Salammm...alhamdulillah, setelah lama ummi tak menulis di blog ini, ummi diberikan kelapangan untuk menulis di pagi jumaat ni...actually, kebelakangan ini ramai pulak yang bertanya tentang status 'EXCLUSIVELY PUMPING MOTHER' ummi letakkan di blog ummi ini...hehehe...macam ni, biarlah ummi kongsikan dengan kalian ye, mengapa perkataan Exclusively Pumping Mother itu ummi pilih sebagai blog ummi...
Adakah ummi menyusukan anak sepenuhnya???? Ya, ummi menyusukan anak sepenuhnya(alhamdulillah, kurnia tuhan yang paling berharga kerana di berikan kemampuan untuk menyusukan anak)...TETAPI KELAINAN UMMI ADALAH UMMI MENYUSUKAN ANAK MELALUI PUMPING METHOD SAHAJA!
Allah tidak mengizinkan ummi untuk menyusukan anak secara DIRECT FEEDING...bukanlah ummi tidak mencuba untuk memberikan anak ummi menyusu secara direct, tetapi setelah mencuba berkali2, ummi give up dan berazam meneruskan breastfeeding dengan cara 'PUMP' semata2...Mengapa ummi gagal menyusukan anak secara direct feeding???Actually, ummi dikurniakan inverted nipple dan apabila ummi cuba menyusukan anak, agak sukar(walaupun ummi dah try mcm2 cara-pam dahulu supaya nipple timbul dll)...akhirnya, ummi buat keputusan untuk terus memberikan susu ibu dengan cara mengepam semata2...SUKARKAH???Ummi tidak nafikan, memang sgt2 sukar dalam keadaan :-
a) Ramainya org keliling yg menyatakan bahawa mengepam akan menyebabkan susu akan berkurangan dengan cepat (erti kata lain, takkan sampai la 2 tahun pun)
b) Kekangan masa (sgt2 sukar membahagikan masa dengan tepat supaya dapat ikut shedule mengepam yang betul)
c) Kerjaya ummi yang sering ke mahkamah (Kerja luar) dan terikat dengan waktu perbicaraan (payah nak stop apabila tiba waktu mengepam)
d) Kesukaran membiasakan diri untuk bangun seawal pagi (sekitar 2-3 pagi sbb jadual pumping)
e) Tempat mengepam yang sesuai(sbb ummi kerap berada di luar pejabat)
Hmmm...banyaknya cabaran yang harus ummi tempuhi untuk merealisasikan kehendak ummi untuk cuba memberikan susu ibu sepenuhnya...lalu...adakah ummi berputus asa dengan cabaran2 ini...Tidak sekali2.....Pernahkah dalam tempoh ini ummi GIVE UP dengan keadaan2 mendesak ini...Tidak ummi nafikan pernah...letih, sgt2 sukar dan mcm2 perasaan ummi dpt rasakan...tetapi, apabila ummi rasa down sgt...Ummi mengadu dengan "Pencipta Yang Maha Mendengar dan Penyayang"...Percayalah, sesungguhnya tiada penawar yang lbh baik dan pendengar yg lebih baik selain dr Dia...dan Ummi akan bangkit kembali....
Bagaimana ummi mengekalkan penghasilan susu hanya dengan PUMPING SAHAJA...Ummi akui sgt2 susah...harus pam ikut jadual, harus pastikan susu sentiasa cukup untuk anak minum...Sungguh..ummi cemburu dengan mereka yg mampu menyusukan anak secara terus...(alangkah bertuahnya kalian tetapi sgt2 rugi jika kalian tidak menggunakan kebolehan itu)...Lalu, bagaimana?????
Perkara pertama yang ummi buat...
1) Ummi buat satu jadual khusus untuk mengepam...ummi susun mengikut keselesaan ummi...pagi oleh kerana ummi pergi kerja jam 6.30 pagi...so, ummi akan mengepam jam 6.00 pagi...di ofis ummi akan pam jam 10.00 pagi dan 2.00 petang...so, kebiasaannya ummi balik dan sampai rumah sekitar jam 5.30 petang dan ummi akan ambil anak sekitar jam 6.30 petang...so, ummi akan pam jam 6.00 petang...kmdn jam 10.00 malam dan terakhir jam 2 pagi (oh...ini waktu yg sgt sukar sbb dah tido, tp bila dah biasa ok je...)..itulah jadual ummi mengepam dan sgt2 cukup buat anak ummi...malahan kadang2 berlebihan...
2) Oleh kerana ummi jarang dlm makan ikut pola pemakanan yg sihat (sbb ibu hamil dan breastfeeding harus ambil makanan seimbang dan sihat supaya susu yg di hasilkan berkualiti)...so, ummi memilih untuk mengamalkan supplement supaya susu yg ummi hasilkan lbh berkualiti dan memenuhi pola pemakanan yg sihat....setakat ini badan ummi sesuai dengan Shaklee dan ummi masih amalkan sehingga kini...
3) Melalui pembacaan dan nasihat doktor laktasi, ummi turut sediakan air (bukan air manis ye) sebanyak lbh kurang 3 liter sehari untuk memastikan penghasilan susu dan supplement yg ummi ambil berjalan dengan lancar...caranya setiap hari ummi akan bawa dlm satu bekas minuman sebanyak 2 liter air dan ummi make sure air tersebut habis di minum...dan di rumah ummi isikan lagi satu bekas minuman juga sebanyak 2 liter (biasanya habis jugak)...sbb lagi banyak kita minum air , lebih baik..
4) Ummi turut memilih pam yang sesuai dan selesa buat diri ummi...dan ummi memilih spectra 3 kerana boleh buat double pumping dan mudah(bg ummi ye)...dan ummi harus memilih double pumping untuk menggalakkan pengaliran susu keluar dan mempercepatkan tempoh mengepam...(maklum la kerja ummi yang bz tidak memungkinkan ummi untuk mengepam terlalu lama...)
5) Yang terakhir, ummi turut membaca dan mengambil tahu mengenai susu ibu melalui buku, doktor laktasi, laman2 web yg benar2 membantu penyusuan dan try n error...kerana sebenarnya tanpa pengetahuan, dan segan untuk bertanya memang kita sukar untuk berjaya merealisasikan hasrat untuk cuba menyusukan anak sehingga 2 tahun...
Bagaimana ummi atasi cabaran2...Hmmm antara cabaran terbesar ummi ialah mematuhi jadual mengepam...maklum la kerjaya ummi yang kena turun naik mahkamah...of course ummi adakalanya terskip waktu mengepam dan apa yg ummi tau bila kita skip waktu mengepam, harus susu akan berkurangan...sbb???Susu terhasil base 'ON DEMAND'...sedangkan Demand tu berkurangan...caranya ummi akan gantikan semula dengan buat power pumping (pam every 10 minit selama sejam) untuk 'REPAIR' semula waktu yg tertinggal tu...dan syukur lah...ianya berkesan buat masa ini untuk ummi...
Antara cabaran lain yg ummi hadapi ialah tempat yang sesuai untuk mengepam...kalau ummi kerja duk dlm opis je...memang mudah sedikit tapi sebaliknya...kerana itu, ummi beli car adaptor supaya jika ummi tak jumpa surau atau tmpt terselindung yg ada plug (spectra 3 kena ada plug), maka tmpt terakhir, ummi akan pam dlm kereta...hehehe...
Syukur alhamdulillah, sekarang anak ummi sudah berusia setahun sebulan...dan susu ummi masih mencukupi...malahan oleh kerana anak ummi telah makan solid food, dia hanya minum susu apabila nak tidur sahaja...so, stok dlm peti ais dah melambak2 sampai kena buang sbb ada yg dah expired...dan adakalanya sbb ummi sayang nak buang ummi campurkan sedikit dlm makanan dia mcm puding, nasi bubur dll...hehehe...tp masukkan bila dah sejuk la ye...kalau tak khasiatnya hilang...
Dan, untuk pengetahuan semua, jgn bimbang bila anak sudah melebihi 6 bulan ke atas dan telah mula ambil solid food kurang minum susu dan penghasilan susu mula berkurangan...sbb anak yg berumur 6 bulan ke atas, susu dah jd perkara ke dua...kita harus pelbagaikan jenis solid food pd anak dan percaya lah, anak yg minum susu badan sgt2 senang nak perkenalkan pelbagai variety makanan sbb anak ini telah 'merasa' pelbagai rasa makanan semasa minum susu ibu...bukankah apa yg kita makan turut di rasai oleh baby melalui susu ibu....
So, jgn susah hati...jika susu kalian mula menampakkan pengurangan...galakkan anak ambil lebih variety makanan dan boleh mula perkenalkan jus buah2an kepada mereka secara perlahan2...hanya pesan ummi, jika kalian tiada masalah, bolehlah enrichkan susu kalian dengan pengambilan supplement agar anak kalian tetap terpelihara kesihatannya...(kan susah nak bg anak bawah 2 tahun makan vitamin)...so, teruskan pemberian susu (walaupun sedikit) cuma, nasihat ummi perkayakan susu tersebut dengan pengambilan vitamin yg betul agar ianya benar2 berkualiti...So, ummi harap, pengalaman dan sharing ini dapat memberikan manfaat kepada semua yg memerlukan...dan percayalah WALAUPUN KITA HANYA BERUPAYA MEMBERIKAN ANAK MELALUI KAEDAH PUMPING SEMATA2 TETAPI DENGAN CARA DAN TEKNIK YG BETUL SERTA KEAZAMAN YG KUAT, INSYA ALLAH KITA JUGA MAMPU MENERUSKAN SEHINGGA 2 TAHUN...Dan Tahniah ummi ucapkan bg yg mampu memberikan penyusuan secara direct feeding, kerana keistimewaan anda itu adalah stimulate yg sgt baik dan gunakanlah ia sebaik2nya...
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....
Buat putri - putri kesayanganku....
Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...
Sahabat2 kesayangan ummi
Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..
Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...
Montage Group Intifada
Khamis, 25 November 2010
Sabtu, 20 November 2010
Peranan warna dalam pola pemakanan...
Salam sayang semua..actually, baru2 ini ummi balik ke kg sempena menyambut aidiladha...Lansung ummi tak sempat nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA...
So. hari ini ummi akan kongsikan satu email yg ummi terima dengan kalian bagaimana cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan dengan pengamalan pola makanan yang sihat dan berzat....
Tahukah anda, pengambilan buah dan sayur pelbagai warna dalam diet amat baik untuk kesihatan? Bagi yang sedang giat menjalankan program pengendalian berat badan, tidak kira sama ada program bersama pusat-pusat pelangsingan mahupun mengendalikannya sendiri, pengambilan makanan amat penting dalam menentukan keberhasilan program pelangsingan. Ini termasuk dalam pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kita wajar bersyukur kerana negara kita cukup kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu variasi.
Pelbagai warna boleh didapati, sedar ataupun tidak, warna-warna makanan melambangkan kandungan nutrisi tertentu di dalamnya. Lebih menarik lagi, pengambilan pelbagai makanan berwarna (yang semulajadilah, ya!) sebegini dikatakan dapat melangsingkan badan. Menurut David Heber dalam buku What Color Is Your Diet? , semakin pekat atau ketara warna buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan, semakin tinggi kandungan nutrisi yang terdapat di dalamnya.
Menurut Eric Breverman dalam bukunya, The Younger (Thinnner) You Diet pula, kunci menurunkan berat badan sekaligus mempertahankannya adalah dengan menggantikan sel-sel otak yang hilang, menyeimbangkan zat kimia otak dan menciptakan kembali otak yang lebih muda dan aktif. Setiap kali sel-sel otak anda tumbuh, anda bukan sahaja bertambah pintar tetapi juga boleh mempercepatkan metabolisme. Ia juga bertujuan untuk mencerdaskan otak serta menguruskan badan, seiring dengan pertambahan usia.
Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan berwarna yang boleh anda jadikan panduan dalam menyusun pola pemakanan dengan lebih baik dan membantu kita menambahkan sel-sel otak.
Merah terang
Makanan seperti tomato dan tembikai merupakan antara jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai warna ini. Warna ini menandakan makanan ini mengandungi likopen, iaitu zat yang berperanan untuk memelihara kesihatan sel serta mampu mengurangkan risiko kanser.
Sebagai contoh, tomato mengandungi likopen dan vitamin C sebagai antioksidan dapat meminimumkan risiko kanser (terutama kanser pankreas) serta mencegah radang usus. Selain itu, tomato juga mencegah penyakit jantung dan memelihara tekanan darah. Bukan itu saja, vitamin lain seperti vitamin A dan C juga mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga gusi dan meningkatkan imunisasi tubuh.
Red Ruby atau merah gelap
Buah sitrus seperti grapefruit merah dengan isi buah berwarna merah ini mengandungi antioksida yang berfungsi mempertahankan kesihatan, memperbaiki fungsi memori, melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligamen dari sebarang kerosakan. Selain itu, pigmen merah dalam buah ini mengurangi risiko kanser dengan cara mencegah kerosakan jaringan. Buah ini juga dikatakan boleh memperbaiki fungsi saluran kencing.
Antara buah lain yang berwarna merah dan boleh membantu adalah buah cranberries, raspberries, ceri, kacang merah dan buah delima.
Oren (jingga) terang
Lobak merah dan mangga antara makanan di dalam kelompok ini. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna oren menandakan kaya dengan kandungan alfa dan beta karotenoid di dalamnya yang mengandungi komponen anti kanser dan antioksida. Makanan ini juga boleh membantu memperbaiki daya penglihatan dan kesihatan jantung. Cuba ambil paling tidak dua hingga tiga biji makanan berwarna oren setiap hari dan jauhi produk jus buah-buahan yang kaya kalori.
Kuning terang
Makanan yang berwarna kuning diketahui mengandungi vitamin C yang baik untuk melindungi sel tubuh. Limau dan betik mengandungi banyak vitamin C dan mengandungi beta cryptoxanthin, iaitu salah satu komponen karotenoid. Dengan kandungan vitamin C dan karoteniod di dalam buah betik dapat mempertahankan tekanan darah anda dalam keadaan yang normal.
Sayuran dan buah yang berwarna kuning banyak mengandungi fitokimia karotenoid dan lavonoid (vitamin dan mineral dalam makanan yang berfungsi mengurangi peradangan) yang mempunyai komponen anti kanser dan antioksida. Terdapat sejenis enzim yang membantu menambah kepantasan reaksi di dalam tubuh. Betik juga membantu mencerna daging dan tepung sehingga melancarkan pencernaan, serta membantu memelihara daya tahan tubuh.
Makanan berwarna kuning ini juga boleh memperbaiki penglihatan dan memelihara kesihatan jantung. Cuba ambil tiga sajian makanan begini setiap hari.
Hijau gelap
Warna hijau pada sayuran menandakan kandungan sulforaphane, isothiocyanate dan indoles yang menurut Heber, ia dapat merangsang hati untuk membuat komponen yang dapat memecah unsur kimia penyebab kanser. Klorofil yang terkandung di dalam tanaman hijau mempunyai komponen anti kanser dan komponen yang berfungsi untuk proses detoksifikasi tubuh. Buah dan sayuran hijau kaya dengan zat lutein, yang kaya dengan antioksidan di dalamnya. Selain itu, sayuran hijau kaya karotenoid, vitamin serta mineral yang berfungsi peradangan secara semulajadi.
Sayuran seperti brokoli dapat meningkatkan imunisasi serta pembentukan sel dalam tubuh melalui kandungan asid foliknya yang sememangnya bermanafaat melawan kanser terutamanya kanser payudara. Brokoli juga kaya dengan chromium yang boleh membantu mengatur insulin dan gula darah dalam tubuh selain mencegah menyakit jantung.
Selain itu, banyak makanan hijau yang mengandungi kalsium yang membantu membangun tulang dan gigi yang kuat, mencegah osteoporosis serta mampu memperbaiki penglihatan. Ambil sekurang-kurangnya satu sajian sayuran seperti brokoli, kobis, sawi, bayam, kobis brussel dan sebagainya setiap hari.
Putih kehijauan
Makanan berwarna putih banyak mengandungi flavonoid yang dapat melindungi membran sel. Contoh makanan berwarna ini adalah seperti bawang putih, bawang bombai, seleri dan buah pir.
Kandungan alicin dan selenium di dalam bawang putih dipercayai dapat membunuh parasit, bakteria dan virus. Mengambil bawang putih secara teratur dapat menghalang arteri daripada tersumbat, meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta mengawal tekanan darah. Selain itu, ia dapat menurunkan kadar kolesterol serta mengandungi zat anti kanser serta dapat membantu menyembuhkan radang otak, sakit pada sendi serta menambah tenaga.
Biru gelap
Makanan dengan warna ini mengandungi anthocyanin dan fenolat, iaitu dua jenis fitokimia kuat yang dikatakan bermanafaat sebagai anti penuaan. Buah dan sayuran berwarna biru glep kaya antioksida. Makanan berwarna biru boleh melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligamen dari sebarang kerosakan. Selain itu, makanan ini juga mengurangi risiko kanser dengan mencegah kerosakan jaringan. Makanan ini juga boleh memperbaiki fungsi memori dan kesihatan saluran kencing. Buah seperti beri biru dan anggur adalah antara contoh makanan dalam kategori ini.
Ungu gelap
Makanan yang berwarna nila dan ungu mengandungi antioksida. Makanan berwarna biru gelap dan nila mengurangi stress oksidatif iaitu salah satu penyebab utama penuaan. Selain itu, makanan ini juga kaya resveratrol yang diyakini dapat mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser. Makanan seperti terung ungu dan buah plum amat disarankan oleh Braverman.
Rujukan :
1. Eric Breverman ~ The Younger (Thinnner) You Diet
2. David Heber ~ What Color Is Your Diet?

Isnin, 15 November 2010
Penerangan "Dah 2 Tahun pun...so???"
Salam...terlebih dahulu ummi mohon maaf seandainya penulisan ummi semalam membangkitkan rasa tidak senang dan 'bengang' atas apa yg ummi tuliskan...ummi TEKANKAN DI SINI BAHAWA UMMI BUKAN MENGATAKAN BAHAWA IBU2 YANG MEMBERIKAN ANAK SUSU FORMULA TIDAK BAIK... UMMI JUGA TIDAK MEMAKSA IBU2 DI LUAR SANA MENGIKUT SARANAN UMMI..Ummi sekadar berkongsi dan menceritakan pengalaman ummi dan tiada langsung niat di hati ummi untuk mencemuh atau memandang rendah ibu2 yg memberikan susu formula kepada anaknya...maaf sekali lagi jika ada yg terasa hati...ummi percaya ibu2 di zaman cyber ini lebih BIJAK DAN TAHU MEMILIH APA YANG TERBAIK BUAT ANAK MASING2...
Apa yang ummi ingin kongsi sebenarnya rentetan beberapa ibu yg mengadu kpd ummi tentang susu mereka yang merudum dengan teruk sebaik sahaja anak mencecah umur 1 tahun...dan beberapa usaha telah di cuba tetapi gagal...dan mereka ini buntu kerana mereka meminta pandangan ummi jika ada cara lain dan mereka cuba untuk tidak memilih susu formula sbg alternatif...dan ummi just bg opinion bahawa mereka ini boleh turut memilih susu segar sebagai alternatifnya (tetapi BUKAN LAH SATU DOSA PULA JIKA IBU2 INI MEMILIH SUSU FORMULA)...dan ummi nasihatkan walaupun kuantiti susu berkurangan tetapi ummi cuba berikan galakan agar penyusuan tersebut tetap di teruskan, minum air yang banyak melebihi 3 liter, memilih supplement yg tepat dan berdoalah kepada tuhan....kerana tiga perkara ini sangat penting bg memastikan mudah2an dengan izinNya doa dan cita2 ibu ini di kabulkan...
Dan ummi rasa cukup lah takat ini ummi menulis mengenai perkara ini...ummi bimbang akan lebih ramai ibu2 YANG SALAH FAHAM DAN MENTAFSIR BAHAWA UMMI BOIKOT SUSU FORMULA...DEMI ALLAH! Tidak sekali pun terdetik di hati ummi kerana ummi faham bahawa semua ibu telah berusaha semaksimum mungkin untuk memberikan yang terbaik buat anak masing2...Dan niat ummi cuma satu..mudah2an semua ibu yang berhasrat DAN MAMPU memberikan susu ibu buat anak mereka, ummi sentiasa berdoa semoga niat murni kalian mendapat restu dariNYa dan di permudahkan...Ummi hanya mampu berdoa dan selebihnya atas kehendak dan niat masing2...Maaf sekali lagi andai ada yg terasa hati atau terguris...ummi rasa ummi akan off topik ni agar tiada lg YANG SALAH FAHAM DAN TAFSIR MENGENAI PENULISAN UMMI INI...
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Ahad, 14 November 2010
Dah 2 Tahun pun...So????
Salam...masya allah...tersangatlah malas nak menulis blog akhir2 ni...tp suka baca blog2 member2 lain...hehehe...kebetulan hari ni ada sedikit masa dan berhasrat nak berkongsi "hasil perbincangan" ummi dengan beberapa sahabat ummi baru2 ini dengan kalian...
Hehehe...apa agaknya maksud tajuk kat atas tu kan...actually, baru2 ini ummi sempat la ala2 berbahas dengan member2 ummi tentang breastfeeding dan lama menyusukan anak...seperti yang semua maklum, islam menggalakkan semua ibu melengkapkan sehingga 2 tahun penuh penyusuan ibu (dan ummi masih dlm perjuangan ini- stage 2 complete-1 tahun sudah-so stage 3 - 1 tahun setengah)...dan pernahkah kalian terfikir apakah setelah 2 tahun ini berlalu, apakah kita harus teruskan dengan susu yg lain pula????Haaaa...terpikir tak dan mengapa islam mengharuskannya sehingga 2 tahun ???Bukan 3, 4, 5 atau seterusnya???
Korang pernah tak tgk ada satu iklan susu formula yang mana anak dia refuse nak makan..dan jalan mudahnya dengan bg susu formula, so dianggap selesai tugas si ibu (konon2 dah lengkap la pemakanan seimbang si anak tu..)Ummi sgt2 kecewa mcmana la iklan tu di benarkan untuk di tayangkan...nonsense...dan lah dr kecik si anak minum susu...sampai ke besar pun minum susu je dah cukup...tak yah makan pun takpe....ada ka patut...
Cuba kita muhasabah semula ye...trend memberikan susu tepung @ formula ni bagi menggantikan budaya pemakanan seimbang kepada anak-anak pada masa kini setelah 2 tahun atau setelah selesai tempoh penyusuan ibu itu sendiri telah sebati pada zaman ini dan ummi percaya masih ramai anak2 kita yg masih menyusu susu formula walaupun dah berusia 4 tahun ke atas...(sebelum ummi menulis lbh panjang, jgn marah ummi ye, bukannya ummi boikot atau memandang serong ibu2 yg memberikan susu formula sbb pilihan di tangan kita kan)...
Ummi pernah terfikir setakat manakah susu2 formula ini benar2 'bersih, suci dan selamat' untuk digunakan....maklum sahaja kebanyakan susu formula ini di import dr oversea dan dikilangkan semula di Malaysia...dan yang paling ummi selalu terfikir...mengapa susu2 ini tidak diletakkan logo HALAL...adakah cukup dengan rantaian2 email yang di pas2 begitu ttg list2 susu halal sedangkan ianya tidak di keluarkan secara standart oleh pihak Jakim sendiri...Hmmm...susahkan...
Malahan, sebenarnya ummi sgt2 sedih melihat kebanjiran susu2 formula yang di war2kan oleh syarikat2 pengeluar susu yg mendakwa bahawa susu yg di hasilkan mereka adalah "Susu Pelengkap" yang dapat menggantikan seluruh khasiat dalam piramid makanan dan menjadi ‘penyelamat’ bagi ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang cerewet makan. (Mengaruttt!!!)...Oleh itu, kebanyakan ibu bapa mengambil jalan mudah dengan menggantikan segala macam makanan seimbang kepada "Susu Pelengkap" ini...Malahan samada kita sedar atau tidak, sebenarnya kitalah yang menyumbangkan salah satu sebab mengapa anak kita enggan mengambil diet seimbang seperti saranan pakar pemakanan...dan kita sendiri menjadi tidak kreatif untuk terus mencipta pelbagai makanan seimbang kepada anak kesayangan kita...dan akhirnya...keluhan inilah yg biasa kita dengari..."Hmm..anak saya lbh suka bermain dan tidak suka makan"...dan bagaimana kita ingin anak kita makan "hasil air tangan" seorang ibu jika keadaan ini berterusan...Aduhai...
Maaf ye, ummi bukannya anti kepada susu lembu atau apa2 susu lain...cuma inilah yang ummi bahaskan bersama sahabat2 ummi...cuba kalian fikirkan semula kewajarannya...mungkin sudah tiba masanya kita memikirkan alternatif lain untuk kebaikan kita bersama....seperti mana ummi sgt2 merindui "hasil air tangan" arwah mak ummi, ummi sentiasa berharap anak2 ummi juga merasai keadaan yg sama...dan buat anak2 ummi alternatif yang ummi pilih untuk mengelakkan pergantungan sepenuhnya anak ummi kpd susu formula, ummi belikan Syasya ( 3 tahun setengah) milk shake yang berfungsi seakan2 multivitamin bg memenuhi segala keperluan nutrien dan zat di samping ummi belajar pelbagai resepi dr internet dan kwn2 ummi untuk menghasilkan makanan yg lazat dan berkhasiat...
Dan ummi turut ajar anak2 ummi minum susu fresh(see, ummi bukan anti susu lembu) dan cuba tidak menggalakkan susu formula iaitu susu yang diproses, melalui pelbagai kaedah penapisan untuk menjadikan ia sejenis tepung. Bukankah ianya lebih mudah untuk melalui proses pencemaran? Dan ianya telah terbukti dengan pelbagai berita mengenai pencemaran susu formula yang kita dengar di media masa...Agak menakutkan bukan...malahan ada kalanya ummi saja sediakan susu fresh dlm peti ais berkotak2 (nyum nyum...tentulah segarkan)...kerana di samping ummi memberikan milk shake muah2an sedikit kalsium dr susu segar tersebut turut membantu anak ummi...(dah besar sikit ummi nak bg makan ostematrix..hehehe)...
So, pilihan di tangan anda...dan untuk makluman kalian susu segar sesuai di berikan untuk anak berumur setahun ke atas (tambah2 bg mereka yg mengalami masalah susu merudum)..dan nasihat ummi, bg mereka yg alami susu drop setelah anak berusia setahun ke atas, jgn panik dan bimbang kerana anak berusia setahun ke atas boleh top up dengan susu segar dan teruskan penyusuan susu ibu(jgn stop terus) dan amalkan pengambilan supplement untuk enrich susu kalian...mudah2an ini sedikit sebanyak dpt membantu ibu2 di luar sana yg menghadapi masalah susu merudum...dan teruskan penyusuan anda selagi susu badan anda masih keluar...

Jumaat, 5 November 2010
Aduhaiii...terlebih sudahhhh...
Salam sayang semuaaaa....hehehe...malasnya ummi menulis di blog ummi kannn...hehehe...ok la...kebetulan mata tak mengantuk lagi pagi2 subuh ni...dan ummi sedang google laman2 yg best tentang penyusuan ibu...untuk tambahkan lagi pengetahuan...
Actually, ummi selalu juga terpikir...sbb ramai yg tanyakan....berapa oz sebenarnya yg baby kita perlukan setiap hari???memang benar, ada guide line ttg perkara ini tetapi benarkah sebanyak itu???Maaf la sbb ummi ni kan bekerja di bahagian undang2 so ummi memang agak sukar nak percaya pd fakta semata2, pembuktian juga penting kan(hahaha....dah macam dlm court la pulak)....so, bila pergi jalan2 kat umah mak mertua ummi...hairan sgt sbb anak ummi qistyna minum susu hanya 3 oz dan kalau lapar sgt baru la dia minum lbh...sedangkan sepupunya sekali bancuh susu formula...hambikkk...sampai 10 oz...pastu lps minum terkeluar balik...(muakkk kot)...dan alasan biasa kita dengar..haaa...tak sendawakan dulu la tu...sedangkan kalau base pd pengalaman ummi, anak ummi sgt la jarang termuntah semula...hairan tak???Di mana reasonnya...kenapa keadaan ini berlaku....
Cuba lihat ini.....
Serius ummi tergezut...cuba tengok...selalu kita dengar kan ramai ibu2 di luar sana mengeluh...susu saya tak cukup la...anak saya asyik nak minum susu jee...bergayut lama sgt...tp hakikatnya baru ummi sedar mengapa anak ummi habis je 3 oz (umur 1 tahun) dia akan tolak botol susu (pandai..anak ummi) tambah2 dia dah makan bubur nasi...sbb perutnya dah penuh rupanya...dan bayangkan kalau kita beri susu melebihi jumlah di atas....meleleh beb....patutnya keluar balik...
So, benarkah susu kita yang tidak cukup atau "anggapan kita semata2???"
Kelaziman pemikiran kita...bila anak menangis, pasti lah kita akan cakap...oh nak susu ni....lalu kita akan sumbatkan mulutnya dengan susu tanpa kita menyedari bahawa ianya 'menyeksa' perut anak kita...Ada sebab2 lain mengapa anak kita menangis antaranya:
a) sakit perut
b) Hidung tersumbat
c) Nak tidur-ngantuk
d) demam
e) nak manja dengan ibu- nak suruh peluk la
dan banyak sebab2 lain...apakah kita tidak peka dengan keadaan anak kita dan mengambil jalan mudah dengan menyumbatkan susu (hingga melimpah!!!) untuk bg anak senyap...masya allah...sgt la silap kannn...so, pastikan benar2 apakah sbb anak menangis dan bukan lah terus sumbat susu ke mulut untuk senyapkan baby...
Dan satu lagi yang ummi perasan, base pd pengalaman ummi...sebelum ummi makan supplment, susu ummi cair...sbb maybe cara pemakanan ummi yang tidak betul dan kesukaran mengamalkan pola pemakanan seimbang...so, alhamdulillah sbb ummi tlh amalkan supplement, susu yg ummi hasilkan lbh pekat, berkualiti dan penuh nutrisi dan zat yang di perlukan...so, jgn kita selalu pikir nak banyakkan susu sahaja semata2 kerana allah menciptakan banyaknya air susu kita itu mengikut kehendak anak kita...cuma tambahkan sahaja nutrisi dan zat yg sihat dlm air susu kita kerana pemakanan kita sekarang jarang yg benar2 sihat....(makan luar-penuh dgn ajinomoto)...habis terhapus semua zat kannn...
Oleh itu, sentiasa yakin....sesngguhnya allah menciptakan sesuatu itu adalah mencukupi buat kita dan sesuai dengan masanya...yang penting bersyukur....dan insya allah dengan sifat syukur itu allah akan terus kekalkan penghasilan susu buat anak kalian selaras dengan keperluan hariannya...aminnnn...
Salam sayang dan ukhwah,

Langgan:
Catatan (Atom)