Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Jumaat, 30 Julai 2010

Jadual pumping...

Salam...syukur ummi terus panjatkan ke atas ilahi kerana terus mengurniakan kesihatan kepada ummi dan keluarga ummi untuk terus bernafas di atas muka bumi ini...maaf, lately entah mengapa ummi di hambat kesibukan kerja hingga adakalanya ummi tidak dpt nak postkan sebarang entry..bukan ummi sudah give up untuk terus berkongsi dengan kalian, cuma adakalanya bila ummi balik rumah slps anak2 ummi tidur, dengan ummi sekali pun terlelap...tak sempat nak menulis kat sini...tp jgn risau walau selelah mana pun, ummi akan tetap pastikan email ummi di baca dan reply kerana ummi beranggapan kalian yg e mail ummi memerlukan jwpn segera...so, jgn risau k...

So, entry kali ini ummi tuliskan berikutan kebelakangan ini ummi kerap mendapat email dan juga sms bertanyakan tentang jadual pumping ummi...dan bagaimana ummi membuat stok dalam condition ummi tidak menyusukan secara direct dan bergantung sepenuhnya dengan pumping...ok, let';s sharing ye...

1) Jam 6 pagi
Ummi akan mulakan jadual pumping ummi jam 6 pagi setiap hari sebelum ummi ke tempat kerja jam 6.30 pagi(ummi kena keluar awal sbb ummi duk di kedah tp keje di penang dan ummi ambil waktu anjal masuk pkl 7.30 pagi) ...so, kebiasaannya satu session pengepaman ummi akan dapat sekitar 8-9 oz (so, untuk menyenangkan biarlah ummi ambil yg sedikit iaitu 8 oz persession)..so, sepertimana yang ummi pernah tulis dlm entry sblm ini susu ibu akan bertahan sekitar 4-5 jam dalam suhu bilik...so, susu 8 oz ni adalah untuk anak ummi minum sblm suami ummi hantar anak ummi ke nursery jam 10.00 pagi...dan kebiasaannya tak habis punn...

2) Jam 10.00 pagi
Di opis, slps ummi ambil sarapan dan ummi makan alfalfa 2 biji bersama vitalea 1 biji, kmdn ummi bancuhkan segelas ESP...ummi akan start mengepam di opis dan untuk mempercepatkan waktu pengepaman ummi selesa menggunakan spectra 3 double pumping (so, ia akan ambil masa cuma 10-15 minit untuk ummi dapatkan 8 oz tu...so, 8 oz tu adalah untuk stok esok hari...

3) Jam 2.00 petang
Selepas ummi selesai solat zuhur dan ambil lunch, ummi ambil alfalfa 2 biji bersama b compleks dan kmdn ummi bancuhkan ESP segelas...so, seperti mana tadi ummi akan dapat 8 oz dan ummi simpan untuk jadikan stok esok hari...

4) Jam 6.00 petang
Oleh kerana ummi balik jam 4.30 petang (waktu anjal sbb ummi masuk 7.30 pagi)..so, ummi akan sampai rumah sekitar jam 5.30 petang...slps ummi solat asar, ummi akan mengepam sebelum ummi ambil anak ummi di nursery..so, perahan ummi kali ini ummi tidak simpan tetapi untuk anak ummi minum terus hingga jam 10.00 malam...

5) Jam 10.00 malam
Kebiasaannya anak ummi sudah lena dan kekenyangan...dan alhamdulillah berikutan susu ummi sgt pekat dan berkualiti dengan segala zat dan nutrisi yang penting, anak ummi akan mudah lena dan jarang meragam waktu malam...so, slps ummi ambil dinner jam 8.00 malam, ummi ambil alfalfa 2 biji bersama vitamin c, ostematrix dan zinc..kmdn ummi bancuhkan segelas ESP dan hasil pengepaman ummi sebanyak 8 oz tersebut...ummi bahagikan kpd 2 bhagian...4 oz untuk anak ummi minum dan 4 oz untuk di jadikan stok esok...sbb waktu malam anak ummi lbh banyak tidur so, 4 oz tu pun selalunya jarang habis...

6) Jam 2.00 pagi
Hmm..dahulu bila ummi nak bangun waktu ini, sgt la susah...maklum dah tidur dgn nyenyak kan...tapi sejak ummi amalkan pengambilan supplement alhamdulillah tiada masalah buat ummi ditambah kerana UMMI SETKAN DLM FIKIRAN UNTUK PASTIKAN JADUAL PENGEPAMAN UMMI KONSISTEN...dan sebelum tidur ummi bacakan ayat kursi dan berdoa semoga ummi terjaga pada waktu ini dan sesungguhnya ummi percaya doa seorang ibu yang ikhlas untuk menyusukan anaknya di angkat terus ke langit...setakat ini hampir 9 bulan berlalu ummi mampu terjaga pada waktu ini on the time...so, hasil perahan pada waktu ini juga ummi bahagikan 2 seperti tadi (4 oz untuk anak ummi minum dan 4 oz untuk stok)...

So, itulah jadual pengepaman ummi setiap hari...dan cuba kira k...Setiap hari ummi akan dapat sediakan stok susu fresh sebanyak :-
----------------------------------------------------------------
a) 10 pg - 8 oz

b) 2 ptg - 8 oz

c) 10 mlm - 4 oz

d) 2 pg - 4 oz

So, total is 24 oz
------------------------------------------------------------------
Dan, hingga kini setiap hari, anak ummi hanya minum 5 X 4 oz sahaja di nursery iaitu 20 oz...dan kebiasaannya berlebih kerana susu ummi sgt pekat dan bernutrisi serta cepat mengenyangkan...tambahan pula anak ummi telah mula makan makanan lain...so, balance susu yang tidak habis itu biasanya ummi suruh je nursery tu bg pada anak sulung ummi (tandem nursing)..

Dan setiap hari ummi dapat buat stok 4 oz...so, 4 oz X 7 hari = 28 oz seminggu...dan susu beku ini ummi akan rotate setiap hari isnin sahaja dan hari2 lain ummi lbh suka bg stok fresh sbb ianya lbh baikkan...so, kadang2 mana2 susu yang hampir 3 bulan (walaupun stok beku bertahan hingga 6 bulan), ummi akan berikan pada anak sulung ummi...so, alhamdulillah setakat ini ummi dapat susukan anak kecil ummi dan buat tandem nursing pada anak sulung ummi...

So, itulah antara jadual pumping ummi setiap hari dalam condition ummi adalah PUMPING MOTHER SEPENUHNYA...ummi harap sedikit sebanyak ia dpt membantu kalian yang mungkin memerlukannya...dan syukur ummi panjatkan pada allah kerana susu ummi masih mencukupi buat mereka malahan dengan pengamalan supplement yang tepat, ummi dapat menghasilkan susu yang berkualiti buat anak ummi...hasilnya alhamdulillah, anak kecil ummi baru sekali terkena demam dan flu (itupun sehari sahaja)...dan ummi yakin setiap usaha dan permohonan kita pada allah, insya allah akan di makbulkan kerana sifat allah itu MAHA PENYAYANG DAN PENGASIH...cuma setelah berusaha, janganlah kita segan2 merendahkan diri di hadapanNya untuk memohon...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

6 ulasan:

  1. Salam kak, saya tertarik baca blog ni since saya ada masalah yg sama (inverted nipple). Skrg baby baru nak masuk sebulan tp mmg saya dah mix dgn susu soya based.

    Baby dah langsung taknak BF. Skrg ni mmg pumping nk supply EBM tp bila malam je stok dah abis. Saya rasa nak try ikut jadual akak ni. Apa2pun nak kena start dengan power pumping ke? satu sesi power pumping tu nk kena ulang brp kali each 10min tu?

    BalasPadam
  2. Salam kak, saya salah sorg yg ade masalah inverted nipple. Skrg baby baru nak masuk sebulan dan dah mix dengan soy based FM, sbb baby ada problem nak latch masa breast bengkak (2-4 hari pertama). Skrg ni pun pump untuk supply EBM kasi baby since baby dah tolak BF. Sedih sangat. Tp risau sbb EBM just cukup untuk daily supply. Selalunya pagi-ptg boleh dpt EBM lagi, tp malam dah kena bg FM.

    Saya nak try ikut jadual akak ni. yg power pumping tu, satu sesi nk kena ulang bapa kali yang pump every 10 min tu?

    BalasPadam
  3. w'salam...boleh je kalau nak ikut jadual pumping akak ni...thanks sbb ikuti blog akak...mudah2an mendapat manfaat yang terbaik...actually, power pumping ni seberapa banyak kali yang kita rasakan perlu dan kebiasaannya akak buat dlm sekitar 5-6 kali dan untuk memudahkan akak simpan je kejap breastpump dlm peti ais (malas nak basuh sbb sekejap sgt nak guna semula)dan boleh guna semula sehingga power pumping tu selesai...

    BalasPadam
  4. akum kak, camana kalau nak buat stok simpanan sekiranya susu yg diperah semuanya untuk keperluan esok hari..boleh ker perah sbl dan selepas susukan bayi..maknanyer yg kite perah tu boleh la buat stok simpanan..

    BalasPadam
  5. salam..saya kurang jelas maksud power pumping tu..minx tlg akak terangkan..sy tgh pregnant lebih krg 29 mgu dan bercadang nk bf my baby exclusively..tp skrg tersangat risau takot2 masa baby dah lahir nnt susu xde pulak..tq

    BalasPadam
  6. salam.
    kak, saya nak tanya maksud tulisan akak 'PUMPING MOTHER SEPENUHNYA'? adakah akak hanya bg anak akak bottle feeding shj tanpa bg direct feeding? Jika benar ya, saya nak tanya bagaimana kuantiti susu akak? adakah semakin berkurang jika kita tak bagi direct feeding? sbb sekarang anak saya( 7 bulan) mmg bottle feeding sepenuhnya sbb sejak 2 bulan dah konpius puting. So, sekarang ni saya hanya pump susu dan masukkan dlm botol. A'dulillah setakat ni saya masih exclusively breastfeeding. Cuma apa yang saya perasaan kuantiti susu saya semakin berkurang sekitar 1-2 oz seiring dengan peningkatan usia anak saya. Saya semakin bimbang sbb perjalanan nak ke 2 tahun tue masih jauh lg...

    BalasPadam

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails