Salam...setelah beberapa hari tidak bersua di alam maya, alhamdulillah hari ini ummi di beri peluang untuk menulis di blog ini....memang adakalanya ummi tiada masa atau keletihan berikutan kerjaya ummi yang agak sibuk tambahan pula dengan kerenah anak2 yang memerlukan perhatian ummi...so, memang ummi adakalanya tidak dpt nak berkongsi dengan kalian setiap hari seperti teman2 ummi yang lain yg aktif menulis setiap hari seperti N, Along Azrinna, Cery dan lain2....mudah2an dengan perkongsian yang sedikit ini akan mendapat manfaat bersama yeee....
So, entry yang ummi nak tulis hari ini rentetan dari pertanyaan sahabat ummi yang baru sahaja melahirkan anak sulungnya secara czer...baginya, pengalaman kali pertama di czer agak mengerikan tambahan pula bimbang dan risau tentang breastfeeding kerana takut terkena tmpt czer...dahulu, ummi juga beranggapan begitu, tetapi setelah melalui 2 kali pengalaman yg sama, so, ummi boleh buat kesimpulan bahawa pengetahuan dan maklumat yang berkaitan harus di ketahui bagi ibu yg melalui kaedah czer ketika melahirkan...
Memang tidak di nafikan, ibu yang melalui bius sepenuhnya semasa czer atau general anesthesia mengambil masa untuk sedar dan pulih sepenuhnya dan ini berlainan dengan ibu yang melalui bius separuh badan atau epidural/spinal yang boleh terus memangku atau menyusukan anak seakan2 mereka yang melahirkan secara normal (cuma bila ubat bius habisss...perghhh...sakit beb!)...atau kalian juga boleh minta bantuan kepada siapa yg menjaga kalian atau jururawat yang bertugas...
So, berikut adalah beberapa posisi yang di cadangkan bagi mereka yang berhasrat menyusukan anak selepas menjalani czer...
a) Perkara paling utama, pastikan kedudukan anda selesa terlebih dahulu sebelum penyusuan di mulakan...dan elakkan sebarang bebanan yg berat pada bahagian perut anda (sakit nanti, hati2 k)...
b) Naikkan katil hingga anda mampu duduk secara selesa atau duduk menggunakan kerusi yang lebar dan selesa...kebanyakkan ibu yang baru sahaja menjalani czer biasanya amat selesa dengan posisi memegang bayi secara mendakapnya ke tubuh kita...
c) Untuk lebih selesa, letakkan bantal di bahagian sisi yang anda ingin susukan bayi anda itu bagi menyokong lengan yang memangku anak anda tersebut....
d) Pegang bayi dengan kedudukan rendah menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, letakkan tapak tangan anda di belakang telinga bayi dan sokong bahagian belakang badan bayi sementara lengan anda menyokong badan bayi sepenuhnya. Sementara siku anda mendakap punggung bayi ke sisi anda...
e) Cari posisi yang selesa di mana wajah bayi menghadap terus ke payudara anda dimana kedudukan hidungnya sebaris dengan puting payudara anda. Kedudukan bayi hendaklah lurus di mana bahu, telinga dan punggung tegak ke hadapan. Sokong payudara dengan tangan yang satu lagi di mana empat jari berada di bawah payudara dan ibu jari berada di atas. Pastikan kawasan aerola(keliling puting yang bewarna hitam kecoklatan) tidak tertutup semasa bayi sedang menyusukan kerana mulut bayi seharusnya berada di aerola dan bukannya hanya menghisap puting semata2 kerana lama kelamaan ia akan menyebabkan kesakitan di bahagian puting...
f) Pegang bayi seperti posisi menyambut bola... cuba bawa bayi ke sisi dada, so jika anda memegang bayi dengan tangan kanan, anda boleh lah menyusukan bayi dengan payudara sebelah kiri. Tangan kiri hendaklah menyokong payudara sebelah kiri dengan empat jari menghala ke bawah lengan.
Amaran : Tidak di galakkan ibu2 yang menjalani czer untuk menyusukan anak secara mengiring kerana kebiasaannya tempat czer masih belum sembuh sepenuhnya dan ini akan mendatangkan rasa sakit dan menyebabkan rasa kurang selesa...Jadi sebelum mencuba satu2 posisi pastikan badan anda tidak sakit dan selesa....
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
Buat putri - putri kesayanganku....
Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...
Sahabat2 kesayangan ummi
Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..
Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...
Montage Group Intifada
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ummi..mmg ummi tu jarang menulis..tapi bile ummi share kat blog ni..memang besttt..cery suke baca..ada yg cery copy dan cery share kat blog.. thanks yer for sharing and writing....
BalasPadamsalam,
BalasPadamsalam perkenalan dr geng m.com hehehe
good info here dear hehehe