Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Rabu, 11 April 2012

Benarkah ibu yang menyusukan anak hanya dengan kaedah PUMPING sahaja, susu yang di hasilkan akan cepat kering?????

Salam sayang semua...selamat bercuti ye...agak lama ummi tidak menulis tentang penyusuan dalam blog ini...ramai pula yang menghantar email kepada ummi dengan isu yang agak sama...(tak sangka pulak ramai jugak EP MOM di luar sana)... persoalan yang kerap kali di tanyakan ialah :-

Benarkah ibu yang menyusukan anak hanya dengan cara mengepam sahaja (EP MOM). susunya akan cepat kering???

Rata - rata EP MOM adalah sebenarnya juga berasal dr seorang ibu yang menyusukan anak secara direct feeding...Tetapi atas beberapa faktor, si ibu dengan berat hati terpaksa berpindah kepada kaedah kedua iaitu menjadi seorang EP MOM...ummi percaya, jika di beri pilihan, tiada seorang ibupun mahu menggunakan kaedah ini untuk meneruskan aktiviti penyusuannya...

Apabila ummi menghalusi dan mencari punca mengapa ramai ep mom yang berhenti di sekerat jalan, ini antara sebab2 yang ummi perolehi :-

a) Kata2 'Negatif' dari orang terdekat (suami, ahli keluarga dan sahabat2), bahawa seorang ep mom tidak akan berjaya seperti ibu yang menyusukan anak secara df (diect feeding)...
b) Tiada satu group khusus yang menyokong ep mom2 ini sebagai galakan utk memotivsikan diri mereka (patut ke ummi buka satu group dlm fb utk ep mom??)
c) Kekurangan ilmu ttg cara2 maintain milk supply...
d) Sgt2 bimbang susu yang di hasilkan tidak mencukupi...

Ini antara sebab2 besar yang ummi lihat rata2 sentiasa menghantui seorang ep mom...tetapi, malangnya di Malaysia tiada satu group atau badan support yang membantu golongan seperti ini utk meneruskan aktiviti pemberian susu ibu melalui kaedah pumping dan akhirnya si ibu GIVE UP!!!Sayangnya...

Sungguhpun begitu, ummi tidak langsung menafikan bahawa DIRECT FEEDING adalah cara terbaik yang harus di amalkan...

Berbalik kepada persoalan di atas, benarkah susu akan cepat kering jika anda seorang EP MOM???

Ummi berani katakan TIDAK...kerana ia tetap bergantung kepada kekerapan pengosongan payudara yang SERINGKALI di tekankan tidak kira kepada DF atau EP MOM...

Ummi seringkali tekankan kepada semua ibu2 bf di luar, kosongkan payudara secara berjadual...ini akan memastikan otak menerima signal untuk terus menghasilkan susu pd tahap maksima...Apakah benar signal ini wujud???Untuk makluman semua ibu2 di luar sana...signal yg sering ummi katakan ini sebenarnya di panggil HORMON FEEDBACK INHIBITOR...hormon inilah yang berfungsi secara khusus dan tetap dalam menghantar signal ke memory glands utk tindak balas penghasilan susu...Dan hormon ini sgt efisien dlm tugasnya ini sehingga ia tidak dpt membezakan sbb2 ibu yg tidak mengepam pada waktunya kerana kerja yg banyak, malas atau nak rest dsbnya...yang di ketahuinya, jika aktiviti pengosongan payudara bekurangan, maka susu akan mula berkurangan utk di hasilkan...

So, sedikit tips dr ummi (kerana ummi jg bukan perfect, adakalanya tetap terskip jadual pam ummi seharian)...Jika kalian tidak dapat elakkan utk terskip jadual pam kalian pastikan :-

1) Zon positif atau zon selesa di cari - cara paling mudah, ummi akan taburkan bedak debu yang sering di pakai oleh anak ummi (bau yg sgt sinonim dgn baby ummi) kerana ianya sgt2 cepat menurunkan stress ummi...-jika anak tidak bersama..

2) Berwudhuk (period pun also can) sbb bila berwudhuk kita akan berada pada zon sgt2 selesa (biasanya utk menghadap ilahi utk solat dan sbgnya)...

3) Tarik nafas dan hembus perlahan2 supaya kita lbh relaks.

4) Bila benar2 bersedia, mulakan power pumping sebagai gantian sessi yang kita tertinggal tadi...

Bagi ummi, power pumping adalah antara ubat paling mujarab utk meningkatkan semula penghasilan susu...(selain df)...tiada kejayaan yg mudah di capai tetapi percayalah ada seribu jalan keluar utk menggapai kejayaaan dan pokok utamanya kemahuan dan keazaman...

Ummi yakin anda boleh kerana TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN JUGA MAMPU MENGGONCANG DUNIA dannn DI SEBALIK SESEBUAH KEJAYAAN, DI BELAKANGNYA ADALAH SEORANG WANITA...

HAPPY BREASTFEEDING TO ALL MOM'SSS...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

5 ulasan:

  1. Kak nadiah,

    I mohon share ni kat blog saya boleh tak?
    Untuk kawan2 yang EP mum...

    Ucapan byk2 terima kasih didahului...
    Julie (geng dari Jutawan)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Julie...silakan dik...jemput share sebagai panduan semua...:-)

      Padam
  2. salam kak..
    boleh jugak kalo akak nak bukak group khas utk EP mom ni..barula semangt ibu2 yg ada masalah df..

    BalasPadam
  3. Saya juga sedang dalam proses relactation.. usia bayi saya 3 bulan.. susu saya dah kering.. setitik pun x keluar.. sbb ank sy langsung xnk df.. dalam face book ada satu group ep mom.. semangat saya pulih balik dan saya berusaha untuk menyusukan balik bayi saya dengan gelaran ep mom.. hampir swminggu berusaha, susu saya sudah mula menitik setitik dua.. jumpa pulak dgn blog akak ni, semakin saya bersemangat utk teruskan usaha saya utk jd ep mom..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum. Sy mencari group EP mom utk sy join. Ada ke?

    BalasPadam

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails