidangan (ummi panggil brunch)..So, itulah jawapan ummi mengapa ummi perlukan vitamin walaupun syukur alhamdulillah badan ummi masih sihat...

Persoalan kedua..mengapa ummi pilih shaklee sedangnya ubat doktor ada atau vitamin2 lain yang melambak di pasaran???

1) Perkara paling awal untuk ummi makan sesuatu benda ummi akan pastikan bahawa ianya HALAL...Bagaimana saya tahu ianya Halal???So, oleh kerana ummi ramai teman rapat yang bekerja di JAKIM perkara ini ummi tanyakan kepada mereka dan alhamdulillah memang HALAL...

2) Perkara kedua yang ummi tengok ialah HARGA(hehehe...wajib sbb takut buget lari)..setelah ummi buat perkiraan...sejenis vitamin E (100 i.u) di farmasi berharga rm19.90 untuk 30 capsules. Maka sebijinya berharga RM0.66……Vitamin E Shaklee beserta selenium (400i.u) berharga RM0.99 sebiji… TETAPI keperluan harian vit E adalah 400 i.u. Jadi kalao orang tu consume vit E dari farmasi,dia perlu mkn 4 capsule sehari which cost RM0.66 x 4 = RM2.64 /sehari……So mana yang lebih murah?... dah lah lagi mahal dari vit Shaklee..pastu kene telan sampai 4 biji untuk satu jenis vitamin..larat ke beb? 

3) Perkara ketiga ummi tengok ada tak silica gel...terkejut...takde...mulanya was2 jugak (sebelum ni ummi tau silica gel utk bg sesuatu vitamin tahan lama)...rupanya Shaklee dihasilkan dari bahan2 semulajadi, yang menjadikan ia sebagai vitamin natural yang tidak memberi kesan pembalikan pada tubuh.Ummi tertanya2 kenapa vitamin lain ada silica gel???rupanya vitamin lain mengandungi silica gel untuk menyerap lembapan. Kenapa agaknya? Kerana bila vitamin2 ini bertindakbalas dengan wap air (lembapan), ia akan berubah menjadi substance yang lain.(so, kalau kita terbuang silica gel tu...vitamin tu jadi apa ye???...Contoh yang boleh diambil.. ambil Vita Lea, hancurkan dan letakkan dalam mangkuk berisi air dan seikat sayur yang sudah hampir layu. Buat benda yang sama pada multivitamin dari farmasi. Anda akan dapati sayur dalam larutan Vita Lea akan bertambah segar sedangkan sayur dalam bekas satu lagi bertambah layu. (Subhanallah...apa maksudnya itu???)...

4) Perkara ke empat ialah ummi telek2 bahan2 dlm shaklee ni semuanya di hasilkan dari bahan semulajadi...so, ummi tertarik kerana apa yang ummi inginkan untuk mengekalkan kesihatan adalah sesuatu yg semulajadi(kembali pada kejadian asal)..dan bukan lah berbentuk chemical yang mempunyai kesan yang cepat atau serta merta tetapi memberi kesan yang kurang elok untuk jangka masa panjang...

5) Perkara terakhir kenapa ummi pilih shaklee...ummi nak tanya kalian...antara seorang pekerja baru dengan pekerja lama yang mana kalian pilih??kalau ummi tentu lah yang lama (wahh...dah mcm interview pulak)...sbb hakikatnya manusia perlukan sesuatu benda yang telah establish,testimonial yang berkesan dan "mempunyai nama"..tentulah ummi inginkan sesuatu yang terbaik untuk diri ummi...dan shaklee telah establish sejak tahun 1960an lagi...(Tu dia...punya lamanya)...

So, ummi rasa cukup la jawapan ummi kepada persoalan yang sahabat ummi, kak ngah tanya kan pada ummi tadi (kak ngah,puas tak hati ko???)...hehehe...semua yang ummi jwp ni adalah pendapat ummi sahaja...maybe lain orang lain pandangannya..tetapi tiba2 je ummi teringat iklan yang bunyi "kerana dirimu lebih berharga..." hehehe..apa pun...ummi tak paksa kalian membeli...terpulang kepada kalian...tetapi pernah kah kita terfikir atau muhasabah diri "Allah mengurniakan kita dengan kesihatan yang baik dan adakah kita tergamak untuk mensia siakannya..apalah gunanya harta yang menimbun jika badan tak sihat..."...Dan vitamin sgt penting buat diri ummi untuk kesihatan dan juga mengekalkan tenaga ummi sebagai anak, isteri, ibu, pekerja dan juga hamba allah...sampai sini dulu...jumpa lagi next entry...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Khamis, 24 Jun 2010

Saya berminat tapi saya rasa tak mampu...

Entry ini ummi tulis rentetan peristiwa pagi tadi...alhamdulillah seperti yang kalian tahu...ummi telah bergelar ahli shaklee dan sekaligus pengedar di bahagian utara...Dan syukur walaupun ummi baru sahaja menjadi keluarga shaklee ummi telah dihubungi oleh ramai sahabat ummi yang berminat untuk mencuba vitamin shaklee...

Masalah yang sahabat ummi ini hadapi beliau merasakan set breastfeeding yang ummi tawarkan masih agak mahal untuk beliau..dan beliau minta sekiranya boleh untuk mencuba set B (breastfeeding set) tetapi hanya 2 jenis vitamin sahaja iaitu alfalfa dan juga vitamin c...aduhhh...pening juga ummi memikirkannya...

Akhirnya, slps ummi berbincang dengan mentor ummi,N...ummi bersetuju untuk menjual set B yang telah di pecahkan pula menjadi 2 sahaja terdiri dari alfalfa (60 biji)-sebagai milk booster dan juga vitamin C (30 biji)-untuk boost sistem imunisasi...dan ummi jual dengan harga RM 30.00 sahaja...tersenyum sahabat ummi tu...ceria suaranya...tak sabar2 nak cuba set tersebut...

Jadi secara tidak langsung...base pd perkara ini juga...ummi maklumkan...jika ada lagi yang berminat untuk mencuba satu jenis sahaja vitamin tersebut untuk sebulan...silakan...ummi tawarkan pada harga serendah RM 20.00 sahaja(untuk sebulan) dan RM 10.00 sahaja bg alfalfa (untuk sebulan)...

Ummi harus ingatkan bahawa pengambilan vitamin adalah lebih kurang seperti pengambilan makanan...mesti cukup dan lengkap...agak mustahil jika kita hanya makan nasi semata2 tanpa sebarang lauk tambahan bukan??

Harus juga di ingat bahawa pengambilan supplemen2 adalah untuk memastikan badan si ibu lebih sihat dan bersedia untuk penghasilan susu...gabungan antara badan yang sihat serta kekerapan penyusuan dan jadual pam yang konsisten adalah SANGAT PENTING DALAM MENJAYAKAN SESEBUAH PENYUSUAN HINGGA MELENGKAPI 2 TAHUN PENUH...

Dan...sebagai menghargai pelanggan yang juga sahabat ummi...silakan jika ingin nasihat dan juga pandangan ummi mengenai permasalahan mengenai penyusuan...setakat yang ummi mampu...insya allah ummi bantu...ikhlas niat ummi untuk bersama2 berkongsi kejayaan untuk menyusukan anak selama 2 tahun penuh...buat akhirnya...jika ada yang ingin membeli vitamin shaklee secara direct(bersua muka) insya allah jika ummi tidak sibuk...ummi cuba...semoga ianya menjadi jambatan ukhuwah pula buat kita kelak...

So, buat akhirnya..sekadar renungan...MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK KEBAIKKAN DIRI SENDIRI DAN JUGA KELUARGA SANGAT DI TUNTUT DALAM ISLAM DAN ALANGKAH RUGINYA KITA SEKIRANYA KITA BERKIRA-KIRA UNTUK MENCUBA SESUATU YANG BERFAEDAH UNTU KEBAIKKAN DIRI KITA DAN JUGA KELUARGA...Adios buat masa ini..jumpa lagi...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails