Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Selasa, 6 September 2011

Vitalea@multivitamin - Killer product (memang bestttt)!!!!


Pernah dengar tak dialog seperti ini....

"Eh..Pucatnya muka...kurang darah ni..."

"Ehh...orang dulu2 kata kalau darah kurang ni kena makan banyak kerang, hati atau organ2 dalaman...supaya darah jadi banyak balik"...

Kan????Dialog ni selalu kita dengar kan....kalau kurang darah ambiklah makanan berasaskan organ dalaman banyak2...hmmm, silap2 terlalu banyak sgt makan organ, gout pulak yang hinggap...so, ada jalan penyelesaiannya????

Insya allah, ini adalah alternatif lain yang boleh kita ambil sebagai precousion...

Vitalea @ Multivitamin
 

Vita-Lea® Iron Formula
Multivitamin & Multimineral

Multi yang Hebat

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:

Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*

Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*


Perbezaan Shaklee
- Kemajuan Saintifik

Disokong oleh tujuh kajian klinikal


-Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif

Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.


- Kualiti yang luar biasa

Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan


- Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
- Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
- Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
- Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
- Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
- Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
- Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
- Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 

Testimonial....
 

Masa dalam pantang saya amalkan makan vitalea 2 biji sehari, pagi dan malam. Memang disarankan pada botol 2 biji sehari tetapi bagi mereka yang sihat, sebiji dah memadai. Saya makan 2 biji masa dalam pantang sebab
1. saya perlukan cukup zat besi untuk gantikan kehilangan darah masa proses kelahiran anak.
2. saya tak makan makanan laut yang tinggi zat besi masa dalam pantang sebab takut protien makanan laut yang tinggi boleh hasilkan rasa gatal dan luka nanah dibahagian jahitan.
3. Saya pastikan badan saya mempunyai cukup vitamin dan semua garam galian yang diperlukan.
4. Saya menjaga diri saya dan anak semasa dalam pantang, maka saya perlu pastikan saya sihat dan kuat.
5. Saya nak pastikan jahitan dalaman saya benar-benar sembuh.

Tapi lepas habis pantang, saya amalkan vitalea sebiji sehari sahaja...pernah satu masa tu saya miss makan vitalea. Seminggu asyik pening dan rasa nak pitam. Bila check ngan doktor, kurang darah...mana taknya, ibu breastfeed memang perlukan zat besi. So doktor kata saya perlukan multivitamin dengan zat besi. Then saya jawab, tak pe doktor rumah saya ada multivitamin. Doktor tanya lagi..." Adakah mutlvitamin puan ada termasuk zat besi?" Saya mengangguk tanda ada. Ditambah saya bf Nasa masa tu yang berumur setahun lebih, so doktor pesan jangan tinggal multivitamin dan b com supaya tekanan darah saya stabil di samping anak pun dapat khasiat dari vitamin yang saya amalkan.

Sekiranya ingin meneruskan penyusuan susuibu sehingga 2 tahun, pastikan pengambilan zat besi dititikberatkan demi perkembangan dan pertumbuhan anak. Dr Cheah mengatakan bahawa biasanya selepas 6 bulan, kandungan zat besi dalam susuibu semakin berkurang disebabkan corak pemakanan si ibu yang tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan. Apabila ini berlaku kesannya ialah pertumbuhan anak akan terbantut dan oleh kerana inilah ramai anak yang mempunyai berat yang tidak ideal dengan umur mereka. Namun pada sesetengah pendapat asalkan anak aktif , berat tidak menjadi masalah. Walaubagaimanapun sebagai ibu , kita bukan sahaja perlu prihatin dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal anak, tetapi kita juga perlu prihatin dengan perkembangan minda mereka. Berat yang ideal membantu pembesaran dan pertumbuhan otak yang sihat dan cerdas.

Sejak saya konsisten makan vitalea, saya tak de lagi masalah nak pengsan ke, nak pitam ke....alhamdulillah. Memang saya puashati la. Malah ramai ibu2 yang mengandung yang adalah masalah hb rendah...selepas disarankan amalkan set A [ set optimum] mereka sangat puashati kerana taraf kesihatan mereka meningkat dengan baik.


Malahan ummi sendiri sebagai Exclusive Pumping Mother, produk ini adalah antara produk 'wajib' yang akan ummi consume setiap hari bagi memastikan anak ummi mendapat khasiat yang secukupnya...


Anda berminat???Sila sms ummi di 0123975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com...Sebagai pelanggan yang ummi sayangi, pasti ada harga istimewa yang akan ummi berikan kepada anda...


Salam sayang dan ukhuwah,

Kak Nadia...

Ahad, 4 September 2011

Anda pengamal Energizing Soy Protein???Ini resepi lazat yang anda boleh amalkan...

Salam sayang semua...seperti yang semua tahu, antara produk yang paling 'HOT' adalah Energizing Soy Protein atau ESP...telah ramai yang mencubanya dan tahu kelebihan dan kebaikan produk ini...antara yang menggunakannya ialah ibu yang menyusukan anak, ibu hamil malahan semua orang turut berkongsi kebaikan produk ini tidak kira lelaki atau wanita...malahan kanak2 berusia setahun ke atas juga boleh menggunakan produk ini...

Energizing Soy Protein (ESP)

Basically cara biasa pengambilan ESP ialah satu sudu besar ESP dibancuh bersama satu mug air suam. air suam ni samada air suam kosong (plain water); ataupun air milo yang suam ; ataupun air ribena ; ataupun dengan jus oren, malahan ada juga yang membancuh ESP dengan secawan susu...tetapi maklumlah jika kita makan makanan yang sama hr2 pun tentu bosan kan....so, meh ummi kongsi dengan kalian antara resepi2 lazat yang lain utk consume ESP antaranya :-

  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP..bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  • ESP + SusuAnmum
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana ESP
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung
  • Dan yang terbaru ummi telah mencuba resepi ini dan ternyata ianya memang sedap (korang pernah makan ke aiskrim yang sihat dan sedap mcm ni???) Jom baca kat sini..    
  • PERINGATAN: JANGAN BANCUH ESP DGN AIR PANAS!!!
ESP ini sangat sesuai utk seisi keluarga..sape yang patut ambil ESP:-
 
1. Orang yang ingin kekal sihat..
2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
3. Kanak-kanak bersekolah
4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak
5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,
7. Ahli sukan dan bina badan
8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat …dan yang inginkan kulit yang cantik

Hmmm...menarik bukan...berminat???Sila sms ummi di 012-3975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com dan sebagai pelanggan ummi sudah pasti ummi akan memberikan harga paling istimewa untuk kalian...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia..

Jumaat, 2 September 2011

Breast kendur jika breastfeeding???Ini jalan mengatasinya....

Salam sayang dan salam lebaran semua....hmmm...5 hari beraya, 5 hari la ummi tak update blog kan...hehehe...sibuk ke sana ke mari bertandang ke rumah sanak saudara tambahan pula dapat mencium tangan abah ummi tersayang...puas sungguh hati ummi dapat bersama2 abah ummi dan adik beradik walaupun kali ini kami hanya beraya di rumah abang ummi di Desa Confield, Sg Buloh dan rumah adik ummi di Shah Alam...tapi yang penting, ummi dapat bersama2 abah kesayangan yang sgt ummi rindukan...(tak dpt beraya kat melaka sbb kakak ipar bersalin, as her wish kami semua beraya di Selangor)...dan yang lebih ummi berpuas hati kerana ummi dapat meluangkan masa menziarahi kubur arwah mak di seksyen 21, shah alam yang telah lama tidak dapat ummi ziarahi...semoga arwah mak ummi aman bersemadi di alam sana....amin...

Oh ya, bermula hari ini, blog ummi kembali beroperasi seperti biasa...pesanan2 samada trial pack atau full pack boleh di buat bermula hari ini...dan untuk mengetahui special offer sempena bulan yang mulia ini (September Offer) sila email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com....

Berbalik kepada tajuk entry pada hari ini, actually ramai sahabat2 ummi dan sanak saudara ummi yang keberatan untuk menyusukan anak sendiri kerana takut breast kendur...hmmm, sedihnya kan...sedangkan setiap titisan susu yang kita berikan kepada anak kita itu besar pahalanya dan setiap apa yang allah ciptakan itu, pastilah itu adalah yang terbaik buat kita...tapi, hanya kerana sebab2 seperti ini, maka tega kah kita menafikan hak anak kita???Adakah kita benar2 sayangkan anak kita dengan alasan2 sedemikian...sedih ummi jika susu kalian mencurah2 keluar (lain la kalau memang susu takde kan) tapi pelbagai alasan di cipta untuk tidak memberikan susu terbaik kepada anak kita...

Ramai lagi golongan ibu yang khuatir jika menyusukan anaknya, si ibu akan mengalami kekenduran payudara atau kata lain hilang keanjalan payudara.Adakah benar ini akan terjadi?

Begitu juga ada segelintir wanita yang takut untuk melahirkan anak, atas alasan ingin fokus pada kerjaya terlebih dahulu. Namun tidak dinafikan golongan kecil ini takut mengalamai perubahan yang drastik terhadap bentuk tubuh badan mereka setelah melahirkan zuriat mereka.


Sedarkah kita kaum ibu, apabila melahirkan anak, warna aerola atau sekitar kawasan nipple akan berubah menjadi gelap dan makin ramai anak yang dilahirkan maka akan lebih gelap kawasan tersebut dan ada yang berubah kepada warna kehitaman.

Memang benar ada wanita yang melalui fasa yang sedikir getir apabila menyusukan anak, bentuk payudaranya hilang keanjalan. Namun bukan semua melalui fasa ini.

Jika kita mengambil langkah awal menjaga pemakanan dan mengambil makanan tambahan yang bersesuaian dengan keperluan tubuh badan serta penyusuan insyaALLAH masalah perubahan warna puting dan keanjalan akan dapat diatasi.


Percayakah kalian bahawa pengambilan vitamin E 400 iu beserta selenium dan ESP membantu mengatasi masalah ini?

Cuba baca petikan testimoni ini :

" Then search pasal nk tmbh susu tetiba jumpa blog Ita, tu yg try Set F tmbh ESP sbb masa tu br beli vitamin2 dr farmasi. Alhamdulillah.. hari pertama amik ESP dgn Alfalfa susu naik balik kepada 3oz dr 1oz hari sebelumnya. Dua ari lepas tu susu naik lagi dr 3oz kpd 5oz skali pam. Punya la suka.. Masa tu minum ESP 1x sehari dan 2 biji Alfalfa. Pikir nk jimat pun ada gak sbb baru renew insuran dan roadtax keta :)

Lagi satu saya suka (segan nk bgtau ni) sbb nipple lepas bersalin anak pertama tambah gelap.. smp anak ketiga ni lagi gelap.. TAPI sejak amik Vitamin E dr Ita aritu nipple kurang gelap dan skang ni nipple agak cerah (mcm ms blum kawin).. X sangka plak Vitamin E tu blh mencerahkan nipple.. plan amik untuk cantikkan kulit muka je sbb dh mula kusam.. tp result muka dh mula berseri sikit dr sebelumnya dan siap extra benefit lg.. "
Energizing Soy Protein (ESP)
400 I.U Vita-E
ESP membantu menganjalkan bentuk payudara wanita terutama yang menyusukan anaknya. Semua ibu yang telah mencuba ESP mengakui kebenarannya. Payudara mudah rasa berat jika bayi lambat menyusu atau sesi perahan tertunda. Selain itu payudara tidak mudah lembik atau hilang keanjalan. Namun pengambilan yang konsisten membantu mendapatkan hasil yang baik.

So, apa tunggu lagi? Mari dapatkan vitamin E dengan
add on mana2 trial pack dengan hanya RM37 sahaja dan ESP RM131. Pilihan ditangan anda!


"Sesungguhnya setiap masalah yang timbul, akan ada jalan penyelesaiannya asalkan kita mahu berusaha dan mencari jalan keluar kepada masalah tersebut"

Anda berminat untuk mencuba???Sila sms saya di 012-3975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

Ahad, 28 Ogos 2011

Salam Lebaran buat semua yang ummi sayangi


Dengan segala hormatnya, Ummi sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir Dan Batin kepada  pelanggan dari Blog Ummi (Shaklee GBS) dan pembaca blog ummi...ummi ingin memohon maaf andai ada kekasaran bahasa, terkurang layanan (bagi customer ummi), dan apa2 jua salah dan silap sama ada yang ummi sedari atau tidak...mudah2an ukhuwah sesama kita akan terus berpanjangan...dan semoga berjumpa lagi kita dengan Ramadhan dan Syawal yang akan datang....


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia
Sukri Bin Ahmad
Nursyasya Shahidah Binti Sukri
Nursyaheera Qistyna Binti Sukri

Sabtu, 27 Ogos 2011

Water Filter yang sangat portable dan menyenangkan saya!!!!I Like it....

Salam sayang semua...kebetulan pagi ni lepas bersahur, ummi terus berjaga...sambil2 buat aktiviti Ops Bersih (hehehe...lagi 2 hari nak raya,insya allah)...sambil2 ummi buka pc dan teringat ummi pernah berjanji nak update hadiah yang ummi pernah menang dari peraduan ini....hadiahnya ....tadaaaa.....


Memang sangat teruja menggunakannya...dan serius ummi sangat sukakannya kerana ianya sangat mudah di gunakan...

Sebenarnya, dahulu semasa ummi tinggal di Selangor...ummi sekeluarga pernah menggunakan beberapa jenis penapis air...antaranya ummi pernah guna R* W**er, RO Water malahan pernah juga ummi gunakan penapis air (jenama tak perasan sbb murah) yang ummi beli di pasaraya...Of course lah harganya berbezakan...haaaa...ummi dah cuba dr yang mahal (mencecah RM 2k++) hingga lah yang cuma berharga sekitar RM 500++)...tetapi hasilnya tetap ummi kurang berpuas hati...kenapa?????sebab:-

1) Semua jenis penapis air ni beratnya (masya allah)...mau kena slip disc...hehehe...berattt...dan sgt2 besar...

2) Kena cuci2 setiap minggu (cartridgenya)...benda yang paling malas nak buat dan selalu lupa...

3) Maintanance tinggi sebab ada banyak cartridge (konon2 banyak cartridge bagusss tapi sebenarnya 'menguruskan kewangan' sebab harga satu cartridge je dah rm 200++)...

4) Tak tau bila nak tukar cartridge (main agak2 je..) * Ada ke supplier yg jual kata "agak2 dlm setahun, akak tukar la"...Agak2????Nak kena sekeh nih...

5) Kalau boleh senang bawa pergi mana2...tak yah beli air mineral...(wahhh...demand ummi nihhh)...

So. bila ummi kena transfer ke utara, semua penapis air yang ummi pernah beli tu ummi tinggalkan je kat sana...(buruk perangai)...hehehe....sbb susah nak kendalikan...so, rezeki ummi dapat pulak hadiah Best water dari Shaklee sbb ummi join contest kat blog upline ummi, Norita...

Sekarang dah hampir 5 bulan kot(Aci????Lupa daa)...ummi guna Best Water Dari Shaklee ni...MEMANG BESTTTT...Antara kelebihannya :-

PORTABLE atau dalam bahasa kita, mudah alih. So kalau stok2 yang suka travel, jalan2, makan angin segala tu, bawak aje penapis air ni. Kalau pegi ke ceruk mana pun, especially bila bawak baby, terjamin air yang berkualiti untuk si baby(haaaa...hambikk...siap boleh bawa pergi mana2...)

Saiz COMPACT. Sebab tu ler dia ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Masuk je dalam beg, setel. (I Like 8000x)

SENANG NAK PASANG. Tak payah install benda tambahan ke, tebuk2 dinding ke tak payah. Dia pun sesuai dengan semua jenis kepala paip kecuali pili Bomba.(Ada ke org tapis air dari pili bomba...mau aku gi promote kat balai bomba ni kang)

Ada INDICATOR bila patut TUKAR. Dia ada lampu LED hijau kelip2. Kalau lampunya dah bertukar menjadi merah, ia akan bertukar menjadi Ultraman.(Haaa...ultraman pun kalau nak bertukar ada lampu menyala...ni ada ke cakap agak2...nak kena hempuk)

Sebab dia compact, filter hanya perlu tukar SEKETUL saja. MURAH la berbanding kalo yang ada berketul2 kan. So, dalam setahun sekali la kena tuka, so maintenance cuma RM498 per annum je.

Tapi....haaa...ada tapi pulakkk...

Kalau kita duk kat tempat area airnya ala2 memang teruk la kualitinya...maybe akan ada sedikit masalah....contohnya kisah ni....
Best Water ni ada Single 3-Stage Microfiltration Cartridge. Dia punya filter saiz is 0.2 micron. Kecik gila. Tu kalau area yang tahap kebersihan air paip di paras yang melampau pencemarannya, senang nak clog. Ada satu cerita orang Terengg*n* (nama negeri dirahsiakan atas sebab2 yang munasabah, ) ni pakai bestWater tak sampai 6 bulan dah tak keluar air. Marah2 lagi bengang dia bawak pegi office Shaklee. Sekali bila bukak, hambek kau penuh tanah liat! Hmm.. paham2 je la kualiti air kat Terengg*n* tu cemana. Tanah liat kau!

Lagi satu, sebab saiz dia kecil comel lote...org selalu ingat MURAHAN....ada pulak...tak mesti kannnn...korang yang jual water filter jenama lain jeles kan sbb Best Water ni ada satu je cartridge dia....haaaa tu laaa...kecik2 tapi HEBATTTT!!!

Ummi kalau masak nasi suka pakai air nih sbb nasi lambat basi...i like...So, apa sebenarnya kelebihan Best Water ni???


Best Water ini telah di reka khas untuk menepati piawaian NSF :-

!) Kurangkan kekeruhan - 80 %

2) Kurangkan klorin - 80 %

3) Kurangkan Organik Kimia - 90%

4) Kurangkan plumbum- 90%

5) Kurangkan Merkuri-97%

6) Kurangkan mikrobiologi >>>99.99% Brevundimonas Diminuta

>>>99.99% E Coli

>>>99.99% Cyst dan Cryptosporidium

7) Kurangkan fiber asbestos - 99%

8) Tapis hingga 0.2 micron, iaitu yang biasa di gunakan di farmasi

9) Tidak mengurangkan kandungan mineral dalam air..

* Source : Shaklee Malaysia

Haaa..best kan...(seperti namanya)...ummi telah menggunakannya dan serius memang menarik dan MENYENANGKAN (ini yang paling penting)...
 

Berminat nak beli...sila sms ummi di 0123975808 atau emaila ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com dan sebagai pelanggan ummi yang di hormati, ada special price yang ummi akan berikan kepada anda!!!Do contact me....

Salam sayang dan ukhuwah,

Kak Nadia...

Khamis, 25 Ogos 2011

Raya semakin hampir...pasti makanan yg penuh dgn kolesterol banyak yg terhidang...AWASSSS!!!!

Salam sayang semua...raya semakin hampir...dan satu perkara yang harus kita tetap titik beratkan iaitu KESIHATAN KITA DAN KELUARGA...sudah pasti hidangan yang di hidang amat menyelerakan tetapi...adakah semuanya harus kita makan dan rasa semata2 untuk menebus semula saat2 kita berpuasa...so, di sini ummi share kalian vitamin2 yang sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam menghadapi DUGAAN MENGHADAPI MAKANAN YANG ENAK2 NI...


Dalam setahun mungkin beberapa kali kita akan bertemu dengan juadah ini namun hanya hari raya sahaja yang kita dapati meriah sekali.


Dalam kita seronok menjamah juadah raya, adakah kita prihatin dengan apa yang kita makan? Masih ingat lagi 14 tahun dahulu, arwah abah saya di serang strok pada malam raya yang kedua. Beliau mempunyai masalah darah tinggi secara kebetulan sehari sebelum raya arwah sangat suka makan satay. Rupa-rupanya dalam diam kadar kolestrolnya meningkat dan menyebabkan tekanan darah meningkat seterusnya merosakkan saraf dalam otaknya maka arwah paralyse selama 2 minggu sebelum terus meninggalkan kami 8 beranak buat selama-lamanya.


Kisah ini menjadikan iktibar buat saya dan suami. Bila nak makan rendang, lemang atau pulut, kami tak berani nak makan banyak sebab tahu kesannya ke atas kolestrol dan jantung. Makan berpada-pada. Sejak awal perkahwinan, keluarga mertua akan pastikan vitamin utama untuk mengurangkan kolestrol wajib ada untuk menampung seluruh keluarga.

Kami akan makan vitamin tersebut dan fokus pada kolestrol terutama musim perayaan yang banyak dengan jemputan rumah terbuka.

Tanpa kita sedari ada sesetengah juadah boleh menyebabkan kandungan lemak jahat dalam salur darah makin meningkat.


Apakah vitamin yang sekurang-kurangnya ada demi mengawal kandungan kolestrol dalam darah terutama dalam mengawal kolestrol jahat iaitu LDL.



Atau jika anda berkemampuan




Secara ringkasnya kepentingan vitamin yang dinyatakan ialah :


Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah. Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila-bila masa sahaja boleh pecah.

Lecithin penting untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum kolestrol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.


GLA ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.


Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.Menguatkan imuniti tubuh.Memperlahankan proses penuaan.

Anda berminat????Sila sms ummi di 0123975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com kerana sebagai pelanggan ummi, ummi akan tawarkan harga istimewa buat kalian...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Rabu, 24 Ogos 2011

Alhamdulillah....Allah menemukan ummi dengan jalan penyelesaian terbaik ...

Salam sayang semua...ummi nak cerita sikit kisah semalam...actually, pertama kali ummi terjaga awal...tenguk2 jam baru pukul 3.30 pagi....hmmm, hati ummi berdetik..."Awal lagi, lelap la kejap..." Sudahnya sebaiknya sahaja ummi buka mata (selepas lelap yang di katakan sekejap sgt tu)...Masya Allah!!!!Pukul 5.45 pagi....terpinga2 kejap ummi...

Kalut sungguh ummi..."Ya Allah, sempat ke ni...." Waktu subuh kat kedah masuk sekitar jam 5.56 macam tu...kelam kabut ummi bangun dan bangun ambil dua cawan...ummi masukkan satu sudu setengah ESP (Energizing Soy Protein), Satu sudu Performance Drink, Satu Sudu Meal Shake (hehehe...cilok sikit anak2 punya) dan ummi tambahkan sedikit Fiber Unflavoured....Dannn...Shake n Shake...tak sampai seminit pun....

Tergesa2 ummi mengejutkan Mr Hubby untuk bangun sahur bersama...(kesian My Hubby, penat meniaga kat Bazar Ramadhan...sampai terlelap sama)...Buntang mata Mr Hubby tengok yang terhidang depan mata cuma segelas air...nasinya mana????Hehehehe...Ummi dah buat muka seposen sambil tunjuk jam yg dah pun pukul 5.48 pagi..."Maaf bang...tak sempat...hari ni boleh terlelap pulak"...

Hubby ummi macam yakin dengan tidak je...boleh tahan ke perut ni sampai ke malam...ummi cuma jawab..."Insya Allah...yang penting kita tetap dapat pahala bersahur"...antara percaya atau tidak, suami ummi habiskan juga air tersebut segelas dan sebaik sahaja azan berkumandang, kami solat subuh bersama....

Alhamdulillah, sepanjang hari, walaupun ummi busy dengan kerja2 seharian tetapi syukur...badan ummi kekal bertenaga...iyelah, ummi kerja dlm air cond...boleh la kan....terfikir pulak ttg Mr Hubby...langsung ummi call...ceria je bunyi suara nya,.,.mcm ok jek...

Tak puas hati, petang tu lps ambik anak2 kat nursery, ummi langsung singgah ke Bazar Ramadhan tempat hubby ummi cari rezeki...dari jauh dah tgk my hubby releks je...mcm takde apa2 pun...Ummi datang dekat dan hubby ummi bisik "Ummi, memang kelas la sahur kita pagi tadi...abang rasa sama je mcm makan nasi...tak letih sgt pun dan kurang la dahaga tu...wahhh...kalau amalkan dr mula2 puasa mesti abang dah kurus giler2kan...."...

Senyum ummi mendengarnya...Alhamdulillah, Ya Allah, Kau ketemukan aku dengan produk yang baik dan syukur puasa ku pada hari ini tidak terjejas dan kekal bertenaga...

So, inilah supplement yg ummi katakan tu (kalau masa sahur dah tinggal sikit)...
Meal Shake, ESP dan Performance
Fiber Unflavoured


Anda berminat untuk mencuba????Sila sms ummi di 0123975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com dan insya allah ummi akan berikan kalian harga istimewa sebagai menghargai anda sebagai pelanggan ummi...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails