Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Ahad, 14 November 2010

Dah 2 Tahun pun...So????

Salam...masya allah...tersangatlah malas nak menulis blog akhir2 ni...tp suka baca blog2 member2 lain...hehehe...kebetulan hari ni ada sedikit masa dan berhasrat nak berkongsi "hasil perbincangan" ummi dengan beberapa sahabat ummi baru2 ini dengan kalian...


Hehehe...apa agaknya maksud tajuk kat atas tu kan...actually, baru2 ini ummi sempat la ala2 berbahas dengan member2 ummi tentang breastfeeding dan lama menyusukan anak...seperti yang semua maklum, islam menggalakkan semua ibu melengkapkan sehingga 2 tahun penuh penyusuan ibu (dan ummi masih dlm perjuangan ini- stage 2 complete-1 tahun sudah-so stage 3 - 1 tahun setengah)...dan pernahkah kalian terfikir apakah setelah 2 tahun ini berlalu, apakah kita harus teruskan dengan susu yg lain pula????Haaaa...terpikir tak dan mengapa islam mengharuskannya sehingga 2 tahun ???Bukan 3, 4, 5 atau seterusnya???


Korang pernah tak tgk ada satu iklan susu formula yang mana anak dia refuse nak makan..dan jalan mudahnya dengan bg susu formula, so dianggap selesai tugas si ibu (konon2 dah lengkap la pemakanan seimbang si anak tu..)Ummi sgt2 kecewa mcmana la iklan tu di benarkan untuk di tayangkan...nonsense...dan lah dr kecik si anak minum susu...sampai ke besar pun minum susu je dah cukup...tak yah makan pun takpe....ada ka patut...


Cuba kita muhasabah semula ye...trend memberikan susu tepung @ formula ni bagi menggantikan budaya pemakanan seimbang kepada anak-anak pada masa kini setelah 2 tahun atau setelah selesai tempoh penyusuan ibu itu sendiri telah sebati pada zaman ini dan ummi percaya masih ramai anak2 kita yg masih menyusu susu formula walaupun dah berusia 4 tahun ke atas...(sebelum ummi menulis lbh panjang, jgn marah ummi ye, bukannya ummi boikot atau memandang serong ibu2 yg memberikan susu formula sbb pilihan di tangan kita kan)...


Ummi pernah terfikir setakat manakah susu2 formula ini benar2 'bersih, suci dan selamat' untuk digunakan....maklum sahaja kebanyakan susu formula ini di import dr oversea dan dikilangkan semula di Malaysia...dan yang paling ummi selalu terfikir...mengapa susu2 ini tidak diletakkan logo HALAL...adakah cukup dengan rantaian2 email yang di pas2 begitu ttg list2 susu halal sedangkan ianya tidak di keluarkan secara standart oleh pihak Jakim sendiri...Hmmm...susahkan...


Malahan, sebenarnya ummi sgt2 sedih melihat kebanjiran susu2 formula yang di war2kan oleh syarikat2 pengeluar susu yg mendakwa bahawa susu yg di hasilkan mereka adalah "Susu Pelengkap" yang dapat menggantikan seluruh khasiat dalam piramid makanan dan menjadi ‘penyelamat’ bagi ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang cerewet makan. (Mengaruttt!!!)...Oleh itu, kebanyakan ibu bapa mengambil jalan mudah dengan menggantikan segala macam makanan seimbang kepada "Susu Pelengkap" ini...Malahan samada kita sedar atau tidak, sebenarnya kitalah yang menyumbangkan salah satu sebab mengapa anak kita enggan mengambil diet seimbang seperti saranan pakar pemakanan...dan kita sendiri menjadi tidak kreatif untuk terus mencipta pelbagai makanan seimbang kepada anak kesayangan kita...dan akhirnya...keluhan inilah yg biasa kita dengari..."Hmm..anak saya lbh suka bermain dan tidak suka makan"...dan bagaimana kita ingin anak kita makan "hasil air tangan" seorang ibu jika keadaan ini berterusan...Aduhai...


Maaf ye, ummi bukannya anti kepada susu lembu atau apa2 susu lain...cuma inilah yang ummi bahaskan bersama sahabat2 ummi...cuba kalian fikirkan semula kewajarannya...mungkin sudah tiba masanya kita memikirkan alternatif lain untuk kebaikan kita bersama....seperti mana ummi sgt2 merindui "hasil air tangan" arwah mak ummi, ummi sentiasa berharap anak2 ummi juga merasai keadaan yg sama...dan buat anak2 ummi alternatif yang ummi pilih untuk mengelakkan pergantungan sepenuhnya anak ummi kpd susu formula, ummi belikan Syasya ( 3 tahun setengah) milk shake yang berfungsi seakan2 multivitamin bg memenuhi segala keperluan nutrien dan zat di samping ummi belajar pelbagai resepi dr internet dan kwn2 ummi untuk menghasilkan makanan yg lazat dan berkhasiat...


Dan ummi turut ajar anak2 ummi minum susu fresh(see, ummi bukan anti susu lembu) dan cuba tidak menggalakkan susu formula iaitu susu yang diproses, melalui pelbagai kaedah penapisan untuk menjadikan ia sejenis tepung. Bukankah ianya lebih mudah untuk melalui proses pencemaran? Dan ianya telah terbukti dengan pelbagai berita mengenai pencemaran susu formula yang kita dengar di media masa...Agak menakutkan bukan...malahan ada kalanya ummi saja sediakan susu fresh dlm peti ais berkotak2 (nyum nyum...tentulah segarkan)...kerana di samping ummi memberikan milk shake muah2an sedikit kalsium dr susu segar tersebut turut membantu anak ummi...(dah besar sikit ummi nak bg makan ostematrix..hehehe)...


So, pilihan di tangan anda...dan untuk makluman kalian susu segar sesuai di berikan untuk anak berumur setahun ke atas (tambah2 bg mereka yg mengalami masalah susu merudum)..dan nasihat ummi, bg mereka yg alami susu drop setelah anak berusia setahun ke atas, jgn panik dan bimbang kerana anak berusia setahun ke atas boleh top up dengan susu segar dan teruskan penyusuan susu ibu(jgn stop terus) dan amalkan pengambilan supplement untuk enrich susu kalian...mudah2an ini sedikit sebanyak dpt membantu ibu2 di luar sana yg menghadapi masalah susu merudum...dan teruskan penyusuan anda selagi susu badan anda masih keluar...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails