Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Jumaat, 11 November 2011

SELAMAT HARI JADI KE 2 QISTYNA...

 (5 hari)
Masih terbayang2 di mata ummi saat2 melahirkan mu sayang...Nyawa ummi seakan berada di hujung tanduk...Masih segar di ingatan ummi, tanggal 11hb November 2009, Ummi di masukkan ke dalam wad hospital Sultan Abdul Halim Shah, Sg Petani Kedah untuk persediaan melahirkan mu sayang...sekali lagi ummi harus menjalani saat pembedahan kerana doktor mendapati kedudukan adik songsang dan hasil imbasan yang dibuat ternyata adik sedang membesar dgn hebat sekali dengan kata lain ; big baby..Ummi pasrah sayang demi melihat adik selamat di lahirkan ke dunia...apapun ummi akan tempuh demi kamu, anakku sayang...


(3 bulan)
Tepat jam 10 pagi, 12hb November 2009, ummi di sorong ke wad pembedahan, setelah 'line' di tangan ummi di masukkan dan tiub air kencing di pasang (memang kedua2 proses ini sakit tapi ummi tabahkan hati demi melihat kelahiranmu sayang)...


Setibanya ummi di dewan bedah yang sgt2 sejuk, ummi di dudukkan ke atas katil pembedahan, dan satu bius di cucuk ke tulang belakang ummi...perlahan2 bius mula berjalan dan kaki ummi kebas dan tidak terasa apa2...malang sekali lagi buat ummi kerana doktor yang sepatutnya membedah ummi masih belum sampai...ummi hanya mampu mendengar keadaan menjadi agak kelam kabut kerana bius telah berjalan dan ummi tahu sesuatu yang tidak biasa berlaku terjadi...hampir setengah jam kemudian barulah doktor bedah sampai dan terus menjalankan prosedur pembedahan...tiba2 ummi terdengar sekali lagi kekecohan...doktor kelam kabut meminta nurse memanggil doktor pakar membantu...


(5 bulan)
Di fikiran ummi hanya mampu berdoa tidak berhenti2 agar allah menyelamatkan nayawa mu sayang...apakah sebenarnya yang berlaku???serasa ingin ummi bangun dan melihat...tetapi apalah daya ummi tidak mampu bergerak...ummi tadahkan tangan memohon agar adik selamat walaupun nyawa ummi adalah galang gantinya...betapa ummi sgt2 menyayangimu sayang...tiba2 ummi terasa satu tekanan yang agak kuat hingga nafas ummi tercungap2...dan selang beberapa minit, ummi mendengar tangisanmu sayang...syukur alhamdulillah...pertama kali ummi mencium pipimu, menyentuh kulit halus mu, berderai2 air mata ummi seakan tidak boleh di tahan2...dan ummi tahu, adik di bawa ke hadapan abah pula utk di azan dan di qamatkan...semasa itu,ummi merasa senang hati kerana ummi tahu adik selamat sedangkan pada masa yang sama kulit perut ummi baru mula di jahit semula...

(9 bulan)
Selang beberapa minit, secara perlahan2 ummi merasa pedih dan terasa seolah2 kulit perut ummi di tusuk2 dengan sesuatu yang tajam...apakah gerangan yang terjadi???Ummi memejamkan mata menahan sakit dan menggapai tangan doktor bius yang kebetulan berada berhampiran...melihat wajah ummi yang berkerut menahan kesakitan fahamlah doktor tersebut bahawa BIUS TERSEBUT TELAH HABIS...Masya allah...ini semua kerana pembedahan hanya berlaku setelah setengah jam bius berjalan...serta merta ummi di suntik semula dengan ubat bius lain di lengan dan ummi terasa terawang2 tetapi secara asasnya kesakitan itu tetap ummi rasakan...ya allah berikan aku kekuatan ya allah...ummi pejamkan mata kuat2 agar kesakitan itu dpt berkurangan tetapi...sakitnya allah sahaja yang tahu!!!


(1 Tahun)
Selesai semua prosedur pembedahan, sebaik mendapati condition ummi agak baik, ummi di sorong kembali ke dalam wad dan ummi cuba menyusukan adik...malangnya akibat masalah inverted nipple dan kesakitan yang masih ummi alami akibat pembedahan, ummi gagal menyusukan adik...tetapi ummi berkeras utk memberikan susu buat adik...ummi naikkan katil perlahan2 dan cuba pam susu menggunakan pam susu yang memang ummi bawa dr rumah...mulut ummi tak henti2 berselawat 'Ya Matin' dengan harapan susu akan keluar...5 minit berlalu ummi lihat kolostrum yg berwarna kekuningan memenuhi dasar botol dan ummi tahu itu pun sudah lbh dr cukup buat mu sayang...ummi gagahkan diri memeluk mu sayang dan menyuapkan kolostrum tersebut menggunakan sudu ke mulut kecilmu sayang...sehingga adik lena semula...alhamdulillah ya allah...dan dr itulah ummi membuat keputusan akan menyusukanmu dengan susu ibu sahaja walaupun ummi memberikannya melalui hasil pengepaman semata2...dan kerana itulah terciptanya blog ini yang ummi ambil kerana azam dan pengalaman ummi sebagai exclusively pumping mother buat adik...


(Kakak & Adik
Aidiladha 2011)
Dan, hari ini, ummi bersykur kerana mission ummi utk menyusukan adik hingga 2 tahun penuh tercapai...Dan ummi sentiasa berdoa semoga adik akan membesar menjadi putri ummi yang solehah, bijak, menghormati orang tua dan kekalkan lah peribadi mu sebagai wanita muslimah, sayang...Dan sesuangguhnya ummi ingin sangat adik tahu bahawa, TIADA YANG LEBIH INDAH BUAT UMMI SELAIN UMMI DI KURNIAKAN ANAK2 SEPERTI MU SAYANG...Selamat Menyambut Hari Lahir Mu yang kedua anakku sayang, Nursyaheera Qistyna...


Birthday Girl-2 Years Old..



Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
12.11.2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails