Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Memaparkan catatan dengan label Qistyna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Qistyna. Papar semua catatan

Ahad, 5 Oktober 2014

BILA ANAK2 MULA TURUN KE DAPUR!!! RESEPI PALING MUDAH, RINGKAS DAN SGT SPECIAL!!!!

Salam sayang semua dan rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Salam AidilAdha untuk semua pembaca blog saya yang ber agama islam:-)


Semalam, selain dari juadah seperi Nasi Daging, Ketupat dan rendang, jangan tak percaya...anak2 dara saya Syasya dan Qistyna yang baru berusia 5 & 7 tahun turut menyumbang dalam menghasilkan juadah 'special' mereka!!! Malahan, juadah yang di sediakan mereka ini bukan sahaja MUDAH, RINGKAS, SEDAP SEHINGGA MENJILAT JARI MALAH SANGAT MENYIHATKAN!!!!

Syasya Dan Qistyna

Nak tahu apa yang Syasya dan Qistyna sediakan semalam????? Tadaaaaaa....

 INILAH DIA CHEESEKUT ESP DAN MEAL SHAKE MADE BY MY DAUGHTER!!!!

Kebetulan sahaja sekarang ini shaklee tengah buat promo ESP dan Meal Shake...so anak2 saya ambil kesempatan tunjuk bakat masing2...kata mereka selain rasanya yang sangat sedap, sekali sekala ubah selera pulak...sebab selalu ESP dan Meal Shake ni di buat dlm bentuk minuman, so, ubah resepi buat dalam bentuk makanan pulak. Makanya, mereka buat projek Cheesekut ESP dan Meal Shake version mereka sendiri...

Cara nak buat Cheesekut ESP dan Meal Shake ini??? Sangat mudah dan simple!!! Sebab tu anak2 saya yang baru berumur 5 & 7 tahun pun boleh sediakan!!!

Jom saya sharekan...

Bahan2 untuk Cheesekut ESP dan Meal Shake hanyalah :
gambar ihsan cik google
1) Sepeket Biskut Deluxe Cracker
2) Tatura Cream Cheese -250 gram (nak lg sedap guna branch Philadelphia cuma agak mahal sikit)
3) Susu pekat (saya guna suku tin shj)
4) Susu full cream @ Fresh Milk
5) ESP @ Meal shake

Sikit je kannn bahan2 nya...dan mudah nak cari...

So mcmana nak buat??? Pun sgt senang..... semudah ABC!!! Serius mudah sangat sediakan Cheesekut ESP dan Meal Shake ni...

Cara- cara nya :

1) Mula2 blend cream cheese tu guna mixer atau blender pun boleh sehingga jadi kembang atau warna dia mcm cerah sikit...
2) Kemudian masukkan susu pekat dalam suku tin (ikut kemanisan yang kalian inginkan)...saya tak suka manis sgt sbb nnti dh tambah ESP dgn Meal Shake...lg pun kurangkan manis dlm mknn kannn...good for your health:-)
3) Masukkan pula susu full cream atau fresh milk dalam 2 sudu besar sahaja utk bg adunan tak terlalu pekat dan tak terlalu cair
4) Taburkan 1-2 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Meal Shake
5) Pukul (blender pun boleh) semua bahan di atas sehingga benar- benar sebati..
6) Tuangkan sedikit susu full cream @ fresh milk ke dalam bekas
7) Rendamkan biskut dlm 1-2 saat dan susun dlm bekas (jgn rendam lama sgt...nanti lembik susah nak potong)
gambar ihsan cik google

8) Ambil adunan dan ratakan atas biskut.
gambar ihsan cik google

9) Buat berulang2 sebanyak mana lapisan yang di kehendaki. Pastikan lapisan paling atas di saluti adunan cream yer mcm dlm gambar bwh ni:-)
gambar ihsan cik google

10) Simpan dalam peti ais untuk bagi keras sikit, potong dan siap untuk di makan...yummyyy:-)

Seriusss!!! Sangat sedappp dan sangat istimewa sebab ada tambahan ESP dan Meal Shake!!! Anda mesti cuba yer:-)

Anda ingin mencuba produk yang di maksudkan di atas?? Hantarkan wassap atau sms anda pada saya sekarang di :-
012-3975808








 Nadia Khamis
Pengedar Sah Shaklee
Bergerak aktif di kawasan Sg Petani dan Pulau Pinang
Serta penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Isnin, 1 September 2014

Shaklee Effect: Anak di nursery kerap demam???

Salam sayang semua....terima kasih buat pembaca blog yang baru pertama kali melawat blog saya ini...Saya percaya keadaan di atas kerap berlaku..si ibu bekerja...tiada pilihan terpaksa hantar anak ke nursery...Malangnya, si anak pula terdedah dengan pelbagai mcm pendedahan di taska...seorang demam berjangkit2 semua pun demam..seorang batuk habis semua pun batuk...

Saya??? Tak terkecuali..inilah yang agak merunsingkan hati dan pemikiran saya...Tengah bekerja nursery call kata anak demam padahal pagi tadi hantar anak sihat2 je...pagi tadi hantar petang ambil tetiba lak anak selsema...memang agak mencabar sebenarnya...bukan saya menidakkan takdir atau menyalahkan sesiapa tetiba sebagai ibu bapa mesti ada 'solution' yang lebih baik kan???

Inilah yang berlaku pada saya satu masa dahulu...kedua-dua anak saya Syasya dan Qistyna terpaksa saya hantar ke nurseri tetapi yang memeningkan mereka terdedah dengan jangkitan begini..memang kebiasaannya nursery akan call bgtau atau bg dahulu ubat demam, tapi sampai bila???

Kebetulan, saya pengedar vitamin Shaklee...apabila saya souce, saya dapati, bagi anak berumur 1 tahun ke atas, vitamin yang sesuai untuk mereka adalah MEAL SHAKE, OMEGA dan VITAMIN C CHEWABLE..

Saya mulakan dengan meal shake terlebih dahulu buat anak2 saya..saya dapati secara perlahan2 pertahanan badan anak2 saya bertambah baik...bukanlah bermakna mereka langsung tidak di jangkiti tetapi mereka lebih mudah sembuh berbanding dahulu jika di jangkiti...

Malahan, tambahan yang saya perasan...anak2 saya dahulu jenis yang susah nak makan...lebih kepada junk food, coklat dan makanan ringan...tetapi sejak pengamalan meal shake dalam diet harian mereka, alhamdulillah, mereka sudah mula mahu mengambil nasi dan lauk pauk seperti yang sepatutnya...

Saya juga perasan sesuatu..keluarga saya sejak dahulu ada masalah eczema...saya sendiri semasa kecil kerap di jangkiti masalah kudis buta...tak terkecuali anak2 saya...tetapi saya perasan kesan2 parut mula menghilang dan kulit anak2 saya lbh bersih berbanding dahulu...

Kebetulan, yang menyeronokkan saya...pada bulan ini sehingga bulan oktober 2014, Shaklee mengadakan promo yang sangat best!!!!

BELI MEAL SHAKE 3 TIN ANDA AKAN DAPAT 'FREE 1 TIN'

BUY 3 FREE 1
Anda ingin mencuba produk ini??? Hantarkan wassap atau sms anda pada saya sekarang di 

012-3975808








 Nadia Khamis
Pengedar Sah Shaklee
Bergerak aktif di kawasan Sg Petani dan Pulau Pinang
Serta penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Selasa, 1 Mei 2012

Alhmdulillah...adik beransur sembuh...

Salam sayang semua...Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja2 baik government atau swasta...seronoknya bercuti walaupun sehari...dapat lah meluangkan masa dengan family dan keluarga kan...


Hari Ahad lepas sebenarnya ummi gundah gulana...ADIK DEMAM!!!sekejap2 badan adik mula panas...mahu tak mahu terpaksa juga ummi suapkan ubat demam ke mulut adik dengan harapan demam adik berkurangan...selang setengah jam, badan adik mula berpeluh tanda ubat mula memainkan peranan...suhu adik berkurangan semula tetapi, adik mula meragam...minta di peluk, di dukung dan tak mahu berenggang dengan ummi...selang empat jam berlalu, muka adik mula merah membahang...adik demam semula...Ya Allah...demam adik datang semula...suhu badannya mula meninggi...sekali lagi ummi terpaksa suapkan ubat demam ke mulut adik...bimbang mula bermain di hati ummi...


Seharian, adik mogok...mukanya pucat, tak berseri...bermain pun tak mahu...tak larat dan asyik merengek...yang membuatkan ummi susah hati selang 4-5 jam demam adik akan mula menyerang semula walaupun ubat demam sudah ummi suapkan ke mulut adik...risaunya hati ummi hanya allah sahaja yang tahu..doa ummi panjatkan untuk kesembuhan adik...malahan ummi mohon petunjuk semoga allah menunjukkan jalan2 yg memudahkan penyembuhan demam adik...tak sanggup rasanya melihat adik terbaring kelesuan...


BASIC H
Malam itu, badan adik mula hangat semula...air matanya jatuh tak berhenti...secara tidak sengaja, Allah cetuskan dalam minda ummi untuk 'sponging' (mengelap seluruh badan dgn air untuk menyejukkan badan) seluruh badan adik dengan BASIC H!!!Kenapalah ummi boleh lupa...kan salah satu fungsi Basic H untuk menyerap panas...Lalainya ummi...


Tanpa berlengah, ummi titikkan beberapa titik Basic H ke dalam air..ummi rendamkan tuala bersih dan ummi lap seluruh badan adik dengan air larutan Basic H berulang2 kali sehingga adik tertidur...ummi renung dalam2 permata hati ummi dan tanpa sedar air mata ummi mengalir...cepatlah sembuh, nak...ummi sayang sgt2 dgn adik...ummi usap2 rambut adik penuh kasih sayang...Malam itu, adik tidur dengan nyenyak sekali...


Seawal pagi Jumaat, ummi tersedar apabila adik mengejutkan ummi...bingkas ummi bangun dari pembaringan...bimbang adik demam semula tanpa ummi sedari...Laju tangan ummi meraba dahi adik...sejuk...melihat senyuman adik, fahamlah ummi adik tak demam lagi...syukur ummi panjatkan pada ilahi...


Di nursery adik, berkali2 ummi pesan pd pengasuh adik supaya mandikan adik sekerap mungkin dan titikkan beberapa titik Basic H ke dalam air mandian adik...menjelang petang, semasa ummi ambil adik di nursery, ummi lihat adik tersenyum seperti biasa menunggu kehadiran ummi...ummi diberitahu, adik cuma demam sekali sahaja, itu pun demam yg tak terlalu panas..


MEAL SHAKE
Hari ini, sah adik sembuh sepenuhnya..alhamdulillah, adik pulih semula without ANTIBIOTIK(mmg ummi nak elakkan sgt2 pemberian antibiotik niii...not good expecially budak2)...sebagai ganjarannya, ummi bancuhkan segelas Meal Shake bagi memastikan semua nutrisi penting di cover semula kerana adik baru pulih dr demam...melihat di comel ummi kembali berlari, melompat dan menyanyi semula dengan kakaknya cukup melegakan hati ummi...Syukur Ya Allah...

Sebagai panduan juga ummi sertakan di sini juga antara doa yg boleh di amalkan jika anak demam...


1. Al-Fatihah (1x).
2. Ayat Kursi (1x).
3. Doa Demam Panas (3x). Dibaca pada air kosong dan diberi minum.


Maksudnya:


"Dengan nama Allah Yang Maha Besar, aku memohon perlindungan dengan Allah Yang
 Maha Agung daripada kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api"

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
BUDAK DEMAM DGN KAKAK


Hubungi ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms ummi di 012-3975808..


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Khamis, 23 Februari 2012

Apa kata pakar perbidanan tentang supplement semasa menyusukan anak????

Salam sayang semua...Memang benar ummi antara ibu menyusukan anak yang mengamalkan supplement sepanjang perjalanan penyusuan ummi...Malah, sepanjang ummi menggunakan supplement2 ini, ummi dapati ummi lebih bertenaga dan cergas malahan dengan tugas2 sibuk ummi serta tanggungjawab ummi sebagai seorang hamba allah, pekerja, ibu, anak dan juga isteri sangat2 menuntut pengorbanan yang bukan sedikit....malahan ummi harus kuat, berdisiplin, praktikal dan sangat2 versetile dalam semua segi...dalam masa sehari, ummi boleh menjadi seorang juru audit, cikgu, doktor (tak bertauliah), kaunselor, juru kira2, pembantu rumah dan banyak perkara lain yang adakalanya tidak terfikir dek akal....so, sape kata jadi wanita mudah???

Kerana itu apabila ada yg cuba mempertikaikan mengapa ummi harus mengambil supplement semasa menyusukan anak, ummi agak hairan...(walau anda seorang doktor sekalipun)...hanya kerana kita tahu bercakap mengenai fakta sahaja, jangan sesekali menafikan pengalaman juga adalah penting...bagi ummi kedua2nya sama2 penting kerana fakta yang di sokong oleh pengalaman adalah sesuatu yang lebih JELAS DAN CLEAR!!!Malahan dalam Law sendiri walaupun Fakta itu satu yang sgt2 penting tetapi ianya juga perlukan kepada kesaksian dan pemerhatian tepat agar Fakta sedia ada tidak terpesong...(Kan ummi dah cakap bab Undang2 pulak-tak pasal2)...


Kerana itu, apabila ummi amalkan kalsium dalam diet harian, ada pula yang mengatakan bahawa "owhh..tak perlu la ambil kalsium sbb badan kita sangat unik dan tahu menghasilkan kalsium sendiri...whattt???Kalau di lihat kalsium atau susu adalah antara minuman kegemaran Rasulullah SWT...mungkin zaman dahulu tiada istilah2 berkaitan kalsium dsbnya...tetapi setiap 'sejarah' ada sbb tersendiri utk renungan dan petunjuk utk umat pada masa kini...Sedarkah kita bahawa sebahagian besar daripada kalsium dalam badan terkandung di tulang dan gigi. Sejumlah kecil didapati dalam aliran darah bagi membawa nutrien memasuki membran sel selain menghasilkan hormon dan enzim untuk mengawal atur proses pencernaan dan metabolisme. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, pembekuan darah, penyembuhan luka dan pengecutan otot.

Kalsium perlu sentiasa berada dalam aliran darah bagi membolehkan ia menjalankan tugasnya. Jika paras kalsium dalam darah tidak mencukupi, tubuh akan mengambil kalsium daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis. Itukah yang kita inginkan???

Walaupun kalsium boleh didapati melalui diet, jumlah keperluan harian biasanya sukar dicapai. Pengambilan makanan tambahan kalsium biasanya disarankan bagi mengatasi masalah ini. Hanya dengan memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan.

Bagi golongan dewasa, keperluan harian adalah antara 1000 ke 1200 mg kalsium. Keperluan akan meningkat bagi golongan tertentu seperti wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak serta warga tua. Sumber makanan yang kaya dengan kalsium termasuklah susu, ikan salmon dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti kailan dan brokoli. (Adakah pemakanan ini yang anda ambil setiap hari???)

Ummi quote tips pemakanan semasa menyusu badan yang di tulis oleh seorang Pakar Perbidanan iaitu Dr Raja Juhaidah...
-----------------------------------
Beri tumpuan kepada wholegrain dan bijirin, buah-buahan segar, sayuran dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi. Adalah sangat penting untuk minum air dengan secukupnya untuk memastikan anda sentiasa well hydrated semasa menyusu.

Minumlah 8-10 gelas sehari, ketika menyusu badan, oxytocin dirembeskan dan ini akan membuat anda merasa dahaga, tetapi ia tidak mengurangkan bekalan susu anda.

Semasa mengandung, cuba kurangkan pengambilan minuman berkafin atau alkohol. Kafina bleh berkumpul di dalam susu badan dan boleh menyebabkan bayi anda terganggu.

Anda boleh meneka ada sesuatu yang tidak kena pada pemakanan anda sekiranya ia menyebabkan bayi anda menangis, fussy atau tidak dapat tidur dengan nyenyak.

Makanlah vitamin dan zat besi secukupnya semasa hamil supaya anda tidak mengalami anemia semasa hamil dan semasa pantang.


Amalkan memakan tablet kalsium kerana ia merupakanbahan yang penting untuk membina tulang bayi. Ramai ibu yang menyusukan bayi kekurangan kalsium lebih-lebih lagi selepas penyusuan eksklusif.
----------------------------------
Dan saya quote lagi satu pendapat oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,”


Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.---------------------------------------
Contoh yang boleh kita ambil...

==>sepohon pokok...salah satu sumber pentingnya utk hidup adalah air...mungkin dalam masa beberapa hari jika air tidak di siram, pokok masih boleh kekal hidup, hidup dengan air dr hujan sahaja semata2...tetapi jika kita tidak rajin menyiramnya setiap hari, akan suburkah pokok tersebut???Adakah setiap hari hujan akan turun???Pokok ini saya ibaratkan seperti tubuh manusia...air hujan pula adalah makanan yang kita makan setiap hari (samakah jenis dan pola pemakanan kita setiap hari???)...dan air yg kita siram (yang kita tambah) adalah ibarat supplement yg kita makan (yang kita tambah dlm diet harian) ...so, anda pasti tahukan...pokok manakah yg lebih subur???

Itu baru satu yang ummi kupas,..agaknya kalau ummi kupas satu persatu jenis vitamin yg ummi makan sepanjang penyusuan ini, maybe tak cukup ruang nak tulis kot(silap2 boleh buat thesis, hehehe)


Kerana itu, jangan mudah2 menyalahkan 'penjual vitamin' jika anda tidak memerlukannya...nyatakan sahaja secara baik bahawa pola pemakanan anda sudah lengkap dan tidak memerlukan vitamin...tidak perlu salahkan vitamin atau 'penjual vitamin'...samalah juga jika anda seorang nelayan atau pekebun...oleh kerana anda boleh menangkap ikan sendiri atau menanam sayur2an atau tumbuhan di kebun anda, jangan salahkan penjual ikan atau penjual sayur2an hanya kerana anda tidak memerlukannya...Manusia ini tiada yang sempurna, saling melengkapi dan bergantung antara satu sama lain...

Malahan, seharusnya kita tidak mempersendakan apabila 'penjual supplement' kekal mempertahankan prinsip asas penyusuan SUPPLY BASE ON DEMAND, ...sepatutnya kita bersyukur kerana si penjual tidak membabi buta secara melulu menjual vitamin2 ini tanpa sebarang ilmu...mungkin ada segelintir penjual sahaja yang kurang faham ttg aspek tersebut...


Isu tentang makan vitamin boleh banyakkan susu itu satu isu yang agak lapuk kerana ia samalah juga dengan MAKAN UNTUK KENYANG sedangkan penjelasannya kita makan adalah untuk memenuhi keperluan hidup...Tetapi manusia lbh suka membuat judge sesuatu yg mudah...


Contohnya ==> Makan Untuk kenyang = Makan Vitamin Untuk Banyakkan Susu...


Hakikatnya,  Makan untuk memenuhi keperluan hidup = Makan vitamin untuk memenuhi ruang2 kosong yang tidak memenuhi pola pemakanan yang di cadangkan...


Bonusnya...Perut Kenyang = Badan kekal cergas, sihat dan mood baik so, susu lbh lancar di hasilkan...


Tetapi konsep asas perlu pegang iaitu==>Untuk kenyang harus suap secara perlahan2 dan kunyah hingga lumat = Untuk penghasilan susu yg lancar perlu kosongkan breast supaya lbh susu di hasilkan...


Bagi ummi ianya sama sahaja...cuma keperluan manusia tidak sama...ada yang perlu dan ada yang tidak...selagi mana konsep asasnya sama, bagi ummi insya allah tiada yang terkeliru atau di kelirukan...cuma apalah salahnya lebih berhemah apabila memperkatakan sesuatu agar tidak mengguris hati mana2 pihak...


Tepuk dada tanyalah keperluan anda...Dan maaf jika ummi katakan inilah supplement yang ummi amalkan sepanjang ummi menyusukan anak sehingga lengkap 2 tahun...


 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan ummi melalui

Email : nadeeyya_kk@yahoo.com
Call/sms : 012-3975808

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...





Khamis, 2 Februari 2012

Omega membantu anak-anak ummi sihat dan pintar...

Salam sayang semua...Pagi Jumaat adalah antara hari yang menyenangkan buat ummi...selain dr ianya merupakan penghulu hari, hari jumaat la hari terakhir sebelum bercuti esok...tambah menggembirakan apabila minggu ini sekali lagi ummi akan bercuti panjang sempena sambutan maulidur rasul dan thaipusam...so,dapatlah ummi meluangkan lebih masa bersama anak2 dan suami...


Bercakap tentang anak, beberapa hari lepas, adik mula batuk2...tambah2 bila pasang aircond...makin bertambah galak la batuknya...ummi teringat...omega boleh membantu mereka yang ada masalah dada sejuk...mudah bersin bila cuaca sejuk...so, ummi try bg adik makan omega...mula2 takut juga dia tercekik tapi hairan bila tgk adik selamba je kunyah omega mcm kunyah gula2 (haikk, omega tu kan minyak ikan, tak loya ke???)...malahan , lepas habis, adik mintak lagi...tak boleh sayang...cukup la tu...


Alhamdulillah, malam tu, batuk adik berkurangan...so, esoknya ummi tak bg adik makan omega...malam nya batuk adik kembali bertalu2...suami ummi terus bg ubat batuk tapi macam takde kesan je...hmmm...adik pun mcm tak leh tidur sbb batuk tu ganggu dia tidur..mengantuk juga ummi teman adik berjaga malam tu...


So, esoknya ummi bagi semula adik makan omega...hmmm,,kurang pulak batuknya...adik ni memang chestnya sejuk kot...sbb tu kalau cuaca sejuk je sikit, mula la batuk2...hmmm, alahai...adik, adik...nampaknya ummi memang kena masukkan omega ni sebagai salah satu menu la dlm diet adik...sungguhpun begitu, oleh kerana umur adik baru mencecah 2 tahun lebih, so, ummi selang selikan pengambilan omega dalam diet adik...kalau hr ni ummi bagi adik makan, esok ummi terpaksa sorok botol tu dr penglihatan adik...sbb for sure adik akan mintak lagi hari2...


Tambah membanggakan ummi, perkembangan adik bagi ummi sgt memberangsangkan...pantang jika adik dengar bunyi azan di radio atau tv, cepat2 adik pun sama mengalunkan azan bersama2 walaupun sebutan yang paling jelas hanyalah allaaahhhh...ummi suka sbb sebutan adik pada pencipta kita tak pelat langsung...very clear...allahhh...malahan adik akan ikut ummi sama2 membuat aksi solat seperti rukuk, sujud dll...syukur lah...maknanya minda adik berkembang dengan baik sekali...


Kakak juga begitu...dalam usia kakak baru nak mencecah 5 tahun, kakak lancar membaca beberapa doa (terutamanya doa makan la kan) dan boleh menyebut nama penuh kakak dan nama penuh adik (yang panjang dan susah tu, hehehe)...yang paling ummi suka, bila kakak tgk rancangan kanak2 yg berbentuk kuiz dan sebagainya...kakak dapat menjawab setiap soalan tersebut dengan betul..syukur ya allah atas kurniaan mu ini...Jadikanlah anak2 insan yang kamil, solehah, cerdik dan menyenangkan ku dan suami ku kelak di akhirat nanti..

So, inilah omega guard yang ummi maksudkan...


**Sedikit fakta mengenai Omega : Merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Sabtu, 31 Disember 2011

Review 2011 dan Welcome 2012!!!

Salam sayang semua...alhamdulillah, Tahun Baru 2012 menjengah ..Syukur ke hadrat ilahi kerana ummi sekeluarga terus di kurniakan kesihatan dan di panjang usia untuk terus beribadah dan penambahbaikan diri ke arah yang lebih baik...


Sebaik sahaja tepat jam 12 tengah malam, di tengah2 hiruk pikuk orang ramai dan bunga api yang berdentam dentum di sana sini...kebetulan, buat pertama kalinya kerana ingin melihat kebenaran yang terpampang di dada2 akhbar dan televisyen ttg kemeriahan sambutan tahun baru, ummi dan keluarga turut bersantai di dalam kereta menyaksikan gelagat dan aksi orang ramai menyambut tahun baru...di situ, buat kesekian kalinya,kami sama2 menadah tangan dan berdoa ke hadrat ilahi agar di kurniakan iman yang tetap, islam yang bukan sekadar nama, keluarga yang mawaddah, anak2 yang soleh dan solehah dan rezeki yang melimpah ruah agar kami mampu mengeluarkan sebahagian darinya kejalan ilahi...Doa kami di aminkan oleh puteri2 kami yang mungkin masih belum begitu mengerti ttg apa yang tersirat di sebaliknya...


Puas menerawang melihat2 kemeriahan yg di katakan hebat sambutan Tahun Baru dari dalam kereta...hampir menitik air mata ummi melihat gelagat anak2 muda yang berpeleseran tanpa mengira jantina, merempit seolah2 mereka lah Raja Jalan dan si ibu yang turut mengheret anak2 kecil di tengah2 malam semata2 utk menyaksikan kemeriahan sambutan tahun baru walhal anak kecil itu masih belum mengerti apa2...dan si suami atau bapa yang sekali sekala menoleh lebih 2 kali apabila di persembahkan dengan tayangan liuk lentuk anak2 dara yang memakai pakaian yg tak serupa pakaian...hati ummi rasa hiba melihat hampir 95% daripada mereka merupakan ORANG ISLAM!!!Lantas terfikir ummi, bagaimanakah agaknya nasib keadaan semasa anak2 dara ummi besar nanti...jika semua ini terus berleluasa, apakah nilai2 sejati seorang islam itu masih boleh di pertahankan...dan yang lebih mengerikan, apakah kehilangan dara akan menjadi satu tredmark di kalangan muda mudi kelak akibat sambutan yang di katakan sangat hebat ini tanpa mengambil kira halal dan haram percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram???...Nauzubillahiminzalik!!!


Dalam kesayuan melihat situasi sebenar tersebut (selalu ummi baca je dlm paper atau tgk tv), sedarlah ummi, dan benar lah ayat al quran yang menyatakan bahawa "Anak2 di lahirkan dalam keadaan putih bersih tetapi ibu bapalah yang mencorakkannya..."Lalu, apakah corak yang ingin di lakar agar kemodenan dan kepesatan zaman tidak mengubah hala tuju anak2 ummi dalam kekal menjadi wanita solehah???


Asyik melayan perasaan dan muhasabah diri, ummi tidak sedar rupanya air mata yang tidak putus2 mengalir dari pipi di seka oleh buah hati sulung ummi, Syasya...malahan si adik yang baru berusia 2 tahun juga turut memeluk erat ummi seakan2 faham apa yg di tangiskan...

Dalam bergenang air mata, syasya bertanya " Ummi...sape yang buat ummi???Kenapa ummi ghiyau(menangis)???


Lantas ummi tunjuk gelagat beberapa muda mudi lelaki dan perempuan yang berhampiran dengan kereta kami..."Kakak, ummi sedih melihat kakak2 dan abang2 ni...sepatutnya depa ada kat rumah bersama2 ummi dan abah depa tapii  entah lahhhh.." (ummi tahu anak ummi masih blm faham di usia 5 tahun)


" Ummi, agaknya kakak dgn abang2 ni ketegaq...tak mu dgq cakap ummi dgn abah...cikgu kakak cakap, allah marah anak yang tak dengar cakap ummi dgn abah...nanti masuk neraka...Ummi, kakak janji, kakak dengar cakap ummi ye...kakak tak nak ummi nangis sbb nanti kakak pun sedih jugak"...


Alangkah!!!..alangkah sejuk rasa hati ummi mendengar seorang anak berusia 5 tahun yang masih belum mengerti ranjau kehidupan berkata sedemikian...mudah2an allah terus melembutkan hati mu sayang utk terus mengekalkan nilai2 wanita solehah dalam dirimu...


Ummi tatap dalam2 mata anak2 ummi..."Kakak, kenapa kakak sayang ummi???


" Kakak sayang ummi sebab ummi sayang kakak laaa...ummi jaga kakak baik2...kakak saaaaayannggg ummi dgn abah"hmmm..mudah2an satu hari nanti anak2 ummi turut sayang dan cintakan allah seperti mana allah sayangkan mereka..."


"Ya Allah!!!Berikan kesihatan yang berpanjangan buat diriku, suamiku dan anak2 ku...Janganlah kau uji aku dan keluarga ku dengan musibah yang tak mampu kami harungi...Aminnnn...


Sedikit tentang kesihatan...antara kasih sayang ummi yang tidak berbelah bahagi buat anak2 ummi, maka ummi tidak akan sekali2 lokek untuk menyediakan makanan kesihatan kalian setiap bulan demi mempertingkatkan taraf kesihatan anak2 ummi...(takkan berdoa sahaja tanpa usaha kan!!!)...


Utk perkembangan & kecerdasan otak anak2


Selaku multivitamin - sumber ketahanan badan
Buah hati kesayangan ummi
Bagi ummi, memelihara kesihatan adalah lbh baik dari merawat penyakit...mengapa harus tunggu hingga terdesak barulah terngadah...prevention is better than cure...Dan kerana ummi sangat sayangkan anak2 ummi, ummi ingin pastikan kalian kekal sihat dan membesar dengan sempurna...Sesungguhnya, ummi hanya berusaha dan selebihnya Allah Taala sahaja yang menentukan.

Nantilah ummi kongsikan pula supplement2 yg ummi sendiri amalkan dan suami ummi amalkan...Anyway, SELAMAT TAHUN BARU DAN SEMOGA TAHUN 2012 INI ADALAH TAHUN YANG LEBIH BAIK DR SEBELUMNYA...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia
012-3975808
nadeeyya_kk@yahoo.com

Isnin, 26 Disember 2011

Sape kata anak tak rapat kalau anda seorang EP MOM???

Salam sayang semua...semalam, seorang sahabat ummi bersembang dgn ummi dalam fb...lama tak dengar khabar katanya...biasalah, kalau bercerita, mesti bab anak menjadi antara topik utama...so, inilah antara perbualan ummi dengan sahabat ummi tu...


Kawan : Nadia, aku dengar ko susukan anak ko sampai 2 tahun betul ke???
Ummi : Hmmm...alhamdulillah, yang kecil ni la sampai 2 tahun, yang sulung setakat 6 bulan je...
Kawan : Tu la, ko bagi anak ko minum susu guna botol, nape tak direct feeding???
Ummi : Nak buat camna takde rezeki...tapi guna kaedah pumping pun syukur alhamdulillah berjaya juga...
Kawan : Oh ye ke...tapi kan aku pernah dengar orang cakap, anak ni kalau direct feeding, dia lagi rapat dgn maknya, pastu lebih mendengar cakap berbanding yang tak direct feeding...
Ummi : Haik...mana lak ko dapat fakta mengarut ni???
Kawan : Tak la...aku dengar org cakap la...betul ke???Satu lagi mcmana ko boleh maintain bg susu sampai 2 tahun???Kan ko pam je...org tua2 kata kalau guna pam ni susu cepat kering...mcmana ko buat???Ko ada makan apa2 ke bg susu maintain???
Ummi : (Senyum je dalam hati)...


Hmmm...pasti kalau kalian tgk tajuk di atas tertanya2 kan...apa dia EP MOM???(Kalau yg dah tau, ok la tu, hehehe)...EP MOM ni adalah Ibu yang menyusukan anak hanya melalui kaedah pumping method...Atau ringkasnya Exclusive Pumping Mother...(mcm tajuk blog ni sesuai dgn title ummi sebagai EP MOM)...


Sejujurnya statement yang sahabat ummi berikan tu dah lama ummi dengar...cuma malas ummi nak ulas...memang ummi tak nafikan, betapa bertuahnya ibu yang dapat menyusukan anak secara langsung, sambil merenung mata anak dan memeluk erat di kecil dalam dakapan...tetapi, harus ummi ingatkan, EP MOM juga tidak terkecuali...malahan susu yang di berikan juga datangnya dari aliran susu badan si ibu...malahan, pemberian itu juga adalah berasaskan kasih sayang dan semasa memberikan susu tersebut, ummi juga memeluk erat anak ummi...yang membezakan cuma anak ummi minum melalui botol tetapi susu di dalam botol tersebut tetap adalah SUSU IBU!!!TIADA BEZANYA!!


Malahan ummi tidak langsung merasakan kekurangan kasih sayang dan anak2 ummi memang rapat dan manja dengan ummi...malahan, di dalam kereta, jika ummi duduk di seat depan, anak kecil ummi merengek2 nak duduk depan...ummi ingatkan sbb anak2 memang suka duduk depan...senang nak nampak keliling...so, pernah sekali ummi saja duduk belakang...so, ummi letak anak kecil ummi di sebelah abahnya...tetap juga dia ke belakang mencari ummi...bila ummi tanya, nape adik tak nak duk depan??? "Ayang ummi, nak duk ngan ummi..." (anak ummi pelat lg, so ayatnya memang agak terhad)...sambil cakap sambil bertalu2 cium kedua2 pipi ummi...


Malahan, kalau kakaknya cuba nak peluk atau sayang ummi depan adik, berebut2 dia panjat kerusi nak sayang juga...so, takde istilah ye kalau EP MOM anak tak rapat atau sayang kita...fakta yang tak leh di terima...hehehe...


Rahsia ummi sebagai EP MOM berjaya menyusukan anak selama 2 tahun???Biarlah rahsia...hehehe...hmmm, tak la...kebetulan ummi sedang dalam penulisan satu buku yang ummi nak share dgn kalian tentang pengalaman indah bagaimana ummi melalui 2 tahun penuh yang terlalu banyak cabaran dan dugaan tambahan pula sebagai EP MOM...tolong doakan ummi semoga penulisan ini berhasil ye...


Apapun, nasihat ummi, jangan sekali2 berputus asa apabila anda tidak berjaya menyusukan anak secara direct feeding kerana insya allah, berkat ketabahan dan azam yang kuat dan cekal, kalian juga pasti mampu mengharungi pengalaman indah dalam menyusukan anak...Teruskan misi penyusuan anda dan ummi doakan anda juga akan berjaya melalui fasa2 indah tersebut...


Antara susu badan yg di pam

anak2 ummi


kakak dan adik
kakak (kiri) si tenit yg minum susu ibu sahaja (kanan)

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia
nadeeyya_kk@yahoo.com
012-3975808
add to fb (Nadia Khamis)

Jumaat, 11 November 2011

SELAMAT HARI JADI KE 2 QISTYNA...

 (5 hari)
Masih terbayang2 di mata ummi saat2 melahirkan mu sayang...Nyawa ummi seakan berada di hujung tanduk...Masih segar di ingatan ummi, tanggal 11hb November 2009, Ummi di masukkan ke dalam wad hospital Sultan Abdul Halim Shah, Sg Petani Kedah untuk persediaan melahirkan mu sayang...sekali lagi ummi harus menjalani saat pembedahan kerana doktor mendapati kedudukan adik songsang dan hasil imbasan yang dibuat ternyata adik sedang membesar dgn hebat sekali dengan kata lain ; big baby..Ummi pasrah sayang demi melihat adik selamat di lahirkan ke dunia...apapun ummi akan tempuh demi kamu, anakku sayang...


(3 bulan)
Tepat jam 10 pagi, 12hb November 2009, ummi di sorong ke wad pembedahan, setelah 'line' di tangan ummi di masukkan dan tiub air kencing di pasang (memang kedua2 proses ini sakit tapi ummi tabahkan hati demi melihat kelahiranmu sayang)...


Setibanya ummi di dewan bedah yang sgt2 sejuk, ummi di dudukkan ke atas katil pembedahan, dan satu bius di cucuk ke tulang belakang ummi...perlahan2 bius mula berjalan dan kaki ummi kebas dan tidak terasa apa2...malang sekali lagi buat ummi kerana doktor yang sepatutnya membedah ummi masih belum sampai...ummi hanya mampu mendengar keadaan menjadi agak kelam kabut kerana bius telah berjalan dan ummi tahu sesuatu yang tidak biasa berlaku terjadi...hampir setengah jam kemudian barulah doktor bedah sampai dan terus menjalankan prosedur pembedahan...tiba2 ummi terdengar sekali lagi kekecohan...doktor kelam kabut meminta nurse memanggil doktor pakar membantu...


(5 bulan)
Di fikiran ummi hanya mampu berdoa tidak berhenti2 agar allah menyelamatkan nayawa mu sayang...apakah sebenarnya yang berlaku???serasa ingin ummi bangun dan melihat...tetapi apalah daya ummi tidak mampu bergerak...ummi tadahkan tangan memohon agar adik selamat walaupun nyawa ummi adalah galang gantinya...betapa ummi sgt2 menyayangimu sayang...tiba2 ummi terasa satu tekanan yang agak kuat hingga nafas ummi tercungap2...dan selang beberapa minit, ummi mendengar tangisanmu sayang...syukur alhamdulillah...pertama kali ummi mencium pipimu, menyentuh kulit halus mu, berderai2 air mata ummi seakan tidak boleh di tahan2...dan ummi tahu, adik di bawa ke hadapan abah pula utk di azan dan di qamatkan...semasa itu,ummi merasa senang hati kerana ummi tahu adik selamat sedangkan pada masa yang sama kulit perut ummi baru mula di jahit semula...

(9 bulan)
Selang beberapa minit, secara perlahan2 ummi merasa pedih dan terasa seolah2 kulit perut ummi di tusuk2 dengan sesuatu yang tajam...apakah gerangan yang terjadi???Ummi memejamkan mata menahan sakit dan menggapai tangan doktor bius yang kebetulan berada berhampiran...melihat wajah ummi yang berkerut menahan kesakitan fahamlah doktor tersebut bahawa BIUS TERSEBUT TELAH HABIS...Masya allah...ini semua kerana pembedahan hanya berlaku setelah setengah jam bius berjalan...serta merta ummi di suntik semula dengan ubat bius lain di lengan dan ummi terasa terawang2 tetapi secara asasnya kesakitan itu tetap ummi rasakan...ya allah berikan aku kekuatan ya allah...ummi pejamkan mata kuat2 agar kesakitan itu dpt berkurangan tetapi...sakitnya allah sahaja yang tahu!!!


(1 Tahun)
Selesai semua prosedur pembedahan, sebaik mendapati condition ummi agak baik, ummi di sorong kembali ke dalam wad dan ummi cuba menyusukan adik...malangnya akibat masalah inverted nipple dan kesakitan yang masih ummi alami akibat pembedahan, ummi gagal menyusukan adik...tetapi ummi berkeras utk memberikan susu buat adik...ummi naikkan katil perlahan2 dan cuba pam susu menggunakan pam susu yang memang ummi bawa dr rumah...mulut ummi tak henti2 berselawat 'Ya Matin' dengan harapan susu akan keluar...5 minit berlalu ummi lihat kolostrum yg berwarna kekuningan memenuhi dasar botol dan ummi tahu itu pun sudah lbh dr cukup buat mu sayang...ummi gagahkan diri memeluk mu sayang dan menyuapkan kolostrum tersebut menggunakan sudu ke mulut kecilmu sayang...sehingga adik lena semula...alhamdulillah ya allah...dan dr itulah ummi membuat keputusan akan menyusukanmu dengan susu ibu sahaja walaupun ummi memberikannya melalui hasil pengepaman semata2...dan kerana itulah terciptanya blog ini yang ummi ambil kerana azam dan pengalaman ummi sebagai exclusively pumping mother buat adik...


(Kakak & Adik
Aidiladha 2011)
Dan, hari ini, ummi bersykur kerana mission ummi utk menyusukan adik hingga 2 tahun penuh tercapai...Dan ummi sentiasa berdoa semoga adik akan membesar menjadi putri ummi yang solehah, bijak, menghormati orang tua dan kekalkan lah peribadi mu sebagai wanita muslimah, sayang...Dan sesuangguhnya ummi ingin sangat adik tahu bahawa, TIADA YANG LEBIH INDAH BUAT UMMI SELAIN UMMI DI KURNIAKAN ANAK2 SEPERTI MU SAYANG...Selamat Menyambut Hari Lahir Mu yang kedua anakku sayang, Nursyaheera Qistyna...


Birthday Girl-2 Years Old..



Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
12.11.2011

Jumaat, 20 Ogos 2010

Susu Ibu adalah yang terbaik...Apa perlunya tambah dengan supplement???

Salam...10 Ramadhan selesai di tempuhi...hari ni sedikit penat kerana opis ummi tadi electric tak cukup supply...kejap ada lampu kejap padam...berpanas sepanjang hari...syukur ummi mengambil performance drink..jadi badan ummi kekal tidak mengalami dehidrasi...semua staff merungut sbb kepanasan...kalau sblum ni smua mengeluh kesejukan kerana air cond yang terlalu kuat pula..itulah kita sebagai manusia..jarang bersyukur dengan nikmat yang telah kita perolehi...dan mudah melatah bila di uji...


Berbalik kepada entry ummi pada hari ini...actually td ummi sempat bersembang dengan sahabat ummi yang turut breastfeeding anak (tapi wktu keje ada top up sikit dengan formula milk)...ummi sempat ceritakan bahawa ummi mengambil beberapa supplement bagi MEMASTIKAN susu ummi kaya dengan segala zat dan nutrisi yang di perlukan...dengan erti kata lain ummi cuba memastikan susu ummi benar2 berkualiti buat anak kesayangan ummi...sahabat ummi bertanya kepada ummi..."untuk apa perlunya supplement kerana susu ibu itu sendiri adalah yang terbaik dan telah lengkap dengan segala zat dan mineral yang di perlukan"..tersenyum ummi mendengar soalan tersebut...ummi memang tidak menyangkal kenyataan tersebut malah mengakui kebenarannya...malahan...sahabat ummi turut menekankan bahawa "Bukankah apa yang tuhan ciptakan adalah suatu yang terbaik, mengapa pulak kita nak kena memandai2 alter benda yang asli???"...


Dengan nada yang sangat lembut ummi tanyakan semula pada sahabat ummi ini.."Mengapa agaknya kebanyakkan wanita ke pejabat atau keluar dari rumah mesti sekurang2nya memakai bedak di muka???Atau mungkin mencalitkan sedikit lipstik di bibir???" Bukankah Allah telah menciptakan ianya begitu sempurna dan mengapa kita perlu menokok tambahnya pula...terdiam sejenak sahabat ummi ini...dan lantas berkata.."Hmmm..tu la susahnya bercakap dengan orang yg biasa berhujah dlm court ni..nak menang je..."...Tergelak terus ummi mendengarnya sambil mohon maaf jika sahabat ummi tersinggung dan minta dia sama2 berfikir tentang kebenarannya...


Secara jujurnya, ummi rasakan jawapan yang paling tepat bg soalan di atas ialah SEMUA MANUSIA DI DUNIA INI INGINKAN KESEMPURNAAN DALAM SATU2 HAL..walaupun pada dasarnya kita tidak berniat atau cuba mengubah kejadian tuhan, tetapi kita cuma ingin melengkapkannya lagi dengan 'aksesori' supaya ianya lebih menawan dan sempurna...


So, begitu jugalah dengan susu ibu..pada ummi apa yg paling ummi titik beratkan untuk memastikan susu yang ummi hasilkan itu, benar2 berkualiti untuk anak ummi...Bukanlah ummi mengatakan bahawa susu ibu yang terhasil itu kurang zat (malahan ianya beribu2 kali lebih baik dr susu formula dan ini di akui sendiri oleh pakar2 berkaitan)...tetapi dalam keadaan :-
1) Ummi tidak mampu makan semua makanan seimbang yang di syorkan oleh pakar pemakanan (Cth setiap hidangan perlu ada sayuran hijau, daging, ikan, telur dan lain2)...
2) Ummi tidak pasti samada masakan yang ummi beli di kedai2 semasa bekerja ada atau tidak di letakkan penambah perisa yang kebiasaannya akan sedikit sebanyak merosakkan zat2 makanan itu sendiri...
3) Kebiasaanya, zat makanan yang terdapat pada makanan telah hilang atau musnah sebahagian besar akibat cara masakan di kedai2 makan (Contoh : Sayur hijau jika di rebus terlalu lama, maka zat yang terdapat pada sayuran akan musnah)...
4) Ummi tidak mampu makan buah2an pada kadar yang banyak dalam satu hari bag mengimbangi keperluan badan seharian...
5) Ummi kerap terskip waktu makan dan menggabungkan sarapan pagi dan tengahari dalam satu masa yang jelas2 tidak memenuhi pemakanan seimbang yang di syorkan...
Lalu, dalam keadaan di atas, apa agaknya zat dan nutrisi yang tinggal dalam susu ummi???


Jika kita perhatikan :-
1) Dr dalam pantang lagi, ibu mertua ummi sering berpesan jangan sesekali makan makanan yang berangin kerana anak akan kembung sebab menyusu badan...
2) Kenyataan dan fakta yang sering mengatakan bahawa apa yg kita makan akan di salurkan melalui air susu terus kepada anak...
3) Mengapa doktor menyarankan kita menjaga pemakanan seharian kerana kita masih menyusukan anak..
4) Tak boleh makan sebarangan sbb akan meninggalkan kesan kepada anak yg menyusu dgn kita..

Jadi, secara jelasnya, susuibu itu adalah secara langsung datang dari apa yang si ibu itu makan dan ambil dalam diet pemakanan sehariannya...so, memang sgtlah penting kita memastikan susu kita kaya dengan segala zat dan nutrisi yang di perlukan untuk di salurkan pada si kecil kita...


Dan pernahkah kita terfikir mengapa agaknya semasa hamil kita di bekalkan dengan vitamin2 untuk di consume sepanjang tempoh kehamilan???Sudah pastinya untuk memastikan si kecil itu sihat dalam kandungan kita...


Dan adakah selepas di lahirkan kita terus mengabaikan pengambilan vitamin dengan alasan klinik tidak membekalkan pada kita???Kalau menurut ummi, semasa tempoh breastfeeding inilah yang sepatutnya kita mengambil supplement bg menjamin khasiat yang kita makan di salurkan melalui susu badan kita...kerana ummi ibaratkan anak kecil di bawah 2 tahun "sangat fregile"...dengan sistem ketahanan badan yg sgt rapuh sedangkan mereka tidak mampu menelan sendiri vitamin2 tersebut untuk kebaikan mereka...di sinilah pengorbanan seorang ibu yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk anaknya...dan ummi memilih mengamalkan supplement2 ini bukan sahaja untuk memastikan kuantiti susu ummi cukup buat anak ummi, tapi yang LEBIH PENTINGNYA SUSU UMMI BERKUALITI BUAT BEKALAN ANAK UMMI...


So, pilihan di tangan kita...kita yang lebih berhak menentukan apa yang terbaik buat anak2 kita...jika kita sentiasa memilih baju yang bagus2 untuk anak kita, membelikan permainan yg mahal2 demi melihat keseronokan dan tumbesaran anak kita berlaku dengan baik, sanggup juga membeli perhiasan seperti gelang emas dan sebagainya untuk mencantikkan anak kita, adakalanya kita sering terlupa untuk mengeluarkan sedikit wang untuk MEMASTIKAN KESIHATAN ANAK KITA TERJAMIN...dan, bagi diri ummi, apa yang paling penting dan membahagiakan ummi adalah apabila melihat anak2 ummi membesar dan sihat seiring dengan keperluan badannya sehari2...


Kerana itu, ummi memilih, mengamalkan SET B + ESP + PERFORMANCE DRINK + OSTEMATRIX bagi memastikan anak ummi, Qistyna yang masih menyusu sepenuhnya dengan ummi mendapatkan segala khasiat yang di perlukan olehnya...


Dan ummi memilih meal shake buat anak sulung ummi, Syasya (Syasya tak berapa lalu nak makan ESP)..juga untuk memastikan zat dan nutrien yg di perlukan olehnya lengkap...(Akan datang ummi nak cuba bagi Omega pulak kat syasya)...


Dan mengapa ummi memilih untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi membeli perkara2 di atas?????
KERANA SESUNGGUHNYA UMMI SANGAT2 SAYANGKAN MEREKA DAN KESIHATAN MEREKA ADALAH SANGAT PENTING BUAT UMMI...


BAGAIMANA DENGAN KALIAN???TEPUK DADA TANYAKAN KEHENDAK KITA...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
10 Ramadhan...

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails