Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Memaparkan catatan dengan label Breastpump. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Breastpump. Papar semua catatan

Selasa, 1 Januari 2013

Tips2 berguna bagi seorang breastfeeding mother...

Salam sayang semua...Agak lama sebenarnya ummi tidak menulis tentang kisah penyusuan ummi dahulu...itulah kenangan paling manis yang terakam indah hingga sekarang di kotak fikiran ummi...kebetulan, baru2 ini ummi menerima beberapa email dari EP MOM baru yang persoalannya hampir serupa...Semuanya bertanya tentang 'SEJAUH MANAKAH SEORANG EP MOM MAMPU MENERUSKAN PENYUSUAN SELAMA 2 TAHUN DAN BAGAIMANA CARA UMMI MEMASTIKAN PENYUSUAN INI DAPAT BERTAHAN SELAMA 2 TAHUN TERSEBUT???'


Of course jawapan ummi YA BOLEH (DENGAN IZIN DARI NYA)...Insya allah...Selalunya masalah jarang timbul di awal2 kelahiran semasa si ibu sedang dlm bercuti kerana kelahiran...tetapi masalah akan mula wujud apabila si ibu mula bekerja dan meninggalkan si kecil bersama pengasuh di rumah...

Kerap kali ummi menerima email yang mana si ibu risau apabila susu nya mula berkurangan berbanding semasa dalam tempoh berpantang. Ummi percaya, masih ramai yang tidak faham bahawa kekerapan mengepam, mempunyai jadual rutin pengepaman setiap hari di tempat kerja dan pengosongan payudara secara total adalah faktor terbesar yang menyumbang dalam kejayaan penyusuan tersebut.

Ini lebih bertambah berat apabila si ibu yang baru pulang dari bekerja dalam keadaan letih dan penat mula mengurangkan aktiviti penyusuan dan sedar atau tidak aktiviti pengosongan payudara yang berkurangan memburukkan lagi keadaan.Sedangkan rata2 ibu bekerjaya di luar sana sudah maklum bahawa penghasilan susu berbalik kepada konsep demand dan supply, lagi kerap breast dikosongkan (permintaan), lagi banyaklah susu yang akan dihasilkan (bekalan).

Jadi, ini antara tips2 yang ummi ingin share kan dengan kalian...

1) Berapa kerapkah saya harus mengepam setiap hari?

Ok, berdasarkan pengalaman ummi sebagai EP MOM yang bekerjaya...seharusnya waktu pengepaman adalah sekitar 8-10 kali setiap hari.. manakala berdasarkan sumber yang ummi baca dari Kelly Mom bagi ibu yang bekerja yang menyusukan anak secara direct pada malam hari di sarankan untuk mengepam sebanyak 3 kali sehari.

Susunan jarak antara satu waktu mengepam dengan waktu mengepam yang seterusnya sepatutnya tidak melebihi 5-6 jam. Dan kalian boleh lah memasukkan satu jadual pengepaman pada waktu tengah malam sekiranya kalian mendapati susu yang di hasilkan semakin berkurangan. Ini kerana kebiasaannya hormon prolaktin adalah sangat tinggi di hasilkan pada waktu malam.

Dan yang paling selalu ibu2 terlupa khususnya ibu yang menyusukan anak secara direct adalah, walaupun hisapan bayi adalah yang terbaik tetapi adakalanya tidak semua bayi mengosongkan payudara sepenuhnya. Begitu juga dengan penggunaan pam susu. Oleh itu, ummi sarankan setelah selesai aktiviti penyusuan di lakukan samada secara direct feeding atau menggunakan pam susu, pastikan kalian memicit secara lembut di sekitar aerola bagi mengeluarkan saki baki susu yang mungkin masih tertinggal.

2) Berapa lama setiap kali tempoh pengepaman di lakukan?

Sebenarnya, menurut ummi, ini bergantung pada si ibu itu sendiri. Setiap ibu itu berbeza antara satu sama lain. Tetapi secara umumnya, ia tetap berbalik pada konsep asal seperti yang ummi terangkan di atas. KITA SEHARUSNYA MENGEPAM SEHINGGA BENAR2 TIADA SUSU LAGI YANG KELUAR (KOSONG SECARA TOTAL).

Tetapi, menurut pandangan ummi, bagi seorang EP MOM atau ibu yang bekerjaya, semasa bayi tidak menyusu secara langsung dari kita, aktiviti pengepaman sepenuhnya ini seharusnya berlangsung sekitar 30 minit sekurang2nya dan lebihkan masa sekitar 2-5 minit lagi bagi memastikan breast telah di kosongkan sepenuhnya.

Bagi ibu yang baru selesai menyusukan anak (Direct Feeding), cuba tambahkan aktiviti pengepaman sekitar 10-15 minit bagi kedua - dua belah breast. Apa perlunya pengepaman di tambah selepas direct feeding berlaku...Sebabnya masih sama...Bagi memastikan payudara di kosongkan sepenuhnya.

3) Berapakah jumlah hasil pengepaman yang sepatutnya di sediakan?

Berdasarkan pembacaan ummi di web Kelly Mom, sewajarnya hasil perahan yang sepatutnya di sediakan adalah sekitar 22-27 oz dalam tempoh 2 minggu selepas bersalin. Tetapi, ia tetap juga bergantung pada seseorang ibu itu sendiri malahan ummi sendiri pada awal2 kelahiran tidak lah sebanyak itu. Tetapi, dengan menggunapakai konsep asas penyusuan iaitu pengosongan payudara secara total membantu dalam menghasilkan susu yang lebih banyak, maka secara perlahan2 jumlah itu semakin meningkat setiap hari dan mencukupi buat bekalan anak di rumah pengasuh.

Menurut pembacaan ummi di laman web tersebut juga, sekiranya kalian mendapati hasil perahan kalian adalah sangat sedikit iaitu sekitar 11-17 oz atau kurang dari itu dalam tempoh 24 jam, kalian di sarankan untuk mengambil sebarang galactagogues untuk meningkatkan penghasilan susu. (kerana itu, ummi memilih untuk menggunakan SET 3 M dalam penyusuan).

So, secara keseluruhannya, ummi ingin katakan, tiada istilah bahawa seorang EP MOM tidak boleh berjaya menyusukan anak selama 2 tahun seperti ibu yang menyusukan secara langsung. Cuma seorang EP MOM harus benar2 kuat, bersemangat dan tidak mudah putus asa dalam meneruskan penyusuan kerana cabaran yang di hadapi oleh seorang EP MOM mungkin lebih besar dari seorang ibu yang menyusukan anak secara Direct feeding. Disiplin yang tinggi harus di bina dalam diri seorang EP MOM bagi memastikan jadual pengepaman di buat dengan komitmen yang tinggi dan bagi memastikan kalian benar2 mampu merealisasikan impian tersebut, carilah alternatif lain seperti supplement yang dapat membantu memastikan kalian benar2 sihat dan cergas dalam memastikan kelancaran susu yang di hasilkan.

Happy Breastfeeding dan Semoga Berjaya!!!!

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Salam sayang,








Nadiah Khamis (Kak Nadia)
Shaklee Independent Distributor[ID No : 830027]
012-3975808 (sms / wassap)

nadeeyya_kk@yahoo.com

Khamis, 5 Januari 2012

Bolehkah EP MOM berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun penuh???

Salam sayang semua...kebelakangan ini, kerapkali ummi di tanya mengenai status ummi sebagai EP MOM...mengapa ummi memilih menjadi EP MOM???Bagaimana ummi melalui saat manis menyusukan anak sebagai EP MOM???Dan yang paling kerap di tanya adalah...Mampukah ummi sebagai EP MOM melengkapkan tempoh penyusuan 2 tahun tersebut???


Ummi percaya, ramai ibu2 maklum bahawa intipati yang paling utama dalam penyusuan susu ibu ialah Supply base on demand...bermaksud Penghasilan susu terhasil akibat daripada kekerapan pengosongan payudara, maka semakin kerap si ibu mengosongkan payudaranya, maka semakin banyaklah jumlah susu akan di hasilkan...Sungguhpun begitu, ummi tidak menafikan sama sekali bahawa 'latch' yang paling baik datangnya dari hisapan bayi sendiri (apa yang Allah cipta pastilah yang terbaik)...


Bagaimanakah susu badan di hasilkan??? Ia di hasilkan berikutan wujudnya hormon prolaktin dan hormon oksitosin dalam badan si ibu..Hormon prolaktin bertugas menghasilkan susu, manakala hormon oksitoksin berfungsi untuk memancutkan susu keluar dari payudara seorang ibu. Harus di ketahui juga bahawa kedua-dua hormon ini dirembeskan oleh kelenjar pitituari iaitu kelenjar yang terletak di bahagian otak manusia.

Ummi percaya kalian semua sedia maklum bahawa otak adalah medium paling utama yang mengawal sistem keseluruhan sistem badan manusia..Dan bagaimanakah kita mampu memberikan signal kepada otak agar kelenjar pitituari dapat merembeskan kedua2 hormon tersebut???


Benar...ada 2 kaedah paling utama yang paling biasa di gunakan oleh seorang ibu memastikan susu badan terhasil...
1) Melalui hisapan bayi
2) Melalui kaedah pengepaman : 
     (a) Kaedah Marmet (Menggunakan Tangan)
     (b) Menggunakan Breastpump


Secara jelasnya, kedua2 kaedah tersebut adalah kaedah2 asas yang di gunakan oleh si ibu untuk mengosongkan payudara. Ini bermakna, apabila payudara kerap di kosongkan samada dengan cara (a) atau (b), sepatutnya susu badan akan terhasil...Jadi, secara logiknya, bukan kaedah yang di gunakan di ambil kira samada susu si ibu mampu bertahan sehingga 2 tahun, tetapi kekerapan si ibu mengosongkan payudara dan kekerapan ini di buat pula secara berkala...so, bukan lah satu alasan atau pun aneh jika anda seorang ep mom juga insya allah mampu dan berupaya menyusukan anak anda sehingga 2 tahun penuh...


Sejujurnya, berdasarkan pengalaman ummi sebagai EP MOM selama 2 tahun ini, perkara paling utama yang harus ada pada seorang ibu yang memilih untuk menjadi EP MOM sepenuhnya adalah persediaan mental. Persediaan mental amat penting kerana di sini lah titik tolaknya bagaimana si ibu harus cukup kuat menghadapi segala bentuk cabaran yang akan di terima. Malahan cara yang dipilih ini mungkin lebih mencabar berbanding dengan seorang ibu yang menyusukan anak secara tabii (direct feeding).


Jika si ibu  ini sudah bersedia dari segi mentalnya barulah langkah seterusnya dapat dilakukan dengan mudah iaitu persediaan fizikal. Di sinilah si ibu harus tahu  apakah cabaran-cabaran yang perlu dilalui sepanjang tempoh penyusuan sebagai EP MOM.


Bagi ummi, jika ummi di tanya mengenai persoalan di atas, ummi sendiri yang telah melalui momen2 indah sepanjang menyusukan anak sebagai EP MOM berani menyatakan bahawa EP MOM juga mampu menyusukan anak sehingga 2 tahun penuh, Insya allah. Yang penting, persediaan mental dan fizikal si ibu harus selari, dan konsep asas penyusuan harus di fahami semasak2nya.


Menjadi EP MOM pada dasarnya memang bukan sesuatu yang mudah, tetapi ianya juga bukanlah sesuatu yang mustahil. Pokok pangkalnya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Dan rajin2lah bertanya dan berkawan dengan mereka yang benar2 faham erti penyusuan kerana ada pepatah mengatakan Malu bertanya sesat jalan. 


Insya allah, next entry, ummi akan kongsikan dengan kalian "Rahsia sebenar mengapa ummi mengamalkan supplement sepanjang ummi bergelar EP MOM??"...Nantikan next entry dari ummi...Yang baik dtgnya Allah SWT dan yang lemah dan kekurangan datangnya dari kelemahan diri ummi sendiri...


"Anda inginkan konsultasi mengenai pengamalan supplement???Atau anda ingin berkongsi pengalaman penyusuan dengan ummi??? Sms ummi di 012-3975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com.


Salam sayang dan ukhuwah dari EP MOM,
Kak Nadia...

Sabtu, 16 Oktober 2010

Pemilihan Breastpump yang sesuai...

Salammm sayang semuaaa...i'm back...masya allah, lamanya ummi tak menulis di blog ummi ni...maaf ye...ummi sebenarnya terlalu kelam kabut sampai terlupa memberitahu...actually, ummi terpaksa menghadiri 2 kursus yang berturutan selama lebih dr seminggu...dan sebaik sahaja balik dr kursus ummi terpaksa entertain selambak kes2 yang dah menunggu dan sibuk pulak dengan meeting...aduhai...itu belum lagi jadi PM kan...hehehe...sungguhpun begitu, terima kasih buat abah tersayang (suami ummi) yang memberikan sokongan moral pada ummi...maklumlah, abah terpaksa menjaga 2 putri kesayangan ummi dan terpaksa pula menjadi bussiness partner sementara ummi bg memastikan trial pack dan pesanan2 shaklee dpt di hantar tepat pd masanya...so, terima kasih abah atas segala pengorbananmu..ummi takkan lupa hingga akhir hayat ummi...mujur lah ummi memang telah packing trial pack dan abah tinggal deliver ke poslaju...alhamdulillah..


Ummi juga ingin mohon maaf berikutan banyaknya email dan sms yg terpaksa delay...so, ummi akan jawap satu persatu secara perlahan2 ye...so, hari ini ummi ingin jawab dan tulis mengenai satu email yg ummi terima bertanyakan cara2 bagaimana untuk memilih breastpump...


Ummi ingin menekankan terlebih dahulu bahawa stimulate atau hisapan dr bayi adalah lebih baik dr breastpump...tetapi bg mereka yang gagal menyusukan anak secara direct feeding (seperti ummi) breastpump adalah sgt penting bg memastikan penyusuan susu ibu dpt di teruskan seperti biasa...Dan bagi ibu yang bekerjaya, breastpump merupakan sesuatu yang sangat penting. Ini untuk memastikan agar susu dapat di hasilkan walaupun  semasa bayi berjauhan dan memastikan masa yang di ambil untuk satu2 sessi pengepaman mengambil masa yang singkat dan tidak mengganggu waktu bekerja.


Pemilihan breastpump yang salah juga mungkin menjadi salah satu faktor penyumbang kepada kegagalan penyusuan. Walaupun harga satu2 breastpump bukanlah pengukur atau faktor utama bg memastikan ianya membantu breastfeeding, tetapi kebanyakan pakar laktasi memberikan saranan dan penekanan kepada penggunaan pam elektrik berbanding pam manual kerana kebanyakan pam elektrik mempunyai cara yang hampir menyerupai cara hisapan bayi. Faktor inilah yang sedikit sebanyak membezakan pam elektrik dan juga manual selain ianya kurang memenatkan dan mengurangkan tempoh pengepaman...


Oleh itu, dalam memilih breastpump kalian harus titik berat beberapa perkara berikut :-

a) Keselesaan
Kebiasaannya, breastpump elektrik dan mempunyai ciri - ciri auto-cycle adalah lebih selesa untuk digunakan. Pam yang mempunyai ciri ini memerlukan anda mengawal tahap sedutan dengan menekan butang khas. Jika perlu, bagi memastikan anda benar2 selesa dengan pam anda, carilah pam yang memberi anda pilihan untuk menukar saiz corong sekiranya ia terlalu besar atau kecil (saiz b seseorang kan tak sama)...Dan kebiasaannya, breastpump elektrik biasanya mempunyai pelbagai aksesori tambahan untuk kemudahan si ibu dan memastikan si ibu benar2 selesa dengan penggunaan breastpump tersebut.

b) Keberkesanan
Pilhan yang paling tepat ialah pam yang lebih menyerupai cara hisapan bayi iaitu sekurang - kurangnya 25 hisapan dalam seminit. Pam yang baik dan berkesan dapat mengeluarkan susu dengan baik, seterusnya merangsang pengeluaran susu. Pam yang mempunyai auto cycle terbukti lebih berkesan berbanding pam yang memerlukan penggunanya menekan sebarang punat atau butang untuk melepaskan hisapan. Kekuatan hisapan juga penting. Jika terlalu perlahan, ianya tidak berkesan. Jika terlalu kuat pula, boleh menyakitkan dan mencederakan payudara. Jadi, pilih lah pam yang kekuatan hisapannya menyerupai hisapan bayi iaitu sekurang - kurangnya 200-240mmHg. Fakta ini biasanya boleh di perolehi daripada pembekal yang menjual pam. Jadi, anda di sarankan membuat lebih banyak kajian supaya dapat memahami dan membuat perbandingan ciri - ciri yang sesuai.(Nota: Sekarang ada breastpump yang boleh dicuba terlebih dahulu sebelum membelinya)...

c) Cara mengepam
Antara pilihan pam elektrik yang sedia ada di pasaran berkemampuan untuk mengepam dengan cara yang berikut :-

1) Sebelah sahaja
Pam ini hanya mampu mengepam sebelah payudara sahaja dalam satu - satu masa. Tempoh mengepam juga akan menjadi lebih lama dan ransangannya tidak sebaik pam yang boleh mengepam kedua - dua belah payudara serentak. Walaubagaimanapun, ianya sesuai bg mereka yang menggunakannya secara sambilan dan menyusukan anak secara direct feeding di sebelah malam.

2) Kedua - dua belah(double pumping)
Menurut kajian, pam yang berupaya mengepam kedua - dua belah payudara pada waktu yang sama terbukti lebih berkesan bagi tujuan merangsang penghasilan hormon prolaktin. Ia dapat memastikan bekalan susu yang berkekalan untuk jangka masa yang panjang. Ia amat di syorkan bagi ibu- ibu yang bekerjaya yang sibuk dan kesuntukan masa untuk mengepam kerana ia dapat menjimatkan tempoh mengepam.

d) Ketahanan Pam
Pastikan pam yang dipilih boleh bertahan lama kerana ia perlu di anggap sebagai suatu pelaburan jangka panjang. Pilih lah pam yang bersesuaian dengan kekerapan penggunaan pam itu kelak. Ciri ini sangat penting terutamanya untuk pam elektrik kerana anda perlu mengambil kira ketahanan motornya. Jangan pilih pam mengikut pendapat teman kerana keperluan anda mungkin tidak sama dengannya. Pastikan anda mudah mendapat alat gantian jika perlu menggantikan mana - mana bahagian pam yang rosak. Ini penting jika nada tidak mahu mengeluarkan belanja berlebihan kerana terpaksa membeli pam yang baru semata - mata ada bahagian yang rosak.


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails