Salammm...alhamdulillah, setelah lama ummi tak menulis di blog ini, ummi diberikan kelapangan untuk menulis di pagi jumaat ni...actually, kebelakangan ini ramai pulak yang bertanya tentang status 'EXCLUSIVELY PUMPING MOTHER' ummi letakkan di blog ummi ini...hehehe...macam ni, biarlah ummi kongsikan dengan kalian ye, mengapa perkataan Exclusively Pumping Mother itu ummi pilih sebagai blog ummi...
Adakah ummi menyusukan anak sepenuhnya???? Ya, ummi menyusukan anak sepenuhnya(alhamdulillah, kurnia tuhan yang paling berharga kerana di berikan kemampuan untuk menyusukan anak)...TETAPI KELAINAN UMMI ADALAH UMMI MENYUSUKAN ANAK MELALUI PUMPING METHOD SAHAJA!
Allah tidak mengizinkan ummi untuk menyusukan anak secara DIRECT FEEDING...bukanlah ummi tidak mencuba untuk memberikan anak ummi menyusu secara direct, tetapi setelah mencuba berkali2, ummi give up dan berazam meneruskan breastfeeding dengan cara 'PUMP' semata2...Mengapa ummi gagal menyusukan anak secara direct feeding???Actually, ummi dikurniakan inverted nipple dan apabila ummi cuba menyusukan anak, agak sukar(walaupun ummi dah try mcm2 cara-pam dahulu supaya nipple timbul dll)...akhirnya, ummi buat keputusan untuk terus memberikan susu ibu dengan cara mengepam semata2...SUKARKAH???Ummi tidak nafikan, memang sgt2 sukar dalam keadaan :-
a) Ramainya org keliling yg menyatakan bahawa mengepam akan menyebabkan susu akan berkurangan dengan cepat (erti kata lain, takkan sampai la 2 tahun pun)
b) Kekangan masa (sgt2 sukar membahagikan masa dengan tepat supaya dapat ikut shedule mengepam yang betul)
c) Kerjaya ummi yang sering ke mahkamah (Kerja luar) dan terikat dengan waktu perbicaraan (payah nak stop apabila tiba waktu mengepam)
d) Kesukaran membiasakan diri untuk bangun seawal pagi (sekitar 2-3 pagi sbb jadual pumping)
e) Tempat mengepam yang sesuai(sbb ummi kerap berada di luar pejabat)
Hmmm...banyaknya cabaran yang harus ummi tempuhi untuk merealisasikan kehendak ummi untuk cuba memberikan susu ibu sepenuhnya...lalu...adakah ummi berputus asa dengan cabaran2 ini...Tidak sekali2.....Pernahkah dalam tempoh ini ummi GIVE UP dengan keadaan2 mendesak ini...Tidak ummi nafikan pernah...letih, sgt2 sukar dan mcm2 perasaan ummi dpt rasakan...tetapi, apabila ummi rasa down sgt...Ummi mengadu dengan "Pencipta Yang Maha Mendengar dan Penyayang"...Percayalah, sesungguhnya tiada penawar yang lbh baik dan pendengar yg lebih baik selain dr Dia...dan Ummi akan bangkit kembali....
Bagaimana ummi mengekalkan penghasilan susu hanya dengan PUMPING SAHAJA...Ummi akui sgt2 susah...harus pam ikut jadual, harus pastikan susu sentiasa cukup untuk anak minum...Sungguh..ummi cemburu dengan mereka yg mampu menyusukan anak secara terus...(alangkah bertuahnya kalian tetapi sgt2 rugi jika kalian tidak menggunakan kebolehan itu)...Lalu, bagaimana?????
Perkara pertama yang ummi buat...
1) Ummi buat satu jadual khusus untuk mengepam...ummi susun mengikut keselesaan ummi...pagi oleh kerana ummi pergi kerja jam 6.30 pagi...so, ummi akan mengepam jam 6.00 pagi...di ofis ummi akan pam jam 10.00 pagi dan 2.00 petang...so, kebiasaannya ummi balik dan sampai rumah sekitar jam 5.30 petang dan ummi akan ambil anak sekitar jam 6.30 petang...so, ummi akan pam jam 6.00 petang...kmdn jam 10.00 malam dan terakhir jam 2 pagi (oh...ini waktu yg sgt sukar sbb dah tido, tp bila dah biasa ok je...)..itulah jadual ummi mengepam dan sgt2 cukup buat anak ummi...malahan kadang2 berlebihan...
2) Oleh kerana ummi jarang dlm makan ikut pola pemakanan yg sihat (sbb ibu hamil dan breastfeeding harus ambil makanan seimbang dan sihat supaya susu yg di hasilkan berkualiti)...so, ummi memilih untuk mengamalkan supplement supaya susu yg ummi hasilkan lbh berkualiti dan memenuhi pola pemakanan yg sihat....setakat ini badan ummi sesuai dengan Shaklee dan ummi masih amalkan sehingga kini...
3) Melalui pembacaan dan nasihat doktor laktasi, ummi turut sediakan air (bukan air manis ye) sebanyak lbh kurang 3 liter sehari untuk memastikan penghasilan susu dan supplement yg ummi ambil berjalan dengan lancar...caranya setiap hari ummi akan bawa dlm satu bekas minuman sebanyak 2 liter air dan ummi make sure air tersebut habis di minum...dan di rumah ummi isikan lagi satu bekas minuman juga sebanyak 2 liter (biasanya habis jugak)...sbb lagi banyak kita minum air , lebih baik..
4) Ummi turut memilih pam yang sesuai dan selesa buat diri ummi...dan ummi memilih spectra 3 kerana boleh buat double pumping dan mudah(bg ummi ye)...dan ummi harus memilih double pumping untuk menggalakkan pengaliran susu keluar dan mempercepatkan tempoh mengepam...(maklum la kerja ummi yang bz tidak memungkinkan ummi untuk mengepam terlalu lama...)
5) Yang terakhir, ummi turut membaca dan mengambil tahu mengenai susu ibu melalui buku, doktor laktasi, laman2 web yg benar2 membantu penyusuan dan try n error...kerana sebenarnya tanpa pengetahuan, dan segan untuk bertanya memang kita sukar untuk berjaya merealisasikan hasrat untuk cuba menyusukan anak sehingga 2 tahun...
Bagaimana ummi atasi cabaran2...Hmmm antara cabaran terbesar ummi ialah mematuhi jadual mengepam...maklum la kerjaya ummi yang kena turun naik mahkamah...of course ummi adakalanya terskip waktu mengepam dan apa yg ummi tau bila kita skip waktu mengepam, harus susu akan berkurangan...sbb???Susu terhasil base 'ON DEMAND'...sedangkan Demand tu berkurangan...caranya ummi akan gantikan semula dengan buat power pumping (pam every 10 minit selama sejam) untuk 'REPAIR' semula waktu yg tertinggal tu...dan syukur lah...ianya berkesan buat masa ini untuk ummi...
Antara cabaran lain yg ummi hadapi ialah tempat yang sesuai untuk mengepam...kalau ummi kerja duk dlm opis je...memang mudah sedikit tapi sebaliknya...kerana itu, ummi beli car adaptor supaya jika ummi tak jumpa surau atau tmpt terselindung yg ada plug (spectra 3 kena ada plug), maka tmpt terakhir, ummi akan pam dlm kereta...hehehe...
Syukur alhamdulillah, sekarang anak ummi sudah berusia setahun sebulan...dan susu ummi masih mencukupi...malahan oleh kerana anak ummi telah makan solid food, dia hanya minum susu apabila nak tidur sahaja...so, stok dlm peti ais dah melambak2 sampai kena buang sbb ada yg dah expired...dan adakalanya sbb ummi sayang nak buang ummi campurkan sedikit dlm makanan dia mcm puding, nasi bubur dll...hehehe...tp masukkan bila dah sejuk la ye...kalau tak khasiatnya hilang...
Dan, untuk pengetahuan semua, jgn bimbang bila anak sudah melebihi 6 bulan ke atas dan telah mula ambil solid food kurang minum susu dan penghasilan susu mula berkurangan...sbb anak yg berumur 6 bulan ke atas, susu dah jd perkara ke dua...kita harus pelbagaikan jenis solid food pd anak dan percaya lah, anak yg minum susu badan sgt2 senang nak perkenalkan pelbagai variety makanan sbb anak ini telah 'merasa' pelbagai rasa makanan semasa minum susu ibu...bukankah apa yg kita makan turut di rasai oleh baby melalui susu ibu....
So, jgn susah hati...jika susu kalian mula menampakkan pengurangan...galakkan anak ambil lebih variety makanan dan boleh mula perkenalkan jus buah2an kepada mereka secara perlahan2...hanya pesan ummi, jika kalian tiada masalah, bolehlah enrichkan susu kalian dengan pengambilan supplement agar anak kalian tetap terpelihara kesihatannya...(kan susah nak bg anak bawah 2 tahun makan vitamin)...so, teruskan pemberian susu (walaupun sedikit) cuma, nasihat ummi perkayakan susu tersebut dengan pengambilan vitamin yg betul agar ianya benar2 berkualiti...So, ummi harap, pengalaman dan sharing ini dapat memberikan manfaat kepada semua yg memerlukan...dan percayalah WALAUPUN KITA HANYA BERUPAYA MEMBERIKAN ANAK MELALUI KAEDAH PUMPING SEMATA2 TETAPI DENGAN CARA DAN TEKNIK YG BETUL SERTA KEAZAMAN YG KUAT, INSYA ALLAH KITA JUGA MAMPU MENERUSKAN SEHINGGA 2 TAHUN...Dan Tahniah ummi ucapkan bg yg mampu memberikan penyusuan secara direct feeding, kerana keistimewaan anda itu adalah stimulate yg sgt baik dan gunakanlah ia sebaik2nya...
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....
Buat putri - putri kesayanganku....
Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...
Sahabat2 kesayangan ummi
Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..
Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...
Montage Group Intifada
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
i like.....;)
BalasPadam