Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Sabtu, 14 April 2012

Let Down Refleks????Anda tahu???

Salam sayang semua...Selamat berhujung minggu...Hari ini ummi ingin menulis tentang Let down refleks atau kelazimannya orang menyebut sebagai LDR...Jika anda merupakan seorang ibu yang menyusukan anak, adakah anda tahu apakah dia LDR atau LET DOWN REFLEKS???


Sebenarnya, Let Down Refleks ini berlaku ke atas semua ibu yang menyusukan anak..ianya adalah satu proses normal dalam aktiviti penyusuan..Sesetengah ibu merasakan apabila LDR berlaku, susu akan keluar dengan deras dan laju tetapi ada juga sesetengah ibu yang tidak merasa sedemikian...


Rasa LDR ini berbeza2 antara satu ibu dengan ibu yang lain...Kebanyakan ibu merasa seperti berdenyut2 atau sedikit mencucuk2 seperti jarum di tusuk dan ada yang merasa sedikit kesakitan malahan ada juga sesetengah ibu yang tidak menyedarinya pun ...LDR biasanya kerap terjadi di awal2 kelahiran di mana badan kita mula menyesuaikan diri untuk persiapan dalam mengeluarkan lebih banyak susu dan pada masa ini sepatutnya bayi mula akan minum dengan lbh banyak secara berperingkat untuk menyeimbangkan pengeluaran susu tersebut.

Kebiasaannya, LDR ini berlaku semasa penyusuan berlangsung, tetapi ada juga LDR yang berlaku sebelum proses penyusuan..Ini berlaku apabila sesetengah ibu mendengar tangisan bayinya atau teringatkan bayi, semasa inilah susu akan mula keluar walaupun aktiviti penyusuan belum berlaku.
 
 Untuk memudahkan pemahaman, berikut ummi copy paste gambar tentang bgmana let down refleks terjadi...


Gambar ihsan : Breastfeeding-problems.com


Kebiasaannya kita dapat mengesan apabila LDR berlaku dengan melihat bayi anda seperti lemas, tersedak2 atau seperti tercekik...malahan ada sesetengah bayi akan cuba melepaskan hisapan kerana susu yang terhasil beraliran agak laju...


Jika keadaan ini berlaku semasa anda sedang menyusukan bayi anda, anda boleh mencuba beberapa kaedah ini :-


a) Lepaskan secara perlahan2 lekapan bayi anda dan keluarkan sedikit susu yang beraliran laju tersebut ke dalam cawan, botol atau apa2 bekas bersih...apabila aliran susu anda normal kembali, susukan semula anak anda seperti biasa...(mungkin jika anda jenis 'oversupply' teknik ini harus di lakukan berulang2 kali)...


b) Cuba pastikan nipple anda berada di bahagian atas (roof) mulut bayi anda kerana jika nipple berada di bhgn back of his throat, bayi anda akan terasa seperti tercekik...


c) Gunakan kedah Lie Down iaitu anda baring dan anak di letakkan di atas badan anda sambil menyusu supaya sekiranya ada susu berlebihan, ianya dapat di keluarkan dari mulut bayi dan tidak menyebabkan bayi tercekik...Lihat gambar ini...


d) Pastikan bayi anda di 'burp' kan kerana manalah tahu sekiranya terdapat ruang2 udara yang memasuki perut anak anda, ia dapat di keluarkan...Manalah tahu perutnya akan merasa tidak selesa dan bayi akan menangis dan pada masa itu, anda menyangka bahawa bayi anda tidak cukup susu!!!


Secara ringkasnya, inilah penerangan ringkas mengenai LDR yang anda perlu tahu jika anda menyusukan anak..mungkin masih ada yg belum lengkap dan tepat tetapi sekurang2nya kalian tahu bahawa salah satu proses penyusuan adalah Let Down Refleks...


Bagi EP MOM seperti ummi, memang LDR adalah perkara yang sangat ummi ingini kerana apabila LDR berlaku semasa proses pengepaman, susu bukan hanya akan keluar deras, malahan memancut2...hehehe...dan kebiasaannya, hasil perahan akan lbh banyak dr biasa...


Oh ya, jika anda suka LDR berlaku setiap kali anda menyusukan bayi anda atau anda sedang mengepam, ini ada sedikit tips yang ummi selalu lakukan utk merangsang LDR berlaku :-


i) Relaks dan fokuskan minda anda pada anak anda.
ii) Perhatikan gambar anak anda (bawa gambar anak ke ofis) atau rakam guna handphone pun boleh
iii) Bawa 'bau' anak anda bersama (cth bedak yang anak anda selalu pakai)- u can feel it
iv) Rakam suara anak anda (menangis, tertawa dsbnya)
vi) Gentle nipple(breast massage) secara perlahan2
vii) Letakkan tuala suam di bahagian breast utk lancarkan pengeluaran susu
viii) Jika mampu, mandi dengan hot shower 


So, HAPPY BREASTFEEDING...cubalah tips2 di atas...u will feel it and like it...hehehe...mudah2an susu akan bertambah...dan make sure susu di kosongkan sehingga breast ringan supaya susu hindmilk (pekat) dapat di keluarkan bersama...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails