Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Ahad, 1 Julai 2012

PROLACTIN RECEPTOR THEORY dalam penyusuan..Anda tahu teori ini???

Salam sayang semua...agak lama rasanya ummi tidak berkongsi ilmu penyusuan dengan kalian...hehehe...so, sbb ada beberapa soalan yang ummi terima di email agak serupa, ummi gabungkan terus persoalan itu untuk ummi jawabkan di sini...


Kebetulan antara soalan2 yang di utarakan kepada ummi ada yang boleh ummi gabungkan dalam satu jawapan...antara soalan2 yang di utarakan adalah :-

a) Mengapa saya mesti menyusukan anak saya sebaik sahaja kelahiran bayi saya sedangkan susu saya masih tiada atau terlalu sedikit?
b) Mengapa susu sebelah kanan saya lebih banyak daripada susu saya yang di sebelah kiri?
c) Adakah saya masih boleh menyusukan anak saya kerana saya baru sedar susu ibu itu sangat baik utk bayi sedangkan anak saya telah berusia 2 bulan?
d) Mengapa susu saya tidak banyak seperti orang lain sedangkan saya juga mengepam di pejabat sepertimana orang lain?


Sebenarnya agak lama juga ummi berfikir, bertanya pada yang lebih arif, surf blog dan artikel dalam dan luar negara mengenai laktasi barulah ummi berjumpa jawapan bagi semua persoalan yang di timbulkan...rupanya setiap satu persoalan yang di timbulkan mempunyai perkaitan antara satu sama lain dan pokok persoalan utamanya adalah hampir serupa...


Jika di lihat, mengapa konsep rooming atau bayi di letakkan berdekatan dengan si ibu sebaik sahaja kelahiran untuk di susukan buat kali pertama ada praktikal dan jawapannya yang paling tepat. Di sinilah ummi terjumpa satu artikel yang cukup menarik mengenai satu teori yang di sebut sebagai 'Prolactin Receptor Theory'.


The prolactin receptor theory suggests that frequent milk removal in the early weeks will increase the number of receptor sites. More receptor sites means that more prolactin can pass into the lactocytes and thus milk production capability would be increased. (sumber : kelly mom.com)


Maksudnya PROLACTIN RECEPTOR THEORY menekankan mengenai kekerapan penyusuan di awal2 kelahiran akan menambahkan  ruang-ruang reseptor . Lebih ruang reseptor yang terhasil, lebih banyak prolaktin boleh dialirkan ke lactocytes seterusnya akan meningkatkan kadar pengeluaran susu.

Oleh itu, teori ini secara tidak langsung telah menjawab persoalan pertama yang di timbulkan. Teori ini sepatutnya di ketahui oleh semua ibu yang berhasrat untuk menyusukan anak kerana penyusuan seawal kelahiran adalah sangat penting bagi merangsang atau penentuan kepada pengeluaran susu yang lebih lancar pada bulan2 berikutnya.So, ibu2, make sure anda MULA MENYUSUKAN BAYI ANDA SEAWAL KELAHIRANNYA...


Dari teori ini juga, ummi terfikir ianya juga berkait rapat dengan persoalan yang kedua. Sedar atau tidak, kebanyakan dari kita gemar atau lebih selesa memberikan atau menawarkan pada sebelah breast yang kita lebih selesa. Walaupun ada ibu2 yang menyatakan bahawa mereka memberikan kedua2 belah payudara tetapi ummi percaya, kita sudah terbiasa untuk memulakan penyusuan dari sebelah yang kita rasa selesa. Dan kita juga cenderung memilih breast yang kita lbh selesa utk di susukan lebih lama dari yang sebelah lg. Oleh itu, base on teori di atas, jelaslah sebelah payudara yg kurang di tawarkan itu, mempunyai ruang reseptor yang lebih terhad berikutan kurangnya rangsangan hisapan, maka kerana itulah kerapkali susu yang di hasilkan di breast yg 'selesa' itu lbh banyak berbanding yang sebelah lagi...


Base on teori ini juga, kita harus fahami sekali lagi bahawa apabila kita kurang atau tidak kerap menawarkan breast di awal2 kelahiran, atas mungkin pelbagai alasan dan faktor sprt susu tiada, atau bayi pra matang, bayi yang mengalami situasi-situasi khas seperti sumbing, tongue-tie dan sebagainya, ruang reseptor akan menjadi kurang. Malahan dengan pemberian susu formula di awal kelahiran juga, apabila ingin memulakan penyusuan semula setelah 1-2 bulan usia bayi, kadar pengeluaran susu itu agak tidak banyak dan agak lambat untuk melihat kenaikan pengeluaran susu (ketika dalam usaha pemerahan), mungkin ianya berbalik semula kepada teori reseptor prolaktin. 

Dan proses memulakan semula sessi perahan haruslah secara bersungguh2 dan semangat yang bukan sedikit kerana pattern penyusuan dlm tempoh awal kelahiran harus di praktikkan semula bagi mencetuskan hormon prolaktin dan oksitosin bg penghasilan susu yang banyak. So, bagi persoalan ke tiga, pendapat ummi YA, BOLEH JIKA ANDA MAHU...CUMA ANDA HARUS BERDISIPLIN, KUAT SEMANGAT DAN MEMPUNYAI KEINGINAN YG TINGGI UNTUK MEMULAKAN PENYUSUAN INI...BUKAN MUDAH SEBENARNYA TETAPI IANYA JUGA BUKAN MUSTAHIL!!!


Bagi soalan yang terakhir tersebut, teori ini tetap harus di rujuk kembali...adakah anda menyusukan anak seawal kelahiran pada kadar yg kerap???Jadi, jangan tekejut jika ada setengah ibu yang penghasilan susunya lebih banyak kerana cuba tanya pada si ibu bgmana beliau menggunakan teori ini seawal kelahiran anaknya...


Jika di tanya pada ummi yang dari awal kelahiran lagi memang menggunakan kaedah pemerahan susu semata2 (EP MOM), teori ini ummi gunakan dengan merangsang penghasilan susu walau menggunakan kaedah PUMPING SEMATA2 semaksima yang mungkin...maklumlah teknik PUMPING tidak 100% menyerupai hisapan bayi tetapi apabila pemerahan secara kerap dan berkala di buat, iaitu sekitar 10-12x sehari di lakukan, alhamdulillah, ianya berkesan. Hasilnya syukur kerana ummi mampu menyusukan anak selama 2 tahun hanya dengan kaedah pengepaman semata2. 


Sedikit semangat buat EP MOM di luar sana seperti ummi, please susun jadual pam anda..pastikan anda konsisten dengan jadual tersebut...rentak dan iramanya harus sekata..andai ianya di langgar, pastikan kalian ganti semula dengan kedah power pumping untuk menyeimbangkan semula rentak pengepaman anda ...DAN pd pendapat ummi, penggunaan supplement seperti SET 3 M yang ummi gunakan sepanjang penyusuan turut menyumbang dalam memastikan badan ummi kekal cergas dan sihat, mood ummi kekal stabil malahan alhamdulillah kesihatan ummi di tahap terbaik...Ini kerana ummi sentiasa sedar, hanya apabila badan si ibu dalam keadaan terbaik inilah, maka ummi mampu KONSISTEN DLM PENGEPAMAN dan HASIL PERAHAN UMMI BAGI SATU SESSI BOLEH MENCECAH KE 10-12 oz PER SESSI...Alhamdulillah!!!

* Testimoni ini adalah pengalaman saya sendiri dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Khamis, 21 Jun 2012

Mengapa set 3M sangat popular di kalangan ibu2 menyusukan anak???

Salam sayang semua....Ramai rupanya yang berminat dengan set ini sehinggakan set ini sekarang merupakan set paling demand di kalangan ibu2 yang menyusukan anak...Pernahkah kalian terfikir, MENGAPA AGAKNYA SET INI MENDAPAT PERMINTAAN YANG PALING TINGGI DI KALANGAN IBU YANG MENYUSUKAN ANAK???


Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix.
Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan,
si ibu yang nak mula menyimpan stok,
si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.


Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa set Tripple M? Ini kerana komposisi utama dalam susuibu adalah protien dan kalsium seterusnya semua zat vitamin dan garam mineral. Maka pengambilan protien dan kalsium yang mencukupi dalam diet harian membantu penghasilan susu dengan cepat provided si ibu kerap menyusukan anak atau pumping session yang konsisten.


Mari lihat apa kata pengguna set 3m...




* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

Apa kaitannya set ini dengan kesihatan ibu yang menyusukan anak???

Bagi ummi, kesihatan ibu mempengaruhi hasil perahan susuibu.
Ibu yang sihat, mood yang stabil dan bersemangat akan secara langsung membuatkan ibu itu kuat semangat dan terus berkeyakinan untuk terus membuat sesi perahan.

Ibu yang sakit atau tidak sihat akan mengganggu emosi si ibu. Apabila ini terjadi penghasilan susu akan terganggu dan si ibu akan hilang sedikit fokus dan semangat untuk meneruskan sesi perahan jika sakit itu berlarutan.


Ibu yang stress akan lebih hilang fokus pada dunia penyusuan. Tekanan yang dihadapi akan mengganggu emosi dan fikiran si ibu. Apabila ini terjadi susu akan mula menurun penghasilannya.

Ibu yang keletihan dan keletihan yang berterusan juga boleh mengganggu penghasilan susuibu. Ini kerana keletihan ini akan menyebabkan ibu secara perlahan-lahan rasa malas hendak mengepam dan ini akan menjejaskan penghasilan susuibu. Apabila ibu lebih, semua zat akan digunakan untuk proses pemulihan tubuh si ibu dan oleh kerana itulah adakala penghasilan susuibu terganggu terutama zat tidak diganti semula dengan sempurna.


Pengambilan vitamin membantu sedikit sebanyak mengisi kekosongan nutrien dan zat vitamin yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian


Kerana itu, semasa ummi menyusukan anak..set 3 m adalah teman baik ummi...sejujurnya ia sgt2 membantu ummi dalam memastikan badan ummi kekal segar, bertenaga dan cergas sepanjang hari... Alhamdulillah, ummi dapat completekan tempoh penyusuan 2 tahun penuh bg anak kedua ummi...

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Jumaat, 15 Jun 2012

Bagaimana menghadapi Bulan Ramadhan...

Salam sayang semua...wahhh..agak lama rupanya ummi tidak menulis di blog...maaf ye...ok lah...di sebabkan ummi menerima email yg agak banyak bertanya tentang Bagaimana Ummi Menghadapi Bulan Ramadhan semasa penyusuan, so dalam tajuk hari ini ummi ingin share kan sedikit pengalaman ummi semasa menyusukan anak di Bulan Ramadhan...maklumlah, tidak lama lagi Ramadhan akan menjelma..Sekarang pun dah ramai yang mula berlatih untuk berpuasa malahan ada juga yang berpuasa ganti...

So, bagi mereka yang mengamalkan supplement terutamanya ibu2 hamil dan ibu2 yang menyusukan anak, pasti lah sedikit kegusaran timbul untuk menghadapi ramadhan...Malahan, jika tidak kena caranya ada yang pasti akan merasa kehausan melampau, pening kepala malahan keletihan melampau...Antara sebab biasa yang berkaitan adalah, badan kurang air, kekurangan gula dalam darah, tidak cukup rehat atau tido, stress dan banyak lagi. Tapi, nasihat ummi pada kalian, JANGAN SESEKALI STRESS KERANA STRESS ANTARA PENYUMBANG KEPADA KEMERUDUMAN SUSU!!!

Manakala, bagi ibu yang menyusukan anak, persoalan mengenai adakah jumlah penghasilan susu akan berkurangan dan terjejas??? Dan bagi mereka yang mengambil supplement yang mana salah satu yang ummi sering tekankan adalah pengambilan air sekurang2nya 3 liter (pengambilan air bergantung kepada berat badan seseorang) selain mengepam secara konsisten dan memohon kepada allah...camner nak minum banyak sedangkan berpuasa...macamana nak minum air banyak dalam bulan puasa nanti...habis lah kalau susu merudum...hmmm...persoalan2 inilah yang kerap menghantui benak semua ibu2 di luar sana...

Hampir semua ibu2 di luar sana tahu bahawa lazim bg ibu menyusukan anak, hamil atau sesiapa sahaja, di syorkan untuk mengambil sebanyak 3 liter air sehari (bergantung pada berat badan seseorang)...InsyaAllah untuk minum 3l air tidak akan menjadi satu masalah kepada si ibu atau sesiapa jua pengamal tegar vitamin sepanjang bulan puasa ini. Pengambilan Performance Drink adalah sebagai satu langkah demi memastikan badan tidak dehydrate atau jika kita tidak dapat melengkapkan keperluan 3 liter air tadi.

SET 3 M

So, mari ummi sharekan dengan kalian bagaimana cara ummi mengamalkan vitamin2 ini sepanjang berpuasa...

Ini sekadar cadangan, bagi ibu2 yang boleh co-op dengan jadual pemakanan ini, sangat2 di alu2kan....


a) Waktu Sahur

* Teruskan pengambilan sebarang juadah sahur kalian (sprt nasi, kuih muih dan sebagainya).
* Oleh kerana kurma adalah amalan nabi SAW dan sgt baik di amalkan, ummi syorkan ambil sekurang2nya 3 biji kurma..
* Bancuhkan ESP + Performance Drink (jika ada Meal Shake tambahkan 1 sudu) dalam satu bancuhan...
* Makan 3 biji Alfalfa.
* Tutup waktu sahur dengan minum air kosong segelas, sambil bacakan surah al kauthar, berdoalah dalam hati (Mohon Allah banyakkan air susu sepertimana banyaknya air dalam sungai kauthar)..hembuskan pada air, dan minum..

b) Waktu Berbuka 

* Sebagai mengambil berkat amalkan ambil kurma terlebih dahulu.
* Makan juadah berbuka seperti biasa.
* Bancuhkan ESP + Performance Drink
(jika ada Meal Shake tambahkan 1 sudu) dalam satu bancuhan
* Makan 2 Biji Alfalfa.

c) Sebelum Tidur

* Bancuhkan ESP segelas
* Makan vitamin lain dlm set b (Vitalea, B Complex dan Vitamin C)

Inilah jadual paling mud
ah untuk diamalkan. Hanya bancuhkan 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance ke dalam 250 ml air. Boleh buat lebih pekat mengikut citarasa si ibu.


Testimonial Ibu Menyusukan semasa Bulan Ramadhan...
Testimonial Ibu BF yg menggunakan SET 3 M
 * Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

KLIK INI UNTUK TAHU TENTANG PERFORMANCE DRINK ==> KLIK
PERFORMANCE DRINK (NEW PACKAGING)

***Suami ummi juga adalah pengamal supplement...jadi jika anda bukan seorang ibu yang menyusukan anak, mungkin anda boleh amalkan sama seperti jadual di atas atau amalkan sahaja tripple gems (ESP, Meal Shake dan Performance Drink) yang di bancuh dlm satu cawan untuk memastikan anda mendapat tenaga tambahan seperti dalam Bulan Ramadhan nanti seperti yang di amalkan oleh suami ummi...So, boleh lah share utk satu family sbb wife dan husband amalkan benda yg sama:-) Kisah ini ada ummi coretkan di sini ==> KLIK
TRIPPLE GEMS

Malahan, buat suami tersayang dan anak2 kalian yg baru2 cuba2 untuk berpuasa, cara2 di atas juga boleh di praktikkan ke atas mereka..ataupun sekurang2nya mengamalkan performance drink untuk kekal bertenaga...ummi harap menunaikan ibadah puasa kali ini akan lebih menggembirakan kalian dan membuatkan kalian kekal bertenaga sehingga waktu berbuka...insya allahh..

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Isnin, 4 Jun 2012

Amazing story...Cyst Tak Jadi di bedah Malahan Hamil pula!!!

Salam sayang semua...minggu lepas ummi sgt2 bz dgn kenduri kawin adik ipar ummi...letihnya hanya allah sahaja yg tahu...tambah2 pula ni kenduri yang terakhir sbb semuanya dh 'berpunya'...hehehe...mujurlah penggunaan secara konsisten vitamin2 ini banyak membantu ummi dlm memastikan badan kekal cergas dan sihat...

Hari ini, ummi sebenarnya nak share dgn kalian satu kisah hebat...ini cerita benar sahabat sekerja ummi sendiri...Walaupun ummi telah minta keizinan beliau untuk share kisah beliau ni tetapi ummi tetap menghormati hak privasinya untuk tidak mendedahkan identiti sebenarnya...cukuplah ummi sebut namanya sebagai Puan M...

Jika tidak salah ummi kisah ini sebenarnya bermula sejak akhir tahun lepas lagi apabila Puan M mendapat khabar yang kurang baik dr doktor...jika tidak salah ummi, Puan M ni dah kahwin lbh dr 5 tahun tetapi masih belum di kurniakan anak...Pasangan suami isteri mana yang tidak inginkan anak...begitu jugalah keadaannya dengan Puan M serta suami..pelbagai ikhtiar dan usaha di lakukan dengan harapan membuahkan hasil, malangnya masih belum menunjukkan tanda2 positif...apa yang merunsingkan Puan M ialah, beliau tidak di datangi Haid berbulan2 lamanya...

Kerana itu, beliau ambil keputusan untuk check ke pakar...hasilnya sangat mengejutkan dan melemahkan semangat Puan M...doktor mendiognisa Puan M bahawa ada ketumbuhan atau Cyst sebesar 5.8 cm...dan yang lebih melemahkan semangatnya adalah doktor menyarankan agar cyst tersebut di buang melalui kaedah PEMBEDAHAN!!Terasa gelap seketika dunia beliau dan doktor memberikan tarikh berikutnya untuk pemeriksaan susulan...

Puan M berkongsi segala kesedihan dan kebimbangannya dengan ummi...Puan M bertegas enggan untuk menjalani operation...kerana itu, ummi sarankan Puan M mengamalkan GLA bersama Vitamin E sebagai ikhtiar di samping berdoa dan memohon ke hadrat yang maha esa...Ummi sharekan juga di sini doa yg di amalkan..

AYAT UNTUK MENGECILKAN SESUATU YANG MEMBESAR SEPERTI KANSER,BENGKAK,BISUL ATAU SENGATAN BERBISA DLL

Caranya : Sediakan 2 botol besar air mineral dan buka penutupnya,baca fatehah 3x dan lauanzalna 3x lalu tiup 10 saat pada air tadi.Sebotol buat minum 2x sehari dimulai baca bismillah dan fatehah 1x untuk 7 hari berturut-turut.Sebotol lagi buat sapu pada tempat yang membengkak tu 2x sehari selama 7 hari berturut-turut juga,insyaAllah sembuh..

2)Sekiranya tercekik tulang ketika makan boleh dibaca Lauanzalna sehingga habis pada segelas air dan minum.InsyaAllah akan terlepas tulang itu.

3)Boleh juga dibaca untuk memecahkan penyakit batu karang ,karang angin dsbnya 

 sumber :http://www.rawatanislam.org

Seingat ummi berbulan2 Puan M mengamalkan secara konsisten pengambilan vitamin2 ini di samping ummi turut memberikan nasihat serta cuba membantu mempositifkan Puan M agar tidak menyerah kalah..Bukankah Allah menyatakan bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya melainkan mati...

Sehinggalah akhirnya, pada bulan Mei baru2 ini, sepatutnya adalah tarikh terakhir untuk Puan M berjumpa doktor pakar untuk menentukan samada beliau harus di bedah atau tidak berikutan Puan M telah berkali2 mohon di tangguhkan operation ke atasnya untuk mencuba berubat menggunakan kaedah lain...

2 minggu sebelum tarikh yang di tetapkan, Puan M nekad ke sebuah hospital swasta untuk menjalani scan bagi mengetahui kondisi cyst tersebut...Alangkah gembiranya Puan M apabila doktor memberitahu bahawa cyst tersebut telah mengecil ke 1.4 cm dan confirm beliau tidak perlu di bedah...Malahan doktor turut menyampaikan berita gembira yang di nantikan oleh beliau suami isteri bahawa PUAN M TELAH HAMIL!!!Masih terbayang2 di mata ummi bagaimana gembiranya beliau kerana mendapat 2 berita yang sangat menggembirkan ini...

**Testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu  

So, ummi sharekan sedikit kelebihan Vitamin E dan GLA ini dengan kalian...
Khasiat Vitamin E
 

Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan  penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
Anti oksidan.
Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
Menyelesaikan masalah kelesuan.
Mengurangkan risiko parut yang besar.
Merendahkan kadar kolesterol.
Membantu mencegah kanser.
Merendahkan risiko katarak.

Kelebihan Vitamin E Complex Shaklee?


Vitamin E Complex Shaklee mengandungi Selenium. Ia adalah trace mineral yang amat penting untuk kesihatan. Selenium membantu dalam mencegah kanser.

Di dalam tubuh kita, selenium adalah komponen dalam sejenis enzim yang dipanggil glutathion peroxidase. Enzim ini wujud dalam cecair di dalam dan sekeliling sel dalam tubuh kita.

Tugasnya ialah menjaga sel dari dirosakkan oleh oksigen tak lengkap (radikal bebas) yang boleh menjadi punca kanser.

Selenium bekerja bersama-sama dengan Vitamin E yang terletak di dalam selaput sel untuk mempertahankan sel dan tisu badan kita daripada dimusnahkan.

Atas sebab itulah vita-E complex Shaklee (400IU) yang diperbuat daripada sumber semulajadi diperhebat dengan 10mcg selenium bagi melengkapkan fungsi vitamin E. Selenium, perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit.

 

Jadi, apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex nie?

Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
Membantu meningkatkan kesuburan - for those trying to conceive baby!
Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain
Membantu dalam menangani menopause
Menguatkan kuku dan rambut
Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
Membantu menangai ekzema
Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
Menguatkan imuniti tubuh
Memperlahankan proses penuaan
Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
Mengawal kencing manis dan darah tinggi
Mengawal kolesterol
Untuk fungsi saraf
*Source : Shaklee Malaysia

Kelebihan GLA Complex Shaklee?

1. Bahan Asid linoleik Gama hanya boleh didapat dari 3 tumbuhan (bijiran):-
- Evening Primerose Oil
- Black current
- Borage – minyak tertinggi 2 x ganda dari primerose & 50% lebih tinggi dari black current

2.Badan boleh membina GLAnya sendiri dengan menukarkan asid linoleik yang didapati secara semulajadi dalam minyak sayuran tetapi faktor-faktor seperti tekanan, penuaan, penyakit & pengambilan alkohol boleh menggangu proses penukaran tersebut. Oleh itu pemakanan tambahan GLA sangat di syorkan bagi memastikan tubuh mempunyai bekalan binaan yang mencukupi untuk postsglandin


3.Diuji secara klinikal untuk bioavailabiliti, serapan & gabungan ke dalam sel & tisu


4.Dari borage sumber semulajadi yang paling pekat asid lonileik gama


5.Setiap kapsul mengandungi 90 mg asid linoleik gama, 216 mg asid linoleik & 15 IU vitamin E


6.Di lindungi oleh Shaklee Guard – sistem anti –pengoksida semulajadi dipaten secara eksklusif bagi memastikan kestabilan dan kesegaran.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Sabtu, 26 Mei 2012

ESP bukan sahaja membanyakkan susu saya, malah membuatkan kulit saya bertambah gebu!!!


 Salam berhujung minggu semua...dan Selamat Bercuti bagi semua guru2 dan pelajar2...wahhh,cuti 2 minggu ni berjalan sakan la ye..tetapi, jangan lupa jaga kesihatan diri dan keluarga ye...sepertimana biasa, hari ni ummi nak share lagi dengan kalian tentang pengalaman salah seorang adik ummi yang menggunakan SET 3 M..Jom baca...


Adik ummi ini lebih mesra ummi panggil sebagai Yati...Yati mempunyai anak yang masih kecil malahan masih menyusu badan...walaupun kerjaya yati sebagai seorang guru yang sentiasa sibuk dan di penuhi dengan bermacam2 aktiviti sekolah tetapi Yati tidak mengalah..Niat dan hasratnya yang kuat untuk terus menyusukan anaknya selama mana yang mungkin membuatkan Yati tidak berpaling lagi...Yati sedar bahawa SUSU IBU ADALAH SUSU YANG TERBAIK BUAT ANAKNYA..


Bermula itu, Yati mula menggunakan SET 3 M yang terdiri daripada Vitalea, B Compleks, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP (Energizing Soy Protein)...Hasil usaha yang tak jemu2 susunya mula bertambah sedikit demi sedikit dan mencukupi buat anaknya...Ini antara sms yang ummi terima dari yati...


" Alhamdulillah kak, misi 6 bln pertama dah berjaya...yt mesti teruskan sampai 2 thun kak..ari ni dah dpt 16 oz kak...suka sgt...teme kasih kak...akak antara penyuntik semangat yt yg plg baguss.."


Alhamdulillah..seronok ummi mendengarnya...tambahan pula,yang lebih menyeronokkan apabila ramai kawan2 yati menegur perubahan kulit wajahnya...makin ayu dan gebu...wahhh..kan besttt...niat mula2 makan untuk mempertingkatkan kesihatan demi penghasilan susu badan yang lebih lancar...tetapi kesan sampingannyaaa..KULIT  BERTAMBAH GEBU, MULUS DAN CERAHHH!!!Siapa yang tak seronokkan!!! Tak percaya...Tgk gambar yati ni...santekkk bangettt(Kalau ummi dapat cikgu cantik mcm ni, mesti bersemangat nak gi sekolah hari2)...


Dan hasil penangan vitamin2 yang di amalkan oleh Yati, anak yati ni sgt2 sihat, montel dan comel....



 **Testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Salam sayang dan ukhuwah,

Kak Nadia


Khamis, 24 Mei 2012

Hb Low semasa hamil???


Salam pagi jumaat semua...again hari ni ummi nak share dgn kalian...kisah ini kisah benar dari sahabat ummi sendiri...lebih mesra ummi panggil dengan nama Ita...kini beliau sedang hamil anaknya yang ketiga...memang pada permulaannya, Ita tiada sebarang masalah kesihatan semasa hamil, hb cantik, bp ok dan semuanya ok..tetapi apabila kandungan memasuki trimester kedua, Ita mula di selubungi gelisah apabila doktor menyatakan bahawa hb atau darah dalam badan mula berkurangan ke bacaan 10 sahaja...apa yg ummi tahu, hb low ni memang salah satu yang kerap di alami oleh ibu hamil dan bahayanya sbb ianya boleh menyebabkan pitam secara tiba2...

Ini adalah keadaan yg sgt membimbangkan ibu2 yang sedang hamil...Ini kerana, sepatutnya seorang ibu yang sedang hamil sepatutnya mempunyai paras Hemoglobin dalam darah adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL . Hemoglobin berfungsi dalam mengangkut sel oksigen di dalam darah. Apabila sel darah merah berkurang maka bekalan oksigen secara tidak langsung turut terjejas.

Sedikit info ummi kongsikan dengan kalian mengenai kekurangan sel darah merah atau Hb low ini...special thanks to
Kak Long Nuradha...

Simptom anemia
• 5 L yaitu lemah, letih, lesu, lelah, dan lalai
• Sering mengalami pusing-pusing dan mata sering berkunang-kunang,
• Apabila lebih kronik, bahagian kelopak mata yang berwarna pucat, bibir yang pucat, lidah, kulit serta tangan yang pucat.

Punca anemia

~ Kekurangan kekurangan zat besi
~ Kekurangan vitamin C
~ Kekurangan vitamin B terutama Cobalamin dan asid folik
~ Masalah tiroid

ANEMIA akibat KURANG ZAT BESI

Ia boleh berpunca dari:
- Kecederaan yang melibatkan pendarahan luaran ata dalaman
- Kehilangan darah yang banyak misalnya semasa haid
- Masalah penyerapan zat besi yang disebabkan oleh usus yang kotor/tidak sihat atau kurang vitamin C
- Kurang pengambilan zat besi dalam diet

ANEMIA akibat KURANG VITAMIN C

Vitamin C penting untuk penyerapan zat besi.
Jika vitamin C kurang maka penyerapan zat besi menjadi kurang efisien dan seterusnya membawa kepada risiko anemia

ANEMIA akibat KURANG VITAMIN B COMPLEX

Komponen B Complex seperti Cobalamin dan Asid Folik penting dalam proses penghasilan sel darah merah. Kekurangan vitamin ini menyebabkan pembentukan sel darah merah terganggu

Antara SUPLEMEN yang boleh diambil oleh ibu hamil untuk mengatasi masalah ANEMIA adalah:


Vitalea iron formula:


Dengan formula zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.


Vitamin C

Membantu penyerapan vitamin Cobalamin dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin, memperkuatkan dinding arteri darah dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

B-complex

Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. B-complex Shaklee dirumus khas lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 (cobalamin), Biotin dan asid folik.

Set yang boleh diambil untuk masalah Anemia


1.Euphoria Optimum Health - Set A mengandungi Vitalea, B-complex dan Vitamin C


2.Euphoria Pregnancy Set - Gabungan Set A dan Ostematrix@calcium


3.Energizing Soy Protein – Untuk kritikal anemia di paras 6-7 g/dL


Sedikit tips pengambilan suplemen buat anda:

~ Tidak mengambil minuman berkarbonat atau berkafein. Minuma jenis ini mengurangkan penyerapan zat besi ke dalam darah
~ Vitalea tidak boleh diambil oleh mereka yang menghidapi penyakit Thalassemia...Jadi dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu
~ Untuk penyerapan kalsium yang optimum, amalkan ambil ostematrix sebelum tidur
~ Jangan sekali-kali ambil vitalea bersama ostematrix kerana penyerapan zat besi berkurang jika diambil bersama kalsium
~ Untuk penyerapan zat besi yang efektif, ambil Vitalea bersama-sama Vitamin C

Oh Ya, berbalik kepada kisah sahabat ummi, Ita...ummi telah sarankan beliau mengambil Vitalea, B Compleks, Vitamin C dan Energizing Soy Protein...kebetulan semasa itu, ada lg 2 minggu Ita akan di rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan susulan berkaitan Hb low ini...bimbang dan gusar Ita kerana takut kena tahan wad..maklum lah anak2 di rumah tiada yg nak menjaga...


Syukurlah, sebaik sahaja Ita balik dr hospital beberapa hari lepas, Ita rasa happy yang teramat. Pertamanya kerana doktor memuji kerana kulit perutnya bersih dari sebarang parut yang selalu menghodohkan kulit perut akibat di garu secara kerap (maybe ni kesan pengambilan ESP) dan yang paling menggembirakannya kerana doktor bgtau bacaan hbnya dah back to normal iaitu 11.7...syukur alhamdulillah...


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Salam sayang dan ukhuwah,

Kak Nadia

Jumaat, 18 Mei 2012

Growth spurts dan bagaimana menghadapinya...

Salam sayang semua...puhhh...lamanya tak update blog kan...bersawang sudaa...hehehe...sebenarnya, br2 ni ummi menerima satu email daripada seorang ibu baru mengenai permasalahannya dalam penyusuan susu ibu...ibu ini pernah membaca tentang GROWTH SPURTS...Apa benda ni...? Mungkin ada yg pernah baca dan ada juga yang tak pernah dengar...

Tahukah kalian apakah maksud GROWTH SPURTS???
Ini ummi petik dari Kelly Mom.com
------------------------------------
What is a growth spurt?

During a growth spurt, breastfed babies nurse more often than usual (sometimes as often as every hour) and often act fussier than usual.
--------------------------------------
Ummi percaya, semua ibu yang menyusukan anak pasti melalui fasa ini..tiba2 anak menyusu lebih bnyak dari biasa...sedikit sebanyak, keadaan ini boleh menimbulkan kegusaran di hati ibu2 apatah lagi bagi ibu yang bekerjaya..persoalan yg paling mudah bermain di fikiran, cukupkah susu saya semasa anak di nurseri??? Mungkin situasi ini kurang di rasai oleh ibu yang tidak bekerja dan menyusukan anak sepenuhnya di rumah...

Luahan kebimbangan ini dapat saya rasakan menerusi email2 yang dikirimkan pada ummi...rata2 ibu bertanya samada situasi ini juga berlaku kepada ummi apatah lagi keadaan ummi sebagai EP MOM...sudah tentu lah ibu2 sekelian...situasi ini biasa berlaku tidak kira anda EP MOM sepenuhnya atau EP MOM di pejabat sahaja...So, apakah solution yang ummi buat???

Terlebih dahulu, ummi bawakan sedikit perspektif yang sering bermain di fikiran ramai orang...tidak terkecuali nurseri/rumah pengasuh malahan ibu kita sendiri (bg yg ibu anda mengasuh anak anda)...Ramai dari kita selalu beranggapan bahawa tangisan bayi tandanya BAYI NAK SUSU!!!Sedangkan berkali2 ummi tekankan sebelum ini di entry2 sebelum ini, check terlebih dahulu kondisi anak anda..kerana bayi menangis bukan sahaja kerana ingin susu tetapi ada kemungkinan juga sebab2 lain...contohnya, lapar (bg yg 6 bulan ke atas), mengantuk, sakit dll...tapi, malangnya keadaan ini sering di pandang remeh dan mengambil cara mudah dengan menyogokkan susu ke mulut bayi sedangkan bukan itu yang penyebab tangisannya...(Prihatinkan kita sebagai ibu???)

-----------------------------------
Using bottle feeding as the primary way to comfort baby. Some well-meaning caregivers feed baby the bottle every time he makes a sound. If baby still seems to be hungry, have your caregiver first check to see whether baby will settle with walking, rocking, holding, etc. before offering another ounce or two”
-------------------------------------
(Sumber: How Much Milk do Babies Needs?, Kellymom.com)

Baru2 ini juga ummi di tanya oleh salah seorang sahabat ummi...juga berkisar ttg persoalan yang sama...sahabat ummi ini confuse kerana apabila anaknya menyusu secara direct feeding (semasa beliau balik kerja dan berada dengan anak), beliau menyusukan anak sehingga kenyang hanya cukup dengan sebelah paayudara sahaja tetapi apabila di berikan melalui botol harus dengan 4-5 oz setiap penyusuan (purata hasil pengepaman kedua2 payudara adalah 5-6oz)...mengapa apabila bayi diberikan susu melalui botol minum lebih banyak berbanding yang menyusu secara direct???

Rata2 ibu kerap menukar puting dengan memilih lubang yang lebih besar mengikut usia si anak...

Oleh kerana aliran dari puting tiruan yang laju dan bayi terpaksa menerima berapa-berapa pun jumlah yang diberi dan dikhuatiri terbiasa dengan aliran serta jumlah yang diberikan. Kerana itu ummi lebih suka mencadangkan jika susu perahan diberikan melalui botol, puting yang yang lebih sesuai digunakan adalah dari jenis yang paling kecil dan tidak perlu ditukar mengikut umur kerana jenis puting tiruan direka berdasarkan untuk penyediaan susu tiruan.
-------------------------------
It is important to remember that it is very easy to overfeed a baby using bottles. This is because the way a baby drinks from a bottle is very different than how a baby would nurse from the breast. A baby cannot control the flow of milk from a bottle thus experts recommend using slow flow or “newborn” type nipples, to reduce the risk of overfeeding.
---------------------------------
(Sumber : Kelly Mom.com)

So, base on pengalaman ummi, apabila keaadaan ini berlaku...bagi yang berusia 6 bulan ke bawah, usaha sedaya upaya untuk meningkatkan jumlah hasil perahan...buat power pumping setiap hari dan pam payudara setiap 2-3 jam agar jumlah yang di hasilkan akan lebih banyak dari biasa...(tentu kita mahukan yg terbaik kan)...so, pengorbanan seorang ibu semasa ini memang sgt2 di uji...malahan ummi turut memasukkan jadual pam di tgh2 malam sekitar jam 3-4 pagi kerana kebiasaannya hormon prolaktin yang terhasil agak tinggi semasa ini...ummi percaya, jumlah susu yang di hasilkan pasti mencukupi bagi anak kita jika kita berusaha...

Manakala, bagi baby yang telah berusia 6 bulan ke atas, semasa dirumah pengasuh, minta kerjasama daripada pengasuh untuk memberi makanan dahulu sebelum memberi susu perahan. Cuba beri finger food/snacks yang bersesuaian diantara selang waktu makan utama. Kerapkan menawarkan makanan kepada bayi.

Dengan meningkatkan pengambilan makanan pejal sewaktu bayi bersama pengasuh mungkin dapat mengurangkan kebergantungan keperluan kepada EBM sepanjang ketiadaan ibu. Kaedah ini juga memerlukan kerjasama dan kesabaran dari pihak penjaga.

Pesanan ummi, jangan sesekali bimbang dan gusar apabila anak anda mengalami keadaan growth spurt ini kerana kebiasaannya ianya hanyalah bersifat sementara sahaja...Oleh itu, ibu2 positifkan minda kalian dan bertenang dalam menghadapi keadaan2 seperti ini...ketika kecemasan seperti inilah gunanya EBM yang kita simpan dan apabila keadaan ini pulih, bolehlah kita ganti semula EBM ini dengan hasil perahan yang baru...
-------------------------------
The increase in baby’s milk intake during growth spurts is temporary
--------------------------------
(Sumber : Kelly Mom.com)

Malahan, sekiranya perlu dan tiada masalah buat anda...ambillah cuti dan luangkan masa dan perhatian buat anak anda semasa mereka melalui fasa ini kerana baagi ummi, perhatian dan belaian seorang ibu adalah jalan keluar yang paling baik untuk setiap permasalahan yg timbul...

HAPPY BREASTFEEDING!!!








Salam sayang dan ukhuwah,

Kak Nadia

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails