Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Rabu, 29 Februari 2012

Dah Baca Ttg set 3M???Jom baca apa kata siti, pengguna set ini...

Salam sayang semua...SET 3M???Apa yang menarik tentang set ini???Memang set yang terhangat di pasaran dan glamour di kalangan ibu2 yang sedang menyusukan anak...Malahan bukan sedikit yang memberikan respons positif atas penggunaan set ini...Apa yang menarik dalam set ini, kalian boleh baca di sini..==>KLIK

SET 3 M
Kebetulan, malam ni..salah seorang customer ummi bernama Siti, pengguna set 3M turut memberikan reaksi positif atas penggunaan set ini...ini kata Siti melalui SMS nya kepada ummi...


" Dlu b4 mkn vit shaklee pam dpt 2-3 oz, tu pun jenuh amik masa..Skrg ni dlm 10-15 min bleh dpt 8-9 oz...1 hari 2 or 3 kali pam dpt la 15-18 oz. Plg byk 19..."


Tak lama lepas tu, Siti sms ummi lagi...ini katanya...


" td dok belek2 jadual bf, rupanya plg byk penah dpt 21 oz:-)"


Kemudian masuk lagi satu sms dr Siti...ini pula katanya...


" Lg 1 kan, psl keberkesanan vit c mmg terbukti. Hsbnd n mak mertua try 2 kali makan dh baik selsema.."


Haaaa...bestkan...jika kalian ingin berkongsi pengalaman menarik beliau ini, Siti boleh di hubungi melalui emailnya iaitu puteri_impian176@yahoo.com


##Nota : SET 3 M terdiri daripada:-
1) Vitalea

2) B Compleks

3) Vitamin C

4) Alfalfa

5) Ostematrix

6) ESP


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan ummi melalui

Email : nadeeyya_kk@yahoo.com
Call/sms : 012-3975808

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Selasa, 28 Februari 2012

SET 3 M YANG TERHANGAT DI PASARAN???ANDA DAH CUBA???

Salam sayang semua...Panasss Panassss...Memang ramai yang bersetuju...SET 3M adalah set yang paling LARIS sekarang ini...malahan jika sebelum ini ianya hanya popular di kalangan ibu yang menyusukan anak, tetapi rupanya kesannya turut di rasai oleh semua peringkat golongan...bayangkan betapa jimatnya apabila set ini boleh di kongsi antara suami dan isteri, anak dan ibu, ibu dan bapa malahan siapa sahaja yang sangat2 mementingkan kesihatan...

Ummi dan suami memang sgt2 sukakan set ini...ianya lengkap...dan memberikan kesan positif ke atas badan kami...orang kata bila badan sihat otak pun cerdas...itulah yang ummi inginkan...bukan apa, ummi cuba elakkan keluarga ummi bergantung dengan ubat2an...kerana apa???Mudahhh...kebanyakan ubat2an terutama yang berfungsi sebagai ubat tahan sakit kebiasaannya memberikan kesan buruk kepada buah pinggang pada jangka masa panjang...itu yang cuba ummi elakkan...

Kenapa ummi kata SET 3M ini sangat bagus kepada anda???Jom kita lihat apa yang ada dalam set ini dan kebaikannya kepada tubuh badan kita...

MULTIVITAMIN @ VITALEA
Ummi percaya semua orang tahu tentang multivitamin...tetapi tahukah anda bahawa multivitamin yang pertama di hasilkan adalah dari Shaklee???Ia di cipta seawal tahun 1915 dan menjadi produk yang paling di gemari ramai...Multivitamin dari Shaklee atau lebih di kenali sebagai Vitalea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.Malahan, Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
 

Apa kesan baik yang di perolehi hasil pengamalan Vitalea??

Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*

Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

Mengapa ummi memilih multivitamin dari Shaklee???
- Ia di sokong oleh 7 kajian klinikal.
- Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.
-Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*

Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

B COMPLEKS


Pernahkah anda teliti botol B Compleks anda???Adakah B compleks yang anda amalkan mengandungi 8 jenis vitamin B???Tahukah anda bahawa Vitamin B Compleks yang terbaik seharusnya mengandungi 8 jenis B...


B complex terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu
thiamin (B-1), riboflavin (B-2),niacin(B-3),pantothenic acid(B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin.
 
Apa kesan baik yang di perolehi hasil pengamalan B Compleks??

1) mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan


2) Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran

3) Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein,

4) Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina,

5) menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.

Mengapa ummi memilih B Compleks dari Shaklee??? 

 
Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik ntuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee. Secara ringkasnya Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri2 berikut :

§ Sistem penyerapan bioaktif berpaten
§ Kesemua lapan jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin
§ Peningkatan penghantaran zat
§ Tablet mudah ditelan

VITAMIN C


Vitamin c adalah vitamin yang sangat fragile.Ia mudah rosak pada suhu yang terlalu tinggi..Vitamin C atau askorbik acid amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin.


Apa kesan baik yang di perolehi hasil pengamalan Vitamin C??


Vitamin C membantu
pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.


Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
 

Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
 

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun) . Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C.


 Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,
Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

Mengapa ummi memilih Vitamin C dari Shaklee???


Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:

Kandungan Vitamin C yang tinggi.


Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *
sumber:Shaklee Malaysia

OSTEMATRIX @ KALSIUM MAGNESIUM
APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

Apa kesan baik yang di perolehi hasil pengamalan OSTEMATRIX?


-Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal*

-Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf*
-Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.*

Pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix sahaja berupaya menghasilakan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.

*Pengambilan kalsium sepanjang hayat juga diet yang seimbang serta senaman yang teratur berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.

Mengapa ummi memilih Ostematrix dari Shaklee???
Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.


OSTEMATRIX gabungan Calcium Magenisum lengkap dengan vitamin D… Sebiji OsteMatrix membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari..
 

PALING BAGUSNYA OSTEMATRIX INI KERANA IANYA TIDAK MENGANDUNGI SILICA GEL!!!

ENERGIZING SOY PROTEIN ATAU ESP

 

Fungsi utamanya ia MEMBEKALKAN TENAGA berkekalan dgn protein berasaskan tumbuhan...

Apa beza makanan yg tinggi karbohidrat dan tinggi protein dlm aspek membekalkan tenaga?


Utk makanan yg tinggi karbo (seperti gula-glucose type), ia akan terus dilepaskan dlm darah dgn cepat,shoot up then drop (kerana indeks glisemiknya tinggi,jd energy yg dibekalkan adalah dlm tempoh singkat

TETAPI

ESP (energizing Soy protein), glucosenya dilepas ke dlm darah sedikit demi sedikit (indeks glisemik rendah).. jadi ia mengawal paras gula dan tenaga yg dibekalkan berpanjangan..

INFO TAMBAHAN:
Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Apa dia ESP???


Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat ,sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya.Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.


Soy Protein Shaklee mengandungi 14 grm protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan lactose. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik . Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya. (GMO) dimana isa disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat.

Apa kesan baik yang di perolehi hasil pengamalan ESP?


- membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan

- Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.


- menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.


- Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.


- setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous.


- indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah.


Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


- tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.


- Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.

- Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet. Mengapa ummi memilih ESP dari Shaklee???

- Sumber terbaik daripada kacang soya

 
- Mengandungi protin lengkap (9 essential amino asid)
Vegetable source – soy
Kolesterol “zero” serta rendah lemak
PER(Protein Efficiency Ratio) yang tinggi – 2:5


- Mengenyangkan & sangat sesuai untuk orang yang mudah diserang gastrik (cthnya saya,ada masalah gastrik)

- Sesuai untuk orang yang ada Allergies


- Membantu badan menyerap kebaikan vitamin dengan lebih baik, supaya vitamin- vitamin tadi dapat memperbaiki sel- sel badan kita.





ALFALFA

 
Merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam 1950-an. Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil,bioflavonoid,pelbagai mineral dan vitamin.Tidak mengandungi fungisid,bakteriosid, hormon2 sintetik,pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia.


Apa kesan baik yang di perolehi hasil pengamalan ALFALFA?



Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
Melegakan sakit sendi dan belakang.
Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
Memberi kelegaan semasa haid.
Merawat arthitis
Bagus untuk elergi dan ekzema
Merawat asma
Mencuci usus bagi membuang toksik
Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang
Meneutralkan asid dalam badan
Merawat masalah keputihan pada wanita
Membesar dan menegangkan payudara
Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
Memulihkan urat selepas bersalin
Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
Meningkatkan stamina seorang suami
Melegakan sembelit

Mengapa ummi memilih alfalfa dari Shaklee??? 

Alfalfa Complex merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam 1950-an. Kami hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforous, zat besi, dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.

So, bestkan set ni???Lengkap untuk mereka yang sangat mementingkan kesihatan...ummi dan suami sangat2 sukakan set ini malahan kami turut sama2 berkongsi set ini..lebih jimatkan...abah kesayangan ummi pun turut ummi berikan set ini kerana ummi sedar kesihatan adalah sesuatu yang bernilai dan mencegah lebih baik dr mengubati...


##Nota : SET 3 M terdiri daripada:-
1) Vitalea
2) B Compleks
3) Vitamin C
4) Alfalfa
5) Ostematrix
6) ESP

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan ummi melalui

Email : nadeeyya_kk@yahoo.com
Call/sms : 012-3975808

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...



Ahad, 26 Februari 2012

Mengapa Bisnes Shaklee menjadi pilihan saya...

Salam sayang semua...seronok, happy, gembira, ada taman dalam hati...hmmm sukarnya menggambarkan perasaan ummi baru2 ini....Sabtu baru2 ini ummi akhirnya berjumpa dengan geng2 Euphoria Shaklee sebelah utara dan tentunya upline ummi yang sangat ummi kagumi iaitu Puan Norita Mohd Idris dan suami beliau En Naquib sanggup bersusah payah turun untuk sessi kali ini...terasa sangat akrab dan penuh harmoni pertemuan kami semua...selama ini hanya berkenalan di alam maya tetapi rupa2nya apabila bersua muka, ukhuwah yang terjalin lebih tersemat kukuh di dada...


Sejujurnya berbisness bukan bidang atau kemahiran ummi...di tambah pula dengan MLM...sangat2 ummi benci...tapi, benarlah kata orang TAK KENAL MAKA TAK CINTA...Ber Shaklee dan bernaung di bawah satu kumpulan besar seperti Euphoria (Nama group ummi dalam Bisness Shaklee) adalah sesuatu yang membuka mata ummi bahawa tidak semua MLM ini sama...Sebab2 ummi tidak gemar MLM kerana dahulu ummi fikir semua MLM sama...Method dan cara yang sama...Ini antara yang ummi paling tak suka bila berbisness MLM :-


1) Beli barang banyak2 (kalau boleh buat loan) - akhirnya barang tak boleh jual...tersadai kat rumah je...
2) Kena cari downline banyak2 supaya income tinggi - Dah macam paksa org lak jadi ahli...
3) Kena attend 'kelas' malam2 sampai tengah malam - Kalau ada anak kecik, habehhh...
4) Upline suka paksa2 tinggikan pembelian sbb nak banyakkan uv - tp tak fahamkan betul2 mcmana nak sucsess...
5) Untung mula2 je, pastu orang atas je yang untung...-kita kerja keras yg kaya orang atas...
6) Banyak masa dan tenaga kena guna sampai kadang2 ganggu kerja -haaa...silap2 guna waktu kerja gi wat demo..mana la nak berkat kan...pastu keje kat pejabat terganggu...sape nak jawab...
7) Upline beramah mesra masa bulan2 awal je pastu ghaib biarkan kita terkapai2 bisness sndiri...
8) Takde penerangan yang betul ttg produk yg di jual
9) Nak attend seminar kena pakai mcm baju orang korporat...- dah macam ahli politik jek
10) Sibuk kejar ranking pastu kejap je bertahan...


Sebenarnya kalau nak listkan banyak sgt sebab2 yang ummi pangkah terus MLM ni...tapi, sejak ummi join shaklee ni dan berada pula dalam group Euphoria ni...memang lain la sgt2...Malahan kerja asal ummi langsung tak terganggu...Sejak berbisness shaklee, ummi terasa bertambah dekat dengan Allah dan syukur alhamdulillah, di tengah2 bulan...ummi di bayar gaji kedua yang bukan sahaja mencecah ratusan malahan juga ribuan...siapa yg tak seronokkan mendapat duit tambahan di tengah2 bulan...dan yang sgt2 menggembirakan ummi oleh kerana semua vitamin2 yang ummi gunakan sekeluarga seolah2 di berikan secara percuma untuk ummi amalkan hasil dr pendapatan yang shaklee berikan ini...malahan ummi turut bersyukur kerana amalan yang hampir ummi lupakan iaitu bersedekah sudah menjadi satu rutin apabila kita mempunyai lebihan pendapatan...tetapi, RAHSIA KEJAYAAN sebenar group Euphoria ini hanya kami yang berada di dalamnya yang benar2 tahu..Dan serius ummi berani katakan bahawa ianya sangat2 berbeza dengan perkara2 yang ummi listkan sebab2 ummi tidak sukakan MLM dahulu...Tiada lagi stok terbengkalai, tidak perlukan modal yg besar (ukur baju di badan sendiri), tak perlu susah2 cari downline dsbnya...Anda harus cuba jika anda mahu berjaya seperti kami....


So, inilah rakaman saat2 manis pertemuan beberapa ahli Euphoria Utara yang sempat di rakam Sabtu yang lalu...

Gathering Utara yang sangat sempoiii..




Gambar Ihsan  Puan Norita Mohd Idris...


Ingin Join Group kami yang sangat best ni??Hubungi ummi di 0123975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Khamis, 23 Februari 2012

Apa kata pakar perbidanan tentang supplement semasa menyusukan anak????

Salam sayang semua...Memang benar ummi antara ibu menyusukan anak yang mengamalkan supplement sepanjang perjalanan penyusuan ummi...Malah, sepanjang ummi menggunakan supplement2 ini, ummi dapati ummi lebih bertenaga dan cergas malahan dengan tugas2 sibuk ummi serta tanggungjawab ummi sebagai seorang hamba allah, pekerja, ibu, anak dan juga isteri sangat2 menuntut pengorbanan yang bukan sedikit....malahan ummi harus kuat, berdisiplin, praktikal dan sangat2 versetile dalam semua segi...dalam masa sehari, ummi boleh menjadi seorang juru audit, cikgu, doktor (tak bertauliah), kaunselor, juru kira2, pembantu rumah dan banyak perkara lain yang adakalanya tidak terfikir dek akal....so, sape kata jadi wanita mudah???

Kerana itu apabila ada yg cuba mempertikaikan mengapa ummi harus mengambil supplement semasa menyusukan anak, ummi agak hairan...(walau anda seorang doktor sekalipun)...hanya kerana kita tahu bercakap mengenai fakta sahaja, jangan sesekali menafikan pengalaman juga adalah penting...bagi ummi kedua2nya sama2 penting kerana fakta yang di sokong oleh pengalaman adalah sesuatu yang lebih JELAS DAN CLEAR!!!Malahan dalam Law sendiri walaupun Fakta itu satu yang sgt2 penting tetapi ianya juga perlukan kepada kesaksian dan pemerhatian tepat agar Fakta sedia ada tidak terpesong...(Kan ummi dah cakap bab Undang2 pulak-tak pasal2)...


Kerana itu, apabila ummi amalkan kalsium dalam diet harian, ada pula yang mengatakan bahawa "owhh..tak perlu la ambil kalsium sbb badan kita sangat unik dan tahu menghasilkan kalsium sendiri...whattt???Kalau di lihat kalsium atau susu adalah antara minuman kegemaran Rasulullah SWT...mungkin zaman dahulu tiada istilah2 berkaitan kalsium dsbnya...tetapi setiap 'sejarah' ada sbb tersendiri utk renungan dan petunjuk utk umat pada masa kini...Sedarkah kita bahawa sebahagian besar daripada kalsium dalam badan terkandung di tulang dan gigi. Sejumlah kecil didapati dalam aliran darah bagi membawa nutrien memasuki membran sel selain menghasilkan hormon dan enzim untuk mengawal atur proses pencernaan dan metabolisme. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, pembekuan darah, penyembuhan luka dan pengecutan otot.

Kalsium perlu sentiasa berada dalam aliran darah bagi membolehkan ia menjalankan tugasnya. Jika paras kalsium dalam darah tidak mencukupi, tubuh akan mengambil kalsium daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis. Itukah yang kita inginkan???

Walaupun kalsium boleh didapati melalui diet, jumlah keperluan harian biasanya sukar dicapai. Pengambilan makanan tambahan kalsium biasanya disarankan bagi mengatasi masalah ini. Hanya dengan memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan.

Bagi golongan dewasa, keperluan harian adalah antara 1000 ke 1200 mg kalsium. Keperluan akan meningkat bagi golongan tertentu seperti wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak serta warga tua. Sumber makanan yang kaya dengan kalsium termasuklah susu, ikan salmon dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti kailan dan brokoli. (Adakah pemakanan ini yang anda ambil setiap hari???)

Ummi quote tips pemakanan semasa menyusu badan yang di tulis oleh seorang Pakar Perbidanan iaitu Dr Raja Juhaidah...
-----------------------------------
Beri tumpuan kepada wholegrain dan bijirin, buah-buahan segar, sayuran dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi. Adalah sangat penting untuk minum air dengan secukupnya untuk memastikan anda sentiasa well hydrated semasa menyusu.

Minumlah 8-10 gelas sehari, ketika menyusu badan, oxytocin dirembeskan dan ini akan membuat anda merasa dahaga, tetapi ia tidak mengurangkan bekalan susu anda.

Semasa mengandung, cuba kurangkan pengambilan minuman berkafin atau alkohol. Kafina bleh berkumpul di dalam susu badan dan boleh menyebabkan bayi anda terganggu.

Anda boleh meneka ada sesuatu yang tidak kena pada pemakanan anda sekiranya ia menyebabkan bayi anda menangis, fussy atau tidak dapat tidur dengan nyenyak.

Makanlah vitamin dan zat besi secukupnya semasa hamil supaya anda tidak mengalami anemia semasa hamil dan semasa pantang.


Amalkan memakan tablet kalsium kerana ia merupakanbahan yang penting untuk membina tulang bayi. Ramai ibu yang menyusukan bayi kekurangan kalsium lebih-lebih lagi selepas penyusuan eksklusif.
----------------------------------
Dan saya quote lagi satu pendapat oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,”


Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.---------------------------------------
Contoh yang boleh kita ambil...

==>sepohon pokok...salah satu sumber pentingnya utk hidup adalah air...mungkin dalam masa beberapa hari jika air tidak di siram, pokok masih boleh kekal hidup, hidup dengan air dr hujan sahaja semata2...tetapi jika kita tidak rajin menyiramnya setiap hari, akan suburkah pokok tersebut???Adakah setiap hari hujan akan turun???Pokok ini saya ibaratkan seperti tubuh manusia...air hujan pula adalah makanan yang kita makan setiap hari (samakah jenis dan pola pemakanan kita setiap hari???)...dan air yg kita siram (yang kita tambah) adalah ibarat supplement yg kita makan (yang kita tambah dlm diet harian) ...so, anda pasti tahukan...pokok manakah yg lebih subur???

Itu baru satu yang ummi kupas,..agaknya kalau ummi kupas satu persatu jenis vitamin yg ummi makan sepanjang penyusuan ini, maybe tak cukup ruang nak tulis kot(silap2 boleh buat thesis, hehehe)


Kerana itu, jangan mudah2 menyalahkan 'penjual vitamin' jika anda tidak memerlukannya...nyatakan sahaja secara baik bahawa pola pemakanan anda sudah lengkap dan tidak memerlukan vitamin...tidak perlu salahkan vitamin atau 'penjual vitamin'...samalah juga jika anda seorang nelayan atau pekebun...oleh kerana anda boleh menangkap ikan sendiri atau menanam sayur2an atau tumbuhan di kebun anda, jangan salahkan penjual ikan atau penjual sayur2an hanya kerana anda tidak memerlukannya...Manusia ini tiada yang sempurna, saling melengkapi dan bergantung antara satu sama lain...

Malahan, seharusnya kita tidak mempersendakan apabila 'penjual supplement' kekal mempertahankan prinsip asas penyusuan SUPPLY BASE ON DEMAND, ...sepatutnya kita bersyukur kerana si penjual tidak membabi buta secara melulu menjual vitamin2 ini tanpa sebarang ilmu...mungkin ada segelintir penjual sahaja yang kurang faham ttg aspek tersebut...


Isu tentang makan vitamin boleh banyakkan susu itu satu isu yang agak lapuk kerana ia samalah juga dengan MAKAN UNTUK KENYANG sedangkan penjelasannya kita makan adalah untuk memenuhi keperluan hidup...Tetapi manusia lbh suka membuat judge sesuatu yg mudah...


Contohnya ==> Makan Untuk kenyang = Makan Vitamin Untuk Banyakkan Susu...


Hakikatnya,  Makan untuk memenuhi keperluan hidup = Makan vitamin untuk memenuhi ruang2 kosong yang tidak memenuhi pola pemakanan yang di cadangkan...


Bonusnya...Perut Kenyang = Badan kekal cergas, sihat dan mood baik so, susu lbh lancar di hasilkan...


Tetapi konsep asas perlu pegang iaitu==>Untuk kenyang harus suap secara perlahan2 dan kunyah hingga lumat = Untuk penghasilan susu yg lancar perlu kosongkan breast supaya lbh susu di hasilkan...


Bagi ummi ianya sama sahaja...cuma keperluan manusia tidak sama...ada yang perlu dan ada yang tidak...selagi mana konsep asasnya sama, bagi ummi insya allah tiada yang terkeliru atau di kelirukan...cuma apalah salahnya lebih berhemah apabila memperkatakan sesuatu agar tidak mengguris hati mana2 pihak...


Tepuk dada tanyalah keperluan anda...Dan maaf jika ummi katakan inilah supplement yang ummi amalkan sepanjang ummi menyusukan anak sehingga lengkap 2 tahun...


 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan ummi melalui

Email : nadeeyya_kk@yahoo.com
Call/sms : 012-3975808

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...





Rabu, 22 Februari 2012

Adehhhh...sakitnya senak perutttt!!!

Salam sayang semua...Dari semalam ummi dah perasan, perut memulas2...mcm ada angin...ishhh...apa yg tak kena ni???Tapi ummi gagahkan jugak pergi ofis...tapi bila petang tu tekak mula rasa payau semacam dan mula hilang selera makan...perut pula mula rasa senak semacam dan endingnya muntah pula...ummi dah tak leh tahan...pregnant???opsss...bukannn...lambat lagi kot....


Balik rumah...peluh dah menitik2...sejuk pulak tuhh...orang kata peluh penyakittt...dan bila dah mula berulang alik ke toilet lbh 5 kali...sahihhh...cerry berry (bahasa sopan sikit) la nihhh...aduhaiii...ummi kalau dah kena penyakit berulang ke toilet ni memang terukkk...silap2 boleh dyhydrate...pucat lesi...tangan lak mcm parkinsonn...perut sebu jekkk...


Sudahnya hari ni ummi cuti je...nasibla sekarang semuanya pakai online...nak cuti pun online...so, malam semalam gak isi borang cuti guna hrmis...nak mc???ishhh...tak baik utk kesihatan skt...hehehe...takpe la...tahun ni pun tak pernah cuti lagi...ada 35 hari lagi tak bergerak2...


So, pagi tu..apa lagi...paksa gak diri telan roti sekeping...pastu telan nutriferon satu sachet...letak je kat lidah dan telan...pastu sapu minyak panas lak kat perut...sbb tak lalu makan, bancuh je energizing soy protein, performance drink dan meal shake (ambik anak punya...hehehe) segelas...alhamdulillah...pastu, tidooo...

Bangun tengahari tu (hahaha, lama gak tido)...jeng jeng jeng....alhamdulillah...perut dah tak bape sakit...tapi tekak still kering dan rasa payau...en husband balik ajak makan je kat luar...kebetulan ada customer nak barang shaklee, so ajak husband pergi branch shaklee kat seberang jaya...nasib baik la husband memang kebetulan ada urusan kat sana...so, satu jalan la...sebelum pergi telan lagi satu sachet nutriferon lepas alas perut lagi dgn segelas ESP + Meal Shake + Performance Drink...en husband lak dah siap2 bancuh satu tumbler air Performance Drink sebagai bekal perjalanan...(mcm la jauh sgt kan)....hehehe...

So, syukur la...semasa ummi menaip entry ini jam 5.30 petang, perut dah tak memulas2...tekak pun tak kering sgt mcm td dan badan pun rasa segar sket...alhamdulillah...so, lps ni dah tau la mcmana nak buatkan kalau sakit perut memulas2 lg @ cerry berry ni...hehehe...

By the way...inilah produk2 shaklee yang ummi makan tadi...

Nutriferon
3 produk ini yang ummi bancuhkan dlm satu bancuhan
 Tapi, Gambar Performance Drink tu dah bertukar yg baru...so, inilah Kulit Performance Drink yang baru...

Wajah Baru Performance Drink
Oklah, ummi nak pergi ambil anak2 ummi di nursery....jumpa lagi next entry....

##Kalau bebudak dua org ni tau ummi dia ambik Meal Shake depa....habehhhh...


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan ummi melalui

Email : nadeeyya_kk@yahoo.com
Call/sms : 012-3975808

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Jumaat, 17 Februari 2012

Anda ibu yang menyusukan anak???Berhati2 jika produk yang anda gunakan mengandungi KACIP FATIMAH!!!

Pokok Kacip Fatimah
Salam sayang semua...again ummi ingin share kan dengan kalian tentang penggunaan Kacip Fatimah...dahulu semasa ummi melahirkan anak, info yang ummi tahu adalah pengamalan Kacip Fatimah selepas melahirkan anak sangat2 bagus....ada banyak fungsi Kacip Fatimah terhadap kaum wanita dan kebiasaannya bahagian akar Kacip Fatimah ini akan di rebus untuk di minum. Seiring dengan perkembangan zaman, kini kacip fatimah juga boleh di dapati dalam bentuk kapsul bagi mereka yg tidak lalu untuk minum air rebusan Kacip Fatimah...

Sepertimana fungsi utama Tongkat Ali yang terkenal di kalangan kaum lelaki, Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumila telah digunakan secara turun temurun untuk membantu mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual.

Bukan itu sahaja, banyak lagi kegunaan yang di kesan mengenai kebaikan Kacip Fatimah ini:-

(1) Menambah tenaga dalaman wanita serta memperbaiki fungsi peranakan wanita lepas bersalin
(2) Sekiranya diambil ketika menstruasi, boleh membantu mengurangkan kesakitan (period pain) kerana ia mempunyai fungsi anti-dysmenorrhoea yang dapat membantu melancarkan pengaliran menstruasi
(3) Digunakan untuk memulihkan gangguan kepada sistem peranakan wanita seperti dysentery dan gonorrhoea
(4) Membantu menyeimbangkan hormon wanita dan mengatasi masalah lepas bersalin seperti kurang keinginan untuk bersama suami. Selain dari itu, ia juga dikatakan dapat menambah tenaga kewanitaan
(5) Membantu melangsingkan badan terutamanya dibahagian abdomen
(6) Sejenis herba anti-gas yang dapat membantu mengurangkan angin dari dalam badan
(7) Menguatkan sistem pertahanan badan dan seterusnya melegakan selesema
(8) Memperbaiki perjalanan darah serta membantu mengurangkan kesakitan pada sendi dan otot
(9) Kacip Fatimah juga dapat membantu mengurangkan masalahh sembelit serta mengembalikan rambut rosak

Sungguhpun begitu, jika anda adalah seorang ibu yang sedang hamil atau ibu yang menyusukan anak, walaupun anda teruja dengan pelbagai kegunaannya, ummi harap anda menjadi seorang ibu yang prihatin...fikirkan sama kesan2 sampingan yang mungkin di alami oleh si kecil anda...


Tahukah anda bahawa salah satu fungsi utama kacip fatimah iaitu cleansing effect dan ini menyebabkan ianya tidak sesuai digunakan oleh wanita mengandung dan wanita yang menyusukan anak.


Mengapa ummi katakan bahawa ianya TIDAK SESUAI UNTUK IBU HAMIL @ MENYUSUKAN ANAK????


Ini kerana disebabkan oleh kesan cleansing effect melalui penggunaan kacip fatimah, ia menjadi agent penyahtoksikan atau detoxifying agent yang sangat berkesan. Oleh itu, bahan-bahan toksin di dalam tubuh badan akan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan ( liang peluh, air kencing, najis dan juga susu ibu). Dengan demikian, ditakuti bayi yang disusukan akan minum susu yang mengandungi toksin yang dikumuhkan dari badan ibunya. Sekiranya ibu mengandung minum atau consume air kacip fatimah atau serbuk atau pil yang mengandungi kacip fatimah, kadang-kadang sistem badan ibu tak fully recognize janin yg membesar dalam perut tuh adalah bayi (kira macam sistem badan confuse. ingat ni benda asing yg patut dibuang/dikumuhkan) Kesannya akan menyebabkan keguguran.


Cuba baca petikan buku ini...


"Try to avoid doing what is called a major detox while breastfeeding or pregnant. This includes fasting, taking more than one or two cups of freshly juice or green-drinks per day, losing weight too quickly, (one pound per week is considered safe for breastfeeding mother), or using strong, detoxifying herbs, including chilantro (see below) or high dosages of chlorella (see page 269).


When a mother detoxes, toxins flood out into the bloodstream where they can crossover the placenta during pregnancy, or enter a breastfeeding mother’s milk. In pregnancy, this can impede the baby’s development. In breastfeeding, this may result in the baby becoming fussy, or coming down with a stuffy nose. Normal-terms babies are usually robust and can deal with a temporary increase in toxins, but there is no reason to put a baby to the test!"

Souce : Mother Food for Breastfeeding Mother ditulis oleh Hilary Jacobson (page 82)


Oleh itu, walaupun ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa Kacip Fatimah boleh memperbanyakkan kuantiti susu, tetapi dikhuatiri sebab tindakan detox oleh kacip fatimah menyebabkan badan membuang toxin melalui susu ibu. Lalu apakah agaknya bahan2 detox yang akan turut sama di minum oleh anak kita????Fikir2kan...dan pastikan kita elakkan sesuatu yg di kuatiri akan menjejaskan anak2 kita...


Kerana itulah, ummi lebih gemar mengamalkan Vitamin E atau lebih popular sebagai Vitamin Cinta untuk mendapatkan kesan yang lebih baik dr Kacip Fatimah...
Apakah fungsi dan kelebihan Vitamin E????

- Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

- Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara

· Melindungi paru2 dari pencemaran udara.

· Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

· Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.

· Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

· Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).

· Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.

· Merendahkan kadar kolesterol.

· Membantu mencegah kanser.

· Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.

· Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.
 

Hebatkan fungsinya???

Sumber makanan Vitamin E: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum


Sedikit panduan dalam memilih Vitamin E..

1. Pilih Vitamin E yg bersumber semulajadi ( boleh lihat pada label.. ada huruf d kecil (d-alfa tocoferol) menunjukkan ia sumber semulajadi. satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia)
2. Cari perkataan mixed tocopherol dlm label
3.Pilih Vit E yg berserta selenium
Dr ni tulis.. sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan ummi melalui


Email : nadeeyya_kk@yahoo.com

Call/sms : 012-3975808

 
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Khamis, 16 Februari 2012

Apa minuman 'penambah tenaga' anda???

Salam sayang semua...Pernah dengar Performance Drink???Tak pernah???Huishhhh...Rugi wooo...Bak kata orang...TAK KENAL MAKA TAK CINTA...bila dah 'jatuh cinta' terus la jadik obses...


Sebenarnya, obses atau kegilaan ummi sekeluarga kepada Performance Drink ni bermula sejak beberapa bulan nih...bermula dengan anak2 ummi demam...dah la badan dehydrate pastu tekak pun rasa pahit je...tak habis2 anak2 ummi berulang2 minum air ni...sedap katanya...macam ala2 oren tang...pastu badan pun rasa bertenaga jek...


Malahan, ini adalah minuman wajib yang akan ummi bekalkan buat suami ummi di tempat kerja...suami ummi ni kontraktor...so, memang kerjanya banyak kat site..bergelumang dgn panas terik...kalau dulu, berbotol2 100 plus di telannya...tapi sudahnya perut meragam sbb ada gas...pastu air gas ni biasanya banyak gula...mmg la cepat hilang haus tapi sbb banyak gula cepat la dahaga balik...silap2 leh kena kencing manis di buatnya...


Bermula itu, ummi try bg suami ummi bawa air Performance drink ni bila pergi keje...lama2 dah sedap hari2 bawa...letak lak kat peti ais,...perghhhh...memang terbaek....suami ummi memang suka sgt2...sbb katanya selain menghilangkan haus, tekak tak rasa kering....air ni mcm bagi tenaga...cergas je lps minum...


Jom tengok apa kelebihan Air Performance Drink ni...

 
Fakta mengenai Performance Drink yang ummi ingin share...


" Sejenis minuman elektrolit yang mengawal keseimbangan bendalir badan agar tidak kekeringan atau mencegah dehidrasi.


Mengandungi formula 3 jenis karbohidrat iaitu matodextrin, fructose & glucose yang penting untuk tenaga dan stamina.


Mengandungi formula unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah."




         So, inilah kandungan yang terdapat dalam performance drink...



Bagi mereka yang mudah merasa letih pulang dari kerja dan punya habit tidak suka telan vitamin maka performance drink la yang paling sesuai untuk golongan ini agar kekal bertenaga selepas seharian bekerja.(sebab itu ini adalah air wajib yang suami ummi bawa apabila pergi site)...
 
Malahan, ianya juga sgt sesuai untuk ibu yang sedang mengandung ataupun penghidap masalah diabetes ...(insya allah membantu mencegah dehidrasi, menyejukkan badan dan membekalkan tenaga berpanjangan)..kandungan gulanya yang sgt rendah membolehkan pesakit diabetes turut mengambilnya sebagai persediaan berpuasa ini...secara tidak langsung ianya sgt2 sesuai bagi mereka yang berpuasa...(jom baca kisah ummi masa waktu sahur tinggal beberapa minit dan bagaimana ummi lakukan utk kekal cergas mcm bersahur ==> KLIK SINI

Sejujurnya dahulu ummi dan suami ummi memang amalkan 100 plus sebagai minuman 'penambah tenaga'...tetapi setelah ummi mula mengamalkan performance drink ummi dapati ada perbezaan antara pengambilan 100 plus dan performance drink sebagai penambah tenaga...jom baca sini ==>KLIK SINI
  
Oh ya, hampir ummi terlupa...untuk kini Performance Drink telah berwajah baru...so, inilah 'kulit' baru bagi Performance Drink....

Wajah baru Performance Drink

Dan oleh kerana Performance Drink ni dah jadi minuman 'wajib' ummi sekeluarga dan minuman 'penambah tenaga' bagi suami ummi di tempat kerja, bekas2nya dah berlambak di rumah ummi (ada cadangan nak buat apa???)...


Mcm2 ada...PD, Milk Shake, Fiber pun ada...


Dalam erti kata lain...Shaklee Performance gives you the carbohydrate energy that your body needs for endurance, as well as fluids and a unique balance of electrolytes to help prevent dehydration.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan ummi melalui


Email : nadeeyya_kk@yahoo.com

Call/sms : 012-3975808

 
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails