Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Rabu, 28 Julai 2010

Mengandung sambil menyusukan...

Salam...terlebih dahulu ummi mohon maaf kerana beberapa hari kebelakangan ini ummi memang tidak sempat nak up date entry2 dalam blog ummi...pertambahan kerja dan kerjaya ummi yang ke sana ke mari benar2 meletihkan ummi tetapi syukurlah dengan pengambilan supplement yang bersesuaian dengan ummi, walaupun ummi di hambat kesibukan dan masa yang kerap mencemburui ummi, alhmdulillah ummi masih di berikan kekuatan untuk kekal menjalankan rutin pengepaman ummi sehari2 cuma berbeza2 tempat la...kadang2 kat surau, kat pantri pun pernah dan kalau tak sempat dalam kereta la jawabnya...tujuan ummi cuma satu...ummi berniat(mudah2an di kabulkan) semoga ummi di berikan kesempatan dan kemudahan oleh Allah untuk menyusukan anak ummi sekurang2nya 2 tahun penuh...(doakan ummi ye)...amin...

So, entry hari ini ummi tuliskan khusus untuk adik ummi yang mengirimkan email pada ummi iaitu Azah...so ini antara email yang Azah hantar pada ummi (tahniah Azah sbb pregnant again)...
------------------------------------------------------------------------------
salam Kak Nadia (tp xtau la klu sy lg akak, hee)

kak, nk ty, sy now nie ngah pregnant 3bln ++ . ank sy sulung msk 1thn 8bln..

sy mmg menyusukan anak sy, tp dh tau sy pregnant sy dh stop pump. just bg direct mlm je la dia nk tdo tu je la...

sy nk ty Kak Nadia, bleh ke bg susu sy lg kt anak? ade org ckp x elok?

klu bleh, ape vitamin (produk shaklee nie) yg seswai ntuk sy? sy mmg x larat + penat memandangkan sy pregnant + now nie sy tgh kursus jauh,.. (amik masa sejam perjlnan).. mmg x larat sgt :(

kursus plak lame lg, smpi bln 10... so, mmg kne tempuh bln pose semua...

mintak tlg ek Kak Nadia...
thanks


Azah
-----------------------------------------------------------------------------
Actually, ummi kagum sungguh dengan ibu2 seperti azah yang masih ada dalam naluri untuk terus menyusukan anak walaupun sedang hamil...ummi harap semoga azah di berikan kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan journey penyusuannya untuk anak sulungnya yang cuma tinggal 4 bulan untuk completekan 2 tahun...ummi doakan ye, dik...aminnn...

So, inilah jawapan ummi bagi membalas email azah :-
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
waalaikum salam...azah...maaf kak nadia hanya sempat baca email azah dah malam...siang td di opis terlalu banyak kerja yang membuatkan kak nadia tak sempat langsung nak curi2 masa baca email...maaf ye dik...

Actually, sebelum tu, tahniah akak ucapkan sebab mengandung lagi...syukur alhamdulillah..ok...mengenai persoalan azah, adakah kita masih boleh menyusukan anak semasa kita mengandung...jawapannya BOLEH(dan pastikan telah merujuk kepada doktor)...kata2 orang bahawa menyusukan anak semasa mengandung boleh mendatangkan keburukan atau kurang elok (konon2nya tak boleh ambil hak adik)...adalah satu mitos semata2...kerap kali kita di momok2kan dengan perkara2 sebegini sedangkan Allah Taala menciptakan susu ibu itu adalah susu yang terbaik bagi anak kita malahan ini di akui sendiri oleh pakar2 pemakanan...adanya ayat yang menghendaki setiap ibu menyusukan anak sehingga 2 tahun bagi melengkapkan penyusuan dan kalau azah terfikir mengapa tiada pula ayat atau nas alquran yang melarang ibu yang sedang hamil dari memberhentikan penyusuan tersebut...jadi itu sendiri jelas menyatakan bahawa kata2 itu hanyalah satu MITOS SEMATA2...so, nasihat akak jgn ambil peduli tentang kata2 orang, yang penting allah ciptakan susu ibu itu adalah yang terbaik dan sangatlah rugi bagi siapa yang mensia2kannya...

Actually keadaan azah ini juga sama dengan seorang klien kak N...Rutin harian beliau sangat padat..demi memastikan beliau sentiasa berdisiplin menguruskan sesi pengepaman . Namun semakin hari beliau mendapati dirinya makin penat, keletihan melampau dan mood yang sentiasa berubah2. Nak kata tak makan, beliau makan 3 kali sehari malah adakala lebih ditambah dengan minum petang dan "supper". Tetapi beliau tetap merasakan kepenatan dan semakin hari beliau mendapati susunya semakin berkurangan walaupun sesi mengepam adalah konsisten.PERSOALANNYA adakah ke semua zat yang kita perlukan dapat diperolehi dari pengambilan makanan 3 kali sehari tadi?


Benar dalam tubuh kita memang terdapat semua vitamin dan zat sebab itu kita masih gagah berdiri dan menjalankan tugas yang sepatutnya namun jika vitamin dan zat ini tidak diganti dengan baik maka kesan jangka panjang ialah:


1. keletihan


2. mudah stress


3. mood yang swing


4. Kulit wajah nampak kusam


5.worst case- pitam atau pengsan.


Apa jua makanan yang diambil oleh azah itu sebenarnya akan dibahagikan kepada 3 keperluan iaitu diri sendiri, anak yang dalam kandungan serta anak yang disusukan dengan susuibu. Jika tidak mendapat cukup vitamin dari makanan yang diambil maka itulah yang menyebabkan azah keletihan dan lama-kelamaan akan memberi kesan kepada penghasilan susuibu. Masa kan tidak? Penghasilan susuibu boleh terganggu apabila seorang ibu tidak sihat dan keletihan yang melampau.

Apakah supplement yang boleh diambil? Antaranya sudah pasti doktor akan menyarankan pengambilan obimin, folic acid, iron dan vitamin C. Namun dalam Shaklee supplement yang boleh akak suggestkan ialah:-


ESP- protien diperlukan untuk membina sel. Dari sel akan terbentuk organ. Dari organ akan terhasilnya sistem. Betapa pentingnya protien untuk pembentukan janin kepada bayi. Secara langsung ia membantu penghasilan susuibu dengan baik bagi anak yang sedang disusukan.


B complex- penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang, Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah dan perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).


Vitamin C -ia penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu.


Multivitamin - Ia sangat perlu demi memastikan si ibu mendapat cukup zat yang diperlukan iaitu 12 vitamin dan 7 galian untuk kesihatan optimum ibu, anak yang dikandungnya serta meningkatkan nutrisi dalam susuibu yang terhasil.


Kalsium- Walaupun ianya terdapat dalam bentuk tenusu namun bukan semua ibu yang mengandung boleh "tolerate" dengan minuman susu. Maka pengambilan tablet sangat digalakkan demi memastikan ibu dapat membekalkan cukup kalsium kepada bayi yang sedang dikandung, untuk anak yang sedang menyusu susuibu serta keperluan ibu sendiri agar tidak mendapat osteoporosis bila tua nanti.Tanda2 kekurangan kalsium boleh dilihat apabila si ibu merasa keletihan melampau, sakit belakang dan sakit di telapak kaki.



Jika berminat call ummi di 0123975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails