Buat mereka yang baru pertama kali menerjah ke blog ini, terima kasih ummi ucapkan...ummi harap serba sedikit blog ummi ini dapat memberikan faedah dan manfaat walaupun ummi ini hanya insan biasa...masih banyak kekurangan...kalian juga tidak perlu menjadi follower(tp kalau
join, terima kasih daun keladi), cukup lah kalian menyebarkan sbarang kebaikan yg kalian perolehi dr blog ini (jika ada) kepada mereka yg memerlukan...
Sebenarnya, entri ini ummi tuliskan sbb kebelakangan ini, ummi banyak menerima email dr client2 upline ummi yg teruja sbb kisah ummi mendapat 12 oz dalam satu sessi perahan turut tersenarai dlm highlight blog upline ummi (anakkuwiraku-owner Nnorita)...jadi untuk tidak menghampakan kalian, ummi kongsikan dengan kalian perjalanan kisah ummi menyusukan anak kecil ummi (sekarang berumur 1 tahun 4 bulan) secara ringkas...
Mcmana ummi terfikir untuk memulakan penyusuan susu ibu
Dan, ini semua bermula apabila ummi mula mengandungkan Qistyna,dan hakikatnya Allah SWT yang menggerakkan hati ummi dan memudahkan jalan ummi apabila ummi bertemu dengan laman - laman web yang menyokong penyusuan susu ibu dan di ketemukan pula dengan upline ummi iaitu Norita...
Awal2 memulakan penyusuan
Gajet2 Penyusuan Ummi
1) Breast Pam - Spectra 3 (sbb sesuai dgn ummi)-Kalian boleh pilih yg sesuai dgn kalian.
2) Ice Pack (sekurang2 nya 2 atau 3)- Ummi beli jenis Mom's Little One dan Coleman...
3) Cooler Bag - Juga ummi beli jenis Mom's Little One.
4) Botol susu untuk simpan stok masa perah kat opis - Standby dlm 3 atau 4...
5) Beg untuk bawa semua di atas (paling sesuai beg jenis simple dimplesbb ruangnya yg lebar dan boleh galas atau jadikan bagpack)..
6) Supplement yg sesuai - Ini terpulang kpd kalian tp ummi memerlukannya...
Mengapa ummi memerlukan supplement dalam penyusuan
1) Ummi sering keletihan kerana kerjaya ummi yang sibuk, stress dan banyak menggunakan kekuatan otak, tambahan pula ummi berulang alik setiap hari dalam perjalanan yg agak jauh.
2) Pemakanan ummi yang agak tidak seimbang kerana kesuntukan masa dan sikap ummi yg agak memilih variety makanan.
3) So, bila tenaga dan pemakanan tidak seimbang, ummi kerap dan mudah selsema, sakit tekak, demam, batuk dan ini secara tak lansung mengubah mood ummi.
So, 3 perkara utama ini (selain2 beberapa perkara2 kecil yg lain) yang menyebabkan ummi terfikir untuk menjadi pengamal supplement...kerana apa yg ummi tau, kalau badan letih, stress, mood tak menentu, makan makanan yg tak seimbang, kerap sakit BOLEH MENYUMBANG KEPADA PENGHASILAN SUSU....So, fahamkan betul2 ye...supplement bukan membantu 'Membanyakkan susu' atau 'Menyebabkan susu lebih berkualiti'(kan Allah memang dah cipta susu ibu tu berkualti dan terbaik)...tetapi SUPPLEMENT BOLEH MEMBANTU BADAN SI IBU LEBIH BERTENAGA, MENGHASILKAN MOOD YG BAIK DAN INI SECARA TIDAK LANGSUNG AKAN MELANCARKAN PENGHASILAN SUSU ITU SENDIRI...
Nasihat ummi buat bakal2 ibu atau ibu2 yg berhasrat menyusukan anak sepenuhnya
2) Semangat harus kuat (jgn suam2 kuku) dan berkawan lah dengan mereka yg menyusukan anak untuk berkongsi dan mendapat semangat...hanya mereka yg mlaluinya sahaja yg memahami kannn...(Rakan GBS ummi semuanya menyokong susu ibu-kalian boleh be friend dgn mereka)...dan pesan ummi, adalah lbh baik kalian memilih direct feeding berbanding full pumping mcm ummi kerana cabaranya lbh besarrr...dan stimulate baby much2 better than pumping method...
3) Rajin bertanya dan carilah sebanyak mungkin ilmu2 berkaitan penyusuan kerana tanpa pengetahuan tentang penyusuan, agak mustahil untuk misi 2 tahun penyusuan akan tercapai (Ramai dah LC2 dan PC di luar sana yg sudi membantu kan)...
4) Di Pejabat atau ketika tidak bersama baby,pastikan kalian mengepam setiap 3 jam sekali sekurang2nya (walaupun yg keluar hanya angin atau 1 titik)..dan jika 'terpaksa' tak mengepam dlm tempoh itu, pastikan kalian gantikan dengan power pumping untuk reshedule semula jadual yg telah terskip itu (Power pumping ialah Pam 10 minit berenti 10 minit Pam semula 10 minit dan aktiviti ini diulang sehingga 1 atau 2 jam-kalau malas,corong pam tu boleh simpan dlm peti ais atau dalam ais pck tanpa di basuh)...dah selesai br basuh...
5) Minum 'AIR KOSONG' sekurang2nya 3 liter sehari kerana ianya membantu melncarkan lagi pengeluaran susu...
6) Kalau boleh, tinggalkan la semua makanan2 merepek atau fast food sbb kadang2 kandungan perasa tambahan, bahan2 yg maybe kita tak pasti bagus atau tidak untuk badan kita...boleh mengakibatkan pengurangan susu yg d hasilkan...
7) Sentiasa positifkan minda anda (sbb itu, kalau tgk susu org lbh banyak jgn mulalah nak menggelabah kenapa susu aku sikit-kadang2 ada keburukannya)..pedulikan dengan orang lain..yg penting selalu pikir...Insya allah susu aku cukup untuk anakku...kerana hanya mereka yg sentiasa positif sahaja mampu memperolehi kejayaan dan jangan sesekali patah semangattt...
8) Berpegang selalu dengan istilah " Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya"...
.so, kalau ada masalah dlm penyusuan. jgn segan2 berkongsi dan bertanya pada mereka yg benar2 tahu ttg ilmu penyusuan...
9) Akhir sekali, jangan sesekali lupa memohon kepada Yang Maha Esa...kerana setiap sesuatu di dunia ini takkan berlaku TANPA IZINNYA...
So, ummi rasa cukup la buat masa ini...dah tiba masanya ummi nak mengepam...dan oh ya, sebelum ummi terlupa, jemputlah bg mereka yg berminat untuk mencuba supplement Shakleee...Ada tawaran yg sangat menarik dlm entry ummi sebelum ini...do grab it...Boleh juga baca melalui label contest....Akhirnya, ummi doakan semua2 ibu2 dan bakal2 ibu mampu dan berjaya dalam penyusuan masing..Jgn lupa berdoa ye...Berdoa itukan senjata mukmin....
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...