Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Khamis, 8 Julai 2010

Testimonial

Salam...hari ini ingin ummi berkongsi pengalaman sahabat ummi yang mengamalkan set b sebagai supplement tambahan dalam menyusukan anak kecilnya...Sahabat ummi ini mesra dengan panggilan Azma...sahabat ummi ini baru sahaja mengamalkan set b ini sekitar seminggu...

Kesan pengambilan alfalfa sebanyak 2 biji sehari bersama vitamin lain sebenarnya tidak menaikkan jumlah susu beliau...tetapi yang menggembirakan hatinya adalah kerana susu sahabat ummi ini berubah menjadi pekat ( seperti lemak berkrim) dan berwarna seakan kekuning2an...dan akibatnya anaknya menjadi cepat kenyang dan kurang meragam...

Berikut msg yang ummi terima daripada sahabat ummi petang td.."susu pun jd pekat dah dr dulu...alhamdulilah, bila pekat, bg anak minum sebelah kanan, susu sebelah kiri lambat sikit nak kluar meleleh bila bg susu cara tido"...

Untuk makluman, mengapa ummi turut berkongsi kegembiraan dengan sahabat ummi ini...kerana sahabat ummi bukanlah seorang pengepam tegar seperti ibu2 yang lain...dan beliau hanya mengepam di opis apabila ada luang masa atau sebelum balik...so, dengan kondisi ini pun, sahabat ummi ini boleh mendapat manfaat seakan2 setara dengan ummi(ummi pengepam tegar-fully pumping)...walaupun hanya dari segi kualiti susu yg di hasilkan..ummi percaya sekiranya sahabat ummi menambahkan jumlah pengepaman beliau pasti kuantiti susu yg terhasil juga akan bertambah...

Cuma ummi tekankan di sini, bukan jumlah kuantiti yg penting tetapi ummi lebih suka dan happy sekiranya KUALITI SUSU ITU DI PEROLEHI...jika kuantiti banyak tetapi lebih kepada cair dan kurang mengenyangkan anak, kerana itu kita akan terasa stress dan bebannya untuk berusaha menambahkan stok susu...akan tetapi jika allah mengurniakan pula tambahan kuantiti susu + kualiti susu yang baik...syukur alhamdulillah ummi panjatkan...semoga setiap sahabat dan juga adik2 ummi di kurniakan faedah dan kebaikan daripada pengambilan vitamin shaklee ini dalam penyusuan kalian...

Buat akhirnya ummi ingin titipkan kata2 perangsang..."sesungguhnya setiap wang yang di keluarkan oleh ibu2 yang ingin berusaha demi memberikan sesuatu yang terbaik untuk anaknya,insya allah pahala dan rezeki yang sangat berlipat kali ganda akan di kurniakan oleh Allah cuma bentuk rezeki itu tidak akan kita sedari secara langsung..." Ummi turut doakan semoga setiap anak kalian yang kalian besarkan dengan hasil susah payah kalian menyusukan mereka, akan di bayar oleh allah dengan bayaran yang indah di akhirat kelak dan semoga anak2 kalian akan menjadi anak yang soleh dan solehah kelak..amin ya rabbal alamin...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Selasa, 6 Julai 2010

Perlu ambil semua ke????

Salammm...pelik tengok tajuk entry kali ni ye...hehehehe...ummi tulis entry ini base pada lanjutan entry sebelum ini " Apa ada dalam set breastfeeding"...seorang sahabat baik ummi yang bertanya soalan ini sebaik sahaja dia membaca tulisan ummi tentang apa yg terdapat dalam set breastfeeding...perkataan pertama yg dia kata "Nadia...banyaknya nak kena makan,larat ke aku???Lg satu mahal lerrr..."...senyum ummi mendengar kata2nya...

Sebelum ummi ulas atau jwb persoalan yg sahabat ummi utarakan itu, ummi catatkan dahulu set penuh bg breastfeeding...
1) Set B - Multivitamin (Vita-Lea), B Compleks, Vit. C dan alfalfa.
2) Energizing Soy Protein (ESP)
3) Ostematrix (Kalsium Magnesium)
4) Performance Drink.

Banyak ke???Kalau bg ummi sedikit sgt...(kalau boleh nak tambah lagi...heehe)...walaupun pada dasarnya bg set penuh di atas PALING UMMI SUKA DAN SYORKAN KERANA SANGAT2 LENGKAP (UTK IBU + ANAK)..tetapi ummi juga faham dan mengerti kekangan2 yang wujud seperti masalah kewangan dsbnya..so, di sini ummi bahagikan kepada beberapa kategori bagi memudahkan ibu2 di luar sana untuk memilih keadaan yg sesuai dengan diri masing2 dan kewangan masing2...

KATEGORI 1 - INGIN MENCUBA
Bagi ibu2 yang baru pertama kali ingin mencuba vitamin shaklee ini bg set breast feeding ummi syorkan ambil SET B

KATEGORI 2 - TELAH MENCUBA & BERHASIL
- BERAT ANAK KURANG MEMBERANGSANGKAN
- MENYUSUKAN SAMBIL BERDIET


Bagi kategori ini kebiasaannya bg ibu yg telah mencuba set b dan menampakkan hasil (peningkatan jumlah susu + susu berubah kpd pekat)...ada juga yg mencuba pertama kali (syabas ummi ucapkan)...ttp masalah kpd berat anak yang kurang memberangsangkan dan dalam masa yg sama ingin berdiet ( sbb esp memberikan rasa kenyang)...so, ummi syorkan bolehla cuba SET B + ESP...

KATEGORI 3 - MENYUSUKAN ANAK DAN DI DATANGI PERIOD (MENSTRUAL)

Bagi kategori ini, jika minda anda telah di setkan bhw susu akan berkurangan semasa period di tambah dengan senggugut memang akan effect kpd kuantiti susu...di samping mempositifkan minda anda semula dengan menambahkan vitamin b kepada 2 biji sehari (hilangkan stress) so, ummi cadangkan kalian amalkan SET E + ESP ... Ini kerana kalsium sgt penting bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan semasa period...dan ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut yg di alami tersebut...

KATEGORI 4 - MENYUSUKAN ANAK DAN BERPUASA

Bagi kategori ini, cabaran sgt besar tambahan pula dengan cuaca yang panas terik..so, untuk bg badan kekal bertenaga, susu tidak drop teruk dan anak mendapat khasiat yang seimbang walaupun anda tidak mengambil sebarang pemakanan...ummi cadangkan 2 condition iaitu :-

i) Set B + Performance Drink
ii) Set B + ESP + Performance Drink

KATEGORI 5 - MENYUSUKAN ANAK DAN INGINKAN SEMUA KEBAIKAN DI ATAS...

Jika anda tidak mempunyai masalah kewangan dan ingin mendapatkan semua kebaikan samada untuk diri anda mahupun anak anda, ummi sangat2 mengesyorkan set penuh breastfeeding iaitu set E + ESP + Performance Drink ...walaupun nampak besar tetapi manfaatnya bukan sahaja buat diri anda tetapi jua kepada anak anda...

So, ummi nasihatkan pilih la ikut citarasa dan kewangan anda...tetapi apasalahnya jika kita asingkan sedikit pendapatan kita...bukan sahaja untuk membeli beg tangan yg mahal, baju yg indah2 malahan tiada salahnya jika kita turut masukkan dalam senarai budget bulanan kita DEMI KEBAIKAN DIRI SENDIRI DAN JUGA ANAK TRSAYANG...dan seperti biasa jika anda berhasrat untuk mencuba silakan email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com atau untuk reply yang lebih cepat sila sms @ call ummi di no. 0123975808...anda juga boleh turut gunakan id ummi jika ingin membeli sendiri di cawangan shaklee yg berhampiran anda dan id ummi ialah 830027 (Nadiah Binti Khamis)...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

100 Plus Versus Performance Drink...

Salam...syukur alhamdulillah...hari ini ummi berjaya juga menulis di blog kesayangan ummi nii...2 hari ni memang ummi sangat2 penat...hingga semalam ummi tak sempat nak menulis sebarang entry punnn..dengan petambahan jumlah kes yg ummi kena handle, meeting dan macam2 lagi yang betul2 buat ummi mcm superwoman 2 hari ni...hehehe...syukur...walaupun ummi begitu sibuk, dengan pengambilan vitamin2 yang sesuai dan tepat dengan badan ummi membuatkan ummi tetap maintain bertenaga..


So, berbalik kepada entry yang ingin ummi tuliskan hari ini..untuk makluman kalian ummi dan abah,sebelum ini merupakan penggemar air 100 plus..kenapa???Sbb dengan kondisi ummi yang ke sana ke mari dan abah yang banyak melakukan kerja luar...sebelum ini ummi merasakan 100 plus adalah minuman terbaik untuk membuatkan badan menjadi segar tambah2 dgn cuaca yang tidak menentu ini...sejujurnya ummi katakan sebelum ini dalam peti ais ummi harus ada at least 1 botol 100 plus(sekarang mesti ada 1 botol air bancuhan performance drink)...


Sungguhpun begitu, kesannya ummi perasan jika di ambil dalam kuantiti yang banyak ummi akan mula sakit perut (berangin-maklum 100 pluskan bergas)..tambahan pula ummi perasan di sebabkan rasanya yang manis(kita jarang perasan kerana kehadiran gas tersebut) membuat ummi cepat kembali dahaga dan hausss...Bila ummi fikirkan semula, jika begini lah ummi amalkan sentiasa harus ummi kena kencing manisss...


So, ummi cuba cari jalan lain apakah minuman lain yg BERFUNGSI SEAKAN-AKAN 100 PLUS tetapi dalam masa yang sama memberikan hasil yg baik juga kepada kesihatan ummi sekeluarga...maka, ummi pun mula berkenalan dengan PERFORMANCE DRINK..


Ikhlas ummi katakan sebaik sahaja ummi mencuba Performance Drink...superbb..i really like it..antara kesan pertama yang ummi perasan sangattt...ummi dah jarang dahaga melampauuu(walaupun seharian ummi berhujah dlm court..hehehe)...


Satu lagi magik yg ummi dan abah rasakan...sebelum ini, kalau ummi berpuasa sambil menyusukan anak (base pengalaman ummi menyusukan syasya dahulu)...slps sahaja ummi pam susu dlm bulan puasa, ummi akan rasa dahaga sangat dan menjelang ke petang ummi akan sangat2 keletihan dan susu yang ummi pam tersangat lah cair..


So, kali ini ummi test semasa ummi berpuasa baru2 ini dengan mengambil vitamin2 asas dlm set B (multivitamin, B com, Vit C dan alfalfa) dan ummi tambahkan dlm bancuhan esp dengan performance drink...amazinggg...ummi tak rasa mcm ummi berpuasa pun...bertenaga sepanjang hari...ummi tak rasa dahaga melampau slps mengepam dan yang paling penting ummi masih berupaya bershopping sementara tunggu waktu berbuka (ngeh ngeh ngeh..baru gaji..takmo masak tu)...


Baru2 ini pula, anak sulung ummi mengadu slps balik dr nurseri.."ummi,syasya nak demam la ummi"..ummi pegang dahinya...sedikit suamm...langsung ummi tuang bancuhan performance drink dan slps minum segelas anak ummi langsung tertidur...syukur ummi kpd allah berkat kuasanya...anak ummi yg pada awalnya hampir nak demam, terus tak jd demam...syukur Ya Allahhh...


So, ummi notice, performance drink ni sangat bagus untuk mengawal bendalir dalam badan dan mencegah badan daripada dehidrasi...dan bagi ummi mcm dapat power baru pulak...(kalau enjin kereta perlukan minyak enjin yg bagus untuk berfungsi dengan baik, so, badan kita perlukan performance drink untuk kekal bertenaga expecially apabila berpuasa..)


Di sini ummi catatkan perbezaan ketara yg ummi dapat antara 100 plus (bukan ummi blame tau) dengan Performance Drink..


1) 100 plus manis (kelaziman dlm satu tin air gas mengandungi hampir 10 sudu gula-banyakkan) tetapi Performance Drink mempunyai kandungan gula yg sangat rendah (tp sedap mcm minum air tang rasa oren)....


2) Pengambilan 100 plus dlm kuantiti yg banyak menyebabkan sakit perut (tambah2 bulan puasa-dah la perut kosong, minum pulak air gas-can imagine???)....berbeza dengan Performance drink yang tidak menyebabkan sakit perut walaupun minum satu tumbler terus (takde gas pun-selamatttt)...


3) 100 plus tidak mengekalkan tenaga sepanjang hari tetapi Performance Drink membuatkan ummi segar dan bertenaga sepanjang hari walaupun sedang berpuasa!!


4) Rasa 100 plus yang agak manis membuatkan ummi cepat merasa dahaga kembali tetapi berbeza dengan Performance Drink yg membuatkan ummi tidak merasa dahaga melampau walaupun cuaca panas terik...


5) Performance drink membantu menyejukkan badan dr dalam terutamanya jika baru mendapat simptom2 nak demam tetapi 100 plus hanya menyejukkan badan sekiranya disejukkan terlebih dahulu...


Oleh itu, berdasarkan pengalaman ummi sendiri..ummi berani katakan sempena kehadiran Bulan Ramadhan pada bulan hadapan, sebaik-baiknya, setiap keluarga harus mempunyai performance drink selain kurma untuk mebuatkan kita kekal bertenaga sepanjang ramadhan...Insya allah...


Dan as a breastfeeding mother, ummi ingin mengesyorkan pengambilan minuman ini sebagai tambahan kepada set b dan esp(bagi yg amalkan) agar kita tidak tertekan dengan keadaan dahaga dan kekeringan bendalir dalam badann..mudah2an dengan pengambilan minuman ini dapat mengurangkan kegusaran ibu2 di luar sana yg bimbang bagaimana untuk kekal bertenaga sepanjang ramadhan walaupun breastfeeding..


So, buat akhirnya, ummi doakan semoga kalian juga turut mendapat manfaat yang baik sepertimana yg ummi lalui..ummi harap secebis pengalaman ini dapat membantu kalian yg tercari2 sesuatu yg baik dalam menjalani ibadah berpuasa yang bakal tiba sedikit masa lagi...


Harga???Oh...bg ummi sgt releven..untuk satu canister tersebut yang berharga RM 82.50, tetapi jika anda ingin ambil melalui ummi, harganya hanya RM 66.00(belum di campur kos penghantaran)..jika kalian berminat..silakan email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com atau jika inginkan reply yg lbh segera sila sms atau telefon ummi di 0123975808..(kalau ummi tak angkat, maknanya ummi dlm court dan tinggalkan sms kalian untuk ummi hubungi semula nanti)...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Ahad, 4 Julai 2010

Apa yang ada dalam set untuk breastfeeding???

Salam...syukur dan alhamdulillah terus ummi panjatkan ke hadrat ilahi kerana terus mengurniakan tubuh yang sihat, mood yang ceria dan waktu yang mencukupi untuk ummi terus menulis di blog ummi...

Sepertimana tertera di tajuk di atas, hari ini ummi ingin ceritakan secara terperinci apakah yang terkandung secara khusus dalam set untuk breastfeeding...ini kerana kebanyakan sahabat2 dan adik2 ummi ramai yang mencuba set ini...


Sebenarnya, ada 4 jenis set breastfeeding yg di tawarkan...tetapi ummi lebih suka memaparkan yg paling simple (asas) di muka hadapan blog ummi...dan sekiranya ada yg berminat untuk mencuba set yg seterusnya silakannn...berikut adalah set2 breastfeeding tersebut :-

1) Set B - set asas
Terdiri daripada Vita-Lea Iron formula,B-Complex,Vitamin-C dan Alfalfa

* Full Pack set : rm241 (boleh consume hingga 3-4 bulan normally)

2) Set B + Ostematrix (Kalsium Magnesium)
Terdiri daripada Vita-Lea Iron formula, B-Complex, Vitamin-C, Alfalfa dan OsteMatrix

* Full Pack OsteMatrix set : rm290

3) Set B + ESP (Energizing Soy Protein)
Terdiri daripada Vita-Lea Iron formula, B-Complex, Vitamin-C,Alfalfa dan Energizing Soy Protein (ESP)

* Full Pack Alfalfa set with ESP : rm362

4) Set B + ESP + Performance Drink
Terdiri daripada Vita-Lea Iron formula, B-Complex, Vitamin-C, Alfalfa, Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink

* Full Pack Alfalfa set with ESP : rm428

Itulah antara set2 breastfeeding yang di tawarkan..so, pilih yang mana sesuai untuk kalian ye..jika ada budget tambahan,ummi syorkan set yang paling lengkap iaitu set yang ke empat...Mengapa???Berikut ummi terangkan secara ringkas....

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Di Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik sprt ikan bilis dll..tetapi vita - lea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan kepada tenaga (wah...boleh kurus ni,hehehe)dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar..

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari (ummi dah cuba,insya allah tak perlu ubat demam melainkan suhu di tahap melampau)...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik.

d) Alfalfa
Merupakan vit terpenting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim (ummi tambah di sukai baby)...tak caya dalam seminggu pengambilan lihat hasil susu anda..pekatkan...Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung..

e) Energizing Soy Protein (ESP)
Sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang...(dapat la berdiet)...kesan baik kepada baby pulak, berat badan akan bertambah dan otot2 bayi akan menjadi pejal..(akak dah test..mmg naik mendadak)..

f) Performance drink
Sangat penting untuk memastikan kandungan gula dalam badan si ibu sentiasa stabil bagi mengelakkan ibu dehidrasi, dan sangat membantu ibu yang berpuasa sambil menyusu.Turut membantu membekalkan tenaga..so, rasa haus dan kekeringan akibat menyusukan anak semasa bulan puasa atau cuaca yang tidak menentu dapat di elakkan...(so, bulan puasa tak yah risau2 takut dahaga atau tekak kering)..turut berkesan digunakan bg atlet2@ mereka yg suka bersukan @ demam(menyejukkan badan dan memberi tenaga w/pun sedang demam)...

g) Ostematrix @ kalsium magnesium
Sangat membantu agar si ibu sentiasa sihat, bertenaga, dapat membekalkan zat kalsium yang banyak dalam susuibu dan secara langsung dapat membantu si ibu meningkatkan pengeluaran susunya. Istimewanya kalsium magnesium shaklee kerana turut di bekalkan dengan vitamin D dan lain2...semasa period bilangan kalsium dalam darah turut akan terjejas... oleh itu, bg sesetengah ibu akan mendapat penurunan sedikit dalam penghasilan susu...oleh itu, adalah di galakkan pengambilan kalsium magnesium di ambil seminggu sebelum period dan sepanjang tempoh period...Bagi mereka yang masih dalam pantang dan menghadapi masalah baby jaundice pula, adalah amat di galakkan mengambil kalsium ini supaya vitamin D tersebut dapat diserap oleh baby melalui susu ibu...reason mengapa baby yg jaundice di jemur di bwh cahaya matahari adalah kerana wujudnya vitamin d semasa waktu pagi tetapi bagi jangkamasa yang panjang ianya akan mendatangkan keburukan pula...

Ok...itulah penerangan serba sedikit mengenai keperluan pengambilan set bg breastfeeding ini..sungguhpun begitu, ummi harus ingatkan juga beberapa perkara ini :-
1) Pemakanan yang seimbang dan teratur adalah penting...jgn sesekali bimbang akan gemuk atau berisi kerana proses penghasilan susuibu itu sendiri membantu pembakaran kalori dari tubuh ibu.
2) Air yang tidak kurang dari 3 liter sehari kerana pengambilan air sangat membantu penghasilan susu dengan baik dan memastikan vitamin2 tersebut dapat di sustancekan dengan baik oleh badan..
3) Pastikan diri sentiasa positif dan mood yang happy...
4) Yakin dan semangat tinggi untuk meneruskan penyusuan..
5) Berdoa dan memohon lah kepada yang Maha Esa (paling Penting)...

Sampai sini dulu...anak ummi pun dah nangis nak susu...hehehe...nanti ummi sambung lagi next entry...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

Sabtu, 3 Julai 2010

Macamana nak buat????

Salam...syukur terus ummi panjatkan ke hadrat ilahi kerana terus memberikan ummi kesihatan dan kesejahteraan untuk ummi terus menaip dalam blog kesayangan ummi ni...hehehe..ada sedikit perubahan ummi buat...penuh warna warni kan...saja...sebab ummi sukakan ketenangan(that's why ummi suka warna biru) dan keceriaan...so, harap2 tak menyakitkan mata kalian...

So, berbalik kepada entry yang ingin ummi tulis pada hari ini adalah base pd pelbagai masalah2 dalam penyusuan yang telah diutarakan pada ummi dan juga hasil kajian ummi sendiri..

Antara masalah2 yang dihadapi sepanjang penyusuan dan bagaimana cara mengatasinya...(ini ummi cerita base pd pengalaman,pembacaan dan laman2 penyusuan yang ummi ikuti...

Masalah pertama :-
Susu saya sikit,mcmana saya nak susukan bayi saya...

Cara atasi :-
Sebenarnya bg ummi yg penting soal minda kita sendiri...kadang2 kita kerap merasakan atau kata2 org sekeliling bahawa kuantiti susu yang kita hasilkan masih tidak mencukupi untuk keperluan anak kita...sbnrnya jumlah penghasilan susu bergantung kepada kehendak anak...so, it's mean jumlah yang kita hasilkan itu adalah base kpd keperluan anak kita...masalahnya mentaliti masyarakat kita apabila anak menangis mesti sbb nak susu...jika kita lihat banyak sbb lain kenapa seorang bayi menangis..mungkin perut kembung,mengantuk dsbnya...dan sekiranya mmg masih sedikit kalian boleh amalkan set b shaklee untuk boost supply susu dan setelah semua usaha di lakukan, jgn sesekali kita lupa untuk mohon kepada yang Maha Esa...Insya allah...

Masalah kedua :-
Saya menghadapi masalah inverted nipple (nipple tenggelam)...baby saya tak nak menyusu dari saya...

Cara atasi :-
Masalah inilah antara masalah yg ummi hadapi yg membawa kepada ummi menjadi seorang pengepam tegar...tetapi banyak solution boleh di ambil sblom itu...antaranya penggunaan nipple shield...tetapi tidak semua org sesuai menggunakan cuma itu hanya satu cara yg terdapat segelintir ibu yang sesuai menggunakannya..selain dari itu, pelajari posisi lekapan yang betul dgn klinik kesihatan terdekat dan ada ibu yg akhirnya berjaya juga menyusukan anak walaupun menghadapi masalah inverted nipple...dan cara yg terakhir (sekiranya anda benar2 sanggup bersusah payah dan bersemangat kental)...susukan anak anda secara mengepam sahaja...walaupun direct feed adalah latch yang terbaik tetapi dengan mengepam secara konsisten, insya allah susu kekal terhasil kerana apa yg penting adalah stimulation...

Masalah ketiga :-
Saya tidak mempunyai pam yang mahal...bolehkah saya berjaya menyusukan hanya menggunakan brand yang biasa...

Cara atasi :-
Perlu ummi tekankan di sini, jenama atau brand pam tidak langsung mepengaruhi kuantiti susu yang di hasilkan...cukup la dengan pam itu memberikan keselesaan kepada si ibu, mengepam secara konsisten (takde ngelat2), dan memohon kepada yg Maha Esa, insya allah susu dapat di hasilkan selari dengan kuantiti yang di kehendaki oleh anak kita...

Masalah keempat :-
Baby saya keliru puting...mcmana saya nak bg dia mahu direct feed dengan saya semula???

Cara atasi :-
Sekiranya ini berlaku, cuba kaedah skin to skin contact...ramai ibu yg mencuba kaedah ini telah berjaya menyusukan semula secara direct feed...caranya bogelkan anak anda (tinggal pampers)..dan si ibu juga harus sentiasa berada dekat dengan anak dan teruskan dengan usaha anda dengan menyusukannya sekerap yg blh..mmg ia amat mencabar dan maybe setelah 2-3 hari barulah menampakkan hasil...satu lg cara adalah dengan cuba menyusukan semasa bayi hampir tidur(antara sedar dan tidak)..kebiasaannya, dlm keadaan mamai, baby akan menerima nipple tanpa masalah...

Masalah kelima :-
Baby saya kecil dan berat naik sedikit2 sahaja berbanding baby yang menyusu menggunakan susu formula...

Cara atasi :-
Base pada pengalaman ummi, memang sebelum ini anak ummi berat naik sedikit2 shj (nurse klinik bisinggg)..tension jugak...so, ummi ambil set b dan esp...alhamdulillah syukur hasilnya pertambahan berat anak ummi naik memberangsangkan...ummi notice perubahan ini base pd selepas ummi ambil esp...so, susu yang di hasilkan lbh berkualiti, pekat dan mengenyangkan walaupun anak minum dalam kuantiti yang sedikit...

Sebenarnya, banyak lagi masalah2 yang timbul dalam penyusuan ni...ini hanyalah secebis yang ummi petik2 dr email2 yg ummi terima...so, sekiranya masih lagi terdapat sebarang masalah atau ingin share sesuatu mengenai penyusuan...silakan...email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com..insya allah ummi cuba jawab semampu ummi...

Apapun, bukanlah ummi memandang sebelah mata pd ibu2 yang terpaksa memberikan susu formula kpd anak2...masing2 ada sebab dan agenda yg tersendiri..siapa yg tak nak bg anak sesuatu yg terbaikkan...cuma ummi agak terkilan dengan segelintir ibu2 yang di kurniakan susu yg melimpah ruah, tiada masalah untuk direct feed tetapi memberikan alasan MALAS untuk menyusukan anak..ummi salute pada ibu2 yg mempunyai keazaman yg kuat untuk meneruskan penyusuan selama yg boleh contohnya adik ummi sekaligus geng shaklee ummi, along azrinna yang tabah untuk meneruskan penyusuan anak kesayangan beliau..semangat itu yang paling penting perlu ada dlm diri seorang ibu..dan bukanlah menjadi HARAM pula sekiranya kita telah berusaha sedaya upaya untuk memberikan susu ibu tetapi masih gagal...dan di campur pula dengan susu formula...apa yg penting selagi susu ibu masih ada walaupun kuantitinya sedikit teruskan selagi terdaya...

Sesungguhnya, ummi percaya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya...dan ummi sudi mendengar setiap permasalahan anda dan cuba membantu mencari jalan keluar semampu ummi...ummi doakan semua ibu2 di luar sana yg sedang dan ingin menyusukan anak, semoga Allah memberikan pahala yang berlipat kali ganda ke atas kalian dan Allah terus memberikan hasil susuan yang banyak seiring dengan keperluan anak kaliannn..aminnn...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Khamis, 1 Julai 2010

Syukur atas kurnia Mu,Ya Allah!!

Salam...syukur sekali lagi ummi panjatkan kerana terus diberikan tubuh yang sihat,mood yang ceria dan ketenangan dlm hidup...terima kasih Ya Allah atas nikmat yang kau berikan ini...

Sudah lama ummi tidak bercerita bagaimana pengalaman ummi sendiri dalam menggunakan vitamin2 shaklee ini...so, insya allah di pagi jummat yang mulia ini ummi ingin kongsikan dengan kalian apakah kesan baik yang ummi perolehi dan testimonial ini ikhlas berlaku atas diri ummi sendiri dan bukan ummi ambil dari client ummi atau client sahabat2 shaklee ummi...

Pengalaman Pertama :

Vitamin pertama yang ummi ambil ialah set B (kerana ummi masih full breastfeeding)...dalam set itu dilengkapi multivitamin,b complex,vitamin C dan alfalfa...

3 hari selepas ummi amalkan secara konsisten iaitu 1 biji multivitamin, 1 biji b complex, 1 biji vitamin c dan 2 biji alfalfa (3 times);syukur susu ummi bertambah dari 6-7 oz persession kepada 8-9 oz persession dan ummi perasan susu ummi bertambah pekat dan berwarna kekunigan (yellowish). Dan ummi seperti mendapat tenaga tambahan ..susu banyak dan badan segar dan bertenaga...Syukur alhamdulillah...

Pengalaman kedua :

Ummi di datangi menstrual...akibat terpengaruh dengan kata2 bahawa kedatangan menstrual mengakibatkan susu drop...di tambah stress kerana sakit perut (simptom2 senggugut)...so, ummi beli esp(energizing soy protein..Ummi teruskan pengambilan set B di tambah esp...hasilnya jam 2 pagi waktu ummi mengepam...subhanallah...terima kasih Ya Allah...dalam satu session perahan tersebut ummi dapat 12 oz!!! Dan satu perubahan ummi rasakan susu ummi bertambah pekat,mengenyangkan (sbb qistyna minum sikit dan kenyang)..dan yang lebih menggembirakan ummi sbb berat qistyna yang selalunya naik sekitar 0.5kg ke 1 kg sebulan boleh naik mendadak...sebelum ni berat qistyna 6.4 naik tak sampai sebulan ke 7.6kg...dan kulit qistyna banyak org kata GEBUUUUUSSS...(bestkan org puji anak kita)..satu lagi suami ummi perasan kulit ummi lebih cerah dan menawan(cewahhh...kembang suami puji...susah nak puji tau...)..

Pengalaman ketiga :

Oh dear anak kecil ummi demam kuat...susahnya hati ummi...pakej tu...demam, selsema, batuk dan menangis sepanjang malam meragammm..stress ummi di buatnya...ummi up kan pengambilan vitamin c dari sebiji ke 2 biji..ummi upkan juga b kompleks kepada 2 biji (kurangkan stress ummi)...dan ummi susukan qistyna sekerap yang boleh...lapkan badan dia dengan air,tampal kool fever serta ummi sapukan minyak panas di telapak kaki qistyna dan pakaikan stoking...ummi juga pastikan udara dlm keadaan sejuk supaya badan qistyna tak cepat terhydrat...dan malam tu qistyna tido nyenyak(sejuk kott...pasang aircond)...siang tu sbb ummi kepenatan jaga qistyna demam,ummi terjaga bila qistyna merangkak naik atas badan ummi...ummi pegang badan dan dahinya...syukur demam adik dah baik...dan pagi tu berbunga2 hati ummi lihat qistyna dah boleh gelak2dan selsema dah kering...syukur ya allah...

Itulah sahaja secebis pengalaman ummi yang dapat ummi kongsikan untuk tatapan kalian...mungkin ummi belum cuba keseluruhan produk shaklee tapi insya allah selepas ini setiap kebaikan yang ummi dapat hasil pengambilan mana2 vitamin ummi akan up date lagi...dan yang penting Terima kasih Ya Allah..atas kurniaan Mu kerana membuatkan diriku sesuai dan serasi dengan shaklee...dan ku mohon ya allah atas kebesaran dan kuasa Mu...berikan juga faedah dan kebaikan yang baik kepada semua org yang menggunakan shaklee ini untuk kebaikan mereka dan keluarga mereka...Aminnnnn...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Ummi...nak lagi...



Salam...semalam ummi ada bersembang dengan adik ummi,N...so, ada diturunkan sedikit resipi mcmana nak bagi lbh sedap semasa pengambilan esp ni...dan ptg tu juga ummi pegi cariii...

Ambil air twister orange(ala yang ada sack2 oren tu)...kemudian bancuhkan dengan esp...pastu tambah lak dengan aisss...perghhh...memang superb sedap giler beb...

Anak ummi sampai bercawan2 minum...asyik2...ummi nak ayaq sedappp....ambooiii...harus esp ku itu habis tak sampai sebulan la jwbnya...

Tak mengapa sayang...utk kebaikan mu jua ummi rela korbankan wang ringgit...dan yang amat menggembirakan ummi BERAT ANAK UMMI BERTAMBAHH...Alhamdulillah...maklum lah...anak yang dah besar seusia sekitar 2-3 tahun...amtlah susah nak pujuk makan...sekurang2 dia mendapat zat khasiat yang terbaik dengan pengambilan esp ini...syukur ya allahhh...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails