Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Ahad, 19 September 2010

Berlinang air mataku hari ini...

Awal pagi tadi seusai sahaja ummi selesai solat subuh, kebetulan hari ini ahad...cuti so, ummi ambil peluang melelapkan mata sekejap...dalam nyenyak beradu di kerusi sofa ummi, tiba2 ummi tersedar apabila ummi terasa ada ciuman di pipi ummi...buka je mata..."HAPPY BITHDAY TO U, HAPPY BIRTHDAY TO U, HAPPY BIRTHDAY TO UMMI, HAPPY BIRTHDAY TO U..." kedengaran anak sulung ummi syasya menyanyi dengan caranya yang tersendiri, siap dengan kek kecil di tangan...tersentak, tergamam dan tiba2 berlinang2 air mata ummi jatuh ke pipi...apatah lg abah turut menghadiahkan pelukan dan ciuman di pipi serta turut wish birthday pd ummi....sungguh...ummi sangat2 terharu tambah2 melihatkan aksi anak sulung ummi yang terus mengulang2 lagu happy birthday...alangkah bahagianya hati seorang ibu...melihat ummi yg terus menitik2 di pipi, syasya terus mengelap airmata dan peluk ummi..."Ummi, jangan la nangis...kakak janji hari ni kakak tak naughty ye...sbb abah kata kakak kena bg ummi happy hari ni...hari ni birthday ummi kan...kakak saaayaaangg ummi..." Alangkah bahagianya hati ummi...bertambah2 sayu mengenangkan anak ummi yg baru berusia 3 tahun sudah bijak menghargai kasih sayang ummi...dan sungguh, hari ini syasya seolah2 mengerti dan tidak banyak kerenah malahan setiap kali ummi panggil namanya, dengan pantas dia bangun dan mendekati ummi...Ye ummi, ummi panggil kakak ke???"...masya allah alangkah sejukdan bahagianya hati seorang ibu...

Terus ummi terkenang...itukan baru sedikit...agaknya betapa bahagianya hati ibu kita kalau lebih dr itu kita berikan...tapi...apakan daya, mak ummi telah tiada...ummi hanya mampu mendoakan kesejahteraannya di sana...so, sama2 lah kita menghargai ibu kita sementara masih hidup...

Anyway, thanks a lot to all friend yang sudi menghantar sms, menelefon dan menghantar email wish birthday buat ummi...Doakan ummi terus menjadi isteri yg solehah, anak yang taat pada orang tua, hamba yang taat dan patuh pada Maha Pencipta, pekerja yang baik dan juga ummi yang cekal dan kuat membesarkan anak2...aminnn...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
19hb September 1976- in memory (thanks mak kerana bersusah payah melahirkan ku ke dunia)...
10 Syawal...

1 ulasan:

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails