Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Selasa, 28 Februari 2012

SET 3 M YANG TERHANGAT DI PASARAN???ANDA DAH CUBA???

Salam sayang semua...Panasss Panassss...Memang ramai yang bersetuju...SET 3M adalah set yang paling LARIS sekarang ini...malahan jika sebelum ini ianya hanya popular di kalangan ibu yang menyusukan anak, tetapi rupanya kesannya turut di rasai oleh semua peringkat golongan...bayangkan betapa jimatnya apabila set ini boleh di kongsi antara suami dan isteri, anak dan ibu, ibu dan bapa malahan siapa sahaja yang sangat2 mementingkan kesihatan...

Ummi dan suami memang sgt2 sukakan set ini...ianya lengkap...dan memberikan kesan positif ke atas badan kami...orang kata bila badan sihat otak pun cerdas...itulah yang ummi inginkan...bukan apa, ummi cuba elakkan keluarga ummi bergantung dengan ubat2an...kerana apa???Mudahhh...kebanyakan ubat2an terutama yang berfungsi sebagai ubat tahan sakit kebiasaannya memberikan kesan buruk kepada buah pinggang pada jangka masa panjang...itu yang cuba ummi elakkan...

Kenapa ummi kata SET 3M ini sangat bagus kepada anda???Jom kita lihat apa yang ada dalam set ini dan kebaikannya kepada tubuh badan kita...

MULTIVITAMIN @ VITALEA
Ummi percaya semua orang tahu tentang multivitamin...tetapi tahukah anda bahawa multivitamin yang pertama di hasilkan adalah dari Shaklee???Ia di cipta seawal tahun 1915 dan menjadi produk yang paling di gemari ramai...Multivitamin dari Shaklee atau lebih di kenali sebagai Vitalea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.Malahan, Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
 

Apa kesan baik yang di perolehi hasil pengamalan Vitalea??

Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*

Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

Mengapa ummi memilih multivitamin dari Shaklee???
- Ia di sokong oleh 7 kajian klinikal.
- Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.
-Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*

Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

B COMPLEKS


Pernahkah anda teliti botol B Compleks anda???Adakah B compleks yang anda amalkan mengandungi 8 jenis vitamin B???Tahukah anda bahawa Vitamin B Compleks yang terbaik seharusnya mengandungi 8 jenis B...


B complex terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu
thiamin (B-1), riboflavin (B-2),niacin(B-3),pantothenic acid(B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin.
 
Apa kesan baik yang di perolehi hasil pengamalan B Compleks??

1) mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan


2) Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran

3) Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein,

4) Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina,

5) menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.

Mengapa ummi memilih B Compleks dari Shaklee??? 

 
Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik ntuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee. Secara ringkasnya Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri2 berikut :

§ Sistem penyerapan bioaktif berpaten
§ Kesemua lapan jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin
§ Peningkatan penghantaran zat
§ Tablet mudah ditelan

VITAMIN C


Vitamin c adalah vitamin yang sangat fragile.Ia mudah rosak pada suhu yang terlalu tinggi..Vitamin C atau askorbik acid amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin.


Apa kesan baik yang di perolehi hasil pengamalan Vitamin C??


Vitamin C membantu
pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.


Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
 

Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
 

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun) . Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C.


 Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,
Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

Mengapa ummi memilih Vitamin C dari Shaklee???


Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:

Kandungan Vitamin C yang tinggi.


Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *
sumber:Shaklee Malaysia

OSTEMATRIX @ KALSIUM MAGNESIUM
APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

Apa kesan baik yang di perolehi hasil pengamalan OSTEMATRIX?


-Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal*

-Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf*
-Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.*

Pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix sahaja berupaya menghasilakan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.

*Pengambilan kalsium sepanjang hayat juga diet yang seimbang serta senaman yang teratur berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.

Mengapa ummi memilih Ostematrix dari Shaklee???
Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.


OSTEMATRIX gabungan Calcium Magenisum lengkap dengan vitamin D… Sebiji OsteMatrix membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari..
 

PALING BAGUSNYA OSTEMATRIX INI KERANA IANYA TIDAK MENGANDUNGI SILICA GEL!!!

ENERGIZING SOY PROTEIN ATAU ESP

 

Fungsi utamanya ia MEMBEKALKAN TENAGA berkekalan dgn protein berasaskan tumbuhan...

Apa beza makanan yg tinggi karbohidrat dan tinggi protein dlm aspek membekalkan tenaga?


Utk makanan yg tinggi karbo (seperti gula-glucose type), ia akan terus dilepaskan dlm darah dgn cepat,shoot up then drop (kerana indeks glisemiknya tinggi,jd energy yg dibekalkan adalah dlm tempoh singkat

TETAPI

ESP (energizing Soy protein), glucosenya dilepas ke dlm darah sedikit demi sedikit (indeks glisemik rendah).. jadi ia mengawal paras gula dan tenaga yg dibekalkan berpanjangan..

INFO TAMBAHAN:
Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Apa dia ESP???


Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat ,sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya.Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.


Soy Protein Shaklee mengandungi 14 grm protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan lactose. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik . Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya. (GMO) dimana isa disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat.

Apa kesan baik yang di perolehi hasil pengamalan ESP?


- membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan

- Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.


- menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.


- Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.


- setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous.


- indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah.


Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


- tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.


- Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.

- Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet. Mengapa ummi memilih ESP dari Shaklee???

- Sumber terbaik daripada kacang soya

 
- Mengandungi protin lengkap (9 essential amino asid)
Vegetable source – soy
Kolesterol “zero” serta rendah lemak
PER(Protein Efficiency Ratio) yang tinggi – 2:5


- Mengenyangkan & sangat sesuai untuk orang yang mudah diserang gastrik (cthnya saya,ada masalah gastrik)

- Sesuai untuk orang yang ada Allergies


- Membantu badan menyerap kebaikan vitamin dengan lebih baik, supaya vitamin- vitamin tadi dapat memperbaiki sel- sel badan kita.





ALFALFA

 
Merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam 1950-an. Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil,bioflavonoid,pelbagai mineral dan vitamin.Tidak mengandungi fungisid,bakteriosid, hormon2 sintetik,pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia.


Apa kesan baik yang di perolehi hasil pengamalan ALFALFA?



Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
Melegakan sakit sendi dan belakang.
Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
Memberi kelegaan semasa haid.
Merawat arthitis
Bagus untuk elergi dan ekzema
Merawat asma
Mencuci usus bagi membuang toksik
Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang
Meneutralkan asid dalam badan
Merawat masalah keputihan pada wanita
Membesar dan menegangkan payudara
Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
Memulihkan urat selepas bersalin
Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
Meningkatkan stamina seorang suami
Melegakan sembelit

Mengapa ummi memilih alfalfa dari Shaklee??? 

Alfalfa Complex merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam 1950-an. Kami hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforous, zat besi, dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.

So, bestkan set ni???Lengkap untuk mereka yang sangat mementingkan kesihatan...ummi dan suami sangat2 sukakan set ini malahan kami turut sama2 berkongsi set ini..lebih jimatkan...abah kesayangan ummi pun turut ummi berikan set ini kerana ummi sedar kesihatan adalah sesuatu yang bernilai dan mencegah lebih baik dr mengubati...


##Nota : SET 3 M terdiri daripada:-
1) Vitalea
2) B Compleks
3) Vitamin C
4) Alfalfa
5) Ostematrix
6) ESP

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan ummi melalui

Email : nadeeyya_kk@yahoo.com
Call/sms : 012-3975808

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails