Salam sayang semua...agak lama rasanya ummi tidak berkongsi ilmu penyusuan dengan kalian...hehehe...so, sbb ada beberapa soalan yang ummi terima di email agak serupa, ummi gabungkan terus persoalan itu untuk ummi jawabkan di sini...
Kebetulan antara soalan2 yang di utarakan kepada ummi ada yang boleh ummi gabungkan dalam satu jawapan...antara soalan2 yang di utarakan adalah :-
a) Mengapa saya mesti menyusukan anak saya sebaik sahaja kelahiran bayi saya sedangkan susu saya masih tiada atau terlalu sedikit?
b) Mengapa susu sebelah kanan saya lebih banyak daripada susu saya yang di sebelah kiri?
c) Adakah saya masih boleh menyusukan anak saya kerana saya baru sedar susu ibu itu sangat baik utk bayi sedangkan anak saya telah berusia 2 bulan?
d) Mengapa susu saya tidak banyak seperti orang lain sedangkan saya juga mengepam di pejabat sepertimana orang lain?
Sebenarnya agak lama juga ummi berfikir, bertanya pada yang lebih arif, surf blog dan artikel dalam dan luar negara mengenai laktasi barulah ummi berjumpa jawapan bagi semua persoalan yang di timbulkan...rupanya setiap satu persoalan yang di timbulkan mempunyai perkaitan antara satu sama lain dan pokok persoalan utamanya adalah hampir serupa...
Jika di lihat, mengapa konsep rooming atau bayi di letakkan berdekatan dengan si ibu sebaik sahaja kelahiran untuk di susukan buat kali pertama ada praktikal dan jawapannya yang paling tepat. Di sinilah ummi terjumpa satu artikel yang cukup menarik mengenai satu teori yang di sebut sebagai 'Prolactin Receptor Theory'.
The prolactin receptor theory suggests that frequent milk removal in the
early weeks will increase the number of receptor sites. More receptor
sites means that more prolactin can pass into the lactocytes and thus
milk production capability would be increased. (sumber : kelly mom.com)
Maksudnya PROLACTIN RECEPTOR THEORY menekankan mengenai kekerapan penyusuan di awal2 kelahiran akan menambahkan ruang-ruang reseptor . Lebih ruang reseptor yang terhasil, lebih banyak prolaktin
boleh dialirkan ke lactocytes seterusnya akan meningkatkan kadar
pengeluaran susu.
Oleh itu, teori ini secara tidak langsung telah menjawab persoalan pertama yang di timbulkan. Teori ini sepatutnya di ketahui oleh semua ibu yang berhasrat untuk menyusukan anak kerana penyusuan seawal kelahiran adalah sangat penting bagi merangsang atau penentuan kepada pengeluaran susu yang lebih lancar pada bulan2 berikutnya.So, ibu2, make sure anda MULA MENYUSUKAN BAYI ANDA SEAWAL KELAHIRANNYA...
Dari teori ini juga, ummi terfikir ianya juga berkait rapat dengan persoalan yang kedua. Sedar atau tidak, kebanyakan dari kita gemar atau lebih selesa memberikan atau menawarkan pada sebelah breast yang kita lebih selesa. Walaupun ada ibu2 yang menyatakan bahawa mereka memberikan kedua2 belah payudara tetapi ummi percaya, kita sudah terbiasa untuk memulakan penyusuan dari sebelah yang kita rasa selesa. Dan kita juga cenderung memilih breast yang kita lbh selesa utk di susukan lebih lama dari yang sebelah lg. Oleh itu, base on teori di atas, jelaslah sebelah payudara yg kurang di tawarkan itu, mempunyai ruang reseptor yang lebih terhad berikutan kurangnya rangsangan hisapan, maka kerana itulah kerapkali susu yang di hasilkan di breast yg 'selesa' itu lbh banyak berbanding yang sebelah lagi...
Base on teori ini juga, kita harus fahami sekali lagi bahawa apabila kita kurang atau tidak kerap menawarkan breast di awal2 kelahiran, atas mungkin pelbagai alasan dan faktor sprt susu tiada, atau bayi pra matang, bayi yang mengalami situasi-situasi khas seperti sumbing, tongue-tie dan sebagainya, ruang reseptor akan menjadi kurang. Malahan dengan pemberian susu formula di awal kelahiran juga, apabila ingin memulakan penyusuan semula setelah 1-2 bulan usia bayi,
kadar pengeluaran susu itu agak tidak banyak dan agak lambat untuk
melihat kenaikan pengeluaran susu (ketika dalam usaha pemerahan),
mungkin ianya berbalik semula kepada teori reseptor prolaktin.
Dan proses memulakan semula sessi perahan haruslah secara bersungguh2 dan semangat yang bukan sedikit kerana pattern penyusuan dlm tempoh awal kelahiran harus di praktikkan semula bagi mencetuskan hormon prolaktin dan oksitosin bg penghasilan susu yang banyak. So, bagi persoalan ke tiga, pendapat ummi YA, BOLEH JIKA ANDA MAHU...CUMA ANDA HARUS BERDISIPLIN, KUAT SEMANGAT DAN MEMPUNYAI KEINGINAN YG TINGGI UNTUK MEMULAKAN PENYUSUAN INI...BUKAN MUDAH SEBENARNYA TETAPI IANYA JUGA BUKAN MUSTAHIL!!!
Bagi soalan yang terakhir tersebut, teori ini tetap harus di rujuk kembali...adakah anda menyusukan anak seawal kelahiran pada kadar yg kerap???Jadi, jangan tekejut jika ada setengah ibu yang penghasilan susunya lebih banyak kerana cuba tanya pada si ibu bgmana beliau menggunakan teori ini seawal kelahiran anaknya...
Jika di tanya pada ummi yang dari awal kelahiran lagi memang menggunakan kaedah pemerahan susu semata2 (EP MOM), teori ini ummi gunakan dengan merangsang penghasilan susu walau menggunakan kaedah PUMPING SEMATA2 semaksima yang mungkin...maklumlah teknik PUMPING tidak 100% menyerupai hisapan bayi tetapi apabila pemerahan secara kerap dan berkala di buat, iaitu sekitar 10-12x sehari di lakukan, alhamdulillah, ianya berkesan. Hasilnya syukur kerana ummi mampu menyusukan anak selama 2 tahun hanya dengan kaedah pengepaman semata2.
Sedikit semangat buat EP MOM di luar sana seperti ummi, please susun jadual pam anda..pastikan anda konsisten dengan jadual tersebut...rentak dan iramanya harus sekata..andai ianya di langgar, pastikan kalian ganti semula dengan kedah power pumping untuk menyeimbangkan semula rentak pengepaman anda ...DAN pd pendapat ummi, penggunaan supplement seperti SET 3 M yang ummi gunakan sepanjang penyusuan turut menyumbang dalam memastikan badan ummi kekal cergas dan sihat, mood ummi kekal stabil malahan alhamdulillah kesihatan ummi di tahap terbaik...Ini kerana ummi sentiasa sedar, hanya apabila badan si ibu dalam keadaan terbaik inilah, maka ummi mampu KONSISTEN DLM PENGEPAMAN dan HASIL PERAHAN UMMI BAGI SATU SESSI BOLEH MENCECAH KE 10-12 oz PER SESSI...Alhamdulillah!!!
* These statements have not been
evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not
intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Jika
anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di
nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan
pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia
Buat putri - putri kesayanganku....
Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...
Sahabat2 kesayangan ummi
Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..
Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...
Montage Group Intifada
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan