Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Memaparkan catatan dengan label Pengalamanku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengalamanku. Papar semua catatan

Khamis, 6 November 2014

HOTTT!!! INI BENAR-BENAR AJAIB!!!!

Salam sayang semua...saya sering membaca artikel atau kisah berkaitan keajaiban,,,Malah saya yakin anda juga pasti biasa membaca kisah2 keajaiban yang berlaku kepada seseorang di luar sana...Pelik TAPI benar!!! Mungkin agak sukar di percayai dengan akal yang waras tetapi hakikatnya realiti yang berlaku benar2 tak terjangkau dek akal tetapi ianya menunjukkan besarnya kuasa YANG MAHAESA!!!ALLAHUAKBAR!!!Inilah KISAH AJAIB yang saya ingin share kan dengan anda di luar sana yang baru semalam berlaku ke atas diri saya sendiri!!!!

Zakat Dan Sedekah


Serius!!! Ini pertama kali berlaku perkara ajaib ke atas diri saya!!! Saya selalu membaca dari buku2 dan media2 sosial malah pernah juga saya terdengar kisah2 dari ceramah2 agama dari televisyen TENTANG AJAIBNYA BERZAKAT DAN BERSEDEKAH!!!Kali ini kisah ini terjadi sendiri pada diri saya!!!

Kisahnya begini :-

Semalam, sedang saya memandu sendirian dan berhenti di satu traffic light, semasa itu saya sedang menunggu traffic light bertukar ke warna hijau....

TIBA-TIBA...

Saya terdengar dentuman yang agak kuat di belakang kereta saya dan saya terasa kereta saya bergerak sedikit ke hadapan!!! Masya Allah!!! Saya di langgar dengan kuat dari arah belakang!!! Sempat saya menoleh ke arah kereta yang melanggar saya hanya untuk mengecam jenis kereta dan plat nombornya tetapi, saya lihat kereta tersebut terus berhenti....

Kaki saya menggeletar!!! Kaki terasa lembik!!! Saya gerakkan kereta dan parking berhadapan dengan kereta tersebut!!! Saya lihat ke belakang dan terlihat keadaan kereta yang melanggar blkg kereta saya!!!
Pecah seribu hati saya melihat keadaan kereta itu!!! Bahagian hadapannya kemek dan saya dapat lihat ada air @ minyak yang menitik keluar dari bahagian enjin hadapan keretanya..Apa yang terlintas dalam fikiran saya semasa itu...HABISLAH KERETA AKU!!! PASTI RANAP TERUK!!!

Perlahan2 saya keluar dari kereta...Saya menuju ke arah belakang kereta saya dan menelek 'bagaimana remuknya kereta saya'!!! TETAPI....

MATA SAYA TERBUKA LUAS, MULUT TERLOPONG SEKETIKA!!!SERIUS!!!SAYA BENAR2 TAK PERCAYA!!!

Saya lihat belakang kereta saya SEPERTI TIDAK DILANGGAR LANGSUNG!!! YANG ADA HANYA KESAN BERCALAR SAHAJA!!! AUTOMATIK MULUT SAYA BERTASBIH...ALAHUAKBAR....ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...

Kereta ini saya beli hasil saya berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan anda semua...kereta ini saya beli hasil nawaitu saya untuk membantu lebih ramai orang yang join di bawah group saya untuk berjaya...Kereta ini juga saya beli hasil saya di ajar oleh upline saya Norita Idris bahawa setiap hasil yang saya terima hasil daripada Shaklee ini wajib di salurkan kepada ZAKAT dan SEDEKAH!!! Dia sering tekankan pada saya bahawa Zakat itu untuk menjaga harta dan Sedekah pula untuk menyuburkan rezeki!!!
Alhamdulillah!!!Syukur saya pada Allah!!! Bukan sahaja rezeki saya semakin bertambah malahan 'Harta saya juga Allah Pelihara"!!! Allahuakbar!!!

Saya akan terus 'bersama Shaklee' insya Allah sehingga bila pun...Kenapa saya kata begini???
Bertemu dengan Shaklee lah, saya konsisten melakukan ZAKAT, SEDEKAH. BERZIKIR DAN AMALAN2 MENDEKATKAN DIRI SAYA DENGAN ALLAH SEDANGKAN AMALAN2 INI SAYA MEMANG TAHU SELAMA INI TETAPI ALPANYA SAYA KERANA MEMANDANG RINGAN TENTANG PERKARA2 INI!!!

Malah, yang membuatkan saya kekal bersama Shaklee adalah kerana kami tidak di tekankan tentang 'mengejar wang' semata2, tetapi kami lebih di tekankan tentang:-

1) Berkongsi kebaikan setiap produk Shaklee yang bersifat natural dan semulajadi malah selamat untuk di gunakan oleh pelbagai faktor umur.
2) Membantu lebih ramai orang di luar sana untuk menjana income tambahan sama seperti kami (bergerak bersama)
3) Berniaga bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi juga untuk membantu lebih ramai orang di luar sana
4) Usaha dan doa harus seimbang


Inilah antara sebab saya terus 'bertahan' dengan Shaklee!!! Produk2nya sahaja membuatkan saya 'jatuh cinta' malahan sistem perniagaan dan upline serta orang2 atas yang sentiasa mengingatkan kami tentang betapa usaha dan doa sangat berkait rapat untuk membentuk KEJAYAAN!!!

Anda ingin sertai kami bersama dengan SHAKLEE???Hantarkan wassap/viber/telegram/sms anda sekarang 
 012-3975808

Nadia Khamis
Pengedar Sah Shaklee
Bergerak aktif di kawasan Sg Petani dan Pulau Pinang
Serta penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Rabu, 23 Januari 2013

IMPIAN YANG BUKAN SEKADAR IMPIAN...DARE TO SHARE???



Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca blog ummi...sama2 kita laungkan selawat dan salam atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW...bila datangnya hari kebesaran Rasulullah SAW, ummi pasti cuba menelurusi dan menghayati semula perjuangan rasulullah pada zaman dahulu..bagaimana beliau kekal berusaha bersungguh2, berjuang tanpa mengira kesusahan, cabaran dan tohmahan dari semua orang asalkan impiannya tercapai...MATLAMATNYA CUMA SATU!!!MENEGAKKAN SYIAR ISLAM DI MATA DUNIA!!!Betapa murninya matlamat tersebut...

Bercerita tentang Matlamat atau Impian, ummi yakin...semua kita pasti mempunyai impian...Ingin berjaya dalam hidup, mempunyai keluarga yang bahagia, menjadi hamba allah yang soleh dan solehah, malahan, anak2 kecil pun sudah mempunyai impian atau di panggil cita2 sejak dari mereka ini tahu berfikir...

Ummi???Yup..ummi juga tidak terkecuali...malah ummi ada 2 jenis impian...Satunya impian jangka pendek dan satu lagi impian jangka panjang...hehehe...Nak tahu ke impian ummi???Jom ummi share kan dengan kalian...

(Impian Jangka Pendek )...

1) Konsisten dalam Solat Dhuha dan Solat Tahajud
 Yup...ini sebenarnya impian ummi sejak dahulu...Malah ummi cukup jeles dgn sahabat2 yg mampu mengerjakan 2 perkara ini setiap hari...Yang lebih ummi salute...abah kesayangan ummi mmg x tinggal 2 perkara ni sebab abah ummi pernah pesan...Manusia kalau bercinta dgn manusia, hari2 dan setiap jam nak call, nak sms tanya khabar, tanya berita dan meluahkan rasa sayangnya dengan org yg di cintai...tetapi kenapa kita sebagai hambaNya, malahan dia yg mencipta kita, kita tidak luangkan masa untuk mengingati, berterima kasih dan meluahkan rasa sayang dan cinta kita pada pencipta kita???- OH...SANGAT TERKESAN DENGAN KATA2 INI...YA ALLAH JADIKAN AKU ANTARA HAMBA2 MU YANG KAU SAYANGI...

2) Membahagiakan abah tersayang...
Bukan maksud ummi sekarang ummi x peduli dengan abah ummi...tetapi ummi sangat teringin...setiap bulan, ummi dapat berikan sejumlah wang yang besar untuk abah ummi (yang dah pencen tu)...kalau boleh, biarlah ianya 4 angka sekurang2nya...Malahan, ummi sangat teringin nak ke Mekah dengan membawa sekali abah kesayangan ummi...Dengan ketiadaan arwah mak di sisi, abah adalah merupakan insan paling istimewa di hati ummi dan membahagiakannya adalah antara matlamat utama ummi sementara dia masih hidup...YA ALLAH, BERIKANLAH KESIHATAN DAN KEKUATAN BUAT ABAH KU DAN KAU PELIHARALAH DIA SEPERTI MANA KAU MEMELIHARA HAMBA2MU YANG KAU KASIHI...AMINNN

3) Mampu menghulurkan bahagian bagi mereka yang memerlukan (Jika boleh setiap hari)... 
AMINNNN...YA ALLAH..LANCARKAN DAN MURAHKAN  REZEKI KU...KERANA DI DALAM SETIAP REZEKI DAN PENDAPATAN KU ITU YA ALLAH, ADA BAHAGIAN BUAT MEREKA YANG BERHAK DAN MEMERLUKANNYA...AMINNNN

(Impian Jangka masa Panjang)

Hakikatnya terlalu banyak....
 
Hidup selesa dan harmoni sekeluarga...
- Melancong ke serata negara setiap bulan
- Simpanan tetap
- Menjadi salah seorang bisnesswoman yang sangat berjaya
- Mampu menghantar anak2 melanjutkan pelajaran dlm bidang akademik dan agama sehingga ke peringkat tertinggi
- Mampu mengerjakan umrah /Haji setiap tahun

Dan banyak lagi sebenarnya...kalau ummi listkan, mungkin berjela2 yang perlu di tulis...keseluruhan impian ummi ini sebenarnya adalah untuk matlamat ini...

-- Menjadi Seorang Hamba Yang Solehah
--Menjadi Seorang Anak yang mampu membahagiakan dan menjadi anak yang menyenangkan hati orang tua
--Menjadi seorang isteri dan ibu terbaik 
--Menjadi seorang pekerja yang berdedikasi dan maju dalam kerjaya
--Menjadi seorang Businesswoman yang sangat berjaya

BAGAIMANA HENDAK MEREALISASIKAN SEMUA IMPIAN INI???

Ummi tidak nafikan, untuk menggapai semua impian ummi ini, hanya dengan bersandarkan pendapatan utama ummi dan mr right ummi, rasanya agak mustahil...maklum sahaja, setiap bulan, ianya cuma sekadar cukup2 untuk spend kepada semua urusan dan keperluan isi rumah dan sedikit tabungan untuk masa depan...Jadi bagaimana impian ummi akan tercapai???

Yaaa...tanpa ummi sedari, bisness SHAKLEE yang ummi ceburi bersama MR Right ummi mula berkembang perlahan2 seiring dengan usaha dan doa...ummi mula perasan bahawa apabila ummi berkongsi kebaikan supplement2 shaklee dengan kalian, malahan ummi MEMBERIKAN HARGA TERBAIK buat semua customer2 ummi (customer ummi pasti tau kan harga terbaik yg ummi beri:-) konsultasi berterusan sehingga semua customer ummi mencapai hajat mereka, ummi rasa PUAS...MALAH INCOME YANG UMMI PEROLEHI HASIL PERKONGSIAN INI MULA MENINGKAT PERLAHAN2 DARI BERMULA DENGAN 2 ANGKA SEHINGGA SEKARANG IANYA MENJADI 4 ANGKA!!!DAN TIDAK MUSTAHIL IANYA AKAN MENCECAH KE 5 ANGKA...INSYA ALLAH!!!Terima kasih semua atas sokongan kalian selama ini...

Malah ummi kini mempunyai customer tetap di merata Malaysia yang mana mereka ini pada awalnya sekadar mencuba tetapi apabila mereka TURUT MERASAI KEHEBATAN VITAMIN2 SHAKLEE INI, mereka terus mengamalkannya hingga kini...dan bagi ummi, semua customer2 ummi adalah adik2, sahabat2 dan saudara ummi yang ummi akan luangkan masa untuk membantu kalian dengan setiap pengunaan vitamin2 yang kalian beli melalui ummi...Syukur Alhamdulillah!!!

PESAN UMMI selalu...VITAMIN SEHARUSNYA DI AMALKAN KETIKA KITA SIHAT...BUKAN SEMASA KITA SUDAH TENAT...MENGAPA UMMI KATAKAN BEGITU???

Ummi melihat kondisi kedua2 orang tua ummi sendiri...

Arwah mak ummi dahulu mmg x suka mengamalkan supplement atau pemakanan tambahan...alasannya???Sihat dan tidak sakit...tetapi, apabila Allah mengujinya dengan pelbagai penyakit dan sehingga mencapai tahap kritikal, ummi kasihan melihat arwah mak TERPAKSA MENELAN PULUHAN JENIS PIL SETIAP HARI untuk memulihkan sakit yang di deritainya...Dan ketika keadaan tenat seperti ini, supplement2 tidak dapat membantu mengisi lompong yang sepatutnya di isi semasa sihat...kerana sifat vitamin adalah sangat lembut pada tubuh dan tidak merosakkan tubuh badan...TETAPI UBAT2AN TERUTAMANYA YANG MENGANDUNGI STERIOD BERTINDAK KASAR PADA TUBUH TANPA KITA SEDARI DAN BOLEH MEROSAKKAN BUAH PINGGANG JIKA DI AMALKAN BERTERUSAN...Kisah arwah mak ummi ini sangat sedih jika di ulang tayang semula, kerana di akhir hayatnya, doktor mengesahkan buah pinggang mak sudah rosak dan pelbagai penyakit yang di deritainya sudah x boleh di rawat...pelikkan???Mengapa berpuluh2 ubat yang di telan arwah mak ummi setiap hari tanpa tertinggal sehari pun tidak berupaya merawat penyakitnya???Sepatutnya, ianya makin sembuh dan bukannya makin teruk!!!(Tolong doakan arwah mak ummi -Al Fatihah)...Inilah kisah sedihnya dan ummi yang menjaganya saban waktu melihat sendiri keadaan ini di depan mata...

Berbeza dengan abah kesayangan ummi, alhamdulilah, kondisi abah ummi masih sihat (sihat orang tua)...masih mampu memandu, masih mampu ke surau setiap hari, masih mampu berjalan tanpa tongkat malahan masih mampu bergurau senda dengan anak cucu setiap hari pada usianya mencecah 70 an..Malahan jika kalian lihat secara berdepan..pasti kalian x sangka abah ummi telah berumur 70 an kerana fizikalnya yang masih sihat dan cergas hingga kini...Alhamdulillah!!!Dan untuk makluman kalian, abah ummi adalah pengamal tegar supplement2 dan kini ummi poskan padanya bekalan2 supplement SHAKLEE kerana ianya CONFIRM NATURAL DAN SEMULAJADI!!!

Alhamdulillah!!!Syukurlah...Tidak sia2 ummi menceburkan diri dalam bisness shaklee...Hasrat ummi, dalam perniagaan shaklee ini...SEMOGA PENDAPATAN YANG UMMI PEROLEHI DAPAT MEMBANTU UMMI MENCAPAI IMPIAN2 UMMI, MEMBERIKAN KESIHATAN BERPANJANGAN DENGAN PEMAKANAN TAMBAHAN NATURAL YANG TERBAIK BUAT SEMUA ORANG, MEMBERIKAN 'HARGA TERBAIK' BUAT SEMUA PEMBELI SHAKLEE DARI UMMI DAN DOA UMMI SEMOGA PENGAMALAN VITAMIN2 SHAKLEE INI DAPAT MEMBANTU SEMUA ORANG DI LUAR SANA UNTUK MENCAPAI KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK...

Yang terakhir sekali, UMMI MOHON KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG UMMI...TOLONG DOAKAN DAN AMINKAN KEJAYAAN UMMI DI DALAM BISNESS SHAKLEE INI, DAN UMMI DAPAT TERUS MEMBERIKAN 'HARGA2 TERBAIK' BUAT SEMUA PELANGGAN UMMI DI LUAR SANA...AMINNNN

Terima kasih semua...Love u ALL:-)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee dengan 'harga terbaik' boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms/wassap di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Salam sayang,








   


Nadiah Khamis (Kak Nadia)  
Shaklee Independent Distributor
[ID No : 830027]
012-3975808 (sms / wassap)

nadeeyya_kk@yahoo.com






Khamis, 17 Januari 2013

Kisah 'Jatuh Cinta' Yang Anda Harus Baca!!!!

Salam sayang semua...bagaimana hari ini buat kalian???Semoga hari ini lebih baik dari semalam...Haaa???Sape yang pernah jatuh cinta????Ummi pasti ramai yang angkat tangan...semua manusia pasti pernah bercinta dan mencintai kan...wahhhh...apa pulak topik yang ummi nak tulis nih kan...semuanya bermula dengan CINTA...berkenalan,serasi dan jatuh cinta adalah fasa normal semua manusia....ehhh...kenapa ummi tulis semuanya TENTANG CINTA NI???


Hehehehe...sebenarnya, ramai kenalan ummi yang bertanya...MENGAPA UMMI BOLEH 'JATUH CINTA' DENGAN SHAKLEE???hehehe...

So, jom baca kisah ummi ini...(mudah2an kalian juga akan 'terjatuh cinta')....wink wink

Part 1 - Bagaimana ummi 'berkenalan' dengan SHAKLEE???

Masih segar di ingatan ummi...bagaimana Allah menggerakkan hati ummi untuk 'berkenalan' dengan shaklee...semuanya bermula dengan BREASTFEEDING...semasa itu, ummi dalam fasa menyusukan Qistyna....kebimbangan ummi tentang kuantiti susu yang mungkin akan menurun jumlahnya membuatkan ummi tercari2 MILK BOOSTER yang boleh membantu memaintainkan susu ummi...kerjaya ummi yang sangat sibuk, stress, banyak memerah otak...di tambah dengan pola pemakanan yang sangat tidak seimbang cukup menggusarkan ummi...mimpi ngeri semasa menyusukan anak sulung yang hanya mampu bertahan setakat 6 bulan sahaja dgn sebab yang sama membuatkan ummi nekad mencari alternatif...

Sehingga lah ummi bertemu dengan SHAKLEE...sejujurnya, ummi dahulu langsung tidak percaya sama sekali dengan pemakanan tambahan...bagi ummi, bila sakit...telan sahaja ubat...selesai...x payah nak fikir panjang2...mudah dan cepat...tanpa ummi sedar, rupa2nya pengambilan ubat2an terutamanya ubat tahan sakit yang bertindak 'keras' ke atas tubuh boleh mengakibatkan kesan buruk yang bukan sedikit...betapa naifnya ummi semasa itu...

Part 2- Serasi Bersama SHAKLEE???

Dengan perasaan antara percaya dan tidak, di dorong dengan perasaan bimbang takut susu badan berkurangan, ummi gagahkan diri membeli shaklee...Ummi masih ingat semasa itu, ummi beli Vitalea, B Compleks, Vitamin C dan Alfalfa...Selang seminggu, ummi tambah pula dengan ESP...

Hasilnya sangat memeranjatkan ummi...(apabila di ambil secara konsisten)...

Alhamdulillah!!!!Dari perahan susu sekadar 4-5 oz satu sessi...ianya bertambah kepada 8-9 oz persessi...Malah, ummi pernah perah pada waktu malam, hasil perahan susu ummi boleh menjangkau 12 oz bagi satu sessi perahan!!!Masya Allah!!!Menangis kegembiraan ummi masa tu...

Sejak itu, ummi tidak berpaling lagi...Ku Yakin Semua Pasti Berlaku!!!!

Part 3 - Terjatuh Cinta Dengan Kesannya yang sangat hebat!!!

Selang beberapa bulan menjadi pengguna 'konsisten' Shaklee...rupanya barulah ummi sedar bahawa vitamin2 yang ummi amalkan bukan sahaja sangat bagus untuk ibu yang menyusukan anak...tetapi ianya memberikan impak positif yang lebih lagi...Ummi mula terperasan, yang badan ummi menjadi lebih segar dan bertenaga berbanding dahulu, kulit ummi jadi lebih bersih dan lembut, stress mula berkurangan dan yang paling ummi suka ummi sudah mampu melayan kerenah suami dan anak2 di rumah walaupun hari itu ummi tersangat sibuk di pejabat...Jika dahulu, pasti suami ummi merungut apabila ummi terlena di sofa apabila balik pejabat kerana keletihan...Alhamdulillah!!!

Part 4- Berkongsi kebaikan dengan orang lain...

Apabila ummi menyedari banyak lagi kesan baik hasil pengambilan shaklee, ummi kongsikan pula dengan cinta hati ummi...siapa lagi kalau bukan Mr Right ummi...apa yang ummi makan ummi kongsikan bersama suami dan alhamdulillah suami ummi juga turut mengakui kebaikannya...Malah hampir semua adik beradik, bapa ummi dan sanak saudara ummi turut berkongsi kebaikan produk ini...

Dari situlah tercetusnya blog ini pula untuk ummi kongsikan kebaikan setiap vitamin2 shaklee dengan kalian. Dan oleh kerana kisahnya bermula dengan kisah semasa ummi menyusukan anak ummi, di sinilah ummi mengguna pakai nama EXCLUSIVELYPUMPINGMOTHER.BLOGSPOT.COM sebagai pengenalan blog ini...Dan alhamdulillah, bukan sedikit adik2 dan sahabat2 kenalan maya ummi yang turut mencuba produk ini..Dan syukur Alhamdulillah, mereka juga berpuas hati dengan hasilnya...

Part 5- Menjana pendapatan dengan SHAKLEE


Class Euphoria
Rupa2nya, sedar tidak sedar, bermula dengan hanya berkongsi dengan sanak saudara, sahabat2 dan rakan2 taulan ummi termasuk kalian yang ummi sayangi, ummi mula menjana pendapatan dengan sharing tersebut...rupanya berbaloi melaburkan rm 65 untuk menjadi ahli seumur hidup tersebut, malahan dengan KUMPULAN HEBAT BISNESS INI, bimbingan, sokongan dan galakan yang berterusan, ummi mampu tersenyum lebar melihat angka2 yang makin membesar setiap bulan di masukkan ke akaun ummi...
Class Euphoria

Manakan tidak...bermula dengan hanya RM 65 sahaja...pendapatan yang pada mula hanya 2 angka, meningkat ke 3 angka dan kini sudah mencecah ke 4 angka sebulan...dan tidak mustahil ianya akan menjadi 5 angka pula nanti...Syukur Alhamdulillah!!!Allah menggerakkan hati ummi untuk melalui fasa JATUH CINTA LAGI...DAN YANG PASTINYA JATUH CINTA KALI INI MEMANG BENAR2 MEMBAHAGIAKAN BUKAN SAHAJA UMMI...MALAHAN SELURUH KELUARGA UMMI DAN UMMI SHARE KAN DENGAN KALIAN...

Ingin JATUH CINTA juga seperti ummi???Ingin menyertai group biz ummi untuk sama2 menjana pendapatan???Atau kalian ingin turut sama merasai KEHEBATAN PENGGUNAAN VITAMIN2 SHAKLEE INI???Jom sertai ummi sekarang dan ummi akan bantu kalian untuk merealisasikannya asal sahaja kalian benar2 berminat...

Salam sayang,








Nadiah Khamis (Kak Nadia)  
Shaklee Independent Distributor
[ID No : 830027]
012-3975808 (sms / wassap)

nadeeyya_kk@yahoo.com

Ahad, 30 Disember 2012

Skin Care Shaklee yang sangat HOTTTT!!!!

Salam sayang semua pembaca blog ummi...hari ini hari terakhir kita berada dalam Tahun 2012...bersemangat rasanya ummi hari ini kerana banyak juga impian2 yg di harapkan sepanjang tahun 2012 telah tercapai...esok, nampaknya kena gariskan impian baru pulak bagi Tahun 2013..:-)

Antara impian semua wanita di dunia ini adalah ingin kelihatan cantik...Tanyalah mana wanita pun, impian ini pasti terselit di sudut hati mereka tidak terkecuali ummi sendiri...hehehehe...

Alhamdulillah, Allah SWT bukan sahaja memberikan sifat anggota tubuh badan yang sempurna tetapi berkat usaha, kesabaran dan konsisten mengamalkan supplement2 shaklee yg banyak mengubah hidup ummi, syukur alhamdulillah, Allah SWT mengizinkan untuk supplement2 ini mula bertindak balas dalam memperelokkan lagi wajah ummi...Jika dahulu, agak kusam, banyak jeragat halus di muka dan kurang anjal, kini ianya menjadi lebih baik...

Malahan, bukan sekadar ummi sahaja yang dapat merasa kesannya...tetapi, pelanggan setia ummi juga turut merasa kesan baik dari pengambilan set kecantikan shaklee ini..Baru2 ini, ummi sempat berjumpa dengan adik Anis Suraya bersama ibu dan abangnya...Kata ibunya...

"Dahulu, Anis cepat alah atau gatal2 bila termakan ayam, tetapi sekarang dah ok dah...Kulit pun nampak lebih bersih dan mulus je..."

Alhamdulillah!!!!!Seronok ummi bila customer dapat hasil yang baik...

Jom tengok pula testimoni lain berkaitan set kecantikan shaklee ni...


Ni satu lagi testimonial...


Dan, inilah gambar Hani Nadhirah...

Hmmm...apa yang ada dlm set kecantikan shaklee??? Jom kita tgk...

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:

  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:

  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:

  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
Ada yang nak cuba Skin Care Shaklee???Jom jom jom...hubungi ummi sekarang:-)

* Testimoni ini adalah pengalaman ummi dan customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Salam sayang,









Nadiah Khamis (Kak Nadia)
Shaklee Independent Distributor
[ID No : 830027]
012-3975808 (sms / wassap)

nadeeyya_kk@yahoo.com

Ahad, 25 November 2012

Susu banyak walau tak pernah direct???

Salam sayang semua...Agak lama ummi tidak berkongsi dengan kalian tentang breastfeeding...So, kebetulan, ummi menerima satu private message di FB ummi, terus ummi terfikir untuk mencatatkannya di blog...sekurang2nya bukan sahaja ummi dapat menjawab soalan tetapi turut dapat berkongsi pengalaman ummi dengan kalian....:-)

Ini PM yang ummi terima di FB ummi :-

"Kak...nk tya cmne akk bjaya bg bf ank akk. Sorry byk tya. Sy nyer susu da kurang la...skali pump dpt 2oz jer slalu...sy cam xyakin dpt bg dia bf lg..sy nk tya cmne akk kekalkn susu...apa akk wat hari2...brape akk dpt skali pump...brape oz ank akk minum..."

 "Kak...nk tya.akk amik pil prncg x? Pas sy amik susu lg kurang la..."

Ok, nampaknya ada 2 soalan yang perlu ummi jawab...

Bagi soalan yang pertama sebenarnya ummi pernah tuliskan dalam entry yang lepas...so, maybe sbb entry tu dah agak lama, so susah dah nak jumpa kan...untuk memudahkan kalian, di sini ummi share sekali lagi link bagi bagaimana cara ummi maintain kan susu ummi walaupun ummi hanyalah seorang ibu yang menyusukan anak hanya melalui kaedah pumping semata2...KLIK DI SINI....==> KLIK

Bagi soalan kedua pula, hmmm...ummi memang tak pernah ambil sebarang pil perancang...hehehe...rancang sendiri...tetapi, memang benar...ada antara customer atau sahabat2 ummi yang mengambil pil perancang mengadu dengan ummi bahawa susu mereka berkurangan... 

So, untuk tidak menghampakan kalian, berikut ummi sharekan dengan kalian antara pil perancang yang sesuai untuk di ambil bagi ibu yang menyusukan anak...


1) Pil perancang

Pil yang mempunyai hormon progestron seperti Noriday

Cara pengambilan pil Noriday:-

Mula makan Noriday pada hari pertama haid sehingga habis pek. Ambil pil pada masa yang sama setiap hari.
Pada permulaan mengambil pil Noriday, pencegahan kehamilan alternatif mesti diambil 14 hari yang pertama.
Selepas habis pek pertama, anda perlu meneruskan dengan pek kedua tanpa berhenti, tidak kira jika ada haid atau tidak.Pil ini hendaklah di ambil setiap hari dan pada waktu yang sama. Pil ini di katakan tidak akan mengurangkan susu ibu. 


Namun, salah satu kesan sampingan yang mungkin di hadapi bagi mereka yang mengamalkan pil ini adalah gangguan haid yang lazimnya (jika berlaku) tidak teratur, kerap dan berpanjangan. Peratus kejayaan pil ini ialah 96% hingga 99%. 

Anda dinasihatkan supaya berhenti mengambil pil perancang serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika:

o Sakit dada, batuk berdarah dan sesak nafas

o Sakit dan bengkak urat kaki

o Sakit dada yang melampau


o Sakit kepala, muntah, pening, pengsan, masalah penglihatan atau pertuturan, lemah tangan atau kaki

o Ketulan pada buah dada

o Sakit pada bahagian perut 


2) Depo provera (suntikan depo)

Ia adalah sejenis suntikan yang diambil setiap 12 minggu. Suntikan pertama akan diberi pada hari pertama ke hari kelima haid. Selepas itu, anda akan diberi suntikan setiap 3 bulan. Suntikan ini juga di katakan tidak mengurangkan susu ibu. Tetapi kemungkinan untuk period tidak teratur adalah sangat tinggi, kerana setiap jenis perancang keluarga biasanya akan mengganggu hormon kita. Peratus kejayaan adalah 99%.



Salah seorang sahabat ummi pernah mengambil injection ini, tetapi putaran kedatangan haidnya memang tunggang langgang...malahan pernah 2-3 bulan sekali barulah period. Dan apa yang ummi perasan, sahabat ummi ini selalu di serang migraine dan lesu di tempat kerja. Akibatnya, selang beberapa bulan mengambil injection ini, sahabat ummi berhenti mengambilnya kerana tidak tahan dengan sakit kepala yang sering mengganggu beliau. Maklumlah kan, Allah jadikan manusia ini berbeza2, ada yang serasi dengan sesuatu, dan ada juga yang sebaliknya.

Anda tidak boleh menggunakan suntikan depo jika ada penyakit seperti di bawah:

o Darah tinggi

o Penyakit hati


o Herpes sewaktu hamil

o Sakit kuning

o Gatal sewaktu hamil

o Angin ahmar

o Sakit jantung


3) Implanon (implan)



Implan juga merupakan sejenis lagi perancang keluarga yang di katakan sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, kerana susu tidak akan kering . Implan mempunyai kandungan hormon progestron dan ia berbentuk seperti lidi yang dipasang di bawah kulit pada lengan anda.

Implan (implanon) berkesan mencegah kehamilan selama 3 tahun.

Implan mengandungi hormon progesteron yang mengeluarkan hormon secara berterusan dan menghalang pengeluaran telur. Ia juga menghalang sperma memasuki rahim dengan menukar lendir pada serviks. Perlindungan kehamilan bermula dari hari pemasangan.

Peratus kejayaan adalah 99%.

Kesan sampingan implan:-

Antaranya ialah jerawat, pening kepala, pertambahan berat badan, sengal payudara. Kesan sampingan yang jarang berlaku termasuk rambut gugur, perubahan emosi, perubahan nafsu seks, sakit perut dan senggugut. 


 Menurut pembacaan ummi, ketiga-tiga kaedah ini adalah sangat sesuai diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak. Sungguh pun begitu, nasihat ummi, demi memastikan pil atau apa jenis perancang yang kalian gunakan itu benar2 selamat untuk di gunakan, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. 

Pastikan kalian turut memaklumkan kepada doktor bahawa kalian adalah seorang ibu yang menyusukan anak. Memang jika kita tersilap mengambil pil perancang, berdasarkan pengalaman customer dan sahabat2 ummi, susu mereka akan mula menyusut dan akhirnya agak menyedihkan apabila mereka terpaksa memilih untuk top up dgn susu tepung.

Dan, jika kalian terpaksa juga mengambil kaedah2 di atas pastikan kalian menambahkan beberapa supplement yang sesuai demi menampung keperluan tubuh kalian bagi memastikan kesan sampingan yang mungkin berlaku dapat di minima kan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma. 

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia
:(

Khamis, 22 November 2012

Nak Cantik?Nak Kurus? Anda Harus Baca...

Salam Hari Jumaat semua...actually, minggu ni, ummi agak bz sebab attend course ke Langkawi...lama sungguh x jumpa kawan2 seangkatan satu Malaysia...maklumlah, persidangan seperti ni memang di buat setahun sekali...so, setahun sekali la kami berjumpa... 

Kali ni kami semua di bawa ke Langkawi...seronok rasanya bertemu sahabat2 lama ummi...sempat jugak la snap beberapa gambar dgn mereka... 

Ni lagi...
hehehe..dan banyak lagi la...kebetulan ramai pulak yang tegur perubahan ummi...sejak berdiet dan amalkan supplement, ramai yang perasan perubahan dari segi penyusutan berat badan ummi dan kulit ummi yang semakin berseri (cewah, pasannnn)... Yelah, tahun lepas depa jumpa ummi mcm ni...
Hihihi...alhamdulillah...tapi, yang paling menyeronokkan ummi, sebab suami pun happy dgn perubahan ummi ni..so, ummi masih dlm proses penurunan berat (target 50 kg)...huhuhu...dan penjagaan kulit wajah, untuk suami juga kan...sape yang tak suka nampak cantikkan... 

Ramai juga yang bertanya, dlm banyak2 produk shaklee, apa yang ummi amalkan sekarang??? So, ini yg ummi amalkan... 

1) Lps breakfast - mkn vitalea (multivitamin), B Comp (kawal stress), Lecithin (utk up metabolisme dan pecahkan lemak) dan esp (utk sel sihat dan kulit anjal)... 

 2) Lps lunch - mkn vit c, alfalfa, joint health (mslh kaki), Lecithin... 

3) Lps Dinner - mkn collagen (kdg2 wat masker-best...tegang je kulit), zink (utk rambut), Lecithin, garlic. 

4) Sblm tido - ostematrix, vit e @ gla (selang seli) Dan ummi akan make sure minum air at least 3.5 liter sehari... 

Alhamdulillah, badan rasa lbh sihat, bertenaga dan penurunan berat badan menggunakan diet atkins berjalan dgn lbh lancar dengan sokongan pemakanan tambahan ni... 

Jika sesiapa berminat nak cuba, boleh pm ummi ye:-) 

*Testimoni ini adalah pengalaman ummi sendiri dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut. 

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma. 

 Salam sayang, 
 Kak Nadia

Sabtu, 3 November 2012

MISI KURUS DAN CANTIK!!!BERJAYAKAH????

Salam sayang semua pembaca blog ummi..Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog ummi yang tidak seberapa ini...Di Blog ini, ummi sharekan dengan kalian semua pengalaman manis ummi sebagai seorang EP MOM atau pengepam tegar untuk breastfeeding yang ummi berjaya laluinya selama 2 tahun lebih...Syukur Alhamdulillah...Di Blog ini juga, ummi sharekan dengan kalian, pengalaman manis ummi menggunakan supplement natural terbaik yang pernah ummi gunakan iaitu SHAKLEE...dan semua itu, ummi kongsikan dengan kalian supaya kalian juga dapat menaik taraf kesihatan kalian bersama keluarga tersayang...So, sesiapa sahaja yang ingin membuat order supplement shaklee ini, silakan hubungi ummi ye sebab ada harga istimewa yang ummi berikan bagi setiap customer ummi...:-)

So, hari ini, ummi ingin share kan dengan kalian pengalaman ummi sekarang yang sedang menjalani proses MENGURUSKAN BADAN (wahhhhhh) secara sihat menggunakan METHOD ATKINS dan di bantu dengan penggunaan supplement SHAKLEE sebagai sokongan...Malahan, ummi juga sedang mencuba semua produk shaklee berkaitan kecantikan (wahhhh sekali lagi,well,semua orang nak cantikkan) dan ummi nak sharekan dengan kalian...

So, ummi memulakan 2 misi ini bemula Bulan Mei 2012 iaitu MISI MENGURUSKAN BADAN DENGAN ATKINS (No other slimming produk) dan MISI MENCANTIKKAN KULIT WAJAH...So, inilah hasilnya yang ummi perolehi...TADAAAA...

 Untuk pengetahuan semua...Gambar ini adalah gambar original dan tiada langsung pengubahsuaian yang di buat (sebelum org tanya kan)...Gambar di sebelah kiri adalah gambar sebelum kedua-dua misi ummi di lakukan dan gambar di sebelah kanan adalah gambar ummi yang terkini selepas ummi memulakan misi menguruskan badan dan mencantikkan wajah...Alhamdulillah...Ianya berkesan...

Mengenai misi menguruskan badan ini, jangan salah faham...ummi memang menggunakan plan diet atkins semata2...dan bagi memastikan badan ummi kekal sihat, segar dan aktif sepanjang berdiet...ummi amalkan produk2 ini sebagai pemakanan tambahan...

Apakah produk shaklee yang ummi gunakan sepanjang misi ummi MENGURUSKAN BADAN???
Ini antaranya (dan ummi terangkan secara ringkas mengapa ummi menggunakannya) :-
1) Vitalea - Kerana ianya multivitamin terbaik dlm menyeimbangkan semua nutrient dan zat galian dlm badan.
2) ESP- Untuk memastikan sel2 badan sentiasa dlm keadaan sihat supaya senang serap semua vitamin lain yang di ambil
3) Garlic - supaya tekanan darah dan kolestrol sentiasa terkawal
4) Lecithin/Omega - meningkatkan metabolisme badan dan memecahkan lemak badan
5) Ostematrix dan Joint Health - memastikan tulang padat dan sakit kaki kerana obess dapat di kawal

Dan, apakah produk tambahan yang ummi gunakan pula dalam misi MENCANTIKKAN WAJAH???
1) Collagen powder
2) Vitamin C
3) Vitamin E/GLA - makan secara berselang seli
4) ESP (seperti di atas)-kulit lebih anjal

Banyak????hehehehe....sebenarnya tidak jika betul cara penyusunan semua vitamin2 ini...setiap satunya ada fungsi2 nya yang tersendiri dan ummi telah cuba sendiri dan merasai perbezaannya...

Betul ke makan banyak2 vitamin ni boleh MEROSAKKAN BUAH PINGGANG???
Hmmm...ummi pernah di tanya tentang perkara ini...Jawapannya:-

Vitamin boleh memberi kesan yang buruk dalam badan apabila:-

1. Kurang minum air, ini kerana air diperlukan untuk penyerapan secara optimum.

2. Pengambilan melebihi dos yang disarankan....terutama untuk vitamin yang bukan larut air. Pengambilan vitamin A yang berlebihan akan membuatkan toksik dalam badan dan ia boleh dilihat pada tapak tangan kelihatan kuning-kuningan.

3. Pengambilan yang banyak dalam satu satu masa....ini kerana ia boleh membebankan fungsi buah pinggang.

Maka jika anda seorang pengamal vitamin tegar....elakkan 3 perkara ini demi menjaga kesihatan yang optimum terutama untuk kebaikan buah pinggang kita. Sebelum membeli, pastikan anda mendapat konsultasi dari pengedar.

Dan pastikan supplement yang kalian beli adalah bersifat natural (bukan dakwaan sahaja)..paling mudah, check semula...sepatutnya dalam botol supplement tiada silica gel kerana ianya adalah vitamin sintetik bukan semulajadi...

Kesimpulannya, Kurus, Sihat dan Cantik adalah kemahuan semua orang...Dan supplement adalah sebagai sokongan kuat dan pemakanan tambahan...So, sape yang nak tau lebih lanjut, sila hubungi ummi ok...

* Testimoni ini adalah pengalaman ummi sendiri dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Salam sayang,

Kak Nadia

Sabtu, 26 Februari 2011

Bagaimana ummi menyusukan anak????

Salam sayang semua...memang ummi sgt2 minta maaf sbb jarang2 menulis di blog kesayangan ummi ni...bukan apa...hambatan kesibukan bekerja, melayan anak2 dan suami dan jarak perjalanan yang agak memenatkan setiap hari kerana ummi menetap di kedah tetapi bekerja di penang...tapi, itu bukan alasan kan...(sebenarnya malas...hhehehe)...insya allah, ummi akan cuba lebih menyusun masa agar ummi dapat terus bercerita dan berkongsi perkara yang baik buat kalian...

 Buat mereka yang baru pertama kali menerjah ke blog ini, terima kasih ummi ucapkan...ummi harap serba sedikit blog ummi ini dapat memberikan faedah dan manfaat walaupun ummi ini hanya insan biasa...masih banyak kekurangan...kalian juga tidak perlu menjadi follower(tp kalau
join, terima kasih daun keladi), cukup lah kalian menyebarkan sbarang kebaikan yg kalian perolehi dr blog ini (jika ada) kepada mereka yg memerlukan...

Sebenarnya, entri ini ummi tuliskan sbb kebelakangan ini, ummi banyak menerima email dr client2 upline ummi yg teruja sbb kisah ummi mendapat 12 oz dalam satu sessi perahan turut tersenarai dlm highlight blog upline ummi (anakkuwiraku-owner Nnorita)...jadi untuk tidak menghampakan kalian, ummi kongsikan dengan kalian perjalanan kisah ummi menyusukan anak kecil ummi (sekarang berumur 1 tahun 4 bulan) secara ringkas...


Mcmana ummi terfikir untuk memulakan penyusuan susu ibu

Actually, semasa ummi mengandungkan anak sulung ummi, Syasya, ummi memang tidak langsung terdedah mengenai ilmu2 penyusuan...malahan tiada langsung persediaan untuk menyusukan yg ummi turut highlightkan semasa hampir menerima kelahiran baby pertama ummi,...(menyesal tp insya allah ada hikmahnya)...kerana itu, akibat kurangnya ilmu mengenai penyusuan susu ibu, ummi hanya berjaya menyusukan anak sulung ummi selama 6 bulan sahaja...


Dan, ini semua bermula apabila ummi mula mengandungkan Qistyna,dan hakikatnya Allah SWT yang menggerakkan hati ummi dan memudahkan jalan ummi apabila ummi bertemu dengan laman - laman web yang menyokong penyusuan susu ibu dan di ketemukan pula dengan upline ummi iaitu Norita...


Awal2 memulakan penyusuan

Tidak ummi nafikan, ummi antara mereka yang di berikan kurniaan oleh Allah dengan susu yang melimpah ruah...sungguhpun begitu, Allah itu Maha Adil, ummi diberikan kekurangan pula kerana ummi tidak mampu menyusukan anak secara direct..Maka, bermula dr Qistyna di lahirkan sehingga kini, ummi hanya memberikan susu ibu dengan kaedah Pengepaman semata- mata...


Gajet2 Penyusuan Ummi

Oleh kerana ummi merupakan salah seorang pengepam tegar dan ummi juga bekerja (malahan banyak bekerja di luar-turun naik court)...so, ummi harus alert ttg kepeluan2 penyusuan...so, sebaik sahaja ummi naik bekerja gajet2 ini yg ummi sediakan :-
1) Breast Pam - Spectra 3 (sbb sesuai dgn ummi)-Kalian boleh pilih yg sesuai dgn kalian.
2) Ice Pack (sekurang2 nya 2 atau 3)- Ummi beli jenis Mom's Little One dan Coleman...
3) Cooler Bag - Juga ummi beli jenis Mom's Little One.
4) Botol susu untuk simpan stok masa perah kat opis - Standby dlm 3 atau 4...
5) Beg untuk bawa semua di atas (paling sesuai beg jenis simple dimplesbb ruangnya yg lebar dan boleh galas atau jadikan bagpack)..
6) Supplement yg sesuai - Ini terpulang kpd kalian tp ummi memerlukannya...


Mengapa ummi memerlukan supplement dalam penyusuan

Sejujurnya, dahulu sebelum ummi menjadi pengamal tegar supplement (Jenis Shaklee of course) susu yang ummi hasilkan kerap ada pasang surutnya walaupun mencukupi...Mengapa???Puas ummi fikirkan...apabila ummi renung2kan semula...inilah jawapannya mengapa ianya terjadi :-
1) Ummi sering keletihan kerana kerjaya ummi yang sibuk, stress dan banyak menggunakan kekuatan otak, tambahan pula ummi berulang alik setiap hari dalam perjalanan yg agak jauh.
2) Pemakanan ummi yang agak tidak seimbang kerana kesuntukan masa dan sikap ummi yg agak memilih variety makanan.
3) So, bila tenaga dan pemakanan tidak seimbang, ummi kerap dan mudah selsema, sakit tekak, demam, batuk dan ini secara tak lansung mengubah mood ummi.


So, 3 perkara utama ini (selain2 beberapa perkara2 kecil yg lain) yang menyebabkan ummi terfikir untuk menjadi pengamal supplement...kerana apa yg ummi tau, kalau badan letih, stress, mood tak menentu, makan makanan yg tak seimbang, kerap sakit BOLEH MENYUMBANG KEPADA PENGHASILAN SUSU....So, fahamkan betul2 ye...supplement bukan membantu 'Membanyakkan susu' atau 'Menyebabkan susu lebih berkualiti'(kan Allah memang dah cipta susu ibu tu berkualti dan terbaik)...tetapi SUPPLEMENT BOLEH MEMBANTU BADAN SI IBU LEBIH BERTENAGA, MENGHASILKAN MOOD YG BAIK DAN INI SECARA TIDAK LANGSUNG AKAN MELANCARKAN PENGHASILAN SUSU ITU SENDIRI...


Nasihat ummi buat bakal2 ibu atau ibu2 yg berhasrat menyusukan anak sepenuhnya

1) Jangan sekali2 terpengaruh dengan jumlah kuantiti susu antara satu ibu dengan ibu yg lain...boleh jadikan sebagai penguat semangat tetapi ingat ye....allah dah tetapkan antara seseorang dengan seseorang yg lain jumlahnya berbeza2...dan jangan sekali2 bila tgk 'owh...banyaknya susu dia, mengapa aku punya susu kurang???" DAN KALIAN TERUS RASA GIVE UP (kerana itu, ummi jarang memaparkan di blog ummi gambar2 hasil pengepaman ummi )...kerana bagi ummi, sebanyak mana allah kurniakan itu, insya allah itulah rezeki anak kita dan insyaallah mencukupi (Percayalah..Allah itu Maha Penyayang dan Tidak Zalim)...
2) Semangat harus kuat (jgn suam2 kuku) dan berkawan lah dengan mereka yg menyusukan anak untuk berkongsi dan mendapat semangat...hanya mereka yg mlaluinya sahaja yg memahami kannn...(Rakan GBS ummi semuanya menyokong susu ibu-kalian boleh be friend dgn mereka)...dan pesan ummi, adalah lbh baik kalian memilih direct feeding berbanding full pumping mcm ummi kerana cabaranya lbh besarrr...dan stimulate baby much2 better than pumping method...
3) Rajin bertanya dan carilah sebanyak mungkin ilmu2 berkaitan penyusuan kerana tanpa pengetahuan tentang penyusuan, agak mustahil untuk misi 2 tahun penyusuan akan tercapai (Ramai dah LC2 dan PC di luar sana yg sudi membantu kan)...
4) Di Pejabat atau ketika tidak bersama baby,pastikan kalian mengepam setiap 3 jam sekali sekurang2nya (walaupun yg keluar hanya angin atau 1 titik)..dan jika 'terpaksa' tak mengepam dlm tempoh itu, pastikan kalian gantikan dengan power pumping untuk reshedule semula jadual yg telah terskip itu (Power pumping ialah Pam 10 minit berenti 10 minit Pam semula 10 minit dan aktiviti ini diulang sehingga 1 atau 2 jam-kalau malas,corong pam tu boleh simpan dlm peti ais atau dalam ais pck tanpa di basuh)...dah selesai br basuh...
5) Minum 'AIR KOSONG' sekurang2nya 3 liter sehari kerana ianya membantu melncarkan lagi pengeluaran susu...
6) Kalau boleh, tinggalkan la semua makanan2 merepek atau fast food sbb kadang2 kandungan perasa tambahan, bahan2 yg maybe kita tak pasti bagus atau tidak untuk badan kita...boleh mengakibatkan pengurangan susu yg d hasilkan...
7) Sentiasa positifkan minda anda (sbb itu, kalau tgk susu org lbh banyak jgn mulalah nak menggelabah kenapa susu aku sikit-kadang2 ada keburukannya)..pedulikan dengan orang lain..yg penting selalu pikir...Insya allah susu aku cukup untuk anakku...kerana hanya mereka yg sentiasa positif sahaja mampu memperolehi kejayaan dan jangan sesekali patah semangattt...
8) Berpegang selalu dengan istilah " Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya"...
.so, kalau ada masalah dlm penyusuan. jgn segan2 berkongsi dan bertanya pada mereka yg benar2 tahu ttg ilmu penyusuan...
9) Akhir sekali, jangan sesekali lupa memohon kepada Yang Maha Esa...kerana setiap sesuatu di dunia ini takkan berlaku TANPA IZINNYA...


So, ummi rasa cukup la buat masa ini...dah tiba masanya ummi nak mengepam...dan oh ya, sebelum ummi terlupa, jemputlah bg mereka yg berminat untuk mencuba supplement Shakleee...Ada tawaran yg sangat menarik dlm entry ummi sebelum ini...do grab it...Boleh juga baca melalui label contest....Akhirnya, ummi doakan semua2 ibu2 dan bakal2 ibu mampu dan berjaya dalam penyusuan masing..Jgn lupa berdoa ye...Berdoa itukan senjata mukmin....


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails