Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Memaparkan catatan dengan label Ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ilmu. Papar semua catatan

Ahad, 5 Februari 2012

Kelebihan ais dan air sejuk...

Salam sayang...hari ni ummi agak keletihan...pagi2 lagi dah menyiapkan anak2 dan usung semua ke Dewan Sri Pinang sbb ummi kena attend Sambutan Maulidur Rasul di sana...Kehadiran di 'wajibkan' bagi Pegawai2 level 41 ke atas...huhuhu...mula2 memang agak keberatan...tapi bila dengar ceramah ttg perjuangan Rasulullah SAW, rasa tak rugi dan turut terbuai dan bersemangat sama apabila di imbas semula ttg perjuangan baginda...betapa sukarnya zaman dahulu nak menyebarkan islam tetapi zaman sekarang ni orang pulak mcm tak ambil berat ttg islam dan mensia2 perjuangan Rasulullah SAW...hmm ntah la...

Cuaca hari ni agak panas...so, kalau dapat air sejuk segelas...perghhh....lega...kebetulan baru2 ini ummi ada dapat satu email ttg kebaikan ais atau air sejuk...so, jom layan

Walaupun ada segelintir antara kita mempercayai ais dan air sejuk tidak elok untuk kesihatan, tetapi terdapat kajian santifik telah membuktikan ia sebenarnya memiliki kelebihan yang tersendiri. Fakta berhubung kait dengan kelebihan ais dan air sejuk ini dipetik dari hasil tulisan Dr.Nohissam Mustafa menerusi buku panduan dan aplikasi Seri Wajah. Antara kelebihan ais dan air sejuk yang dinyatakan ialah:

1. Air sejuk dapat membantu penghidap insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur dengan normal. Caranya, mandi dengan air sejuk sebelum tidur.

 
2. Air sejuk atau ais berupaya mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.


3. Mengunyah ais akan membantu menguatkan gigi. Malah ia juga dikatakan mampu meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.


4. Jika batuk, anda turut digalakkan memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuk hilang dalam masa beberapa jam. Berbanding dengan ubat batuk, biasanya ia akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.


5. Air sejuk juga dikatakan terapi yang paling popular sebagai penguat tulang yang patah tetapi bahagian tersebut mesti dibalut dengan kain hitam. Mandi air sejuk juga akan menguatkan tulang.


6. Air sejuk juga dapat mempertingkatkan system imunisasi yang luar biasa sebagai pencegah beberapa penyakit alahan dan jangkitan.


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Khamis, 19 Ogos 2010

Sekadar Perkongsian di Bulan Ramadhan...Masya allah!!!!

Salam...mungkin entry ini ummi tuliskan sgt2 berlainan daripada entry2 ummi sebelum ini...ummi baru sahaja menerima satu email yg di forwardkan kepada ummi hasil daripada LAMBAKAN KES PERZINAAN DAN PEMBUANGAN BAYI SEJAK AKHIR2 INI...malahan ummi sendiri menjadi sgt takut mengenangkan betapa manusia di era alaf baru ini semakin bersifat 'kebinatangan' dan lebih kejam dan jahat daripada manusia zaman jahiliyah dahulu...(Mudah2an sama2 kita berdoa semoga zuriat kita tidak termasuk dalam golongan ini..aminnnn)...bertambah takut bila melihat manusia kini tidak lagi mengindahkan samada bulan ramadhan atau bulan apa untuk meneruskan perbuatan jijik ini...(Subhanallah...Merdeka jatuh dalam bulan ramadhan ini, adakah mereka akan memenuhkan malam tersebut dengan beribadat kepada allah(malam merdeka tu hari ke 21 ramadhan dan 10 hari yg terakhir dlm bulan ramadhan kita di galakkan beribadat lebih dan mencari malam lailatul qadar) atau pesta seks akan di jalankan sebagai menandakan MERDEKA????Ya Allah...ngerinya ummi memikirkan kerana jika bala di turunkan oleh Allah atas kemurkaan Nya bukannya hanya kpd mereka sahaja tetapi mungkin tempiasnya ke atas kita juga...contohnya Tsunami...Mungkin bencana ini adalah teguran Allah ke atas mereka tetapi turut terkorban adalah insan2 yg tidak berdosakan...Ya Allah!!!!

So, berikut ummi forwardkan email yg ummi terima tadi :-


1. Saya agak terperanjat apabila posting atau kenyataan saya mengenai punca berlakunya gejala buang bayi pada hari ini masih ditempelak. Sebahagiannya marah - marah kerana saya mengaitkan Malam Sambutan Tahun Baru , Hari Kekasih dan Malam Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan negara sebagai antara detik mulanya episode kejam ini iaitu buang bayi .



2. Sebahagiannya secara sinis mempersoalkan kenyataan saya dengan bertanyakan bukti . Sememangnya saya tidak mengemukakan bukti dalam posting saya terdahulu kerana menyangka perkara ini telah diketahui umum . Penyakit sosial dalam negara kita kini telah diketahui oleh semua dan hampir semua mengetahui apakah punca - punca utamanya selain faktor - faktor sampingan yang lain .


3. Saya akui , bukanlah semua penzinaan itu berlaku pada malam sambutan Tahun Baru atau malam Sambutan Hari Kekasih dan juga malam sambutan ulangtahun Kemerdekaan . Tetapi detik - detik perayaan dan sambutan yang diraikan ala barat secara tidak terkawal pada perayaan Tahun Baru , Hari kekasih dan Ulangtahun Kemerdekaan tersebut tidak boleh dinafikan bahawa ia adalah antara penyumbang besar kepada berlakunya penyelewengan sosial dan akhirnya terjerumus dalam kancah penzinaan .


4. Antara faktor lain yang telah saya sebutkan dalam posting - posting saya terdahulu bahawa ia hadhir dari satu kepincangan sistem yang kini sukar dibaiki setelah ianya jauh menyeleweng dari jalan Allah swt. kecuali menukar sistem dan peraturan yang melibatkan cara hidup agar melandasi syariat dan pedoman Rabbani [ wahyu Allah ] .


5. Antara faktor - faktor lain seperti :


Lambakan filem dan bahan lucah dipasaran


Laman - laman lucah di intenet tanpa sekatan


Kurangnya didikan agama atau moral yang berkesan


Keretakan hubungan keluarga dan rumahtangga


Pergaulan bebas dan hidup liar tanpa tanggungjawab


Budaya Hedonisme dan bebas agama


6. Sementara apa saya sebut mengenai sambutan Tahun Baru , Hari Kekasih dan Ulangtahun Kemerdekaan dalam negara kita adalah menepati salah satu dari punca yang dikenal pasti . Kali ini , bolehlah saya mengemukakan sedikit asas kenapa saya menegaskan demikian . Jika masih juga belum memadai , maaflah saya mohon , kerana saya pun tidak banyak masa untuk mengulas perkara yang telah diketahui umum .


a] Sambutan Malam Tahun Baru


Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang - undang Syariah jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Badarudin Ahmad Bustami berkata pihaknya kesal kerana gadis pada usia 16 sanggup menggadaikan maruah dengan mengadakan hubungan seks bersama 5 remaja lelaki lepasan SPM ketika menyambut malam Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Jalan Besar Kuantan Pahang .


Laporan Harian Metro [ 2 January 2009 ]


Seorang penyampai berita swasta dan seorang pelakon wanita adalah antara 26 orang yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah bagi meraikan kedatangan Tahun Baru di sebuah bilik hotel di Jalan P Ramlee di ibu negara . Operasi tersebut diketuai oleh Asisten Superintendan Mahani Ahmad dari Bahagian D7 cawangan maksiat , judi dan kongsi gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur .


Laporan Berita Harian [1 January 2009]


Lebih 300 remaja yang melakukan kegiatan tidak senonoh dengan pasangan masing - masing di tahan dan dibawa ke masjid Asy Syakirin berhampiran Menara Berkembar KLCC untuk menjalani sessi kaunseling dan motiasi dalam Ops Hijrah 2008 pada malam sambutan Tahun Baru .


Laporan Sinar Harian [ 2 January 2008 ]


Pesta seks besar - besaran di tepi pantai di Johor Bharu bagi menyambut Tahun Baru . Syarat dikenakan ialah lelaki tidak dibenarkan memakai seluar dalam manakala wanita perlu memakai G-String dan sedia membukanya selepas tengah malam bagi meraikan sambutan Tahun Baru.


Laporan Harian Metro [ 1 January 2009 ]


Bagai menjadi satu trend remaja sekarang ! demikianlah kata Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Ghazali Abdul Aziz selepas berjaya menangkap 56 remaja berkhalwat di bilik - bilik hotel sekitar bandar Kuantan sempena sambutan tahun Baru .Laporan Kosmo [ 2 January 2009 ]


Mat Zahari Ali pengunjung di Bukit Bintang memberitahu Harakah ketika ditemui pada malam sambutan Tahun Baru bahawa sambutan pada malam itu sangat menjijikkan apabila beribu - ribu pengunjung yang datang ke situ dapat menyaksikan satu tarian wanita separuh bogel di Yegas Club berhampiran Times Square pada jam 11 malam . Mereka menari dan melalak seperti hilang aqal setelah meminum arak dan berhibur secara keterlaluan . Jijik dan lucah . Sementara itu Ketua Pemuda DAP [2004] Teng Chan Kim berkata : "Malaysia sepatutnya sudah meninggalkan budaya menyambut hari besar dengan hiburan semata - mata" . Laporan Harakah [ 2 January 2004 ]


b] Sambutan Hari Kekasih


Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja [KEWAJA] Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu lupa diri ketika menyambut Hari memperingati Kekasih. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam kemudian mengambil pil khayal sehingga mereka berzina lalu hamil .


Utusan  Malaysia [ 10 februari 2007 ]


Pengarah Kem Modal Insan KEWAJA Yahaya Mohamed Yusof yang telah mengendalikan 3000 kes mengandung luar nikah sejak 1998 berkata : Kira - kira 50 peratus daripada mereka adalah pelajar sekolah menengah atas dan IPT dan diakui bahawa setiap kali tiba musim perayaan [sambutan], kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu .


Utusan Malaysia [ 10 Februari 2007 ]


Baru - baru ini satu lagi kecelakaan sempena sambutan hari kekasih , apabila satu kempen "No Panties" sempena sambutan Hari kekasih dilancarkan dalam negara kita . Untuk apa sambut Hari Kekasih tanpa seluar dalam ni ? kalau tidak merancang untuk melakukan maksiat !


Laporan Harian Metro [ 14 Feb 2010 ]


7. Ya Allah ! banyak lagilah bukti dan laporan atau statistik yang boleh ditulis . Tapi cukuplah saya tunjukkan 2 atau 3 fakta tersebut dan lihat sahajalah pada angka yang terlibat sudah cukup meresahkan dan membuktikan ianya suatu yang parah . Kalau tak cukup lagi , lain kali lah saya tulis . Mungkin lepas Ramadhan nanti sebab masih banyak ibadah khusus yang saya mahu lakukan . Mungkin juga sahabat - sahabat boleh tolong sambung . Semua orang tahu lah perkara ini atau ada orang sengaja buat - buat tidak tahu . Apa boleh buat !


8. Lagipun pagi ini saya nak berlepas ke Kedah untuk menyertai Munaqasyah ucaptama Dewan Pemuda PAS Pusat di Zon Utara [ Kedah dan Perlis ]


9. Insyaallah , Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan Sidang Meja Bulat bersama dengan Ngo - Ngo dan parti - parti politik yang lain untuk membincangkan perkara ini bagi membantu negara menyelesaikan krisis sosial dan moral yang dahsyat ini pada 22 August 2010 jam 2.00 pm di Anjung rahmat Gombak.


10. Selamat berpuasa . Ramadhan Kareem !


Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,


Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.


sumber: http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28252:statistik-iklim-sosial-negara-parah&catid=102:terbaik-dari-blog&Itemid=136

Komen Ummi : Ummi berdoa dan berharap semoga usaha ummi dan kalian semua yang memperjuangkan susu ibu di berikan kepada anak2 kita akan mendidik anak kita bersifat "kemanusiaan" dan semoga anak2 kita menjadi insan soleh dan solehah...Ummi percaya selain kebaikan susu ibu dari segi fizikal dan mental anak, tetapi secara tidak langsung ia juga berkait rapat dengan sahsiah diri anak itu sendiri...malahan mak ummi pernah berkata " Susu Badan itu terhasil daripada adunan KASIH SAYANG, DEKATNYA IBU DENGAN ANAK DAN KURNIAAN TUHAN YANG TIDAK TERNILAI HARGANYA..dan kebanyakan anak yang menyusu badan adalah anak2 yang cedas, cerdik mental, berjiwa lembut, mendengar kata dan bersifat sopan santun serta tahu menghargai kedua ibu dan bapanya"..


Jadi, sama2 kita terus cuba menyusukan anak kita selama yang boleh dan mudah2an anak kita sentiasa menjadi anak yang membanggakan kita dan soleh dan solehah...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Selasa, 17 Ogos 2010

Benarkah Allah tidak sayangkan saya???

Salam..hari ke 7 ramadhan..alhamdulillah hari ini sejuk sedikit kerana di negeri ummi (utara) dari petang membawa ke malam..hujan sepanjang hari...


Berbalik kepada entry hari ini, padi tadi ummi dihubungi oleh seorang sahabat lama ummi...sepanjang bercakap dengan ummi, tidak berhenti2 menangis bercerita ttg masalah yg di hadapi dan tidak berhenti2 juga berkata "Mungkin Tuhan tak sayangkan aku"...


Terfikir ummi sebenarnya tentang perkara ini...Benarkah Allah tidak sayangkan kita sebagai hambanya...Adakah Allah membeza2kan antara hambanya yang satu dengan hambanya yang lain???Jika ya, mengapa pula sifat Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang????

Bolehkah Allah di katakan tidak sayangkan kita hanya kerana :-


1) Dia tidak mengabulkan setiap permohonan kita?
2) Dia menguji kita dengan masalah atau keadaan yang menyebabkan kita susah atau menderita?
3) Dia memberikan kita ujian demi ujian yang adakalanya kita rasakan bertimpa2?

Tapi, pernahkah kita terfikir???
1) Mengapa ada permohonan kita yang tidak dimakbulkan???
2) Mengapa kita di uji sedemikian rupa???
3) Mengapa semua ujian di timpakan buat kita sahaja???


Dan, cuba kita renungkan semula....MASIH TIDAK SAYANGKAH ALLAH PADA HAMBANYA SEDANGKAN :-

a) Allah 'meminjamkan' kita udara untuk kita terus bernafas di dunia ini bagi meneruskan penghidupan kita..
b) Allah 'meminjamkan ' kita tubuh badan untuk memberikan kita kemudahan melaksanakan tugas kita seharian di muka bumi ini..
c) Allah 'meminjamkan' anak, suami, ibu, bapa dan keluarga untuk kita rasa nikmatnya hidup bekerluarga..
d) Dan yang paling penting, Allah 'meminjamkan' kita nyawa untuk terus hidup di dunia ini....


Adakah dengan semua pinjaman itu, tanpa kita perlu membayar atau mengeluarkan kos, maka kita masih boleh katakan ALLAH MASIH TIDAK SAYANGKAN KITA...sedangkan dengan semua pemberian itu, kita hanya di perintahkan beberapa suruhan yang mudah :-
a) Tunduk dan sujud kepadaNya
b) Lakukan segala suruhannya
c) Tinggalkan laranganNya...


TETAPI, semasa kesenangan kita kecapi, kita lupa bahawa ALLAH SENTIASA SAYANGKAN KITA...dan semasa kita senang...seringkali kita TERLUPA untuk bersyukur dan berterima kasih kepada Nya sedangkan baru kita di uji sedikit, kita dengan mudah melatah dan menuding jari bahawa ALLAH TIDAK SAYANGKAN KITA...


Ummi teringat dalam satu ceramah yang ummi dengar, kita ini di uji dalam keadaan :-


a) Kita mampu menghadapi ujian tersebut...Allah tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu.
b) Allah memberikan teguran kepada kita (mungkin kita terlalu asyik dengan satu2 keadaan sehingga kita terlupa padaNya)...
c) Allah ingin memberikan kita darjat yang lebih tinggi
d) Allah ingin memberikan kita perkara yang lebih baik pada masa akan datang...


Dan semakin kita mendekatkan diri padaNYa, semakin dekat allah pada kita...dan jika kita sebagai manusia biasa jika di rayu oleh seseorang dengan linangan air mata pun kita sudah belas, apatah lagi jika perkara sama kita lakukan di hadapan Allah dalam condition sifat Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang...persoalannya, adakah kita memohon atau berdoa dalam keadaan tergesa2 dan sekadar berdoa, atau kita benar2 memohon sepenuh jiwa raga kita sehingga mengalirkan air mata???


Oleh itu, sebelum kita tergamak mengatakan bahawa Allah memang tidak sayangkan kita...fikirkan semula kebenarannya...dan bagi semua customer ummi juga, selepas kalian mengamalkan segala supplement sebagai usaha (samada untuk breastfeeding atau sebagainya), ummi harap jgn sesekali kita lupa untuk berdoa dan memohon kepada Allah untuk mengurniakan segala yang kita hajati...insyaallah akan di makbulkan...


Dan sentiasa lah kita ingat dan renungkan bersama bahawa terlalu banyak nikmat dan kesenangan yang Allah telah pinjamkan kepada kita tanpa kita sedari dan jangan sesekali kita terdetik atau terfikir bahwa ALLLAH TIDAK SAYANGKAN KITA...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
7 Ramadhan...

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails