Salam ukhuwah semua pembaca2 blog ummi...hari ni ummi nak share dgn kalian tentang isu halal...Halal ni banyak segi...dari segi makan minum, pakaian hatta setiap apa yang kita gunakan setiap hari juga perlu hati2 agar ianya halal..bukankah mencari yang halal itu fardhu untuk semua umat islam???
Malahan jika kita tahu setiap wang atau rezeki yang kita cari juga SUMBERNYA mestilah halal kerana wang hasil perolehan tersebut di gunakan untuk keluarga kita juga:-)
Ramai sahabat dan handai taulan ummi bertanya tentang bisness yang ummi ceburi kini...isu samada MLM itu penindasan 'downline' dan patuh syariah sering di bangkitkan...Malah ramai yang teragak2 untuk join ummi bila lihat Syarikat Shaklee juga one part of MLM bisness!!!
Satu sahaja yang ummi ingin share dengan kalian semua...Ummi adalah berasal dari...
1) Graduan Lulusan Syariah dari Universiti Malaya
2) Kerjaya pula berkait rapat dengan Undang2 Syariah malah menegakkan dan mendokong Syiar Islam melalui Syariah Law
3) Keluarga ummi terdidik dari seorang bapa yang sangat tegas soal hukum2 islam
Maka, sudah pasti ummi SANGAT MENGAMBIL BERAT SOAL KEPATUHAN SYARIAH!!!Apatah lagi sebelum ummi menceburkan diri di dalam bisness seperti sekarang:-)
Kebetulan ummi terjumpa satu penulisan yang menerangkan secara rigid tentang bisness mlm yang ummi ceburi sekarang iaitu Shaklee!!!Maaf, ummi tidak jumpa siapa penulis asalnya tetapi niat ummi semoga dengan sharing yang di panjangkan ke pengetahuan ramai ini membantu semua orang di luar sana agar tidak teragak2 untuk join kami untuk menjana income bersama kami di Shaklee...Insya Allah Shaklee adalah MLM yang patuh syariah:-)
Ini adalah sebab UTAMA saya memilih Shaklee sebagai side income. Jom perhalusi. Ini adalah syarat-syarat yg wajib ada pada MLM yg patuh syarak.
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya. Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game) atau head hunter.
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.
6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi. Diharap anda dapat membuka mata dan akal untuk melihat Islam adalah agama yg MENGAWAL bukan MENGHALANG. Dikawal perniagaan agar semua pihak tidak rugi dan keadilan sosial dapat ditegakkan. Jangan sampai anda menggunakan agama untuk menjadi lapik alas bagi alasan untuk tidak bergiat dalam bidang perniagaan atau menghalang niat muslim yg lain untuk berniaga. Jika diperhalusi, bukankah syarikat anda bekerja juga melakukan skim MLM atau sistem piramid dan itu mungkin lebih teruk lagi jika tidak dikawal. Contohnya, jika saya tanyakan berapa orang CEO syarikat anda? Tentu jawapannya seorang sahaja. Tiada dua. Pengurus pula berapa? Tentu dijawab 4-5 orang atau lebih, pekerja bawahan tentulah lebih ramai dari atasannya. Bukankah begitu? Dari segi keuntungan pula, berapa keuntungan yg anda dapat berbanding atasan anda jika syarikat anda mendapat laba RM 10 juta sebagai contoh. Tentu semua akan menjawab yg di atas tentulah mendapat keuntungan/gaji/bonus yg lebih tinggi dari org bawahan.
Inilah SISTEM PIRAMID MLM tetapi kenapa dibenarkan?
Sebab ia adalah betul dan dibenarkan oleh syrak dengan syarat-syarat tertentu. Hendak tahu syarat-syaratnya, sila bertemu para ulama dan belajarlah 4-5 tahun lagi untuk memahaminya secara mendalam. Yang penting, jangan menampakkan Islam sebagai agama RIGID dan akhirnya umat Islam sendiri kurang produktif dari sudut ekonomi dan kekal miskin selama-lamanya.
Anda juga boleh merujuk kepada
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html.
Dan sebagai panduan semua...ummi lampirkan bersama Sijil Halal Dari Shaklee untuk Tahun ini...
*Jika anda ingin 'JOIN UMMI UNTUK MENJANA PENDAPATAN BERSAMA SHAKLEE', jemput hubungi ummi segera kerana masa itu emas dan ramai dari group ummi yang telah memperolehi 4-5 angka sebulan...
Jika anda mahu
mencuba vitamin Shaklee dengan 'harga terbaik' atau INGIN BERSAMA GROUP UMMI (INTIFADA JUTAWAN SHAKLEE) UNTUK MENJANA PENDAPATAN boleh sms/wassap/viber di 012-3975808 atau email saya di
nadeeyya_kk@yahoo.com .
Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan
percuma.
Jika anda ingin saya hantar terus ke muka pintu anda
(COD), saya adalah pengedar di Sungai Petani, Kedah dan Pulau Pinang...DO
CONTACT ME NOW!!!
Anda bagaimana?Berminat???Hubungi ummi segera di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms/wassap/viber di 012-3975808.
Salam sayang,
Nadiah Khamis (Kak Nadia)
Pengedar Sah Shaklee kawasan Sg Petani dan Pulau
Pinang
Shaklee Independent Distributor[ID No : 830027]
012-3975808 (sms / wassap/viber)
nadeeyya_kk@yahoo.com
Shaklee Independent Distributor[ID No : 830027]
012-3975808 (sms / wassap/viber)
minta izin share di blog.. boleh?
BalasPadamTerima kasih kak nadia atas perkongsian yg bermanfaat ni ;)
BalasPadam