Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Khamis, 29 Mac 2012

Dahulu pengamal ubat2 tahan sakit...Sekarang tidak lagi, malah migraine pun turut hilang...

Salam sayang semua...agak lama blog terbiar berhabuk...bz memanjang dgn tugas seharian...di tambah pula dengan kenduri kendara sanak saudara...mmg tak sempat nak up date, mata pun dah mengantuk...


Hari ni ummi nak share dgn kalian kisah benar seorang rakan sekerja ummi yang lebih senang ummi panggil sebagai Emy...Kisahnya begini...


Dahulu, Emy sering mengalami masalah sakit kepala yg kuat atau lebih sinonim pada hr ini kita sebut sebagai migraine...apabila keadaan ini berlaku, emy akan menelan ponstant atau ubat tahan sakit bagi menghilangkan sakit kepala tersebut...keadaan ini sudah berlarutan agak lama sehingga lah sampai satu ketika apabila ubat tahan sakit yang di amalkan nya mula tidak berfungsi secara total utk menghilangkan sakitnya itu...


Kebetulan, ummi mendengar masalah yg di hadapinya..langsung ummi syorkan untuk Emy mencuba 3 jenis vitamin iaitu herblax, b compleks dan ostematrix...
Selang seminggu Emy mencuba secara konsisten ke tiga2 vitamin di atas, secara perlahan2 sakit kepala yg di deritainya mula beransur kurang...kini, hampir 3 minggu Emy mengamalkan vitamin2 tersebut secara konsisten...Baru tadi Emy memberitahu ummi bahawa migraine sudah jarang berlaku dan ini bermakna sudah 3 minggu jugalah Emy bebas dr sebarang pengambilan ponstant atau ubat tahan sakit...Mengapa ummi tidak galakkan pengambilan ponstant atau ubat tahan sakit secara berlarutan...INI KERANA PENGAMBILANNYA UNTUK TEMPOH MASA YG PANJANG BOLEH MENYEBABKAN KEROSAKAN PADA BUAH PINGGANG DAN INILAH YG TERJADI PADA ARWAH MAK UMMI DAHULU!!!


Malahan, kisah Emy ini tidak berhenti setakat penyembuhan sakit migrainenya sahaja...Emy juga berkongsi dengan ummi bahawa pengambilan vitamin2 tersebut membantu melawaskan sistem perkumuhannya, dan yang lebih menggembirankannya kerana Emy menjadi bertenaga dan cergas...Katanya mampu membuat kerja2 di rumah sehingga jam 11 malam tanpa rasa letih...Hmmm...inilah bonusnya...hasrat mula2 ambil vitamin hanya utk merawat masalah migrainenya sahaja..tetapi bonusnya badan beliau cergas dan sihat malahan sistem perkumuhan beliau juga sangat lawas...kata org Inggeris...I FEEL GOOD...hehehe...


So, kalian mempunyai masalah seperti Emy dan ingin berubah sepertinya???Perlukan bantuan ummi???
Hubungi ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms ummi di 012-3975808..

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Jumaat, 23 Mac 2012

Anda atau baby anda sembelit???Bagaimana nak atasinya???

Salam sayaang semua...hari minggu dtg lagi...perasan tak sekarang ni masa cepat betul berlalu...pejam celik pejam celik dah pun hr sabtu...


Hari ni, ummi nak share dengan kalian satu lagi pengalaman hebat yang di lalui sendiri oleh adik ummi ni, Erna...selama ini erna memang telah menggunakan set breastfeeding dalam penyusuannya...tetapi baru2 ini erna terfikir hendak menggunakan SET E yang mana kalsium mgnesium atau ostematrix adalah salah satu tambahan yang terdapat dalam set ini...


Sebelum ini, untuk pengetahuan kalian, baby erna dari sejak lahir sehingga kini berusia 5 bulan lebih, memang mempunyai masalah sembelit atau susah nak membuang...dari lahir sehingga usianya 5 bulan,bile nak membuang je mesti kena pam. Bayangkan lah...sejak di lahirkan hanya 2-3 kali sahaja dia membuang sendiri selain dr itu, setiap 5 hari sekali mesti erna harus gunakan pam untuk si kecil itu membuang...Bayangkan bagaimana hati seorang ibu yang sangat2 risau ttg keadaan ini...apa agaknya jadi dengan perut si kecil itu jika setiap 5 hari, pam di gunakan bagi membantunya membuang air besar???Telah bemacam2 cara di gunakan oleh erna bagi mengatasi masalah ini...sebut sahaja apa petuanya...apa yang harus erna makan, pasti akan di cuba...malangnya semuanya hanya berkesan pada diri erna sahaja, tetapi tidak pada si kecil...

Syukurlah Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang...Dia mendengar rintihan dan kegelisahan hati seorang ibu...erna tergerak hati untuk mencuba SET E yang turut mengandungi Kalsium Magnesium @ Ostematrix...Benarlah kata orang...TAK KENAL MAKA TAK CINTA...Memang confirm Erna dah jatuh cinta dengan OSTEMATRIX SHAKLEE...

Jom baca pengakuan beliau yang ummi copy paste dr blog beliau...Jom follow blog erna==> KLIK
Ini link bg kisah erna yg ummi ceritakan...==> KLIK SINI


Jom baca kisah menarik ini...(ummi copy bulat2 tanpa sebarang tambahan)...


Syukur al-hamdulillah akhirnya saya dipertemukan dengan kalsium ni..hehehe..Kalsium atau pun di Shaklee dikenali dengan nama OsteMatrix..x sangka baru seminggu amik OsteMatrix ni dah ade kesan..semalam dah bg suami test Ostematrix ni..xtau la ok ke tak..tu..kena tunggu dia blk pula minggu depan hehehe..sibuk sngat nak tau result org lain yg amik OsteMatrik ni smp result diri sendiri bole x perasaan..huhu

Heppi sngat rasa x sabar jek nak bagitau kak Nadia..sbb smalam mak bgtau baby sejak2 dah mkn osteMatrix ni baby dah melawas dengan senangnye..hehe..selang 2 hari mest dah membuang dengan sendirinya..syukur sngat..mlm tadi mmg dpn mata tgk baby membuang..tau macam mane perasaan saya? Ya Allah legaaaa sngat..hehe..ni sbb kesian kat baby..sebelum ni sejak habis pantang baby mmg sembelit teruk, susah nak membuang..malah saya sendiri dah mcm2 usaha buat..makan pun mcm2, tp bile mkn tu salunya saya je la yg melawas lebih..tp baby x pun..tu yg risau sangat..smp la umur 5 bulan ni mmg tiap kali nak membuang, selang 5 hari kena pam dulu..huhuhu..sedih..sian kat baby masa ni..
Tapi Al-Hamdulillah itu lah antara kelebihan OsteMatrix ni..bukan sahaja untuk gigi, gusi dan tulang yg kuat..tp berupaya juga membuat kita lawas dan selesa..nmpknye pasni dah jadi feberet la pula Oste ni hehe..

Bestkann...syukur alhamdulillah...berkat kesabaran dan tidak mudah berputus asa...akhirnya ada jalan penyelesaiannya...


Owh ye...jika kalian ingin mendapatkan vitamin2 shaklee dan berada di kawasan Hulu Selangor, Erna kini adalah seorang pengedar di sana...hubungi beliau melalui email iena_gie@yahoo.com atau sms erna di 019-2780131 atau pm erna di fb :-Iena Gie


##Jika kalian juga mempunyai masaalah yg sama seperti erna...boleh hubungi erna atau
Hubungi ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms ummi di012-3975808..

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Jumaat, 16 Mac 2012

Walaupun EP MOM harus memerah setiap kali anak menyusu tetapi sehari berjaya simpan 30 oz!!!Hebatnya ibu ini...

Salam sayang semua....agak lama ummi menyepikan diri...hehehe...cuti sekolah...seminggu ni ummi turun ke rumah abah ummi bawa cucu2 yang di rinduinya...seronoknya tak terkata saat dapat memeluk dan mencium tangan tua abah...tergambar keriangan di riak muka abah saat anak dan cucu tiba...mungkin satu hari nanti, saat2 anak ummi mula membesar dan bekerluarga, inilah juga keadaan yang ummi harus tempuhi....mudah2an semasa itu, anak2 ummi akan mengingati dan menghargai ummi...aminnnn...


Berbalik kepada kisah yang ummi ingin sharekan dengan kalian...Ibu ini namanya Nurul Shahidah...dahulu Nurul pernah menyusukan anak secara direct feeding...tetapi apabila ibu ini mula bekerja, anaknya menghadapi masalah keliru puting sehingga memaksa si ibu meneruskan penyusuan seperti ummi hanya dengan kaedah pengepaman (EP MOM)...pada mulanya si ibu ini enggan mengalah dan mencuba pelbagai kaedah termasuklah menggunakan fake nipple tetapi sayang sekali anaknya tetapi menolak...ibu mana yang tidak sedih terutama apabila anak menolak sama sekali menyusu secara direct dengan si ibu...rindu di hati tuhan sahaja yang tahu tambahan pula melihat sahabat2 lain tidak menghadapi masalah yang sama...


Sungguh pun begitu, ummi tabik sangat dengan Nurul kerana membulatkan tekad untuk meneruskan juga pemberian susu ibu walaupun dengan kaedah Pengepaman semata2...Semangat dan tekad yang cekal inilah yang di perlukan sebelum bergelar EP MOM kerana cabarannya sangat2 besar...susu harus tersedia tepat pada masanya malahan "stok susu juga harus ada"  untuk bekalan si anak di nursery semasa ibu ini bekerja...Lalu bagaimana seorang EP MOM seperti Nurul harus sentiasa menyediakan susu dan dalam masa yang sama harus mempunyai stok susu yang mencukupi buat si anak semasa si ibu bekerja???


SET 3M
Syukurlah Nurul faham bahawa badan yang penat dan letih, mood yang tidak stabil dan pemakanan yang tidak seimbang adalah faktor2 yang boleh menyumbang kepada kemerosotan susunya...kerana itu, bagi memastikan badannya kekal sihat, cergas dan sentiasa berfikiran positif, Nurul mengamalkan SET 3M sebagai bantuan...Baca tentang SET 3M disini ==> KLIK


Baru2 ini Nurul ada menghantar sms kepada ummi menceritakan kegembiraan beliau dalam menyusukan anaknya ....


"Salam kak nadia...alhamdulillah...dah 2 minggu nurul amalkan shaklee ni...bdn rasa segar, happy n paling penting...susu banyak....xpecially waktu mlm n pg...penah sekali pam...dpt 9 oz...dgr mcm skit kn...tp bg nurul...itu yang plg byk nurul dpt spnjg jd fulltime EP mom ni...dalam 1 hr...dpt simpan 30 oz...kdg2 dpt lbih lg...klu cuti...baby sll kenyang dpt fresh milk dari mummy dia.."

Masya allah!!!seronoknya ummi dengan pengalaman ibu ini...mudah2an menjadi semangat dan panduan buat semua ibu2 di luar sana...Nurul boleh di hubungi di  NURULSHAHIDA@sapuracrest.com.my

Ingin jadi seperti Nurul????Hubungi ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms ummi di012-3975808..


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Isnin, 12 Mac 2012

Susu Badan berkurangan???Apa yang anda tidak tahu???

Salam sayang semua...entry ini ummi buat sebagai menjawab pertanyaan beberapa ibu2 yang menghantar email kepada ummi bertanyakan perkara yang sama...Susu semakin berkurangan???Inilah kondisi di mana kebanyakan ibu2 mengharapkan perkara ini tidak terjadi malahan ianya umpama igauan ngeri setiap ibu yang menyusukan anak...


Keadaan ini sangat2 memeningkan ramai ibu2 apatah lagi apabila di lihat pola penyusuan di anak tetap sama...malahan sangat lama...semasa ini yang kerap kali di fikirkan adalah OWHHH SUSU SAYA TAK CUKUP LAGI UNTUK MENAMPUNG KEHENDAK ANAK SAYA!!!Persoalannya benarkah begitu???


Purata keadaan ini mula berlaku sebaik sahaja si anak mula di perkenalkan dengan solid food atau makanan tambahan seperti bubur nasi dll...kerana itu, kebanyakan bayi mula menunjukkan kurang menyusu tak kiralah direct feeding atau sebaliknya...


Malahan, base on pengalaman, apabila si bayi mula beralih bulan dan semakin meningkat usia, pattern atau tempoh masa tidur si anak turut berubah..kebiasaannya anak yang semakin membesar akan lebih lama tidur di waktu malam malahan ada yang terjaga hanya pada waktu siang...Secara tidak langsung kehendak penyusuan terutama di malam hari mula berkurangan...


Malangnya, ramai ibu2 yang mula menghela nafas lega kerana konon2nya si anak mula 'kurang demand', turut mengurangkan aktiviti 'mengosongkan payudara'...mungkin si ibu 'terlupa' bahawa konsep asas penyusuan iaitu pengosongan payudara secara kerap membantu menghasilkan susu yang banyak sepatutnya di teruskan seperti biasa...kerana apabila si ibu mula mengurangkan aktiviti ini, kesannya susu akan beransur kurang...


Terdapat juga beberapa ibu yang beranggapan, semakin jauh tempoh masa pengosongan payudara, maka semakin banyak susu akan di hasilkan...benarkah begitu???Mungkin pada masa itu, memang benar susu yang di perah keluar di lihat lebih byk dari biasa tetapi tanpa sedar, dalam masa yang sama otak mula tolerate dengan hormon2 oksitosin dan prolaktin untuk arahan pengurangan susu berlaku...Mengapa???Kerana susu yang terkumpul dalam tempoh yang lama itu, seolah2 memberikan isyarat bahawa ianya tidak di perlukan dalam kuantiti yang banyak...malahan 'gesaan lebih banyak susu yang patut di hasilkan' juga mula bertindak perlahan sesuai dengan 'perlahan atau kurangnya' aktiviti pengosongan payudara yang di lakukan oleh si ibu tadi...


Terdapat juga situasi di mana bayi kelihatan seolah2 menyusu dari payudara si ibu tetapi sebenarnya tidak sepenuhnya...Pernahkah kalian terfikir bahawa situasi sebegini juga boleh berlaku dan lazimnya bayi di lihat menyusu dengan kadar yang lama tetapi susu yang di perolehi sangat sedikit...Ini ibarat seperti aktiviti mengosongkan sebuah kolam yang besar dengan menggunakan straw!!!Alangkah!!!!Aktiviti ini di sebut juga sebagai nibbling...


Bagaimanakah kalian dapat memastikan bahawa bayi kalian tergolong atau tidak dalam golongan NIBBLING ini???Cuba perhatikan bentuk gaya bayi anda menyusu...Bagi bayi yang menyusu dengan betul, ini boleh di lihat dengan apabila bayi menghisap, dagunya akan berhenti seketika, di mana ketika inilah susu akan di sedut keluar ke mulut...Lebih lama ianya berhenti, maka lebih banyaklah susu yang di perolehinya...So, secara jelasnya, bayi yang menyusu dengan kaedah yang betul akan lebih mudah kenyang hanya dlm tempoh masa yang singkat sekitar 15-20 minit berbanding dengan bayi yang nibbling yang menyusu berjam2 lamanya tetapi masih tidak cukup2 susu...So, ibu2, sila perhatian corak gaya bayi2 anda menyusu ye...


Satu lagi situasi di mana ianya terutamanya kerap berlaku bagi bayi yang sudah terbiasa menggunakan botol susu yang beraliran laju...apabila si bayi di berikan susu secara direct feeding yang mana alirannya lebih perlahan dari aliran dr puting botol susu, si bayi akan mudah melepaskan puting...mungkin si bayi mula merasa malas atau menyangka susu telah pun habis!!!So, pastikan si ibu membantu keadaan ini dengan turut mengurut secara perlahan2 di kawasan kelenjar susu (atas sedikit dr aerola) bagi memastikan pengaliran susu akan lebih deras...Inilah yang di panggil atau di sebut juga sebagai Breast Compression...


Oleh itu, bagi ibu2 yang mendapati pola atau corak penyusuan si anak mula berlainan dan tidak sekerap dahulu terutamanya pada malam hari (si anak tidur lebih lama), pastikan kalian merangsang terus pengeluaran susu dengan mengepam payudara antara senggang waktu tersebut...yang penting kekalkan momentum atau waktu penyusuan itu seperti dahulu kerana apabila badan sudah di latih mengikut jadual pengeluaran susu yang sama dan berkala, maka sudah pasti pada waktu yang sama juga, susu akan mula keluar walaupun semasa itu bayi anda tidak memerlukannya...


Situasi2 ini kebiasaannya berlaku kepada bayi yang cepat mengantuk/tertidur semasa menyusu, bayi yang mudah terganggu dengan persekitaran ketika menyusu,bayi yang tidak kerap menyusu, bayi yang dalam keadaan tidak sihat e.g: demam, selsema dan sebagainya. Jika kita juga turut terikut2 dengan keadaan ini dan mengurangkan aktiviti mengosongkan payudara, maka susu akan mula berkurangan...


Dan setelah semua perkara2 di atas di ambil kira,perhatikan juga pola pemakanan kalian dan diet seharian...adakah memenuhi pola pemakanan yang di cadangkan atau 'ikut sempat sahaja'???Walaupun tidak di nafikan susu yang terhasil kekal berkhasiat tetapi bayangkan ibarat ini...


Enjin kereta apabila di servis akan menggunakan minyak2 tertentu...ada yang high quality malahan ada juga yang kualitinya biasa2 sahaja...kedua2 jenis ini tetap bagus dan boleh menggerakkan enjin dengan baik tetapi bezanya bagi kereta yang menggunakan minyak enjin yang baik, maka tempoh hayat enjin akan lbh lama berbanding yang menggunakan minyak enjin yang biasa...


So, jangan cepat melatah apabila anda mendapati susu anda mula berkurangan...cuba check satu2 persatu keadaan2 di atas...atau tanyalah diri anda sendiri mungkinkah anda telah mengurangkan aktiviti pengosongan payudara atau mungkin anda mengambil remeh soal pemakanan anda???Jawapannya ada pada diri anda...


Source: Kelly Mom


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Khamis, 8 Mac 2012

Lepas bersalin susu tak keluar???

Salam sayang semua...beberapa hari ini, ummi menerima beberapa call, sms dan email yang bertanyakan perkara yang sama..." Kak Nadia, saya baru sahaja lepas bersalin...masalah saya ialah susu saya tak keluar...boleh akak bantu saya mcmana nak bg susu saya jadi banyak???"...Malahan, persoalan ini juga kerap kali beberapa sahabat ummi ajukan...Benarkah selepas sahaja bersalin, susu yang keluar terlalu sedikit atau tidak keluar langsung???

So, persoalan yang cuba ummi timbulkan di sini...benarkah susu kita yang tidak cukup atau "anggapan kita semata2???"


Ummi masih ingat lagi detik2 indah ummi semasa melahirkan anak sulung ummi, Syasya...semasa itu, ummi tiada pengalaman malahan tiada ilmu langsung tentang breastfeeding...apabila nurse meletakkan anak ummi di sebelah (Rooming)...ummi terpinga2...sudahnya apabila anak ummi menangis, ummi dalam keadaan terkial2 mencari posisi yang betul, cuba menyusukan anak ummi...semasa itu, ummi perasan tiada langsung air susu yang terhasil apatah lagi meleleh2 seperti yang di gambarkan!!!Di tambah pula dengan masalah inverted nipple, memang ummi rasa mcm nak nangis...apa yang ummi buat, hanya suakan jua breast dengan harapan susu akan keluar...tetapi malangnya, anak ummi terus2an menangis dan semasa itu yang tergambar di fikiran ummi cuma satu...Ummi tak ada susu!!!!Ya Allah, semasa itu, tekanan lebih mendalam apabila anak menangis, sudahnya dengan ummi2 sekali menangis...semasa itu, ummi cuba juga pelbagai cara untuk mengatasi masalah inverted nipple sehingga akhirnya ummi pasrah...ummi ambil keputusan menggunakan pam susu yang di sediakan oleh pihak hospital semasa itu (kalau tak salah ummi spectra 7)...Maka bermulalah aktiviti mengepam dengan harapan rangsangan ini membantu penghasilan susu di keluarkan...


Sehari suntuk ummi mengepam tanpa jemu...hingga adakalanya nurse memberikan juga susu hospital apabila tiada langsung susu yang di hasilkan...kecewa???memang ada terselit di hati tetapi apa yang mampu ummi buat...ummi sudah berusaha tetapi masih tidak berjaya...


Menjelang tengah malam, setelah seharian mencuba terus mengepam namun tiada juga susu yang terhasil, ummi mula berputus asa...di tambah dengan keupayaan ummi yang terbatas kerana operation, ummi sgt2 tertekan...mujurlah mak mertua dan mak tiri ummi datang memberikan kata2 sokongan dan membantu melegakan hati ummi yang mula rasa pasrah...


Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa...Tidak sekali2 Dia akan menzalimi hambanya...sebaik sahaja ummi selesai membersihkan diri dan menukar baju bersih pada pagi hari itu (hari ke 3 ummi bersalin)...rakan sebelah katil ummi menegur..."Kak, Susu ke yang basah kat baju akak tu"...Ya Allah...hampir menangis ummi apabila melihat baju ummi mula basah dengan air susu yang mula keluar..tanpa lengah, ummi pam payudara dan hasilnya...1 oz!!!Ummi sangat gembira...tambah2 bila ummi suapkan anak ummi sehingga tertidur...ummi rasa satu kepuasan yang tak terhingga...


So, moral of the story, pastikan kalian susukan anak2 dengan kerap (jangan pam mcm ummi (kalau boleh) sbb stimulate dr baby is much2 better)...kerana penghisapan dari bayi akan mempercepatkan penghasilan air susu. Kebiasaannya pada hari pertama dan hari kedua selepas kelahiran, susu yang di hasilkan sangat sedikit malahan ada sesetengah yang tiada langsung!!!Kerana itu, rangsangan dari hisapan bayi sangat penting bagi memastikan penghasilan susu lebih cepat di hasilkan.Harus di ingat, antara satu ibu dengan satu ibu yang lain tidak akan sama keadaannya...Mungkin ada yang sudah terhasil susu pada hari kedua, atau ketiga tetapi ada juga yang hanya menghasilkan susu hanya pada hari keempat atau kelima...malahan mungkin lebih lama lagi...


Bagi ibu2 baru, mungkin keadaan ini boleh menimbulkan reaksi negatif di tambah dengan kata2 orang sekeliling bahawa susu tiada!!!Apatah lagi proses penyusuan itu masih lagi satu yang baru dan tidak mustahil kalian masih kekok melakukannya...Malahan ada sesetengah ibu yang masih ragu2 dengan  keupayaan mereka menyusukan anak dan merasa terkejut apabila bayi menghisap dengan kuat sehingga menimbulkan ketidak selesaan kepada si ibu...Jangan mengalah dengan keadaan ini kerana 'Practise make perfect"!!!Jangan sekali2 terus berputus asa dan teruskan pemberian susu dengan mengekalkan penghisapan bayi secara berulang2 kali sehingga susu di rangsang keluar seperti mana yang di harapkan...Ingat ye...Hisapan bayi adalah penting di awal2 kelahiran!!!


So, mungkin inilah antara yang sering berlegar dan bermain di fikiran ibu2 muda di luar sana :-
a) Sering terfikir bahawa susu saya tak cukup
b) Tidak mempraktikkan hisapan bayi sebagai stimulate pertama
c) Tidak tahu bahawa yang keluar di awal2 kelahiran hanyanya kolestrum dan bukannya susu yang memancut2
d) Terpengaruh dengan pujukan orang sekeliling bahawa susu kita sikit atau tak cukup
e) Sangat2 stress apabila susu tidak keluar


Oleh itu, positifkan diri kalian...fikirkan yang terbaik buat anak anda...owh ya...sebagai menenangkan hati kalian, meh ummi share berapa jumlah susu yang di perlukan oleh bayi yang baru di lahirkan...Jangan terkejuttt...


Nampak tu???sikitkan...so, tak perlu2 susah2 hati bila tgk susu sikit...Allah cipta sesuatu tu untuk menyenangkan kita bukannya untuk menyusahkan kita...cuba tengok...selalu kita dengar kan ramai ibu2 di luar sana mengeluh...susu saya tak cukup la...anak saya asyik nak minum susu jee...bergayut lama sgt...tp hakikatnya baru ummi sedar mengapa anak ummi habis je 3 @ 4 oz (semasa berumur 1 tahun) dia akan tolak botol susu (pandai..anak ummi) tambah2 dia dah makan bubur nasi...sbb perutnya dah penuh rupanya...dan bayangkan kalau kita beri susu melebihi jumlah di atas....meleleh beb....patutnya keluar balik...(that's why banyak bayi yg kerap muak susu agaknya)


Kelaziman pemikiran kita...bila anak menangis, pasti lah kita akan cakap...oh nak susu ni....lalu kita akan sumbatkan mulutnya dengan susu tanpa kita menyedari bahawa ianya 'menyeksa' perut anak kita...Ada sebab2 lain mengapa anak kita menangis antaranya:
a) sakit perut
b) Hidung tersumbat
c) Nak tidur-ngantuk
d) demam
e) nak manja dengan ibu- nak suruh peluk la
dan banyak sebab2 lain (dah ada buku pun tentang sebab2 anak menangis ni, cuba cari kat kedai buku)...apakah kita tidak peka dengan keadaan anak kita dan mengambil jalan mudah dengan menyumbatkan susu (hingga melimpah!!!) untuk bg anak senyap...masya allah...sgt la silap kannn...so, pastikan benar2 apakah sbb anak menangis dan bukan lah terus sumbat susu ke mulut untuk senyapkan baby...


So, ibu2 muda di luar sana....jangan susah2 hati ye...amalkan sahaja pemakanan seimbang...malahan vitamin2 yang di bekalkan oleh pihak hospital tu, amalkan terus demi memastikan kesihatan kita di tahap optimum...bagi ummi, badan si ibu harus sentiasa cergas dan segar kerana ianya ibarat enjin yang menjadi tonggak penting dalam menjayakan penyusuan ibu itu sendiri...setahu ummi dahulu semasa ummi keluar hospital, ummi dibekalkan dengan multivitamin, ascorbic asid (vitamin c), b compleks dan asid folik...malahan ummi di nasihatkan agar meningkatkan pengambilan protein dan zat besi agar susu yang ummi hasilkan lebih variety (ini nasihat dr doctor bukan pakar supplement ye)...so, alhamdulillah, ummi berjaya menyusukan anak selama 2 tahun penuh dan pengalaman tersebut menjadi pengalaman paling manis sepanjang ummi bergelar seorang ibu...Semoga memberikan semangat dan nafas baru bagi semua ibu2 di luar sana ye..HAPPY BREASTFEEDING DAN TERUSKAN NIAT MURNI KALIAN UNTUK TERUS MENYUSUKAN ANAK SELAMA YANG MUNGKIN...


Dan jika kalian perlukan sokongan dan bantuan serta ingin berkongsi pengalaman penyusuan dengan ummi, sms ummi di 012-3975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Ahad, 4 Mac 2012

Power Pumping dan keberkesanannya...Anda harus cuba!!!

Salam sayang semua...Hari ni ummi menerima email yang berturut2 bertanyakan tentang Power Pumping dan Hyperstimulation...Samakah kedua2nya???Ntah la tapi bagi ummi ianya sama kerana konsepnya sama....Ianya adalah satu kaedah atau teknik pengepaman yang intensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu. 

Jika di tanya kepada ummi, bagaimanakah cara Power Pumping ini di lakukan??Menurut pembacaan ummi di laman2 web penyusuan dan pengalaman ummi sendiri melakukan power pumping ini, kebiasaannya satu waktu di pilih iaitu sekitar 60 minit atau satu jam...aktiviti pengepaman akan di mulakan selama 10 minit, kemudian berhenti selama 10 minit...seterusnya pam semula selama 10 minit dan berhenti sekali lg selama 10 minit...begitu la aktiviti ini di lakukan berulang2 kali sehingga 60 minit berakhir...

Contoh paling mudah untuk memudahkan pemahaman ialah begini:

Power Pumping di mulakan pada jam 12 malam...

1) Pam pertama = Dari jam 12.00 hingga 12.10 minit
2) Berhenti pam = Dari jam 12.10 minit hingga 12.20 minit
3) Pam semula = Dari jam 12.20 minit hingga 12.30
4) Berhenti pam = Dari jam 12.30 minit hingga 12.40 minit
5) Pam semula = Dari jam 12.40 minit hingga 12.50 minit
6) Berhenti Pam - Dari jam 12.50 minit hingga 1 pagi


Kalau ikut dah cukup dah sejam tapi ummi lebih suka kalau tambah satu lagi sessi pengepaman antara jam 1 pagi hingga 1.10 pagi...enough....so dapat 4 kali pengepaman dah tu...dan kebiasaannya hasilnya boleh juga mencecah 5-6 oz keseluruhannya...tetapi harus ummi ingatkan...bahawa setiap orang berlainan jumlahnya...so, bagi ummi, kerana power pumping ini dibuat untuk merangsang penghasilan susu, jika jumlahnya hanya titik2 susu atau angin sahaja yang keluar tanpa sebarang hasil, tidak mengapa...yang penting adalah kemahuan kita dan niat kita untuk berusaha mempertingkatkan penghasilan susu itu...


Dan, setiap jumlah perahan  antara satu waktu dengan satu waktu yang lain itu, boleh di campurkan antara satu sama lain, cuma make sure setiap hasil perahan itu di sejukkan terlebih dahulu di peti ais bawah...apabila suhunya telah sama (sekitar 1 atau 1 jam setengah anggaran), barulah semua hasil perahan power pumping tersebut boleh di satukan dalam satu bekas...


Satu lagi, oleh kerana kekerapan masa pengepaman ini sepanjang power pumping ini di jalankan, maka untuk memudahkan, antara senggang waktu tersebut, corong pam (breast shield) bolehlah di masukkan ke dalam peti ais tanpa perlu di basuh (jangan masukkan dengan mesinnya sekali sudah lah)...


Bilakah waktu yang sesuai di buat Power Pumping???
Jika menurut pengalaman ummi, waktu yang paling suka ummi buat adalah pada waktu tengah malam atau sebelum tidur...ini kerana bagi ummi hormon prolaktin adalah sangat tinggi pada waktu2 sebegini...Sungguhpun begitu, ianya tetap juga bergantung kepada keselesaan masing dan waktu yang sesuai...yang penting si ibu melakukannya dalam keadaan tenang dan terkawal...Base on pengalaman ummi juga, ummi amalkan power pumping ini di buat setiap hari sebanyak sekali sahaja tetapi jika ummi mendapati jumlah perahan mula menyusut (akibat terskip jadual banyak kali biasanya), maka barulah ummi akan tingkatkan kekerapan power pumping kepada 2 kali iaitu biasanya di waktu siang di tempat kerja...


So, kalian harus manage jadual pengepaman sebaik2nya...nasihat ummi, kalian masukkan sekali salah satu dalam jadual seharian pengepaman itu, satu waktu untuk kalian buat power pumping...insya allah, hasilnya sangat berbaloi2 dan ummi percaya dan yakin, base on pengalaman ummi, dengan memasukkan power pumping dalam jadual pengepaman kalian setiap hari, hasil susu perahan kalian secara perlahan2 akan meningkat...Selamat Mencuba dan Happy Breastfeeding!!!


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Jumaat, 2 Mac 2012

Anda memerlukan bantuan kacamata???Mungkin anda juga memerlukan bantuan Carotomax!!!

Salam sayang semua...hari ini rasa seronok pula dapat bersembang dengan adik ummi Norwina...sempat juga beliau bercerita tentang condition suaminya yang mengamalkan Carotomax dan berjaya mengurangkan power kacamata...sungguh teruja ummi mendengarnya...(nanti ummi share testimonial suami dia utk tatapan kalian-next entry okeyyy)...


Berbalik kepada produk Carotomax ni, sejujurnya ummi sendiri belum pernah mencubanya...(Insya allah, bulan ni ummi akan cuba, nanti ummi share dgn kalian pengalaman ummi ye)...Tertarik juga kerana bulan ini carotomax menjadi pilihan shaklee untuk offer...so, jom kita baca sama2 maklumat tentang CAROTOMAX dan bagaimana ia berfungsi...

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•    Memelihara kesihatan yang baik. *

•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan
      pertumbuhan tisu. *
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput
      lendir. *

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

 
 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Source : Shaklee 
 

Yang lebih istimewanya Carotomax dari shaklee kerana ia terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik...




- "Beta Karotena" = 102 porsi Pisang
- "Lycopena" = 714 porsi Aprikot
- "Lutein dan Zeaxanthin" = 285 porsi pink grapefruit

- "Alpha karoten" = 89 porsi Raspberi
Baru 5...mana lagi satu kandungan Karotenoid terbaik tu???Inilah yang specialnya shaklee...Memperkenalkan new improvement Carotomax dari Shaklee yang di tambah dengan "Astaxanthin"...Tadaaaaa...
Click to enlarge
Source : Shaklee

Bestkan fakta tentang Carotomax ni...nanti next entry ummi akan sharekan dengan kalian testimonial pengguna carotomax yang telah berjaya menurunkan power kacamatanya dengan pengamalan carotomax...

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan ummi melalui

Email : nadeeyya_kk@yahoo.com
Call/sms : 012-3975808

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Lagi testimonial pengguna 3M yang berpuas hati dengan set ini...

Salam sayang semua...again, ummi nak share sekali lagi kisah seorang lagi adik ummi yang sangat berpuas hati setelah menggunakan set 3 M...Apa yang terkandung dalam set yang sangat popular dan mendapat permintaan tinggi ini boleh di baca di sini==> KLIK

Berikut adalah sms yang ummi terima dari adik ummi hari ini, Nurul Shahida, pengguna set 3M...
SET 3 M YANG PALING HOT DAN TERLARIS!!!

" Salam kak...nurul dh start mkn set tu...buat permulaan, hasil cuma naik sikit je...tp yg sgt2 nurul prasan wrne susu...kuning n pekat sgt2...syukur sgt2 sbb b4 ni susu agak cair n kdg2 wrne mcm air...mlm ni nk buat pp...x sbrnye..."

Dan sms berikutnya dr nurul...

"oh ye...hr ni kat opis...x ngantuk lgsg n x stress mcm selalu...senyum je..."

Alhamdulillah...ummi sgt2 happy mendengar perkembangan ini...itulah doa ummi setiap kali ada pembeli tak kira siapa pun anda..."Ya Allah, berikan manfaat dan perubahan terbaik dalam hidup si polan bin si polan hasil dari penggunaan vitamin2 yang di gunakannya ini...Dan permudahkan lah urusan dan kehendak mereka atas setiap pembelian mereka ini...Aminnn..."

Anda ingin berkongsi pengalaman hebat ini bersama nurul???Nurul boleh dihubungi melalui email iaitu  NURULSHAHIDA@sapuracrest.com.my...

Anda ingin menjadi seperti nurul??? Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan ummi melalui

Email : nadeeyya_kk@yahoo.com
Call/sms : 012-3975808



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Khamis, 1 Mac 2012

Mengapa 'JADUAL PUMPING' sangat penting buat saya???

Salam sayang semua...Jadual Pumping???Ummi percaya bg ibu2 yang menyusukan anak, jadual pam adalah salah satu elemen yang sering di tekankan...dahulu, semasa ummi baru belajar2 menyusukan anak, ummi tak nampak langsung tentang kepentingan Jadual Pam ni...bagi ummi, janji buat, kira ok la...rasa rimas pulak bila terikat dengan satu benda... So, pada ummi semasa itu, ianya TAK PENTING..Tetapi apabila telah melalui 2 pengalaman menyusukan anak, ummi baru realize bahawa sepatutnya setiap ibu yang menyusukan anak, sepatutnya mempunyai satu jadual pam yang khusus...


Cth Jadual Pam yang ummi sediakan buat customer2 kesayangan ummi...
Click To Enlarge-Jadual Pam

Ini adalah satu jadual pam yang paling simple untuk mengetahui samada kita benar2 ikut atau tidak waktunya malahan secara tak langsung kita bukan sahaja boleh mengetahui hasil stok susu yang di hasilkan malah tarikh expirednya juga...ianya boleh diolah mengikut kesesuaian si ibu kerana hanya kita yang tahu keperluan dan jadual pam yang terbaik buat diri kita...

Apa yang ummi perasan, tubuh badan kita ini di ciptakan oleh Allah SWT sangat2 unik...apabila satu2 perkara kita lakukan berulang2 kali, badan kita akan bertindak balas dengan otak supaya perbuatan yang di lakukan berulang2 kali itu menjadi satu RUTIN atau PERKARA BIASA,,,

Kerana itu, menurut ummi contoh paling terdekat adalah solat...apabila solat menjadi satu perbuatan LAZIM yang di lakukan setiap hari, jika ummi tidak boleh solat (period) sekalipun, apabila sahaja tiba waktu solat ummi kerap kali terbabas hendak mengerjakan solat seperti biasa...itu yang ummi maksudkan...

Oleh itu, base on pengalaman ummi sepanjang menyusukan anak...apabila jadual pam ini di buat dan di patuhi se konsisten yang mungkin, ummi dapat melihat kesannya...apabila sahaja waktu lazim mengepam itu tiba, tetapi ummi masih belum mengepam sekalipun, susu akan mula keluar membasahi baju yang di pakai...Ini adalah kesan daripada RUTIN atau LAZIM kita melakukannya setiap hari...

Ummi bagi contoh lagi...terdapat beberapa sahabat ummi yang mengamalkan pemberian susu badan hanya di buat pada malam hari kerana bekerja waktu pagi (kes malas nak pam kat tempat kerja)...bayangkan, susunya masih ada walaupun si ibu ini hanya menyusukan anak pada waktu balik kerja semata2 tanpa sebarang pengepaman di tmpt kerja...Ini bermakna badan si ibu ini sebenarnya telah TERBIASA untuk susu di keluarkan pada malam hari sahaja...dan kerana itu, baju si ibu  tidak basah langsung di siang hari dan hanya basah apabila si ibu pulang dr kerja...

Kaitannya yang ummi ingin katakan, ini bermaksud apabila kita membuat Jadual Pam tersendiri dan kita melatih diri menggunakan jadual tersebut secara konsisten, ummi percaya tepat pada waktu yang kita susun tersebut, susu akan mula mengalir deras...sesuai dengan tindak balas dari tubuh dan otak kita...Tetapi ini berbeza jika kita hanya mengepam mengikut mood atau BILA SEMPAT sahaja...ianya tidak akan memberikan satu signal pada otak dan badan kerana kecelaruan aktiviti pengepaman yang di lakukan...

Oleh itu, jika anda adalah ibu yang bekerjaya, dan harus mengepam di tempat kerja, pastikan anda mempunyai jadual pam tersendiri dan pastikan anda konsisten menggunakannya...kerana berdasarkan pengalaman ummi dan pengamatan ummi kepada perjalanan penyusuan sahabat2 ummi yang lain, jadual pam yang di ikut secara konsisten mampu memberikan impak penting dalam penghasilan susu sehari2...

Selamat mencuba dan HAPPY BREASTFEEDING!!!

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails