Salam sayang semua...Agak lama sebenarnya ummi tidak menulis tentang kisah penyusuan ummi dahulu...itulah kenangan paling manis yang terakam indah hingga sekarang di kotak fikiran ummi...kebetulan, baru2 ini ummi menerima beberapa email dari EP MOM baru yang persoalannya hampir serupa...Semuanya bertanya tentang 'SEJAUH MANAKAH SEORANG EP MOM MAMPU MENERUSKAN PENYUSUAN SELAMA 2 TAHUN DAN BAGAIMANA CARA UMMI MEMASTIKAN PENYUSUAN INI DAPAT BERTAHAN SELAMA 2 TAHUN TERSEBUT???'
Of course jawapan ummi YA BOLEH (DENGAN IZIN DARI NYA)...Insya allah...Selalunya masalah jarang timbul di awal2 kelahiran semasa si ibu sedang dlm bercuti kerana kelahiran...tetapi masalah akan mula wujud apabila si ibu mula bekerja dan meninggalkan si kecil bersama pengasuh di rumah...
Kerap kali ummi menerima email yang mana si ibu risau apabila susu nya mula berkurangan berbanding semasa dalam tempoh berpantang. Ummi percaya, masih ramai yang tidak faham bahawa kekerapan mengepam, mempunyai jadual rutin pengepaman setiap hari di tempat kerja dan pengosongan payudara secara total adalah faktor terbesar yang menyumbang dalam kejayaan penyusuan tersebut.
Ini lebih bertambah berat apabila si ibu yang baru pulang dari bekerja dalam keadaan letih dan penat mula mengurangkan aktiviti penyusuan dan sedar atau tidak aktiviti pengosongan payudara yang berkurangan memburukkan lagi keadaan.Sedangkan rata2 ibu bekerjaya di luar sana sudah maklum bahawa penghasilan susu berbalik kepada konsep demand dan supply, lagi kerap breast dikosongkan (permintaan), lagi banyaklah susu yang akan dihasilkan (bekalan).
Jadi, ini antara tips2 yang ummi ingin share kan dengan kalian...
1) Berapa kerapkah saya harus mengepam setiap hari?
Ok, berdasarkan pengalaman ummi sebagai EP MOM yang bekerjaya...seharusnya waktu pengepaman adalah sekitar 8-10 kali setiap hari.. manakala berdasarkan sumber yang ummi baca dari Kelly Mom bagi ibu yang bekerja yang menyusukan anak secara direct pada malam hari di sarankan untuk mengepam sebanyak 3 kali sehari.
Susunan jarak antara satu waktu mengepam dengan waktu mengepam yang seterusnya sepatutnya tidak melebihi 5-6 jam. Dan kalian boleh lah memasukkan satu jadual pengepaman pada waktu tengah malam sekiranya kalian mendapati susu yang di hasilkan semakin berkurangan. Ini kerana kebiasaannya hormon prolaktin adalah sangat tinggi di hasilkan pada waktu malam.
Dan yang paling selalu ibu2 terlupa khususnya ibu yang menyusukan anak secara direct adalah, walaupun hisapan bayi adalah yang terbaik tetapi adakalanya tidak semua bayi mengosongkan payudara sepenuhnya. Begitu juga dengan penggunaan pam susu. Oleh itu, ummi sarankan setelah selesai aktiviti penyusuan di lakukan samada secara direct feeding atau menggunakan pam susu, pastikan kalian memicit secara lembut di sekitar aerola bagi mengeluarkan saki baki susu yang mungkin masih tertinggal.
2) Berapa lama setiap kali tempoh pengepaman di lakukan?
Sebenarnya, menurut ummi, ini bergantung pada si ibu itu sendiri. Setiap ibu itu berbeza antara satu sama lain. Tetapi secara umumnya, ia tetap berbalik pada konsep asal seperti yang ummi terangkan di atas. KITA SEHARUSNYA MENGEPAM SEHINGGA BENAR2 TIADA SUSU LAGI YANG KELUAR (KOSONG SECARA TOTAL).
Tetapi, menurut pandangan ummi, bagi seorang EP MOM atau ibu yang bekerjaya, semasa bayi tidak menyusu secara langsung dari kita, aktiviti pengepaman sepenuhnya ini seharusnya berlangsung sekitar 30 minit sekurang2nya dan lebihkan masa sekitar 2-5 minit lagi bagi memastikan breast telah di kosongkan sepenuhnya.
Bagi ibu yang baru selesai menyusukan anak (Direct Feeding), cuba tambahkan aktiviti pengepaman sekitar 10-15 minit bagi kedua - dua belah breast. Apa perlunya pengepaman di tambah selepas direct feeding berlaku...Sebabnya masih sama...Bagi memastikan payudara di kosongkan sepenuhnya.
3) Berapakah jumlah hasil pengepaman yang sepatutnya di sediakan?
Berdasarkan pembacaan ummi di web Kelly Mom, sewajarnya hasil perahan yang sepatutnya di sediakan adalah sekitar 22-27 oz dalam tempoh 2 minggu selepas bersalin. Tetapi, ia tetap juga bergantung pada seseorang ibu itu sendiri malahan ummi sendiri pada awal2 kelahiran tidak lah sebanyak itu. Tetapi, dengan menggunapakai konsep asas penyusuan iaitu pengosongan payudara secara total membantu dalam menghasilkan susu yang lebih banyak, maka secara perlahan2 jumlah itu semakin meningkat setiap hari dan mencukupi buat bekalan anak di rumah pengasuh.
Menurut pembacaan ummi di laman web tersebut juga, sekiranya kalian mendapati hasil perahan kalian adalah sangat sedikit iaitu sekitar 11-17 oz atau kurang dari itu dalam tempoh 24 jam, kalian di sarankan untuk mengambil sebarang galactagogues untuk meningkatkan penghasilan susu. (kerana itu, ummi memilih untuk menggunakan SET 3 M dalam penyusuan).
So, secara keseluruhannya, ummi ingin katakan, tiada istilah bahawa seorang EP MOM tidak boleh berjaya menyusukan anak selama 2 tahun seperti ibu yang menyusukan secara langsung. Cuma seorang EP MOM harus benar2 kuat, bersemangat dan tidak mudah putus asa dalam meneruskan penyusuan kerana cabaran yang di hadapi oleh seorang EP MOM mungkin lebih besar dari seorang ibu yang menyusukan anak secara Direct feeding. Disiplin yang tinggi harus di bina dalam diri seorang EP MOM bagi memastikan jadual pengepaman di buat dengan komitmen yang tinggi dan bagi memastikan kalian benar2 mampu merealisasikan impian tersebut, carilah alternatif lain seperti supplement yang dapat membantu memastikan kalian benar2 sihat dan cergas dalam memastikan kelancaran susu yang di hasilkan.
Happy Breastfeeding dan Semoga Berjaya!!!!
Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com
atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan
diberikan percuma.
Salam sayang,
Nadiah Khamis (Kak Nadia)
Shaklee Independent
Distributor[ID No : 830027]
012-3975808 (sms /
wassap)
nadeeyya_kk@yahoo.com
Buat putri - putri kesayanganku....
Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...
Sahabat2 kesayangan ummi
Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..
Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...
Montage Group Intifada
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan