Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Khamis, 21 Jun 2012

Mengapa set 3M sangat popular di kalangan ibu2 menyusukan anak???

Salam sayang semua....Ramai rupanya yang berminat dengan set ini sehinggakan set ini sekarang merupakan set paling demand di kalangan ibu2 yang menyusukan anak...Pernahkah kalian terfikir, MENGAPA AGAKNYA SET INI MENDAPAT PERMINTAAN YANG PALING TINGGI DI KALANGAN IBU YANG MENYUSUKAN ANAK???


Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix.
Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan,
si ibu yang nak mula menyimpan stok,
si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.


Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa set Tripple M? Ini kerana komposisi utama dalam susuibu adalah protien dan kalsium seterusnya semua zat vitamin dan garam mineral. Maka pengambilan protien dan kalsium yang mencukupi dalam diet harian membantu penghasilan susu dengan cepat provided si ibu kerap menyusukan anak atau pumping session yang konsisten.


Mari lihat apa kata pengguna set 3m...




* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

Apa kaitannya set ini dengan kesihatan ibu yang menyusukan anak???

Bagi ummi, kesihatan ibu mempengaruhi hasil perahan susuibu.
Ibu yang sihat, mood yang stabil dan bersemangat akan secara langsung membuatkan ibu itu kuat semangat dan terus berkeyakinan untuk terus membuat sesi perahan.

Ibu yang sakit atau tidak sihat akan mengganggu emosi si ibu. Apabila ini terjadi penghasilan susu akan terganggu dan si ibu akan hilang sedikit fokus dan semangat untuk meneruskan sesi perahan jika sakit itu berlarutan.


Ibu yang stress akan lebih hilang fokus pada dunia penyusuan. Tekanan yang dihadapi akan mengganggu emosi dan fikiran si ibu. Apabila ini terjadi susu akan mula menurun penghasilannya.

Ibu yang keletihan dan keletihan yang berterusan juga boleh mengganggu penghasilan susuibu. Ini kerana keletihan ini akan menyebabkan ibu secara perlahan-lahan rasa malas hendak mengepam dan ini akan menjejaskan penghasilan susuibu. Apabila ibu lebih, semua zat akan digunakan untuk proses pemulihan tubuh si ibu dan oleh kerana itulah adakala penghasilan susuibu terganggu terutama zat tidak diganti semula dengan sempurna.


Pengambilan vitamin membantu sedikit sebanyak mengisi kekosongan nutrien dan zat vitamin yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian


Kerana itu, semasa ummi menyusukan anak..set 3 m adalah teman baik ummi...sejujurnya ia sgt2 membantu ummi dalam memastikan badan ummi kekal segar, bertenaga dan cergas sepanjang hari... Alhamdulillah, ummi dapat completekan tempoh penyusuan 2 tahun penuh bg anak kedua ummi...

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Jumaat, 15 Jun 2012

Bagaimana menghadapi Bulan Ramadhan...

Salam sayang semua...wahhh..agak lama rupanya ummi tidak menulis di blog...maaf ye...ok lah...di sebabkan ummi menerima email yg agak banyak bertanya tentang Bagaimana Ummi Menghadapi Bulan Ramadhan semasa penyusuan, so dalam tajuk hari ini ummi ingin share kan sedikit pengalaman ummi semasa menyusukan anak di Bulan Ramadhan...maklumlah, tidak lama lagi Ramadhan akan menjelma..Sekarang pun dah ramai yang mula berlatih untuk berpuasa malahan ada juga yang berpuasa ganti...

So, bagi mereka yang mengamalkan supplement terutamanya ibu2 hamil dan ibu2 yang menyusukan anak, pasti lah sedikit kegusaran timbul untuk menghadapi ramadhan...Malahan, jika tidak kena caranya ada yang pasti akan merasa kehausan melampau, pening kepala malahan keletihan melampau...Antara sebab biasa yang berkaitan adalah, badan kurang air, kekurangan gula dalam darah, tidak cukup rehat atau tido, stress dan banyak lagi. Tapi, nasihat ummi pada kalian, JANGAN SESEKALI STRESS KERANA STRESS ANTARA PENYUMBANG KEPADA KEMERUDUMAN SUSU!!!

Manakala, bagi ibu yang menyusukan anak, persoalan mengenai adakah jumlah penghasilan susu akan berkurangan dan terjejas??? Dan bagi mereka yang mengambil supplement yang mana salah satu yang ummi sering tekankan adalah pengambilan air sekurang2nya 3 liter (pengambilan air bergantung kepada berat badan seseorang) selain mengepam secara konsisten dan memohon kepada allah...camner nak minum banyak sedangkan berpuasa...macamana nak minum air banyak dalam bulan puasa nanti...habis lah kalau susu merudum...hmmm...persoalan2 inilah yang kerap menghantui benak semua ibu2 di luar sana...

Hampir semua ibu2 di luar sana tahu bahawa lazim bg ibu menyusukan anak, hamil atau sesiapa sahaja, di syorkan untuk mengambil sebanyak 3 liter air sehari (bergantung pada berat badan seseorang)...InsyaAllah untuk minum 3l air tidak akan menjadi satu masalah kepada si ibu atau sesiapa jua pengamal tegar vitamin sepanjang bulan puasa ini. Pengambilan Performance Drink adalah sebagai satu langkah demi memastikan badan tidak dehydrate atau jika kita tidak dapat melengkapkan keperluan 3 liter air tadi.

SET 3 M

So, mari ummi sharekan dengan kalian bagaimana cara ummi mengamalkan vitamin2 ini sepanjang berpuasa...

Ini sekadar cadangan, bagi ibu2 yang boleh co-op dengan jadual pemakanan ini, sangat2 di alu2kan....


a) Waktu Sahur

* Teruskan pengambilan sebarang juadah sahur kalian (sprt nasi, kuih muih dan sebagainya).
* Oleh kerana kurma adalah amalan nabi SAW dan sgt baik di amalkan, ummi syorkan ambil sekurang2nya 3 biji kurma..
* Bancuhkan ESP + Performance Drink (jika ada Meal Shake tambahkan 1 sudu) dalam satu bancuhan...
* Makan 3 biji Alfalfa.
* Tutup waktu sahur dengan minum air kosong segelas, sambil bacakan surah al kauthar, berdoalah dalam hati (Mohon Allah banyakkan air susu sepertimana banyaknya air dalam sungai kauthar)..hembuskan pada air, dan minum..

b) Waktu Berbuka 

* Sebagai mengambil berkat amalkan ambil kurma terlebih dahulu.
* Makan juadah berbuka seperti biasa.
* Bancuhkan ESP + Performance Drink
(jika ada Meal Shake tambahkan 1 sudu) dalam satu bancuhan
* Makan 2 Biji Alfalfa.

c) Sebelum Tidur

* Bancuhkan ESP segelas
* Makan vitamin lain dlm set b (Vitalea, B Complex dan Vitamin C)

Inilah jadual paling mud
ah untuk diamalkan. Hanya bancuhkan 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance ke dalam 250 ml air. Boleh buat lebih pekat mengikut citarasa si ibu.


Testimonial Ibu Menyusukan semasa Bulan Ramadhan...
Testimonial Ibu BF yg menggunakan SET 3 M
 * Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

KLIK INI UNTUK TAHU TENTANG PERFORMANCE DRINK ==> KLIK
PERFORMANCE DRINK (NEW PACKAGING)

***Suami ummi juga adalah pengamal supplement...jadi jika anda bukan seorang ibu yang menyusukan anak, mungkin anda boleh amalkan sama seperti jadual di atas atau amalkan sahaja tripple gems (ESP, Meal Shake dan Performance Drink) yang di bancuh dlm satu cawan untuk memastikan anda mendapat tenaga tambahan seperti dalam Bulan Ramadhan nanti seperti yang di amalkan oleh suami ummi...So, boleh lah share utk satu family sbb wife dan husband amalkan benda yg sama:-) Kisah ini ada ummi coretkan di sini ==> KLIK
TRIPPLE GEMS

Malahan, buat suami tersayang dan anak2 kalian yg baru2 cuba2 untuk berpuasa, cara2 di atas juga boleh di praktikkan ke atas mereka..ataupun sekurang2nya mengamalkan performance drink untuk kekal bertenaga...ummi harap menunaikan ibadah puasa kali ini akan lebih menggembirakan kalian dan membuatkan kalian kekal bertenaga sehingga waktu berbuka...insya allahh..

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Isnin, 4 Jun 2012

Amazing story...Cyst Tak Jadi di bedah Malahan Hamil pula!!!

Salam sayang semua...minggu lepas ummi sgt2 bz dgn kenduri kawin adik ipar ummi...letihnya hanya allah sahaja yg tahu...tambah2 pula ni kenduri yang terakhir sbb semuanya dh 'berpunya'...hehehe...mujurlah penggunaan secara konsisten vitamin2 ini banyak membantu ummi dlm memastikan badan kekal cergas dan sihat...

Hari ini, ummi sebenarnya nak share dgn kalian satu kisah hebat...ini cerita benar sahabat sekerja ummi sendiri...Walaupun ummi telah minta keizinan beliau untuk share kisah beliau ni tetapi ummi tetap menghormati hak privasinya untuk tidak mendedahkan identiti sebenarnya...cukuplah ummi sebut namanya sebagai Puan M...

Jika tidak salah ummi kisah ini sebenarnya bermula sejak akhir tahun lepas lagi apabila Puan M mendapat khabar yang kurang baik dr doktor...jika tidak salah ummi, Puan M ni dah kahwin lbh dr 5 tahun tetapi masih belum di kurniakan anak...Pasangan suami isteri mana yang tidak inginkan anak...begitu jugalah keadaannya dengan Puan M serta suami..pelbagai ikhtiar dan usaha di lakukan dengan harapan membuahkan hasil, malangnya masih belum menunjukkan tanda2 positif...apa yang merunsingkan Puan M ialah, beliau tidak di datangi Haid berbulan2 lamanya...

Kerana itu, beliau ambil keputusan untuk check ke pakar...hasilnya sangat mengejutkan dan melemahkan semangat Puan M...doktor mendiognisa Puan M bahawa ada ketumbuhan atau Cyst sebesar 5.8 cm...dan yang lebih melemahkan semangatnya adalah doktor menyarankan agar cyst tersebut di buang melalui kaedah PEMBEDAHAN!!Terasa gelap seketika dunia beliau dan doktor memberikan tarikh berikutnya untuk pemeriksaan susulan...

Puan M berkongsi segala kesedihan dan kebimbangannya dengan ummi...Puan M bertegas enggan untuk menjalani operation...kerana itu, ummi sarankan Puan M mengamalkan GLA bersama Vitamin E sebagai ikhtiar di samping berdoa dan memohon ke hadrat yang maha esa...Ummi sharekan juga di sini doa yg di amalkan..

AYAT UNTUK MENGECILKAN SESUATU YANG MEMBESAR SEPERTI KANSER,BENGKAK,BISUL ATAU SENGATAN BERBISA DLL

Caranya : Sediakan 2 botol besar air mineral dan buka penutupnya,baca fatehah 3x dan lauanzalna 3x lalu tiup 10 saat pada air tadi.Sebotol buat minum 2x sehari dimulai baca bismillah dan fatehah 1x untuk 7 hari berturut-turut.Sebotol lagi buat sapu pada tempat yang membengkak tu 2x sehari selama 7 hari berturut-turut juga,insyaAllah sembuh..

2)Sekiranya tercekik tulang ketika makan boleh dibaca Lauanzalna sehingga habis pada segelas air dan minum.InsyaAllah akan terlepas tulang itu.

3)Boleh juga dibaca untuk memecahkan penyakit batu karang ,karang angin dsbnya 

 sumber :http://www.rawatanislam.org

Seingat ummi berbulan2 Puan M mengamalkan secara konsisten pengambilan vitamin2 ini di samping ummi turut memberikan nasihat serta cuba membantu mempositifkan Puan M agar tidak menyerah kalah..Bukankah Allah menyatakan bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya melainkan mati...

Sehinggalah akhirnya, pada bulan Mei baru2 ini, sepatutnya adalah tarikh terakhir untuk Puan M berjumpa doktor pakar untuk menentukan samada beliau harus di bedah atau tidak berikutan Puan M telah berkali2 mohon di tangguhkan operation ke atasnya untuk mencuba berubat menggunakan kaedah lain...

2 minggu sebelum tarikh yang di tetapkan, Puan M nekad ke sebuah hospital swasta untuk menjalani scan bagi mengetahui kondisi cyst tersebut...Alangkah gembiranya Puan M apabila doktor memberitahu bahawa cyst tersebut telah mengecil ke 1.4 cm dan confirm beliau tidak perlu di bedah...Malahan doktor turut menyampaikan berita gembira yang di nantikan oleh beliau suami isteri bahawa PUAN M TELAH HAMIL!!!Masih terbayang2 di mata ummi bagaimana gembiranya beliau kerana mendapat 2 berita yang sangat menggembirkan ini...

**Testimoni di atas adalah sekadar perkongsian dan hasil setiap vitamin berbeza mengikut individu  

So, ummi sharekan sedikit kelebihan Vitamin E dan GLA ini dengan kalian...
Khasiat Vitamin E
 

Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan  penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
Anti oksidan.
Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
Menyelesaikan masalah kelesuan.
Mengurangkan risiko parut yang besar.
Merendahkan kadar kolesterol.
Membantu mencegah kanser.
Merendahkan risiko katarak.

Kelebihan Vitamin E Complex Shaklee?


Vitamin E Complex Shaklee mengandungi Selenium. Ia adalah trace mineral yang amat penting untuk kesihatan. Selenium membantu dalam mencegah kanser.

Di dalam tubuh kita, selenium adalah komponen dalam sejenis enzim yang dipanggil glutathion peroxidase. Enzim ini wujud dalam cecair di dalam dan sekeliling sel dalam tubuh kita.

Tugasnya ialah menjaga sel dari dirosakkan oleh oksigen tak lengkap (radikal bebas) yang boleh menjadi punca kanser.

Selenium bekerja bersama-sama dengan Vitamin E yang terletak di dalam selaput sel untuk mempertahankan sel dan tisu badan kita daripada dimusnahkan.

Atas sebab itulah vita-E complex Shaklee (400IU) yang diperbuat daripada sumber semulajadi diperhebat dengan 10mcg selenium bagi melengkapkan fungsi vitamin E. Selenium, perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit.

 

Jadi, apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex nie?

Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
Membantu meningkatkan kesuburan - for those trying to conceive baby!
Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain
Membantu dalam menangani menopause
Menguatkan kuku dan rambut
Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
Membantu menangai ekzema
Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
Menguatkan imuniti tubuh
Memperlahankan proses penuaan
Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
Mengawal kencing manis dan darah tinggi
Mengawal kolesterol
Untuk fungsi saraf
*Source : Shaklee Malaysia

Kelebihan GLA Complex Shaklee?

1. Bahan Asid linoleik Gama hanya boleh didapat dari 3 tumbuhan (bijiran):-
- Evening Primerose Oil
- Black current
- Borage – minyak tertinggi 2 x ganda dari primerose & 50% lebih tinggi dari black current

2.Badan boleh membina GLAnya sendiri dengan menukarkan asid linoleik yang didapati secara semulajadi dalam minyak sayuran tetapi faktor-faktor seperti tekanan, penuaan, penyakit & pengambilan alkohol boleh menggangu proses penukaran tersebut. Oleh itu pemakanan tambahan GLA sangat di syorkan bagi memastikan tubuh mempunyai bekalan binaan yang mencukupi untuk postsglandin


3.Diuji secara klinikal untuk bioavailabiliti, serapan & gabungan ke dalam sel & tisu


4.Dari borage sumber semulajadi yang paling pekat asid lonileik gama


5.Setiap kapsul mengandungi 90 mg asid linoleik gama, 216 mg asid linoleik & 15 IU vitamin E


6.Di lindungi oleh Shaklee Guard – sistem anti –pengoksida semulajadi dipaten secara eksklusif bagi memastikan kestabilan dan kesegaran.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails