Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Sabtu, 14 Julai 2012

Tips penyusuan di Bulan Ramadhan...Are U Ready???

Salam sayang semua....Alhamdulillah..Syukur pada Allah SWT..Diam tak diam tinggal lagi beberapa hari sahaja kita akan berada di bulan Ramadhan..Bulan yang sangat di berkati dan semua iblis dan syaitan akan di rantai...Yang perlu kita hadapi hanyalah hawa nafsu kita sahaja...


Hmmm...sebenarnya hari ni ummi nak share dgn kalian secebis pengalaman ummi semasa menyusukan anak di Bulan Ramadhan...Ummi ambil kesempatan untuk coretkan di sini kerana terlalu banyak email2 dan telefon yang x dapat ummi jawab kesemuanya bertanyakan tentang perkara ini..(maaf ye, jika ada yang ummi tak dpt explain panjang2 sbb tuntutan kerja)...Ummi faham kegusaran yang bermain2 di hati kalian kerana ummi juga pernah melaluinya..tetapi pengalaman serta pengetahuan bila di combine bersama akan menjadikan ianya lbh sempurnakan...Practise make perfect...


Sejujurnya, ummi akui bukan mudah nak memastikan susu yang di hasilkan kekal mencukupi buat anak kita..Maklum sahajalah ummi harus sentiasa menyediakan susu yg cukup dalam keadaan yg berbeza dgn ibu2 yang mampu menyusukan anak secara direct feeding..alangkah bertuahnya kalian..tetapi, percayalah DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN!!!YANG PENTING TERUSKAN BERUSAHA DAN SELEBIHNYA JANGAN LUPA MOHON PADA YANG MAHA ESA..


Entry ini juga sebenarnya ummi tulis kepada mereka yang bertanyakan pada ummi tips2 untuk memperbanyakkan susu..so, kiranya entry ni ummi tuliskan dua dalam satu la ye:-) Dan maaf jika entry kali ini agak panjang berjela...


Mari selusuri kisah ummi dalam penyusuan...


PRA PENYUSUAN
Ya, memang benar, ummi  berjaya menyusukan Qistyna  selama 2 tahun lebih (baru sahaja wean off) dan ummi gagal menyusukan anak sulung ummi Syasya..kasihan syasya yg hanya dpt ummi susukan selama 6 bulan sahaja..semuanya kerana ummi tidak mengambil berat tentang pengetahuan ttg susu ibu dan membiarkan ianya berlarutan sehingga susu mula berhenti seawal syasya berusia 6 bulan!!


Sejak itu, semasa mengandungkan Qistyna, ummi mula mengumpulkan segala fakta2, pengalaman malahan mendekati siapa sahaja yg pakar atau mahir dalam ilmu breastfeeding..Malah ummi selami ayat2 al quran dan ceramah2 agama yg berkait rapat dengan penyusuan...Di situ, ummi PASANG NIAT, YA ALLAH, AKU MENYUSUKAN ANAKKU KERANA SURUHAN MU..MAKA, KAU CUKUPKANLAH SUSUKU SEHINGGA 2 TAHUN PENUH PENYUSUAN SEPERTI MANA YANG KAU SYARIATKAN PADA KU...


Oleh itu, cuba kita tanya semula pada diri kita...APA NIAT SEBENAR KITA MENYUSUKAN ANAK???KERANA TREND, ATAU IKUT2AN, MENUNJUK2 ATAU 'KERANA ALLAH TAALA'???Mungkin perkara ini nampak remeh tetapi sebenarnya inilah point penting sebelum penyusuan berlaku dan percayalah...hanya Allah sahaja yang BERHAK MENENTUKAN SAMADA SUSU YG KITA HASILKAN SEDIKIT ATAU BANYAK..TETAPI ALLAH JUGA SUKA PADA HAMBANYA YG BERUSAHA DAN BUKAN HANYA TAHU MEMINTA2...So, jom sama2 kita betulkan niat asal kita untuk menyusukan anak masing2...


SEPANJANG PENYUSUAN
Memang ummi akui, syukur alhamdulillah Allah mengurniakan rezeki susu yang melimpah ruah untuk anak ummi...tetapi, adakah dengan susu yanh melimpah2 ini allah suruh ummi bermegah2???Tidakkan..kerana itu, dlm entry2 ummi jarang sekali ummi paparkan gambar2 penghasilan susu ummi kerana apa yang paling ummi bimbang, ummi akan jadi riak dan niat asal ummi menyusukan anak akan terpesong tanpa ummi sedari...(mengawal hati itu sgt susah kan)


Ummi sebenarnya sangat2 berharap supaya ibu2 di luar sana..jangan sesekali membandingkan susu kalian dengan susu orang lain..percayalah ini semua rezeki dari allah...setiap orang tidak akan sama...pasti berbeza antara satu sama lain...Cthnya, ada orang yang miskin dan ada orang yang kaya...begitu juga dalam penyusuan..ada ibu yang susunya banyak dan ada juga yang kurang...


Sungguhpun begitu, jangan pula kita hanya pasrah dan berhenti berusaha...samalah juga dengan si miskin yang ummi sebutkan tadi...jika si miskin ini terus membiarkan dirinya di belenggu kemiskinan dan tidak mengambil langkah yang lbh positif utk memajukan diri, maka kekallah ia miskin selama2nya...begitu juga dengan ibu yang mendapati susunya kurang mencukupi buat anaknya,cubalah pelbagai usaha2 lain untuk memperbanyakkan susunya...


Sejujurnya, pada awal2 kelahiran, susu perahan ummi sekitar 3-5 oz sahaja sehinggalah anak ummi berusia sekitar 5 bulan(alhmdulillah mencukupi buat anak ummi)...tetapi, ianya hanya cukup2 untuk keperluannya sahaja...malahan berikutan kerjaya ummi yang agak sibuk seharian, makan secara x tetap masa, stress yang kerap, sedikit sebanyak ianya memberi kesan kepada penghasilan susu ummi...malahan tmpt kerja yg jauh dr tmpt tinggal sangat2 meletihkan ummi...di sinilah bermulanya era penggunaan pemakanan tambahan dalam melengkapkan lagi pola pemakanan ummi seharian sehinggalah sekarang...


Ok, cukup lah mukaddimah yang panjang meleret tu kan...so, jom ummi share dgn kalian antara tips2 atau usaha ummi untuk memperbanyakkan susu ummi dari 5 oz ke 9 oz per sessi:-


1) Setiap perbuatan mesti di mulai dengan niatkan...so, first thing ummi lakukan ialah memasang niat untuk menyusukan anak kerana allah taala dan mohon allah mencukupkan jumlah susu untuk anak ummi..
2) Sediakan jadual pam (ummi buat average 3-4 hours sekali) dan pastikan konsisten.
3) Minum air masak 3.5-4 liter sehari.
4) Semasa susukan anak, make sure environtment selesa dan zon positif (jika di opis, ummi pasangkan alunan zikir2) dan jika di tempat lain, berzikirlah supaya otak(pusat kawalan seluruh badan) sentiasa berada di zon positif.
5) Bayangkan susu yang di hasilkan banyak dan mencukupi buat anak kerana ummi percaya penghantaran maklumat2 positif ke minda boleh merangsang otak untuk bertindak balas dengan hormon prolaktin dan oksitosin bagi penghasilan susu.
6) Jika mampu, buat power pumping setiap tgh malam untuk menggalakkan hormon penyusuan.
7) Di rumah, kerap sentuh dan belai anak kerana ummi percaya gelombang minda antara ibu dan anak sgt rapat..kerana itu, walau ummi di tmpt kerja, setiap kali waktu anak ummi biasa menyusu, ummi akan merasakan payudara mula berdenyut mengeluarkan susu.
8) Sentiasa yakin dan percaya bahawa susu yang di hasilkan mencukupi buat anak dengan pertolongan  allah..
9) Memastikan badan kekal sihat, cergas dan mood baik dengan mengamalkan set 3 M **(ini terpulang pada tubuh badan masing2 dan bukan kemestian)


So, itu antara tips2 yang ummi gunakan dalam memperbanyakkan susu dan maintain penghasilan susu..dan ini pula apa yang ummi amalkan semasa berpuasa di bulan ramadhan dan syukur tiada perubahan kuantiti dalam hasil perahan susu sepanjang berpuasa malahan badan kekal aktif dan segar...Ini antara tips2 nya :-


1) Pastikan bersahur dan berbuka pada waktunya...(Tidak boleh tidak)
2) Semasa bersahur dan berbuka, ummi pastikan protein dan garam galian seimbang kerana antara komposisi terbesar dlm susu ibu adalah protein dan garam galian penting bg memastikan badan bertenaga sepanjang hari...(kerana itu ummi amalkan tripple gems dan kurma sebagai bahan wajib dlm bersahur dan berbuka)
3) Memastikan dalam sehari air masak sekurang2nya 3.5-4 liter di habiskan (semasa sahur minum sekurang2nya 1-1.5 liter dan waktu berbuka adalah selebihnya)
4) Pastikan mengepam tetap mengikut jadual pam yang di tetapkan (no excuse di bulan ramadhan)
5) Melebihkan serat, makanan yang kaya dengan protein, karbohidrat dan makan lebih buah2an...
6) Sentiasa bertenang dan yakin bahawa allah akan membantu mempermudahkan urusan penyusuan di bulan ramadhan ini...
7) Banyakkan berzikir, membaca al quran dan bersedekah kerana ini adalah terapi rohani yang paling baik untuk mempositifkan minda..


So, inilah yang ummi amalkan sepanjang berpuasa dan syukur alhamdulillah susu perahan kekal maintain mcm biasa malahan ummi tidak rasa tertekan dan letih yang melampau sepanjang berpuasa...Apa yang paling penting, sentiasa ingat bahawa Menyusukan anak adalah kehendak dan suruhan allah, maka sentiasa mendekatkan diri padanya kerana setiap sesuatu datangnya dari keizinanNya juga...


Dan elakkan diri dari bermegah2 dengan penghasilan susu yang banyak kerana kita tidak tahu bahawa bila2 sahaja nikmat tersebut boleh di cabut dr kita pada bila2 masa sahaja..Pastikan payudara di kosongkan secara konsisten dan yakinlah bahawa setiap yang allah berikan pada kita itu, pasti ianya adalah yang terbaik buat kita DAN TERUSKAN BERUSAHA DAN JANGAN MUDAH MENGALAH DALAM MEMBERIKAN SUSU YANG TERBAIK BUAT ANAK ANDA KERANA SUSU IBU ADALAH SUSU YANG TAKKAN DAPAT DI BELI DI MANA2 SEKALIPUN..Hargai anak anda dan berikan hak penyusuan ini kepada anak2 anda...Happy Breastfeeding!!! Dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak!!!


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

1 ulasan:

  1. Hi Kak Nadia.. satu lagi entry yg best...boleh tak saya mohon share info ni d blog saya?... Julie

    BalasPadam

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails