Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Sabtu, 1 Januari 2011

Sabar, yakin dan berserah kepada Nya...

Salam...syukur alhamdulillah Allah terus memberikan peluang untuk ummi dan keluarga terus di berikan kenikmatan untuk meneruskan hidup di Tahun 2011...masya allah, sekejap sungguh masa berlalu...pejam celik pejam celik kejap je dah masuk 35 tahun umur ummi tahun ni...huhuhu...5 tahun lg nak masuk 40 an....aduh..terasa tuanya diri...SELAMAT TAHUN BARU ye 
kawan2...semoga kehidupan kita akan bertambah baik pada tahun ini...


SABAR, YAKIN DAN BERSERAH KEPADA-NYA....kenapa agaknya ummi menulis tajuk ini agaknya...actually, ini adalah motto bagi sesiapa sahaja yang consume supplement shaklee...ummi menerima macam2 reaksi baik positif, cepat dan sebaliknya...dan syukur lah semua pengguna2 shaklee ini 'penyabar' orangnya...mudah2an ummi dapat membantu kalian...

Mengapa ummi katakan Sabar, Yakin dan Berserah kepadaNya itu penting...kita harus ingat Allah menciptakan setiap manusia di bumi ini berlainan...(even kembar pun tak sama tau)...so, reaksi atau tindak balas supplement juga berlainan antara satu orang dengan yang lain...jgn kita samakan pengalaman org lain dengan kita kerana mungkin reaksi badannya cepat tetapi kita pula sedikit lambat...So, SABAR adalah kata kunci segalanya....jgn apabila kita consume 2 atau 3 hari tetapi kesannya kurang maka kita stop pula...harus ummi ingatkan ye...supplement ni bukannya ubat...kesannya agak lembut pada badan kerana ianya bersifat semulajadi berbnding dengan ubat2an yang mengandungi chemical dan memberikan kesan sampingan tetapi bersifat keras dan menyebabkan kesannya lebih cepat...so, wahai kawan2 sekelian, sabar ye dlm consume supplement...insya allah ummi yakin jika sabar menjadi penghias diri kita, hasilnya akan kita perolehi juga...


Yakin???Ummi ingin minta supaya kalian menanamkan rasa yakin dengan sesuatu yang kalian cuba...mengapa ummi katakan demikian...cuba kalian bayangkan ye...jika kalian teragak2 atau tidak yakin dengan sesuatu yang kalian buat, ummi percaya hasilnya none atau separuh drpd target yg diingini....ummi masih ingat...semasa ummi mula2 belajar bawa kereta dahulu...memang kelakar sebab setiap kali kereta ummi pandu bertembung dengan kereta lain, pasti ummi akan mengelak ke tepi...dan kadang2 sampai mencecah ke rumput...abah ummi pesan...kalau bawa kereta harus yakin...kalau TAK YAKIN memang sampai bila pun jwbnya bawa kereta 30km sejam...lepas tu jalan clear pun, ikut je belakang kereta atau lori lain sampai la bila2...(hmm jawabnya kalau ummi bawa kereta mcm ni, mau nya punch card ummi merah laaa)..So, percayalah SABAR DAN KEYAKINAN harus ada jika kalian ingin consume dengan supplement shaklee ni...


Dan...yang paling utama, setelah kalian BERSABAR dan BERKEYAKINAN, Allah jangan sekali2 di lupakan kerana segala supplement2 ini hanyalah usaha, tetapi hakikatnya jika Allah tak izinkan...tak jadi jugakkan...so, jgn segan2 mohon lah pada Yang Maha Esa..mudah2an segala usaha kita akan di kabulkan tuhan...


Actually, ummi tertarik sungguh dengan satu kisah atau testimonial dr seorang pesakit SLE (Ummi tak sure maksud SLE ni apa tp ianya mcm satu penyakit misteri)...Penyakit SLE ini jarang2 orang ada...dan normally tisu badannya akan menyerang sistem imunisasi atau ketahanan badan pesakit itu sendiri...dan untuk makluman kalian, pesakit SLE tidak boleh mengambil alfalfa untuk boostkan susu badan...bayangkan...jadi saya tertarik untuk memasukkan kisah ini sebagai penguat kepada kalian yang tidak menderita penyakit ini...bayangkan jika beliau yg mempunyai penyakit SLE pun mampu berusaha dan meneruskan pengambilan supplement shaklee walaupun tidak boleh consume alfalfa, tentu kalian yg normal lebih2 lagi mampu...(Kisah ini ummi ceduk dr blog Cery..kredit to Cery)...
---------------------------------------------------------------------------------
"....Saya adalah pesakit SLE. Symptom SLE menyerang semula 2 minggu selepas saya melahirkan anak sulung saya, Faheem. Dosage intake steroid saya telah dinaikkan dari 10mg/sehari kepada 50mg/sehari. Kesan pengambilan steroid bukan sahaja dirasai oleh saya malah turut menjejaskan baby Faheem, Atas nasihat dari Paed, saya diminta agar mengurangkan penyusuan badan, dalam erti kata lain, mula memberi formula milk kepada baby Faheem.

Hanya Allah yang tahu, bagaimana sedihnya saya tatkala mendegar kata-kata Paed, tapi saya tak bolehla selfishkan? Jika susu badan saya memudaratkan baby Faheem… Maka, saya akur dengan saranan Paed dan Alhamdulillah baby Faheem kembali pulih. Akibat dari itu, susu badan saya semakin berkurangan. Apabila mula berkerja, saya pump susu untuk membuat stock baby Faheem. Tapi alahai sedihnya apabila setiap kali pump, 1/2 –1 oz saje yg saya dapat. Macam2 petua saya dah cube, bila di makan/minum bertambah susu tapi bila berhenti, susu berkurang.
Alhamdulillah Allah pertemukan saya dengan 2 insan yang istimewa, kedua2nya rakan sepejabat saya (Seorang LC, Seorang Independent Distributor Shaklee). Byk ilmu yg saya peroleh dari mereka. Tips2 dlm persediaan untuk breastfeeding. Cara yang betul untuk pump susu dan pelbagai lagi… Tapi yang paling berharga bagi saya...apabila diintroduce oleh K.Cery dgn Set B Trial Pack Shaklee. Mula2 mmg rasa mcm x percaya, tapi Allah gerakkan hati saya untuk mecuba. Dalam case sy ni special sikit, saya x ble consume Alfalfa kerana pesakit SLE tidak digalakkan mengambilnya, jadi saya tukarkan dengan OsteMatrix. K Cery juge, suggest utk sy ambil ESP bg bantu produktiviti susu disamping meningkatkan energy (yelah keje as jurutera ni, mmg perlu super duper extra energy).
Alhamdulillah, saya amat berpuas hati. Minggu pertama selepas consume Trial pack+ESP, susu utk baby Faheem makin pekat, masa baby Faheem menyusu pun makin singkat (Bila susu pekat, baby kita cepat kenyang). Hari demi hari, berkat istiqamah dlm memastikan sy pump 3/4 kali di office + 1/2 kali dirumah malam hari dan juge berterusan consume trial pack Shaklee+ESP, production susu sy semakin meningkat...dari 1oz, 5 oz, 8 oz dan siapa sangka sy berjaya pump sehingga 17-20 oz sehari. Alhamdulillah. …syukur kepada Allah s.w.t..Kerana berpuas hati, saya continue ambil Full Pack, membeli Full Pack Shaklee adalah tindakan yang bijak selain mendapat hasil yang positif, ia lebih menjimatkan kerana dijual pada harga Distributor(15% Less) dan boleh di ambil untuk tempoh 4-6 bulan. Sehingga kini, saya masih lagi mengambil supplemen Shaklee kerana saya yakin dengan anugerah dan kelebihan yang Allah berikan kepada Shaklee product akan merubah tahap kesihatan saya menjadi lebih baik. InsyaAllah.
-------------------------------------------------------------------------------
Subhanallah, terus terang ummi sgt2 tabik spring pada beliau...so, kalau beliau mampu, kalian apatah lagi kannn...apa yg penting seperti ummi kata tadi, Bersabar, Yakin dan Berdoa lah kepada Yang Maha Esa..Insya allah, ummi yakin kalian juga akan memperolehi hasil yg memberangsangkan seperti mana yang kalian ingini...Sesungguhnya Allah tidak akan mensia - siakan Doa hambaNya yang memohon dengan hati yang tulus dan bersungguh2...
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

1 ulasan:

  1. salam...sharing is caring.. sya petik ceritanya dari sini http://fw-shaklee2u.blogspot.com/

    BalasPadam

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails