Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Selasa, 17 Mei 2011

Rahsia untuk jadi lebih segar....mari ikut sunnatullah!!!!

Jom solat Tahajud
Salam sayang semua...hari ni ummi bercuti sempena Hari Wesak,alhamdulillah, dapat la melayan dua orang puteri kesayangan ummi yang sedang melasak tu...kebetulan, hari ni pula di Kedah, hampir sepanjang hari cuaca agak redup dan hujan so, takde la kepanasan sgt...


Actually, hr ni ummi nak share lagi dgn kalian antara rahsia yang mungkin kalian sedar atau tidak...ummi dah try mmg berkesan dan maybe kalian boleh praktikkan...dapat 2 bonus kalau amalkan...badan segar dan pahala free sbb ikut sunnah nabi..meh kita tengok...mudah2an bermanfaat buat kalian...



Anda nak jadi lebih segar, fokus dan produktif? Cuba praktikkan sunnah Rasulullah ini dengan istiqamah.


Sabda Rasulullah SAW;  ”Lakukanlah qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani qailulah.” (Riwayat al-Tabrani)


Apa itu qailulah?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan qailulah?
Mengikut pengalaman mereka yang mengamalkan qailulah, waktu paling OK ialah antara kul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas zohor.



Apakah kelebihan atau kebaikan qailulah?
Mengikut kajian Dr Norhissam dari IPKIM, 1 minit qailulah qualiti nya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita diwaktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengatuk, insyaAllah.


Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulaill.  * I Likeeeee...


Mat salleh panggil qailulah ni sebagai ‘nap’. Kalau bagi orang putih ni, biasanya ‘nap’ dilakukan dari pukul 2~4 petang. Hasil kajian menunjukkan amalan ‘nap’ waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung. 


Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat Subuh. Kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi, qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai dengan fitrah badan manusia. 


Menurut buku orang putih, ramai saintis bijak pandai dan orang-orang terkenal Barat mengamalkan qailaluh @ nap ini. Napoleon pun mengamalkan benda ini. 


Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan qailulah, sebaik bangkit dari qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.
 

Cubalah amalkan sunnah ni. Amalan ini bukan saja baik untuk kecergasan, malah dapat pahala yang besar kerana mengamalkan sunnah nabi SAW. InsyaAllah, amalan ini pasti bagus untuk kita!
 

Sudahkah anda mengamalkannya?



Jom Qailullah












































































































Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails