Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Jumaat, 27 Januari 2012

Mengapa bayi di bawah usia 6 bulan tidak wajar diberikan air masak???

Salam sayang semua...hmmm...umum mengetahui kepentingan pengambilan air masak atau air kosong dalam kehidupan seharian...tanpa air manusia akan lemah bahkan tumbuh2an juga sangat2 memerlukan air untuk tumbuh dengan baik...tetapi, pernahkah kita terfikir mengapakah bayi berusia di bawah 6 bulan tidak di galakan untuk pemberian air masak seperti mana lazimnya kehidupan manusia lain???Mengapakah bayi seawal 6 bulan hanya sesuai diberikan semata2 susu ibu sahaja???

Dalam kehidupan ummi sendiri, ummi sangat2 prihatin dalam pemberian air masak kepada anak2 ummi di bawah 6 bulan. Syukurlah Ummi bertegas agar anak2 ummi tidak diberikan langsung air masak baik oleh pengasuh mahupun ahli keluarga ummi sendiri. Semasa itu, ummi hanya menelan bulat2 info yang di berikan oleh nurse2 yang memberikan ceramah penyusuan semasa ummi pregnant tanpa mengetahui apakah implikasi buruk yang boleh berlaku apabila air masak di berikan kepada bayi di bawah usia 6 bulan...So, hasil google dan maklumat2 yang ummi kumpul dari merata2 sumber termasuklah doktor yang berpengalaman dalam laktasi, maka ummi kongsikan dengan kalian KEBURUKAN DAN BAHAYA YANG MUNGKIN TERJADI APABILA AIR MASAK DIBERIKAN KEPADA ANAK YANG BERUSIA SEAWAL 6 BULAN KE BAWAH...jom baca...

1) MENGHILANGKAN FUNGSI SUSU IBU

Untuk makluman semua, susu ibu sebenarnya terdiri daripada 88% air. Susu ibu itu sendiri akan membentuk satu lapisan yang memberikan perlindungan kepada bayi di dalam ususnya, dan tanpa kita sedari, dengan memberikan air masak tambahan pula secara berlebihan, akan mengakibatkan lapisan yang terbentuk itu akan 'terurai' atau di singkirkan.
-----------------------
Quote dari Kelly Mom
Guidelines for offering water to breastfed babies

Breastfed babies do not need water - keep in mind that breastmilk is 88% water. Even in the first few days after birth, before mom's milk has "come in", colostrum is all that is needed to keep baby well hydrated (assuming baby is nursing effectively). Per the American Academy of Pediatrics, "Supplements (water, glucose water, formula, and other fluids) should not be given to breastfeeding newborn infants unless ordered by a physician when a medical indication exists... During the first 6 months of age, even in hot climates, water and juice are unnecessary for breastfed infants and may introduce contaminants or allergens."

In addition, breastfed babies do not require water when it is very hot outside, assuming baby is allowed to nurse as needed. Baby can get all the liquids needed via breastmilk. A number of studies have determined that an exclusively breastfed baby does not need extra water - these studies have been done in various locations (both humid and dry) at temperatures ranging from 22-41°C (71.6-105.8°F) and 9-96% relative humidity [see references below].

Note: Formula fed babies do not routinely need extra water. Some sources do suggest offering water to a formula fed baby when it is very hot outside (though baby may prefer to get extra water from more frequent feeding), or when baby is sick with a fever (consult baby's doctor for guidelines). 

-----------------------------------
2) PENCEMARAN


Perut seorang bayi adalah sangat fragile dan rapuh.Oleh itu, kita harus berhati2 dengan sebarang bentuk benda atau cecair yang di berikan kepada mereka. Malahan, kerana itulah, bagi seorang bayi yang menyusu dengan menggunakan botol, peralatan dan alat2 penyusuan itu haruslah dalam keadaan sterelize atau bersih bagi menjamin agar ianya benar2 bebas dr sebarang kemungkinan buruk. 


Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.


Ini berbeza dengan pemberian susu ibu. Susu ibu itu mengandungi anti bacteria properties yang mana ia berfungsi dalam mengawal dari bakteria membiak di dalam susu ibu. Malahan, bagi seorang bayi yang menyusu secara direct feeding, sudah tentu pencemaran ini dapat di elakkan secara azali.


3) KESAN KEPADA TUMBESARAN BAYI


Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.
 -----------------------------------

Sedikit petikan dari Kellymom

For newborns (especially under 4-5 weeks), water supplements can be risky

Babies under two months should not be given supplemental water.
Water supplements are associated with increased bilirubin levels in jaundiced newborns.
Too much water can lead to a serious condition called oral water intoxication.
Water supplements fill baby up without adding calories, so water supplements can result in weight loss (or insufficient weight gain) for the baby.
Babies who get water supplements are less interested in nursing. If baby is not nursing as often as he should, it will take longer for mom's milk to come in and can delay or prevent mom from establishing an optimum milk supply. 

-------------------------------
4) MITOS BERKAITAN JAUNDIS(KUNING)


Dahulu, semasa anak2 ummi di sahkan ada jaundis, ramai pendapat menyarankan agar anak ummi di berikan air masak dalam kadar yang banyak dengan tujuan untuk menyembuhkan jaundis tersebut. 


Sebenarnya, Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik. Oleh itu, teori pemberian air masak kepada baby jaundis adalah tidak benar sama sekali.

Nota: Jaundis hanya boleh di rawat dengan 3 kaedah :-


a) Susukan bayi dengan susu ibu sekerap mungkin.

Bayi yang mendapat susu ibu yang cukup dapat membantu mempercepatkan proses menyahkan bilirubin menerusi pembuangan air besar atau air kecil.

b) Phototherapy (Terapi Lampu)
Sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.

c) Exchange Transfusion (ET)

Satu rawatan yang mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ini memakan masa sehingga 5-6 jam.

So...adakah anda ibu bapa yang prihatin???Jangan jadikan bayi anda yang tidak berdosa menjadi mangsa keadaan...Fikirkanlah yang terbaik buat anak2 anda kerana andalah yang mencorakkan kehidupan mereka...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak nadia...

Khamis, 19 Januari 2012

Penapis air yang paling efektif...Get Clean Water Pitcher!!!

Salam sayang semua...actually, baru2 ni ummi ada beli penapis air baru...tapi bukan utk ummi...ummi belikan utk abah ummi...sempat jugak la ummi menelek2 kegunaannya, mencuba dan SERIUS UMMI SANGAT2 MENYUKAINYA...(nak kena beli satu nih letak kat pejabat...hehehe)...Kebiasaannya penapis air yang banyak kita lihat pada hari ini, memang di pasang terus dari aliran air paip dan kebanyakkannya berharga ribu riban...so, kerana itu, tak semua orang mampu untuk memilikinya dan terpaksa memilih untuk memasak air paip setiap hari bagi mendapatkan air bersih...


Dahulu ummi selalu berangan akan ada penapis air yang boleh di bawa ke sana sini...tapi iyelah, kebanyakkan agak rumit kerana lazimnya penapis air akan di pasang terus ke paip...so, nak kena buka pasang balik...buka pasang balik...ishhh lecehnya...hmmm..kalau ada yang mobile kan bagus...


So, meh tengok dulu bentuk penapis air yang ummi maksudkan sgt2 bagus dan boleh di bawa ke sana sini...

TADAAAA...MEMPERSEMBAHKAN...GET CLEAN WATER PITCHERRR...



Mengapa ummi sangat sukakan Penapis air ini????


1) Harganya yang sgt2 berbaloi (Anda takkan mempercayainya!!!)...
Dengan membeli Set ini, kalian akan mendapat 3 filter tambahan...
Calculation : 1 filter ini boleh menapis lebih kurang 80 gallon air
So, 80 X 3 filter = 240 gallon
240 gallon = 908.25 liter 


Katakanlah sebotol air mineral besar (1.5 liter) berharga RM 2.00 sebotol
So, anggaran 908.25 liter air adalah bersamaan 606 botol air mineral bersaiz besar!!!!
606 botol X RM 2.00 sebotol = RM 1,212.00 


Whatttt??? Ini bermakna jika kalian menggunakan penapis air ini kalian akan berjimat SEBANYAK 3 KALI GANDA PENGURANGAN KOS...SEE????


2) 'Installation' yang sgt2 mudah...
Kebiasaannya penapis air yang di pasang terus ke paip memerlukan installation...malahan adakalanya pemasangannya yang sgt sukar dan berserabut turut memeningkan kepala....sudahnya terpaksa la mengharapkan si penjual memasang dan terpaksa memanggilnya semua utk membukanya jika perlu...tapi, ummi sgt2 suka dgn penapis air ini yg sgt mudah pemasangannya...



Inilah rupa bentuk sistem filter yang terdpt dlm penapis air ini...hanya 3 langkah mudah...dan just masukkan filter yang telah siap di pasang ke dalam bahagian hijau dalam filter tersebut...mudah bukan...semudah ABC...i likeee...


3) Filter yang kecil tetapi hebat...


Jom tengok antara bahan yang mampu di tapis oleh 'si kecil' ini (Kecil2 cili padi)-di sahkan oleh NSF/ANSI




























4) Mudah di bawa ke mana2...oleh sebab ianya berbentuk jag di tambah dengan saiznya yang kecil (tinggi lagi botol minuman 1.5 liter tu) memang muat je nak masuk beg mana pun...beg yang ummi hantar nurseri anak pun muat...sangat2 menyenangkan...tak yah nak beli air mineral kalau pergi travel dgn keluarga...jimat belanja kan....


5) Senang nak tau bila perlu tukar filter...bukan main agak2 je...kebanyakan penapis air takde petunjuk...kena main agak2 je...selalunya si penjual akan kata...bila air tapis tu dah kecil maknanya kena tukar la tu...ishhh...mcm tu pulak...so, dgn adanya petunjuk ini bg ummi lbh selamat dr main agak2 je...


Malahan ummi perhatikan untuk menapis air sehingga memenuhi satu jag hanya memerlukan masa yang sgt singkat sekitar 3-5 minit sahaja...dan satu jag ini boleh menapis air sekitar 2.5 liter air ...banyakkan...

Sedikit sharing yg ummi 'belajar' dr Mommylyna...

Pengambilan air 8 gelas sehari sudah outdated.

Recent RI(Recommanded Intake) for ladies:
Non pregnant non BF = 2.7L
Pregnant ladies = 3L
BF moms = 3.8L
So, jika ada yang berminat dgn penapis air ini, just sms ummi di 0123975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Isnin, 16 Januari 2012

Mengapa kalsium wajib ada dalam menu harian ummi????

Salam sayang semua...ummi percaya semua orang tahu apa itu kalsium...umum mengetahui bahawa kalsium amat penting bagi kanak2 dan orang tua, kerana itu majoriti kanak2 akan minum susu setiap hari. Orang tua pula di katakan memerlukan kalsium dalam diet seharian kerana kebiasaannya orang yang telah berumur akan mula merasa sakit sendi, bongkok, sakit tulang belakang dan bermacam2 lagi penyakit yang berkaitan tulang di kaitkan dengan warga emas...Persoalannya, benarkah kalsium hanya di perlukan oleh 2 golongan ini sahaja semata2???Jom baca....
----------------------------------------
KALSIUM sering dikaitkan sebagai nutrien untuk tulang yang sihat. Akibatnya, ia hanya dikenali sebagai nutrien untuk wanita. Yang menyedihkan, ramai yang tidak mengendahkan kepentingan mineral ini memandangkan masalah kesihatan yang berkaitan biasanya berlaku pada usia agak lewat. (ini termasuklah ummi;-p)

Bagaimana pula dengan magnesium? Adakah magnesium dikenali ramai sebagaimana kalsium? Berapa ramaikah di antara kita yang sedar bahawa kalsium dan magnesium umpama rakan karib yang saling menyokong di antara satu sama lain?

Secara ringkasnya, kalsium diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, mencegah osteoporosis (tulang reput), membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Sebahagian besar daripada kalsium dalam badan terkandung di tulang dan gigi. Sejumlah kecil didapati dalam aliran darah bagi membawa nutrien memasuki membran sel selain menghasilkan hormon dan enzim untuk mengawal atur proses pencernaan dan metabolisme. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, pembekuan darah, penyembuhan luka dan pengecutan otot.

Kalsium perlu sentiasa berada dalam aliran darah bagi membolehkan ia menjalankan tugasnya. Jika paras kalsium dalam darah tidak mencukupi, tubuh akan mengambil kalsium daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis.

Walaupun kalsium boleh didapati melalui diet, jumlah keperluan harian biasanya sukar dicapai. Pengambilan makanan tambahan kalsium biasanya disarankan bagi mengatasi masalah ini. Hanya dengan memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan.

Bagi golongan dewasa, keperluan harian adalah antara 1000 ke 1200 mg kalsium. Keperluan akan meningkat bagi golongan tertentu seperti wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak serta warga tua. Sumber makanan yang kaya dengan kalsium termasuklah susu, ikan salmon dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti kailan dan brokoli.

Badan akan menyerap kalsium secara maksimum sebelum seseorang itu berumur 35 tahun. Bagaimanapun, beberapa kajian mendapati bahawa individu berusia 65 tahun ke atas yang mengambil makanan tambahan kalsium dan makanan yang kaya dengan kalsium dapat mengurangkan risiko keretakan tulang dan mampu mengekalkan kesihatan tulang yang baik.

Bagaimana pula dengan magnesium? Secara purata, jumlah simpanan magnesium dalam badan seseorang ialah kira-kira 28mg di mana sebahagian besarnya terkandung dalam tulang, diikuti dengan otot dan sejumlah kecil dalam tisu lembut dan cecair badan.

Walaupun sedikit, magnesium terbabit dalam pelbagai fungsi tubuh yang penting. Secara umumnya, magnesium mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan tekanan darah, melegakan masalah sindrom pra haid, membantu mencegah komplikasi diabetes dan membantu penggunaan kalsium yang berkesan.

Paras magnesium dalam badan mudah berkurangan akibat faktor seperti tekanan, aktiviti fizikal yang lasak dan pengambilan sesetengah jenis ubat. Dengan itu, pengambilan makanan tambahan sangat digalakkan. Sumber makanan yang kaya dengan magnesium termasuklah bijirin penuh, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kerangan.

Pengambilan makanan tambahan gabungan kalsium dan magnesium dalam nisbah 2:1 perlu dijadikan keutamaan. Ini kerana nisbah tersebut sudah terbukti dapat memberi kebaikan yang optimum kepada badan. Penambahan vitamin dan mineral tertentu seperti zink, vitamin D3 dan mangan (unsur logam) adalah baik untuk membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan magnesium yang lebih berkesan.

Kalsium, dalam bentuk kalsium sitrat, terbukti mempunyai kadar penyerapan yang lebih baik berbanding bentuk kalsium yang lain. Kalsium sitrat juga larut dalam air. Ini bermakna kalsium sitrat yang berlebihan, akan disingkirkan melalui air kencing, sekali gus mengurangkan risiko mendapat masalah batu karang.
-------------------------------------
Sejujurnya, ummi sendiri melewati zaman2 remaja, berkahwin,melahirkan anak seterusnya menyusukan anak sulung ummi tanpa pengambilan kalsium...maklum sahaja lah ummi tidak terdedah dengan pengetahuan berkaitan dengan keperluan supplemen dalam diet seharian...bagi ummi selagi badan kekal sihat dan cergas, maknanya tiada apa yang perlu ummi risaukan...


Kesedaran ini mula timbul apabila ummi mengandungkan anak sulung ummi, Syasya...sepanjang hamil, ummi mendapati ummi kerap merasa kejang di betis sehingga adakalanya hampir menangis kesakitan ummi di buatnya...malahan akibat tekanan darah semasa hamil yang tidak stabil, ummi kerap kali sakit kepala terutamanya apabila cuaca panas. Tambah memberikan tekanan kepada ummi, apabila kehamilan mula memasuki trimester ketiga, akibat kenaikan berat badan, kaki ummi mudah semut2 dan sakit dan adakalanya sendi2 tulang kaki merasa sakit dan berdenyut2...Menyedari keadaan ini, ummi cuba amalkan susu dalam diet seharian, malangnya tekak ummi pula merasa mual apabila ummi cuba mengamalkannya...

Ummi dapat bertahan sehinggalah ummi melahirkan anak sulung ummi melalui kaedah ceaserian (pembedahan)...semasa itu, ummi beranggapan masalah ummi ini akan selesai.Tetapi, selepas bersalin, ummi mula merasa sakit di bahagian tulang belakang terutamanya apabila bangkit dr tidur..aduhaiii..malang sungguh...Malah apabila ummi memilih untuk menyusukan anak sulung ummi dengan susu ibu, kaki ummi sering merasa lenguh2 terutamanya apabila cuaca sejuk...tambah menyeksakan apabila waktu pra period, pasti ubat tahan sakit menjadi peneman ummi kerana pastinya senggugut akan menyerang...

Hmmm...dahulu ummi memang tidak percaya kepada kebaikan supplement kerana bagi ummi selagi badan sihat, buat apa nak ambil supplement...syukurlah allah menggerakkan hati ummi untuk mengamalkan supplement bermula semasa ummi menyusukan anak kedua ummi, Qistyna...

Kini, telah hampir lebih setahun ummi mengamalkan supplement2 termasuklah kalsium...ummi mendapati, selain daripada pengamalan kalsium secara berterusan ini dapat memberikan kecergasan kepada tubuh badan ummi, sakit belakang yang ummi alami selama ini turut hilang secara berperingkat2...malahan, jika dahulu ummi kerap kali kena bengkak gusi, kini masalah tersebut sangat2 jarang berulang kepada ummi...ummi juga mula perasan simptom pra haid seperti senggugut yang ummi alami juga telah beransur hilang malahan adakalanya ummi pernah di datangi haid tanpa ummi sedari pun...alhamdulillah ya allah...

Yang paling menggembirakan ummi adalah migraine yang kerap berlaku kepada suami ummi terutamanya jika hari terlalu panas mula menunjukkan tanda2 pengurangan. Di samping itu juga, sistem perkumuhan ummi lebih lawas dari sebelumnya dan ummi sangat2 bersyukur ke hadrat allah kerana ummi dan keluarga di berikan petunjuk dengan menggerakkan hati kami sekeluarga untuk mencuba supplement...

So, inilah kalsium yang ummi sekeluarga amalkan hingga kini dan insya allah berterusan...


Anda ingin mencuba kebaikan supplement ini???Sila sms ummi di 012-3975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com...
 

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Jumaat, 13 Januari 2012

Bagaimana menyusun jadual mengepam semasa berkursus???

 Salam sayang semua...semoga semuanya ceria selalu...pergi kursus???Hmmm...inilah antara perkara yang paling menggusarkan semua ibu bekerja yang menyusukan anak dengan susu ibu...macamana nak buat???berapa banyak susu nak kena sediakan utk anak????Secara jujur ummi juga biasa melalui keadaan ini..malahan memang mcm satu keberatan pula untuk tinggalkan anak yang masih menyusu badan tambahan pula dengan masih belum ada sebarang 'rukhsah' atau kelonggaran di berikan buat ibu yang menyusukan anak untuk membawa bersama si anak ke tmpt berkursus...(maybe leh cadangkan pada ceupacs kot...hehehe)...

Inilah antara perkara yang agak merisaukan ummi apabila ummi di arahkan untuk menghadiri kursus dalam jangka masa yang panjang. Kebiasaannya, pada masa inilah yang agak mencabar bagi ummi kerana semasa ini ummi harus menyediakan stok yang cukup buat anak ummi di samping ummi harus bijak menyusun jadual pengepaman ummi supaya tidak mengganggu jadual kursus ummi.
So, base on pengalaman ummi, beginilah cara yang ummi akan lakukan...jom share....


Pertama sekali, ummi akan pastikan stok bagi anak ummi mencukupi.Ini bermakna, sekiranya ummi di arahkan untuk menghadiri kursus selama 5 hari, maka ummi akan asingkan siap2 jumlah stok susu mengikut turutan tarikh mengikut bekas.
 

Contohnya begini : Container 1 yang ummi labelkan sebagai (A) adalah untuk hari pertama anak ummi menggunakan stok susu ummi. Purata sekali anak ummi minum susu adalah sebanyak 3-4 oz. Purata stok hasil pengepaman ummi dalam sehari ialah lebih kurang 24 oz. Jadi stok susu fresh ummi sehari sebelum ummi berkursus akan ummi agih2kan agar serata. Oleh itu, setiap botol atau plastik mengisi susu tersebut ummi akan labelkan ,mengikut turutan yang ummi kehendaki seperti (1) (2) (3) dan seterusnya.

Perangannya begini:
Bekas 1 adalah mengandungi 4 oz susu fresh (yang ummi pam semalam) untuk anak ummi minum 4 jam pertama di nurseri (dari jam 10 pagi -1.30 petang).


**Jika tidak cukup, susu stanby akan digunakan dlm tempoh ini(bekas 3,4 dan 5)...ambil dr stok susu beku yg di bekalkan bersama...gunakan ikut turutan...

Bekas 2 adalah mengandungi 4 oz susu cair yg di ambil dr peti ais pintu bawah dari tarikh yg paling lama(jika ada stok, jika tidak gunakan sahaja stok susu beku) untuk anak ummi minum 4 jam kedua di nurseri (dari jam 2 – 6 petang). Kebiasaannya suami ummi ambil anak jam 6.30 petang.


Bekas 3, 4 dan 5 adalah mengandungi 3 oz@ 4 oz setiap satu susu beku dari tarikh yang paling lama untuk stanby sekiranya anak ummi memerlukan susu yang lebih.


Cth tarikh : 

Bekas 3 – 1.12.2011

Bekas 4- 2.12.2011


Bekas 5 – 3.12.2011
(Guna ikut urutan) 


Sekiranya ada stok yang tidak habis ummi akan pesan supaya suami ummi menggunakan susu ini terlebih dahulu sebelum dia mengambil susu dr stok yang lain di rumah mengikut tarikh.- begitu lah juga susunan bg setiap container mengikut hari ummi berkursus.

Contoh stok2 yg ummi susun berdasarkan gambarajah... 
 
Oleh itu, jika kalian perlu berkursus selama 3 hari contohnya, maka sediakan 3 container (bekas) yang akan digunakan selama 3 hari tersebut...buat 2 lagi container seperti di atas...

Dan jika di rumah (handle by husband or sape2 pun yg kita minta tlg)...habiskan dahulu baki dr nursery pada hari tersebut (jika ada) dan gunakan EBM ikut turutan dr tarikh yang paling lama...so, before ambil anak di nursery, make sure EBM yg beku tersebut di turunkan at least 2 bekas terlebih dahulu ke peti ais bawah utk di cairkan- kegunaan dr petang ke malam (so, mudah utk panaskan bila di perlukan)...dan ulang step yang sama mengikut keperluan anak...


Nota: Utk mencairkan EBM beku atau frozen secara cepat, rendamkan EBM dalam air paip dan masukkan dlm peti ais sebelah bwh...Jangan sesekali didihkan...

Di tempat kursus pula, ummi akan atur jadual pengepaman ummi seperti ini :-


Bermula sessi pengepaman pada jam 6.30 pagi

Jam 10.30 pagi – kebiasaannya waktu rehat utk makan pagi

Jam 2.00 petang – sebelum masuk kembali dewan kursus

Jam 6.30 petang – selesai kursus sebelah siang dan berehat untuk kursus sambung semula sebelah malam

Jam 10.30 malam – selesai kursus

Jam 2 atau 2.30 pagi

Purata sekali pengepaman ialah 8 oz, jadi 8 X 6 = 48 oz sehari

Ummi akan pastikan bilik yang ummi duduki mempunyai peti ais dan sekiranya tiada ummi akan tumpang stok susu ummi dalam peti ais dapur tempat ummi menginap. 


**Sekiranya tidak jadual waktu kursus tidak terlalu ketat atau meletihkan, inilah masanya ummi akan membuat power pumping di waktu petang (dlm jam 4.30-5 ptg-selesai kursus ptg sblm sambung malam) atau malam hari sebelum tidur...

(Nota : Pastikan anda membawa container atau plastik besar utk menyimpan stok susu sekiranya terpaksa menumpang stok susu anda di dapur tempat anda menginap dan ikat ketat supaya bau2an dr bahan mentah dalam freezer hotel atau tmpt anda menginap itu tidak masuk ke dalam susu perahan.Pastikan juga bekas cooler serta ice pack yang anda bawa mencukupi untuk anda membawa stok2 susu yang di perah sepanjang berkursus)



Perhatian : 
1) Entry ini hanya base on pengalaman ummi sahaja dan hanya sebagai panduan bg yang memerlukan...Anda boleh juga mengatur atau handle that situation mengikut cara yang bersesuaian dengan anda.


2) Mohon sentiasa pada Allah agar memudahkan perjalanan penyusuan anda sekiranya menghadapi situasi yang sama.


**Bagi customer kesayangan ummi atau mereka yang mengamalkan supplement sebagai 'sokongan' penyusuan anda,susun aturan supplement dalam bekas yg bersih mengikut jadual pengambilan yg di cadangkan oleh pengedar anda supaya anda kekal cergas, sihat, tidak moody (sbb anak jauh) dan bersemangat (utk kekal mengepam ikut jadual)...Practise make perfect...semoga berjaya...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Selasa, 10 Januari 2012

Anda ibu yang menyusukan anak???Jom sama2 memartabatkan penyusuan susu ibu sedunia...

Salam sayang semua...baru2 ini, salah seorang sahabat ummi yang baru sahaja bergelar EP MOM ada menelefon ummi. Tambah2 pula bila mengetahui situasi penyusuan kami menggunakan method yang sama iaitu kaedah pengepaman semata2, perbualan kami bertambah rancak. Jika ummi tidak berjaya menyusukan anak kerana inverted nipple, sahabat ummi ini pula, terpaksa menjadi EP MOM berikutan anaknya refuse untuk direct feeding sebaik sahaja sahabat ummi ni kembali bekerja. Kalau tak salah ummi, inilah keadaan yang di panggil 'keliru nipple' dan situasi ini memang banyak berlaku di kalangan ibu2 yang hendak bekerja dan mula memperkenalkan penyusuan melalui botol. Kerana itu, ummi harus ingatkan...Jangan sesekali menggunakan puting yang bersaiz aliran 'M' ke atas...tidak ada salahnya menggunakan terus puting botol bersaiz "S" kerana apabila aliran susunya lebih laju dr breastfeeding, di sinilah anak akan mula menolak Direct Feeding kerana baby juga ada deria kepekaan dan biasanya sesuatu yg mudah dan senang akan lebih di gemarinya.

Dalam situasi sahabat ummi ini, menurut beliau, bukannya dia tidak mencuba untuk direct feeding kembali. Malahan semua tunjuk ajar dari PC (Peer Counselor) dan nurse yang aktif dlm BF telah di gunakan sepenuhnya. Tetapi, beliau mengalah apabila sampai satu ketika anaknya tertidur dalam tangisan setelah sahabat ummi ini cuba memaksa si anak menyusu secara direct. Malahan semasa itu, sahabat ummi ini sanggup bercuti selama hampir 2 minggu hanya untuk mencuba kaedah skin to skin contact dan sentiasa berada hampir dengan si anak agar bau badan si ibu sebati dengan deria anaknya. Malangnya, si anak tetap menangis2 tidak berhenti sehinggalah tertidur dengan sisa2 air mata yang masih bergenang di pelupuk mata. Di ketika itulah, sahabat ummi ini turut menangis sama melihat situasi ini berlaku dan sejak itulah beliau memilih untuk menjadi EP MOM.Kesian kan!!!

Malahan EBM yang memenuhi peti ais mula berkurangan dan akibat kerana terlalu stress, penghasilan susunya juga turut terjejas. Apa yang lebih memilukan hati, apabila sahabat ummi ini mula mencari maklumat atau semangat dengan google menerusi internet dan masuk ke laman2 yang berkonsepkan penyusuan susu ibu, ada segelintir kaum ibu sendiri yang menyelar tindakan sahabat ummi ini kerana memilih untuk menjadi EP MOM rather then 'mencuba atau memujuk si anak kembali DF. Tambah2 pula apabila sahabat ummi ini di sifatkan "MALAS' atau "CEPAT BERPUTUS ASA" dalam memujuk anaknya untuk kembali DF. Menurut sahabat ummi ini situasi begini menyebabkan semangat beliau jatuh ke tahap zero dan yang menyedihkan akibat susunya yang mula menyusut, tiada cara lain yang boleh di buat melainkan terpaksa menambahkan FM ke dalam penyusuan anaknya. Masya allah!!!Jika beginilah mentaliti semua ibu2 yang berjaya menyusukan anak berfikir, ummi percaya lama kelamaan tidak ada seorang EP MOM pun yang mampu meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun penuh. Dalam situasi dan keadaan sahabat ummi ini, adakah beliau wajar dipersalahkan hanya kerana beliau memilih untuk menjadi EP MOM???Heyyy...wake up la semua ibu2...walaupun direct feeding adalah cara terbaik dalam penyusuan susu ibu, tapi bukankah penyusuan susu ibu itu adalah misi utama kita. Yang penting susu yang di berikan tersebut adalah MASIH SUSU IBU, CUMA CARA PEMBERIAN SUSU TERSEBUT SAHAJA YANG BERBEZA!!!!

Jika beginilah keadaannya, lebih baik kumpulan2 sokongan laktasi atau forum2 yang berteraskan penyusuan susu ibu ini tidak perlu wujud jika ianya hanya menambahkan tekanan kepada seorang EP MOM sehingga melumpuhkan terus semangatnya untuk terus memberikan yang terbaik buat anaknya...Malahan, jika anda seorang jururawat yang menyokong penyusuan ibu, jangan sekali2 terus melabel si ibu sebagai pemalas atau tidak berusaha untuk DF anak sendiri. Semua keadaan ini, tetap berbalik kepada rezeki masing2 dan ketentuan dari Allah Taala. Bersyukur lah kerana Allah memudahkan anda untuk berjaya menyusukan anak secara DF tetapi jika anda juga berada dalam situasi yang sama seperti sahabat ummi ini, bagaimana??? Maaf jika ayat2 ummi ini agak emosi tapi inilah realiti yang harus di telan oleh kebanyakan EP MOM...Tambah menyedihkan apabila ahli keluarga juga tidak menyokong keadaan ini.

Entah lah...kadang2 ummi sendiri tidak faham mengapa situasi ini mesti berlaku. Title kita sama iaitu Ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu...yang membezakan hanya cara dan kaedah pemberian susu tersebut...Bila ummi renung2kan semula ayat alquran yang menyeru semua ibu2 untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun penuh tiada pula di nyatakan ttg kaedahnya...wajib di berikan secara direct sahajakah???Hmmm..setau ummi Allah itu Maha Adil...base on situasi ummi sendiri, apabila Allah mengatur dan meletakkan ummi sebagai EP MOM, alhamdulillah hasil pengepaman ummi lumayan. Malahan stok2 susu berderet2 dalam peti ais untuk anak ummi. Percayalah!!!Allah tidak sekali2 zalim pada kita hambanya...Apabila di tarik nikmat menyusukan anak secara direct ke atas ummi, tetapi di permudahkan pula untuk ummi dengan memberikan hasil perahan yang 'lebih dari mencukupi' buat anak ummi. Yang penting, yakinlah bahawa setiap sesuatu yang di tetapkan olehNya adalah yang terbaik buat kita kerana setiap aturannya itu tetap adil dan saksama ke atas manusia. Yang penting bersyukur dan redha atas setiap ketetapan tersebut.

Situasi sahabat ummi kini??? Alhamdulillah...ummi masih menyokong dan cuba membantu sedaya upaya ummi walaupun dr jauh. Mungkin ummi bukanlah seorang Lactation Caunselor atau Peer Counselor dalam BF tetapi ummi yakin, yang penting adalah niat kita. Tak guna jika mahir dalam satu2 ilmu tetapi aplikasi dan penggunaan dalam ilmu tersebut masih cetek.

Kini, sahabat ummi kembali aktif menyusun jadual pengepaman, gigih membuat kaedah power pumping setiap hari dan mengamalkan pemakanan tambahan seperti ummi sebagai sokongan...Opsss...jangan cepat melatah ye...baca dengan hati yang terang...Tolong letak dulu ego dan negatif thinking anda ke tepi...

Mengapa sahabat ummi ini harus mengamalkan pemakanan tambahan AKA supplement dan bukannya mengambil MILK BOOSTER untuk membantu meningkatkan penghasilan susunya kembali????

PERTAMA SEKALI kerana beliau sgt2 stress dan tertekan...(Faktor Paling Utama)...dalam situasi ini, B Compleks sangat membantu beliau kerana fungsinya sebagai penenang dan membantu beliau berfikiran positif dan menghindarkan dari mood swing..

KEDUA, apabila beliau stress, semua keinginan termasuklah untuk makan turut terjejas..akibatnya apabila semua ini terjejas, beliau mudah sakit, demam, pening kepala dan macam2 lagi. So, dalam situasi ini, Vitamin C sangat penting dalam meningkatkan antibodi badannya. Bagi ummi Vitamin C ni ibarat imunisasi booster...

KETIGA, rentetan dari pola pemakanan beliau yang kucar kacir, sahabat ummi ini kerap rasa seakan2 nak pitam, pening dan adakalanya muntah2 atau loya (bukan simptom hamil ye...)...so, bagi melengkapkan kembali pola pemakanannya, multivitamin sangat2 membantu beliau...malahan simptom2 pitam, pening dan mual tersebut perlahan2 mengurang dan beliau perasan badannya semakin pulih dan segar...

KEEMPAT, pengambilan kadar protein dalam pola pemakanan beliau juga sgt penting dalam usahanya bagi memastikan kadar peningkatan semula susu meningkat..Mengapa ummi katakan begitu??? Ini kerana antara komposisi terpenting dalam susu ibu adalah protein. Malahan jika di perhatikan hampir kebanyakan milk booster yang berada di pasaran pasti mempunyai kandungan protein yang tinggi. Purata ibu2 yang mengamalkan diet tinggi protein akan mendapati corak penyusuan si anak akan berubah. Mungkin si anak tidak lagi memerlukan masa yang lebih panjang untuk merasa kenyang dan secara tidak langsung si ibu boleh membuat stok susu yang lebih untuk penggunaan semasa di perlukan.

KELIMA, oleh kerana sahabat ummi harus menambahkan jumlah pengepaman di malam hari dan perlu pula bangun awal di pagi hari untuk bekerja, pengambilan kalsium yang mencukupi sgt2 membantu. Malahan sekiranya kalsium di ambil dalam kuantiti yang kurang, maka kekurangan ini akan di tampung oleh pengambilan kalsium dari tulang si ibu yang mana kesannya akan di lihat dalam jangka masa yang panjang.

See???Kerana itu, bagi ummi untuk mengatasi dan berdepan dengan sesuatu masalah, kenali dahulu punca dan sebab mengapa masalah itu berlaku...dan ummi percaya peningkatan pengeluaran sesuatu itu base on asasnya....Dengan kata lain, untuk memproduktifkan penghasilan susu semula, 'asas' utama nya iaitu tubuh badan si ibu itu sendiri yang bertindak selaku jentera utama haruslah berfungsi dengan baik...Dan umum mengetahui bahawa pemakanan tambahan di ambil bagi menaiktaraf kesihatan tubuh badan seseorang. So, apabila sihat tubuh badan di tambah dengan konsep supply base on demand tersebut insya allah susu badan akan mengalir dengan sempurna.


Kini, berkat kesungguhan beliau dalam meningkatkan jadual pengepaman, melakukan power pumping yang berterusan di tambah dengan pemakanan tambahan sebagai sokongan kepada keperluan nutrien dan zat semasa penyusuan serta pemohonan yang tidak putus2 kepada Allah kini usaha itu mula menampakkan hasil. Dari hanya 2 oz setiap sessi perahan, jumlah tersebut mula perlahan2 meningkat sebanyak 4 oz setiap sessi seiring dengan usaha beliau. Konsep asas supply and demand menjadi kunci pegangan beliau setiap hari. Tambahan pula, apabila badan cukup keperluan nutrisinya, ibu akan lebih stabil dari segi mental dan fizikal. Bila hati tenang, nak beribadah pun mudah.

So, disini ummi mohon sangat2...tak kiralah siapa pun anda...selagi anda memilih untuk menyokong penyusuan susu ibu, sila lapangkan dada anda...terimalah keadaan2 ibu di luar sana yang mempunyai pelbagai masalah berkaitan penyusuan. Bantulah mereka dalam menjayakan impian mereka untuk menyusukan anak dengan susu ibu selama yang boleh dan usah sesekali kita berpandangan negatif pada ibu yang memilih untuk menambahkan pemakanan tambahan seperti vitamin atau apa2 sahaja jenis pemakanan tambahan baik ianya utk menambahkan susu badan atau untuk keperluan tubuh badan si ibu, kerana hakikatnya kisah penyusuan kita adakalanya berbeza. Janganlah kita terlalu obses dengan sesuatu pegangan hingga menidakkan keperluan ini atas sesetengah golongan selagimana asas misi dan visi kita masih sama iaitu MEMARTABATKAN PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA. Ummi bercakap bukan sebagai penjual atau pengedar satu2 produk malahan tidak terlintas langsung untuk melariskan jualan, tetapi ummi bercakap dari hati seorang ibu yang tulus untuk membantu semua ibu2 di luar sana yang memerlukannya.


Buangkan negatif thinking ini dari minda kita selagi mana kita adalah penyokong penyusuan susu ibu kerana percayalah matlamat kita tetap sama cuma mungkin keperluan dan kehendak tubuh badan serta diri kita tidak sama. Yang penting pegangan dan panduan asas penyusuan iaitu Konsep Supply Dan Demand di fahami dan di praktikkan dalam apa cara dan bentuk kita menjayakan penyusuan itu sendiri adalah medium utama kita dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Selagi mana kita bercakap dan mendukung agenda yang sama, dan bukan BERTINDAK SELAKU PENJUAL DAN PENGEDAR, maka jangan kita berbalah sesama sendiri demi menegakkan pegangan dan prinsip masing2 kerana di sebalik itu terdapat ibu2 di luar sana yang sgt2 memerlukan bantuan dan sokongan dari kita. Bersama2lah MEMARTABATKAN PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA..


Maaf atas ketelanjuran bicara dan menyentuh perasaan sesiapa. Sesungguhnya yang baik dan mulia itu dtgnya dari Allah SWT dan yang buruk dan cacat cela itu datangnya dari kelemahan dan kekurangan diri ummi sendiri.

Salam teramat sayang dan salam ukhuwah,
Kak Nadia...

Ahad, 8 Januari 2012

Panduan asas jika anda ingin menjadi EP MOM...Siri 2

Salam sayang semua...hari ni ummi sambung kembali entry yang lepas...sambungan...


5) Pemilihan breastpump


Mengenai panduan pemilihan breastpump, ummi pernah tuliskan satu entry khas mengenainya...so, kalian boleh klik di sini...==> klik


6) Cara2 memudahkan pengepaman


a) Jangan susah2 basuh corong pam berulang2 kali
Haaa...ummi yakin ramai antara ibu2 yang sedikit merungut kerana terpaksa berulang alik membasuh corong pam kalian...tambah2 kalau yang buat power pumping...takkan selang 10 minit nak kena basuh corong...aduhaiii...letih kannn...so, any suggestion nak mudahkan???..Lagi la kalau kita ni EP MOM...setiap 2-3 jam sekali kena basuh...pastu dah sure la kena basuh betul2...bukan setakat lalukan air je kannn...Hmmm...meh tengok mcmana ummi buat...


Sebenarnya, kalau kalian perasan, mengapa kita simpan susu perahan dalam peti ais atau tmpt sejuk??? Dah tentulah sbb nak bagi susu tu bertahan lama dan umum mengetahui bahawa susu ibu mengandungi antibacterial properties yang membantu memanjang hayat susu...(berbanding dgn susu FM yang jika tlh di gunakan dlm tempoh sejam akan basi)...


So, base on that, ummi terfikir untuk cuba simpan corong kat dalam peti ais atau tempat sejuk (dlm coller bag yg diisi dgn ice pack) as long saki baki susu yg tertinggal di corong takkan basi...so, memang hasilnya, ummi mendapati, cara ini sgt2 menjimatkan masa, sabun basuh bottle dan tidak lah tertekan dgn terpaksa membasuh corong pam berulang2 kali!!!


So, mudah bukan!!!hehehe...ni kira kes malas la ni...tapi, memang ok la...bayangkan kalau tmpt kerja kita takde tmpt khas atau singki nak basuh that part of pump...takkan nak basuh dlm tandas...ohh noo, part2 yg sgt hygiene ni bg ummi akan terdedah pulak dgn bermacam kuman2 dlm tandas yg dtg2 dr merata2 tmpt dlm toilet tu...dan melalui pembacaan ummi, oleh kerana sifat susu ibu itu yang mengandungi antibacteria, kalau ianya dibiarkan selama sehari pun dalam suhu bilik, bakteria tidak sempat pun nak membiak...(cuma basi la kan kalau lbh masa)...so, apatah lg kalau di simpan dlm suhu yg sejuk mcm peti ais atau cooler bag...


So, just masukkan corong yg tlh di gunakan (lap la sisa2 susu tu dgn tisu dulu kan)..ke dalam peti ais atau cooler bag yg ada ice pack dan basuh bersih2 apabila sampai di rumah...Mudah bukan???


b) Sediakan banyak bottle atau bekas yang sesuai utk simpan susu


Sepertimana yang ummi katakan, at least EP MOM akan mengepam sebanyak 8-12 kali sehari...so, kuantiti susu yang di hasilkan agak banyak dan bagi memudahkan, sediakan banyak bottle utk menyimpan susu kalian (kan letih kalau bottle limit sgt, nak kena basuh berulang2 kali...hishhh, malas kan ummi...hehehe)..atau kalau kalian mampu, beli la plastik khas utk mengisi susu perahan dan bila nak guna tuang je dalam botol...


Tapi, menurut ummi, lagi menjimatkan kalau guna bottle sbb boleh guna lama...cuma bottle akan ambil ruang banyak bila nak simpan dlm peti ais...so, pilih la yg mana sesuai di hati...yang penting, memudahkan tugas sebagai EP MOM...


c) Handsfree pumping


Hmm...banyak komen yang ummi baca menyatakan ketidak mampuan nak beli breastpump yang handsfree (huhuhu, ingat hp je ada handsfree rupanya pam pun ada)...kalau tak salah ummi pam yang handsfree mcm medela free style...harganya mencecah 1K...maybe hanya segelintir ibu sahaja yang mampu...so, any other choice???


Secara umumnya, selain dr pam di atas, terdapat juga alat yang di jual untuk berfungsi seakan2 handsfree...kalau tak salah ummi harganya sekitar RM 15 ke bawah...so, maybe kalian boleh beli set tambahan ini dan kekal menggunakan pam yang sedia ada...ini contoh alat tersebut atau lebih di kenali sebagai pumping pal...
Cara nak guna macam ni...
Dan, yang terakhir, ada juga cara yang paling mudah (tak yah keluar duit pun)...meh tengok...
Hanya menggunakan getah (alaaa...mcm getah ikat rambut)...source : kellymom.com


Mula2, beli getah ala2 ikat rambut tu...murah je...sehengget pun ada...


Pastu, buat simpulan jadi macam no 8 ni...
Ketatkan simpulan no 8 tu...
So, satu belah getah tu, sangkut la kat corong breastpump kita...
Yang satu belah getah tu lagi, sangkut je kat tali bra (pakai bra utk BF MOM yang ada 2 cangkuk tu)...
Tadaaaa...kan senang keje nak pam...dah handsfree ni boleh la pam sambil wat keje(bos pun tak marah), sambil ber fb, sambil makan, sambil bawa kete pun boleh (kalau berani laa..kalau polis tahan, leh la cakap...saya pakai handsfree laaa, huhuhu)...so, gini la ghopenya nanti...

So, sape kata kita tak leh pam sambil buat keje lain kan???(Cuma ummi tak pernah la pam sambil bawa kes kat dlm court...hehehe, mau tertumpah susu tu sbb kena jalan2 jugak...pastu, mahkamah dah senyap, kang dengar bunyi pam jek...hehehe)...


7) Rahsia meningkatkan penghasilan susu badan


Boleh baca di sini...==> klik


8)Asas pengetahuan mengenai susu perahan...


Boleh baca di sini ==> klik


Sampai sini dulu....nanti ummi sambung lagi...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Sabtu, 7 Januari 2012

Panduan asas jika anda ingin menjadi EP MOM...Siri 1

Salam sayang semua...hmm..maaf semalam ummi memang tak sempat nak post apa2 kat blog..biasalah, bila cuti da jd rutin ummi memang ke sana sini bawa anak2 berjalan2...so, sehari suntuk la tak sentuh komputer...inipun sbb anak2 dah tido, barulah nak mengadap komputer...

Berbalik kepada tajuk di atas, ummi ingin share sedikit pengalaman dan sedikit ilmu hasil pembacaan ummi semasa ummi mula2 bertekad utk menjadi ep mom...panduan asas ini ummi buat hasil pengalaman dan juga melalui pembacaan di internet dan laman2 web oversea yang mana jika di luar negara memang ramai ep mom...siap ada persatuan lagi...bestkan...sbb ummi sgt2 sedar seorang ep mom sgt2 memerlukan moral support yg tinggi selain dr routine mengepam yang harus di buat secara berkala...so, jom sama2 baca...


Perkara paling asas dan tunjang utama seorang ep mom sudah semestinya adalah jadual pumping...jadual pumping yang betul dan konsisten sgt2 penting bagi memastikan susu di keluarkan dari payudara tepat semasa anak memerlukannya dan juga sebagai memastikan konsep supply and demand di penuhi...


1) Kekerapan Mengepam


Bagi seorang ep mom, kalian harus memastikan kalian mengepam setiap 2 atau 3 jam setiap session. Ini bermakna purata sehari kalian akan mengepam sebanyak 8-12 kali. Susun jadual mengepam ini secara konsisten agar ianya memudahkan kalian dan sebaik2nya bagi memastikan kalian lebih berdisiplin, sediakan satu buku catatan agar kalian sentiasa alert dgn waktu mengepam dan jumlah perahan. Ini juga penting supaya stok susu dapat di kawal jumlah yang terkini dan yang telah expired (takut2 terbagi baby susu yg dah luput tarikh)...Berdasarkan pengalaman ummi yang menggunakan double pumping, ummi akan mengepam lebih kurang 15-20 minit persession sebelum susu berhenti. Bagi memastikan payudara benar2 kosong, tekan secara lembut di sekitar payudara atau pam lagi selama lbh kurang 5 minit sehingga benar2 yakin bahawa payudara telah di kosongkan sepenuhnya.


Nota : Lama waktu mengepam adalah terpulang kpd kelaziman kalian dan setiap seorang tidak semsestinya sama.Dan pastikan waktu tgh malam (sekitar jam 1 pagi - 4 pagi) kalian harus mengepam sekurang2nya sekali supaya jadual megepam kekal seimbang...


2) Jumlah kuantiti susu yang di perolehi


Jumlah hasil perahan sebenarnya tidak sama antara satu individu dengan individu yang lain.Ada yang menghasilkan perahan yang banyak dan tidak kurang yang kurang dan terpaksa di tambah dengan susu formula. Terdapat sesetengah ep mom yang hanya mencampurkan susu fm pada awalnya tetapi setelah jumlah supply mula bertambah, mereka dapat meneruskan dengan pemberian susu ibu sepenuhnya. Tidak kurang juga yang masih menambahkan fm sebagai top up susu badan yang tidak mencukupi.


Secara purata, kebanyakan ibu ramai yang menghasilkan susu yang cukup2 buat si bayi dan hanya mempunyai lebih sedikit utk stok. Hanya sedikit sahaja ibu2 yang menghasilkan susu yang tidak mencukupi buat si anak dan terdapat jg golongan yang susunya sgt meriah dan boleh membuat stok susu yang banyak.


Nota : Kerana itu, jangan sekali2 kita membanding2kan jumlah perahan kita dengan perahan org lain. Yang penting, tingkatkan kekerapan mengepam supaya apabila payudara di kosongkan dgn kerap, maka lebih banyak lah susu baru akan di produce.


3) Jumlah kuantiti susu yang diperlukan bayi


Sebenarnya, jumlah kuantiti susu yang di perlukan bayi juga agak subjektif dan tidak sama. Purata bayi minum sehari sekitar 19 oz sehingga ke 30 oz. Kelazimannya, pada awal2 kelahiran bayi, susu yang di perlukan agak sedikit dan akan bertambah dari bulan ke bulan. Apabila bayi mencecah 6 bulan, akan berlaku sedikit penurunan kerana bayi telah mula di perkenalkan dengan makanan separa pejal. 


Terdapat jg kes yang mana di panggil Growth Spurs (beralih bulan) di mana bayi akan minum lbh banyak dr biasa. Situasi ini kerap berlaku sekitar 6 bulan pertama dan di sinilah pentingnya persediaan stok susu sebagai bantuan jika perlu. Malahan jumlah oz yang di perlukan antara satu bayi dgn bayi yg lain jg turut berbeza yang mana ada setengah bayi yang minum sedikit tetapi kerap dan ada jg bayi yg minum banyak tetapi selang antara kehendak kpd susu agak panjang. Jadi, kalian harus sentiasa peka dgn keperluan ini dan berapakah jumlah oz yang di perlukan oleh bayi anda. Di sinilah pentingnya buku catatan yang ummi katakan di atas.


Terdapat jg bayi yg suka bergayut dengan botol susu dan kita menyangkakan bahawa si anak masih inginkan susu tetapi sebenarnya tidak. Sekiranya anak kalian minum lbh dr purata biasa seorang bayi minum (19-30 oz) jangan sesekali berikan botol kosong padanya tetapi kalian boleh gantikan dengan pacifier. Malahan menurut pengalaman ummi sendiri, apabila memberikan anak susu melalui botol, pilihlah puting yang mempunyai lubang paling kecil (Small). Ini kerana BM lbh cair dr FM dan dengan menggunakan lubang puting yg besar, anak kalian boleh tersedak (plsss, take note..bahaya tau)..Ummi sendiri tidak pernah menukarkan saiz lubang puting susu anak ummi sehingga umurnya 2 tahun...


4) Susu formula sebagai mencukupkan jumlah susu perahan


Jangan sesekali bimbang jika kalian terpaksa menambahkan Susu Formula untuk mencukupkan jumlah susu. Cuma pastikan jika ini berlaku, susu formula hanyalah sbg tambahan apabila benar2 perlu sahaja dalam erti kata lain, susu ibu haruslah lebih banyak di berikan berbanding susu formula.. Ini kerana di bimbangi, jika FM melebihi kuantiti susu ibu, lama kelamaan, bayi akan mula menolak susu ibu sepenuhnya. 


Ummi juga pernah di tanya samada bolehkah susu ibu di campurkan sedikit dgn FM cthnya 4 oz susu ibu di campurkan dengan 1 oz FM. Tetapi umum mengetahui bahawa susu FM mudah basi berbanding susu BM...Ini kerana FM tidak mengandungi antibacteria properties seperti susu ibu dan ummi syorkan lbh baik ianya di asingkan.


Hmmm...ummi rasa cukup dulu sampai sini...mata ummi dah sgt2 mengantuk...nanti ummi sambung lg insya allah siri 2...Nantikan sambungannya di nest entry...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia..

Khamis, 5 Januari 2012

Vitamin VS Milk Booster???Perlukah sepanjang penyusuan???DF VS EP MOM???Yang mana terbaik???

Salam sayang semua...semoga ceria di pagi jumaat yang ceria ini..ummi harap tajuk entry ummi kali ini tidak akan menimbulkan kontroversi kerana ianya hanya bersifat pandangan peribadi dan base kepada pengalaman ummi sebagai EP Mom...


Sebenarnya, entry ini di tulis berikutan ummi menerima email dr seorang ibu...tidak perlu ummi nyatakan nama atau dr siapa..cuma ummi agak tertarik dengan persoalan yang di timbulkan oleh ibu ini...berikut ummi quote antara ayat2 dr email tersebut yang ummi rasa harus di perjelaskan secara clear agar ianya tidak menjadi tohmahan kepada mereka yang terlibat...
----------------------------
"saya berpendapat bahawa walau bagaimana baik pun satu2 pam yang di hasilkan, ia tetap masih tidak akan menandingi hisapan bayi. Malahan saya rasa, jika menggunakan pam, payudara tidak akan benar2 kosong dan jika di picit masih ada susu atau cecair yang akan terhasil. So, saya beranggapan, tiada seorang Ep Mom pun yg mampu menandingi kelebihan ibu yang DF..Dan saya hampir tidak percaya ep mom seperti puan mampu menyusukan anak selama 2 tahun. 

Adakah kerana pengamalan vitamin2 yang puan ceritakan itu menyebabkan susu puan tidak kering2 dan menyamai ibu yg DF dan apakah vitamin2 itu boleh di kira sebagai 'Milk Booster' yang banyak terdapat di pasaran sekarang. Apakah jaminan yang puan dapat berikan pada saya bahawa pengamalan vitamin2 shaklee ini akan mengekalkan kuantiti susu dan menambahkan kuantiti susu yang sedia ada???

Saya juga melihat salah seorang kwn saya yang jg sprt puan (ep mom) sangat2 tertekan kerana harus memerah susu secara konsisten dan akibat stress tersebut, kwn saya sering mengadu bahawa susunya semakin berkurangan. Jadi, saya tertanya2 apakah puan tidak menghadapi masalah yang sama seperti kwn saya ini???

Satu lagi soalan saya, kalau ada kwn saya yg ep mom tapi tak amalkan vitamin2 mcm puan, so, mmg tak leh bertahan la ye susu yang di hasilkan tu???Adakah itu yang puan maksudkan???Saya perlukan penjelasan lebih terperinci.

Apapun, saya tetap merasakan agak mustahil seorang ibu yg bekerjaya seperti puan di tambah dgn ep mom pula dapat maintaian kuantiti susu yang di hasilkan kerana ciptaan allah adalah yg paling baik iaitu hisapan bayi.Stimulate dr bayi tetap penting dan sepatutnya ep mom tidak patut cepat berputus asa dan terus mencuba utk DF bayi mereka.  Juga saya tidak yakin bahawa vitamin2 yg puan amalkan tersebut boleh menjayakan penyusuan itu sendiri kerana semuanya tetap berbalik pada konsep supply and demand.
Maaf jika ayat saya agak kasar dan mengganggu puan. Saya cuma ikhlas menyatakan pendapat saya dan saya perlukan penjelasan secara jelas dr puan. Terima kasih.
-------------------------------------
Terlebih dahulu, ummi ucapkan tahniah dan terima kasih atas pandangan tersebut. By the way, ummi bukanlah sebagai mewakili EP MOM di seluruh dunia...Ummi bukan siapa2 dan hanyalah seorang ibu biasa yang memilih untuk memberikan yang terbaik buat anak melalui kaedah Expressing Pumping. Malah ummi berhasrat untuk membantu semua ibu2 yang mempunyai masalah yang sama seperti ummi agar mereka juga mampu merealisasikan penyusuan 2 tahun penuh seperti mana yang di syariatkan oleh Islam.  Jawapan dan penjelasan ini base on pandangan peribadi ummi tanpa melibatkan mana2 pihak yang berkenaan.

Untuk memudahkan pembacaan, ummi quote sedikit demi sedikit dan ummi jelaskan persoalan tersebut directly supaya lebih clear untuk di fahami...
--------------------------------
"saya berpendapat bahawa walau bagaimana baik pun satu2 pam yang di hasilkan, ia tetap masih tidak akan menandingi hisapan bayi. Malahan saya rasa, jika menggunakan pam, payudara tidak akan benar2 kosong dan jika di picit masih ada susu atau cecair yang akan terhasil. So, saya beranggapan, tiada seorang Ep Mom pun yg mampu menandingi kelebihan ibu yang DF..Dan saya hampir tidak percaya ep mom seperti puan mampu menyusukan anak selama 2 tahun."
----------------------------------
Inilah sebenarnya persepsi yang kerap wujud dalam minda kebanyakan masyarakat kita hari ini. Malahan bagi ummi inilah antara cabaran terbesar yang harus di hadapi oleh seorang ep mom malahan cabaran ini kerap kali menimbulkan rasa ketidakyakinan dalam diri seorang ep mom untuk meneruskan penyusuan susu ibu. Persoalannya, adakah cara lain selain DF yang mampu di pilih oleh seorang ep mom melainkan akhirnya terpaksa merelakan anaknya untuk di bantu dengan FM. 

Ummi tidak pernah sekalipun menafikan bahawa DF adalah cara paling baik untuk stimulate penghasilan susu badan. Malahan berulang2 kali ummi tegaskan bahawa jika anda ada pilihan dan mampu menyusukan anak secara direct, silakan kerana memang itulah yang terbaik. Ummi turut yakin jika semua ep mom ini mampu menyusukan anak secara DF, pasti DF akan menjadi pilihan. Pernahkah kita terfikir antara alasan2 yang memungkinkan seorang ep mom terpaksa memilih kaedah pumping semata2???Apakah pilihan yang ada jika si ibu mempunyai masalah2 penyusuan atau mempunyai anak cleft palate (sumbing), tounge-tie (lidah pendek) dan pelbagai komplikasi penyakit2 yang agak kritikal (cth anak dlm inkubator)?? Atau mengambil jalan mudah dengan memberikan FM kepada si anak sedangkan susu masih terhasil di payudara si ibu???

 Jika di lihat hanya segelintir ep mom sahaja mampu bertahan lama dengan menggunakan kaedah ini. Ramai yang tunduk mengalah akibat persepsi masyarakat dan ahli keluarga sendiri yang tidak memberikan moral support pada golongan ini. Malahan terdapat ibu2 muda yang gagal menyusukan anak secara DF terus memilih FM sebagai jalan keluar yang paling mudah. Tekanan dan pandangan negatif yang di letakkan ke atas ep mom telah membantutkan semangat ramai ibu2 di luar sana yang tercari2 solution lain yang mungkin boleh di adaptasikan sebagai pemangkin kejayaan penyusuan susu ibu itu sendiri. Dalam situasi ini, tidak perlulah menuding jari kepada siapa kerana bagi ummi agenda penyusuan yang di sarankan dalam syariat islam itu harus di teruskan dan di terapkan ke dalam minda setiap ibu yang melahirkan anak.
 ----------------------
Quote : 

Adakah kerana pengamalan vitamin2 yang puan ceritakan itu menyebabkan susu puan tidak kering2 dan menyamai ibu yg DF dan apakah vitamin2 itu boleh di kira sebagai 'Milk Booster' yang banyak terdapat di pasaran sekarang. Apakah jaminan yang puan dapat berikan pada saya bahawa pengamalan vitamin2 shaklee ini akan mengekalkan kuantiti susu dan menambahkan kuantiti susu yang sedia ada???
 --------------------------------------
Firstly, ummi ingin nyatakan bahawa vitamin dan milk booster adalah 2 perkara yang berbeza. Umum mengetahui vitamin adalah pemakanan tambahan bagi melengkapkan diet seharian manakala milk booster pula adalah penggalak susu ibu. Zahirnya seakan2 sama tetapi harus di fahami kegunaan dan fungsinya yang berbeza.

Sebagai seorang ep mom, sudah tentulah kuantiti susu menjadi agenda terpenting dalam kamus penyusuan. Antara perkara yang paling di geruni oleh seorang ep mom apabila hasil perahan mula menunjukkan tanda2 pengurangan kerana seorang ep mom harus gigih menyediakan stok bekalan dan keperluan susu secara terus menerus. Maka, di sini lah kekuatan mental seorang ep mom itu di uji.


Harus juga di fahami bahawa pengamalan vitamin2 yang ummi ambil tiada kaitan secara langsung dengan fungsinya sebagai milk booster. Pernahkah kita terfikir apakah susu akan mengalir dengan baik sekiranya seorang ibu itu sering keletihan, kerap sakit, mudah stress atau mudah berputus asa dengan cabaran penyusuan???Di sinilah sebenarnya point penting atau agenda utama mengapa ummi mengamalkan vitamin sepanjang penyusuan. Malahan, pendapat ummi vitamin2 ini bukan sahaja penting kepada ibu yang menyusukan anak tetapi juga sesuai untuk semua golongan usia. 


Kerana itu, tidak timbul langsung isu bahawa vitamin2 yang ummi amalkan ini adalah milk booster. Bagi ummi, kondisi badan si ibu haruslah sihat, bertenaga dan segar kerana seorang ep mom harus sentiasa berdisiplin dalam perahan susu dan minda dan fizikalnya harus kuat dan tabah. Malahan ep mom juga harus sentiasa tenang dan tidak emosi dengan tekanan2 kerjaya mahupun cabaran dari luar. Secara tidak langsung apabila badan si ibu kekal cergas, sihat dan bertenaga di tambah dengan pemikiran yang sentiasa positif, maka secara tidak langsung badan si ibu lebih bersedia dalam penghasilan susu. Bonusnya apabila semuanya sempurna, maka insya allah susu yang di hasilkan juga akan lebih lancar dan meningkat seiring dengan usaha si ibu itu sendiri. Semuanya akan tetap berbalik semula kepada konsep asas penyusuan iaitu supply base on demand.


Secara jelasnya, ummi tekankan sekali lagi bahawa vitamin bukanlah milk booster dan penggunaannya bergantung dengan keserasian badan seseorang. Sama sekali ianya tidak berkait langsung dengan peningkatan jumlah pengeluaran susu. Samalah juga dengan sebuah kereta yang mana sekiranya enjinnya di jaga dan di servis dengan sempurna, maka perjalanannya juga akan lebih lancar dan tiada masalah.Sungguhpun begitu, tidak kiralah samada si ibu itu ep mom atau df, pengambilan apa2 pemakanan tambahan atau milk booster tidak akan menambahkan penghasilan susu si ibu selagi mana si ibu tidak konsisten dalam mengosongkan payudaranya. Oleh itu, makanlah sesuatu itu dengan ilmu dan bukanlah kerana ikutan semata2...
-----------------------------------
Saya juga melihat salah seorang kwn saya yang jg sprt puan (ep mom) sangat2 tertekan kerana harus memerah susu secara konsisten dan akibat stress tersebut, kwn saya sering mengadu bahawa susunya semakin berkurangan. Jadi, saya tertanya2 apakah puan tidak menghadapi masalah yang sama seperti kwn saya ini???
 --------------------------------
 Kerana itu ummi telah tekankan dr awal lagi, untuk menjadi seorang ep mom tunjang utamanya adalah kekuatan minda  dan barulah diiringi oleh kekuatan fizikal. Apabila kedua2 tunjang ini sempurna insya allah, apapun cabaran yang timbul pasti akan mampu di harungi. Ummi percaya semua ibu yg bf pasti menghadapi situasi ini tidak terkecuali ibu yg df, cuma bg ep mom kemerosotan susu boleh di lihat berdasarkan kuantiti jumlah perahan yang menyusut tetapi ibu yang df sama sekali tidak perasan akan perubahan ini. Ini kerana anak kekal menyusu secara langsung dan kuantiti yang di hasilkan tidak dapat di lihat secara nyata. Pada dasarnya, pasang surutnya kuantiti susu yang di hasilkan adalah lumrah dalam penyusuan. Inilah yang di namakan "Milk production cycle"...


Kerana itu, si ibu seharusnya tahu dan mencari titik keseimbangan atau aura positif dalam dirinya kerana apapun emosi yang di hasilkan tetap semuanya di kawal oleh otak manusia. Terpulanglah kepada kita untuk mencari jalan keluar yang terbaik kerana hanya kita yang mengenal apa yang terbaik untuk diri kita. Malahan, berdasarkan pengalaman ummi yang mengamalkan vitamin2 sepanjang penyusuan ini, ianya sedikit sebanyak turut membantu kepada pengawalan mood swing yang kerap kali datang dalam diri manusia biasa. Moralitinya tetap berbalik kepada si ibu itu sendiri kerana kitalah yang mampu memilih apa yang terbaik untuk diri kita sendiri...
-------------------------------------

Satu lagi soalan saya, kalau ada kwn saya yg ep mom tapi tak amalkan vitamin2 mcm puan, so, mmg tak leh bertahan la ye susu yang di hasilkan tu???Adakah itu yang puan maksudkan???Saya perlukan penjelasan lebih terperinci.

Apapun, saya tetap merasakan agak mustahil seorang ibu yg bekerjaya seperti puan di tambah dgn ep mom pula dapat maintaian kuantiti susu yang di hasilkan kerana ciptaan allah adalah yg paling baik iaitu hisapan bayi.Stimulate dr bayi tetap penting dan sepatutnya ep mom tidak patut cepat berputus asa dan terus mencuba utk DF bayi mereka.  Juga saya tidak yakin bahawa vitamin2 yg puan amalkan tersebut boleh menjayakan penyusuan itu sendiri kerana semuanya tetap berbalik pada konsep supply and demand.
Maaf jika ayat saya agak kasar dan mengganggu puan. Saya cuma ikhlas menyatakan pendapat saya dan saya perlukan penjelasan secara jelas dr puan. Terima kasih.
------------------------------------
Ummi rasa soal pengambilan vitamin tersebut ummi telah ulas secara panjang lebar di atas. Tepuk dada tanyalah kehendak sendiri. Tiada satu fakta pun atau pengalaman ummi yang ummi share membahaskan mengenai kewajipan pengambilan vitamin2 ini. Selagi mana kita berupaya mengekalkan pola pemakanan seimbang, kesihatan dan mood yang baik di tambah dengan pengosongan payudara secara berkala, insya allah, kalian adalah antara yang mampu menyusukan anak sehingga 2 tahun penuh tersebut.


Dan yang terakhir sekali, ummi nasihatkan ukurlah baju di badan sendiri. Adalah tidak adil sama sekali untuk menyatakan bahawa seorang ep mom itu tidak akan mampu meneruskan penyusuannya selama 2 tahun penuh selagi mana usaha dan kecekalan kekal mengiringi si ibu. Persoalan ini sangat subjektif untuk di perkatakan kerana terdapat juga ibu yg df gagal meneruskan misi penyusuan selama 2 tahun. Ummi percaya semua ep mom di luar sana tidak sama sekali menidakkan ciptaan terbaik allah tetapi ianya adalah sesuatu yang membanggakan kerana sekurang-kurangnya dapat juga memberikan khasiat susu ibu itu daripada tiada langsung! 

Apa yang ummi mohon hanya satu...Jika anda merupakan seorang ibu, tidak kiralah ep mom atau df, sama2lah kita berganding bahu dan bersatu semangat dalam menyokong kebaikan susu ibu kerana hanya kitalah yang benar2 faham dan tahu intipati yang terkandung dalam KEBAIKAN SUSU IBU..Wallahua'lam...Sesungguhnya yang baik itu dtgnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dr kelemahan diri ummi sendiri. Maaf jika entry ini menyinggung hati sesiapa...Peace No War!!!


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Bolehkah EP MOM berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun penuh???

Salam sayang semua...kebelakangan ini, kerapkali ummi di tanya mengenai status ummi sebagai EP MOM...mengapa ummi memilih menjadi EP MOM???Bagaimana ummi melalui saat manis menyusukan anak sebagai EP MOM???Dan yang paling kerap di tanya adalah...Mampukah ummi sebagai EP MOM melengkapkan tempoh penyusuan 2 tahun tersebut???


Ummi percaya, ramai ibu2 maklum bahawa intipati yang paling utama dalam penyusuan susu ibu ialah Supply base on demand...bermaksud Penghasilan susu terhasil akibat daripada kekerapan pengosongan payudara, maka semakin kerap si ibu mengosongkan payudaranya, maka semakin banyaklah jumlah susu akan di hasilkan...Sungguhpun begitu, ummi tidak menafikan sama sekali bahawa 'latch' yang paling baik datangnya dari hisapan bayi sendiri (apa yang Allah cipta pastilah yang terbaik)...


Bagaimanakah susu badan di hasilkan??? Ia di hasilkan berikutan wujudnya hormon prolaktin dan hormon oksitosin dalam badan si ibu..Hormon prolaktin bertugas menghasilkan susu, manakala hormon oksitoksin berfungsi untuk memancutkan susu keluar dari payudara seorang ibu. Harus di ketahui juga bahawa kedua-dua hormon ini dirembeskan oleh kelenjar pitituari iaitu kelenjar yang terletak di bahagian otak manusia.

Ummi percaya kalian semua sedia maklum bahawa otak adalah medium paling utama yang mengawal sistem keseluruhan sistem badan manusia..Dan bagaimanakah kita mampu memberikan signal kepada otak agar kelenjar pitituari dapat merembeskan kedua2 hormon tersebut???


Benar...ada 2 kaedah paling utama yang paling biasa di gunakan oleh seorang ibu memastikan susu badan terhasil...
1) Melalui hisapan bayi
2) Melalui kaedah pengepaman : 
     (a) Kaedah Marmet (Menggunakan Tangan)
     (b) Menggunakan Breastpump


Secara jelasnya, kedua2 kaedah tersebut adalah kaedah2 asas yang di gunakan oleh si ibu untuk mengosongkan payudara. Ini bermakna, apabila payudara kerap di kosongkan samada dengan cara (a) atau (b), sepatutnya susu badan akan terhasil...Jadi, secara logiknya, bukan kaedah yang di gunakan di ambil kira samada susu si ibu mampu bertahan sehingga 2 tahun, tetapi kekerapan si ibu mengosongkan payudara dan kekerapan ini di buat pula secara berkala...so, bukan lah satu alasan atau pun aneh jika anda seorang ep mom juga insya allah mampu dan berupaya menyusukan anak anda sehingga 2 tahun penuh...


Sejujurnya, berdasarkan pengalaman ummi sebagai EP MOM selama 2 tahun ini, perkara paling utama yang harus ada pada seorang ibu yang memilih untuk menjadi EP MOM sepenuhnya adalah persediaan mental. Persediaan mental amat penting kerana di sini lah titik tolaknya bagaimana si ibu harus cukup kuat menghadapi segala bentuk cabaran yang akan di terima. Malahan cara yang dipilih ini mungkin lebih mencabar berbanding dengan seorang ibu yang menyusukan anak secara tabii (direct feeding).


Jika si ibu  ini sudah bersedia dari segi mentalnya barulah langkah seterusnya dapat dilakukan dengan mudah iaitu persediaan fizikal. Di sinilah si ibu harus tahu  apakah cabaran-cabaran yang perlu dilalui sepanjang tempoh penyusuan sebagai EP MOM.


Bagi ummi, jika ummi di tanya mengenai persoalan di atas, ummi sendiri yang telah melalui momen2 indah sepanjang menyusukan anak sebagai EP MOM berani menyatakan bahawa EP MOM juga mampu menyusukan anak sehingga 2 tahun penuh, Insya allah. Yang penting, persediaan mental dan fizikal si ibu harus selari, dan konsep asas penyusuan harus di fahami semasak2nya.


Menjadi EP MOM pada dasarnya memang bukan sesuatu yang mudah, tetapi ianya juga bukanlah sesuatu yang mustahil. Pokok pangkalnya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Dan rajin2lah bertanya dan berkawan dengan mereka yang benar2 faham erti penyusuan kerana ada pepatah mengatakan Malu bertanya sesat jalan. 


Insya allah, next entry, ummi akan kongsikan dengan kalian "Rahsia sebenar mengapa ummi mengamalkan supplement sepanjang ummi bergelar EP MOM??"...Nantikan next entry dari ummi...Yang baik dtgnya Allah SWT dan yang lemah dan kekurangan datangnya dari kelemahan diri ummi sendiri...


"Anda inginkan konsultasi mengenai pengamalan supplement???Atau anda ingin berkongsi pengalaman penyusuan dengan ummi??? Sms ummi di 012-3975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com.


Salam sayang dan ukhuwah dari EP MOM,
Kak Nadia...

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails