Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Memaparkan catatan dengan label Period. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Period. Papar semua catatan

Isnin, 3 Oktober 2011

Ostematrix(Kalsium Magnesium) membantu dalam penyusuan dan kehidupan seharian saya!!!

Salam sayang semua...actually, hr ni ummi akan terlibat dengan satu kursus di Lumut, Perak tetapi demi pembaca dan pelanggan yang ummi sayangi, ummi ingin dan tetap juga mencuri sedikit masa ummi untuk terus berkongsi dengan kalian tentang kebaikan setiap supplement yang ummi amalkan...


Ya, benar, salah satu yang paling ummi dan keluarga ummi gemar ialah supplement ini.....

Inilah dia ostematrix yang ummi maksudkan...kenapa ummi sangat2 menyukainya???owh terlalu panjang untuk ummi listkan tetapi ummi share dengan kalian antara yang terbaik ummi alami sendiri...


Paling ummi rasakan kesannya semasa ummi di datangi period...kalian sedia maklum kan bila cik P ni datang, dan bila minda kita setkan yang susu akan merudum, memang confirm...tetiba je susu yang biasanya boleh pam sekitar 8-9 oz terus merudum ke 4 oz sahaja...so, jalan keluarnya ialah consume lebih ostematrix...yang mana kalau sebelum ini ummi amalkan 2 biji sahaja, bila waktu cik P tu datang, ummi akan tambah pengambilan kepada 4 biji sehari...memang insya allah, susu akan maintain...


Malahan, oleh kerana ummi seorang yang teramat bz (cewahhh)...dengan menyusukan anak secara mengepam sahaja, so kena betul2 disiplin supaya jadual pengepaman tak terbabas, dengan driving pergi dan balik kerja dari penang ke kedah setiap hari, dengan nak menguruskan fail2 kes yang menimbun2 tu, pastu start bulan ni kena tanggung keje kwn yg bersalin (wow, kerja ku jadi double), dengan nak uruskan anak2 dan suami, nak kena up date blog dan fb setiap hari, lipat baju dan segala macam kerja rumah yang tak pernah berkesudahan tu, memang ummi kena tidur lambat setiap hari...malahan jika ummi tidur jam 12.30 malan pukul 2 pagi ummi harus bangun semula untuk mengepam susu...dan seawal jam 5.30 pagi ummi harus bangun semula untuk mengepam dan menguruskan keperluan anak2 sebelum hantar mereka ke nursery dan terus ke tempat kerja...so, ummi 'wajib' bangun awal tepat pada masanya dan bagaimana ummi buat....
Inilah caranya yang ummi temui...rupa2nya apabila ummi mula consume ostematrix secara teratur, masalah bangun awal walaupun tidur lewat menjadi mudah bg ummi...seolah2 ada jam loceng yang menggerakkan ummi setiap hari...so, bestkan ostematrix ni...


Malahan, oleh kerana ummi ni berbadan besar (heheheeh), ostematrix sgt penting buat ummi supaya ummi tidak mudah sakit kaki, sakit lutut dan yang paling penting supaya ummi kekal cergas dan tangkas dalam kehidupan ummi setiap hari...


Walaubagaimana pun, ostematrix juga sangat2 sesuai buat mereka yang mengalami masalah2 ini :-

  1. sering keletihan
  2. sering mengalami sakit belakang
  3. anggota badan sering cramp
  4. sakit bahagian leher dan tengkuk
  5. tumit kaki pecah dan kasar
  6. susah bangun tidur
  7. sakit kepala yang kerap @ migraine
  8. sering sakit gigi
  9. Ibu yang menyusu : anak yang disusukan sepenuhnya dengan susuibu lambat tumbuh gigi.
  10. Ibu yang menyusu : perlukan kalsium, susu berkurang terutama semasa PMS atau mula menurun


Hmm...oleh itu, jika kalian mempunyai masalah2 seperti di atas, insya allah ostematrix adalah jalan penyelesaiannya...tidak kira anda lelaki atau perempuan malahan saya turut berkongsi dengan suami saya dan suami saya turut menyukainya...

Dan yang paling penting, jika anda tidak mengambil lansung sebarang produk tenusu, anda boleh pastikan kalsium dalan diet harian anda kekal mencukupi hanya dengan pengambilan ostematrix ini...Oh ya,Bulan Oktober ini, blog exclusivelypumpingmother akan menyediakan sebotol Vitalea Percuma bagi mereka yang memenangi cabutan bertuah. Siapa yang layak dapat cabutan bertuah ini? Sekiranya anda membeli Euphoria Trial Pack set E [ termasuk sebotol Ostematrix] dari blog ini, maka anda layak untuk menyertainya secara automatik.
Jangan tunggu lagi!Segera sms ummi di 0123975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com sekarang...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...


Sabtu, 10 September 2011

Rahsia meningkatkan penghasilan susu badan...

Salam sayang semua...pagi2 ahad ni, ummi rasa nak kongsi artikel yang ummi baca melalui majalah pa & ma...mudah2an ianya memberikan manfaat buat semua...

Rahsia Tingkatkan Penghasilan Susu
 
Rahsianya mudah sahaja. Sudah semestinya anda memerlukan payu dara dan paling penting bayi untuk disusukan. Seperti yang umum sedia maklum, payu dara perlu mendapat lebih banyak rangsangan daripada bayi bagi meningkatkan penghasilan susu. Selanjutnya, anda perlu melakukan beberapa perkara penting lain dalam usaha membuahkan hasil seperti yang diimpikan.
 
1. Kerapkan Menyusu
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4 - 5 jam.

2. Jangan tunggu payu dara penuh
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Menyusu Lebih Lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.

4. Penyusuan Dua kali
Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.

5. Bogelkan Bayi
Sewaktu menyusu, bogelkan bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan dia ketika menyusu.

6. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

7. Penyusuan Baby Sling
Bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini dia menyusu dengan lebih baik.

8. Fikir Bayi, Fikir Susu
Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payu dara anda. Cara ini, akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.

9. Urutan
Teknik urutan payu dara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yang telah direndam di dalam sir suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeedingproblems.com

10. Minum Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

Dan sebagai tambahan, sekiranya anda berhasrat untuk mencuba supplement kami, berikut adalah set2 yang paling sesuai untuk ibu2 yang menyusukan :

1) Vitalea @ Multivitamin
2) B Compleks
3) Vitamin C
4) Alfalfa
* Keempat2 set di atas ada di sediakan dalam bentuk euphoria trial pack...(SET B)

Dan bagi mereka yang berkemampuan, boleh cuba :
5) Energizing Soy Protein...
6) Performance Drink...(bagus sekiranya anda sukar minum air banyak)
7) Ostematrix (Penting sbb anda dan anak anda berkongsi kalsium dlm badan anda dan sgt penting bg mereka yang susu drop ketika period)...

MENGAPA UMMI KATAKAN SET BREASTFEEDING DI ATAS SGT ISTIMEWA...MEH BACA DI SINI....

Ingin mencuba???Sila sms ummi di 012-3975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com dan sebagai pelanggan blog ummi, anda pasti akan mendapat harga yang istimewa...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....


Selasa, 8 Mac 2011

Khusus Untuk Wanita Hamil

Salam sayang semua...kebelakangan ni ummi saban hari di kelilingi oleh ibu2 muda yg hamil...(wah...bestnya)...masing2 nak beri yg terbaik buat anak yg di kandung...so, apa agaknya vitamin2 yg sesuai untuk ibu2 hamil ye...(credit to N dan arnie)...


Dalam kehidupan seorang wanita biasa, walau bagaimana sekali pun cara hidupnya, saya yakin, sekurang-kurangnya sekali dalam hidupnya beliau akan mengambil supplements. Bilakah waktu tersebut? Anda boleh agak jawapannya?


Ya, waktu mengandung.
Sebab apa? Tidak dinafikan, kita pasti risau akan kesihatan & perkembangan bayi di dalam perut. Di peringkat awal terutama
trimester 1, vitamin yang tak boleh tinggal dan sangat-sangat penting ialah asid folik. Bila masuk trimester 2, fokus pada kalsium pulak. Bila masuk trimester 3, sibuk tambah Omega (Fish Oil) supaya otak bayi dapat terbentuk dengan baik (dengan kata lain, nak anak jadi bijak!), sesambil kawal kolesterol dalam badan sendiri.
Saya sendiri mengambil asid folik sebelum cuba untuk mengandung. Seelok-eloknya 3 bulan sebelum cuba untuk mengandung, tapi, saya ambil sebulan sebelum sahaja. Boleh dapatkan di klinik, rm10 untuk kegunaan 30 hari. Owh, ini cerita sebelum saya mengenal Shaklee. Hmmm, rm10 untuk khasiat asid folik sahaja, ya. Walhal, tambah lagi rm33, boleh dapat sebotol B-Complex Shaklee yang bukan sahaja lengkap dengan 8 kumpulan B, malah,
boleh tahan 4 bulan! Owh, rugi pula tak kenal Shaklee awal-awal…
Ahhh, bila dah mula kira mengira nie, mengingatkan saya yang dahulu saya spend rm100++ untuk vitamin sahaja setiap bulan. Tak termasuk lagi kos khidmat gynae, ya. Setiap bulan akan dapat 3 jenis vitamin, iaitu
Obimin, NeuroGain (Fish Oil) laa nie, dan lagi satu lupa lah. Kalsium, kot?
NeuroGain nie Gynae bagi bila kandungan dah 6 bulan ke atas. Setiap kali lepas habis check up saya akan cakap,
“Doktor jangan lupa bagi NeuroGain, ya?”. Biasalah, excited mahukan khasiat Fish Oil tue sampai pada baby di dalam perut…
Penting sangat ker Fish Oil tue waktu mengandung? Ehh, pada saya penting sangat, terutama sebab saya memang kurang suka makan ikan. Kalau makan pun memilih, nak ikan yang sedap-sedap ajer (ikan mahal laa tue!). Jadi, saya memang suka sangat bila dalam pantang, sebab berpeluang makan ikan parang, jenahak & merah almost every alternate day! Hehehe…
Untuk maklumat lanjut tentang khasiat Fish Oil semasa mengandung, and aboleh cuba Google, ya.
Jadi, perlukah makan supplements sewaktu mengandung?
Sejujurnya, pada saya, perlu sangat. Terutama kalau diet harian tidak lengkap. Apatah lagi kalau asyik muntah-muntah tak lalu nak makan, minum susu tak boleh sebab tekak loya sangat, dan kalau berselera makan pun, akan makan lauk yang sedap di tekak sahaja, walaupun makanan tersebut tidak seimbang/ mencukupi khasiatnya. Di sinilah peranan pemakanan tambahan (supplements).
Supplements yang penting sepanjang mengandungkan bayi ialah:

  • Vita-Lea Iron Formula (Shaklee Multi Vitamin)
  • B-Complex (Lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuk Asid Folik)
  • Vitamin-C (kandungan vit C bagi setiap biji ialah 500mg)
  • OsteMatrix (Shaklee Calcium-Magnesium)
Apabila kandungan anda, sudah masuk trimester kedua, terutama selepas masuk 5-6 bulan, boleh tambah dengan,
  • OmegaGuard
Supplements lain yang mungkin anda boleh amalkan terutama jika selalu lemah dan tidak bertenaga ialah,
  • Energizing Soy Protein
Buat anda yang pertama kali datang ke blog ini (Welcome!), ataupun pertama kali ingin mencuba supplements Shaklee, anda boleh mencuba vitamin yang saya senaraikan di atas melalui pakej percubaan 30 hari berikut:

(1)  Trial Pack A (30 tabs Vita-Lea, B-Comp & Vit-C) + 120 tabs OsteMatrix : rm130
(2) Trial Pack A (30 tabs Vita-Lea, B-Comp & Vit-C) + 120 tabs OsteMatrix + 30 tabs OmegaGuard : rm170

Cubalah selama sebulan, dan rasailah perbezaannya. Owh ya, bila dah ambil set ini, hentikan dahulu apa jua supplements lain yang anda sedang ambil ya. Also, Free gifts + Free Pos Laju Shipping!


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Rabu, 25 Ogos 2010

Period penyebab susu drop????

Salam...15 Ramadhan...hari ini ummi rasa mood happy sangat2...kenapa???hehehe...alhamdulillah tadi sekejap baru sahaja di umumkan kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan akan di bayar RM 500.00 sebagai bonus tambahan sempena aidilfitri...syukur ummi panjatkan kerana rezeki ummi dan keluarga terus di murahkan...dan tempiasnya adalah ayah ummi sendiri kerana ayah ummi adalah pesara kerajaan...dan yang lebih menggembirakan ummi kerana Kerajaan Pulau Pinang juga membuat pengumuman untuk turut memberikan imbuhan sebanyak RM 400.00 untuk staff kerajaan yang berkhidmat di sini...syukur dan syukur ummi terus panjatkan...itulah rezeki yang allah berikan tanpa kita sedari asal sahaja jgn lah kita segan2 untuk merendahkan diri sujud di hadapannya...


Berbalik kepada entry hari ini, actually petang tadi, salah seorang sahabat ummi datang berkunjung ke teratak ummi...kebetulan, ummi baru sahaja selesai mengepam...dan meletakkan susu di tepi anak ummi...sahabat ummi menggelengkan kepala sambil berkata "Ishh...rezeki anak kaukan...susu meriahnya...tapi aku bila datang period je, habis drop giler susu aku"...ohhh..ye ke???tersenyum terus ummi mendengar nya...malahan saat2 ummi mula2 di datangi period buat pertama kalinya selepas 8 bulan ummi bersalin masih berlegar2 di fikiran ummi...bagaimana susu ummi merudum ke tahap yg sgt membimbangkan iaitu hanya 4 oz persession...kelam kabut ummi saat itu dan kebetulan semasa itu ummi baru sahaja try ambil set B, dan berkat kesabaran dan consultation yang baik dr my dear sis, N...semasa ummi di datangi "Mr P" tu, susu ummi bukan sahaja tidak drop malahan bertambah dan ummi dapat 12 oz persession!!!Subahanallah...hampir menangis ummi kegembiraan...

Bagaimana cara untuk memastikan susu terus kekal berada di level atau kuantiti yang sama semasa period???


1) Perkara paling penting, TENANGKAN DIRI ANDA...
2) Buang segala input2 yang tidak benar dari pemikiran kita contohnya "Memang bila period, susu akan drop"..kerana otak adalah seperti enjin kereta...jika enjin pun dah tersangkut sudah tentulah pergerakan kereta akan menjadi tersangkut2..begitu juga lah dengan susu kita...bila otak yang menjadi tunjang utama dalam badan kita telah memberikan signal NEGATIF seperti itu, dah tentulah perkara negatif seperti susu yang terhasil menjadi berkurangan  yang akan terhasil...
3) Tambahkan KALSIUM semasa dalam tempoh period ini..kerana semasa period kalsium sangat berkurangan dan salah satu perkara terbesar dalam penghasilan susu adalah kalsium..
4) Teruskan mengepam dan menyusukan bayi anda seperti biasa...


So, sebenarnya berdasarkan pengalaman ummi sendiri, apabila mentaliti kita berfikiran positif dan buangkan segala KATA2 YANG KONONNYA PERIOD MENYEBABKAN SUSU DROP...ditambah dengan pengambilan kalsium bagi mencukupkan kalsium yang banyak hilang dlm tempoh period dan meneruskan sessi mengepam dan menyusukan seperti biasa...insyaa llah ummi sangat2 yakin, bukan sahaja susu tidak terjejas malahan mungkin juga akan meningkat seperti ummi alami (12 oz dik nonnn)...syukur alhamdulillah...


Kerana itulah ummi menyediakan SET E yang memang lebih tertumpu kepada masalah ini...SET E mengandungi :-
30 biji multivitamin (vitalea)
30 biji b compleks
30 biji vitamin c
90 biji alfalfa
120 biji ostematrix (kalsium)-perlu di ambil 4 biji sehari


Dan semua ini hanya pada harga RM 140.00 sahaja dan lebih hebat lagi  wang postage adalah FREE...dan untuk kesan yang lebih baik lagi bolehlah di tambah dengan ENERGIZING SOY PROTEIN dan bagi kedua2 ini iaitu:-


SET E + ENERGIZING SOY PROTEIN ianya hanya berharga RM 271.00 sahaja termasuk postage...


Dan, ummi mendoakan semoga kalian juga akan mendapat hasil yang serupa kerana ummi percaya PERIOD BUKANLAH PENYEBAB KEPADA PENURUNAN KUANTITI SUSU...


Jika kalian ingin mencuba set ini, sila contact atau sms ummi di 0123975808...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails