Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Sabtu, 26 Februari 2011

Bagaimana ummi menyusukan anak????

Salam sayang semua...memang ummi sgt2 minta maaf sbb jarang2 menulis di blog kesayangan ummi ni...bukan apa...hambatan kesibukan bekerja, melayan anak2 dan suami dan jarak perjalanan yang agak memenatkan setiap hari kerana ummi menetap di kedah tetapi bekerja di penang...tapi, itu bukan alasan kan...(sebenarnya malas...hhehehe)...insya allah, ummi akan cuba lebih menyusun masa agar ummi dapat terus bercerita dan berkongsi perkara yang baik buat kalian...

 Buat mereka yang baru pertama kali menerjah ke blog ini, terima kasih ummi ucapkan...ummi harap serba sedikit blog ummi ini dapat memberikan faedah dan manfaat walaupun ummi ini hanya insan biasa...masih banyak kekurangan...kalian juga tidak perlu menjadi follower(tp kalau
join, terima kasih daun keladi), cukup lah kalian menyebarkan sbarang kebaikan yg kalian perolehi dr blog ini (jika ada) kepada mereka yg memerlukan...

Sebenarnya, entri ini ummi tuliskan sbb kebelakangan ini, ummi banyak menerima email dr client2 upline ummi yg teruja sbb kisah ummi mendapat 12 oz dalam satu sessi perahan turut tersenarai dlm highlight blog upline ummi (anakkuwiraku-owner Nnorita)...jadi untuk tidak menghampakan kalian, ummi kongsikan dengan kalian perjalanan kisah ummi menyusukan anak kecil ummi (sekarang berumur 1 tahun 4 bulan) secara ringkas...


Mcmana ummi terfikir untuk memulakan penyusuan susu ibu

Actually, semasa ummi mengandungkan anak sulung ummi, Syasya, ummi memang tidak langsung terdedah mengenai ilmu2 penyusuan...malahan tiada langsung persediaan untuk menyusukan yg ummi turut highlightkan semasa hampir menerima kelahiran baby pertama ummi,...(menyesal tp insya allah ada hikmahnya)...kerana itu, akibat kurangnya ilmu mengenai penyusuan susu ibu, ummi hanya berjaya menyusukan anak sulung ummi selama 6 bulan sahaja...


Dan, ini semua bermula apabila ummi mula mengandungkan Qistyna,dan hakikatnya Allah SWT yang menggerakkan hati ummi dan memudahkan jalan ummi apabila ummi bertemu dengan laman - laman web yang menyokong penyusuan susu ibu dan di ketemukan pula dengan upline ummi iaitu Norita...


Awal2 memulakan penyusuan

Tidak ummi nafikan, ummi antara mereka yang di berikan kurniaan oleh Allah dengan susu yang melimpah ruah...sungguhpun begitu, Allah itu Maha Adil, ummi diberikan kekurangan pula kerana ummi tidak mampu menyusukan anak secara direct..Maka, bermula dr Qistyna di lahirkan sehingga kini, ummi hanya memberikan susu ibu dengan kaedah Pengepaman semata- mata...


Gajet2 Penyusuan Ummi

Oleh kerana ummi merupakan salah seorang pengepam tegar dan ummi juga bekerja (malahan banyak bekerja di luar-turun naik court)...so, ummi harus alert ttg kepeluan2 penyusuan...so, sebaik sahaja ummi naik bekerja gajet2 ini yg ummi sediakan :-
1) Breast Pam - Spectra 3 (sbb sesuai dgn ummi)-Kalian boleh pilih yg sesuai dgn kalian.
2) Ice Pack (sekurang2 nya 2 atau 3)- Ummi beli jenis Mom's Little One dan Coleman...
3) Cooler Bag - Juga ummi beli jenis Mom's Little One.
4) Botol susu untuk simpan stok masa perah kat opis - Standby dlm 3 atau 4...
5) Beg untuk bawa semua di atas (paling sesuai beg jenis simple dimplesbb ruangnya yg lebar dan boleh galas atau jadikan bagpack)..
6) Supplement yg sesuai - Ini terpulang kpd kalian tp ummi memerlukannya...


Mengapa ummi memerlukan supplement dalam penyusuan

Sejujurnya, dahulu sebelum ummi menjadi pengamal tegar supplement (Jenis Shaklee of course) susu yang ummi hasilkan kerap ada pasang surutnya walaupun mencukupi...Mengapa???Puas ummi fikirkan...apabila ummi renung2kan semula...inilah jawapannya mengapa ianya terjadi :-
1) Ummi sering keletihan kerana kerjaya ummi yang sibuk, stress dan banyak menggunakan kekuatan otak, tambahan pula ummi berulang alik setiap hari dalam perjalanan yg agak jauh.
2) Pemakanan ummi yang agak tidak seimbang kerana kesuntukan masa dan sikap ummi yg agak memilih variety makanan.
3) So, bila tenaga dan pemakanan tidak seimbang, ummi kerap dan mudah selsema, sakit tekak, demam, batuk dan ini secara tak lansung mengubah mood ummi.


So, 3 perkara utama ini (selain2 beberapa perkara2 kecil yg lain) yang menyebabkan ummi terfikir untuk menjadi pengamal supplement...kerana apa yg ummi tau, kalau badan letih, stress, mood tak menentu, makan makanan yg tak seimbang, kerap sakit BOLEH MENYUMBANG KEPADA PENGHASILAN SUSU....So, fahamkan betul2 ye...supplement bukan membantu 'Membanyakkan susu' atau 'Menyebabkan susu lebih berkualiti'(kan Allah memang dah cipta susu ibu tu berkualti dan terbaik)...tetapi SUPPLEMENT BOLEH MEMBANTU BADAN SI IBU LEBIH BERTENAGA, MENGHASILKAN MOOD YG BAIK DAN INI SECARA TIDAK LANGSUNG AKAN MELANCARKAN PENGHASILAN SUSU ITU SENDIRI...


Nasihat ummi buat bakal2 ibu atau ibu2 yg berhasrat menyusukan anak sepenuhnya

1) Jangan sekali2 terpengaruh dengan jumlah kuantiti susu antara satu ibu dengan ibu yg lain...boleh jadikan sebagai penguat semangat tetapi ingat ye....allah dah tetapkan antara seseorang dengan seseorang yg lain jumlahnya berbeza2...dan jangan sekali2 bila tgk 'owh...banyaknya susu dia, mengapa aku punya susu kurang???" DAN KALIAN TERUS RASA GIVE UP (kerana itu, ummi jarang memaparkan di blog ummi gambar2 hasil pengepaman ummi )...kerana bagi ummi, sebanyak mana allah kurniakan itu, insya allah itulah rezeki anak kita dan insyaallah mencukupi (Percayalah..Allah itu Maha Penyayang dan Tidak Zalim)...
2) Semangat harus kuat (jgn suam2 kuku) dan berkawan lah dengan mereka yg menyusukan anak untuk berkongsi dan mendapat semangat...hanya mereka yg mlaluinya sahaja yg memahami kannn...(Rakan GBS ummi semuanya menyokong susu ibu-kalian boleh be friend dgn mereka)...dan pesan ummi, adalah lbh baik kalian memilih direct feeding berbanding full pumping mcm ummi kerana cabaranya lbh besarrr...dan stimulate baby much2 better than pumping method...
3) Rajin bertanya dan carilah sebanyak mungkin ilmu2 berkaitan penyusuan kerana tanpa pengetahuan tentang penyusuan, agak mustahil untuk misi 2 tahun penyusuan akan tercapai (Ramai dah LC2 dan PC di luar sana yg sudi membantu kan)...
4) Di Pejabat atau ketika tidak bersama baby,pastikan kalian mengepam setiap 3 jam sekali sekurang2nya (walaupun yg keluar hanya angin atau 1 titik)..dan jika 'terpaksa' tak mengepam dlm tempoh itu, pastikan kalian gantikan dengan power pumping untuk reshedule semula jadual yg telah terskip itu (Power pumping ialah Pam 10 minit berenti 10 minit Pam semula 10 minit dan aktiviti ini diulang sehingga 1 atau 2 jam-kalau malas,corong pam tu boleh simpan dlm peti ais atau dalam ais pck tanpa di basuh)...dah selesai br basuh...
5) Minum 'AIR KOSONG' sekurang2nya 3 liter sehari kerana ianya membantu melncarkan lagi pengeluaran susu...
6) Kalau boleh, tinggalkan la semua makanan2 merepek atau fast food sbb kadang2 kandungan perasa tambahan, bahan2 yg maybe kita tak pasti bagus atau tidak untuk badan kita...boleh mengakibatkan pengurangan susu yg d hasilkan...
7) Sentiasa positifkan minda anda (sbb itu, kalau tgk susu org lbh banyak jgn mulalah nak menggelabah kenapa susu aku sikit-kadang2 ada keburukannya)..pedulikan dengan orang lain..yg penting selalu pikir...Insya allah susu aku cukup untuk anakku...kerana hanya mereka yg sentiasa positif sahaja mampu memperolehi kejayaan dan jangan sesekali patah semangattt...
8) Berpegang selalu dengan istilah " Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya"...
.so, kalau ada masalah dlm penyusuan. jgn segan2 berkongsi dan bertanya pada mereka yg benar2 tahu ttg ilmu penyusuan...
9) Akhir sekali, jangan sesekali lupa memohon kepada Yang Maha Esa...kerana setiap sesuatu di dunia ini takkan berlaku TANPA IZINNYA...


So, ummi rasa cukup la buat masa ini...dah tiba masanya ummi nak mengepam...dan oh ya, sebelum ummi terlupa, jemputlah bg mereka yg berminat untuk mencuba supplement Shakleee...Ada tawaran yg sangat menarik dlm entry ummi sebelum ini...do grab it...Boleh juga baca melalui label contest....Akhirnya, ummi doakan semua2 ibu2 dan bakal2 ibu mampu dan berjaya dalam penyusuan masing..Jgn lupa berdoa ye...Berdoa itukan senjata mukmin....


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Jom Jom Jom...Beli Full Pack dan dapatkan hadiah bernilai RM 1,000.00

Bermula 23 Februari 2011- 30 April 2011
Anda layak untuk mendapat hadiah2 berikut

Hadiah Utama(April)
Product Shaklee bernilai RM1000


Hadiah Bulanan (February, Mac, April)
2 x Fullpack set A
1x Voucher Disc penginapan di Marriot / Renaissance

Apa yang perlu anda lakukan?
  1. Anda hanya perlu membuat pembelian minimum sebanyak RM200 (tidak termasuk kos pos) dalam satu invois menggunakan ID saya 830027(Nadiah Binti Khamis) dan layak menyertainya. (Anjuran GBS).Anggapkan ini hadiah saya buat anda yang banyak memberi sokongan kepada saya selama penglibatan http:exclusivelypumpingmother.blogspot.com secara online.
  2. Pembelian melebihi RM400 melayakkan anda mendapat dua cabutan, RM600 untuk 3 cabutan dan seterusnya.
  3. Jika anda membuat pembelian secara walk in, pastikan anda membeli di branch yang disahkan oleh Shaklee dan bukan dari mana-mana mereka yang menyimpan stok (Shaklee tidak menyediakan stokis) dan sms kan kepada saya di 012-3975808 atau email nadeeyya_kk@yahoo.com : Nama , No telefon dan Sales Order No yang ada dalam invois belian.
  4. Cabutan bagi hadiah bulanan ialah seramai 3 orang dari senarai pembelian di mana kami menyediakan 2 set untuk Multivitamin, b com dan Vitamin C serta seorang akan memenangi Voucher Disc Percutian/ Penginapan Di Marriot/ Renaissance.
  5. Tiada slogan atau soalan yang perlu dijawab.
  6. Cabutan akan dibuat setiap bulan dan BERITA HEBAT : Pemenang hadiah bulanan LAYAK untuk menjadi pemenang hadiah UTAMA. Inilah BONUS BERGANDA! Bermakna walaupun anda telah menjadi pemenang hadiah bulanan , anda masih berpeluang memenangi hadiah UTAMA.
  7. Lebih banyak pembelian lebih banyak peluang!
  8. Punya kekangan untuk membeli vitamin fullpack? Inilah peluang mengajak adik beradik atau opismate anda berkongsi duit dan membeli vitamin bersama. Beli vitamin secara fullpack, dan anda boleh bahagikan kepada rakan / adik beradik yang dikongsi. Mana tahu anda menang? Hadiah juga boleh dikongsikan bersama..kerana hadiahnya 3 botol vitamin full pack set A! Gandakan kegembiraan anda dan adik beradik/rakan kongsi anda...
  9. Jangan tunggu lagi. Pernah dengar iklan Peraturan 88: Sukakannya! Gandakannya! Bermula 23 Februari 2011- 30 April 2011. 
  Pernahkah anda terfikir mengapa Full Pack vitamin Shaklee lebih murah?

* ianya adalah harga ahli dan kami beri kepada semua kawan-kawan termasuklah kalian yang membaca blog ini.
* tiada kos re-packing.
* belian secara pukal pastinya lebih murah :)
* Berbaloi dengan lebih penjimatan!
* Ber "seal" dan lebih baik.

 Jom sama2 kita membeli untuk kesihatan dan MENANG DAN MENANG!!     
    Salam sayang dan ukhuwah, 
    Kak Nadia....

    Selasa, 15 Februari 2011

    " SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL 2011"

    Salam...biasanya orang akan cakap happy besday pd seseorang yg teristimewa kan...so, hari ni sempena memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW bersama2 lah kita menghayati sirah rasulullah dan mengamalkan cara hidup dan sunnahnya.....

    Kebetulan, hari ni bercuti,so..meh la layan anak2 dara ummi ni bergambor...(dah besar anak2 dara aku ni)...ish2 terasa tua pulak....


    Ni la yg masih menyusu dgn ummi (Qistyna at 1tahun 4 bln)
    Ni pulak anak dara sulung ummi (Syasya at 4 years old)

    Haaa...ni dua2 anak dara ummi yg manja dan meletopppss..awww




    Salam sayang dan ukhuwah,
    Kak Nadia...

    Ahad, 30 Januari 2011

    Resipi baru ESP...Nyum Nyum...Sedapp!!!

    Salamm sayang semua...hari ni ummi nak kongsi dengan kalian satu lagi resepi hebat dan sedap sgt yang baru sahaja ummi try...actually, ummi dan anak - anak ummi penggemar aiskrim tp bila ummi belek2 kotak aiskrim penuh dengan pewarna tiruan la...perasa tambahan la...tu tak campur dengan ntah berapa sudu gula dia letak...hmmm...nak larang bebudak mkn makanan 'rasminya' tu amatlah payah...puas ummi pikir mcmana nak buat...last2 belajar dgn member cara buat aiskrim yg menyihatkan dan yang pastinya sedap beb....berkhasiat lg...(sbb letak campuran ESP dan Meal Shake)...memang terbaekkk la...susah???Tak susah pun...tersangat la senang...masa di perlukan setengah jam aje...bahan2nya pun tak susah...kebanyakkannya ada kat rumah...memang sejak itu, ummi tak beli dah aiskrim kat luar...buat sendiri dan lagi jimattt....jom kita share...


    So, ni lah bahan - bahan nak buat aiskrim tu...
    1 Biji Putih Telur
    4 sudu gula perang( sbb gula perang kadar kemanisannya agak kurang berbanding gula putih)..tp kalau nak guna gula putih pun boleh
    1 penutup esen vanila
    1 sudu besar ovelette (boleh cari kat kedai kek atau supermarket-warna kuning)
    1 tin susu cair
    1 1/2 sudu ESP dan 1 1/2 sudu Meal Shake

    Cara Buat
    Mix kan guna mixer putih telur dan gula sehingga kembang
    Dah kembang, masukkan ovelette 1 sudu dan mix lg hingga sebati
    Kemudian, masukkan 1 penutup esen vanila dan mix lagi hingga sebati
    Masukkan susu cair dan mix sampai kembang
    Akhir sekali, taburkan ESP (kalau ada Meal Shake boleh masukkan juga) lagi sedap dan kacau hingga sebati...
    Kalau suka, blend biskut oreo atau badam atau tambahkan chocolate chip untuk bg lbh sedap...
    masukkan dlm freezer dlm sekitar 8 jam dan SIAPPP...


    MEMANG MAVERLLOUSS..SEDAP BANGETT..DAN MENYIHATKANNN...

    ni anak2 ummi dah tak sabar2 (dah mkn sikit)...so, slmt mencuba...-susu pun banyak beb sbb sedap dan i really like ittt...dah la makanan yg kita suka..ada esp lak tu...lps makan susu mencurah2 je...cuba la...u will like it...


    Salam sayang dan ukhuwah,
    Kak Nadia...

    Sabtu, 22 Januari 2011

    Hati - hati dengan pengamalan kalsium atau apapun produk susu!!!!

    Salam ukhuwah semua...actually, hari ini ummi duk menerawang ke blog2 sahabat shaklee ummi, terminat pulak dengan satu artikel yang di tulis oleh Cery...(ni ceduk dr blog dia la ni)...

    Sebenarnya, tajuk di atas bukan tujuan untuk menakutkan sesiapa pun...cuma ummi teringat masa ummi mengandung dulu...actually, semasa mengandung dahulu ummi selalu dengar 'orang kata' kalsium badan kita akan di serap oleh anak dlm kandungan kita...so, kita kena minum susu untuk banyakkan semula kalsium tu....hmmm...memang pun...masa ummi pregnant, mula2 beli lah satu pil kalsium (sbb klinik gomen tak supply, herankan..sdgkan kalsium sering di tekankan perlu dan penting terutama ibu pregnant)...selang seminggu ummi amalkan, kena sembelitt...masa tu tk tau kenapa....sekarang baru tau kalsium yang ummi beli tu takde magnesium...so, ketiadaan gabungan kalsium dan magnesium itulah yang akan menyebabkan SEMBELITT...

    Kemudian, ummi beralih pula pada produk susu...selalu dengar orang kata A***M bagusss...so, sambar la satu...hmmm...minum ikut saranan kat tin tu...lima penceduk di bancuh dengan segelas air...nyum nyum...memang sedap la sbb pekat bangat...tp tak lama lepas tu...hambekkk...bila check diabetes...naikkk...tak pasal2 kena diabetes masa pregnant (nasib la lps bersalin diabetes ni pun turut keluarrr...hehehe)...apa lagi kena refer pakar dietition...Yang mengejutkan pakar tu tanya ummi, Ada minum susu a***m ke???Haikkk...nape lak ek????Ummi anggukkan kepala...Ummi pun tanya kenapa???Tak Boleh minum a***m ke????Pakar tu jawab...Susu A***m ni kadar gulanya tinggi...so, sape yg ada background family ada diabetes mmg sahih la kena...berapa sudu puan letak??? "Hmmm...5 sudu la mcm yg tulis kat tin...." Menggeleng doktor tu...takpe la...banyak lg ke susu tu???"Ada la dlm suku tin lg...Takpe la...puan habiskan je la...tp masa bancuh letakkan 1 1/2 sudu je...lps habis tin tu stop minum ye...haikkk...1 1/2 sudu jeerrr...yaik...sedap ke(pikir lg nak sedap tu)...itu cerita dulu...ni meh ummi share lagi supaya kalian lbh berhati2 dlm memilih produk tenusu atau vitamin kalsium....(kredit to cery)...


    Anda perlu tahu yang pengambilan tablet Kalsium perlu mengandungi unsur magnesium dan vitamin D yang seimbang didalam tablet tersebut..kenapa?


    KERANA...Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...

    ------------------------------------------------------------------------------
    kisah asal: Hanis

    Dah lama nak menulis tentang ni, tapi ambil masa sikit. 2 minggu lepas semasa saya bawa Muadz ke klinik terdengar pharmacist kata pada seorang ibu, tak elok ambil A***m. Yang dimaksudkan adalah A***m untuk ibu mengandung dan menyusu ye. Untuk bayi, saya tak pasti.

    Saya yang memang ambil A***m terus bertanya untuk lebih lanjut. Katanya A***m mengandungi kalsium yang terlampau tinggi menyebabkan kandungan kalsium-magnesium dalam badan tidak seimbang. Kesannya mungkin tak nampak sekarang tapi untuk jangka masa panjang akan menyebabkan pelbagai masalah.

    Antaranya adalah masalah buah pinggang dan keguguran rambut.

    Katanya lagi, kalsium, magnesium dan vitamin D perlu diambil dengan seimbang. Berseloroh hubby kata, ambil Shaklee la. Terus ahli farmasi tu kata, Shaklee bagus. Kandungan Kalsium, Magnesium dan Vitamin Dnya seimbang.

    Waahh.. teruja saya. Terus balik rumah tengok kotak A***m. Memang kandungan Kalsiumnya tinggi. Tetapi kandungan Magnesium dan Vitamin Dnya terlampau sedikit.

    Entry harini sekadar ingin berkongsi ilmu..supaya anda boleh memilih yang terbaik diluar sana.... sebab tu perlunya pengetahuan membaca label.bukan main bantai pilih dan beli jer.. saya dah share ilmu..selebihnya anda yang membuat keputusan... Akhir kata.. jika anda dah pun membeli sebotol kalsium..ataupun ada membeli mana2 produk susu....sila lihat kandungan nya yer..seimbang atau tidak.... jangan nanti menyesal di kemudian hari...

    Sekadar berkongsi..kalsium pilihan saya jenama Shaklee...ianya dikenali sebagai Ostematrix ..gabungan Calcium Magenisum lengkap dengan vitamin D … Sebiji OsteMatrixmembekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari.

    So, fikir2kan lah...pilihan di tangan kalian...just pilih yang terbaik...untuk kalian dan keluarga...

    Salam sayang dan ukhuwah,

    Kak Nadia....

    Isnin, 17 Januari 2011

    Set ni memang TERBAEKKK....

    Salam ukhuwah semua...hari ni ummi nak kongsi sedikit dengan kalian tentang pengalaman terbru ummi ni...memang TERBAEKKKKK!!!(Wahh..slang dah tukar)...amazing story...(ummi cerita secara ringkas ye sbb ngantuk la...hehehe)...


    Hampir sebulan yang sudah...ummi mengamalkan 3 rangkaian set2 breastfeeding ini...

    a) SET B
    -ALFALFA- ( 3 Kali sehari selepas makan dan 2 biji sekali makan) = Total 6 biji sehari...
    -VITALEA - ( 1 kali sehari selepas makan sarapan)
    - VITAMIN C- ( 1 kali sehari selepas lunch) # except kalau demam 2 biji..
    - B KOMPLEKS - (1 kali sehari selepas sarapan)#except kalau stress sgt 2 biji...


    b) ENERGIZING SOY PROTEIN @ ESP


    - 3 kali sehari (di ambil waktu antara waktu makan cth 11.00 pg, 3.30 ptg dan sblm tido)...2 sudu setiap kali bancuhan bersama air favourite...


    c) OSTEMATRIX @ KALSIUM MAGNESIUM


    - 4 biji sehari sbelum tidur...


    TADAAA!!!!KESANNYAAAA....


    Percaya tak kalau ummi kata anak ummi dah berusia 14 setengah bulan (setahun 2 bln hampir 3 bulan laaa).. SETIAP PAGI...BAJU UMMI BASAH KUYUP DENGAN SUSU...macam dlm pantang....sampai suami ummi hairannn...sbb sekarang ni...hari2 kena basuh cadar....dan jgn tak caya kalau lambat pam memang habis basah la baju...ajaibkan....perghhh..feel mcm dlm pantang la...(cuma tak pakai stoking jekkk...hihihi)..TAPI...3 PERKARA WAJIB JGN LUPA YE...

    1) MINUM AIR SEKURANG2NYA 3 LITER SEHARI

    2) PAM ATAU DIRECT FEED IKUT JADUAL

    3) JGN LUPA MINTA DR ALLAH SBB WALAU APAPUN SEMUANYA HANYA DR NYA...
    (Kalau korang tak buat 3 perkara tu mmg tak berkesan laaa...hehehe)....


    Nak cuba...meh sms atau call ummi di 0123975808...kalian di galakkan beli full set sbb lebih jimat..leh tahan sampai lebih 4 bulan...mudah2an kalian juga turut memperolehi hasil yg sama...aminnn...


    Salam sayang dan ukhuwah,
    Kak Nadia...

    Ahad, 16 Januari 2011

    Entry merapuuu...

    Salam...lama sungguh ummi tak update atau menulis kan...tau kenapa?????hehehe...ummi kepenatan...sbb ummi baru pindah rumahh...hehehe...alhamdulillah...akhirnya ummi ada rumah sendiri setelah beberapa tahun menyewa...syukur atas nikmatMu ini...


    Sebenarnya, hari ini ummi just nak bersembang2 kosong just melepaskan rasa rindu untuk menulis di blog...actually, ada juga teman2 dan adik2 ummi yg sms dan hubungi ummi...kenapa agaknya lama ummi mendiamkan diri...bukan malas nak update...tp penat dik oiii...balik kerja terus mengemas rumah tak habis2....ada je yg nak di pegang, nak di bega dan nak bg nampak cantik...hehehe...maklum la benda baru...rumah baru so semuanya nak nampak cantik kan...


    Kadang2 ummi selalu ingat abah ummi kata "Bila satu benda kita dapat atau perolehi dengan wang hasil titik peluh sendiri barulah kita rasa nikmat dan menghargainya..." Benarkan...Dan manusia ni jarang puas dengan apa yg di perolehinya...itulah hakikatnya seorang yang bernama manusia...


    Actually, ummi sebenarnya bersyukur...di usia ummi yang mencecah 35 tahun (hihihi, tuanya...)ummi di kurniakan suami yang baik, anak2 perempuan yg comel dan solehah (insya allah).., kerjaya tetap dengan kerajaan, gaji yg agak lumayan(bg ummi laa...hehehe), keluarga yang akrab dan sahabat yg sangat2 jujur, suka menolong dan membantu serta sgt2 penyayang(terutamanya sahabat2 shaklee ummi)...


    Hmmm...menyentuh tentang shaklee...ummi sgt2 bersyukur di ketemukan dengan shaklee...mengapa???so many benefit dan yg paling ummi seronok kerana shaklee ummi mempunyai blog dan kerana shaklee ummi mengenali kalian...walaupun di alam maya...malahan dengan shaklee juga ummi dapat berkongsi dengan kalian tentang segala vitamin shaklee yg ummi telah cuba dan menghasilkan kebaikan...SHARING IS CARING KANNN...


    Di Shaklee juga ummi bersilaturrahim dan mengenali ramai wanita2 hebat yang bukan sahaja berjuang untuk penyusuan susu ibu, malahan tidak kurang berjaya menetapkan tahap tertinggi dalam bisness..Dan yang lebih mengagumkan ummi kerana kejayaan mereka ini turut di sulami dengan 'kerendahan' diri mereka di sisi Yang Maha Esa...ummi tabik spring dengan kalian...Norita, Cery, Hadha, Alom, Fiza, Along Azrina dan ramai lagi yg tak ingat untuk ummi sebutkan nama mereka..malahan adakalanya ummi malu kerana mereka ini berjaya walaupun mereka lebih muda dr ummi..(hihihi, malunyerrr)...Dan ummi sentiasa doakan mereka ini dan semua sahabat2 gbs(geng shaklee ummi) akan beroleh kejayaan...


    Hehehe...dah melalut lak ummi ni kan....just nak lepas gian menulis kat blog setelah lama di biarkan berkulat...nanti la...ummi ingat nak tulis tentang sejarah, pengalaman ummi dan mcm2 lagi tentang shaklee ni...banyak yg ummi nak share dgn kalian...tungguuuu....ummi stop dulu...nak masuk maghrib...time to 'berdating dengan pencipta"...Jumpa nanti dalam kisah yang akan ummi share nanti...


    Salam sayang dan ukhuwah,
    Kak Nadia...

    Jom friend dgn kami di Facebook!!

    Menyokong Penyusuan Susu Ibu

    Menyokong Penyusuan Susu Ibu

    Terima kasih kerana singgah....

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails