"BOLEHKAH IBU YANG SEDANG HAMIL MENYUSUKAN ANAK DALAM MASA YANG SAMA???ADAKAH NUTRISI DAN ZAT DALAM SUSU AKAN BERKURANGAN DAN ADAKAH IANYA MERBAHAYA UNTUK SAYA???"
Inilah antara persoalan yang ummi nak sharekan dengan kalian hari ini...
First sekali yang ummi nak kata...Jangan ikut2 orang!!!Pastikan kalian benar2 tahu tentang perkara ini dan jika perlu, rujuklah kepada doktor (yang benar2 tahu dan expert tentang kehamilan dan penyusuan) sebelum kalian membuat apa2 keputusan...
Secara umumnya, perkara ini sering menjadi perdebatan dan banyak persoalan yang timbul..rata2 ibu di Malaysia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan penyusuan semasa hamil kerana bimbang akan kondisi kandungan, kondisi si ibu sendiri dan terpengaruh dengan kata2 doktor yang bukan pakar dalam ilmu penyusuan (maaf ye doktor)...
Mari kita lihat satu artikel yang ummi petik dari buku ini...
La Leche League International (LLLI) ada menyebut didalam buku BREASTFEEDING ANSWER BOOK, 3rd Edition.
" Walaupun terdapat kontraksi semasa mengandung, itulah adalah perkara normal didalam tempoh mengandung. Kontraksi ni juga boleh berlaku semasa aktiviti seksual/intim bersama pasangan, yang mana kebanyakan pasangan melakukannya semasa mengandung "
" Buat masa ini, tiada garis panduan spesifik yang menyatakan bahawa penyusuan semasa mengandung dapat memberi risiko pada bayi "
Mari kita lihat pula dari sudut kacamata islam..
Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.
Menurut pembacaan ummi, bagi seorang ibu yang mendapat cukup zat dan nutrien yang di perlukan di tambah pula dengan rehat yang mencukupi, insya allah, ia bukanlah satu masalah besar untuk si ibu menyusukan anak dan hamil dalam masa yang sama.
Sepertimana yang di sebut dalam artikel di atas, adakalanya, si ibu akan merasa seperti sakit perut. Ini terjadi kerana berlakunya pengecutan rahim kerana badan si ibu mengeluarkan hormon oxytosin iaitu hormon untuk pengeluaran susu.
Inilah yang sering menggusarkan ibu2 hamil yang menyusukan anak...tetapi, sebenarnya rahim wanita hanya akan mengecut sepenuhnya selepas kehamilan berusia 37 minggu, dan kebiasaannya jika seorang wanita itu benar2 sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kehamilan, rahimnya tidak akan mengecut sepenuhnya semasa beliau menyusukan anak sewaktu hamil.
Sungguhpun begitu, terdapat beberapa keadaan di mana kebiasaannya doktor tidak akan menggalakkan si ibu yang sedang hamil menyusukan anak:-
1) Si ibu pernah melahirkan bayi pra matang
2) Si ibu pernah keguguran semasa hamil
3) Si ibu pernah mengalami sakit perut yang kuat semasa hamil
4) Si ibu pernah mengalami sebarang pendarahan dari vagina semasa hamil
Saranan bagi mereka yang sedang hamil dan ingin terus menyusukan anak
1) Jika wanita hamil memerlukan tambahan sebanyak 200-400 kalori sehari,sudah pastilah ibu yang hamil dan menyusukan anak lebih memerlukan tambahan sebanyak 600-800 kalori sehari. Ini bermakna si ibu seharusnya lebih menitik beratkan gizi pemakanan seimbang dalam diet sehariannya dan minum air mengikut kuantiti yg diperlukan badan.
2) Pastikan kalian mendapatkan rehat secukupnya terutama bagi ibu yang bekerjaya. Jika perlu, minta lah bantuan ahli keluarga terdekat untuk membantu kerja2 rumah bagi meringankan bebanan kalian.
3) Si ibu hendaklah mengambil pemakanan yang kaya dengan zat besi, folic asid, kalsium serta vitamin d bagi menyeimbangkan pembesaran bayi di dalam rahim dan dalam masa yang sama bagi menggalakkan penghasilan susu. Jika perlu, si ibu boleh mengambil supplemen untuk menampung kekurangan ini.
5) Bersedia untuk penyusutan susu dan ada sesetengahnya susu yang di hasilkan akan menjadi sedikit masin (kerana wujudnya placenta). Ianya adalah sesuatu yang lumrah berlaku dan sekiranya bayi anda masih terlalu kecil, pastikan kalian sentiasa memantau berat badannya supaya dia mendapat zat makanan yang secukupnya.
Sedikit tips sekiranya kalian membuat keputusan untuk menghentikan penyusuan semasa hamil.
1) Kalian hendaklah memulakan proses 'wean off" secara beransur2 dan bukanlah secara mendadak kerana semasa usia masih kecil, faktor psikologi adalah sangat perlu di titik beratkan.
2) Gunakan teknik 'DON'T OFFER & DON'T REFUSE'...Dalam kondisi ini, sekiranya si anak menunjukkan tanda2 ingin menyusu, tawarkan kepadanya snek makanan yang berkhasiat atau alihkan perhatiannya dari penyusuan.
3) Ini yang paling penting!!!Pastikan kalian sentiasa memeluk, mencium, mendakap dan membelai si bayi supaya dia tidak merasa kalian menyisihkannya atau mengabaikannya. Berikan PERHATIAN SEWAJARNYA kepada mereka ..jangan terpengaruh dengan petua2 lapuk seperti menyapukan benda2 seperti sirap (nampak mcm darah) arang atau garam dan sebagainya untuk menghentikan penyusuan. Ia bukan sahaja secara tidak langsung mengajar satu pembohongan kepada mereka, malah sebagai seorang ibu, kalian seharusnya peka dan terkesan dengan perasaan si kecil tersebut. Perasaan dan jiwa mereka juga haruslah di ambil kira dan tidak di pandang remeh!!
So, pilihan di tangan kalian. Mungkin bukan sesuatu yang mudah untuk menghentikan penyusuan berbanding meneruskannya. Yang pasti, sebagai seorang ibu, kalian adalah tunjang utama yang mencorakkan apa yang terbaik untuk di kecil kalian.
Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee
boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms/wassap di 012-3975808.
Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan
percuma.
Salam sayang,
Nadiah Khamis (Kak Nadia)
Shaklee Independent Distributor[ID No : 830027]
012-3975808 (sms / wassap)
nadeeyya_kk@yahoo.com
Salam sayang,
Nadiah Khamis (Kak Nadia)
Shaklee Independent Distributor[ID No : 830027]
012-3975808 (sms / wassap)
nadeeyya_kk@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan