Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Sabtu, 17 Julai 2010

Bulan Ramadhan menjelma lagiii...

SET B + ESP


PERFORMANCE DRINK

Salammm...syukur alhamdulillah ummi panjatkan ke hadrat ilahi kerana masih melebarkan sayap rahmatnya dengan memberikan nikmat kehidupan kepada ummi...hari ini memang mood ummi sangat happy mungkin sbb hari ni cuti di tambah pula bulan ramadhan yang semakin menghampiri...rindunya ummi tak terkira ingin mendengar tasbih2 yang dilaungkan semasa solat terawih, berpuasa dan menikmati bulan yang sangat penuh dengan keampunan dan barakah...sungguh ummi sgt tenang berada di bulan ramadhan kerana semua syaitan yang sering menghasut dan memperdaya umat islam akan di rantai dan kita hanya berperang dgn nafsu sahaja...dan yang lebih menggembirakan ummi kerana ummi pasti arwah mak ummi pasti lbh tenang pada bulan ini di alam barzakh dan semoga arwah mak ummi dikurniakan kesejahteraan dan kebahagiaan menempuhi alam barzakh di sana (Mak, ummi doakan mak akan menjadi bidadari yang menghuni ruangan2an dlm syurga mak dan terima kasih atas susu yang mak limpahkan pada ummi selama ini)...dann...untuk makluman kalian, ummi menyusu sepenuhnya breastfeeding dgn mak ummi selama hampir 4 tahunnn...dan abah ummi kata tidak pernah sekali pun arwah mak ummi mengeluh penat atau letih atau malas untuk meneruskan ummi mndpt khasiat yg terbaik...terima kasih, makk...doakan anak mak ini juga berjaya melakukan seperti makkk..i miss u so much, makkk)...

Sorry, ummi memang bila cakap pasal arwah mak ummi nak berderai je air mata ni sbb kami tersangat lah rapat (maybe berkat air susu)...so, berbalik kepada entry yang ingin ummi tuliskan pada kali ini...BAGAIMANA AGAKNYA MENGHADAPI BULAN RAMADHAN YANG DENGAN CUACA TIDAK MENENTU SEKARANG INI TAMBAHAN PULA AS A BREASTFEEDING MOTHER???

Persoalan di atas ummi di tanyakan kepada ummi melalui email2 kiriman sahabat2 ummi yg masih menyusukan anak mereka sepenuhnya...antara soalan2 yang timbul:-

a) Kuantiti susu akan merudum kah?
b) Rasa Lapar Dan Dahaga menjadi double??
c) Kualiti susu itu sendiri?? Tiada zat2 dan nutrisi dlm susu ibu...

Untuk nampak teratur, biarlah ummi jwp satu persatu ikut urutan ye..

a) Kuantiti Susu
Sejujurnya ingin ummi tegaskan di sini pokok pangkalnya adalah mind set....jika kita telah setkan dalam minda kita, bahawa susu akan berkurangan semasa ramadhan, so itulah yang akan terjadi...tambah2 bulan ramadhan ni..kata2 menjadi doa dan terus di angkat ke langit...so, perkara pertama setkan dlm minda bahawa "Susu saya takkan berkurangan sepanjang ramadhan ini"...

Base pada pengalaman ummi menyusukan syasya dahulu, susu ummi langsung tidak terjejas sepanjang ramadhan...cuma agak cair (sbb masa tu ummi blm mengamalkan produk shaklee lg)..asalkan kalian kekal dan konsisten dlm jadual mengepam yee...

b) Lapar dan Dahaga menjadi double

Jika menurut ummi semasa menyusukan syasya dahulu (sebelum ummi amalkan produk shaklee)..jawapan ummi adalah YA...terutamanya selepas ummi selesai mengepam...sampaikan ummi nak telan air liur sendiri pun dah takdee...sgt2 dehidrasi dan menjelang petang ummi dah sgt2 keletihan dan tak larat...tetapi baru2 ini semasa ummi berpuasa sempena bulan rejab,ummi teruskan set b + esp + performance drink syukur alhamdullillah...sehingga ummi hampir terlupa bahawa ummi sedang berpuasa..so, it's should be ok kannn...insya allahhh...

c) Kualiti susu itu sendiri???Tiada zat dan nutrien penting???

Sebelum ini, ummi pernah di momok2kan bahawa sekiranya ummi berpuasa maka, kualiti susu yg ummi hasilkan seperti air kosong...tiada sbrg zat dan nutrisi...tetapi ummi percaya setiap suruhan yang allah tetapkan kepada umat islam pasti ada kebaikan dan hikmah tersendiri...di tambah dengan ganjaran pahala berpuasa...dan lebih manis lagi berpuasa sambil menyusukan anak (insya allah sgt2 mulia di sisi allah)...oleh itu, dengan pengamalan supplement2 ini bagi ummi secara tidak langsung telah membekalkan nutrisi2 dan zat yang mencukupi sepanjang bulan ramadhan ini dan yang menggembirakan ummi susu ummi kekal pekat seperti mana sebelum berpuasa...alhamdulillahhh...

Oleh itu, di sini ummi turunkan serba sedikit cara2 pengambilan vitamin sepanjang bulan ramadhan ini (khusus untuk ibu yang hamil dan sedang menyusukan anak)...

a) Waktu Sahur* Teruskan pengambilan sebarang juadah sahur kalian (sprt nasi, kuih muih dan sebagainya).
* Oleh kerana kurma adalah amalan nabi SAW dan sgt baik di amalkan, ummi syorkan ambil sekurang2nya 3 biji kurma..
* Bancuhkan ESP + Performance Drink dalam satu bancuhan...
* Makan 3 biji Alfalfa.
* Tutup waktu sahur dengan minum air kosong segelas, sambil bacakan surah al kauthar, berdoalah dalam hati (Mohon Allah banyakkan air susu sepertimana banyaknya air dalam sungai kauthar)..hembuskan pada air, dan minum..

b) Waktu Berbuka
* Sebagai berkat amalkan ambil kurma terlebih dahulu.
* Makan juadah berbuka seperti biasa.
* Bancuhkan ESP + Performance Drink dalam satu bancuhan
* Makan 2 Biji Alfalfa.


c) Sebelum Tidur


* Bancuhkan ESP segelas
* Makan vitamin lain dlm set b (Vitalea, B Complex dan Vitamin C)

Inilah cara2 yang ummi amalkan sepanjang ummi berpuasa dlm bulan rejab baru2 ini...alhamdulillah perbezaan ketara yang ummi perolehi adalah susu kekal pekat, badan lebih bertenaga dan ummi rasa kuantiti dan kualiti susu ummi juga tidak terjejas. So, selamat mencuba ye...

Oh ya, takkan lah menu ini hanya untuk kalian sahaja kannn...so, buat suami tersayang dan anak2 kalian yg baru2 cuba2 untuk berpuasa, cara2 di atas juga boleh di praktikkan ke atas mereka..ataupun sekurang2nya mengamalkan performance drink untuk kekal bertenaga...ummi harap menunaikan ibadah puasa kali ini akan lebih menggembirakan kalian dan membuatkan kalian kekal bertenaga sehingga waktu berbuka...insya allahh..

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Rabu, 14 Julai 2010

Mengapa saya memilih untuk menyusukan anak saya sepenuhnya???

Salammm...seperti mana biasa syukur terus ummi panjatkan atas limpahan kasih sayang Nya ummi masih mampu untuk terus berkongsi kebaikan dengan kalian...entry kali ini ummi ingin tuliskan sbb2 mengapa ummi sanggup menjadi pengepam tegar bagi merealisasikan hasrat ummi untuk terus berusaha menyusukan anak ummi selama yang mungkin(harap2 sampai 2 tahun at least)...aminnnn...

Actually, ummi tidak blame langsung kepada mereka yg tidak boleh atau memilih untuk memberikan susu formula kpd anak2...(ibu mana yg tak nak bg yg terbaik untuk anaknya kannn)...cuma ini adalah antara sebab2 diri ummi sendiri memilih untuk menyusukan anak ummi sepenuhnya...Insya allah (doakan ye)...Di sini ummi forwardkan antara artikel2 yg menjadi pembakar semangat buat ummi untuk meneruskan penyusuan susu ibu...Happy reading...

Sumber : Utusan, 21hb April 2010

Bayi Susu Ibu IQ Tinggi

Oleh : Zuhayati Yazid

SUSU ibu adalah anugerah pemakanan yang terbaik untuk setiap bayi. Pakar perubatan mengakui ia tidak boleh ditandingi oleh apa jenis susu formula sekali pun. Hakikatnya susu ibu mengandungi segala kebaikan yang diperlukan oleh bayi dalam jumlah yang betul iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral.

Menurut Pakar pemakanan dari Universiti California, Dr. J. Bruce German, khasiat susu ibu terlalu banyak berbanding apa juga jenis susu formula. Antaranya ia mempunyai kolestrum, iaitu cecair berwarna kekuningan yang keluar sebelum susu keluar, yang membantu sistem pencernaan bayi dan menambah baik sistem imunisasi badan bayi.

"Susu ibu adalah zat makanan paling ideal untuk bayi sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan pertama.

"Ia cukup berkesan memastikan pembesaran sempurna, mengelak jangkitan penyakit, menggalakkan perkembangan kecerdasan anak dan menghindari obesiti serta penyakit,'' katanya dalam satu sesi yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Katanya, bayi yang diberikan susu ibu kurang mengalami alahan, sakit usus, pencernaan dan asma kerana susu ibu juga mempunyai antibodi.

Menurut German lagi, susu badan sepatutnya diberi sebaik saja bayi dilahirkan dan perlu diteruskan sehingga bayi berusia enam bulan. "Situasi ini penting kerana proses penyusuan badan juga dapat mengubah kehidupan wanita bergelar ibu pada kehidupan yang lebih bermakna,'' jelasnya.

Beliau yang berpengalaman dalam bidang nutrisi lebih dari 10 tahun memberitahu, selain kelebihan untuk bayi, ibu turut mendapat banyak manfaat daripada penyusuan badan seperti mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

"Malah sesetengah ibu yang menyusukan badan tidak mengalami putaran haid selagi bayinya menyusu.

"Lebih menarik lagi bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan dapat mengembalikan berat badan seperti sebelum hamil dengan lebih cepat.

"Perlu diketahui bahawa setiap wanita akan mengalami penambahan berat badan sekurang-kurangnya 12 kilogram ketika hamil, malah ada juga mengalami sindrom metabolisme seperti obesiti, tekanan darah, penambahan glukosa dan sebagainya. Melalui penyusuan bayi banyak membantu situasi tersebut kembali menjadi normal.

"Jadi menjadi satu kerugian besar apabila wanita yang bergelar ibu tidak menyusukan bayi dengan susu badan hanya kerana percaya dengan tanggapan bahawa ia boleh menjejaskan bentuk badan si ibu,'' tegasnya lagi.

Bukan setakat itu saja, menurut German, menyusukan bayi dengan susu badan juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis atau kerapuhan tulang pada anak.

"Hal ini berlaku, sekiranya ibu menyusukan secara berterusan anak tersebut selama lapan bulan, tulang mereka akan menjadi semakin kuat," katanya.

Selain itu, menurut kajian yang telah dilakukan bayi yang diberikan susu ibu mempunyai tahap kecerdikan (IQ) yang lebih tinggi dan lebih bijak apabila membesar.

"Justeru bagi ibu bapa yang baru menerima kehadiran cahaya mata, pastikan bayi anda menerima susu ibu khususnya dalam sejam pertama kelahiran bayi.

"Ini kerana bayi khususnya yang mengalami kekurangan berat badan, sangat memerlukan kolestrum iaitu nutrien penting yang terdapat dalam susu ibu," katanya.


Ini satu lagi artikel yang berkaitan :-
 
Pemberian susu lembu punca gejala sosial? (Oleh Halina Mohd Noor)


Kisah Aminah upah Halimatusaadiah sebagai ibu susuan Nabi Muhammad peringatan penting.

MUNGKINKAH parahnya penyakit sosial di kalangan masyarakat hari ini adalah akibat meminum susu lembu sebagai ganti susu ibu? Mahu atau tidak, inilah hakikat yang perlu dipertimbangkan semula kerana bijak pandai mengatakan, ‘Kita adalah apa yang kita makan’.

Tidak hairanlah manusia yang dilahirkan, tetapi diberi minum susu lembu memiliki ciri seekor lembu atau kata lain, bersifat kebinatangan. Bunyinya keras, tetapi lihatlah masyarakat hari ini yang lebih ganas daripada binatang liar.

Sumbang mahram, rogol dan bunuh, dera dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Keganasan sering kali dipilih sebagai kaedah penyelesaian masalah walaupun bagi masalah kecil.

Kebimbangan wujud manusia berciri kebinatangan hari ini disuarakan tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz ketika menyampaikan ceramah sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, sikap lebih gemar memberi susu lembu kepada bayi berbanding susu ibu menyebabkan masyarakat tidak sedar bahawa mereka sedang menjana manusia ‘Nas’ yang bersifat kebinatangan.

“Manusia terbahagi kepada dua iaitu manusia ‘Nas’ yang tidak menggunakan akal dan suka melakukan kemungkaran dan satu lagi, manusia ‘insan’ yang lebih cenderung kepada kebaikan dan memelihara diri daripada kejahatan.

“Jika diperhatikan, di dalam al-Quran ada 300 ayat yang bermula dengan perkataan ‘Wahai Nas’ yang diturunkan pada zaman jahiliah di Makkah, manakala hanya 82 ayat yang bermula dengan ‘Wahai insan’ yang diturunkan di Madinah. Ini menunjukkan manusia ‘insan’ yang bercirikan kemanusiaan kurang berbanding manusia ‘nas’. Malangnya, manusia hari ini semakin tergolong ke dalam manusia ‘nas’,” katanya yang menyampaikan ceramah bertajuk Menjamin Sahsiah dan Hubungan Sesama Manusia .


Beliau berkata, jenayah yang dilakukan masyarakat hari ini jauh lebih buruk daripada masyarakat jahiliah. Sungguhpun mereka dikenali kerana kekufuran, pada zaman berkenaan tidak ada bapa yang merogol anak sendiri atau membuang bayi yang dilahirkan ke merata tempat.

Tahap ‘kebinatangan’ mereka tidak seteruk masyarakat hari ini kerana mereka tidak memberikan bayi mereka dengan susu binatang lain.

“Peranan ibu yang utama ialah menyusukan anak dengan susu badan seperti yang ditentukan dalam al-Quran. Ini sudah ditunjukkan ibu Nabi Muhammad, Aminah. Selepas lapan bulan Muhammad dilahirkan, susu Aminah kering, tetapi dia tidak terfikirpun untuk menggantikannya dengan susu kambing yang banyak di rumahnya.

“Sebaliknya, Aminah lebih sanggup mengupah Halimatusaadiah untuk menyusukan Muhammad. Melalui kisah Aminah, Allah sengaja hendak mengajar umatnya bahawa wanita lain boleh menyusukan anak orang lain dan mereka digelar ibu susuan yang haram berkahiwn dengan anak dan saudara daripada ibu susuan tadi. Syaratnya, mereka perlu disusukan sehingga kenyang,” katanya.

Ada rahmat terselindung di sebalik persoalan, mengapa susu manusia terlekat pada dada berbanding binatang lain. Ini bagi memudahkan ibu memeluk bayi sewaktu menyusu di mana pelukan ini akan menjana sahsiah si anak dan mengukuhkan ikatan ibu anak.

“Sedangkan haiwan juga ada sifat keibuan dengan sanggup menyusukan anak mereka. Mengapa manusia tidak sanggup, malah tergamak memberikan susu haiwan lain kepada anaknya? Ibu bapa yang memberikan anak susu lembu dan anak membesar menjadi jahat, ibu bapa itu akan dipersalahkan dunia dan akhirat,” katanya.

Anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, tetapi kedua ibu bapa menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Terpulang kepada ibu bapa untuk memilih yang terbaik buat anak mereka.

So, ummi rasa cukup la ummi paparkan 2 artikel ini terlebih dahulu...sepertimana yg ummi katakan awal td artikel2 yg ummi paparkan ini tidak langsung dengan niat untuk memprejudiskan ibu2 yg memilih untuk memberikan susu formula pd anaknya...ini adalah antara artikel2 yg menjadi penguat ummi untuk meneruskan penyusuan ibu bg diri ummi sendiri...(ummi harap ia tidak menjadi kontroversi-dan artikel t'sebut bukan ummi tulis ye...)...

Buat akhirnya, ummi sudahi entry kali ini dengan satu firman Allah SWT berkaitan penyusuan susu ibu seperti mana yang di syariatkan oleh agama islam...

Tafsirnya: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu." (Surah Al-Baqarah: 233)


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

Selasa, 13 Julai 2010

Hasil istiqamah ummi dengan shaklee...

Inilah produk2 shaklee yg ummi amalkan


Inilah anak ummi yg sekarang menyusu sepenuhnya dgn
Ummi...ummi ambil ESP...tengok otot2 badan dia...berketul2...



Ini adalah anak sulung ummi syasya dan qistyna

Salam...hari ini ummi memang penat sgt sbb ummi kena uruskan satu majlis dan macam2 agenda yang perlu di siapkan sebelum menjelang majlis tersebut hari khamis ni..so, ummi rasa cukup la ummi postkan di sini gambar2 antara produk shaklee yg ummi amalkan dan hasil yang ummi perolehii...enjoyyy...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Pump Avent to Let Go...




Salammm...ummi post kan entry ni just untuk sesiapa yang berminat nak beli pump avent isis manual yang ummi beli konon2nya nak guna...last2 terperuk je tak guna langsung sbb ummi dah biasa dengan pam kesayangan ummi spectra 3...so, ummi beli dgn harga RM 270.00 so, ummi nak let go dalam RM 200.00 sahaja...so, sape berminat sila call ummi di 0123975808...


(UPDATE) SOLD!!!


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Isnin, 12 Julai 2010

Bila nak nampak kesan ni???

Salam...syukur ummi terus panjatkan kerana ummi di berikan kesihatan yang baik untuk terus menulis di blog ini...entry kali ini ummi ingin memberikan jwpn yang seringkali customer atau adik2 ummi tanyakan pada ummi setelah menggunakan set B tersebut...ummi harap dengan penjelasan ini akan lbh memberikan gambaran jelas tentang apa yg sering menjadi persoalan kepada kalian...


Persoalan pertama :
Saya dapati susu saya telah menjadi pekat...seakan2 kolostrum...tetapi yg saya musykilkan kenapa tiada pertambahan kuantiti dan adakalanya susu saya menjadi berkurangan pula..Adakah ini kerana saya tidak sesuai untuk menggunakan vitamin shaklee??


Jawapan :
Sepertimana yang ummi sering katakan badan manusia ini allah ciptakan berlainan antara satu sama lain...so, maybe si A mendapat kesan serta merta hanya dengan pengambilan 2 biji alfalfa setiap hari tp berbeza dgn si B yang perlu consume dgn 6 biji alfalfa setiap hari untuk mendapatkan kesan yg sama...dan harus ummi sentiasa ingatkan kalian yg mengamalkan vitamin ini perlu minum air yg banyak sekurang2nya 2 liter sehari ye..ini untuk memastikan vitamin yg di makan akan lbh mudah di serap oleh badan...


Ada antara customer ummi yang makan sekaligus pada waktu pagi bersamaan dengan 5 biji contohnya. Si ibu ini akan mendapati susunya pada perahan jam 10am dan 1pm adalah pekat dan sedikit. Mengapa agaknya ini terjadi??Ini kerana kepekatan darah adalah dikemuncak antara waktu jam 10 pagi sehingga jam 2pm. Mungkin waktu ini si ibu kurang minum air. So, syor ummi agar kalian cuba makan 2 jenis vitamin terlbh dahulu slps makan sarapan dan baki yang selebihnya boleh la di ambil spls makan tghari...Ini akan dpt membantu keseimbangan air di dalam badan dan dapat mengurangkan kepekatan darah yang tertumpu pada sesetengah masa.


Persoalan Kedua :
Saya telah mengambil vitamin seperti yang di syorkan, tetapi mengapa badan saya terasa letih dan mata saya mudah mengantuk???


Jawapan :
Sepertimana yg ummi sering tekankan pengambilan air yg banyak perlu bg pengambilan vitamin...Jangan sesekali jadikan alasan malas untuk ke tandas kerana terpaksa minum air yang banyak...pengambilan air perlu banyak demi menyahtoksik dari badan serta melancarkan penyerapan nutrien oleh badan. Pengambilan air juga membantu meningkatkan keperluan oksigen oleh tubuh. Badan akan mudah letih kerana kepekatan darah dan jantung memerlukan banyak tenaga untuk mengepam.Oleh itu, masalah ini terjadi kerana masalah kekurangan air di tahap yg kronik...


Persoalan ketiga :
Saya telah mengambil vitamin tetapi mengapa tiada sebarang perubahan samada dari segi kuantiti ataupun kualiti susu saya???


Jawapan :
Soalan ummi...adakah anda penggemar minum berkafein???Jika ya, nasihat ummi kurangkan...mungkin ada yg berpendapat pengambilan minuman berkafein seperti kopi membantu badan untuk lbh bertenaga dan kurang mengantuk...Sebenarnya tanpa kita sedari itulah yang memusnahkan vitamin yang sedia ada dalam badannya. Maka pengambilan supplement tidak akan memberi impak apa2 ke atas dirinya kerana vitamin banyak musnah disebabkan pengambilan kafein secara berlebihan tadi.


Dan seperkara lagi, ummi ingin mengingatkan kita untuk sentiasa memohon kepada allah kerana setelah semua usaha di lakukan, kita hendaklah memohon kepadaNya kerana hanya dialah yg mampu memakbulkan permohonan kita...seperkara lagi, amalkan konsisten dalam pengamalan vitamin ini kerana vitamin bukanlah seperti ubat doktor yg mana kesannya akan di perolehi dalam jangka masa yg singkat kerana ianya terdiri dr penggunaan chemical dan untuk jangka masa yg panjang ia akan ada impak dr segi kesihatan yg lain pula..


So, nasihat ummi banyakkan bersabar, minum air yang banyak *tak kurang 2 liter sehari* dan berdoalah kepada allah...insya allah ummi doakan semua adik2 ummi yg mengamalkan vitamin shaklee ini akan mendapat hasil seperti yg diingini dan semoga allah memakbulkan semua permohonan kalian...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Aduhaiii..demam la pulak...

Salammm...maaf kerana dua tiga hari ni ummi tak menulis langsung dlm blog ummi ni...maklum la..hujung minggu ni sibuk dengan anak2...baru ummi nak pegang laptop...dah si adik menangis nak ajak main(hehehe..anak kecil ummi yg 8 bulan ni dah pandai tarik2 baju ummi kalau ummi tak pedulikan dia)...


So, berbalik dengan entry yg ummi ingin share dengan kalian pd hari ini...ini rentetan dr ummi terima call dr customer atau adik ummi yang mesra ummi panggil nana...actually nana merupakan pengguna set B dan ESP(bagus adikku ni...bersungguh2 dlm breastfeeding journey dia)...td, nana mengadu tak sihat...demam ye,dik...siannn adik ummi ni...so, adakah vitamin2 yang di ambil dlm set B tersebut juga berguna sekiranya kita tidak sihat???Jawapan ummi...YA...


Tak percaya???(Wah dah macam iklan ripley's believe it or not pulak ummi ni)...ok mari kita lihat apa vitamin yang sesuai kita gunakan sekiranya kalian tidak sihat atau demam...


1) Vitamin C
Jika sebelum ini kalian ambil vitamin c sebiji sehari, tetapi kali ini ummi syorkan kalian tambahkan dos ke 2 biji sehari..Caranya...patahkan 2 vitamin C tersebut ( so, akan dpt 4 ketul sbb 2 biji vitamin C di patah dua kedua2nya...apa tujuannya???Ini supaya 1000mg vitamin C tersebut dapat di lepaskan serentak (sbb vitamin C ni di gunakan atau dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut keperluan badan (sustained release), so, kesannya akan lbh baik dan cepat...


2) B Complex
Sama seperti Vitamin C, jika sebelum ini kalian ambil sebiji sehari,so jika perlu (contoh jd stress sbb demam dan tak larat sbb breast feeding mother) so, ia sgt2 membantu untuk menenangkan diri di samping mengurangkan rasa stress...Tambahan pula, kandungan B-Complex dalam badan akan termusnah dengan lebih cepat akibat stress...


So, 2 vitamin di atas memang telah sedia ada dalam pack set b kalian...bestkan...2 faedah dalam satu masa...tu sbb ummi suka sgt mengamalkan vitamin dr shaklee ni sbb secara kita sedar atau tidak, niat asal kita ambil vitamin tersebut sbb satu sbb khusus tetapi rupa2nya ada kebaikan lain yg kita akan dpt...alhamdulllah...
Selain dari itu, sekiranya kalian berminat, kalian boleh juga tambah dengan 2 produk shaklee yg lain sebagai tambahan kepada 2 vitamin di atas untuk masa2 kecemasan iaitu :


1) Ostematrix @ Kalsium Magnesium
Kalsium Magnesium Shaklee ini sgt istimewa kerana selain daripada kebaikan kepada sistem saraf dan tulang, bagi mereka yang demam yg di iringi sakit kepala atau migraine yang kuat...ianya sgt sesuai tau.. Ambil 4 biji OsteMatrix, untuk membekalkan keperluan 1000mg Kalsium sehari dan ummi syorkan di ambil sebelum tidur supaya ianya akan menyerap dgn lebih baik lagi (juga sesuai utk mereka yg ada masalah lutut mcm ibu2 kita yg telah tua)...


2) Performance Drink
Seperti mana yg ummi tuliskan sebelum ini tentang performance drink so, untuk saat kecemasan sprt demam ini sgt2 lah berguna...semasa demam suhu badan yg tinggi akan menyebabkan badan kita mudah dehidrasi(kekeringan)...so, inilah fungsi minuman ini...di samping menyejukkan badan,ia juga berfungsi seperti 100 plus cuma ia tidak mengandungi gula berlebihan dan gas...Dan untuk yg mempunyai stok ini, ummi nasihatkan simpan di dalam peti sejuk supaya ia tahan lebih lama..


So, ummi harap sedikit sebanyak penerangan ummi ini dapat membantu kalian yg mungkin ingin mencuba produk shaklee semasa kalian demam @ tidak sihat...sangat2 sesuai di gunakan semasa kecemasan dan bagi kalian yg menggunakan set B dan mengamalkan 2 vitamin di atas (Vitamin B + B Compleks) untuk menstabilkan badan kalian semula dr demam, ummi nasihatkan minum air kosong sebanyak yg boleh untuk memastikan vitamin2 tersebut lbh mudah menyerap ke dalam badan..


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Khamis, 8 Julai 2010

Persoalan mengenai penyusuan...

Salam..syukur ummi panjatkan kerana terus diberikan kesihatan dan keceriaan ke atas diri ummi untuk terus menulis di blog ini...Entry kali ini ummi ingin menjawab beberapa soalan yang di email@ sms kepada ummi...so, ummi lebih suka paparkan di sini dengan tujuan untuk berkongsi, manalah tau masalah yang sama di hadapi oleh kalian...dan ingin ummi tekankan sekali lagi ummi menjawab sekadar kemampuan dan pengetahuan ummi sahaja ( sumber rujukan : doktor laktasi , buku khusus ttg penyusuan, laman2 web yang menyokong penyusuan ibu dll)...

Soalan 1:
Berapa lama susu saya boleh bertahan:-
a) Suhu Bilik
b) Peti Ais (Satu Pintu)
c) Peti Ais Bawah ( 2 Pintu)
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu)
e) Deep Freezer

Jawapan :
Lama mana bertahannya susu ibu bergantung kepada suhu peti ais, cuaca di Malaysia dan juga kekerapan kita membuka tutup peti ais...banyak pendapat mengenai soal berapa lama susu boleh bertahan ini, jadi jawapan ummi ini telah ummi sesuaikan dengan suhu di Malaysia dan juga base pd kekerapan kita membuka tutup pintu ais dan juga pengalaman ummi sendiri (setelah dibuat experiment n error berkali2)...so inilah jawapan ummi yang ummi rasakan paling sesuai :-

a) suhu bilik - bertahan selama 4 jam atau paling lama 5 jam sahaja (ummi dah buat experimen pun sbb ummi expressing pumping...
b) Peti Ais (1 pintu) - bertahan paling lama adalah 2 minggu sahaja...kerana suhu bg peti ais satu pintu tidak sama dengan yg 2 pintu..Ini kerana peti ais 2 pintu jika di buka pintu bwh, susu di bhg atas tidak berubah sedangkan peti ais satu pintu merangkumi kedua2 bhg sekaligus...
c) Peti Ais Bawah (2 Pintu)- bertahan paling lama 72 jam tetapi ummi lebih suka amalkan 48 jam sahaja.
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu) - bertahan paling lama 3-6 bulan (bergantung kepada kekerapan membuka pintunya...semakin kerap semakin kurang jangka hayatnya..ummi ambil 3 bulan sahaja...
e) Deep Freezer - bertahan paling lama 6-12 bulan (lamakan...subhanallah)...juga bergantung kepada kekerapan pintunya di buka...* setiap kali peti ais dibuka suhu akan berubah..

Dan just tambahan, susu dari freezer yang telah di cairkan (thawed)...hendaklah digunakan dalam tempoh 24 jam dari ianya cair sepenuhnya...dan apa yg ummi paparkan di atas hanyalah sebagai panduan sahaja...apapun sekiranya susu kalian masih tidak berbau dan tidak berubah rasa(kita lbh tau dah basi ke belum)...so, walaupun sudah terlebih tarikh ianya masih selamat digunakan, insya allah...Dan harus juga ummi ingatkan bahawa susu yg di simpan di bahagian dalam peti ais lbh better dr yang di simpan di tepi pintu peti ais...

Soalan Kedua :-
Berapa lama susu yang telah di panaskan boleh di gunakan?

Jawapan :-
Ummi lebih suka bahagikan kepada 2 keadaan :
a) Susu fresh (susu yg di sejukkan di bahagian bawah) - (selepas di panaskan) jika baby dah minum, bertahan selama 1-2 jam dan jika baby tak minum lagi, bertahan 3-4 jam..
b) Susu beku (Thawed) - (selepas di panaskan) - bertahan sejam sahaja dan sekiranya tidak habis perlu dibuang...

Susu yang telah diminum baby tidak boleh di gunakan semula kerana air liur/siliva baby juga ada bacteria dan enzyme...dan mengapa susu beku bertahan sekejap berbanding susu fresh...kerana proses pembekuan tuh sebenarnyer mengubah/memusnahkan beberapa komponen dlm susu...

Soalan ketiga:-
Bagaimana cara terbaik untuk panaskan susu ibu?

Jawapan :-
Sebenarnya the best way adalah dengan merendam botol susu ke dalam air suam selama 2 atau 3 kali sehingga suhunya menyamai suhu badan..dan sekiranya ingin memudahkan kerja boleh juga di panaskan menggunakan warmer...dan harus ummi ingatkan JANGAN panaskan susu dengan merebus susu dengan air yg menggelegak,menggunakan microwave dan melebihi suhu 70 degree celcius...ini akan merosakkan khasiat yang terdapat dalam susu tersebut...

Soalan ke empat :
Boleh kah saya mencampur2kan susu jam 2 ptg dengan 6 ptg??

Jawapan :-
Sebenarnya ummi tidak berapa advise untuk susu di campur2kan...tetapi sbg panduan kerana kuantiti pengepaman adakalanya tidak sama...kdg2 sedikit2 dan adakalanya banyak...so, jawapan ummi ialah BOLEH...syaratnya susu2 yg di campurkan itu hendaklah dalam tempoh 24 jam sahaja (maksudnya masa perahan tarikh yg sama-24jam)..dan syarat kedua susu yg baru di perah hendaklah di sejukkan terlebih dahulu dalam bekas lain sekitar 2-3 jam...apabila suhu kedua2 susu yg ingin di campurkan tersebut telah sama...baru lah boleh di campurkan kedua2nya...

Soalan kelima :-
Bolehkah susu yg saya baru perah, kemudian saya berikan anak saya minum...tetapi tidak habis...bolehkah saya simpan bakinya di dalam peti ais dan saya panaskan semula untuk di gunakan???

Jawapan :-
Actually ummi tidak begitu menggalakkannya tetapi base pd experience ummi sendiri..BOLEH...syaratnya begini...(untuk mudahkan kefahaman ummi bg contoh ye)..kita pam dapat sekitar 4 oz...asingkan 2 oz untuk anak minum dan 2 oz standy(kalau tak cukup)...so, susu yg belum di minum ini masih boleh di sejukkan dan di panaskan semula untuk di gunakan...dan bg yg telah di minum..ummi tak galakkan...sbb campuran air liur baby turut mengandungi bakteria dan enzyme...so, kita lbh tau banyak mana anak kita perlukan...asingkan siap2 ok...

So, ummi rasa cukup dulu ummi jawab untuk 5 soalan ini...sebenarnya banyak lagi soalan yg ummi jwb kemudian sbb mata ummi pun dah mula mengantuk...esok ummi sambung lagi ye...harap2 guideline ini dapat sedikit sebanyak membantu ibu2 di luar sana atau bakal2 ibu yang turut mempunyai masalah yang sama..ummi doakan semoga allah mengurniakan semangat dan hasil susu yg melimpah ruah dan mencukupi buat anak - anak kalian...dan percayalah bahawa setiap sesuatu masalah itu ada jalan penyelesaian dan ummi harap adik2 ummi dan sahabat ummi tidak mudah mengalah terutamanya saat susu mula merudum...jika ingin berkongsi masalah dengan ummi silakan e mail ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com...insya allah ummi cuba bantu sekadar kemampuan ummi..

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails