Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan

Jumaat, 11 November 2011

SELAMAT HARI JADI KE 2 QISTYNA...

 (5 hari)
Masih terbayang2 di mata ummi saat2 melahirkan mu sayang...Nyawa ummi seakan berada di hujung tanduk...Masih segar di ingatan ummi, tanggal 11hb November 2009, Ummi di masukkan ke dalam wad hospital Sultan Abdul Halim Shah, Sg Petani Kedah untuk persediaan melahirkan mu sayang...sekali lagi ummi harus menjalani saat pembedahan kerana doktor mendapati kedudukan adik songsang dan hasil imbasan yang dibuat ternyata adik sedang membesar dgn hebat sekali dengan kata lain ; big baby..Ummi pasrah sayang demi melihat adik selamat di lahirkan ke dunia...apapun ummi akan tempuh demi kamu, anakku sayang...


(3 bulan)
Tepat jam 10 pagi, 12hb November 2009, ummi di sorong ke wad pembedahan, setelah 'line' di tangan ummi di masukkan dan tiub air kencing di pasang (memang kedua2 proses ini sakit tapi ummi tabahkan hati demi melihat kelahiranmu sayang)...


Setibanya ummi di dewan bedah yang sgt2 sejuk, ummi di dudukkan ke atas katil pembedahan, dan satu bius di cucuk ke tulang belakang ummi...perlahan2 bius mula berjalan dan kaki ummi kebas dan tidak terasa apa2...malang sekali lagi buat ummi kerana doktor yang sepatutnya membedah ummi masih belum sampai...ummi hanya mampu mendengar keadaan menjadi agak kelam kabut kerana bius telah berjalan dan ummi tahu sesuatu yang tidak biasa berlaku terjadi...hampir setengah jam kemudian barulah doktor bedah sampai dan terus menjalankan prosedur pembedahan...tiba2 ummi terdengar sekali lagi kekecohan...doktor kelam kabut meminta nurse memanggil doktor pakar membantu...


(5 bulan)
Di fikiran ummi hanya mampu berdoa tidak berhenti2 agar allah menyelamatkan nayawa mu sayang...apakah sebenarnya yang berlaku???serasa ingin ummi bangun dan melihat...tetapi apalah daya ummi tidak mampu bergerak...ummi tadahkan tangan memohon agar adik selamat walaupun nyawa ummi adalah galang gantinya...betapa ummi sgt2 menyayangimu sayang...tiba2 ummi terasa satu tekanan yang agak kuat hingga nafas ummi tercungap2...dan selang beberapa minit, ummi mendengar tangisanmu sayang...syukur alhamdulillah...pertama kali ummi mencium pipimu, menyentuh kulit halus mu, berderai2 air mata ummi seakan tidak boleh di tahan2...dan ummi tahu, adik di bawa ke hadapan abah pula utk di azan dan di qamatkan...semasa itu,ummi merasa senang hati kerana ummi tahu adik selamat sedangkan pada masa yang sama kulit perut ummi baru mula di jahit semula...

(9 bulan)
Selang beberapa minit, secara perlahan2 ummi merasa pedih dan terasa seolah2 kulit perut ummi di tusuk2 dengan sesuatu yang tajam...apakah gerangan yang terjadi???Ummi memejamkan mata menahan sakit dan menggapai tangan doktor bius yang kebetulan berada berhampiran...melihat wajah ummi yang berkerut menahan kesakitan fahamlah doktor tersebut bahawa BIUS TERSEBUT TELAH HABIS...Masya allah...ini semua kerana pembedahan hanya berlaku setelah setengah jam bius berjalan...serta merta ummi di suntik semula dengan ubat bius lain di lengan dan ummi terasa terawang2 tetapi secara asasnya kesakitan itu tetap ummi rasakan...ya allah berikan aku kekuatan ya allah...ummi pejamkan mata kuat2 agar kesakitan itu dpt berkurangan tetapi...sakitnya allah sahaja yang tahu!!!


(1 Tahun)
Selesai semua prosedur pembedahan, sebaik mendapati condition ummi agak baik, ummi di sorong kembali ke dalam wad dan ummi cuba menyusukan adik...malangnya akibat masalah inverted nipple dan kesakitan yang masih ummi alami akibat pembedahan, ummi gagal menyusukan adik...tetapi ummi berkeras utk memberikan susu buat adik...ummi naikkan katil perlahan2 dan cuba pam susu menggunakan pam susu yang memang ummi bawa dr rumah...mulut ummi tak henti2 berselawat 'Ya Matin' dengan harapan susu akan keluar...5 minit berlalu ummi lihat kolostrum yg berwarna kekuningan memenuhi dasar botol dan ummi tahu itu pun sudah lbh dr cukup buat mu sayang...ummi gagahkan diri memeluk mu sayang dan menyuapkan kolostrum tersebut menggunakan sudu ke mulut kecilmu sayang...sehingga adik lena semula...alhamdulillah ya allah...dan dr itulah ummi membuat keputusan akan menyusukanmu dengan susu ibu sahaja walaupun ummi memberikannya melalui hasil pengepaman semata2...dan kerana itulah terciptanya blog ini yang ummi ambil kerana azam dan pengalaman ummi sebagai exclusively pumping mother buat adik...


(Kakak & Adik
Aidiladha 2011)
Dan, hari ini, ummi bersykur kerana mission ummi utk menyusukan adik hingga 2 tahun penuh tercapai...Dan ummi sentiasa berdoa semoga adik akan membesar menjadi putri ummi yang solehah, bijak, menghormati orang tua dan kekalkan lah peribadi mu sebagai wanita muslimah, sayang...Dan sesuangguhnya ummi ingin sangat adik tahu bahawa, TIADA YANG LEBIH INDAH BUAT UMMI SELAIN UMMI DI KURNIAKAN ANAK2 SEPERTI MU SAYANG...Selamat Menyambut Hari Lahir Mu yang kedua anakku sayang, Nursyaheera Qistyna...


Birthday Girl-2 Years Old..



Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
12.11.2011

Sabtu, 5 November 2011

SALAM AIDILADHA...





Syasya & Qistyna potong kek pagi Aidiladha

Dengan segala hormatnya, Ummi sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir Dan Batin kepada  pelanggan dari Blog Ummi (exclusivelypumpingmother.blogspot.com) dan pembaca blog ummi...ummi ingin memohon maaf andai ada kekasaran bahasa, terkurang layanan (bagi customer ummi), dan apa2 jua salah dan silap sama ada yang ummi sedari atau tidak...mudah2an ukhuwah sesama kita akan terus berpanjangan...dan semoga berjumpa lagi kita dengan Aidiladha yang akan datang...dan SELAMAT BERKORBAN!!!


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia
Sukri Bin Ahmad
Nursyasya Shahidah Binti Sukri
Nursyaheera Qistyna Binti Sukri

Ahad, 28 Ogos 2011

Salam Lebaran buat semua yang ummi sayangi


Dengan segala hormatnya, Ummi sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir Dan Batin kepada  pelanggan dari Blog Ummi (Shaklee GBS) dan pembaca blog ummi...ummi ingin memohon maaf andai ada kekasaran bahasa, terkurang layanan (bagi customer ummi), dan apa2 jua salah dan silap sama ada yang ummi sedari atau tidak...mudah2an ukhuwah sesama kita akan terus berpanjangan...dan semoga berjumpa lagi kita dengan Ramadhan dan Syawal yang akan datang....


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia
Sukri Bin Ahmad
Nursyasya Shahidah Binti Sukri
Nursyaheera Qistyna Binti Sukri

Selasa, 15 Februari 2011

" SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL 2011"

Salam...biasanya orang akan cakap happy besday pd seseorang yg teristimewa kan...so, hari ni sempena memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW bersama2 lah kita menghayati sirah rasulullah dan mengamalkan cara hidup dan sunnahnya.....

Kebetulan, hari ni bercuti,so..meh la layan anak2 dara ummi ni bergambor...(dah besar anak2 dara aku ni)...ish2 terasa tua pulak....


Ni la yg masih menyusu dgn ummi (Qistyna at 1tahun 4 bln)
Ni pulak anak dara sulung ummi (Syasya at 4 years old)

Haaa...ni dua2 anak dara ummi yg manja dan meletopppss..awww




Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Ahad, 19 September 2010

Berlinang air mataku hari ini...

Awal pagi tadi seusai sahaja ummi selesai solat subuh, kebetulan hari ini ahad...cuti so, ummi ambil peluang melelapkan mata sekejap...dalam nyenyak beradu di kerusi sofa ummi, tiba2 ummi tersedar apabila ummi terasa ada ciuman di pipi ummi...buka je mata..."HAPPY BITHDAY TO U, HAPPY BIRTHDAY TO U, HAPPY BIRTHDAY TO UMMI, HAPPY BIRTHDAY TO U..." kedengaran anak sulung ummi syasya menyanyi dengan caranya yang tersendiri, siap dengan kek kecil di tangan...tersentak, tergamam dan tiba2 berlinang2 air mata ummi jatuh ke pipi...apatah lg abah turut menghadiahkan pelukan dan ciuman di pipi serta turut wish birthday pd ummi....sungguh...ummi sangat2 terharu tambah2 melihatkan aksi anak sulung ummi yang terus mengulang2 lagu happy birthday...alangkah bahagianya hati seorang ibu...melihat ummi yg terus menitik2 di pipi, syasya terus mengelap airmata dan peluk ummi..."Ummi, jangan la nangis...kakak janji hari ni kakak tak naughty ye...sbb abah kata kakak kena bg ummi happy hari ni...hari ni birthday ummi kan...kakak saaayaaangg ummi..." Alangkah bahagianya hati ummi...bertambah2 sayu mengenangkan anak ummi yg baru berusia 3 tahun sudah bijak menghargai kasih sayang ummi...dan sungguh, hari ini syasya seolah2 mengerti dan tidak banyak kerenah malahan setiap kali ummi panggil namanya, dengan pantas dia bangun dan mendekati ummi...Ye ummi, ummi panggil kakak ke???"...masya allah alangkah sejukdan bahagianya hati seorang ibu...

Terus ummi terkenang...itukan baru sedikit...agaknya betapa bahagianya hati ibu kita kalau lebih dr itu kita berikan...tapi...apakan daya, mak ummi telah tiada...ummi hanya mampu mendoakan kesejahteraannya di sana...so, sama2 lah kita menghargai ibu kita sementara masih hidup...

Anyway, thanks a lot to all friend yang sudi menghantar sms, menelefon dan menghantar email wish birthday buat ummi...Doakan ummi terus menjadi isteri yg solehah, anak yang taat pada orang tua, hamba yang taat dan patuh pada Maha Pencipta, pekerja yang baik dan juga ummi yang cekal dan kuat membesarkan anak2...aminnn...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
19hb September 1976- in memory (thanks mak kerana bersusah payah melahirkan ku ke dunia)...
10 Syawal...

Khamis, 16 September 2010

Salam Aidilfitri Buat Sahabat2 dan Adik2ku tersayangg...

Salam aidilfitri buat adik2 ku semua tersayangggg...maaf sesangat2 sebab lama giler ummi tak up date blog ku tercinta ni...rindu ke???memang rindu sesangatttt...ummi cuti panjang sempena raya ni sbb balik rumah bapa ummi...kat melaka...dek kerana terlalu2 excited nak balik kg langsung terlupa nak masukkan laptop dlm kereta..padan muka ummi...gelisah ler sbb tak dpt nak update apa2 kat blog ummi ni...sedangkan blog org lain dah merata2 cerita ttg hari raya ni kan...tp maklumlah dengan pertambahan usia ni, yang seronoknya lebih pada anak2 je la...kita ni tak seronok mana pun...cuma best sbb dpt berkumpul je la adik beradik...sorang kat johor (kakak sulung ummi), sorang kat sg buloh (abang ummi) dan sorang kat shah alam (adik lelaki ummi)...yang paling jauh tentulah ummi...tercampak kat utara ni...


Apapun, ummi sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI manalah tau ummi ada salah silap dlm bertutur dan menulis...maklum ummi hanya manusia biasa yang tak lepas dr salah dan silap...malam nanti ummi sambung tulis tentang email yg baru je ummi terima dr salah seorang sahabat baik ummi...anyway...miss u alll sangat2...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia, Sukri, Nursyasya Shahidah, Nursyaheera Qistyna....
7 Syawal

Selasa, 10 Ogos 2010

Salam Ramadhan Buat Adik2 Dan Sahabat2 Ummi Tersayangg..

Salam...maaf jika entry kali ini ummi tidak dapat menulis panjang (mata sebenarnya dah ngantuk ni dan baru sudah solat tarawikh)...tapi...atas dasar ikatan sayang dan ukhuwah yang terjalin antara kita semua walaupun sekadar di alam maya...ummi ambil peluang keemasan ini untuk mengucapkan SALAM RAMADHAN AL MUBARAK...dan ummi doakan mudah2an ramadhan kali ini lebih bermakna buat diri kita semua...


So, sebelum ummi undur diri buat kali ini, ummi ingin memohon kemaafan andai sepanjang ummi menulis di blog ini atau menghubungi kalian, ada sebarang kata2 atau kelakuan ummi yang secara sedar atau tanpa sedar telah menyinggung perasaan kalian..maklum, ummi hanya manusia biasa yang tak lepas dr kesilapan...mudah2an dengan kemaafan kalian ummi lebih eager dalam mengejar kemanisan dan bonus tambahan yang allah kurniakan dalam bulan ini untuk ummi gapai..insya allah...Selamat Bersahur, Berbuka dan menjalani ibadah ramadhan ye kwn2...dan sama2 kita menggandakan usaha kita untuk mendapatkan tawaran istimewa yang allah berikan dalam bulan ini...

Salam teramat sayang dan ukhuwah dr ummi sekeluarga,

Kak Nadia, Sukri, Nursyasya Shahidah dan Nursyaheera Qistyna..

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails