Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Rabu, 29 September 2010

Penyusuan melalui botol (bg ibu yg direct feeding)

Salam...baru2 ini ummi menerima satu email yang bertanyakan tentang penyusuan susu ibu melalui botol susu...masalah terbesar yang di hadapi oleh sesetengah ibu yang menyusukan anak secara direct feeding sepenuhnya semasa cuti bersalin dan apabila semakin hampir untuk memulakan semula kerjaya...alamak...baby ternyata menolak mentah2 penyusuan susu ibu melalui botol kerana telah biasa dengan puting si ibu...so, mcmana nak buat????


Di sini, jika berdasarkan pengetahuan ummi yang tidak seberapa ini, boleh lah mencuba puting jenis 'MAM' kerana puting ini paling hampir menyerupai nipple si ibu...So, di sini juga ummi ingin kongsikan dengan kalian satu artikel yang di tulis oleh Dr Norintan Zainal, seorang Pakar Perbidanan Dan Obstetrik mengenai masalah ini...mudah2an dpt membantu ibu2 yang mempunyai masalah yg serupa....


Menurut kajian pakar laktasi di Amerika Syarikat, masa yang paling sesuai memperkenalkan botol pertama kepada bayi adalah ketika dia berumur antara 4 hingga 6 minggu. Ini dapat memastikan susu anda sudah pun stabil dan seterusnya dapat mengurangkan risiko bayi keliru puting. Menunggu terlalu lama sebelum memperkenalkan botol pertama kepada bayi boleh menyebabkan dia lebih gemar menyusu menerusi payudara dan berkemungkinan menolak botol sama sekali.


Sungguhpun begitu, pastikan apabila bayi sudah boleh menerima botol, jangan pula ianya di jadikan amalan. Gunakan botol hanya apabila anda terpaksa berpisah dengan bayi. Bila bersama bayi, anda perlu menyusukannya terus dari payudara. Anda juga tidak seharusnya memberikan botol sebagai satu tabiat harian jika anda tidak selalu berpisah dengan bayi kerana ia akan mengganggu penghasilan susu. Walaubagaimanapun, bagi memastikan bayi anda tidak lupa dan dapat terus menerima botol, anda di nasihatkan untuk memberikannya botol 1 atau 2 kali dalam seminggu.


Anda juga di nasihatkan untuk menggunakan puting yang alirannya perlahan supaya walau apapun usianya, dia tetap harus berusaha apabila menyusu dari botol. Botol yang mempunyai leher lebar (wide neck) di katakan puting paling sesuai untuk bayi yang menyusu badan. Antara tips yang boleh di kongsi bersama :-


1) Gunakan puting jenis silikon dan bukannya lateks kerana bayi mungkin tidak suka pada rasa atau baunya.


2) Seelok2nya alirkan air suam pada puting sebelum memberikannya kepada bayi.


3) Pastikan susu tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.


4) Anda di galakkan untuk banyak bergerak apabila memberikan botol kepada bayi kerana ini akan dapat mengalihkan perhatiannya.


5) Posisi yang di syorkan apabila anda mencuba untuk memberikannya botol adalah menghalakan bayi ke hadapan dengan belakangnya di depan dada anda, dan bukan posisi cradle yang biasa.


6) Anda tidak seharusnya menyumbat puting ke dalam mulutnya, sebaliknya membiarkannya menarik puting itu sendiri ke dalam mulutnya.


7) Biasanya bayi akan lebih mudah menerima botol apabila mereka dalam keadaan mamai atau separuh sedar..Contohnya apabila hendak tidur atau baru bangun tidur.


Paling penting!!!Jangan paksa bayi kerana ini akan menyebabkan dia menolak botol sama sekali. Anda perlu banyak bersabar dan berputus asa kerana ini memerlukan banyak latihan. Sebagai panduan, jangan memberikan botol lebih dari 10 minit setiap masa. Jika bayi marah dan menangis, anda harus berhenti dan cuba lagi di lain masa.


Sungguhpun begitu, sekiranya bayi anda memang menolak botol sama sekali, anda boleh juga menggunakan kaedah berikut :-


a) Menggunakan sudu
b) Cawan
c) Picagari
d) Finger feeder ( meletakkan tiub halus di jari anda).


So, Selamat mencuba dan teruskan usaha anda untuk menyusukan bayi selama yang boleh dan pasang azam atau target untuk menyusukan bayi anda sehingga 2 tahun penuh....insya allah..Amin....


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

1 ulasan:

  1. salam kenal..hai..saya follow kak nadia yer.. nak copy info2 berguna kat sini

    BalasPadam

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails