Tahukah kalian apakah maksud GROWTH SPURTS???
Ini ummi petik dari Kelly Mom.com
------------------------------------
What is a growth spurt?
During a growth spurt, breastfed babies nurse more often than usual (sometimes as often as every hour) and often act fussier than usual.
--------------------------------------
Ummi percaya, semua ibu yang menyusukan anak pasti melalui fasa ini..tiba2 anak menyusu lebih bnyak dari biasa...sedikit sebanyak, keadaan ini boleh menimbulkan kegusaran di hati ibu2 apatah lagi bagi ibu yang bekerjaya..persoalan yg paling mudah bermain di fikiran, cukupkah susu saya semasa anak di nurseri??? Mungkin situasi ini kurang di rasai oleh ibu yang tidak bekerja dan menyusukan anak sepenuhnya di rumah...
Luahan kebimbangan ini dapat saya rasakan menerusi email2 yang dikirimkan pada ummi...rata2 ibu bertanya samada situasi ini juga berlaku kepada ummi apatah lagi keadaan ummi sebagai EP MOM...sudah tentu lah ibu2 sekelian...situasi ini biasa berlaku tidak kira anda EP MOM sepenuhnya atau EP MOM di pejabat sahaja...So, apakah solution yang ummi buat???
Terlebih dahulu, ummi bawakan sedikit perspektif yang sering bermain di fikiran ramai orang...tidak terkecuali nurseri/rumah pengasuh malahan ibu kita sendiri (bg yg ibu anda mengasuh anak anda)...Ramai dari kita selalu beranggapan bahawa tangisan bayi tandanya BAYI NAK SUSU!!!Sedangkan berkali2 ummi tekankan sebelum ini di entry2 sebelum ini, check terlebih dahulu kondisi anak anda..kerana bayi menangis bukan sahaja kerana ingin susu tetapi ada kemungkinan juga sebab2 lain...contohnya, lapar (bg yg 6 bulan ke atas), mengantuk, sakit dll...tapi, malangnya keadaan ini sering di pandang remeh dan mengambil cara mudah dengan menyogokkan susu ke mulut bayi sedangkan bukan itu yang penyebab tangisannya...(Prihatinkan kita sebagai ibu???)
Using bottle feeding as the primary way to comfort baby. Some well-meaning caregivers feed baby the bottle every time he makes a sound. If baby still seems to be hungry, have your caregiver first check to see whether baby will settle with walking, rocking, holding, etc. before offering another ounce or two”
-------------------------------------
(Sumber: How Much Milk do Babies Needs?, Kellymom.com)
Baru2 ini juga ummi di tanya oleh salah seorang sahabat ummi...juga berkisar ttg persoalan yang sama...sahabat ummi ini confuse kerana apabila anaknya menyusu secara direct feeding (semasa beliau balik kerja dan berada dengan anak), beliau menyusukan anak sehingga kenyang hanya cukup dengan sebelah paayudara sahaja tetapi apabila di berikan melalui botol harus dengan 4-5 oz setiap penyusuan (purata hasil pengepaman kedua2 payudara adalah 5-6oz)...mengapa apabila bayi diberikan susu melalui botol minum lebih banyak berbanding yang menyusu secara direct???
Rata2 ibu kerap menukar puting dengan memilih lubang yang lebih besar mengikut usia si anak...
Oleh kerana aliran dari puting tiruan yang laju dan bayi terpaksa menerima berapa-berapa pun jumlah yang diberi dan dikhuatiri terbiasa dengan aliran serta jumlah yang diberikan. Kerana itu ummi lebih suka mencadangkan jika susu perahan diberikan melalui botol, puting yang yang lebih sesuai digunakan adalah dari jenis yang paling kecil dan tidak perlu ditukar mengikut umur kerana jenis puting tiruan direka berdasarkan untuk penyediaan susu tiruan.
-------------------------------
It is important to remember that it is very easy to overfeed a baby using bottles. This is because the way a baby drinks from a bottle is very different than how a baby would nurse from the breast. A baby cannot control the flow of milk from a bottle thus experts recommend using slow flow or “newborn” type nipples, to reduce the risk of overfeeding.
---------------------------------
(Sumber : Kelly Mom.com)
So, base on pengalaman ummi, apabila keaadaan ini berlaku...bagi yang berusia 6 bulan ke bawah, usaha sedaya upaya untuk meningkatkan jumlah hasil perahan...buat power pumping setiap hari dan pam payudara setiap 2-3 jam agar jumlah yang di hasilkan akan lebih banyak dari biasa...(tentu kita mahukan yg terbaik kan)...so, pengorbanan seorang ibu semasa ini memang sgt2 di uji...malahan ummi turut memasukkan jadual pam di tgh2 malam sekitar jam 3-4 pagi kerana kebiasaannya hormon prolaktin yang terhasil agak tinggi semasa ini...ummi percaya, jumlah susu yang di hasilkan pasti mencukupi bagi anak kita jika kita berusaha...
Manakala, bagi baby yang telah berusia 6 bulan ke atas, semasa dirumah pengasuh, minta kerjasama daripada pengasuh untuk memberi makanan dahulu sebelum memberi susu perahan. Cuba beri finger food/snacks yang bersesuaian diantara selang waktu makan utama. Kerapkan menawarkan makanan kepada bayi.
Dengan meningkatkan pengambilan makanan pejal sewaktu bayi bersama pengasuh mungkin dapat mengurangkan kebergantungan keperluan kepada EBM sepanjang ketiadaan ibu. Kaedah ini juga memerlukan kerjasama dan kesabaran dari pihak penjaga.
Pesanan ummi, jangan sesekali bimbang dan gusar apabila anak anda mengalami keadaan growth spurt ini kerana kebiasaannya ianya hanyalah bersifat sementara sahaja...Oleh itu, ibu2 positifkan minda kalian dan bertenang dalam menghadapi keadaan2 seperti ini...ketika kecemasan seperti inilah gunanya EBM yang kita simpan dan apabila keadaan ini pulih, bolehlah kita ganti semula EBM ini dengan hasil perahan yang baru...
-------------------------------
The increase in baby’s milk intake during growth spurts is temporary
--------------------------------
(Sumber : Kelly Mom.com)
Malahan, sekiranya perlu dan tiada masalah buat anda...ambillah cuti dan luangkan masa dan perhatian buat anak anda semasa mereka melalui fasa ini kerana baagi ummi, perhatian dan belaian seorang ibu adalah jalan keluar yang paling baik untuk setiap permasalahan yg timbul...
HAPPY BREASTFEEDING!!!
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan