Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Ahad, 25 November 2012

Susu banyak walau tak pernah direct???

Salam sayang semua...Agak lama ummi tidak berkongsi dengan kalian tentang breastfeeding...So, kebetulan, ummi menerima satu private message di FB ummi, terus ummi terfikir untuk mencatatkannya di blog...sekurang2nya bukan sahaja ummi dapat menjawab soalan tetapi turut dapat berkongsi pengalaman ummi dengan kalian....:-)

Ini PM yang ummi terima di FB ummi :-

"Kak...nk tya cmne akk bjaya bg bf ank akk. Sorry byk tya. Sy nyer susu da kurang la...skali pump dpt 2oz jer slalu...sy cam xyakin dpt bg dia bf lg..sy nk tya cmne akk kekalkn susu...apa akk wat hari2...brape akk dpt skali pump...brape oz ank akk minum..."

 "Kak...nk tya.akk amik pil prncg x? Pas sy amik susu lg kurang la..."

Ok, nampaknya ada 2 soalan yang perlu ummi jawab...

Bagi soalan yang pertama sebenarnya ummi pernah tuliskan dalam entry yang lepas...so, maybe sbb entry tu dah agak lama, so susah dah nak jumpa kan...untuk memudahkan kalian, di sini ummi share sekali lagi link bagi bagaimana cara ummi maintain kan susu ummi walaupun ummi hanyalah seorang ibu yang menyusukan anak hanya melalui kaedah pumping semata2...KLIK DI SINI....==> KLIK

Bagi soalan kedua pula, hmmm...ummi memang tak pernah ambil sebarang pil perancang...hehehe...rancang sendiri...tetapi, memang benar...ada antara customer atau sahabat2 ummi yang mengambil pil perancang mengadu dengan ummi bahawa susu mereka berkurangan... 

So, untuk tidak menghampakan kalian, berikut ummi sharekan dengan kalian antara pil perancang yang sesuai untuk di ambil bagi ibu yang menyusukan anak...


1) Pil perancang

Pil yang mempunyai hormon progestron seperti Noriday

Cara pengambilan pil Noriday:-

Mula makan Noriday pada hari pertama haid sehingga habis pek. Ambil pil pada masa yang sama setiap hari.
Pada permulaan mengambil pil Noriday, pencegahan kehamilan alternatif mesti diambil 14 hari yang pertama.
Selepas habis pek pertama, anda perlu meneruskan dengan pek kedua tanpa berhenti, tidak kira jika ada haid atau tidak.Pil ini hendaklah di ambil setiap hari dan pada waktu yang sama. Pil ini di katakan tidak akan mengurangkan susu ibu. 


Namun, salah satu kesan sampingan yang mungkin di hadapi bagi mereka yang mengamalkan pil ini adalah gangguan haid yang lazimnya (jika berlaku) tidak teratur, kerap dan berpanjangan. Peratus kejayaan pil ini ialah 96% hingga 99%. 

Anda dinasihatkan supaya berhenti mengambil pil perancang serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika:

o Sakit dada, batuk berdarah dan sesak nafas

o Sakit dan bengkak urat kaki

o Sakit dada yang melampau


o Sakit kepala, muntah, pening, pengsan, masalah penglihatan atau pertuturan, lemah tangan atau kaki

o Ketulan pada buah dada

o Sakit pada bahagian perut 


2) Depo provera (suntikan depo)

Ia adalah sejenis suntikan yang diambil setiap 12 minggu. Suntikan pertama akan diberi pada hari pertama ke hari kelima haid. Selepas itu, anda akan diberi suntikan setiap 3 bulan. Suntikan ini juga di katakan tidak mengurangkan susu ibu. Tetapi kemungkinan untuk period tidak teratur adalah sangat tinggi, kerana setiap jenis perancang keluarga biasanya akan mengganggu hormon kita. Peratus kejayaan adalah 99%.



Salah seorang sahabat ummi pernah mengambil injection ini, tetapi putaran kedatangan haidnya memang tunggang langgang...malahan pernah 2-3 bulan sekali barulah period. Dan apa yang ummi perasan, sahabat ummi ini selalu di serang migraine dan lesu di tempat kerja. Akibatnya, selang beberapa bulan mengambil injection ini, sahabat ummi berhenti mengambilnya kerana tidak tahan dengan sakit kepala yang sering mengganggu beliau. Maklumlah kan, Allah jadikan manusia ini berbeza2, ada yang serasi dengan sesuatu, dan ada juga yang sebaliknya.

Anda tidak boleh menggunakan suntikan depo jika ada penyakit seperti di bawah:

o Darah tinggi

o Penyakit hati


o Herpes sewaktu hamil

o Sakit kuning

o Gatal sewaktu hamil

o Angin ahmar

o Sakit jantung


3) Implanon (implan)



Implan juga merupakan sejenis lagi perancang keluarga yang di katakan sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, kerana susu tidak akan kering . Implan mempunyai kandungan hormon progestron dan ia berbentuk seperti lidi yang dipasang di bawah kulit pada lengan anda.

Implan (implanon) berkesan mencegah kehamilan selama 3 tahun.

Implan mengandungi hormon progesteron yang mengeluarkan hormon secara berterusan dan menghalang pengeluaran telur. Ia juga menghalang sperma memasuki rahim dengan menukar lendir pada serviks. Perlindungan kehamilan bermula dari hari pemasangan.

Peratus kejayaan adalah 99%.

Kesan sampingan implan:-

Antaranya ialah jerawat, pening kepala, pertambahan berat badan, sengal payudara. Kesan sampingan yang jarang berlaku termasuk rambut gugur, perubahan emosi, perubahan nafsu seks, sakit perut dan senggugut. 


 Menurut pembacaan ummi, ketiga-tiga kaedah ini adalah sangat sesuai diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak. Sungguh pun begitu, nasihat ummi, demi memastikan pil atau apa jenis perancang yang kalian gunakan itu benar2 selamat untuk di gunakan, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. 

Pastikan kalian turut memaklumkan kepada doktor bahawa kalian adalah seorang ibu yang menyusukan anak. Memang jika kita tersilap mengambil pil perancang, berdasarkan pengalaman customer dan sahabat2 ummi, susu mereka akan mula menyusut dan akhirnya agak menyedihkan apabila mereka terpaksa memilih untuk top up dgn susu tepung.

Dan, jika kalian terpaksa juga mengambil kaedah2 di atas pastikan kalian menambahkan beberapa supplement yang sesuai demi menampung keperluan tubuh kalian bagi memastikan kesan sampingan yang mungkin berlaku dapat di minima kan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma. 

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia
:(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails