Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Sabtu, 3 November 2012

MISI KURUS DAN CANTIK!!!BERJAYAKAH????

Salam sayang semua pembaca blog ummi..Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog ummi yang tidak seberapa ini...Di Blog ini, ummi sharekan dengan kalian semua pengalaman manis ummi sebagai seorang EP MOM atau pengepam tegar untuk breastfeeding yang ummi berjaya laluinya selama 2 tahun lebih...Syukur Alhamdulillah...Di Blog ini juga, ummi sharekan dengan kalian, pengalaman manis ummi menggunakan supplement natural terbaik yang pernah ummi gunakan iaitu SHAKLEE...dan semua itu, ummi kongsikan dengan kalian supaya kalian juga dapat menaik taraf kesihatan kalian bersama keluarga tersayang...So, sesiapa sahaja yang ingin membuat order supplement shaklee ini, silakan hubungi ummi ye sebab ada harga istimewa yang ummi berikan bagi setiap customer ummi...:-)

So, hari ini, ummi ingin share kan dengan kalian pengalaman ummi sekarang yang sedang menjalani proses MENGURUSKAN BADAN (wahhhhhh) secara sihat menggunakan METHOD ATKINS dan di bantu dengan penggunaan supplement SHAKLEE sebagai sokongan...Malahan, ummi juga sedang mencuba semua produk shaklee berkaitan kecantikan (wahhhh sekali lagi,well,semua orang nak cantikkan) dan ummi nak sharekan dengan kalian...

So, ummi memulakan 2 misi ini bemula Bulan Mei 2012 iaitu MISI MENGURUSKAN BADAN DENGAN ATKINS (No other slimming produk) dan MISI MENCANTIKKAN KULIT WAJAH...So, inilah hasilnya yang ummi perolehi...TADAAAA...

 Untuk pengetahuan semua...Gambar ini adalah gambar original dan tiada langsung pengubahsuaian yang di buat (sebelum org tanya kan)...Gambar di sebelah kiri adalah gambar sebelum kedua-dua misi ummi di lakukan dan gambar di sebelah kanan adalah gambar ummi yang terkini selepas ummi memulakan misi menguruskan badan dan mencantikkan wajah...Alhamdulillah...Ianya berkesan...

Mengenai misi menguruskan badan ini, jangan salah faham...ummi memang menggunakan plan diet atkins semata2...dan bagi memastikan badan ummi kekal sihat, segar dan aktif sepanjang berdiet...ummi amalkan produk2 ini sebagai pemakanan tambahan...

Apakah produk shaklee yang ummi gunakan sepanjang misi ummi MENGURUSKAN BADAN???
Ini antaranya (dan ummi terangkan secara ringkas mengapa ummi menggunakannya) :-
1) Vitalea - Kerana ianya multivitamin terbaik dlm menyeimbangkan semua nutrient dan zat galian dlm badan.
2) ESP- Untuk memastikan sel2 badan sentiasa dlm keadaan sihat supaya senang serap semua vitamin lain yang di ambil
3) Garlic - supaya tekanan darah dan kolestrol sentiasa terkawal
4) Lecithin/Omega - meningkatkan metabolisme badan dan memecahkan lemak badan
5) Ostematrix dan Joint Health - memastikan tulang padat dan sakit kaki kerana obess dapat di kawal

Dan, apakah produk tambahan yang ummi gunakan pula dalam misi MENCANTIKKAN WAJAH???
1) Collagen powder
2) Vitamin C
3) Vitamin E/GLA - makan secara berselang seli
4) ESP (seperti di atas)-kulit lebih anjal

Banyak????hehehehe....sebenarnya tidak jika betul cara penyusunan semua vitamin2 ini...setiap satunya ada fungsi2 nya yang tersendiri dan ummi telah cuba sendiri dan merasai perbezaannya...

Betul ke makan banyak2 vitamin ni boleh MEROSAKKAN BUAH PINGGANG???
Hmmm...ummi pernah di tanya tentang perkara ini...Jawapannya:-

Vitamin boleh memberi kesan yang buruk dalam badan apabila:-

1. Kurang minum air, ini kerana air diperlukan untuk penyerapan secara optimum.

2. Pengambilan melebihi dos yang disarankan....terutama untuk vitamin yang bukan larut air. Pengambilan vitamin A yang berlebihan akan membuatkan toksik dalam badan dan ia boleh dilihat pada tapak tangan kelihatan kuning-kuningan.

3. Pengambilan yang banyak dalam satu satu masa....ini kerana ia boleh membebankan fungsi buah pinggang.

Maka jika anda seorang pengamal vitamin tegar....elakkan 3 perkara ini demi menjaga kesihatan yang optimum terutama untuk kebaikan buah pinggang kita. Sebelum membeli, pastikan anda mendapat konsultasi dari pengedar.

Dan pastikan supplement yang kalian beli adalah bersifat natural (bukan dakwaan sahaja)..paling mudah, check semula...sepatutnya dalam botol supplement tiada silica gel kerana ianya adalah vitamin sintetik bukan semulajadi...

Kesimpulannya, Kurus, Sihat dan Cantik adalah kemahuan semua orang...Dan supplement adalah sebagai sokongan kuat dan pemakanan tambahan...So, sape yang nak tau lebih lanjut, sila hubungi ummi ok...

* Testimoni ini adalah pengalaman ummi sendiri dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Salam sayang,

Kak Nadia

Sabtu, 20 Oktober 2012

LAST CALLING...PROMOSI ESP HAMPIR BERAKHIR...DO GRAB IT!!!

Salam sayang semua...semoga semua pembaca2 blog ummi sentiasa di lindungi dan bawah kasih sayang dr Nya...So, promosi ESP masih berlangsung...tinggal beberapa hari sahaja lagi....AKAN BERAKHIR PADA 31HB OKTOBER 2012...Ramai yang dah cuba dan merasai kebaikannya...Malah ada yang mengambil peluang keemasan semasa offer ini berlansung dengan membeli 6 canister sekaligus...Tetapi, tiada masalah bagi yang ingin membeli satu canister sekalipun...anda tetap mendapat harga yang terbaik dr saya...

MENGAPA AGAKNYA PRODUK INI MENJADI HOT PRODUK...Meh, ummi share kan dengan kalian...

Apa kata pengguna ESP?




  
Keistimewaan dan fakta tentang ESP?

- Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO - Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

- Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.


- Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones


- Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.



 SIAPA YG PERLUKAN ESP?

- Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. )

- Lelaki : Protect from any disease (heart,cancer,dll)


- Ibu mengandung : For a healthier pregnancy- well grown fetus ; membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil


- Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat


- Wanita: Keanjalan kulit.. Awet muda gitu..… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

 
 Apa yang saya dapat jika BELI SET PROMO ni?

~ Yang pasti, jika anda membeli 6 canister ESP, anda akan memperolehi 1 canister percuma .Maksudnya jumlah ESP yang anda akan dapat 7 canister kesemuanya.
 
~ Pembelian 1 set promo ni melayakkan anda mendapat KEAHLIAN PERCUMA kerana uv terkumpul untuk 6 canister ini adalah 234uv... untuk mendapat keahlian percuma sekurang-kurangnya anda perlu membeli minimum 200uv pada satu resit.
 
~ Selain keahlian percuma, pembelian set promo ini juga MELAYAKKAN ANDA MENERIMA BONUS JUALAN PERTAMA pada bulan akan datang. Secara tak langsung, perniagaan anda dah mula terbentuk!!
 
~ Dah alang-alang langkah asas jualan anda dah ada, anda boleh mendapatkan KONSULTASI PRODUK SERTA KONSULTASI BIZ DARI GRUP KAMI (EUPHORIA)..biz part time anda
 
~ Produk ESP ni akan EXPIRED 2014... Jadi ia tetap berbaloi-baloi walau anda membuat stok
 
~ Yang paling penting, PROMO INI HANYA ADA SEKALI SETAHUN.... Jadi Lepas ni janganlah anda tanya bila lagi nak ada promo ESP ye... 
 
SO, JANGAN TUNGGU LAGI...
 
Hubungi ummi di 012-3975808 (sms/wassap)...email nadeeyya_kk@yahoo.com....
 
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia
Shaklee ID : 830027 

Khamis, 11 Oktober 2012

KELUAR RUMAH DLM TEMPOH LAMA???BGMANA EP MOM HARUS LAKUKAN???JOM BACA...

Salam sayang kepada semua pembaca2 blog ummi...fuhhh..kali ni mmg betul2 lama ummi x update blog ummi...terima kasih kepada semua yang masih sudi membaca blog ini...

Kebelakangan ini, ramai ep mom yang mengajukan soalan yang hampir serupa...ini antara email yang ummi terima...

Assalamualaikum kak nadia,

Saya br melahirkan dan br nak habis pantang dan mula sambung belajar. Saya menghadapi masalah nak menyusukan anak saya secara terus. Tak pasti apa ug x kena, mungkin latch on x betul. Sudahnya saya pam dan berikan susu melalui botol. Saya berminat nak tau mcm mana kak nadia menyusukan anak dgn ebm (chilled/fresh) sekiranya keluar berjalan utk tempoh masa lama?

Harap kak nadia dapat balas emel saya.

Zurin.
Kajang, selangor. 


Ye...memang betul...ini antara soalan yang selalu bermain2 di fikiran ramai ibu2 di luar sana...ini satu lagi pm yang ummi terima di fb ummi...

salam.. ummi.. akk dr seremban.. baru bersalin 2 bulan.. kali nie kena jd exclusive pumping mum..
sbb bby tak nak minum direct.. kalau kita pg shopping mcm mana nak bg susu pada bby.. mmm.. takkan nak pam kat shopping kompleks..
kalau nak panaskan susu yang diperah susah juga nak panaskan dimana.. akk minta ummi bantu akk. terima kasih..


Dan banyak lagi soalan2 yang hampir serupa yang ummi terima...so, berikut ummi share kan dengan kalian bagaimana ummi menyusukan anak sekiranya berjalan2 di luar dalam tempoh yang lama...Happy reading n sharing....:-)


a) SEBELUM KELUAR RUMAH


- Ummi akan pastikan sebelum keluar rumah, ummi akan memerah susu fresh terlebih dahulu...Label pada botol jam perahan supaya tidak terlupa...(Utk memudahkan kefahaman, ummi letak kan botol ni sebagai botol A)

- Ummi juga akan pastikan anak di susukan dahulu sehingga kenyang(Gunakan susu perahan dr stok susu yang di sejukkan di bhgn bwh peti ais)...so, susu yang baru di perah itu(Botol A), yang kebiasaannya bertahan sekitar 4-5 jam dlm cuaca di Malaysia, biasanya akan di gunakan hanya sekitar 3-4 jam selepas itu.

b) DI SHOPPING KOMPLEKS @ TEMPAT2 BERSIAR

- sebaik shj susu habis dan anak kenyang dgn susu di Botol A, ummi akan trn sebentar ke kereta utk mengepam...menggunakan adaptor yang boleh di sambung ke kereta(kalau pam yg guna battery, lg mudah la kan) dan gunakan nursing cover utk lbh menyelesakan keadaan..... atau jika ada nursing room, ummi akan mengepam di sana...so, sama sahaja kan dgn ibu yang menyusukan secara directkan.....Harus juga berhenti sebentar untuk menyusukan anak...
Contoh Nursing Cover

adaptor utk pam spectra 3
so, susu yang ummi br pam itu, akan pula di gunakan 3-4 jam berikutnya...begitulah seterusnya hingga balik...just take 15-20 minit to pump..jalan2 shopping pun kena berenti kejap utk relakskan...so, guna masa itu...minta suami atau siapa yg menemani utk jaga baby sebentar utk kita mengepam atau jika kalian berseorangan sahaja dengan baby, just susukan baby hingga kenyang(dengan Botol A) dan terus pam susu baru (biasanya, baby dh kenyang x banyak ragam)...

Itu sahaja cara yang ummi lakukan...just perlukan mesin pam dan botol...itu sahaja...itu pun ummi tinggalkan dlm kereta sbb malas nak angkut sepanjang berjalan2...tak pyh susah2 pun nak angkut segala termos, cooler dll ...yang penting, harus kreatif...
breastpump (spectra 3)


So, buat semua ep mom di luar sana...jangan susah hati ye....yang penting kita jgn fikir yg mengepam ini menyusahkan kita...cuma ep mom harus sntiassa alert dan bersedia dgn susu yang di minta.....selamat mencuba...happy breastfeeding:-)

Salam sayang...EP MOM sharing,
Kak Nadia

Khamis, 16 Ogos 2012

TESTIMONIAL KURUS DAN SIHAT, 2 PERKARA YG HARUS DI KOMBINASIKAN BERSAMA!JOM KURUS!!

Salam sayang semua..lama rasanya ummi tak post di blog ni...hehehe...so, hr ni pun ummi x leh nak tulis panjang2 just share dgn kalian pengalaman ummi dalam PROSES MENGURUSKAN BADAN a.k.a DIET...so, setelah hampir 3 bulan ummi berdiet, hari ni sblm ummi balik kg, ummi nak share dgn kalian tentang pengalaman manis ummi ni....

Untuk pengetahuan semua, ummi menggunakan method DIET ATKINS iaitu diet yang paling mudah di ikuti jika kita benar2 faham mengenainya dan yang paling best, badan ummi x terseksa kerana terpaksa berlapar kerana diet...Ummi mencuba diet ini setelah ummi gagal dalam diet secara low fat (maybe ummi x leh berlapar kot dan seksa diri sbb x makan)..malah ummi juga TAK MENGAMALKAN LANGSUNG APA2 JENIS UBAT2 KURUS DI LUAR SANA...cuma sebagai memastikan badan ummi kekal sihat dan bertenaga sepanjang berdiet, ummi amalkan supplement2 sebagai pemakanan tambahan dan of course la sebagai distributor shaklee, ummi amalkan pemakanan tambahan dr SHAKLEE sebagai tambahan...al maklum, ummi lebih suka supplement yg asli dan natural...

So, ummi share kan dgn kalian perubahan besar yang berlaku dalam diri ummi sendiri sepanjang mengamalkan DIET ATKINS di tambah dengan SUPPLEMENT SHAKLEE sebagai pemakanan tambahan (kurus dan sihat is better kan)...TADAAAAA...

LOSS 20 KILO!!!!
Inilah hasilnya jika disiplin dan benar2 kita inginkan perubahan...Makan ubat2 kurus pun x tentu lagi berat ummi akan tercapai sebegini...tapi YANG PENTING JANGAN BERLAPAR!!!Kalau waktu bukan bulan ramadhan, make sure SARAPAN, LUNCH DAN DINNER WAJIB MAKAN!!!Sebab bila berlapar, metabolisme kita akan rendah dan penurunan akan jadi lambat...cuma jangan la makan sampai mak mertua lalu belakang pun x perasan..bersederhana dlm semua perkara is better...dan jangan lupa exercise...(kalau obess sgt jangan buat workout yg heavy, kang patah lak kaki tu...just buat kerja2 rumah yang boleh keluarkan peluh cth mop satu rumah dll)

Ummi masih lagi dalam proses menguruskan badan...insya allah, ummi akan update perkembanganya secara beperingkat...dan ummi akan teruskan hingga berat idaman ummi tercapai...kalian juga pasti boleh...special thanks to kawan2 atkins ummi Nadia Haerani, Khairi Afzan a.k.a Heri Guari, Mohd Fazrin Daud dan lain2 serta semua geng Euphoria seperti Norita Mohd Idris dan Azrina Tajul Ariffin yang banyak membantu ummi dlm menggunakan supplement yg sesuai sepanjang ummi melakukan diet ini...

Maaf, ummi x leh nak tulis panjang2..nanti ummi sambung lagi:-) Oh ya, sebelum terlupa, ummi mohon maaf kepada semua pembaca setia blog ummi, customer2 ummi yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan ummi dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ummi andai ada salah dan silap sepjg ummi menulis di blog ini. Yang baik itu datangnya dari Allah dan Yang buruk itu dari kekurangan diri ummi sendiri:-) Berhati2 di jalan raya dan selamat sampai di kg halaman ye:-)

Kalau nak share atau kongsi ttg diet ni dan pemakanan tambahan (SHAKLEE) ni, sila sms ummi ye di 012-3975808 sbb maybe ummi akan beraya di rumah abah ummi di Melaka dan takkan sempat nak online pun sbb sibuk bertandang ke rumah saudara mara..dan jika ada yang nak membeli sendiri vitamin2 SHAKLEE ummi persilakan kalian yang berdekatan dengan branch shaklee (KLIK SINI UNTUK LIHAT BRANCH SHAKLEE) untuk menggunakan id ummi iaitu 830027..(kalau nak tau vitamin2 yg ummi gunakan sepanjang berdiet ni, sms ummi juga ye)...Dan jika kalian menggunakan id ummi ini untuk membeli, sila sms ummi untuk sebarang pertanyaan daan konsultasi...Ini hak kalian sebagai pembeli..Insya allah, ummi cuba menjawab dan membantu semampu ummi:-)

Akhir kata SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN..:-)



* Testimoni ini adalah pengalaman ummi sendiri dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Salam Aidilfitri,
Kak Nadia

Sukri Ahmad
Nursyasya Shahidah Sukri
Nursyaheera Qistyna Sukri
Syasya dan Qistyna dgn baju raya nya..

Sabtu, 21 Julai 2012

SET 3 M?????

Salam Ramadhan buat semua pembaca blog ummi...Mudah2an ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan2 yang lepas..mari kita sama2 tingkatkan amalan dan pendekatan rohani kita pada bulan ini dengan Yang Maha Esa...


Hmmm...alhamdulillah..permulaan ramadhan kali ini bermula dengan baik...kebetulan pula 1 Ramadhan jatuh pada hari cuti hujung minggu...so, dapatlah ummi mula training Syasya untuk belajar berpuasa pada hari ini memandangkan usianya yang telah mencecah 5 tahun...cuma apa yang melucukan hati ummi, ummi dah pesan pada Syasya, hari ni tak boleh makan dan minum sehingga maghrib tapi anak ummi ingatkan tak boleh makan nasi dan air sahaja tetapi coklat boleh...astaghfirullah...nak marah pun tak boleh...maklum sahaja ini pengalaman kali pertamanya berpuasa...itu pun dia tergoda dengan coklat yang adiknya makan tu masa jam 1.00 tghari...so, alhamdulillah...walaupun setengah hari pada hari ini...bagi ummi itu satu permulaan yang baik buat Syasya...


Oh ya...sebenarnya entry kali ini ummi nukilkan berikutan terdapat beberapa email yang bertanyakan tentang keadaan yang sama...Semuanya tentang SET 3 M ini yang sangat popular kebelakangan ini...ada yang kata mahal malahan tak kurang yang mengatakan bahawa set ini terlalu banyak untuk di consume seorang...

Ok, biarlah ummi jawab atau bercerita berdasarkan pengalaman ummi sendiri...Dari dahulu, sejak menyusukan Qistyna semasa tahun 2010 lagi, ummi telah mula menggunakan set ini...semasa itu tujuan ummi bukan untuk memperbanyakkan susu tetapi kerana ummi terlalu letih, stress dan mudah sakit berikutan tmpt kerja ummi yang jauh, perlu berulang alik lbh sejam sehari, kerjaya ummi yang bergelumang dengan court kes yang sangat2 memeningkan kepala malahan akibat ummi memandang ringan pada keperluan pemakanan seimbang, ummi mudah jatuh sakit...Kerana itu ummi mula mengamalkan set ini UNTUK MEMPERBAIKI TARAF KESIHATAN DAN KECERGASAN UMMI SEBAGAI SEORANG HAMBA ALLAH, PEKERJA, ISTERI, ANAK DAN JUGA IBU..Bukan mudah rupanya nak jadi SUPERWOMEN ni!!!


Alhamdulillah selang beberapa bulan mengamalkan set ini secara konsisten, ummi mendapati badan ummi semakin cergas, sihat malahan ummi jarang rasa tertekan walaupun pertambahan jumlah kes di court yang ummi kelolakan semakin bertambah setiap hari...lebih menggembirakan hati ummi apabila ummi masih larat untuk melayan kerenah anak2 dan suami walaupun seharian ummi bergelumang dengan kerja2 yang bukan sedikit malahan perjalanan yang agak jauh untuk berulang alik dr rumah ke tmpt kerja...ummi masih mampu memasak, membasuh baju, menyapu rumah malahan menemankan anak2 bermain dan masih boleh pusing satu supermarket bersama family  membeli barang2 keperluan rumah...Dan yang paling ummi bersyukur, ummi masih mampu untuk bangun di tgh2 malam berkhalwat dengan Yang Maha Esa dan melayan abah kesayangan ummi di telefon walaupun kami berjauhan...Syukur sangat2!!!

Syasya Dan Qistyna
Kerana itu, set ini ummi turut kongsikan dengan suami ummi supaya suami ummi juga turut merasa kebaikannya...Malahan ada produk dlm set 3 M ini yang ummi turut kongsikan dengan anak2 ummi Syasya Dan Qistyna iaitu ESP yang ummi masukkan ke dalam susu atau minuman kegemaran mereka berselang seli dengan pengambilan Meal Shake, Vit C Chewable dan Omega...Alhamdulillah, ummi sangat seronok melihat anak2 ummi sihat dan cergas dan Syasya semakin maju dlam pembelajarannya..Malahan sehingga cikgunya menukarkan Syasya ke kelas yang lbh tinggi (utk pelajar 6 tahun) atas kepintarannya yang sangat menggalakkan!!!

Kenapa ummi mengambil supplement???Kerana ummi berpegang dengan kata2 MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI...Pengalaman ummi menjaga arwah mak di hospital selama bebulan2 benar2 menginsafkan ummi bahawa kesihatan ini sgt bernilai harganya...apabila supplement yang mampu memperbaiki taraf hidup kepada lbh baik tidak di amalkan, maka pergantungan sepenuhnya pada ubat2an sangat2 menyeksa kita...sangat memilukan hati melihat saban hari melihat arwah mak ummi di paksa menelan berpuluh2 jenis pil, di suntik dengan pelbagai cairan ubatan sehingga ketika menukarkan pampers arwah mak, bau urinnya berbau ubat2an yang sangat kuat...malahan di akhir hayatnya, doktor mengesahkan buah pinggangnya gagal berfungsi dan andainya arwah mak masih hidup, pastilah dia sangat merana kerana perlu melakukan dylisis setiap hari!!!


Di bulan Ramadhan ini juga kami sekeluarga terus amalkan set ini agar kesihatan, kecergasan dan tubuh berupaya menghadapi bulan ramadhan ini dengan lbh baik lg...So, tepulang pada kalian yang mana satu pilihan terbaik buat anda...Kita sahaja yang tahu mana yang terbaik buat keluarga kita...Apalah sangat di bandingkan jumlah wang yang di laburkan untuk kesihatan jika perbandingan itu di buat kerana bagi ummi, selagi mana ianya dapat di kongsi oleh semua keluarga ummi, itulah nikmat terbaik yang ummi ada...Cukuplah ummi melalui pengalaman pahit semasa menjaga arwah mak kerana andai ummi tahu sejak dahulu kebaikan semua supplement2 ini, mungkin ummi akan cuba memberikan khasiat dan kebaikan supplement2 ini walaupun ummi tahu, tiada siapa yang mampu mengatasi qada dan qadar allah...tetapi BERUSAHA KE ARAH YANG LEBIH BAIK itu sangat di tuntut dalam islam dan bukan hanya menadah tangan berdoa semata2...:-)


Buat akhirnya Salam Ramadhan buat semua!!!Ummi doakan semoga amalan kita semua akan di terima oleh Allah SWT...Dan buat semua customer yang ummi sayangi, jika kalian ingin tahu tentang cara2 pengamalan vitamin2 di bulan ramadhan ini, email atau sms ummi ye:-)




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Salam sayang dan
ukhuwah,
Kak Nadia

Sabtu, 14 Julai 2012

Tips penyusuan di Bulan Ramadhan...Are U Ready???

Salam sayang semua....Alhamdulillah..Syukur pada Allah SWT..Diam tak diam tinggal lagi beberapa hari sahaja kita akan berada di bulan Ramadhan..Bulan yang sangat di berkati dan semua iblis dan syaitan akan di rantai...Yang perlu kita hadapi hanyalah hawa nafsu kita sahaja...


Hmmm...sebenarnya hari ni ummi nak share dgn kalian secebis pengalaman ummi semasa menyusukan anak di Bulan Ramadhan...Ummi ambil kesempatan untuk coretkan di sini kerana terlalu banyak email2 dan telefon yang x dapat ummi jawab kesemuanya bertanyakan tentang perkara ini..(maaf ye, jika ada yang ummi tak dpt explain panjang2 sbb tuntutan kerja)...Ummi faham kegusaran yang bermain2 di hati kalian kerana ummi juga pernah melaluinya..tetapi pengalaman serta pengetahuan bila di combine bersama akan menjadikan ianya lbh sempurnakan...Practise make perfect...


Sejujurnya, ummi akui bukan mudah nak memastikan susu yang di hasilkan kekal mencukupi buat anak kita..Maklum sahajalah ummi harus sentiasa menyediakan susu yg cukup dalam keadaan yg berbeza dgn ibu2 yang mampu menyusukan anak secara direct feeding..alangkah bertuahnya kalian..tetapi, percayalah DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN!!!YANG PENTING TERUSKAN BERUSAHA DAN SELEBIHNYA JANGAN LUPA MOHON PADA YANG MAHA ESA..


Entry ini juga sebenarnya ummi tulis kepada mereka yang bertanyakan pada ummi tips2 untuk memperbanyakkan susu..so, kiranya entry ni ummi tuliskan dua dalam satu la ye:-) Dan maaf jika entry kali ini agak panjang berjela...


Mari selusuri kisah ummi dalam penyusuan...


PRA PENYUSUAN
Ya, memang benar, ummi  berjaya menyusukan Qistyna  selama 2 tahun lebih (baru sahaja wean off) dan ummi gagal menyusukan anak sulung ummi Syasya..kasihan syasya yg hanya dpt ummi susukan selama 6 bulan sahaja..semuanya kerana ummi tidak mengambil berat tentang pengetahuan ttg susu ibu dan membiarkan ianya berlarutan sehingga susu mula berhenti seawal syasya berusia 6 bulan!!


Sejak itu, semasa mengandungkan Qistyna, ummi mula mengumpulkan segala fakta2, pengalaman malahan mendekati siapa sahaja yg pakar atau mahir dalam ilmu breastfeeding..Malah ummi selami ayat2 al quran dan ceramah2 agama yg berkait rapat dengan penyusuan...Di situ, ummi PASANG NIAT, YA ALLAH, AKU MENYUSUKAN ANAKKU KERANA SURUHAN MU..MAKA, KAU CUKUPKANLAH SUSUKU SEHINGGA 2 TAHUN PENUH PENYUSUAN SEPERTI MANA YANG KAU SYARIATKAN PADA KU...


Oleh itu, cuba kita tanya semula pada diri kita...APA NIAT SEBENAR KITA MENYUSUKAN ANAK???KERANA TREND, ATAU IKUT2AN, MENUNJUK2 ATAU 'KERANA ALLAH TAALA'???Mungkin perkara ini nampak remeh tetapi sebenarnya inilah point penting sebelum penyusuan berlaku dan percayalah...hanya Allah sahaja yang BERHAK MENENTUKAN SAMADA SUSU YG KITA HASILKAN SEDIKIT ATAU BANYAK..TETAPI ALLAH JUGA SUKA PADA HAMBANYA YG BERUSAHA DAN BUKAN HANYA TAHU MEMINTA2...So, jom sama2 kita betulkan niat asal kita untuk menyusukan anak masing2...


SEPANJANG PENYUSUAN
Memang ummi akui, syukur alhamdulillah Allah mengurniakan rezeki susu yang melimpah ruah untuk anak ummi...tetapi, adakah dengan susu yanh melimpah2 ini allah suruh ummi bermegah2???Tidakkan..kerana itu, dlm entry2 ummi jarang sekali ummi paparkan gambar2 penghasilan susu ummi kerana apa yang paling ummi bimbang, ummi akan jadi riak dan niat asal ummi menyusukan anak akan terpesong tanpa ummi sedari...(mengawal hati itu sgt susah kan)


Ummi sebenarnya sangat2 berharap supaya ibu2 di luar sana..jangan sesekali membandingkan susu kalian dengan susu orang lain..percayalah ini semua rezeki dari allah...setiap orang tidak akan sama...pasti berbeza antara satu sama lain...Cthnya, ada orang yang miskin dan ada orang yang kaya...begitu juga dalam penyusuan..ada ibu yang susunya banyak dan ada juga yang kurang...


Sungguhpun begitu, jangan pula kita hanya pasrah dan berhenti berusaha...samalah juga dengan si miskin yang ummi sebutkan tadi...jika si miskin ini terus membiarkan dirinya di belenggu kemiskinan dan tidak mengambil langkah yang lbh positif utk memajukan diri, maka kekallah ia miskin selama2nya...begitu juga dengan ibu yang mendapati susunya kurang mencukupi buat anaknya,cubalah pelbagai usaha2 lain untuk memperbanyakkan susunya...


Sejujurnya, pada awal2 kelahiran, susu perahan ummi sekitar 3-5 oz sahaja sehinggalah anak ummi berusia sekitar 5 bulan(alhmdulillah mencukupi buat anak ummi)...tetapi, ianya hanya cukup2 untuk keperluannya sahaja...malahan berikutan kerjaya ummi yang agak sibuk seharian, makan secara x tetap masa, stress yang kerap, sedikit sebanyak ianya memberi kesan kepada penghasilan susu ummi...malahan tmpt kerja yg jauh dr tmpt tinggal sangat2 meletihkan ummi...di sinilah bermulanya era penggunaan pemakanan tambahan dalam melengkapkan lagi pola pemakanan ummi seharian sehinggalah sekarang...


Ok, cukup lah mukaddimah yang panjang meleret tu kan...so, jom ummi share dgn kalian antara tips2 atau usaha ummi untuk memperbanyakkan susu ummi dari 5 oz ke 9 oz per sessi:-


1) Setiap perbuatan mesti di mulai dengan niatkan...so, first thing ummi lakukan ialah memasang niat untuk menyusukan anak kerana allah taala dan mohon allah mencukupkan jumlah susu untuk anak ummi..
2) Sediakan jadual pam (ummi buat average 3-4 hours sekali) dan pastikan konsisten.
3) Minum air masak 3.5-4 liter sehari.
4) Semasa susukan anak, make sure environtment selesa dan zon positif (jika di opis, ummi pasangkan alunan zikir2) dan jika di tempat lain, berzikirlah supaya otak(pusat kawalan seluruh badan) sentiasa berada di zon positif.
5) Bayangkan susu yang di hasilkan banyak dan mencukupi buat anak kerana ummi percaya penghantaran maklumat2 positif ke minda boleh merangsang otak untuk bertindak balas dengan hormon prolaktin dan oksitosin bagi penghasilan susu.
6) Jika mampu, buat power pumping setiap tgh malam untuk menggalakkan hormon penyusuan.
7) Di rumah, kerap sentuh dan belai anak kerana ummi percaya gelombang minda antara ibu dan anak sgt rapat..kerana itu, walau ummi di tmpt kerja, setiap kali waktu anak ummi biasa menyusu, ummi akan merasakan payudara mula berdenyut mengeluarkan susu.
8) Sentiasa yakin dan percaya bahawa susu yang di hasilkan mencukupi buat anak dengan pertolongan  allah..
9) Memastikan badan kekal sihat, cergas dan mood baik dengan mengamalkan set 3 M **(ini terpulang pada tubuh badan masing2 dan bukan kemestian)


So, itu antara tips2 yang ummi gunakan dalam memperbanyakkan susu dan maintain penghasilan susu..dan ini pula apa yang ummi amalkan semasa berpuasa di bulan ramadhan dan syukur tiada perubahan kuantiti dalam hasil perahan susu sepanjang berpuasa malahan badan kekal aktif dan segar...Ini antara tips2 nya :-


1) Pastikan bersahur dan berbuka pada waktunya...(Tidak boleh tidak)
2) Semasa bersahur dan berbuka, ummi pastikan protein dan garam galian seimbang kerana antara komposisi terbesar dlm susu ibu adalah protein dan garam galian penting bg memastikan badan bertenaga sepanjang hari...(kerana itu ummi amalkan tripple gems dan kurma sebagai bahan wajib dlm bersahur dan berbuka)
3) Memastikan dalam sehari air masak sekurang2nya 3.5-4 liter di habiskan (semasa sahur minum sekurang2nya 1-1.5 liter dan waktu berbuka adalah selebihnya)
4) Pastikan mengepam tetap mengikut jadual pam yang di tetapkan (no excuse di bulan ramadhan)
5) Melebihkan serat, makanan yang kaya dengan protein, karbohidrat dan makan lebih buah2an...
6) Sentiasa bertenang dan yakin bahawa allah akan membantu mempermudahkan urusan penyusuan di bulan ramadhan ini...
7) Banyakkan berzikir, membaca al quran dan bersedekah kerana ini adalah terapi rohani yang paling baik untuk mempositifkan minda..


So, inilah yang ummi amalkan sepanjang berpuasa dan syukur alhamdulillah susu perahan kekal maintain mcm biasa malahan ummi tidak rasa tertekan dan letih yang melampau sepanjang berpuasa...Apa yang paling penting, sentiasa ingat bahawa Menyusukan anak adalah kehendak dan suruhan allah, maka sentiasa mendekatkan diri padanya kerana setiap sesuatu datangnya dari keizinanNya juga...


Dan elakkan diri dari bermegah2 dengan penghasilan susu yang banyak kerana kita tidak tahu bahawa bila2 sahaja nikmat tersebut boleh di cabut dr kita pada bila2 masa sahaja..Pastikan payudara di kosongkan secara konsisten dan yakinlah bahawa setiap yang allah berikan pada kita itu, pasti ianya adalah yang terbaik buat kita DAN TERUSKAN BERUSAHA DAN JANGAN MUDAH MENGALAH DALAM MEMBERIKAN SUSU YANG TERBAIK BUAT ANAK ANDA KERANA SUSU IBU ADALAH SUSU YANG TAKKAN DAPAT DI BELI DI MANA2 SEKALIPUN..Hargai anak anda dan berikan hak penyusuan ini kepada anak2 anda...Happy Breastfeeding!!! Dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak!!!


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Jumaat, 6 Julai 2012

Kisah menarik cubaan berpuasa..Bagaimana anda menghadapi Ramadhan ini???

Salam sayang semua...selamat bercuti bagi mereka yang tak bekerja..wahh..sekarang cuaca sangat panas..kalau hujan, sejuk sampai ke tulang...maybe dh dekat nak bulan ramadhan kan...apapun semua tu Allah SWT dah atur dengan sebaik mungkin untuk keseimbangan alam semesta...

Oh ya, bercerita tentang puasa, ummi baru teringat kisah yang best ni..actually, ummi telah lama tak berjumpa dengan sahabat ummi ni...kebetulan 2 minggu lepas ummi terserempak sahabat ummi ni..biarlah ummi sebut nama panggilannya sahaja di sini (atas pemintaan dia la ni..malu sgt la tuuu)..sahabat ummi ini lebih mesra ummi panggil sebagai AYU...

Bercerita tentang Ayu, seperti biasa topik perbualan kami banyak berkisar tentang perkembangan anak masing2...maklumlah...anak Ayu pada tahun ni dh masuk darjah satu...tua 2 tahun je dari anak ummi, Syasya...so, perkembangan mereka tak jauh berbeza kan...

Cerita punya cerita, sempat Ayu beritahu, Dia nak Anaknya (Along) nak berpuasa..Of course la Ayu nk start puasa ganti sbb Ramadhan dh dekatt..kebetulan Along yang memang rapat dengan Ayu pun sibuk nak puasa sama..Ayu kata pada ummi, Bagus jugak, ada kawan...tapi larat ke anak aku nak puasa sbb tak pernah praktikkan sebelum ni..

Ummi syorkan pada Ayu untuk cuba set Tripple Gems sbb Ummi dan suami memang amalkan sepanjang bulan Ramadhan yang lepas...cuma x cuba lagi la kat Syasya...(maybe insya allah tahun ni try kat syasya pulak sbb dh masuk 5 tahun)...kisah ummi dan suami ummi menggunakan Tripple Gems ni ada ummi coretkan di sini...==> KLIK (Kisah satu) & KLIK (Kisah dua)...

Berbalik pada kisah Ayu..tanpa teragak2 Ayu bersetuju..katanya ..."Melatih anak berpuasa memerlukan kesabaran yang bukan sedikit, tetapi jika ada extra gift yang boleh membantunya,mungkin memudahkan tugas kita kan???" (Ayu...aku suka ayat ko ni,hehehe)...

Malam esoknya, tak sabar2 Ayu menghubungi ummi...sangat2 gembira suaranya...

"Thanks, Nadia...Thanks a lot...Alhamdulillah!!!Along memang releks sepanjang hari ni...tak mengeluh pun letih atau nak makan atau minum...siap boleh main dgn adiknya waktu petang..Bila aku tanya...Along tak penat ke sbb hari ni puasa??? Along kata.."Tak la ibu, sbb kan ibu dh bg Along minum air sedap tu..."...Maklum la Nadia...waktu sahur pun mmg kau tau la nak kejutkan si Along ni makan sahur mmg liat ya rabbi..jenuh aku paksa dia makan...ada la setengah pinggan jek dia makan...yg lebihnya dia minum "Tripple Gems" tu sampai habis...seronoknya aku...wehh..aku ngan husband leh makan tak Tripple Gems ni???"

"Tentulah boleh Yu...mmg aku dgn husband amalkan Tripple Gems ni la sepanjang puasa tahun lps..suami aku lagi la penat sbb meniaga kat bazar ramadhan...so, mmg alhamdulillah la dia rasa cergas sikit"..

Wahhh...seronoknya ummi...memang confirm tahun ni nak cuba latih Syasya puasa lak...waktu sahur try bg dia minum Tripple Gems ni...nanti ummi share dgn korang ye bulan Ramadhan ni...Insya allah...Dan Tripple Gems ini antara yang ummi consume sepanjang ramadhan semasa menyusukan Qistyna dulu!!!

* Testimoni ini adalah pengalaman saya sendiri/sahabat saya dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut. 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails