Salammm sayang semuaaa...i'm back...masya allah, lamanya ummi tak menulis di blog ummi ni...maaf ye...ummi sebenarnya terlalu kelam kabut sampai terlupa memberitahu...actually, ummi terpaksa menghadiri 2 kursus yang berturutan selama lebih dr seminggu...dan sebaik sahaja balik dr kursus ummi terpaksa entertain selambak kes2 yang dah menunggu dan sibuk pulak dengan meeting...aduhai...itu belum lagi jadi PM kan...hehehe...sungguhpun begitu, terima kasih buat abah tersayang (suami ummi) yang memberikan sokongan moral pada ummi...maklumlah, abah terpaksa menjaga 2 putri kesayangan ummi dan terpaksa pula menjadi bussiness partner sementara ummi bg memastikan trial pack dan pesanan2 shaklee dpt di hantar tepat pd masanya...so, terima kasih abah atas segala pengorbananmu..ummi takkan lupa hingga akhir hayat ummi...mujur lah ummi memang telah packing trial pack dan abah tinggal deliver ke poslaju...alhamdulillah..
Ummi juga ingin mohon maaf berikutan banyaknya email dan sms yg terpaksa delay...so, ummi akan jawap satu persatu secara perlahan2 ye...so, hari ini ummi ingin jawab dan tulis mengenai satu email yg ummi terima bertanyakan cara2 bagaimana untuk memilih breastpump...
Ummi ingin menekankan terlebih dahulu bahawa stimulate atau hisapan dr bayi adalah lebih baik dr breastpump...tetapi bg mereka yang gagal menyusukan anak secara direct feeding (seperti ummi) breastpump adalah sgt penting bg memastikan penyusuan susu ibu dpt di teruskan seperti biasa...Dan bagi ibu yang bekerjaya, breastpump merupakan sesuatu yang sangat penting. Ini untuk memastikan agar susu dapat di hasilkan walaupun semasa bayi berjauhan dan memastikan masa yang di ambil untuk satu2 sessi pengepaman mengambil masa yang singkat dan tidak mengganggu waktu bekerja.
Pemilihan breastpump yang salah juga mungkin menjadi salah satu faktor penyumbang kepada kegagalan penyusuan. Walaupun harga satu2 breastpump bukanlah pengukur atau faktor utama bg memastikan ianya membantu breastfeeding, tetapi kebanyakan pakar laktasi memberikan saranan dan penekanan kepada penggunaan pam elektrik berbanding pam manual kerana kebanyakan pam elektrik mempunyai cara yang hampir menyerupai cara hisapan bayi. Faktor inilah yang sedikit sebanyak membezakan pam elektrik dan juga manual selain ianya kurang memenatkan dan mengurangkan tempoh pengepaman...
Oleh itu, dalam memilih breastpump kalian harus titik berat beberapa perkara berikut :-
a) KeselesaanKebiasaannya, breastpump elektrik dan mempunyai ciri - ciri auto-cycle adalah lebih selesa untuk digunakan. Pam yang mempunyai ciri ini memerlukan anda mengawal tahap sedutan dengan menekan butang khas. Jika perlu, bagi memastikan anda benar2 selesa dengan pam anda, carilah pam yang memberi anda pilihan untuk menukar saiz corong sekiranya ia terlalu besar atau kecil (saiz b seseorang kan tak sama)...Dan kebiasaannya, breastpump elektrik biasanya mempunyai pelbagai aksesori tambahan untuk kemudahan si ibu dan memastikan si ibu benar2 selesa dengan penggunaan breastpump tersebut.
b) KeberkesananPilhan yang paling tepat ialah pam yang lebih menyerupai cara hisapan bayi iaitu sekurang - kurangnya 25 hisapan dalam seminit. Pam yang baik dan berkesan dapat mengeluarkan susu dengan baik, seterusnya merangsang pengeluaran susu. Pam yang mempunyai auto cycle terbukti lebih berkesan berbanding pam yang memerlukan penggunanya menekan sebarang punat atau butang untuk melepaskan hisapan. Kekuatan hisapan juga penting. Jika terlalu perlahan, ianya tidak berkesan. Jika terlalu kuat pula, boleh menyakitkan dan mencederakan payudara. Jadi, pilih lah pam yang kekuatan hisapannya menyerupai hisapan bayi iaitu sekurang - kurangnya 200-240mmHg. Fakta ini biasanya boleh di perolehi daripada pembekal yang menjual pam. Jadi, anda di sarankan membuat lebih banyak kajian supaya dapat memahami dan membuat perbandingan ciri - ciri yang sesuai.(Nota: Sekarang ada breastpump yang boleh dicuba terlebih dahulu sebelum membelinya)...
c) Cara mengepamAntara pilihan pam elektrik yang sedia ada di pasaran berkemampuan untuk mengepam dengan cara yang berikut :-
1) Sebelah sahajaPam ini hanya mampu mengepam sebelah payudara sahaja dalam satu - satu masa. Tempoh mengepam juga akan menjadi lebih lama dan ransangannya tidak sebaik pam yang boleh mengepam kedua - dua belah payudara serentak. Walaubagaimanapun, ianya sesuai bg mereka yang menggunakannya secara sambilan dan menyusukan anak secara direct feeding di sebelah malam.
2) Kedua - dua belah(double pumping)Menurut kajian, pam yang berupaya mengepam kedua - dua belah payudara pada waktu yang sama terbukti lebih berkesan bagi tujuan merangsang penghasilan hormon prolaktin. Ia dapat memastikan bekalan susu yang berkekalan untuk jangka masa yang panjang. Ia amat di syorkan bagi ibu- ibu yang bekerjaya yang sibuk dan kesuntukan masa untuk mengepam kerana ia dapat menjimatkan tempoh mengepam.
d) Ketahanan PamPastikan pam yang dipilih boleh bertahan lama kerana ia perlu di anggap sebagai suatu pelaburan jangka panjang. Pilih lah pam yang bersesuaian dengan kekerapan penggunaan pam itu kelak. Ciri ini sangat penting terutamanya untuk pam elektrik kerana anda perlu mengambil kira ketahanan motornya. Jangan pilih pam mengikut pendapat teman kerana keperluan anda mungkin tidak sama dengannya. Pastikan anda mudah mendapat alat gantian jika perlu menggantikan mana - mana bahagian pam yang rosak. Ini penting jika nada tidak mahu mengeluarkan belanja berlebihan kerana terpaksa membeli pam yang baru semata - mata ada bahagian yang rosak.
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....
Buat putri - putri kesayanganku....
Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...
Sahabat2 kesayangan ummi
Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..
Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...
Montage Group Intifada
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan