Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Ahad, 31 Oktober 2010

Aik....ni dah terbalik la pulak....

Salam sayang semua....ya allah memang kebelakangan ni nak mencari masa untuk menulis di blog ni cukup susah...ntah kenapa kerja semakin bertambah2...dengan kursus lagi...tu tak masuk lg kena attend meeting...(hehehe..kalau kena jd PM ntah mcmana la agaknya)...apapun ummi gagahkan jugak nak tulis hr ni kebetulan pula kedua2 anak ummi dah zzzz (sbb penat main kat giant)...apa yg ummi nak tulis ni memang la sgt2 ummi rasa KEADAAN SUDAH MENJADI SEBALIKNYA....


Actually, ini bukanlah pengalaman ummi sendiri...tetapi sahabat lama ummi yang bercerita bersungguh2 dengan ummi...kebetulan sahabat ummi juga bekerja dalam bidang yg sama dengan ummi so, memang menarik la ceritanya...


Al kisahnya, sahabat ummi ni semalam bawa anaknya yang berusia 9 bulan pergi ke salah satu klinik ker***an (nama di samarkan)...tujuannya untuk membawa anaknya untuk timbang berat dan check kesihatan anak...sahabat ummi ini merupakan seorang fully berastfeeding mother dan sgt2 mengambil berat dalam soal susu ibu (juga megamalkan set B dan ESP...wah promote... selesai berat anaknya di timbang....


Nurse : Puan, berat anak puan ni naik sikit sgt la...puan bg makan apa???
Kawan ummi : Oh...mcm biasa la...nasi blend dengan sayur (lobak, kentang dll)...
Nurse : Susu pulak???
Kawan Ummi : (nada bangga)...Susu badan sepenuhnya...
Nurse: Tak campur susu lain???(Formula la tu...)
Kawan Ummi : (Nada Hairan)...Tak la...anak saya baru 9 bulan...
Nurse : (Tersengih dan tanya dengan nada sinis) Oh..ye ke???Cukup ke???Susu cukup ke???
Masyaallah!!!Tergezut sahabat ummi...NI DAH KIRA TERBALIK....nurse plak yg mempersoalkan...
Kawan Ummi : Alhamdulillah cukup...dan saya tambah segala zat dan nutrien dgn makan supplement...
Nurse : Hmmm...tapi anak puan ni beratnya naik sikit sgt...
Kawan Ummi : (mula rasa meluat)...habisss...sebulan nak kena naik sampai 5 kilo ke baru kira sihat???
Nurse : Bukan mcm tu...tp mcm tak cukup susu je anak puan ni...puan tak cuba tambah susu lain????
Kawan Ummi : Cik Misi, saya nak tanya la...kenapa masa saya baru bersalin hr tu, masa susu badan saya tak berapa nak keluar, nurse semua marah giler2 siap ugut nak buang botol susu kalau bawa...sekarang ni bila saya nak bg susu badan sepenuhnya...cakap mcm ni pulak...mcmana ni???
Nurse : (Terdiam kejap)..Bukan macam tu puan...cuma saya tgk berat anak puan ni naik sikit sgt....
Kawan Ummi : (Nada dah mula naik) Habis tu...kena anak jd obesiti ke baru kata ok...bila dah besar nanti sibuk pulak cr ubat nak kuruskan badan...
Nurse : (Nada nak menang jgk)...terpulang la kat puan...saya suggest je...
Tanpa rasa bersalah nak minta maaf atau sebagainya nurse tu terus menulis kat kad baby...


Kawan ummi nak tgk mcmana tahap pengetahuan breastfeeding nurse klinik ke****an ni sebenarnya...
Kawan Ummi : Nak tanya la...berapa lama susu yg di pam letak kat dlm freezer boleh tahan ye...
Nurse : (Garu2 kening)...nanti saya tanya kat kwn saya...tak sure la...(nada sikit pun tak heran...last2 sampai ke sudah tak tanya)...kwn ummi tak puas hati lg...


Kawan ummi : Nurse, boleh tak saya mintak vitamin sbb saya tgh breastfeeding???
Nurse : Hmm...skrg vitamin kita lebih utamakan pd ibu pregnant je...akak makan je makanan berkhasiat...susu badan tu dah cukup baik...
Kawan Ummi : Sepatutnya vitamin kena bg pada ibu hamil dgn breastfeed kan...
Nurse : Wah...setakat ni kita supply vit kat org preggy je...itu pun tak cukup...
Kawan Ummi : Habis???Kalau tak mampu beli....
Nurse : (Nada sebal) Ok La...akak minta la kat depan....


Menggeleng sahabat ummi ni mendengar...bayangkan la kalau kita tak mampu beli supplement sedangkan ianya sgt penting BUKAN SAHAJA SEMASA HAMIL TETAPI JUGA KEPADA BREASTFEEDING MOTHER...TAKKAN LA KITA HANYA 'SAYANGKAN' ANAK KITA SEMASA DLM PERUT SAHAJA, DAH TENTULAH KITA NAK MAKE SURE ANAK SIHAT JUGA DI LUAR...


Tapi, ini hanya segelintir sikap dan senario yg harus dan masih berlaku...ummi tak nafikan ramai nurse2 yg bersikap sebaliknya...jadi, siapakah yg harus di persalahkan...oleh kerana itu lah, maka kita harus mempersiapkan diri dengan segala maklumat yg tepat sebelum menjadi seorang ibu...adakah kita hanya sayangkan anak dengan :-
a) mempersiapkannya dengan pakaian yg mahal2?
b) Perhiasan yang membaluti dirinya?
c) Cuma mengambil berat kesihatannya semasa dlm rahim kita sahaja?


Tetapi, bagaimana dengan kesihatannya setelah di lahirkan/??Kerana itulah ummi memilih :-
a) Menyusukan anak sepenuhnya selagi mampu
b) Memastikan susu yg ummi hasilkan benar2 berkualiti
c) Menambahkan supplement yg sesuai apabila umurnya melebihi setahun setengah...


Bagi ummi, biarlah ummi bersusah2 dahulu tetapi bersenang2 kemudian...dan kerana itu, ummi memilih shaklee sebagai supplement sekeluarga bg memastikan kesihatan ummi dan keluarga terpelihara...tetapi jika allah takdirnya sebaliknya...maka itu di luar jangkauan kita...tetapi JANGANLAH KITA HANYA BERDOA SEMATA2 TANPA BERUSAHA kerana adanya istilah :-


" Bekerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi "


Tepuk dada tanya selera...pilihan di tangan anda...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Ahad, 24 Oktober 2010

Menyusukan anak selepas pembedahan ceaseraen....

Salam...setelah beberapa hari tidak bersua di alam maya, alhamdulillah hari ini ummi di beri peluang untuk menulis di blog ini....memang adakalanya ummi tiada masa atau keletihan berikutan kerjaya ummi yang agak sibuk tambahan pula dengan kerenah anak2 yang memerlukan perhatian ummi...so, memang ummi adakalanya tidak dpt nak berkongsi dengan kalian setiap hari seperti teman2 ummi yang lain yg aktif menulis setiap hari seperti N, Along Azrinna, Cery dan lain2....mudah2an dengan perkongsian yang sedikit ini akan mendapat manfaat bersama yeee....


So, entry yang ummi nak tulis hari ini rentetan dari pertanyaan sahabat ummi yang baru sahaja melahirkan anak sulungnya secara czer...baginya, pengalaman kali pertama di czer agak mengerikan tambahan pula bimbang dan risau tentang breastfeeding kerana takut terkena tmpt czer...dahulu, ummi juga beranggapan begitu, tetapi setelah melalui 2 kali pengalaman yg sama, so, ummi boleh buat kesimpulan bahawa pengetahuan dan maklumat yang berkaitan harus di ketahui bagi ibu yg melalui kaedah czer ketika melahirkan...


Memang tidak di nafikan, ibu yang melalui bius sepenuhnya semasa czer atau general anesthesia mengambil masa untuk sedar dan pulih sepenuhnya dan ini berlainan dengan ibu yang melalui bius separuh badan atau epidural/spinal yang boleh terus memangku atau menyusukan anak seakan2 mereka yang melahirkan secara normal (cuma bila ubat bius habisss...perghhh...sakit beb!)...atau kalian juga boleh minta bantuan kepada siapa yg menjaga kalian atau jururawat yang bertugas...


So, berikut adalah beberapa posisi yang di cadangkan bagi mereka yang berhasrat menyusukan anak selepas  menjalani czer...


a) Perkara paling utama, pastikan kedudukan anda selesa terlebih dahulu sebelum penyusuan di mulakan...dan elakkan sebarang bebanan yg berat pada bahagian perut anda (sakit nanti, hati2 k)...


b) Naikkan katil hingga anda mampu duduk secara selesa atau duduk menggunakan kerusi yang lebar dan selesa...kebanyakkan ibu yang baru sahaja menjalani czer biasanya amat selesa dengan posisi memegang bayi secara mendakapnya ke tubuh kita...


c) Untuk lebih selesa, letakkan bantal di bahagian sisi yang anda ingin susukan bayi anda itu bagi menyokong lengan yang memangku anak anda tersebut....


d) Pegang bayi dengan kedudukan rendah menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, letakkan tapak tangan anda di belakang telinga bayi dan sokong bahagian belakang badan bayi sementara lengan anda menyokong badan bayi sepenuhnya. Sementara siku anda mendakap punggung bayi ke sisi anda...


e) Cari posisi yang selesa di mana wajah bayi menghadap terus ke payudara anda dimana kedudukan hidungnya sebaris dengan puting payudara anda. Kedudukan bayi hendaklah lurus di mana bahu, telinga dan punggung tegak ke hadapan. Sokong payudara dengan tangan yang satu lagi di mana empat jari berada di bawah payudara dan ibu jari berada di atas. Pastikan kawasan aerola(keliling puting yang bewarna hitam kecoklatan) tidak tertutup semasa bayi sedang menyusukan kerana mulut bayi seharusnya berada di aerola dan bukannya hanya menghisap puting semata2 kerana lama kelamaan ia akan menyebabkan kesakitan di bahagian puting...


f) Pegang bayi seperti posisi menyambut bola... cuba bawa bayi ke sisi dada, so jika anda memegang bayi dengan tangan kanan, anda boleh lah menyusukan bayi dengan payudara sebelah kiri. Tangan kiri hendaklah menyokong payudara sebelah kiri dengan empat jari menghala ke bawah lengan.


Amaran : Tidak di galakkan ibu2 yang menjalani czer untuk menyusukan anak secara mengiring kerana kebiasaannya tempat czer masih belum sembuh sepenuhnya dan ini akan mendatangkan rasa sakit dan menyebabkan rasa kurang selesa...Jadi sebelum mencuba satu2 posisi pastikan badan anda tidak sakit dan selesa....


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Selasa, 19 Oktober 2010

12 oz satu sessi pengepaman...mustahil kah???

Salam...syukur alhamdulillah kerana ummi dpt bertemu semula dengan semua yang sudi membaca blog ummi ini...Ummi sentiasa berdoa dan berharap semoga setiap apa yang kita kongsikan bersama akan mendapat manfaat jua...


Actually entry kali ini ummi tuliskan berikutan ada seorang adik yg lbh mesra ummi panggil nurul bertanyakan bagaimana ummi dpt menghasilkan susu sebanyak 12 oz dalam satu sessi pengepaman...mustahil di dengar kan tetapi hakikatnya ummi sendiri yang melaluinya jd ummi rasa tak salah untuk ummi berkongsi tips2 yang mungkin berguna buat semua...


Sejujurnya sebelum ummi diketemukan dengan shaklee, penghasilan susu ummi hanya biasa sahaja sekitar 6-7 oz dalam satu sessi perahan...(alhamdulillah)...dan setelah seminggu ummi amalkan set b, syukur alhamdulillah secara perlahan2 ummi dapati susu perahan ummi bertambah 1 oz lagi iaitu 8 oz...tidak lama kemudian, ummi di datangi period dan serta merta susu ummi terus drop ke 4 oz bg satu sessi pengepaman...aduhai, memang ummi bimbang sgt2 dan syukur ada teman2 shaklee ummi yang memberikan semangat (N, thanks...)...ummi order pula esp untuk merangsang lg penghasilan susu ummi dan bg pengambilan ESP kali pertama itulah susu ummi bertambah sebanyak 12 oz!!!!subhanallah...terkejut sungguh ummi...so, base pd pengalaman yg ummi lalui ini ummi gariskan secara tepat apa sebenarnya yang menyebabkan susu ummi menjadi 12 oz persession pengepaman :-



7 PERKARA YANG HARUS ADA DLM DIRI SEORANG IBU YANG MENYUSUKAN ANAK :-

1) Minda yang positif (Maksud ummi, minda atau otak kita sebenarnya mengawal segala tubuh badan kita...so, base pengalaman ummi, apabila minda kita positif bahawa susu mampu di hasilkan pada kadar yang kita ingini maka itulah yg akan terhasil...dan yg paling penting jgn panik dan cepat mendengar kata2 org..kerana hakikatnya kita yang lebih tahu tentang diri kita)...


2) Sessi pengepaman dan direct feed yang teratur...ini penting kerana susu yang di hasilkan oleh badan kita adalah berkonsepkan "On Demand"...maksudnya selagi ada permintaan (breast di kosongkan pd masanya) selagi itulah susu akan di hasilkan...so, bgmana sekiranya ummi gagal mengikut jadual pengepaman ummi...ummi akan pastikan ummi buat power pumping untuk memastikan susu ummi terhasil seperti mana biasa semula...DAN UMMI TANAMKAN DLM FIKIRAN UMMI...jika aku malas mengepam, maka perlahan2 susu akan kering sedangkan target 2 tahun itu masih jauh lg....so, apabila rasa malas itu datang, minda positif ummi akan cepat2 memberikan arahan bahawa jika ummi tidak mengepam , maka susu akan berkurangan....


3) Ummi cuba memastikan diri sentiasa dlm keadaan "Mood Happy"...(sebenarnya sgt susah bg kerjaya ummi ini...stress, stress)...so, ini penting ye bg memastikan susu akan lancar di hasilkan...tak percaya cuba pam masa tgh stress...confirm susu susah nak keluar...so, bg mempositifkan dan menghasilkan mood LEGA ATAU HAPPY, ummi memang bawa satu botol bedak yg mempunyai bau sama dengan baby ummi ke pejabat...so, bau ini sgt2 membuatkan ummi tenang walau se stress mana pun ummi...(di samping pengambilan B Compleks sebagai pemakanan tambahan)...


4) Makan makanan yg berkhasiat dan teratur...ini penting ye sbb makanan yg teratur dan seimbang membantu badan kita lbh bersedia untuk menghasilkan susu yg banyak dan berkualiti...dan sekiranya kita tidak yakin dengan pengambilan makanan yg baik dan teratur, pastikan anda mengambil multivitamin untuk memenuhi semua kehendak makanan....(that's why ummi makan vitalea sbb ummi selalu makan tak teratur)...


5) Tambahkan protein dalam menu harian anda kerana protein sgt penting dalam penghasilan susu yg banyak...dan kerana itu ummi mengamalkan Energizing Soy Protein bg memenuhi kadar protein yg tinggi dalam memastikan susu terhasil lbh pekat, mengenyangkan dan banyak...


6) Minum air yang banyak sekurang2nya 3 liter sehari...ini sgt penting kerana salah satu yang menghasilkan susu itu sendiri adalah air...so, kalau kita kurang minum maka kurang lah susu yg di hasilkan...ini bertambah penting sekiranya pengamalan supplement turut ada dlm diet harian si ibu...contohnya mcm ummi..kerana ummi amalkan supplement, memang ummi wajib minum lebih dr 3 liter bg memastikan suplement yg ummi makan mudah larut dan di faedahnya di hasilkan melalui air susu...cara ummi pastikan ummi minum air lbh 3 liter...ummi akan isikan 2 botol air 1.5 liter siap2...dan pastikan air tersebut habis dlm sehari...(mesti habis punya...kadang2 tak cukup lg)...


7) Amalkan zikir Ya Matin sebanyak yg mungkin hingga meresap dalam hati dan sujud lah memohon kepada allah setelah semua usaha kita lakukan...harus di ingat bahawa hanya Dia yang mampu memberikan apa yg kita ingini dan jgn sesekali menyalahkan Allah jika permohonan kita tidak dipenuhi kerana setiap sesuatu yg berlaku itu pastikan ada sebab dan hikmahnya yang tersendiri...


So, inilah yang ummi amalkan hingga kini dan 12 oz itu bukanlah satu mimpi bagi kalian yg bersungguh2 berusaha ke arah itu...tetapi ummi harus tekankan...jgn lah kita hanya MENGEJAR KUANTITI SEMATA2 KERANA APA YG SEHARUSNYA KITA CAPAI ATAU KEJAR ADALAH 'KUALITI' SUSU ITU SENDIRI...apalah gunanya susu yang banyak tetapi segala zat dan nutrien yang sepatutnya ada dlm susu itu berkurangan hanya kerana kita mengabaikan 7 perkara di atas...dan kerana itu, untuk memastikan susu yang ummi hasilkan benar2 berkualiti, ummi memilih mengambil set b dan esp...kerana ummi sentiasa sedar susu yg terhasil adalah untuk di nikmati oleh anak ummi jua...Ingat selalu ye...apa yg kita makan itu, akan di salurkan melalui susu kita...so, adakah anda ingin susu anda banyak sahaja atau anda ingin susu yg anak anda minum berkualiti...tepuk dada tanyalah diri sendiri...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

Sabtu, 16 Oktober 2010

Pemilihan Breastpump yang sesuai...

Salammm sayang semuaaa...i'm back...masya allah, lamanya ummi tak menulis di blog ummi ni...maaf ye...ummi sebenarnya terlalu kelam kabut sampai terlupa memberitahu...actually, ummi terpaksa menghadiri 2 kursus yang berturutan selama lebih dr seminggu...dan sebaik sahaja balik dr kursus ummi terpaksa entertain selambak kes2 yang dah menunggu dan sibuk pulak dengan meeting...aduhai...itu belum lagi jadi PM kan...hehehe...sungguhpun begitu, terima kasih buat abah tersayang (suami ummi) yang memberikan sokongan moral pada ummi...maklumlah, abah terpaksa menjaga 2 putri kesayangan ummi dan terpaksa pula menjadi bussiness partner sementara ummi bg memastikan trial pack dan pesanan2 shaklee dpt di hantar tepat pd masanya...so, terima kasih abah atas segala pengorbananmu..ummi takkan lupa hingga akhir hayat ummi...mujur lah ummi memang telah packing trial pack dan abah tinggal deliver ke poslaju...alhamdulillah..


Ummi juga ingin mohon maaf berikutan banyaknya email dan sms yg terpaksa delay...so, ummi akan jawap satu persatu secara perlahan2 ye...so, hari ini ummi ingin jawab dan tulis mengenai satu email yg ummi terima bertanyakan cara2 bagaimana untuk memilih breastpump...


Ummi ingin menekankan terlebih dahulu bahawa stimulate atau hisapan dr bayi adalah lebih baik dr breastpump...tetapi bg mereka yang gagal menyusukan anak secara direct feeding (seperti ummi) breastpump adalah sgt penting bg memastikan penyusuan susu ibu dpt di teruskan seperti biasa...Dan bagi ibu yang bekerjaya, breastpump merupakan sesuatu yang sangat penting. Ini untuk memastikan agar susu dapat di hasilkan walaupun  semasa bayi berjauhan dan memastikan masa yang di ambil untuk satu2 sessi pengepaman mengambil masa yang singkat dan tidak mengganggu waktu bekerja.


Pemilihan breastpump yang salah juga mungkin menjadi salah satu faktor penyumbang kepada kegagalan penyusuan. Walaupun harga satu2 breastpump bukanlah pengukur atau faktor utama bg memastikan ianya membantu breastfeeding, tetapi kebanyakan pakar laktasi memberikan saranan dan penekanan kepada penggunaan pam elektrik berbanding pam manual kerana kebanyakan pam elektrik mempunyai cara yang hampir menyerupai cara hisapan bayi. Faktor inilah yang sedikit sebanyak membezakan pam elektrik dan juga manual selain ianya kurang memenatkan dan mengurangkan tempoh pengepaman...


Oleh itu, dalam memilih breastpump kalian harus titik berat beberapa perkara berikut :-

a) Keselesaan
Kebiasaannya, breastpump elektrik dan mempunyai ciri - ciri auto-cycle adalah lebih selesa untuk digunakan. Pam yang mempunyai ciri ini memerlukan anda mengawal tahap sedutan dengan menekan butang khas. Jika perlu, bagi memastikan anda benar2 selesa dengan pam anda, carilah pam yang memberi anda pilihan untuk menukar saiz corong sekiranya ia terlalu besar atau kecil (saiz b seseorang kan tak sama)...Dan kebiasaannya, breastpump elektrik biasanya mempunyai pelbagai aksesori tambahan untuk kemudahan si ibu dan memastikan si ibu benar2 selesa dengan penggunaan breastpump tersebut.

b) Keberkesanan
Pilhan yang paling tepat ialah pam yang lebih menyerupai cara hisapan bayi iaitu sekurang - kurangnya 25 hisapan dalam seminit. Pam yang baik dan berkesan dapat mengeluarkan susu dengan baik, seterusnya merangsang pengeluaran susu. Pam yang mempunyai auto cycle terbukti lebih berkesan berbanding pam yang memerlukan penggunanya menekan sebarang punat atau butang untuk melepaskan hisapan. Kekuatan hisapan juga penting. Jika terlalu perlahan, ianya tidak berkesan. Jika terlalu kuat pula, boleh menyakitkan dan mencederakan payudara. Jadi, pilih lah pam yang kekuatan hisapannya menyerupai hisapan bayi iaitu sekurang - kurangnya 200-240mmHg. Fakta ini biasanya boleh di perolehi daripada pembekal yang menjual pam. Jadi, anda di sarankan membuat lebih banyak kajian supaya dapat memahami dan membuat perbandingan ciri - ciri yang sesuai.(Nota: Sekarang ada breastpump yang boleh dicuba terlebih dahulu sebelum membelinya)...

c) Cara mengepam
Antara pilihan pam elektrik yang sedia ada di pasaran berkemampuan untuk mengepam dengan cara yang berikut :-

1) Sebelah sahaja
Pam ini hanya mampu mengepam sebelah payudara sahaja dalam satu - satu masa. Tempoh mengepam juga akan menjadi lebih lama dan ransangannya tidak sebaik pam yang boleh mengepam kedua - dua belah payudara serentak. Walaubagaimanapun, ianya sesuai bg mereka yang menggunakannya secara sambilan dan menyusukan anak secara direct feeding di sebelah malam.

2) Kedua - dua belah(double pumping)
Menurut kajian, pam yang berupaya mengepam kedua - dua belah payudara pada waktu yang sama terbukti lebih berkesan bagi tujuan merangsang penghasilan hormon prolaktin. Ia dapat memastikan bekalan susu yang berkekalan untuk jangka masa yang panjang. Ia amat di syorkan bagi ibu- ibu yang bekerjaya yang sibuk dan kesuntukan masa untuk mengepam kerana ia dapat menjimatkan tempoh mengepam.

d) Ketahanan Pam
Pastikan pam yang dipilih boleh bertahan lama kerana ia perlu di anggap sebagai suatu pelaburan jangka panjang. Pilih lah pam yang bersesuaian dengan kekerapan penggunaan pam itu kelak. Ciri ini sangat penting terutamanya untuk pam elektrik kerana anda perlu mengambil kira ketahanan motornya. Jangan pilih pam mengikut pendapat teman kerana keperluan anda mungkin tidak sama dengannya. Pastikan anda mudah mendapat alat gantian jika perlu menggantikan mana - mana bahagian pam yang rosak. Ini penting jika nada tidak mahu mengeluarkan belanja berlebihan kerana terpaksa membeli pam yang baru semata - mata ada bahagian yang rosak.


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

Rabu, 29 September 2010

Penyusuan melalui botol (bg ibu yg direct feeding)

Salam...baru2 ini ummi menerima satu email yang bertanyakan tentang penyusuan susu ibu melalui botol susu...masalah terbesar yang di hadapi oleh sesetengah ibu yang menyusukan anak secara direct feeding sepenuhnya semasa cuti bersalin dan apabila semakin hampir untuk memulakan semula kerjaya...alamak...baby ternyata menolak mentah2 penyusuan susu ibu melalui botol kerana telah biasa dengan puting si ibu...so, mcmana nak buat????


Di sini, jika berdasarkan pengetahuan ummi yang tidak seberapa ini, boleh lah mencuba puting jenis 'MAM' kerana puting ini paling hampir menyerupai nipple si ibu...So, di sini juga ummi ingin kongsikan dengan kalian satu artikel yang di tulis oleh Dr Norintan Zainal, seorang Pakar Perbidanan Dan Obstetrik mengenai masalah ini...mudah2an dpt membantu ibu2 yang mempunyai masalah yg serupa....


Menurut kajian pakar laktasi di Amerika Syarikat, masa yang paling sesuai memperkenalkan botol pertama kepada bayi adalah ketika dia berumur antara 4 hingga 6 minggu. Ini dapat memastikan susu anda sudah pun stabil dan seterusnya dapat mengurangkan risiko bayi keliru puting. Menunggu terlalu lama sebelum memperkenalkan botol pertama kepada bayi boleh menyebabkan dia lebih gemar menyusu menerusi payudara dan berkemungkinan menolak botol sama sekali.


Sungguhpun begitu, pastikan apabila bayi sudah boleh menerima botol, jangan pula ianya di jadikan amalan. Gunakan botol hanya apabila anda terpaksa berpisah dengan bayi. Bila bersama bayi, anda perlu menyusukannya terus dari payudara. Anda juga tidak seharusnya memberikan botol sebagai satu tabiat harian jika anda tidak selalu berpisah dengan bayi kerana ia akan mengganggu penghasilan susu. Walaubagaimanapun, bagi memastikan bayi anda tidak lupa dan dapat terus menerima botol, anda di nasihatkan untuk memberikannya botol 1 atau 2 kali dalam seminggu.


Anda juga di nasihatkan untuk menggunakan puting yang alirannya perlahan supaya walau apapun usianya, dia tetap harus berusaha apabila menyusu dari botol. Botol yang mempunyai leher lebar (wide neck) di katakan puting paling sesuai untuk bayi yang menyusu badan. Antara tips yang boleh di kongsi bersama :-


1) Gunakan puting jenis silikon dan bukannya lateks kerana bayi mungkin tidak suka pada rasa atau baunya.


2) Seelok2nya alirkan air suam pada puting sebelum memberikannya kepada bayi.


3) Pastikan susu tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.


4) Anda di galakkan untuk banyak bergerak apabila memberikan botol kepada bayi kerana ini akan dapat mengalihkan perhatiannya.


5) Posisi yang di syorkan apabila anda mencuba untuk memberikannya botol adalah menghalakan bayi ke hadapan dengan belakangnya di depan dada anda, dan bukan posisi cradle yang biasa.


6) Anda tidak seharusnya menyumbat puting ke dalam mulutnya, sebaliknya membiarkannya menarik puting itu sendiri ke dalam mulutnya.


7) Biasanya bayi akan lebih mudah menerima botol apabila mereka dalam keadaan mamai atau separuh sedar..Contohnya apabila hendak tidur atau baru bangun tidur.


Paling penting!!!Jangan paksa bayi kerana ini akan menyebabkan dia menolak botol sama sekali. Anda perlu banyak bersabar dan berputus asa kerana ini memerlukan banyak latihan. Sebagai panduan, jangan memberikan botol lebih dari 10 minit setiap masa. Jika bayi marah dan menangis, anda harus berhenti dan cuba lagi di lain masa.


Sungguhpun begitu, sekiranya bayi anda memang menolak botol sama sekali, anda boleh juga menggunakan kaedah berikut :-


a) Menggunakan sudu
b) Cawan
c) Picagari
d) Finger feeder ( meletakkan tiub halus di jari anda).


So, Selamat mencuba dan teruskan usaha anda untuk menyusukan bayi selama yang boleh dan pasang azam atau target untuk menyusukan bayi anda sehingga 2 tahun penuh....insya allah..Amin....


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Selasa, 28 September 2010

Panduan pemakanan seimbang bagi ibu yang menyusukan anak...

Salam...syukur alhamdulillah hari ini ummi mempunyai sedikit kelapangan untuk menulis di blog ini....actually, kebelakangan ini, ummi banyak menerima pertanyaan tentang PEMAKANAN YANG BOLEH DI AMBIL ATAU TIDAK BOLEH DI AMBIL BAGI IBU YANG MENYUSUKAN ANAK...maklum sahaja, seperti yang kita sedia maklum, bagi ibu yang menyusukan anak, semua makanan dan minuman yang kita makan dan minum juga akan turut di salurkan melalui susu kepada anak...bolehkah dan mampukah ummi listkan satu demi satu jenis makanan secara khusus yang sesuai bagi ibu2 yang menyusukan anak mereka...ahaaa...dengan lebih dr 1,000 jenis makanan yang terdapat di Malaysia ini sudah tentulah ummi tidak mampu...so, di sini ummi catatkan secara umum antara pemakanan seimbang yang perlu dan penting di ambil oleh ibu2 yang sedang menyusukan anak khususnya...

1) Mengamalkan diet seimbang yang mengandungi semua kumpulan makanan iaitu karbohidrat, protein, sayur- sayuran, buah2an dan lemak....(persoalannya: mampukah kita???kerana itu, set breastfeeding menawarkan multivitamin @ vitalea bagi memastikan semua kumpulan makanan ini di penuhi).....

2) Banyakkan pengambilan buah2an dan sayur2an iaitu 3 hingga 5 hidangan sehari bagi memenuhi keperluan vitamin C dan asid folik yang penting untuk ketahanan tubuh badan dan tumbesaran bayi ( persoalannya: 3 hingga 5 hidangan sehari???cukup tak???that's why dalam set breastfeeding ada vitamin c yang insya allah mencukupi keperluan di atas)...

3) Mengambil lebih makanan berprotein seperti daging tanpa lemak, soya, tempe, ayam tanpa kulit, ikan, telur dan kekacang sebanyak 3 hidangan sehari dan 3 hingga 4 hidangan susu sehari.
* Nota : Pengambilan lebih makanan berprotein adalah penting bagi memenuhi penghasilan susu ibu.*
( So, boleh ke???oh noooo...banyaknya...kadang2 salah satu list di atas pun tak dpt dipenuhi, apatah lg semua sekali, 3 hidangan sehari pulak tu...jalan penyelesaian????Ambillah Energizing Soy Protein yang sangat kaya dengan sumber protein malahan di hasilkan dengan kualiti yg sangat tinggi...susu???memang jgn harap la...sbb tu shaklee hasilkan ostematrix yang dpt memenuhi kehendak kalsium seharian...dan bg yang ambil set breastfeeding sahaja, actually alfalfa itu sendiri terdapat protein yang tak kurang banyaknya -cuma ESP lbh tinggi la-dah namanya pun proteinkan....)

4) Meningkatkan pengambilan susu kepada 3 ke 4 gelas sehari. Walaupun tiada bukti menunjukkan komposisi kalsium daripada susu ibu di pengaruhi oleh pengambilan kalsium oleh ibu, tetapi dipercayai kekurangan kalsium bagi ibu boleh meningkatkan mobilisasi atau penggunaan kalsium dari tulang ibu untuk mengekalkan paras kalsium dalam susu ibu bagi keperluan bayi. Oleh itu, bagi ibu yang kekurangan kalsium dan tidak mengambil tambahan kalsium, besar kemungkinan boleh meningkatkan risiko osteoporosis di peringkat menapous..( hmmm...sebab itu adanya set E (gabungan set B + Kalsium)...

5) Pastikan si ibu mengambil sekurang2nya 8 gelas besar air sehari (kalau menurut ummi, paling kurang 3 liter sehari...mcmana nak pastikan...setiap hari letakkan 2 botol bekas air mineral 1.5 liter atas meja khas(maknanya air tu untuk kita sahaja)...so, pastikan air dlm botol itu dpt dihabiskan dalam sehari...simple kan...)...

6) Makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging tanpa lemak, hati dan kerang boleh membantu pembinaan semula sel - sel darah merah yang hilang semasa melahirkan anak dan darah nifas...( alhamdulillah, istimewanya multivitamin shaklee kerana turut di lengkapi dengan zat besi...best kan)...

7) Memperbanyakkan pengambilan sumber karbohidrat kompleks iaitu nasi, mi, bijirin dan roti ( juga terdapat dalam multivitamin)...

8) Elakkan pengambilan lemak dan gula secara berlebihan...

So, itu sahaja antara pemakanan seimbang yang harus ada dalam diet seimbang seharian bagi seorang ibu yang sedang menyusukan anak secara breastfeeding...dan menurut ummi memang nampak sedikit mustahil untuk memenuhi segala keperluan yang di perlukan oleh tubuh badan bagi menghasilkan susu yang benar2 berkualiti...kerana itu, ummi mengesyorkan sekiranya pemakanan seimbang yang tercatat di atas gagal untuk di penuhi, maybe ibu2 di luar sana yang mementingkan pemakanan seimbang, pastikan supplement2 asas yang terdapat dlm set b (vit c, b compleks dan multivitamin) harus di amalkan seharian...dan penambahan alfalfa sebagai galaktogue dan esp sebagai penambah protein serta kalsium @ ostematrix sebagai tambahan kalsium amatlah penting bagi memastikan susu yang di hasilkan oleh si ibu benar2 berkualiti buat si kecil kita...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Khamis, 23 September 2010

RAHSIA ALFALFA...

Salam...syukur alhamdulillah...ummi dapat menulis semula di blog kesayangan ummi pada hari ini...memang ummi akui kebelakangan ini ummi di hambat kesibukan kerja yang membuatkan ummi adakalanya terpaksa melupakan sementara niat untuk menulis di sini...sungguhpun begitu, insya allah ummi tetap memastikan semua email2 yang ummi terima setiap hari akan di baca dan di balas semampu ummi....

Actually, akhir2 ini ramai sungguh adik2 ummi yang bertanya tentang kebaikan alfalfa...Mengapa Alfalfa ini menjadi pilihan bukan sahaja kepada brestfeeding mother tetapi juga sesuai untuk semua golongan melainkan MEREKA YANG MENGHIDAPI SLE...Dan banyak email dan sms yang bertanyakan tentang kebaikan ALFALFA...So, berikut ummi ingin kongsikan sedikit kebaikan alfalfa dengan kalian... 

Alfalfa atau Medicago Sativa merupakan raja segala tumbuhan dan raja segala herba. Ia mempunyai sitem akar yang panjang, iaitu sedalam 20 - 30 kaki ke dalam tanah. Selain kaya dengan klorofil, ia juga merupakan makanan paling lengkap kerana mempunyai 15 mineral, 10 vitamin, 8 enzim dan juga fiber. Ia juga kaya dengan mikronutrien yang membantu sistem badan berjalan lancar.

Rahsia atau kebaikan Alfalfa :-

1) Galactagouge. Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana ia merangsang dan menambah pengeluaran hasil susu ibu (milk booster).

2) Membantu Perkumuhan menjadi lebih lawas.

3) Membantu membuang angin di dalam badan.

4) Termasuk kategori fiber dan mengenyangkan.

5) Bagus untuk buah pinggang.

6) Sangat sesuai dalam merawat asma, allergik dan athritis.

7) Berkhasiat untuk membantu masalah :

* Penyakit Usus (Colon disorder)

* Buah pinggang
* Kencing manis

* Melawaskan usus
* Ulcer
* Fluid retention (sembab)
* Kurang selera
8) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :

* Penghadaman
* Pencernaan


9) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah :

* Gastrik

* Penyakit kulit (Eczema)
* Kurang darah (Anemia)
* Sembelit

* Badan, nafas dan kaki berbau

10) Promotes pituitary gland function

11) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)


12) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti Kacip Fatimah, maka ia membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita dan para isteri.

Salam sayang dan ukhuwah,

Kak Nadia...

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails