Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Rabu, 9 Mei 2012

Apa nak buat bila susu drop/down/merudum???

Salam sayang semua...lamanya ummi tak menulis di blog...kekangan masa dan keletihan dengan kerja yg semakin menimbun2 (alasan lagi...)uishh..maaf ye..lama betul tak share ilmu atau pengalaman dengan kalian...


So, hari ni, ummi nak share antara persoalan yang kerap di email ke email ummi...ummi tahu, ramai ibu2 yang menyusukan anak sangat risau jika keadaan ini berlaku...yup, BAGAIMANA NAK BUAT KALAU SUSU MULA MERUDUM/DROP???Dan bagaimana cara ummi menanganinya???Jom share...


Pertama sekali, ummi selalu ingatkan diri, susu akan mula drop adalah atas sebab2 tertentu...Ia takkan turun naik tanpa sebab (melainkan Allah menghendakinya)...So, ini yang akan ummi buat sekiranya susu mula merudum..Let's check it...

B Compleks
1) Mood stabil atau tidak ==> make sure stabil , lg bagus happy...(saranan: dgr alunan ayat2 quran dll)
==>Yang ummi buat =kalau mood ummi memang ke laut, kebiasaannya ummi akan gandakan pengambilan B Compleks dari sebiji ke dua biji kerana b compleks adalah vitamin larut air dan ia akan di buang melalui sistem perkumuhan.. 

2) Pam yg di gunakan ada kerosakan atau tak==>Maybe time to servis (saranan : Gunakan kaedh mamet@standby pam manual (jika perlu)
Spectra membrane

==>Yang ummi buat = sbb ummi guna spectra 3, serius tak pernah service,hehehe...cuma bahagian membrane selalu mengeras dan mula tidak boleh melekap kuat, bila tak leh function pam sbb vacum tak kuat,memang sahih kena tukar...so, ummi selalu standby siap2...


3) Pemakanan seharian, teratur atau tak?? ==> (Saranan : Check semula Pirmid makanan yang seimbang)
==> Yang ummi buat = Ummi mmg selalu tak smpt breakfast, selalu makan sekali lunch, jd br+unch(brunch)...hehehe, so, ummi will make sure ambil pemakanan tmbhn spt vitamin2 shaklee (I love Tripple M)..
 
4) Check balik jadual pam==>(Saranan : Susun semula jadual pam dan pastikan ianya di lakukan secara konsisten)
Contoh Jadual Pam
==> Yang ummi buat = kalau ummi dapati banyak sgt skip jadual, ummi will make sure tambah setiap hr buat power pumping 2 kali...sekali pagi (tmpt keje) dan sekali tgh malam..
 
5) Make sure badan sihat (bebas dr selsema, batuk dll)-(Saranan : Badan sihat dtg dr dalam, so make sure semua nutrisi, zat galian dan mineral yg di perlukaan badan di penuhi)

==> Yang ummi buat = Bagi ummi, badan ni mcm enjin, elok enjinnya, elok la penghasilannya...so, ummi akan pastikan pengambilan supplement di ambil secara konsisten kerana ummi tidak mampu memenuhi pola pemakanan seimbang...
 
6) Minum air suam banyak2 (Saranan : Base on kajian yg di buat oleh Institute Of Medical, BF MOM perlu minum sebanyak 3.8 liter sehari)
==> Yang ummi buat = Memang ummi pantau pengambilan air kosong nih...ummi letakkan 3 botol besar air dan sblum tidur, ummi kan pastikan ianya habis...
 
7) Banyakkan zikir Ya Matin dan surah la kauthar (boleh buat sambil pam susu)
 
8) Positifkan minda (Sarnan :  bayangkan susu keluar banyak...so mavellous)
==> Yang ummi buat = ummi  paling suka bau anak so bw bedak adik pegi mana pun supaya ummi sentiasa positif (ini cara instant ummi nak calm down dan mempositifkan mind)

9) Mohon dan minta lah sungguh2 pada Yang Maha Esa...kerana dia MAha Pengasih Dan Penyayang...
 
HAPPY BRESTFEEDING!!!
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Hubungi ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms ummi di 012-3975808..

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

2 ulasan:

  1. Salam kak ummi..sukalah cara kak umi olah ni..mcm bg semnagt kt pembaca..ti skrg ni newbie dlm blog..ti pun suka daln share bab nyusu ni..jemputlah jln2 kt blog ti boleh kongsi2 pendapat..natrah4ever.blogspot.com
    Salam perkenalan

    BalasPadam
  2. hebat hebat, banyak vitamin yang best

    jom sertai peraduan TONTON DAN MENANG SIRI 2

    BalasPadam

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails