Salam...syukur alhamdulillah kerana ummi dpt bertemu semula dengan semua yang sudi membaca blog ummi ini...Ummi sentiasa berdoa dan berharap semoga setiap apa yang kita kongsikan bersama akan mendapat manfaat jua...
Actually entry kali ini ummi tuliskan berikutan ada seorang adik yg lbh mesra ummi panggil nurul bertanyakan bagaimana ummi dpt menghasilkan susu sebanyak 12 oz dalam satu sessi pengepaman...mustahil di dengar kan tetapi hakikatnya ummi sendiri yang melaluinya jd ummi rasa tak salah untuk ummi berkongsi tips2 yang mungkin berguna buat semua...
Sejujurnya sebelum ummi diketemukan dengan shaklee, penghasilan susu ummi hanya biasa sahaja sekitar 6-7 oz dalam satu sessi perahan...(alhamdulillah)...dan setelah seminggu ummi amalkan set b, syukur alhamdulillah secara perlahan2 ummi dapati susu perahan ummi bertambah 1 oz lagi iaitu 8 oz...tidak lama kemudian, ummi di datangi period dan serta merta susu ummi terus drop ke 4 oz bg satu sessi pengepaman...aduhai, memang ummi bimbang sgt2 dan syukur ada teman2 shaklee ummi yang memberikan semangat (N, thanks...)...ummi order pula esp untuk merangsang lg penghasilan susu ummi dan bg pengambilan ESP kali pertama itulah susu ummi bertambah sebanyak 12 oz!!!!subhanallah...terkejut sungguh ummi...so, base pd pengalaman yg ummi lalui ini ummi gariskan secara tepat apa sebenarnya yang menyebabkan susu ummi menjadi 12 oz persession pengepaman :-
7 PERKARA YANG HARUS ADA DLM DIRI SEORANG IBU YANG MENYUSUKAN ANAK :-
1) Minda yang positif (Maksud ummi, minda atau otak kita sebenarnya mengawal segala tubuh badan kita...so, base pengalaman ummi, apabila minda kita positif bahawa susu mampu di hasilkan pada kadar yang kita ingini maka itulah yg akan terhasil...dan yg paling penting jgn panik dan cepat mendengar kata2 org..kerana hakikatnya kita yang lebih tahu tentang diri kita)...
2) Sessi pengepaman dan direct feed yang teratur...ini penting kerana susu yang di hasilkan oleh badan kita adalah berkonsepkan "On Demand"...maksudnya selagi ada permintaan (breast di kosongkan pd masanya) selagi itulah susu akan di hasilkan...so, bgmana sekiranya ummi gagal mengikut jadual pengepaman ummi...ummi akan pastikan ummi buat power pumping untuk memastikan susu ummi terhasil seperti mana biasa semula...DAN UMMI TANAMKAN DLM FIKIRAN UMMI...jika aku malas mengepam, maka perlahan2 susu akan kering sedangkan target 2 tahun itu masih jauh lg....so, apabila rasa malas itu datang, minda positif ummi akan cepat2 memberikan arahan bahawa jika ummi tidak mengepam , maka susu akan berkurangan....
3) Ummi cuba memastikan diri sentiasa dlm keadaan "Mood Happy"...(sebenarnya sgt susah bg kerjaya ummi ini...stress, stress)...so, ini penting ye bg memastikan susu akan lancar di hasilkan...tak percaya cuba pam masa tgh stress...confirm susu susah nak keluar...so, bg mempositifkan dan menghasilkan mood LEGA ATAU HAPPY, ummi memang bawa satu botol bedak yg mempunyai bau sama dengan baby ummi ke pejabat...so, bau ini sgt2 membuatkan ummi tenang walau se stress mana pun ummi...(di samping pengambilan B Compleks sebagai pemakanan tambahan)...
4) Makan makanan yg berkhasiat dan teratur...ini penting ye sbb makanan yg teratur dan seimbang membantu badan kita lbh bersedia untuk menghasilkan susu yg banyak dan berkualiti...dan sekiranya kita tidak yakin dengan pengambilan makanan yg baik dan teratur, pastikan anda mengambil multivitamin untuk memenuhi semua kehendak makanan....(that's why ummi makan vitalea sbb ummi selalu makan tak teratur)...
5) Tambahkan protein dalam menu harian anda kerana protein sgt penting dalam penghasilan susu yg banyak...dan kerana itu ummi mengamalkan Energizing Soy Protein bg memenuhi kadar protein yg tinggi dalam memastikan susu terhasil lbh pekat, mengenyangkan dan banyak...
6) Minum air yang banyak sekurang2nya 3 liter sehari...ini sgt penting kerana salah satu yang menghasilkan susu itu sendiri adalah air...so, kalau kita kurang minum maka kurang lah susu yg di hasilkan...ini bertambah penting sekiranya pengamalan supplement turut ada dlm diet harian si ibu...contohnya mcm ummi..kerana ummi amalkan supplement, memang ummi wajib minum lebih dr 3 liter bg memastikan suplement yg ummi makan mudah larut dan di faedahnya di hasilkan melalui air susu...cara ummi pastikan ummi minum air lbh 3 liter...ummi akan isikan 2 botol air 1.5 liter siap2...dan pastikan air tersebut habis dlm sehari...(mesti habis punya...kadang2 tak cukup lg)...
7) Amalkan zikir Ya Matin sebanyak yg mungkin hingga meresap dalam hati dan sujud lah memohon kepada allah setelah semua usaha kita lakukan...harus di ingat bahawa hanya Dia yang mampu memberikan apa yg kita ingini dan jgn sesekali menyalahkan Allah jika permohonan kita tidak dipenuhi kerana setiap sesuatu yg berlaku itu pastikan ada sebab dan hikmahnya yang tersendiri...
So, inilah yang ummi amalkan hingga kini dan 12 oz itu bukanlah satu mimpi bagi kalian yg bersungguh2 berusaha ke arah itu...tetapi ummi harus tekankan...jgn lah kita hanya MENGEJAR KUANTITI SEMATA2 KERANA APA YG SEHARUSNYA KITA CAPAI ATAU KEJAR ADALAH 'KUALITI' SUSU ITU SENDIRI...apalah gunanya susu yang banyak tetapi segala zat dan nutrien yang sepatutnya ada dlm susu itu berkurangan hanya kerana kita mengabaikan 7 perkara di atas...dan kerana itu, untuk memastikan susu yang ummi hasilkan benar2 berkualiti, ummi memilih mengambil set b dan esp...kerana ummi sentiasa sedar susu yg terhasil adalah untuk di nikmati oleh anak ummi jua...Ingat selalu ye...apa yg kita makan itu, akan di salurkan melalui susu kita...so, adakah anda ingin susu anda banyak sahaja atau anda ingin susu yg anak anda minum berkualiti...tepuk dada tanyalah diri sendiri...
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....
Buat putri - putri kesayanganku....
Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...
Sahabat2 kesayangan ummi
Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..
Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...
Montage Group Intifada
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Perkongsian yg bagus. Thanks Ummi
BalasPadamAlhamdulillah bertambah semangat nak jadi fully bf mcm ummi.
BalasPadam