Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Selasa, 26 April 2011

SUPER DOOPER GRAND SALE...JOMMM REBUTTTTT!!!!!!

Salam sayang semua...maaf ye beberapa hari kebelakangan ni ummi tak up date blog pun...lately, kelam kabut dengan pertambahan mendadak kes2 dan jabatan ummi sedang dlm proses mendapatkan MS ISO version terbaru...bertambah2 la kerja lagi...semuanya kena ikut prosedur yang di gariskan....hehehe...merungut pulak...

Haaaa..meh kita ceriter perkara yang lebih menggembirakan....tawaran yang sangat2 hebat dan insya allah ummi yakin kalian akan berpuas hati....aminnn...jom jenguk sale terbaru....

OFFER SATU -Breastfeeding Trial Pack SET B



Mengandungi
30' Multivitamin 30's B complex 30's Vitamin C 90's Alfalfa

Hanya RM80 bersama 11 BONUS PERCUMA! 

+ PERCUMA tambahan 30's Alfalfa dari pakej biasa.
+ PERCUMA Penghantaran
+ PERCUMA hadiah istimewa
+ PERCUMA TIPS ESKLUSIF mempercepatkan penghasilan susuibu melalui vitamin.
+ PERCUMA Hadiah khas untuk “Return ” and “New customer”. *
+ PERCUMA bekas ber KUALITI & kedap udara
+ PERCUMA flyer panduan
+ PERCUMA menyertai laman sosial khas yang dipantau oleh mereka yang berpengalaman dalam pemakanan tambahan.
+ PERCUMA update terkini hasil kajian dan tips penjagaan bayi.
+ PERCUMA Pautan jaringan panel Shaklee Euphoria (kumpulan Pengasas Shaklee Trial Pack)
+ Diskaun khas untuk pembelian fullpack.*
_________________________________________________

OFFER DUA- SHAKLEE BUDDY PACK
Mengandungi
2 x 30's Multivitamin 2 x 30's B complex 2 x 30's Vitamin C 200 's Alfalfa

Hanya RM140 bersama 12 BONUS PERCUMA!

+ PERCUMA tambahan 80's Alfalfa
+ PERCUMA potongan Diskaun RM20 dari harga asal iaitu RM160.
+ PERCUMA Penghantaran
+ PERCUMA hadiah istimewa
+ PERCUMA TIPS ESKLUSIF mempercepatkan penghasilan susuibu melalui vitamin.
+ PERCUMA Hadiah khas untuk “Return ” and “New customer”. *
+ PERCUMA bekas ber KUALITI & kedap udara
+ PERCUMA flyer panduan
+ PERCUMA menyertai laman sosial khas yang dipantau oleh mereka yang berpengalaman dalam pemakanan tambahan.
+ PERCUMA update terkini hasil kajian dan tips penjagaan bayi.
+ PERCUMA Pautan jaringan panel Shaklee Euphoria (kumpulan Pengasas Shaklee Trial Pack)
+ Diskaun khas untuk pembelian fullpack.*
______________________________

HABIS DAH KER????TUNGGU ADA LAGI OFFER TERBAEKKKKK...

GRAND OFFER !!!PEMBELIAN FULLPACK SET B
Mengandungi
120's Multivitamin 120's B complex 180's Vitamin C 330 Alfalfa

Bonus 1 - 60 biji Alfalfa PERCUMA!
Bonus 2 - LAYAK MENYERTAI CABUTAN BERTUAH DAN MEMENANGI HADIAH UTAMA PRODUK SHAKLEE BERNILAI LEBIH RM1000!HANYA RM241 SAHAJA. HARGA TERMASUK PENGHANTARAN.

UNTUK DAPATKAN YANG TERBAIK KITA PERLU BERI YANG TERBAIK.
TERUSKAN PERJUANGAN ANDA DALAM PENYUSUAN SUSUIBU. KAMI SENTIASA MENYOKONG ANDA WALAU DI MANA SAHAJA ANDA BERADA.

* terms and condition apply
Bagi pembelian trial pack with add on sahaja yang layak terima extra gift.

# harga Semenanjung Malaysia.


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...



Sabtu, 16 April 2011

Subhanallah...it's reallt work it!!!!

Salam sayang semua...actually, sepatutnya ummi menulis kisah/testimonial abah ummi dalam menggunakan supplement shaklee dalam merawat sakit perut dan cirit biritnya tetapi ummi terpaksa tunda dulu sbb baru sekejap td ummi dapat sms drpd sepupu ummi yang baru sahaja mencuba set b (Vitalea, B Compleks, Vitamin C dan alfalfa) + Energizing Soy Protein + Ostematrix (Kalsium Magnesium) dan ummi share "rahsia ajaib geng gbs" ttg pengambilan vitamin pd waktu yang tepat dan bersesuaian dan ini respons sepupu ummi tu...


"Eiya...memang menjadik sungguh...giler beb...aku pelik sbb rasa baru jek breast feed anak aku sampai 'kosong'...tapi tak lama lepas tu berat balik sampai menitik beb...jgn tak caya..menitikkkk...jenuh muntah anak aku nak perabih susu yg aku perah ni...pastu..jenuh aku kena basuh cadar hr2...sbb tiap kali bangun tido mesti kuyup cadar beb!!!...it's really work it!!!"


Hahahaha...tergelak besau ummi terima sms ni td..paling tak tahan bab basuh cadar tuh...sbb ummi sampai skrg pun ada problem yang sama...mcm tak caya anak dah umur hampir setahun enam bulan leh basah lg cadar HARI2!!!basah dengan susu yang melimpah...alhamdulillah...

Mesti kalian tertanya2 kan apa agaknya 'RAHSIA AJAIB' tersebut...tadaaaa...biarlah rahsia...hehehe...tak la...biarlah ianya menjadi hak eksklusif pengedar sah SHAKLEE GBS dan customer2 yang ummi sayangiii...


Maka kerana ini sedang hangat diperkatakan dan di cari, maka ada PROMO terbaru !


Pakej  Tripple M :
Mom's Marvellouse Milk. 
Making More Milk. 
Making Mummilicous Milk.
Dalam pakej Tripple M ini ada trial pack set B with 90's Alfalfa, ESP dan Ostematrix.


ESP + SET B
OSTEMATRIX






Harganya ialah RM260  RM250 sahaja (harga WM).
* Harga Sabah Sarawak ialah RM265 sahaja.

# Namun untuk fullpack ialah RM401 (WM) sahaja.




Ini bermakna anda menerima  RM10 sebagai diskaun penghantaran.
Tawaran ini bermula 17 April sehingga 30 April. Selagi stok masih ada. (Psttt..kalau gaji kalian bulan mei, kena lah booking awal2)


Dan tidak lupa, buat customer2 yang ummi sayangi..."Rahsia ajaib" ini adalah eksklusif untuk kalian...Dan bagi pelanggan yang ummi sayangi...anda boleh menghantar email kepada ummi bertajuk "Saya Mahu Tips Istimewa Itu"dengan menyatakan nama dan kali terakhir anda membeli melalui ummi (Trial Pack @ Fullpack). Ummi akan segera memberi tips itu kepada anda kerana ianya memang eksklusif untuk anda sebagai pelanggan ummi...


 Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...


Khamis, 14 April 2011

Entry tak jadikk...

Salam sayang semua...hari ni sebenarnya ikutkan hati ummi nak menulis pengalaman abah ummi yang terkena sakit perut memulas - mulas beserta cirit birit yang teruk...memang testimonial ni best sgt sbb selalunya abah ummi ni kalau sakit perut ke, atau kena cirit birit ke, terus pegi kedai beli pil chi kit teck aun...tapi kali ni,lain lak ceritanya...abah ummi 'sangat teruja' menggunakan produk shaklee dalam merawat sakit perut memulas - mulas dan cirit birit tersebut...


Tapi, serius, maaf lah...ummi tunda citer ni esok ek...kang ummi merapu2 ntah apa2 ntah...ni pun dah banyak kali siap taip...hr ni ummi sedikit letih sbb seharian berkursus version terbaru ms iso...pastu kena jem lak on the way balik atas jambatan penang...sgt2 penat...so, mata dah nak lelap sgt2...esok ummi 'bayar hutang' citer abah ummi tu ye...(bikin panas jeeee)...jom tido kwn2...zzzzzz


salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Isnin, 11 April 2011

Alhamdulillah..rezeki ummi...

Salam...syukur ke hadrat ilahi...hari ni ummi menang besarrrr...seronoknya ummi...memang ummi teringin sgt2 kat 'benda' ni...so, ummi try2 masuk satu contest yg upline ummi anjurkan...alhamdulillah...tak sangka pulak ummi yang bertuah...pertama kali masuk contest dan terus menang!!!!syukur sesangat...lepas ni ummi citer plak kat kalian kisah ummi bersama 'hadiah' ummi ni k...

Nak tau apa yang ummi menang????Sebelum tu special thanks to N dan family dr blog anakkuwiraku sbb pilih ummi sebagai pemenang...nak tgk apa yang ummi menang???Tadaaaaa...



Ahad, 10 April 2011

"Saya nak hadiah best dari MamaFaiz & Shaklee"

Salam....hehehe...kalau dah tajuk entry tu bunyi macam tu...dah tentulah ianya untuk join contest yang sahabat ummi buat iaitu Chery(ada hati nak join jugak tu!!!)...kalian boleh la rujuk ttg contest ni disini...Hadiahnya memang la best yang amat dan ada yang ummi dah amalkan pun iaitu vitamin E(sape yang pernah amalkan akan tau betapa best nya vitamin e ni)...so, kalau kalian nak menang juga...jom la join kat  www.mamafaiz.com (wah!!!macam daku lak yang anjurkan)...ummi memang follow blog chery ni everyday sbb blog dia mmg salah satu blog favourite ummi...mudah2an rezeki ummi...aminnn...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Sabtu, 9 April 2011

Alangkah bertuahnya mereka yang mengerjakan solat!!!

Salam ceria di pagi ahad...actually, hari ni ummi nak share dgn kalian tentang betapa agungnya Allah SWT dalam setiap suruhannya kepada umat manusia...dan alangkah Maha Pemurah Dan Maha Penyayang Nya Allah kerana dalam suruhan Nya, rupanya terselit kebaikkan tanpa kita sedari...See, betapa Allah menyayangi hambaNya dan sanggupkah kita tidak membalas Kasih sayang Nya terhadap kita sedangkan kita ini hanyalah hambanya yang sangat kerdil...so, meh sama2 kita hayati BETAPA BERTUAHNYA MEREKA YANG MENGERJAKAN SOLAT....



Utusan Malaysia 6 April 2011
Solat dalam sudut sains

Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim.


Dalam pembentangan kajian pertama bertajuk Kesan Postur Badan dan Pergerakannya di Dalam Solat, Dr. Fatimah menjelaskan pergerakan dalam solat amat mempengaruhi keadaan tubuh badan.


Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram, posisi tangan pada waktu itu adalah dalam keadaan rehat.


Jika dilihat dari sudut fisiologi, posisi tersebut berada dalam keadaan rehat yang maksimum. Ia mampu melancarkan pergerakan sendi dan mengelakkan penyakit sendi.


Pada posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang paha jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan.


Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang.


Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud.


Kedudukan begini adalah cara terbaik menjadikan otot besar dan kuat. Secara tidak langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke seluruh anggota badan.


Dr. Fatimah turut menjemput seorang peserta membuat demonstrasi di pentas bagi membuktikan kebenaran kajiannya.


Peserta berkenaan mencuba seperti apa yang diarahkan dan bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh Dr. Fatimah.


Beliau menekankan kepentingan solat dan menasihatkan peserta agar tidak timbul niat menjadikan solat semata-mata untuk menjadi sihat, kerana perkara sedemikian amat bercanggah dengan tujuan solat.


Katanya, solat adalah khusus kepada Allah, maka ia tidak boleh disertakan dengan niat lain bagi tujuan kesihatan.


Cuma apa yang ditekankan dalam kajian tersebut adalah kesan sampingan daripada bersolat, manusia akan memperoleh kebaikan yang tidak dapat dinafikan kebenarannya.


"Kajian Dr. Fatimah menunjukkan bukti bahawa manusia akan mencapai kecergasan dan kesihatan yang terbaik semasa bersolat," katanya.


Dalam satu lagi sesi bertajuk Solat dan Kesan Kepada Denyutan Jantung' Dr. Fatimah menjelaskan jantung memainkan peranan amat penting dan sangat berjasa kepada manusia.


Denyutan jantung dalam keadaan rehat adalah di antara 60-80 denyutan seminit.


Akan tetapi bagi atlet sukan, kadar denyutan jantung mereka lebih rendah, iaitu 40-60 denyutan seminit.


Peserta diberi kefahaman bahawa, semakin rendah kadar denyutan jantung, bermakna kesihatan jantung lebih terjaga.


Kesihatan jantung perlu diberi perhatian serius memandangkan kematian akibat serangan jantung semakin meningkat dan tidak mengenal usia.


Ia juga dikatakan pembunuh nombor satu negara kerana serangannya berlaku secara senyap dan tidak mengira keadaan.


Bahaya yang ditunjukkan akibat
serangan jantung begitu membimbangkan, dan beliau berjaya menemui bukti saintifik bahawa dengan bersolat, kadar denyutan jantung dapat dikawal dengan baik.

Selain itu, dengan melakukan solat juga dapat mengurangkan risiko darah tinggi.


Jantung berdenyut dengan kadar paling rendah semasa posisi sujud, iaitu sebanyak 72 dan 73 denyutan seminit.


Apabila seseorang duduk pada tahiyat akhir, kadar denyutan jantung meningkat semula dan ia mengepam darah ke bahagian atas badan serta kepala.


Secara tidak langsung, jumlah darah yang diperlukan juga meningkat.


Hasil
kajian beliau mendapati, posisi sujud adalah kedudukan terbaik untuk kesihatan jantung. Lebih banyak bersujud, maka seseorang dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah.




So, tepuk dada tanya iman...dalam suruhan ada nikmat yang tanpa kita sedari di berikan...JOM SOLAT...



Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

Alhamdulillah...berat qayyum naik jugaaa....

Salam...hari ni ummi nak share satu pengalaman dr salah seorang customer ummi yang lebih mesra ummi panggil dengan panggilan nomi...anak nomi mengalami masalah berat badan yang semakin menurun semasa berusia 1 bulan lebih sehingga hanya seberat 2.2 kg...sedangkan semasa lahir berat qayyum mencecah 3 kg...so, meh kita kongsi pengalaman nomi dalam menangani masalah qayyum...kalian boleh juga baca di sini....
-------------------------------------------------------------------------------
KISAH PENYUSUAN SAYA
Qayyum merupakan anak kedua saya yang lahir pada 19 Jan 2011 seberat 3kg. Semasa saya lahirkan Muiz 2tahun lepas, saya tak berjaya menyusukan Muiz walaupun sekali kerana masa kat hospital lagi nurse dah bagi susu botol pada dia. Pada masa tu ilmu penyusuan saya sangat cetek. Oleh itu, untuk anak kedua, saya berazam untuk memberi susu badan sepenuhnya kepada Qayyum. Alhamdulillah Qayyum nak susu badan walaupun masa kat hospital dia dah diberi susu formula. Saya rasa sangat gembira masa tu kerana impian saya untuk menyusukan anak saya tercapai.
Seperti ibu2 yang lain, saya memberikan susu secara direct feeding kepada Qayyum.masa umur Qayyum 2minggu, saya perasan yang badan Qayyum tak berapa naik. Bila saya timbang di rumah, berat dia hanya 2.9kg. tapi saya sangka mungkin timbang tu salah, takkan la berat anak saya turun pulak kan, sebab Qayyum ok je. Takdepun mengamuk tak cukup susu. Cuma saya perasan yang Qayyum ni kuat tido, saya rasa tu normal la untuk setiap baby.
Bila saya pegi cek up baby di klinik swasta, berat Qayyum masa tu 2.9kg termasuk berat pampers dan baju serta kain bedung. Kebetulan pada masa tu dah seminggu Qayyum tak berak. Sepatutnya berat Qayyum lagi berat kerana sisa najis dia masih banyak dalam badan. Saya dah mula risau juga pada masa tu. Doc cuma cakap tengok berat dia masa 2bln nanti camne dan suruh saya teruskan susu badan. Hati saya masih risau lagi masa tu. Saya cuba bertanya kepada kakak ipar yang merupakan seorang Doc di klinik swasta, dia pun beri pendapat yang sama. Lega ckit hati saya masa tu. Tapi bila saya teringat tentang hal tu saya mula risau balik. Sebab masa anak saya yang sulung, dia lahir 3.3kg.lepas sebulan berat dia dah 4.6kg. jadi saya rujuk kembali kepada kakak ipar saya tu, dia suruh saya pegi dapatkn rawatan pakar pula. Dalam masa yang sama, saya ada bertanya kepada kawan2, diorang pun suruh saya bersabar dan tengok cammane keadaan masa Qayyum 2bulan nanti.
Pada hari isnin, saya decide untuk pergi ke klinik desa sebab kalau ada apa2 kes senang nak refer ke pakar. Masa timbang di sana, berat anak saya cuma 2.2kg. nurse pun dah mula marah. Saya pula bertambah risau. Risau jika anak saya tidak normal, atau mengalami penyakit2 lain. Nurse suruh saya datang lagi 2minggu (appointment dengan nurse ) dan next two weeks (appointment dengan Doc) untuk melihat perkembangan Qayyum. Sekiranya berat Qayyum masih tak naik, Doc akan amik sampel darah untuk diuji. Saya refer masalah saya ni kepada Kak Nadia, yang byk support saya untuk bf baby. Dia banyak menenangkan hati saya. Kak Nadia juga memperkenalkan saya dengan Kak Aishah yang merupakan konsultant laktasi di HSA JB. Untuk pengetahuan semua, sejak dalam pantang, saya ada mengambil supliment Shaklee untuk memastikan susu badan saya berkualiti untuk anak saya. Dan sejak anak saya mengalami masalah berat badan, saya mula mengambil ESP dari Shaklee yang dipercayai boleh membantu supaya baby lebih cepat kenyang.
Macam2 yang saya fikirkan masa Qayyum tak sihat tu. Adakah susu badan saya tidak berkualiti untuk anak saya? Itulah perasaan yang mengganggu saya kerana ini merupakan pengalaman pertama saya menyusukan anak. Saya mula terfikir untuk memberikan susu formula kepada Qayyum. Lebih mudah begitu kan. Kerana mengikut pengalaman saya masa Muiz masih baby, memang mudah menjaganya sebab saya memberi susu formula kepadanya. Saya hampir give up untuk memberi susu badan lagi. Tetapi kawan2 banyak meyakinkan saya yang susu ibu merupakan susu terbaik untuk anak. Saya teruskan juga memberi Qayyum susu badan, cuma sekarang saya pam dulu baru bagi dia, sebab mudah saya nak estimate berapa banyak susu yang dia minum. Sebab masa Muiz berumur sebulan dulu, dia mula minum 3oz setiap 2jam. Sepatutnya Qayyum juga begitu. Untuk memuaskan hati semua pihak (terutamanya family), saya campurkan juga susu formula untuk Qayyum sebab mak cakap mungkin saya kurang minum susu, atau apa yang saya makan kurang berkhasiat. Kebetulan masa tu susu yang sy pam tak dapat banyak. Cuma dapat 40ml sekali pam. Saya bagi macam2 susu kepada anak saya, Enfalac A+, Snow, Isomil,Dutch Lady dan Lactogen. QAyyum minum semua susu tu, saya bagi 3oz, dia boleh habiskan. Tetapi bila Qayyum minum susu tu dia akan cirit birit. Kesian pula saya tengok bila bontot dia mula melecet. Jadi, saya stop dulu bagi dia susu formula. Cuma bagi susu badan. Kali ni setiap kali saya bagi direct feeding, lagi sebelah breast saya akan pam dan bagi kepada dia susu yang saya pam tu.
Namun, saya perhatikan, berat dia macam tak naik sangat. Saya masih risau tentang kesihatan Qayyum. Setiap kali lepas mandikan Qayyum saya akan berasa sedih melihat badan dia yang tidak berisi tu. Selalu saya cakap pada dia, “Qayyum, cepat besar..ummi risau”. Tiap hari saya berdoa supaya Allah berikan kesihatan yang baik kepada Qayyum dan dijauhkan dari sebarang penyakit. Selepas 2minggu, saya bawa Qayyum cek up kat klinik desa lagi. Kali ni berat dia dah 2.9kg. Alhamdulillah naik 700gram. Memang rasa lega cikit masa tu.
Walaubagaimanapun, Qayyum masih alah dengan susu formula. Suami cadangkan supaya bagi nestum cair2 pada Qayyum. Tetapi kali ni Qayyum macam kembung pula. Saya cuba bagi semula susu Isomil sebab saya tau Qayyum ni alah dengan susu lembu. Alhamdulillah Qayyum dah sesuai dengan susu tu. Jadi setiap 2jam saya akan bagi susu 3oz.Kalau susu saya cukup saya akan bagi susu yang saya pam. Kalau tak, saya bagi dengan susu Isomil. Masa tu saya dah kurangkan bagi susu secara direct, sebab saya dapati Qayyum bila saya bagi direct, dia akan cepat tertidur. Sedap sebab dipeluk kot. Mungkin tu yang menyebabkan berat badan dia tak naik, sebab dia kuat tidur dan dia malas menghisap kalau saya beri direct feeding. Dalam pada masa yang sama, saya berusaha untuk tambah susu badan. Saya buat power pumping dan saya mula makan Alfafa (produk Shaklee) 4biji sehari. Sejak itu, setiap kali saya pam, saya akan dapat 3oz setiap 3jam. masih lagi tidak mencukupi untuk Qayyum, cuma saya dah mampu kurangkan susu formula untuk Qayyum.
Untuk cek up klinik desa sebulan kemudian (masa tu Qayyum 2bln), berat Qayyum dah 3.8kg. Alhamdulillah naik 900gram dalam 2minggu. Saya rasa lega dan yakin insyaAllah Qayyum takde masalah kesihatan lain. Sekarang Qayyum sudah berusia 2bulan 2minggu 5hari, berat Qayyum sudah 4.8kg. Alhamdulillah.. Ye, saya gagal memberi Qayyum susu badan sepenuhnya, tetapi saya masih berusaha untuk mengurangkan penggantungan dia kepada susu formula. Sekarang Qayyum cuma minum susu formula 1-3kali sehari. Suatu pengalaman yang jarang2 terjadi kepada ibu2 diluar sana. Tetapi itulah yang saya alami. Terima kasih kepada kawan2 yang banyak membantu saya...


Qayyum masa baru lahir- 3kg


Qayyum masa 10 hari



Qayyum - 1bulan 4hari



QAyyum- 2bln 15hari

------------------------------------------------------------------------------
So, moral of the story...jgn give up...malahan hasil usaha gigih beliau...dan hasil kepercayaan dan keyakinan nomi untuk memastikan badannya kekal sihat, bertenaga dan menyeimbangkan lagi pola pemakanannya demi memastikan segala kebaikan susu ibu dapat di alirkan kepada qayyum dengan lancar kini nomi mengamalkan vitamin2 berikut dalam diet sehariannya...
a) Vitalea @ multivitamin
b) B Compleks
c) Vitamin C
d) Alfalfa
e) ESP
dan berikut antara msg nomi pada ummi hari ini..."skrg sy pam dh blh dpt 4oz skali pam.dh meningkat ckit la"...alhamdulillah...gembira ummi...mudah2an allah mempermudahkan perjalanan penyuusuan adik ummi ini dan sentiasa memberikan kekuatan kepadanya untuk terus menyusukan qayyum walaupun nomi akan bertambah bz kerana menyambung pelajaran di peringkat PHD(wah!!!)-superb mom...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia... 

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails