Salam sayang semua...kebelakangan ini, kerapkali ummi di tanya mengenai status ummi sebagai EP MOM...mengapa ummi memilih menjadi EP MOM???Bagaimana ummi melalui saat manis menyusukan anak sebagai EP MOM???Dan yang paling kerap di tanya adalah...Mampukah ummi sebagai EP MOM melengkapkan tempoh penyusuan 2 tahun tersebut???
Ummi percaya, ramai ibu2 maklum bahawa intipati yang paling utama dalam penyusuan susu ibu ialah Supply base on demand...bermaksud Penghasilan susu terhasil akibat daripada kekerapan pengosongan payudara, maka semakin kerap si ibu mengosongkan payudaranya, maka semakin banyaklah jumlah susu akan di hasilkan...Sungguhpun begitu, ummi tidak menafikan sama sekali bahawa 'latch' yang paling baik datangnya dari hisapan bayi sendiri (apa yang Allah cipta pastilah yang terbaik)...
Bagaimanakah susu badan di hasilkan??? Ia di hasilkan berikutan wujudnya hormon prolaktin dan hormon oksitosin dalam badan si ibu..Hormon prolaktin bertugas menghasilkan susu, manakala hormon oksitoksin
berfungsi untuk memancutkan susu keluar dari payudara seorang ibu. Harus di ketahui juga bahawa kedua-dua hormon ini dirembeskan oleh kelenjar pitituari
iaitu kelenjar yang terletak di bahagian otak manusia.
Ummi percaya kalian semua sedia maklum bahawa otak adalah medium paling utama yang mengawal sistem keseluruhan sistem badan manusia..Dan bagaimanakah kita mampu memberikan signal kepada otak agar kelenjar pitituari dapat merembeskan kedua2 hormon tersebut???
Benar...ada 2 kaedah paling utama yang paling biasa di gunakan oleh seorang ibu memastikan susu badan terhasil...
1) Melalui hisapan bayi
2) Melalui kaedah pengepaman :
(a) Kaedah Marmet (Menggunakan Tangan)
(b) Menggunakan Breastpump
Secara jelasnya, kedua2 kaedah tersebut adalah kaedah2 asas yang di gunakan oleh si ibu untuk mengosongkan payudara. Ini bermakna, apabila payudara kerap di kosongkan samada dengan cara (a) atau (b), sepatutnya susu badan akan terhasil...Jadi, secara logiknya, bukan kaedah yang di gunakan di ambil kira samada susu si ibu mampu bertahan sehingga 2 tahun, tetapi kekerapan si ibu mengosongkan payudara dan kekerapan ini di buat pula secara berkala...so, bukan lah satu alasan atau pun aneh jika anda seorang ep mom juga insya allah mampu dan berupaya menyusukan anak anda sehingga 2 tahun penuh...
Sejujurnya, berdasarkan pengalaman ummi sebagai EP MOM selama 2 tahun ini, perkara paling utama yang harus ada pada seorang ibu yang memilih untuk menjadi EP MOM sepenuhnya adalah persediaan mental. Persediaan mental amat penting kerana di sini lah titik tolaknya bagaimana si ibu harus cukup kuat menghadapi segala bentuk cabaran yang akan di terima. Malahan cara yang dipilih ini mungkin lebih mencabar berbanding dengan seorang ibu yang menyusukan anak secara tabii (direct feeding).
Jika si ibu ini sudah bersedia dari segi mentalnya barulah
langkah seterusnya dapat dilakukan dengan mudah iaitu persediaan fizikal. Di sinilah si ibu harus tahu apakah cabaran-cabaran yang perlu dilalui sepanjang tempoh penyusuan sebagai EP MOM.
Bagi ummi, jika ummi di tanya mengenai persoalan di atas, ummi sendiri yang telah melalui momen2 indah sepanjang menyusukan anak sebagai EP MOM berani menyatakan bahawa EP MOM juga mampu menyusukan anak sehingga 2 tahun penuh, Insya allah. Yang penting, persediaan mental dan fizikal si ibu harus selari, dan konsep asas penyusuan harus di fahami semasak2nya.
Menjadi EP MOM pada dasarnya memang bukan sesuatu yang mudah, tetapi ianya juga bukanlah sesuatu yang mustahil. Pokok pangkalnya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Dan rajin2lah bertanya dan berkawan dengan mereka yang benar2 faham erti penyusuan kerana ada pepatah mengatakan Malu bertanya sesat jalan.
Insya allah, next entry, ummi akan kongsikan dengan kalian "Rahsia sebenar mengapa ummi mengamalkan supplement sepanjang ummi bergelar EP MOM??"...Nantikan next entry dari ummi...Yang baik dtgnya Allah SWT dan yang lemah dan kekurangan datangnya dari kelemahan diri ummi sendiri...
"Anda inginkan konsultasi mengenai pengamalan supplement???Atau anda ingin berkongsi pengalaman penyusuan dengan ummi??? Sms ummi di 012-3975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com.
Salam sayang dan ukhuwah dari EP MOM,
Kak Nadia...
Buat putri - putri kesayanganku....
Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...
Sahabat2 kesayangan ummi
Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..
Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...
Montage Group Intifada
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan